Showing posts with label polemik. Show all posts
Showing posts with label polemik. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

MENGAPA INDUSTRI PERFILEMAN/HIBURAN NEGARA MENUJU KE ARAH KEHANCURAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

i - SEBELUM meneruskan bacaan, ingin DITEGASKAN di sini bahawa ini adalah PENDAPAT PERIBADI semata-mata, berdasarkan PENGALAMAN di dalam industri kita.
ii - TIDAK langsung MEMAKSA sesiapa untuk BERSETUJU dengan artikel ini.
iii - Tidak semua begini namun MALANGNYA, golongan ini adalah golongan MAJORITI.
iv - Andai TIDAK dapat MEMBACA dengan minda TERBUKA dan menerima TEGURAN maka kalian BELUM sedia BERUBAH.
v - Andai kalian belum sedia berubah, maka makin HANCUR lah industri ini.

[ MENGAPA INDUSTRI PERFILEMAN/HIBURAN NEGARA MENUJU KE ARAH KEHANCURAN ]

1 - Penerbit & pengarah terlalu EGO untuk menerima pendapat orang lain kerana merasa sudah HEBAT.
2 - IDEA dari yang muda TIDAK akan DIAMBIL KIRA dengan alasan tiada PENGALAMAN dan masih MENTAH.
3 - Padahal drama dan filem DIBIKIN antaranya untuk TONTONAN yang MUDA juga.
4 - MALAS untuk membuat kajian.
5 - Langsung TIADA INISIATIF untuk menjadi kreatif.
6 - AMBIL saja dari novel, atau TIRU saja idea dari filem luar.
7 - Apabila ditanya, akan keluar pelbagai ALASAN seperti "persamaan adalah kebetulan, saya pun tak sangka", "saya langsung tidak tahu, saya tak pernah tonton pun filem tu".
8 - Masih MENGHARAP, menagih dana kerajaan.
9 - Kalau TIADA DUIT, usah bikin drama dan filem. Berniaga saja CUCUR UDANG atau PISANG GORENG.
10 - Bila modal KECIL, bayaran pada pengarah, penulis skrip dan kru menjadi RENDAH. Pelakon juga terpaksa ambil yang kayu, janji kos MURAH. Lokasi jadi "ASAL BOLEH" kerana PERCUMA.
11 - Hasilnya drama dan filem menjadi lebih TERUK dari sampah!
12 - Kerana penerbit yang KELUAR MODAL, maka ada di antara pengarah yang hilang hak untuk MEMILIH penulis skrip dan pelakon yang berwibawa.
13 - Penerbit akan memilih penulis skrip yang mengikut SELERA mereka, walaupun ada yang menulis ENTAH APA-APA.
14 - Penerbit juga akan memilih pelakon yang mereka gemari, pelakon wanita yang boleh di"KEPIT" dan di "HIMPIT" walaupun langsung keras depan kamera.
15 - Andai penerbit tidak berbuat demikian, KEISTIMEWAAN tersebut akan jatuh kepada pengarah.
16 - Antara DOSA BESAR drama dan filem kita adalah kerana MENGIKUT selera penerbit dan pengarah, bukan mengikut selera PENONTON.

17 - Terdengar AYAT yang keluar dari PENERBIT dan pengarah tersohor tanah air "Kita buat filem ni, tak tahu lagi ada orang mahu tengok atau tak. Jadi kena la ikut trend semasa"
18 - Ayat yang paling DANGKAL pernah saya dengar.
19 - Semua PERNIAGAAN ada RISIKOnya.
20 - Andaiannya begini, jika sebuah LORONG dijadikan tempat berniaga. Dari awal lorong sampai habis lorong, SEMUA berniaga char kuey tiao. Apa anda FIKIR anda AKAN lebih UNTUNG? Akan lebih MAJU?
21 - Apa yang dikatakan sebagai "trend" ini sebenarnya TIDAK wujud.
22 - Penonton TERPAKSA menonton kerana TIADA PILIHAN genre lain, tiada filem antarabangsa yang MENARIK waktu itu atau kerana MINAT sangat dengan pelakon.
23 - Jalan cerita SAMPAH pun tak mengapa, janji pelakon yang diminati tu ada.
24 - Ya, Hollywood sekarang sibuk dengan filem-filem ADAPTASI komik superhero. Tetapi tahukah kalian yang GENRE LAIN juga dihasilkan dengan sama BANYAK?
25 - Malah filem SUPERHERO mereka juga punya VARIASI.
26 - Cuba ceritakan di MANA variasi, katakan lah, filem SERAM kita?
27 - Kalau sudah KELUAR satu filem pontianak, yang LAIN pun SIBUK dengan pontianak. Baik drama, baik filem.
28 - Kalau gangster, dah SEMUA pun sibuk bergangster.

29 - Bergaji KECIL tapi terpaksa bekerja MELEBIHI 14 jam sehari. JADI?
30 - Ketika MEMASUKI industri ini, perkara ini memang DIKETAHUI umum.
31 - Waktu penggambaran memang SUNTUK kerana ingin CEPAT siap, untuk KURANGKAN kos dan sebagainya.
32 - Salah SIAPA? Baca semula dari atas.
33 - PEKERJAAN ini (kru penggambaran) adalah PILIHAN HATI kalian SENDIRI.
34 - Andai TIDAK SUKA dengan gaji yang KECIL atau waktu kerja yang PANJANG, banyak lagi PILIHAN pekerjaan yang LAIN.
35- Menggunakan ALASAN gaji kecil dan TERPAKSA ambil 2-3 job sekaligus lalu terpaksa mengambil DADAH untuk ketahanan badan ketika bekerja adalah KARUT!
36 - Sekali lagi, BANYAK pilihan kerja yang ADA di luar sana.
37 - Minat? Jiwa memang dah JIWA SENI? Jadi JANGAN jadikan pekerjaan sebagai ALASAN anda mengambil DADAH!
38 - TERTEKAN dan penat? Banyak lagi industri yang lebih TERUK dari industri ini.
39 - Kalau dah TAHU gaji kecil, mengapa perlu BUANG duit beli dadah? Banyak INISIATIF yang lebih POSITIF untuk mendapat pendapatan LEBIH.

40 - Filem mengenai SEJARAH tanah air atau seni SILAT tidak dibikin BUKANLAH kerana "tak ada orang nak tengok lah cerita macam ini, bro".
41 - KURANGnya filem begini adalah KERANA penerbit, pengarah dan penulis skrip MALAS untuk membuat KAJIAN. Diulangi, MALAS! Bikin filem CINTA lebih MUDAH dan MURAH.
42 - Berapa BANYAK fakulti-fakulti sejarah di UNIVERSITI negara kita?
43 - Berapa banyak PERSATUAN seni silat yang terdapat di negara kita?
44 - Jawapannya LEBIH DARI BANYAK!
45 - Semua penuntut adalah orang MUDA. Dalam 20 orang, boleh dikatakan 18 ORANG mempunyai hobi MENONTON filem!
46 - Ini BELUM termasuk dekan, pensyarah dan Mahaguru.
47 - Jadi DIMANA letaknya alasan TIADA PASARAN?
48 - Ini adalah satu PEMBOHONGAN!
49 - MENYALAHKAN pasaran atas KEMALASAN, KEEGOAN & KESOMBONGAN diri sendiri!
50 - Antara filem yang DIADAPTASI dari fakta SEJARAH adalah Queens of Langkasuka.
51 - Mendapat BANYAK pujian yang JUJUR dan IKHLAS diperingkat ANTARABANGSA.
52 - Fikir lah sendiri MENGAPA ada perkataan "jujur" dan "ikhlas" di situ.
53 - Antara filem yang MENAIKKAN martabat SENI mempertahankan diri sesebuah negara adalah Ong Bak, Tom Yum Goong [Muay Thai] dan Merantau [Silat Minang, Silek Harimau]
54 - Ong Bak dan Tom Yum Goong telah BERJAYA menembusi PASARAN Amerika Syarikat dan mendapat kutipan PECAH PANGGUNG.
55 - Merantau pula telah MEMENANGI anugerah AUDIENCE AWARD, HONORABLE MENTION di Fantastic Fest 2009 yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat dan anugerah FILEM TERBAIK di Action Fest 2010 yang berlangsung di Carolina Utara, Amerika Syarikat.
56 - Itu KEJAYAAN mereka di peringkat ANTARABANGSA. Belum lagi di TANAH AIR MEREKA sendiri.
57 - Ini BELUM lagi cerita industri PERFILEMAN/hiburan Hong Kong & Bollywood.
58 - JANGANLAH hendak membuat ALASAN bahawa scene mereka TIDAK SAMA dengan scene di sini.
59 - Mereka juga BIKIN filem cinta, komedi, seram dan lain-lain genre lagi. Namun semua akan DISELITKAN dengan unsur-unsur BUDAYA dan KENEGARAAN.
60 - Filem kita wajah kita, PERNAH kedengaran slogan ini.
61 - Namun APAKAH wajah kita? BOHSIA? REMPIT? GANGSTER? ZOMBI? KAKI DRIFT? ROMEO?
62 - Adakah ini BUDAYA kita?
63 - SEDARKAH kalian, anak-anak kecil mudah MENGAJUK, mudah TERIKUT dengan IDEOLOGI yang sedang kalian SEMAIKAN ini?
64 - CUKUP-CUKUP lah buat drama dan filem yang sibuk MENUNJUK syarikat besar, rumah besar, kahwinkan anak masing-masing DEMI gabungan perniagaan, hero perasan ROMEO yang entah di mana MACHOnya dan lain-lain.
65 - Cukup-cukuplah dengan lawak BODOH, SLAPSTIK yang nampak sangat TIADA IDEA, yang LEBIH kepada MENGHINA.
66 - Cukup-cukup lah dengan skrip KURANG AJAR yang menjadi IKUTAN anak-anak kecil. Bahasa JIWA BANGSA, bukan?

67 - Selalu TERDENGAR salakan yang BERBUNYI "Hentikan kemasukan drama & filem negara seberang!" & "Hentikan kemasukan artis & band dari negara ini, negara itu!"
68 - Ini adalah PERMINTAAN, andai tiada permintaan maka TIDAK akan ada PASARAN.
69 - Kenapa kita DIBANJIRI dengan PRODUK-PRODUK [drama, filem dan muzik] LUAR?
70 - HAKIKAT yang PERLU kita AKUI adalah PRODUK MEREKA LEBIH BAGUS!
71 - Andai TIDAK BAGUS, mustahil promoter BERANI membawa MASUK produk tersebut?
72 - TIADA promoter dan pengedar yang berani hendak bawa masuk PRODUK yang TIDAK BAWA KEUNTUNGAN!
73 - MENYEKAT kemasukan drama, filem dan artis serta kumpulan muzik dari luar negara TIDAK akan membawa apa-apa KEUNTUNGAN langsung.
74 - Ini hanya AKAN membuatkan industri semakin MERUDUM kerana TIADA PERSAINGAN YANG BAGUS.
75 - Dalam satu KELAS, andai SEMUA murid pun MALAS dan sama TAHAP maka TIADA langsung murid AKAN MAHU belajar BERSUNGGUH-SUNGGUH!
76 - Maka akan JADI lah keluaran yang "Alah, BOLEH LAH, orang akan TENGOK/DENGAR punya. Mereka TIADA PILIHAN."
77 - ADAKAH dengan MENGHALAU peniaga cucur udang lain akan MEMBUATKAN cucur udang anda LEBIH sedap? TIDAK!
78 - Untuk MAJU, persaingan adalah PERLU!
79 - Andai kalian HENDAK kekal di zon selesa SESAMA kalian, maka produk kalian akan berada DI TAHAP itu sajalah.
80 - Dengan itu, JANGAN sibuk hendak MENYALAHKAN orang lain dengan KEGAGALAN kalian.
81 - Sila beli CERMIN yang besar dan berdirilah DI HADAPAN cermin tersebut.
82 - PENGALAMAN yang bertahun-tahun TIDAK BERERTI kalian seorang yang HEBAT dan berjaya andai TAHUN-TAHUN tersebut kalian habiskan dengan MENGULANGI perkara-perkara sama yang TIDAK BETUL.
83 - Yang ADA di hadapan cermin itu lah yang menentukan sama ada kalian GAGAL atau BERJAYA.

84 - Soal ROYALTI juga dibangkitkan SEOLAH-OLAH kalian DITINDAS.
85 - Pernah DENGAR mengenai KONTRAK jualbeli/sewa? Ya, KERTAS yang kalian TANDATANGANI ketika MENJUAL/menyewakan drama, filem atau muzik kalian kepada PENGEDAR atau STESEN TELEVISYEN.
86 - BAGAIMANA hendak DAPAT royalti andai TIADA dalam perjanjian/kontrak jualbeli/sewa yang kalian tandatangan?
87 - Tidak BACA habis kah? Atau HANYA NAMPAK bahagian yang tertera RM sahaja?
88 - HENDAK kan royalti, SERTAKAN lah dalam perjanjian/kontrak jualbeli/sewa! Baru lah DAPAT!
89 - Ini tidak. BACA perjanjian/kontrak jualbeli/sewa pun TIDAK, sudah TANDATANGAN. Kemudian MENYALAK sana-sini.
90 - Ini lah PUNCA mengapa KERAJAAN perlu membayar ROYALTI YANG BANYAK kepada SHAW BROTHERS.
91 - Ini lah punca MENGAPA keturunan Seniman Negara, Allahyarham P.Ramlee TIDAK mendapat satu sen pun royalti dari PENAYANGAN filem-filem beliau.
92 - Ini JUGA lah punca mengapa kita TIDAK dapat MEMBAWA pulang walau SATU gulungan filem pun yang diarahkan/dilakonkan oleh Allahyarham P.Ramlee.
93 - KERANA perjanjian/kontrak yang beliau tandatangani MENGATAKAN setiap gulungan FILEM yang diterbitkan adalah HAKMILIK MUTLAK Shaw Brothers.

94 - Untuk MENGUBATI penyakit KRONIK yang melanda industri kita MEMERLUKAN satu sahaja UBAT.
95 - UBAH lah MENTALITI dan gaya PEMIKIRAN kalian supaya lebih TERBUKA dalam menerima PENDAPAT dan teguran PIHAK yang lain.
96 - Kurangkan KEPENTINGAN DIRI sendiri.
97 - LEBIHKAN kepentingan PEMBANGUNAN industri.
98 - AKUI dan baiki KEKURANGAN diri sendiri.
99 - BUANG jauh-jauh sifat EGO, BONGKAK dan bodoh SOMBONG yang bersarang di dalam HATI,
100 - INSYAALLAH, akan SEMBUH penyakit kronik ini dengan sendirinya. AAMIIN.

- CR -


Sumber

Tuesday, November 12, 2013

Tamadun Islam Atau Tamadun Manusia?


Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk, sains, perubatan, parti, tamadun dan sebagainya, adalah fenomena pemikiran ramai para sarjana agama terutamanya di Malaysia, lantaran itu ramai segolongan sarjana agama mahu mengkonsumsikan Bank Islam, Insuran Islam, Ekonomi Islam, Universiti Islam, Taman Tamadun Islam, Parti Islam, Pajak-Gadai Islam, dan pelbagai lagi yang dijenamakan dengan istilah Islam untuk mengeksklusifkan.

Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk itu memang menarik perhatian ramai masyarakat Melayu di Malaysia pada masa kini. Saya pun tidak tahu kenapa mereka mengaitkan Islam yang berkaitan dengan persoalan ketuhanan itu dengan produk-produk yang dihasilkan manusia. Saya tidak tahu niat mereka berbuat begitu, samada mereka hendak menunjukkan diri mereka lebeh Islam dari kapal selam - tidaklah saya ketahui.

Namun saya berbaik sangka mungkin para sarjana agama itu hendak mengembalikan kegemilangan "Tamadun Islam" yang disangka boleh menunjukkan kesyumulan Islam. Namun kalau ikut cara itu, tentu sekarang ini kita dapati ada para penganut agama lain yang hendak menunjukkan kesyumulan agama mereka juga, tetapi kita tidak nampak pula penganut agama lain membuat "Bank Yahudi" atau "Bank Kristian" atau "Bank Buddha" atau "Bank Hindu".

Jika kita perhatikan ciptaan-ciptaan teknologi yang diguna pakai oleh orang yang mengaku Islam itu sendiri seperti kapal terbang, kereta, komputer, software, satelit, kapal selam, roket dan sebagainya itu, kebanyakannya adalah ciptaan ataupun rekaan yang dihasilkan oleh orang yang mereka anggap kafir (infidel), tetapi adakah mereka yang mencipta semua itu pernah menjenamakan produk atau ciptaan-ciptaan mereka dengan nama agama mereka??

Jadi sebelum kita berfikir soal tamadun Islam atau seperti laungan segolongan sarjana agama, "Hendak memertabatkan syiar Islam dengan membina Taman Tamadun Islam" atau produk-produk dijenamakan dengan perkataan Islam, maka sebaiknya difikirkan dahulu soal tamadun itu. Dimana sebelum perkembangan tamadun di tanah Arab dahulu terdapat para sainstis dan ahli falsafah Arab yang mempelajari ilmu-ilmu dari orang-orang Greek.

Orang-orang Greek lebih dahulu berkecimpungan dengan ilmu-ilmu samada ilmu falsafah, ekonomi, politik, sastera, sains dan dan berbanding dengan orang-orang Arab. Kemudian buku-buku yang ditulis oleh orang-orang Greek itu telah diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh para sarjana Arab kerana mereka mahu mempelajarinya. Para sarjana Arab pada masa itu telah menaiktarafkan lagi (upgrade) ilmu-ilmu dari orang-orang Greek itu.



Nama-nama seperti Ibn Sina, Jaber ibn Hayan, al-Khwarizmi, al-Farabi, Ibn Rusyd dan sebagainya itu adalah mereka-mereka yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Greek itu. Kemudian mereka telah berjaya meningkatkannya lagi. Mereka adalah para sainstis dan para ahli falsafah. Diantara mereka ada yang dikafirkan oleh para sarjana agama, mereka adalah para pemikir. Mereka bukanlah seperti ramai golongan ustaz zaman sekarang ini.

Pada zaman-zaman mereka itulah yang telah dianggap sebagai Tamadun Islam kerana mereka telah membuat penemuan ilmiah yang menyumbang kepada kemajuan sainstifik. Kemudian para sainstis dan ahli falsafah dari Arab itu semakin berkurangan kerana ramai diantara mereka yang telah dikafirkan oleh para sarjana agama. Ini telah memerosotkan budaya berfikir, mengkaji dan sainstifik dikalangan ramai orang yang mengaku Islam.

Setelah kemerosotan masyarakat Arab, maka Barat pula meneruskan ilmu-ilmu itu untuk dikembangkan lagi sehingga membawa kepada kemajuan moden seperti yang kita lihat pada hari ini. Di Eropah Revolusi Industri bermula, dimana kereta api, kereta, kapal terbang, basikal, telefon dan lain-lain lagi telah dicipta. Setelah Revolusi Industri, kemudian Revolusi Teknologi. Dengan ini manusia telah melintasi zaman batu, zaman besi dan zaman moden.

Saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan pendapat seorang sarjana agama Arab ketika basikal mula-mula diciptakan pada zaman Revolusi Industri dahulu. Menurutnya pergerakan basikal itu melibatkan kuasa jin. Seolah-olah menggambarkan menaiki basikal itu adalah pengaruh Barat yang tidak Islamik. Namun pendapatnya itu amat berkesan kepada ramai orang yang mengaku Islam pada masa itu, sehingga boleh dikatakan ramai orang yang mengaku Islam pada masa itu telah mempercayainya.

Namun apa yang terjadi sekarang ini bukan setakat basikal, malah kapal terbang yang dicipta oleh orang yang mereka anggap kafir itu jugalah yang mereka gunakan untuk memudahkan perjalanan jauh dan menunaikan Haji. Jika ini difahami mungkin ramai diantara kita boleh faham mengapa ramai orang yang mengaku Islam itu lambat berkembang maju walaupun pada satu ketika dahulu para saintis dan ahli falsafah pernah berada dikalangan mereka.

Mengapa ramai para sarjana agama dahulu telah mengkafirkan para saintis dan ahli falsafah dikalangan mereka sendiri tidak diketahui. Namun seperti ramai para sarjana agama dan ramai orang yang mengaku Islam sekarang ini yang sentiasa prejudis terhadap ilmu-ilmu yang ditulis oleh para orientalis berkemungkinan mereka juga berprejudis terhadap ilmu-ilmu dari Greek itu, dimana ia dianggap boleh membawa kesesatan dalam beragama.

Padahal para sainstis dan ahli falsafah Arab dahulu mempelajari ilmu-ilmu dari Greek dan ia berjaya dinaik tarafkan (upgrade), maka memang benar mereka telah memberikan sumbangan untuk kemajuan dunia. Namun kalau menurut turutannya bermula dari ilmu-ilmu yang dikembangkan oleh orang-orang Greek, selepas itu disambung pula oleh para sainstis dan ahli falsafah Arab, kemudian diteruskan oleh orang di Eropah atau Barat, maka nyatalah ini perkembangan yang saling berkaitan.

Ini menunjukkan semua tamadun yang dilalui manusia telah memberikan sumbangan, dimana manusia pinjam meminjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa dan kepercayaan telah bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan kepercayaan mereka sahaja. Manusia telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Begitu juga manusia tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah hak cipta Tuhan.

Agama atau apa-apa kepercayaan sekalipun tidak dapat menjustifikasikan kebaikan dan kebenaran boleh dimonopoli. Mereka yang ingin memonopoli itu hanya kerana mereka hendak mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka, maka jadilah ia label-label kepercayaan yang berbentuk eksklusif. Maka diakhir catatan ini kita boleh bertanya tamadun Islam atau tamadun manusia??

SUMBER - MAT ROJAK

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget