Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Apesal Aku Dengar Lagu Ni Macam Lagu Putus Cinta?

Aku ni walaupun depan mata orang nampak aku macam  lelaki berjiwa brutal namun hakikatnya walau se-hardcore mana pun penampilan aku pada luaran tapi jauh di dalam lubuk hatiku tetap jugak tersemat naluri jiwa sentimental seorang lelaki. Kebanyakan lagu favorite aku kesemuanya berentak keras dan tidak sesuai didengari kanak-kanak bawah umur. Tapi biasalah kan, Shacklesmith ni lelaki berbintang Cancer yang orang kata jenis dalam hati ada taman walaupun sedaya upaya cuba nak cover-cover supaya nampak macho gitu bai. 


Adakalanya bila datang mood sentimental, takkan dengar lagu nu-metal Papa Roach kot beb. Mestilah dengar lagu-lagu yang ada unsur kasih sayang. Nak dipendekkan cerita, aku rasa bagi korang yang lahir masa tahun 1980an hingga awal 1990an mesti familiar dengan lagu ni bukan. Lagu ni asalnya daripada seberang dan kalau korang perasan masa kenduri kahwin ataupun video perkahwinan mesti ada pasang lagu ni kan. Senang cakap lagu ni memang cukup famouslah sejak dari tahun 2001 lagi sampai sekarang.


Lagu ni bertemakan percintaan antara kedua orang suami isteri tapi yang aku peliknya, KENAPA AKU DENGAR LAGU NI MACAM LAGU PUTUS CINTA???!!!. Ada yang tak kena ke pasal lagu nie?, I have a bad feeling about this. Justeru aku mengesyorkan kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan supaya tolong jangan gunakan lagu ini ketika di majlis persandingan mahupun sesi fotografi dan video kerana anda mungkin menerima nasib yang sama seperti pasangan suami isteri yang menyanyikan lagu ini.



Shacklesmith : Ini adalah pandangan peribadi, terpulanglah pada anda nak menilainya bagaimana sekalipun. I don't exactly mean to be paranoid but sometimes I just felt. Arrgghh


Sunday, October 23, 2011

AWAS! Video Yang Akan Membuatkan Mata Anda Berbulu

Biar betul beb ape yang gua tengok nie, serius kelakar sampai nak tergolek gua bawak dibuatnya. Masih ingat lagi parody lagu Najwa Latiff iaitu 'Cinta di Muka Buku' yang diubah digubah menjadi 'Cinta di Buku Lima' dendangan penyanyi misteri tanpa wajah iaitu Encikmimpi hampir dua minggu lalu. Tapi yang buat aku nak tergelak ni semua gara-gara geng Twitterjaya. Kenapa aku gelar geng Twitterjaya sebab depa ada meletakkan logo Twitterjaya sebagai cover video muzik depa, tambahan aku follower kepada penyanyi kepada lagu ni juga iaitu @Luna_Rahman dan salah sorang kepada cameo-nya iaitu @karrotgold. Video ni dikeluarkan selang beberapa minggu selepas lagu 'Cinta di Buku Lima dan mendapat sambutan paling hangat sekali dalam masa 2-3 hari ni.

Mempersembahkan, 'Cinta di Muka Bulu' dendangan @Luna_Rahman!


Jujur aku katakan video ni lebih best dari video yang asal sebab biasalah ada elemen lawak bodoh kan. Segala babak dalam video muzik Najwa habis diparodi termasuk babak dalam kafe Tutti Frutti dan adegan tangkap gambar secara curik guna kamera DSLR. Yang paling tak boleh belah adelah part 'Macbook'. Ade ke patut guna laptop biasa tampal kertas gambar Apple. Memang siot giler kelakarlah beb!.

Shacklesmith : Teringat part Najwa masa dalam Tutti Frutti, setakat berani isi suku jer kot yogurt cream dalam tu cup dia. Mana taknya member aku sendiri isi setengah harga satu cup ambik kau RM25.50!, Apa pun nasib baik aku RM10.00 lagi kurang daripada dia.. hee~

Monday, May 30, 2011

KES VIDEO GHAIRAH - Gambit bagi 'Penjelasan'

            Akhirnya, setelah video muzik ghairah yang diarahkan beliau menerima kecaman hebat dari ramai penonton khususnya di ruangan blog, forum, facebook dan twitter di Malaysia. Akhirnya Gambit Saifullah tampil memberi penjelasan yang boleh dikatakan agak tak berapa 'jelas' langsung. Ikuti penjelasan beliau di laman blog terkemuka Beautifulnara sekiranya anda belum lagi membaca dan jangan lupa juga jawapan saya terhadap penjelasan beliau itu di blog ini.


Mungkin dengan nada yang sedikit tercungap beliau memulakan penjelasan ini

1)Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.


Well bro, takde sapa suruh anda bincang pasal kes sosial, rasuah ke, politik ke or all sort of UMNO, PAS and PKR shit or whatsoever yang berkaitan dengannya. Lainlah, kalau anda beri penjelasan kepada Pak Lebai bulan mengambang. For sure dorang akan cuba kaitkan pasal politicking. Hanya nak sebab nak menunjukkan mereka lebih 'Islamik'. People wanted to know about the video's, so please gave us a direct EXPLANATION!!!.



2)i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
Yelah bro, saya faham nak mengarahkan music video sebegini bukan suatu kerja mudah. Masalah pekerja, logistik dan masa tu semua perkara lumrah dalam setiap produksi. Soal kualiti semua bergantung kepada effort's yang dicurahkan oleh setiap tenaga kerja yang komited menjalankan tugas masing-masing sebagai team. Jadi itu semua sifatkan sebagai masalah biasa. Tapi apa yang kami mahu tahu adalah apa INTENTION anda mengarahkan music sampai ke tahap begini??!! Please tell us bro!!.

3) The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
Okay, we get your story clearly. Tapi apa yang jadi persoalan buat kami lagi. Kenapa perlu memaparkan adegan seksi tahap panas begini?. Kenapa perlu ditonjolkan keghairahan isteri yang gersang menyambut suaminya pulang ke rumah dalam keadaan lesu sehingga terpaksa suami untuk melayaninya seperti ditetapkan dalam hukum batin hubungan sesama suami isteri?. Adakah kita berada di Amerika, Jepun atau paling kureng sekali Thailand dan Filipina sehingga terpaksa untuk memaparkan adegan panas sebegini?. Adat resam kaum majoriti menjaga sopan santun. Bukankah termaktub dalam ikrar yang kita baca masa sekolah dulu. 'Kesopanan dan Kesusilaan'.

4)This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur.
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain.

Okaylah, kalau itu yang saudara nak cuba jelaskan. Kami faham, saudara Gambit cuba nak menegakkan benang yang basah tu sendiri. Filem Anu Dalam Botol tu pun dah sedia maklum menimbulkan kontroversi tapi penerbit dia cakap tu filem 'dakwah'. Jadi pengarah ada sebab nyata kenapa perlu paparkan semua tu. Oh ya,  saudara cakap ianya bertujuan untuk memaparkan hubungan suami-isteri. Kami dah faham apa INTENTION sebenar saudara akan hal ini. Memang takde cium, memang takde raba-raba (Ye ke bro?, atau saudara terlepas pandang). Tapi kenapa perlu tarian ghairah siap dengan selak bath robe lagi untuk menampakkan pakaian tidur wanita yang singkat tu dan siap baring atas lantai semua?. Lagi satu kalau ye pun ianya memaparkan hubungan suami-isteri. Apakah Shah Jaszle dan Prema Yin itu pasangan 'suami-isteri' dalam erti kata sebenar realitinya?. 

Shacklesmith : Kalau macam tu lah, lebih baik tak perlu bagi penjelasan langsung. Seperti kata komentator laman Beautifulnara, penjelasan yang diberikan adalah penjelasan BANGANG!

Friday, May 27, 2011

Waduh!! Sama Tapi Tak Serupa

        Banyak benda yang kita lihat di dunia nampak serupa tapi hakikat tidak pun. Apa tak nya, setakat luaran jer yang nampak sama tapi dalaman lain-lain. Memang sama tapi tak serupa langsung kan. Kadang-kadang persamaan tu terjadi secara kebetulan dan kadangkalanya mungkin disengajakan. Walaubagaimanapun semua nya bergantung pada niat 'orang' yang melakukannya. Ingat, Shacklesmith bukan bercakap pasal kejadian alam semua tapi pasal video klip yang aku jumpa kat Youtube ni. Diminta anda semua yang bertandang di blog ini menonton dan menilainya. Dua buah lagu yang wajib dinyanyikan tatkala berkaraoke bersama orang tersayang :)


       Aku sedar kewujudan lagu tu masa menemankan member berkaraoke di sebuah premis di Taman Maluri selepas makan tengah seminggu sebelum peperiksaan akhir lebih sebulan yang lalu. Masa tu boleh dikirakan gua first time la melalak kat dalam tu walaupun dengan suara yang tak seberapa merdu nih. Berbalik pasal lagu ni pulak berkisar mengenai kebosanan dan kegersangan tidak dilayan kekasih tersayang. Waduh! kok bete ngapain gak cari aja yang lain  dong?. Haha, bukankah tabiat cewek disana suka bertukar-tukar pacar gitu kan. Cara nyanyian dalam klip video tu pun aku tengok menggoda habis. Cair sapa-sapa jantan yang menengok nie. Konfem pakcik-pakcik dato-dato semua tempah bilik kat Pulau Batam 7 hari 7 malam semata-mata nak 'bermesra-mesraan' bersama cewek-cewek ini. KAH KAH KAH KAH KAH!!! Yang ini lagi satu klip video gua taruk, lagu sama jugak tapi dinyanyikan dengan loghat yang berbeza. 


        Video ni aku dah ketahui kewujudannya lama jugak lah. Ketika sibuk orang dok pertikai betul ke negeri tu betul-betul mengamalkan gaya pemerintahan 'Isle'. Nak dijadikan cerita klip video ini dijadikan penilai apakah kebenaran tersebut. Lenggok suara Mek-mek yang menyanyi dalam lagu dangdut ni memang menggoda tapi dalam bab tarian 'meme serupo menate beruk!'. Kalau Tok Guru tengok mau tak tercabutlah serban dan kopiah dia termasuklah macai-macai awe-awe pengampu yang tutup muka lepas tu bukak sekejap sebab nak tengok peha ayam KFC yang gebu-gebu tu. Sumpah gila kelakar lah beb, aku tengok video klip ini berkali-kali pun udah tak tertahanlah nak tergelak sampai berguling-guling dibuatnya. Kalau korang tengok komen-komen video ni kat Youtube memang mengundang kutukan yang pedas-pedas. Yelah, udahlah menyakitkan mata orang yang memandang. Yang tak sedapnya, betulkah mereka ini menumpang nama Dikir Barat?. Aduyai, come on lah. Apa kena mengena Dikir Barat dengan menari tertonggeng ni?. Jangan rosakkan budaya lah. Ni memang sah-sah Dangdung dan bukan Dikir Barat. Cuma penyanyinya aje yang ada background Dikir Barat. Tapi walau apapun jangan kaitkan si gemuk yang memakai baju ketat menari terkinja-kinja ni  dengan Dikir Barat!. Jauh langit dengan bumi. Kalau betul demo ni asal Siam nak mencari glamer kat M'sia. Lagi bagus suruh SB tembak celako ni sekor-sekor. Molek gitu doh!! Huhuhu :D

Shacklesmith : Jangan bosan-bosan wahai cik adik

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget