Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Ada Apa Dengan Drama Melayu (Tahajjud Cinta)? 2

Apa khabar para pembaca sekalian!. Seperti yang dijanjikan kelmarin saya ingin menyambung semula entry mengenai 'Ada Apa Dengan Drama Melayu? 1' yang mulanya tujuan ditulis sebagai review drama Tahajjud Cinta tapi semakin banyak 'melencong' sampai berpusing pasal drama lama yang sudah bermain di TV lebih bertahun sudah gara-gara Shacklesmith ni terlalu bersemangat sangat nak menulis. Baiklah seperti yang dijanjikan aku akan menyentuh persoalan yang bermain di fikiranku ini tentang apa yang tak kena pada drama Melayu kita ni.

Jika anda lihat semenjak dua tahun sudah iaitu pada lewat tahun 2009, telah bermulanya kecendungan oleh penggiat drama tanah air untuk menerbitkan drama bercorak 'Islamik'. Ini boleh dilihat dengan kejayaan drama 'Nur Kasih' yang berjaya mendapat rating tertinggi selama lebih dua bulan di stesen TV3. Drama inilah yang telah melonjakkan nama Tiz Zaqyah sehingga menjadi antara pelakon wanita yang disegani dan juga menghangatkan gosip cinta antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera sebelum timbul cerita pipi bengkak Ummi akibat ditampar Remy dalam satu pertengkaran.


Syabas diucapkan kepada pengarah tersohor Khabir Bhatia yang begitu aku kagumi dengan kreativitinya mengarah cerita arahannya sehingga menjadi cult classic ke tahap epic proportion. Terus teranglah gua cakap beb, dulu masa awal kemunculan dia dengan filem Cinta aku tak terima kerana judul yang begitu simplistik dan menceritakan perkara cliche (cinta berlaku di mana-mana sahaja kerana sifat semulajadi manusia) akan tetapi selepas buah tangannya yang selepas itu iaitu filem Sepi (mungkin akibat faktor 'Afdlin Shauki' yang merupakan idola aku) aku mula faham akan apa mesej yang cuba beliau sampaikan (sebab baru nak kenal apa erti cinta sebenar almaklumlah umur pun naik 18 tahun ketika itu).

Sebenarnya drama bercorak Islamik ini bukanlah fenomena baru dalam industri drama tanah air, ini kerana sebelum kemunculan drama Nur Kasih. Drama-drama bertema keagamaan telah dipelopori terlebih dahulu oleh RTM dalam siaran TV1 dan TV2 sejak tahun 1990an lagi. Akan tetapi, biasalah pada masa itu RTM kan sapa tengok sangat dengan kualiti siaran yang tak ubah seperti siaran televisyen zaman Ron Burgundy tahun 1970an masih lagi pakai analog lagi. Lagipun yang tengok RTM ni orang-orang di luar bandar yang masih belum punya akses kepada TV3, Mega TV dan Astro (ingat, aku sebut masa tahun 1990an okay).

Kemunculan drama Nur Kasih telah sedikit mencetuskan satu fenomena luar biasa yang menarik sebilangan ramai golongan muda terutamanya anak-anak gadis yang biasanya kita lihat bertudung tak kira dari dalam mahupun luar bandar. Watak yang dipegang oleh Tiz Zaqyah menjadi contoh sebilangan besar anak-anak gadis yang baru meningkat dewasa kerana kepetahannya menasihati dan berbicara soal agama dan akidah. Disamping itu, watak yang dibawa oleh Tiz Zaqyah dan Ummi Nazeera sungguh menyejukkan mata memandang kerana imej mereka yang bertudung meskipun realitinya mereka tiada bezanya dengan gadis-gadis tipikal KL middle class dan pelakon wanita yang lain.



Bukan niat aku nak mengaibkan mereka kerana bagi aku Tiz Zaqyah dan Ummi Nazeera tetap awek yang sweet di mata aku. Tapi inilah realiti kehidupan, so terima jela dengan bulat-bulat dan telanlah semahu-mahunya meskipun bukan kehendak perut hati mahu ianya jadi begitu. Apa pun aku tetap respek mereka kerana berjaya menipu korang semua dengan watak-watak yang korang pikir secara realitinya turut melambangkan kehidupan sebenar mereka. Inilah hakikat yang patut korang terima daripada pelakon bai. Kalau tak kerana ni maka apa sebab Allahyarham Seniman Ahmad June pernah diludah di luar panggung oleh penonton gara-gara watak jahat yang selalu dilakonkannya padahal hakikatnya beliau tidaklah begitu di luar. Ini kerana sehingga ke akhir hayatnya beliau adalah seorang yang warak dan rajin melakukan amal ibadat serta menjadi guru mengaji kepada anak-anak setempatnya.

Kesinambungan tercetusnya fenomena drama Islamik yang dibawa oleh Nur Kasih maka bermulalah trend-trend oleh syarikat penerbitan untuk menerbitkan drama-drama bercorak sedemikian. Kita boleh lihat yang terbaru usaha inisiatif yang dibawa oleh pengarah yang juga bekas pelakon Erma Fatima (yang suatu ketika mencetuskan kontroversi filem Embun arahannya yang menyaksikan Allahyarham Izi Yahya 'merogol' Umie Aida dalam keadaan 'panas') untuk turut menerbitkan drama bercorak Islamik iaitu Tahajjud Cinta yang telah melabuhkan tirai baru-baru ini.


Shacklesmith sebenarnya malas nak mengulas lanjut mengenai drama lakonan Fazura dan Neelofa yang telah menemui penonton sejak 8 Julai lalu. Tak usah disebut lagi kontroversi yang pernah aku ceritakan hampir tiga bulan lalu. Bagi aku kalau bab pelakon perempuannya sama saja di dalam set ajer bertudung tapi kat luar jangan cakaplah bak kata slogan kedai Seng Heng 'Beza memang berbeza'. Cuma aku nak mengulas email yang telah diterima oleh Abang Nara dari seorang peminat yang tidak puas hati dengan ending drama tersebut kerana merasakan ianya mengecewakan peminat.

assalamualaikum, saya tulis sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati dengan pengakhiran cerita Tahajjud Cinta di TV3. Tak kan cerita permulaan yang sangat hebat berakhir macam itu sahaja. Saya percaya ramai yang tidak berpuashati dengan ending cerita tersebut dan saya rasa tak patut erma fatima buat ia tergantung. Pasti penonton mahu tahu apa yang terjadi pada Ustaz Shauki (yang serius saya rasa mencabar emosi penonton dengan hadis2 dan ayat quran dalam setiap kata2nya). Juga isteri2nya, anaknya solah, pada Seri. Hm, entahlah. Mungkin Erma Fatima puas hati dengan hasil kerjanya. Tetapi hati penonton? Harap2lah lepas ni jangan ada cerita hebat yang tergantung macam tu je. Kita yang stress.. Apa pendapat abang Nara?

Aku cukup setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh abang Nara yang menyatakan bahawa drama ini adalah refleksi kepada realiti kehidupan kita zaman sekarang yang terlalu taksub kepada sesuatu pemimpin sehingga pemimpin buat salah pun tidak berani nak tegur. Tidak dinafikan juga ramai yang berlagak alim semata-mata nak menunjuk-nunjuk dengan orang lain betapa hebatnya diri mereka itu. Sementara bagi mereka yang taksub maka dipujalah sipolan itu bagai nak ke langit seumpama dewata kayangan. Seperti kes yang pernah aku hadapi dari seorang Mek Kelate pelajar UKM ni hah, semua gara-gara akibat taksub menggila pada Tok Guru-nya itu. Walhal, entah berapa banyaklah wang rakyat Kelantan disapunya sepanjang memegang tampuk pemerintahan selama lebih 20 tahun. Tak mahulah sebut pasal politik tapi apa yang pasti “kerana wanita, sehebat mana pun lelaki pun boleh jatuh tewas“. Hatta, ustaz sekalipun tetap tewas jua.

Sekian,
Terima Kasih Kerana Membaca

Shacklesmith : Tak terdetik hati nak giat menonton drama seperti dulu.

Thursday, July 28, 2011

Pelakon Bergaduh! : Neelofa Vs Fazura

Dunia hiburan tanah air, sememangnya tidak terlepas dari sebarang kontroversi baik selebriti dengan orang kenamaan, pihak produksi, sesama selebriti mahupun dikalangan orang biasa. Ada saja krisis yang berlaku dan seperti biasa media semasa mengaut keuntungan menjaja cerita berkenaan di muka depan akhbar dan majalah masing-masing. Sejak sebulan lalu dunia hiburan dikejutkan lagi dengan kontroversi terbaru iaitu pertelingkahan di antara pelakon baru Neelofa Mohd Noor dengan pelakon yang tidak perlu untuk kita perkenalkan lagi, Fazura Sharifuddin. Kecoh dalam Twitter para artis senior dan blogger's mengutuk Neelofa ni!

Dengar khabarnya, Fazura dan beberapa aktres lama yang lain telah berpakat untuk menjatuhkan Neelofa. Biar betul tu beb?? Popular sangat ke Neelofa ni lagi, aku pun baru kenal nama dia melalui bahan bacaan media beberapa bulan sudah.

Thursday, March 24, 2011

An Unfortunate Tweets by Someone...

Tiga hari lepas Shacklesmith bukak Twitter. Dan yang tidak sungguh disangka sekali, Shacklesmith terbaca satu tweet's daripada seorang artis dari seberang yang aku respek jugak la sejak dari awal kemunculan dia. Terkedu jugak membacanya, apakah dosa artis kita sehingga dipandang begitu. Katanya itu memang ada kebenarannya. Tapi satu jer yang Shacklesmith rasakan. Dorang tu perfect sangat ke?


Baca dan renungkanlah wahai rakyat Malaysia yang menjadi pencacai setia artis dari negara seberang tambak berkenaan. Bila mereka masuk cari makan kat negara kita, macam-macam publisiti mereka dapat. Tapi apalah artis kita di mata mereka?. Sedarlah, di negara mereka kalau tak terbitkan album atau lagu English jangan haraplah nak dapat market tapi setakat kat Malaysia ni buatlah collaboration's atau duet dengan artis Melayu kat Malaysia sekalipun gerenti meletup punya. Sampaikan Xfresh fm yang sepatutnya keudarakan lagu dari hasil karya anak tempatan pun masukkan sekali lagu artis dari Kota Singapura ni. Sedarlah wahai gergasi media Astro, Media Prima dan mahupun media cetak seperti Utusan, NST, Star Publication dan Karangkraf sekalipun, walau sebanyak mana coverage mereka dapat tapi apakah ianya sihat untuk industri hiburan kita sendiri?. Sudahlah terpaksa bersaing dengan penggiat seni dari Indonesia yang semacam memperlecehkan industri kita sendiri, inikan pula dengan artis Singapura yang kita anggap sebagai saudara kandung sendiri.

Shacklesmith sedar, yang aku ni bukan wartawan hiburan yang suka menjaja gosip murahan di koran-koran akhbar dan majalah. Tapi moga ini menjadi kesedaran bagi kita tentang sikap 'senang bagi muka' kita terhadap artis luar yang datang mencari makan di sini. Untung emosi kita rakyat Malaysia tidak seperti rakyat Indonesia

Sekian,

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget