Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Ini MLM Punya Cerita.. (Bahagian 2)

Sampai ajer aku kat rumah, housemate kitorang yang lain pun dah lena dan ada lagi masih tertonggok depan TV layan late night show TV3. Salah sorang daripada  senior aku pun tanyalah kat aku mana kitorang berdua melilau sampai balik lewat malam buta begini. Seperti yang dinasihatkan oleh member serumah aku tu, aku pun cakaplah yang kitorang sebenarnya jumpa member luar. Haha, kena sendiri pandai mau cover line la kan bro. Lepas dia tanya tu dengan selamba aku terus masuk bilik pastu tidur. Besok paginya, first class untuk aku sebagai pelajar Diploma Teknologi Maklumat dekat IPT aku. Inipun bukanlah kelas pertama aku kat kolej tu sebab aku dah menjalani sesi kelas modular selama dua bulan setengah coz aku dah daftar lagi awal semenjak sebulan aku mendapat keputusan SPM pada lewat April 2008.  Jadi dengan kehadiran aku dalam kelas modular ni selama dua bulan setengah ini dapatlah aku mengurangkan beban lebihan subjek semasa kelas semester nanti. Disamping itu, keistimewaan kelas modular ni juga adalah peluang keemasan bagi aku berkenalan dan berkawan dengan rakan sekolej belajar di kursus diploma yang berbeza dengan aku sendiri. Jadi dapatlah kami exchanging ideas dan layan kepala masing-masing.

Aku ni macam biasalah, dah sampai depan pintu bilik kuliah tunggu lecture sampai baru masuk kelas. So, aku dan budak satu course dengan aku bertenggeklah di koridor dengan budak sekuliah dengan aku sendiri. Kelainan dari modular adalah aku dapat nampak muka-muka baru yang aku belom pernah jumpa ketika satu modular dulu. Kebanyakan budak-budak yang bakal jadi teman sekuliah aku ni masuk kolej kemudian dari aku. Jadi konon-kononnyalah aku ni senior. Hehehe, bajet la sangat. Aku dengan depa pun beza sebulan ajer. Baiklah, sambung cerita berkenaan MLM balik. Aku pun tak borak langsung dengan teman sekuliah pasal benda ni langsung, sebab aku pun tak berapa konfiden nak buat semua ni. Bayar pendaftaran pun belum tentu aku nak jalankan bisnes langsung pun. Sekadar just join ajer. Buat pun belum tentu. Petang lepas habis kuliah hari pertama, baliklah aku ke rumah sewa seperti biasa. Lagipun rumah sewa aku belakang kampus ajer. Sesampainya aku di rumah rasanya seperti lain macam, tak seperti masa modular dulu. Yelah, dulu kawan aku ada laptop bolehlah aku lepaskan tekanan main game Counter Strike, dengar lagu dan layan video. Tapi sejak tu, takde lagi lah. Semacam tak bersemangat jer rasanya lagi dah. Macam biasalah, sampai ajer rumah aku tetap lepak jugak kat bilik dia. Kali ini dengan ketiadaan laptop mood dan environment -nya pun agak berbeza dari yang sebelumnya.


Kali ni, dia tanya aku sama ada aku betul convince nak join dia buat Luxor tu. Aku pun masa tu masih lagi dalam perasaan serba tak berapa konfiden. Yela, setakat bayar $60 buat pendaftaran tu aku laratlah. Tapi nak cari sampai $2000 untuk bayar produk tu dari mana aku nak kopak?. Aku bukannya mampu nak cari wang sebanyak tu lebih-lebih lagi dalam masa yang begitu singkat. Niat di hati aku pun semata nak tolong dia tebuskan balik laptop dia ajer. Pada aku, wang yang banyak melimpah-limpah langsung tak memberi makna pada aku pun. Kalau nak tanggung anak bini tu lain ceritalah. Memang wang tu adalah satu bentuk nafkah yang zahir bagi umat manusia. Lepak punya lepak, melangut punya melangut. Last2, si budak Zizi tu call aku datang ke rumah sewa aku tak berapa lama kemudian. Aku pun rasa tenanglah, yela manelah tau kot-kot dia boleh tolong aku bayarkan $2000 untuk produk Luxor tu. Aku manelah berduit, lagipun takkanlah upline liat sangat nak tolong downline kot. Kesianlah pada kami yang baru nak nak naik nie brader. Lepas si budak Zizi ni sampai dia pun masuklah sama-sama borak-borak dengan kami selama hampir 20 minit macam tu. Dia pun bagi taulah kalau nak bayar ansur-ansur pun tak mengapa asalkan dapat cari orang bawahan dulu. So, lepas tu aku dengan si Zizi ni teruslah sama-sama keluar rumah pergi ke bank cucuk keluar duit aku yang tak seberapa banyak tu. Dalam $100 jugaklah aku keluarkan, lagipun nasib baik aku dapat baki pinjaman PTPTN aku masa minggu tu. Kalau tak, memang payah aku nak keluarkan wang simpanan aku dalam CIMB tu.

Lepas bayar duit bank aku tadi dekat si Zizi tu aku pun baliklah ke rumah sewa aku. Sampai-sampai ajer aku terus jerang air panas dan buat Maggi Cup untuk mengalas perut yang dah tak makan sejak dari tengah hari tu . Bukan ape, segan kot aku nak makan kat medan selera depan kolej aku tu. Budak-budak makin ramai masa awal semester nie. Brader Shacklesmith ni plak, dah ler pemalu ngan awek.. :DD. Lepas aku isi perut petang Asar tu, member aku ni tanyer aku nak ikut ke tak pergi HQ Luxor kat Tropicana Damansara tu. Aku pun ape lagi, on jela. Mana tau kot-kot lah dapat makan free malam tu kan.

BERSAMBUNG

Sunday, January 9, 2011

Ini MLM Punya Cerita.. (Bahagian 1)



Cuba aku tanyakan lagi kat korang apa entry yang aku post-kan untuk hari ni. Ianya berkaitan dengan MLM. Ya, semua orang mesti tahu kan pasal semua ni. Kalau yang duduk di kawasan bandar-bandar besar tak usah cakaplah. Budak sekolah pun dah tahu sangat pasal ni. Tak usah tanya Datuk-datuk ahli korporat semua sebab pakcik dan makcik yang berniaga kuih apam dan seri muka dekat pasar malam Sentul Timur pun dah tahu sangat pasal benda ni. Yela, ramai nak cepat kaya dan nak hidup senang lenang. Ada yang simpan hajat murni nak dermakan harta nafkah kat tempat kebajikan dan menunaikan haji sekira hayat dikandung badan. Malahan, ada yang matlamat sebenarnya adalah untuk kepentingan duniawi macam beli rumah banglo, kereta mewah dan macam-macam lagi yang tak boleh dibawak sampai mati pun dan hanya menjadi bahan rebutan waris-waris kelak. So, tak perlulah nak diperjelaskan lagi apa motif sebenar orang buat ni semua sebab modus operandi -nya adalah keuntungan je kan.

Saban hari ni kita lihat bisnes-bisnes berkaitan MLM ni semakin berkembang di negarak kita yang pesat membangun ni. Dulu, kalau korang tengok yang menjalankan bisnes ni semua golongan marhaen aje. Sekarang golongan seperti selebriti pun ramai yang terlibat. Tengoklah kelibat seperti Rosyam Nor dan AC Mizal (just to name a few). Masing-masing berjaya dengan bisnes yang dijalankan. Zaman sekarang punya MLM bukannya macam salesman jual barang dari rumah ke rumah macam dulu lagi. Bukannya, kena tebal muka tegur orang kat kedai mamak promosikan itu ini dah. Nowaday's it's all about bringing people in and then get the profits from it. Bulan-bulan pun dapat bonus lumayan sampai boleh melancong ikut tour kat luar negeri lagi. Wow! terliur aku mendengarnya beb. . Sebenarnya aku dah terdedah dengan MLM ni sejak aku sekolah lagi. Masa tu akak aku pernah masuk CNI dan macam-macamlah produk CNI dia bawak balik kat rumah aku. Dia tak jual pun sekadar nak guna sendiri ajer. Yang paling aku ingat sampai sekarang pil Vitamin C Royal Jelly tu. Pil tula yang meningkatkan kandungan vitamin c dalam tubuh badan aku. Ngee~

Okeylah, ni Shacklesmith nak ceritakan pulak pengalamannya dengan dunia MLM nih. Jujurlah aku bagitau, aku pun pernah kena tarik jugak oleh geng-geng MLM supaya ikut bersama dorang sekali. Perkara ni berlaku masa aku baru mula belajar dulu. Yela, masa baru nak naik la katakan. Ceritanya bermula macam ni, masa tahun 2008 dulu sewaktu aku baru masuk semester satu kat kolej aku. Aku ada sorang kawan yang tinggal serumah dengan aku (nama dan negeri asal dia aku tak perlu bagitau kat korang). Kitorang berkenalan sejak modular lagi. Memang aku dengan dia rapatlah macam adik beradik sebab kitorang sekepala dan suka layan muzik. Antara sebab aku rapat dengan dia adalah kerana dia memiliki laptop. Sebabnya, aku pelajar IT dan masa tu aku belum lagi memiliki laptop yang memudahkan urusan pelajaran aku. Kebetulan dia ni mahir dalam bab2 berkaitan dengan komputer ni walaupun dia seorang pelajar fakulti perniagaan. Dipendekkan cerita, suatu hari selepas aku balik ke rumah sewa di Taman Maluri. Kawan aku ni ajaklah aku untuk masuk ke dalam bilik dia sebab nak bagitau sesuatu. Aku pun masuk jelah, sebab aku pun nak tanya di mana perginya laptop dia yang selalu diusung ke hulu hilir tu. Masa tengah borak dengan aku petang tu, dia pun bagitaulah aku yang dia sebenarnya sudah gadai laptop dia. Dengar cerita yang dia dah gadaikan laptopnya yang satu tu, aku pun bukan main terkejut beruklah sebab laptop tu harta kesayangan dia. Aku tak tau apa yang dia buat sepanjang weekend masa ketiadaan aku di rumah sewa sebabnya setahu aku dia pergi program motivasi anjuran Persatuan Pemuda Islam Selangor.


Dijelaskannya pada aku yang sebenarnya dia tak pergi langsung aktiviti tu sebab takder program anjuran langsung, sebenarnya dia pergi ke tempat lain atas ajakkan kawan dia. Aku pun dah tak berapa ingat apa yang dia buat weekend tu sebab dah dua tahun benda ni terjadi. Lagipun, dia ada bagitau aku supaya aku menolongnya 'menebus kembali' laptop tapi bagaimana caranya dibagi tau selepas tu pulak. Dia kata bukan laptop Acer yang akan dia dapat nanti tapi mungkin Apple Macbook!. Wah, sungguh tinggi bebenor harapan member aku ni erk?!. Hehe, aku pun yang masih mentah masa tu pun rasanyer nak join sekali lah. Selepas borak tuh kitorang pun keluarlah dari rumah sewa sebab nak temankan dia jumpa awek dia yang tinggal di hostel tak berapa jauh dari flat di mana kami menyewa. On the way masa kitorang nak kesana dia pun bukaklah cerita yang sebenarnya dia ditarik oleh upline Luxor untuk bersama dorang dalam group yang digelar 'Somebody'. Pujuk punyalah pujuk sampai cair kawan aku dibuat jadinya maka selepas itu dengan penuh rela hati kawan aku menggadaikan laptop dia meskipun dengan perasaan yang terlalu sedih. Jadi kalau boleh dia nakkan aku masuk sekali bersama dengan dia untuk tarik orang jugak. Sesampainya dekat kawasan hostel awek dia, aku diminta untuk duduk sorang kejap sebab dia nak slowtalk dengan awek dia pasal berkenaan dengan kes laptop-nya yang digadaikan tu. Aku pun lepaklah sorang-sorang kejap dengan lagak seorang lelaki single melilau mata memerhatikan kot-kot ada awek cun yang keluar dari pintu hostel tu hehehe :D. Sekali sekala aku jengukkan jugak apa yang diborakkan oleh member aku dengan awek dia. Maklumlah, nak tengok apa reaksi awek dia berkenaan tindakkannya menggadaikan laptop tu.


Malam tu jugak, selepas maghrib aku ikutlah dia nak berjumpa dengan upline-nya di sebuah restoran mamak Amer Ehsan kat Taman Maluri jugak. Kawan aku bawakkan sekali rakan se-modular-nya sekali untuk mengajaknya masuk bisnes berkenaan. Berjumpalah aku dengan mamat sorang upline ni. Tengok style boleh tahan jugak nampak kerek. Bajet budak macam dah kena culture-shock agaknya. Zizi namanya, aku pun sebagai budak KL takdela bajet style macam dia. Sebelum kawan se-modular-nya sampai, aku belanja la kawan roti nan sekali sambil mendengar penjelasan mamat tu berkenaan bisnes MLM Luxor yang diceburinya. Pot pet mengenai pengalamannya menyertai bisnes tu la dan itu ini sekali. Budak Zizi ni berasal dari Negeri Sembilan dan senior satu kolej dengan aku jugak. Tapi cuma dia extend satu semester sebab nak tumpukan agenda Luxor dia tu. Selepas habis makan dan dijelaskan segala butir-butir, dia pun bagila borang untuk aku masukkan segala butiran peribadi. Seingat aku, alamat aku bubuh alamat rumah si Zizi ni sebab dia sendiri yang suruh. Gua ikut jela beb. And then soon afterwards, kitorang pun bertolaklah dari Amer Ehsan pergi ke Restoran ABC kat Taman Shamelin Perkasa naik kereta member si Zizi tuh. Agak lama jugaklah sampai pukul 1 baru aku balik rumah sewa.

BERSAMBUNG

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget