Showing posts with label Assassin's Creed Revelations. Show all posts
Showing posts with label Assassin's Creed Revelations. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Assassin's Creed Versi Untuk Kanak-Kanak Bawah Umur

              Kalau korang semua tengok game video kat atas ni hebat bukan?. Kepada kipas susah mati games sapa yang tak terliur nak main game begini, ada yang sanggup kumpul duit raya nak beli PlayStation 3 atau X-Box 360 semata-mata nak main game ni. Sebenarnya aku dah ulas pasal game ni pada entry yang sebelumnya dalam bulan ni jugak (SINI dan SINI). So, tak terpelulah aku ulaskan pasal game tu panjang-panjang kat sini lagi. Kalau nak diikutkan sistem rating game Eropah dan Amerika, game ini untuk 18 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah umur tak dibenarkan memainkannya. Bagi sapa-sapa yang ade adik tu nampak gayanya terpaksalah korang main game tu sorok-sorok takut kantoi nanti karang adik korang tu nak main pulak. Tapi anda tak perlu risau lagi, pihak Ubisoft telah menyelesaikan masalah anda dengan bekerjasama dengan pihak Lego untuk menghasilkan permainan Assassin's Creed yang tidak mengandungi aksi ganas kategori 18PL sekaligus membolehkan adik-adik kecil bermain game tersebut dalam konsol permainan anda. Perkenalkan, Assassin's Creed : Revelation's (The Lego Version)


Bak kata brader Obefiend, Assassin's Creed memang AWESOME. So, kepada sapa-sapa jer yang tak suka game ni dan membandingkannya dengan game Ninja buatan Jepun. Boleh belahlah korang dengan ketaksuban tak sudah Ke-Jepangan korang tuh. Pada hemat aku, game ni terlalu bernilai untuk dibandingkan dengan game-game Ninja Jepun yang penuh dengan karut-marut anime semua. Di akhir kata ini, Shacklesmith hanya boleh katakan bahawa game Assassin's Creed ini merupakan masterpiece terhebat dunia permainan video pada abad ini. Tiada game yang epic untuk dibandingkan dengannya.

Sekian

Thursday, June 9, 2011

Demo Gameplay Assassin's Creed Revelation's Di E3 2011

        Semenjak dari siri pertama lagi, Assassin's Creed never ceased to impressed me with it's outstanding game play and unique storyline. Banyak skil-skil baru yang di update kan ke dalam game hebat ini demi kepuasan para pemain sebagai contoh cara berlawan dengan musuh. Penambahan ini memang amat perlu demi menandingi game-game ninja buatan Jepun selain dari mengekalkan mood ke-Eropah-an yang menjadi teras penceritaan game ini. Selain itu, flying fox juga ditambahkan ke dalam permainan sebagai satu ability untuk mengkomplementasi pergerakan parkour dan leap of faith (terjunan bebas dari cerun dan bangunan tinggi). Aku memang tabiklah kepada team-team developer Assassin's Creed ni. Mereka memang kreatif dan AWESOME!.


Kegigihan para krew syarikat Ubisoft dalam memperbaikkan mutu permainan video teragung dekad ini memang patut dicontohi oleh para-para penggiat IT tanah air. Diharapkan para pelajar bidang IT di IPTA dan IPTS seluruh negara khasnya pelajar bumiputera perlu berani dalam menceburi bidang game ini agar berupaya menghasilkan karya-karya seni interaktif yang terbaik sehingga berupaya menembusi pasaran antarabangsa sebagaimana juga filem Merong Mahawangsa yang diterbitkan KRU. Berbalik kepada game ini, kepada siapa-siapa yang ada PS3 dan Xbox 360. Sila save budget untuk beli DVD original game ni bulan 11 depan!. (kalau korang nak beli cetak rompak RM10, lantak koranglah). P/S : Aku pun beli budget jugak brader ;)

Shacklesmith : KRU ada bukak studio untuk filem di Cyberjaya. Agaknya bila untuk industri game pula ya? Teringin jugak aku nak main game buatan Malaysia kat PS3 dan X-box 360.

Wednesday, June 8, 2011

Trailer Assassin's Creed Revelation's Baru Dah Keluar!!

      
         Setelah sekian lama Shacklesmith menunggu sejak seminggu sudah akhirnya trailer terbaru untuk siri video game paling epik terhebat di dunia Assassin's Creed : Revelation's keluar jugak dalam Youtube!. Rasanya belum terlambat Shacklesmith nak mengulas pasal siri terbaru game ni maklumlah punyalah jenuh aku menunggu masa 6 haribulan tu tapi tak keluar jugak. Last-last, semalam keluar jugak akhirnya. Maklumlah, timing kita dengan Amerika mana nak sama kan. Dekat sana lambat satu hari. Shacklesmith sendiri memang dah lama menyimpan hasrat nak buat review pasal game memandangkan tiada review yang dibuat berbahasa Melayu setakat ni. Apa pun, mari kita lihat video trailer terbaru yang dikeluarkan untuk E3 ni.


Daripada siri yang pertama sekali sampailah yang terbaru ni, bagi Shacklesmith-lah. Game ini memang AWESOME!!. Lebih hebat dari mana-mana game ninja yang dikeluarkan oleh produksi Jepun. Sebagai peminat games, aku memang tabiklah pada krew-krew Ubisoft sebab menghasilkan kelainan dalam game ni untuk lari dari cliche game ala-ala ninja. Ditambah dengan penggunaan 'hidden blade' yang begitu dahsyat sekali ketika membunuh musuh, nothing much to say but it's breathtaking to kill the enemy in such way that only an ultimate assassin's of the medieval age could imagine. Yelah, dulu mana ada silence pistol kan?. Justeru penggunaan hidden blade ini memang make sense.

Setelah membawa kita meneroka Perang Salib Ke-3 sebagai seorang pengikut Syiah Ismailiah yang bertariqat  Nizariyah di Syria pada tahun 1191 Masihi melalui watak Altair Ibni Al-Ahd pada Siri pertama tahun 2007, kemudian menjadi penggerak di sebalik tabir kebangkitan semula Eropah pada era Renaissance di Itali pada lewat kurun ke-15 dan awal kurun ke-16 sebagai Ezio Auditore Da Firenze pada siri Assassin's Creed 2 dan Assassin's Creed : Brotherhood. Kini siri terbaru membawa kita meneroka Empayar Khilafah Islam Turki Uthmaniah pula yang ketika masih lagi di awal kebangkitannya. Maka bermulalah pengembaraan Ezio Auditore sebagai seorang mentor Assassin's yang kini telah lanjut usianya walaupun masih gagah bertempur.

Ceritanya bermula selepas Ezio membebaskan Itali dari ancaman saki baki tentera salib Knight Templar dan sejurus selepas itu beliau tertanya-tanya apalah nasib hidupnya jikalau beliau bukan seorang Assassin's. Akibat dibelenggu persoalan tentang identiti sebenar dirinya sendiri maka ianya telah membawa beliau 'pulang' ke tanah asal moyangnya Altair Ibni Al-Ahd di kota Masyaf, Syria yang ketika itu telah dikuasai oleh Templar's. Ketika di sana, beliau mendapati terdapat sebuah ancient artifact (Pieces of Eden?) yang terkunci rapat dan hanya boleh dibuka oleh lima kunci iaitu Seals of Altair.

Pengembaraan beliau tidak terhenti setakat itu saja dan ianya telah membawa beliau ke ibu kota kekuasaan Khalifah Islam Turki Uthmaniah di Istanbul yang telah diperintah semenjak pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih lebih 50 tahun sebelum siri Revelations ini bermula lagi. Dimana di sana beliau mendapati sekumpulan pengkhianat khalifah yang terdiri dari anggota Templar's merancang untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniah tersebut. Disana jugalah bertemu dengan bakal sultan muda, iaitu Putera Sulaiman dan akan membantu putera tersebut. 

Mampukah Ezio Auditore yang telah lanjut usianya membantu putera mahkota tersebut menghapuskan pengkhianat-pengkhianat tersebut dan sekaligus membawa kebangkitan Empayar Khilafah Islam Uthmaniah yang akan menggoncang dan mengganggu gugat kekuasaan Knight Templar's (Freemason) di Eropah??. Kita sama-sama tunggu November ini.

Shacklesmith : Sapa-sapa yang ada PS3 dan Xbox 360 apa lagi?. Beli jangan tak beli beb :)

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget