Showing posts with label pop culture. Show all posts
Showing posts with label pop culture. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Perlukah Nak Naikkan Nama Dengan Cara Begini??

Macam-macam cara dipergunakan oleh penggiat filem tanah air untuk meningkatkan publisiti filem yang bakal mereka keluarkan. Pelbagai caralah nak pakai sama ada mempromosikan filem-filem tersebut melalui suratkabar dan majalah walaupun filem tu tak siap lagi dan belum lulus syarat wajib tayang ataupun menjual nama pelakonnya yang tak seberapa popular malahan tak popular langsung ke merata-rata  media terbitan Utusan, NSTP, Karangkraf dan sebagainya. Usah cakap Dr Rozmey lah, ramai jugak yang begitu tapi setakat suam-suam kuku ajer.

Baru-baru ni aku terbaca dekat laman blog abang Nara dan mak aih punyelah terkejut berok sampai nak tercabut keluar bijik mata aku tengok pendedahan paling berani tahap gaban sebuah produksi filem untuk mempromosikan filem yang bakal mereka keluarkan. Caranya, eksploitasi susuk tubuh badan  heroin filem keluaran mereka. Sesuatu perkara yang cliche dibuat oleh produksi filem luar negara tapi agak melampau buat standard kita yang berpemikiran moden tapi konservatif.


Tuan punya tubuh badan yang dieksploitasikan untuk tujuan promosi filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah Nurul Ain Nordin seorang pelakon baru yang belum cukup dikenali oleh rata-rata penonton di tanah air. Merupakan seorang model sambilan sebelum terjun ke dunia pengacaraan dan pernah menjadi finalis Dewi Remaja 2008/2009 (patutlah, kebanyakan produk keluaran pertandingan ini memang majoriti meletup tahap gunung berapi dengan kontroversi baik sebelum kahwin sampai dah kahwin).  Pernah berlakon beberapa television series jugak sebelum ini. Aku perhatikan gambar lain dia aku dapat merasakan orangnya rendah dan kecil-kecil molek jer tubuh badannya walaupun dia lebih tua setahun dari aku. Sila rujuk SINI, SINI dan SINI untuk memastikan kebenarannya.

Kalau diikutkan kes Miera Liyana memang boleh dikatakan ianya tidak disengajakan sebab adik Mira ni mungkin tak perasan payudaranya sebesar itu. Tapi kalau korang tengok ini nampak bebenor ianya disengajakan. Apa tidaknya, kalau nak katakan ianya ditangkap secara kandid sewaktu shooting filem kenapa background warna putih?. Foto pun semacam ditangkap oleh jurugambar yang pro. Kalau korang amati betul-betul gambar ini jelas kelihatan yang pelakon ni hanya memakai kain batik untuk menutup payudaranya saja dan mendedahkan sebahagian besar belakangnya. Namun begitu, bukan setakat bahagian atas belakangnya saja yang kelihatan malahan bahagian pinggangnya juga kelihatan. Ini menimbulkan tanda tanya apakah pelakon filem yang bakal ini tidak memakai panties?. Agak berani juga beliau mendedahkan punggungnya kepada jurugambar sebab mungkin tukang tangkap gambar ini mungkin seorang perempuan jadi rasa malu menjadi kurang.  Jurugambar itu juga seorang yang bijak untuk menyembunyikan alur punggung pelakon tersebut dari jelas kelihatan dalam gambar ini. Boleh jadi jugak panties atau alur punggung tersebut dihilangkan menggunakan teknik penyuntingan imej Adobe Photoshop. Aku bukan nak cakap apalah, sedangkan FHM Malaysia, NewMan atau Men's Health sekalipun tak pernah buat gambar sebegini. Tak silap aku ini kali kedua selepas filem Mantera yang membabitkan gambar 'kemban terlucut' seperti ini juga.

Tapi ingat, apa yang perjelaskan tadi tu hanyalah spekulasi dan bukan tuduhan. Sebab kalau ye pun bermakna aku fitnah tapi aku tak suruh saudara sekalian percaya pun. Itu hanya pendapat peribadi, yelah 'A picture worth a thousand word's'. Memang akan menimbulkan 1001 persoalan buat para penilainya. Cuma, aku tertanya jugak. Kenapa semata-mata nakkan publisiti filem yang bakal dikeluarkan itu maka trick ini dipergunakan. Apakah pelakon tersebut sedar akan implikasinya, kalau hal artis tu free hair mungkin kebanyakan orang boleh tolerate lagi tapi ini sampai yang tak sepatutnya didedahkan pun ditunjuknya. Perkara aurat jadi mainan, penggiat seni jadi acuh tak acuh dan endah tak endah.

Lagi gambar Nurul Ain Nordin di SINI

Shacklesmith : Apa nak jadilah weh, kapitalis ni segala benda nak dikomersialkan sampai tubuh badan wanita jadi sandaran!!. Aku kesian tengok pelakon perempuan diperlakukan begini sampai jadi takde maruah.. Memang bukan hak kita untuk menentukan dosa dan pahala seseorang tapi. Tapi kita kena berhati masa nak melakukan sesuatu agar tidak dipergunakan oleh orang yang berkepentingan sendiri.


Thursday, April 14, 2011

Homer Simpson : Mmm Turkey

Turkey Burger For Miss Turkey

Mengikut strategi marketing, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik minat pelanggan demi membeli produk yang ditawarkan. Macam-macam caralah boleh buat bergantung pada kreativiti entreprenuer tersebut untuk melakukan produk yang dijualnya itu. Paling senang kalau ikut cara tradisional turun temurun warisan Melayu, apa lagi kalau bukan main bomohlah sampai ada yang nak jadi pesaing boleh bangkrap dalam masa kurang seminggu!. Tapi itu cara Melayu yang sudah lapok dek hujan dan lekang dek panas dan tambah lagi kiasu (Malay style)!. Bagaimana pula dengan orang barat?. Anda pernah dengar Carl's Jr.??

Sebut ajer restoran fast food Carl's Jr. orang KL manalah yang tak kenal langsung kan? Boleh dikatakan kebanyakan shopping complex besar-besar macam Mid Valley Megamall, Pavillion, One Utama, The Mines dan entah kat mana lagilah semua ada. Dah hampir 4 tahun dia masuk beroperasi kat negara kita nie. Okey, berbalik kepada cerita mengenai kaedah strategi pemasaran. Apakah strategi yang digunakan Carl's Jr untuk menarik minat pelanggan?. Masih ingat iklan Paris Hilton dalam Youtube lebih kurang 6 tahun dulu?. Haha, kepada sesiapa yang rajin bukak Youtube masa 2006 dulu mesti boleh ingat punya! (masa tu Youtube belom berapa feymes sangat lagi kat Malaysia beb). Aku pun masa tu sekolah dalam Tingkatan Empat lagi bai.


Korang tengok betapa sedap dan nikmatnya Paris Hilton menikmati burger yang enak berlemak berkrim disukai ramai tu!. Kalau nak cubalah mintak sikit dari dia. Tapi tunggu dulu, halal ke burger yang dia makan tu? Setahu aku Jakim pun belum pun bagi sijil halal pada francais tu lagi sehingga tahun 2007. Haha, orang Malaysia pun mana kenal lagi Carl's Jr. melainkan sesiapa yang rajin pergi ke seberang Tambak Johor (Singapore).

Hak tu yang lama punya. La ni macam mana pulak na? Hah, yang tu aku nak habaq kat hangpa semua!. Apa pulak strategi depa pakai la ni. Taktik yang sama, cuma orangnya jer yang tak sama. Tengok balik sub tajuk korang mesti dapat tau punya. "Turkey Burger For Miss Turkey". Dulu Paris Hilton sekarang ni sapa mangsanya kan..?? 'Miss Turkey' ke?. Tengok video yang aku paste kan kat bawah nie. And you shall get answer..





Aku pun pelik, negara Amerika Syarikat. tu punyalah besar gedabak dan mempunyai bilangan Ratu Cantik yang banyak berdasarkan jumlah negeri dalam persekutuan tersebut. Takkanlah tak dapat sorang kot?. Apa sebab depa pilih Miss Turkey Gizem Memic untuk tolong promosikan burger ayam belanda 500 calorie tu?. Alasan mereka kenapa Miss Turkey dipilih adalah disebabkan  "To help you remember our delicious new charbroiled turkey burger, we hired Miss Turkey. To help you remember Miss Turkey, we put her in a bikini. And to help you remember Miss Turkey's bikini, we had it designed with little tiny pictures of our charbroiled turkey burger." Kah kah, nak tergelak aku dengor statement mangkuk hayun nie. Macamlah orang sana tak kenal Ayam Belanda ( Turkey). Tiap-tiap Thanksgiving depa makan bai. Sampaikan hari Thanksgiving tu digelar 'Turkey Day' oleh sebilangan rakyatnya. What a stupid advertisement. Anyway, Carls Jr. memang terkenal di US dengan iklan tolol yang digelar slutburger-nya itu. Sila rujuk SINI. Pelik bercampur kelakar pun ada. Kenapa tak mau ambil yang INI?. Pemenang Miss World tu kot. Haha

Boleh jadilah disebabkan negaranya sebab tu dia dipilih, aduyai mesti mengamuklah puak Ketuanan Bangsa Turkic (Pan-Turanism) kan?. Hahaha, konfem agaknya geng skinhead Neo-Nazi white supremacist KKK dan pro- Pan Turkism akan bertempur di jalanan silap haribulan entah dimana!. Dan lagi satu, di Turki ada ke Carl's Jr.? Boleh rujuk SINI. Kalau ada bolehlah dorang kongsi iklan tu tu tapi kalau takde nampak sangat eksploitasi puak kapitalis jongos ni. Kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam pun tak taulah nak cakap apa. Yang penting kita jaga akidah dan keimanan kita. Negara depa tu macam Indon kecuali depa tu way better and smarter than Indon's ofcourse!! 

By the way, kalau korang nak berkenalan inilah Miss Turkey tersebut. Nama dia Gizem Memic, seriously she's the real Miss Turkey for the year 2010 and she once participated for Miss Universe 2010 in Las Vegas and Miss World 2010 in China. Need to know more about her, care yourself to check out HERE and HERE.
Facebook?? Cari ler sendiri weh. Aku mana tau. KAH KAH KAH KAH KAH. 

Homer Simpson : Mmm... Carl's Jr Charbroiled Turkey Burger
Shacklesmith : Kalau tak nak gemuk tak payahlah makan burger.

Friday, February 18, 2011

Malaysia Dituduh 'Maling' Lagi!!!

Salam muhibah dan silaturahim buat semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian khasnya rakyat Malaysia. Di hari Jumaat yang indah ini, Shacklesmith nak menyampaikan satu cerita yang panas diperkatakan di ruang forum terhangat CARI. Dulu semenjak 3-4 tahun sudah heboh diperkatakan Malaysia 'mencuri' budaya dari Indonesia dan mempromosikannya sebagai budaya Malaysia. Walhal, Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun dan, jadi persamaan sesuatu adat resam, makanan dan tarian tidak menjadi masalah kerana faktor geografi yang berdekatan dan persamaan genetik memungkinkan transmisi budaya ini. Dulu semua adalah Nusantara, mana ada Malaysia dan Indonesia?. 

Kita ambil contoh mudah, baju bodo di Selangor dan tarian barong di Johor. Sedia maklum kita mengetahui bahawa di kedua-dua negeri yang maju dengan perindustrian ini memiliki ramai orang Melayu berketurunan Bugis dan Jawa. Mereka telah menetap di sana lama berdekad dan berkurun sebelum merdeka. Jadi tidak salah untuk suku kaum ini mempraktikkan kebudayaan nenek moyang mereka  sebagaimana kaum Scottish dan Irish di Amerika Syarikat dan Australia bermain bagpipe pada setiap upacara dan menyambut hari Saint Patrick dengan mabuk-semabuknya. Budaya ini telah dibawa lama dahulu sebelum wujudnya entiti politik bernama Malaysia dan Indonesia. Bukannya dibawa oleh Pak Daeng dan Wak Parjo pada tahun 1960an!.  Nak tahu, 'Maling' dalam istilah kaum Banjar dan Jawa bermaksud pencuri. Kalau nak kepastian, tanyalah orang-orang tua di Kuala Selangor dan Bagan Datoh, Perak.

Berbalik kepada tajuk yang diperbincangkan ini, sebelum ini asyik Malaysia dituduhkan sebagai 'Maling'. Nah, kita tengok apa yang di-'maling'-kan oleh Indonesia pada masa ini. Jom kita lihat, sebuah sinetron yang bodoh lagi membodohkan. Sudah terang lagi bersuluh, kostum heroin untuk sinetron Supergirl terbitan Soraya Intercine Film amat mirip banget sama dengan kostum Spider-Woman terbitan gergasi komik dunia Marvel Production! Perbezaan antara keduanya memang tidak ketara langsung. Kadangkala Shacklesmith terfikir, susah sangat kah nak design kostum sendiri? Macamlah Indonesia takde pereka fesyen handalan dari 200 juta penduduknya itu kan.

Sinetron ini dah keluar TV semenjak 13 Februari sudah. Tapi apa yang menjelikkan, pihak penerbitnya langsung tidak memohon sebarang lesen pembikinan dan adaptasi karya keluaran Marvel berkenaan. Semua patut tahu bahawa karyawan dari Amerika Syarikat memang tegas mempertahan hasil ciptaan itu dari diplagiat tangan-tangan tak bertanggungjawab. 'Kayu suci' itu memang semacam tak boleh disentuh langsung apa lagi di-'maling'. Lepas ni konfem mengamuklah atuk Stan Lee tu hasil kerjanya kena curi beb!

Hoi!! Sapa berani 'maling' hasil masterpiece aku hah?!
Kalau sesiapa pernah terbaca blog Rotikaya dan OhBulan semestinya korang dah tau apa persamaanya. Buat yang belum mari tengok sini! Jom perhatikan persamaan disebalik heroin Amerika Syarikat dan bunga-bunga terbaru Indonesia ini.

Yang asli terbitan gergasi komik dunia Marvel

Palsu!! Nampak sangat 'maling'-nya
Langsung tiada beza bukan?. Jelaslah sudah siapa bilang Indonesia tidak pandai 'maling' dong. Malahan, bijak dan cekap sekali sampai tak reti menutupin-nya. Shacklesmith tidak merujuk kepada seluruh warganya tetapi warga kerja produksi Soraya Intercine Film. Kalau nak berkarya pun janganlah sampai jadi begini. Ini sudah kira kes berat melibatkan produksi antarabangsa dari Amerika Syarikat. Shacklesmith tak dapat bayangkan betapa besar saman yang akan dituntut oleh Marvel Comics Production ke atas kesilapan ini. Tak terbayar langsung kot dengan rupiah yang tak ternilai harganya itu.

Dalam kekalutan ini pasti korang tertanya-tanya siapakah empunya tubuh montok nan gebu yang mengangkat kereta pacuan 4 roda Jeep itu bukan?. Siapa lagi kalau tidak bukan si Manohara Odelia Pinot yang pernah hangat diperkatakan oleh media kedua negara hampir 2 tahun dulu akibat krisisnya dengan suaminya seorang putera Sultan Kelantan. Perkahwinan yang dibina sejak Ogos 2008 dulu tidak bertahan lama kerana kononnya dia diperlakukan dengan kejam oleh Tengku Fakhry  sehingga membawanya melarikan diri sewaktu melawat ayahanda mertuanya di Singapura. Entah benar atau tidak walahualam. Tapi apa yang pasti, dari Kelantan balik ke Jakarta terus jadi superheroin! Menarik bukan?. Shacklesmith tak tertahan ketawa dibuatnya.
Heroin terbaru kebanggaan Indonesia!!
Tidak seperti di Malaysia di mana setiap keluaran yang tak menepati citarasa penonton akan menerima kutukan pedas sepedasnya sampai nak mampus macam kes Dr Rozmey itu. Di Indonesia, akibat sikap patriotik terlampau dan bangga akan hasil karya sendiri mengakibatkan sinetron ini juga tidak terlepas dari sebarang kritikan (pujian) yang membina. Bravo 

kalo bisa ditayangin 2 jam aja napa...nanggung amet sih kalo 1 1/2 jam. eh iya ngobrol2 ,tuh keluarga geblek jgn di tongolin aja bikin sebel bgt,mendingan kisah pertualangannya aja yg di tongolin. biar manteb.Afdhal
2011-02-15 20:47:39

ini yg ane demen ceritanya nga bikin bete,tapi malah bikin penasaran,cuma kok supergirlnya terbangnya masih nabrak2x sih...btw sip manteb nih sinetron...LANJUTKAN.Gettheidea.co.id
2011-02-15 11:33:46

Lucu film nya, manohara nya.. goodluck lah, semoga awet ^^munat
2011-02-14 12:28:55

asyik ada tontonan superhero lagi...kangen nih ane sama yg beginian...sekali Soraya..tetep supergirl...hidup manohara.Shurricanger

2011-02-14 09:25:55

Superb....!!! Aktingnya mantap! Plotnya hebat!, Ceritanya bagus!, Kostumnya original! Efeknya luar biasa! Saya sampai negfans banget... Manohara..., aku padamu deh!!! Jempol buat PT Soraya bisa bikin serial bermutu begini dibanding sinetron2 sampah lain yang isinya rebutan warisan, pendzoliman kepada anak2 yatim piatu oleh tantenya sendiri, rebutan pacar dengan sepupu... rudi

2011-02-09 12:07:37

salut dah buat tim soraya, btw gitu dong bikin film buat keluarga yg ada superheronya...bosen sama drama2 yg ada di stasiun laen. oke mudah2an kedepannya lebih bnyk lagi sinetron kaya supergirl.joe

2011-02-08 12:41:40

waduh ditayang tgl 13 yah...oke deh aye tunggu premiernya ah.manuk gede

2011-02-07 16:19:06

wah...cantik nih si mano... muachhera 

2011-02-04 20:59:30

ngeliat trailernya di tv sih kayaknya oke...ya mudah2an oke juga deh sinetronnya.Agus
2011-02-04 20:57:19

Setuju gw kalo dibikin jd season. 

Tengoklah, kebanyakan komen yang kita lihat itu adalah seperti menyokong. Adalah tidak menghairankan bagi segelintir warga mereka, semua hasil karya yang dikeluarkan adalah asli kepunyaan mereka belaka dan bukan hasil plagiat. Segalanya berputar keliling mereka. Takde apa yang nak dihairankan pun. Kalau mereka tiru game Call of Duty dan taruk nama Kopassus pun mereka akan bilang hasil karya yang ori dong. Jangan terasa hati yuk. Mintak-mintak janganlah Astro dan Media Prima (TV3) beli sinetron sampah nih. Kalau tak, habislah semua amah-amah kita mencuri tulang menonton sinetron ini tatkala masa terluang! Akan banyaklah kerja yang tak dibereskan nanti beb. Sebelum beransur jom tengok sedutan dari sinetron ini!





P/S : 'Gimana cara melepaskan baju inih?'<< Waduh, gak tahan pengen ketawa!! hihihihii :D :D :D

Sekian,
Assalamualaikum..

Adios~~

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget