Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

A Perfect Example of Architecture Imitation

Adalah tidak menghairankan, sebuah negara yang kononnya memiliki ketamadunan agung berusia lebih 2500 tahun tetapi kini hanya terkenal dengan produk tiruan keluarannya yang berlambak di pasaran serata dunia mampu membina sebuah menara (walaupun reka bentuknya ditiru hampir bulat-bulat). Nah, cuba korang tengok persamaan di antara menara Gherkin kota London dengan menara Crayfish Mansion di timur China ini (tidak diberitahu pulak kat mana bangunan tu sama ada di Beijing, Shanghai atau mana-mana bandar besar di timur China)


Untuk peringatan korang, Menara Gherkin terletak di kiri gambar manakala menara Crayfish Mansion pulak di sebelah kanan

This iconic building will be a familiar sight for anyone who has gazed at London's skyline.
But the distinctive sky-scraper pictured is not the world-renowned Gherkin, but the Crayfish Mansion in eastern China.
The tapered, glass Crayfish looks almost exactly the same as the English landmark - and it even shares a bizarre name.


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2080396/Hang-looks-bit-familiar-Crayfish-Mansion-eastern-China-bears-remarkable-resemblance-London-s-Gherkin.html#ixzz1iBkkPAeQ



.Shacklesmith : Dulu masa aku bersekolah menengah pernah kecoh pasal syarikat Honda pergi saman satu PRC automotive company ni sebab tiru design Honda CRV dorang. La ni bukan setakat kereta, bangunan pun ditiru bulat-bulat!. Alahai, kalau setakat Roman Architecture (Pantheon of Rome) tu memang dah berlambak-lambak Amerika dengan negara mat salih lain tiru sedangkan Italy dan Pope Vatican City buat derk ajer. Tapi kali landmark kota London pulak ditiru habis oleh China!. Arkitek yang design Gherkin Tower ni takde plan nak saman ke engineering firm China tu beb? Hahaha!

Saturday, December 17, 2011

Biar Betul Beb, Ini Jantan Ke Betina?



First impression bila aku tengok gambar makhluk Tuhan ni adelah "Apakah benar mata aku ini menipu diriku?". Biar 'betik' apa yang gua nampak ni beb!. Yelah, kalau ikut pepatah orang tua dulu-dulu mengatakan "Sekilas ikan di air sudah tau jantan ke betina" tapi yang ini bagi aku adalah special kes. Oleh sebab tu aku ingin bertanya korang. Yang ini lelaki ke perempuan?






Masih kurang pasti?
NAH AMBIK KAU!!!
(JANGAN KORANG MEREMBES SUDAH!)


Namanya adalah Andrej Pejic, seorang model kelahiran Serbia yang kini menetap Australia sejak 12 tahun sudah ketika konflik Kosovo dulu. Aku pun tak tau apalah nak dikatakan pasal budak ni sungguh malang nasib dia katanya dibesarkan dikelilingi adik beradik perempuan dalam keadaan kedua ibu bapanya sudah bercerai sewaktu Perang Balkan (Ingat Perang Bosnia?) awal 1990an. Kesian dia beb, entah nasib sebab takde bapak nak jaga dia supaya jadi lelaki sejati ataupun mungkin disebabkan ketidakseimbangan dalam badan sampai dia jadi sebegini. Apa sudah tak cukup perempuankah di negara bekas Yugoslavia tu sebab perang dulu sampai dia nak jadi perempuan?

Tengok penampilan dia ni mengingatkan aku dengan seorang budak Melaka yang pernah belajar satu kolej dengan aku tak lama dulu. Aku mula mengenali kelibat dia sewaktu kuliah joint Pendidikan Islam antara sekolah pengajian yang berbeza (aku student IT, dia Business Management) tiga tahun sudah. Kalau korang nak tahulah, penampilan dia dari semester ke semester memang banyak perubahan. Daripada mula gaya lembut-lembut pakai mafela, t-shirt dan seluar ketat sehinggalah pakai kasut tumit tinggi dan berambut panjang diwarnakan  dan di-Rebonding-kan. 

Kali terakhir aku terserempak dia adalah sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri di kolej tahun sudah. Masa tu punyalah hebat transformasi dia beb! Siap berbaju kebaya ketat di pinggang dengan gaya lenggang mak limah lagi bai. Nauzubillah, beristighfar panjang aku dibuatnya. Hanya Allah sajalah yang tau. Yelah namanya punyalah membawa maksud yang baik. Bayangkan nama diberi kepadanya cukup baik maksudnya iaitu 'Kamil' yang bererti 'Sempurna' tapi aku tak nampak sebarang kesempurnaan pun pada dirinya hanya cukup sifat saja tapi hormon tak berapa seimbang!. Baru-baru ni (Sabtu lepas, 10 Disember) adalah hari konvokesyen buat batch kami (intake 2008) tapi aku tak nampak langsung batang hidung dia. Mungkin jugak aku tak perasan kot. 

Statistik dari Jabatan Perangkaan Negara mendedahkan bahawa nisbah lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia ni tapi walau bagaimanapun ramai orang tak bersetuju kerana dianggap bertentangan dengan Hadis Rasullullah SAW mengenai keadaan di akhir zaman. Namun begitu, cuba korang perhalusi apa maksud sebenar hadis junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW berkenaan mengenai jumlah perempuan lebih ramai dari lelaki. Memang 'perempuan' lagi ramai berbanding lelaki tapi bukan perempuan tulen!. Bukan asli punya perempuan tapi perempuan tiruan, buatan, ciplak dan jantan yang berangan-angan nak jadi betina!

Aku ada dengar ura-ura dia ada bercadang untuk melakukan pembedahan jantina sekiranya dipanggil untuk menjadi model kepada Victoria Secret. Aku sekadar termampu terpaksalah menahan loya di tekak apabila mendengarnya. Yelah beb, barang original melambak-lambak kat luar sana tapi barang tiruan ini jugak yang diambilnya. Pecah rekodlah jadi model tranny dalam Victoria Secret tuh bai.

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget