Wednesday, August 31, 2011

MERDEKA!!!


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54!

DIRGAHAYU MALAYSIAKU SEJAHTERA AMAN SENTIASA!

ALANGKAH INDAH SUNGGUH MENYAMBUT AIDILFITRI PADA WAKTU INI!


TAPI, LEBIH INDAH LAGI TAHUN LALU...

SUNGGUH BERMAKNA HARI KEMERDEKAAN DI BULAN RAMADHAN :)






Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidifitri Buat Seluruh Muslimin dan Muslimat


Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh pembaca sekalian.
Jika penulisan saya menyinggung sensitiviti anda, harap dimaafkan.
Segala salah dan silap adalah amat dikesali.

Bagi yang memandu dan ingin pulang ke kampung atau menziarahi saudara-mara dan sahabat handai, pandu dengan cermat semoga dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Minal Aidil Wal Faidzin



Pendedahan - Adlin Binti Abdul Jalil Adalah MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara!!!


Masih ingat lagi tentang pendedahan yang dibuat oleh pihak penggodam amatur yang menamakan diri mereka Gaysec yang membongkar dalang di sebalik watak sebenar MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara?. Sungguhpun, mereka menemui kegagalan kerana 'tersilap orang' namun ianya tidak mematahkan niat mereka untuk mencari siapa sebenarnya wanita tua gila meroyan itu. Mereka tidak lagi bersendirian, dengan dibantu oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Kid-CSI Team dan berkat sokongan dari rakyat Malaysia (kaum Melayu Islam) akhirnya dalang di sebalik watak jahat itu berjaya dibongkar!.

Didapati bahawa Arlene Tan bukanlah watak utama dalam krisis ini, disebalik itu terdapat beberapa pemain yang turut serta dalam konspirasi dajjal ini. Tidak perlu disebut lagi mengenai Pepper Lim yang menggunakan pengaruh politik DAP-nya dengan menggerakkan taiko Lim Kit Siang dan Tony Pua untuk bertindak terhadap sesiapa yang mempersoalkan gerakan ateisme ini dan juga warga Melayu Singapura (the so called soliloqueer) yang turut serta mencerca agama Islam demi mempertahankan gaya hidup mereka yang songsang. Arlene Tan yang mengaku masih Islam walaupun tidak warak telah berbohong dengan menafikan bahawa beliau adalah seorang ateis meskipun telah membuat 'confession'.

Ketika pendedahan oleh Gaysec awal bulan lalu yang didapati tersilap, mereka telah memburukkan Gaysec dengan menyatakan bahawa Gaysec telah menfitnah Arlene Tan walhal kesilapan yang dilakukan oleh Gaysec itu adalah disebabkan pendedahan pra-matang mereka kerana belum punya bukti kukuh lagi. Seperti yang aku cakap tadi, Arlene Tan bukanlah watak utama cuma watak sampingan ajer. Banyak lagi dalang di belakang dia dalam helah dajjal ini.

Lihat di bawah dan cuba ketuk kepala anda dan berfikir apakah maksud semua ini?



PERSOALAANNYA? DIA MENGAKU SEBAGAI SEORANG YANG BERFAHAMAN LIBERAL DAN PLURALIS. MENGAPA BELIAU SUKA HENDAK BERCAMPUR DENGAN GOLONGAN YANG TIDAK PERCAYA TUHAN??


Kita tinggalkan saja Arlene Tan fokuskan kepada dalang sebenar watak Sitt Al-Wuzara. Bermula dengan pengkantoian Arlene Tan yang telah memberikan email Sitt Al-Wuzara kepada seseorang tanpa disedari (tidak sedar bahawa dia diperhatikan)



Ingat lagi dengan salinan nombor IC yang dikaburkan oleh Sitt Al-Wuzara yang mengakui individu pemilik IC tersebut adalah beliau sendiri. Benarkah Adlin Binti Abdul Jalil itu beliau?




Untuk pengetahuan lanjut bagi sesiapa yang ketinggalan, sila lawat laman Facebook ini mengetahui dengan lebih dalam akan kes ini.

Sesungguhnya pendedahan merupakan hadiah paling bermakna buat kita umat Islam Malaysia pada Syawal ini. Inilah kemenangan di akhir Ramadan, syabas diucapkan kepada Gaysec, KID-CSI Team dan Anonymous Malaysia yang bersama-sama berganding bahu membanteras kegiatan jahat ini. Turut menyokong mereka adalah rakyat Malaysia khasnya umat Melayu Islam yang telah mengenepikan segala perbezaan politik dan turut bersama menyokong perjuangan ini. Syabas diucapkan! Ini penyatuan sebenar kita. Semoga kita kekal bersatu!. Diharapkan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia dan SKMM mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dalam gejala murtad ateisme supaya ianya tidak menggugat ketenteraman umat Islam!

Salam Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, August 26, 2011

BIAR BETUL - Syamsul Yusof bakal Tinggalkan Skop Productions?


KUALA LUMPUR 26 Julai - Syamsul Yusof amat diperlukan dalam memastikan Syarikat Skop Production terus maju ke depan.

Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam mendakwa beliau bersyukur kerana mempunyai anak yang bukan sahaja berbakat dalam bidang pengarahan, malah bijak dalam mengukuhkan perniagaan yang beliau tubuhkan sekian lama.

Beliau juga tidak menduga akan minat yang sama turut diwarisi seorang lagi anak lelaki beliau, Syafiq yang bakal mengarahkan sebuah filem selepas ini.

Datuk Yusof juga dalam pada yang sama meletakkan harapan yang tinggi agar Syamsul akan kekal setia bersama Skop Productions. Malah setakat ini beliau yakin, dengan usaha gigih anaknya memperkukuhkan Skop Productions, tidak ada sebab Syamsul akan meninggalkan syarikat tersebut.

Datuk Yusof Haslam berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan beliau di Bangunan Finas pada Rabu lepas.


Pada kesempatan Majlis tersebut juga, beliau turut menunaikan tanggungjawab memberikan bonus kepada 160 warga Skop Productions bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. 


Ini merupakan salah satu langkah yang sangat efektif setelah mencapai keuntungan hasil filem karya Syamsul. Keuntungan ini bagi beliau sewajarnya dibahagikan bersama tenaga-tenaga kerja di syarikat produksi ini.

Apakah benar semua ini? Skop Production yang ditubuhkan sendiri oleh Datuk Yusof Haslam sudah amat sinonim dengan filem-filem keluaran beliau. Bahkan dengan penglibatan Syamsul ke dalam industri perfileman tempatan telah memperluaskan skop dengan penambahan genre filem sesuai dengan kehendak generasi baru yang lebih 'up to date' dan segar. Malahan, bakat yang diwarisi oleh Syamsul dari bapanya merupakan satu aset penting yang tak ternilai buat Skop Production. Malahan, produksi itu kini dilihat sebagai satu bisnes keluarga yang patut dipertahankan oleh Syamsul dan adiknya sendiri. Bagi aku sebagai peminat dan penyokong industri filem tempatan amat terkejut jugaklah mendengar khabar ni.


Aku percaya sejak daripada tahun 2008 lagi, pengaruh dari Datuk Yusof Haslam-lah yang buat Syamsul dikenali. Mana tidaknya, filem pertama pun dah box-office. Sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan kegemilangan filem arahan Yusof Haslam pada tahun 1990an dulu. Cuma, Syamsul membawa genre yang berbeza semestinya diminati oleh generasi sekarang. Aku juga berkongsi pendapat dengan Datuk Yusof, tidak ada sebab untuk Syamsul untuk meninggalkan Skop Production. Harap ini semuanya hanyalah khabar angin.


Sekian,

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday Picture And Video

It's never too late and probably the most latest published 'wordless wednesday' around this time



Batman..

Rise of Planet of The Ape Versi Malaysia!


Sapa dah tengok filem Rise of Planet of Ape angkat tangan?. Hah, kalau yang dah tengok tu bagus. Tak rugi tengok tau. Ceritanya best dan nampak sangat realistik. Buat yang belum tengok tu aku paham, mungkin ada di antara korang yang ralat tak nak tengok wayang sebab bulan puasa kan. Alah, relak sajalah sedangkan aku walau tengok wayang sekalipun tetap pergi bersolat juga bila dah masuk waktu. Yang penting kita kena pandai cari masa lah untuk bersolat (tengok waktu lepas Zohor dan habis sebelum Asar). Paling penting, banyakkan amal ibadat di malam hari. Aku pun jarang-jarang tengok wayang sebenarnya beb. Cuma bila dah habis kolej jer banyak masa terluang.

Tapi baru-baru ni aku dengar ada seorang pengarah baru yang sedang meningkat bercadang hendak menerbit dan mengarahkan satu filem berkaitan dengan 'beruk'. Khabarnya, filem yang bakal pecah panggung tahun depan itu juga memiliki konsep yang sama dengan filem keluaran Hollywood berkenaan. Dengar cerita, orangutan yang bakal menjadi pelakon utama ini bukan didatangkan dari Sabah atau Sarawak. Tapi dari Pulau Pinang!. Biar betul beb, mana ada orangutan kat semenanjung Malaysia ni. Siapakah pengarah filem itu?. Namanya kian bersinar dalam dunia perfileman tanah air. Oh, tak langsung ku tahu dan nak ambil tahu. Apa yang penting aku dapat tengok filem tu tahun depan!.

Pokoknya, benarkah filem mendapat pembiayaan golongan yang memiliki jawatan dalam dunia politik negara? Adakah 'beruk' yang INI dimaksudkan. Oh tidak, alamat jadi macam filem Dua Alam Dr Rozmey lah pulak. Tak sanggup eden!. Yang pastinya, filem ini bakal merampas kedudukan filem Merong Mahawangsa sebagai filem box-office apabila ditayangkan kelak!. Apapun Shacklesmith tak boleh nak ulas panjang-panjang sebab nanti hilang pulak mood penonton nanti. Teasernya pun dah keluar, dan pastinya bukan beruk chimpanzee pegang AK47 macam bulan sudah punya tapi beruk tengah berceramah politik!.



Sunday, August 21, 2011

Biar Betul Beb!- Alter Ego Lady Gaga

Tak habis-habis penyanyi penuh kontroversi ini melakukan perkara yang pelik-pelik. Daripada memakai pakaian yang diperbuat dari daging mentah, mengenakan hiasan kepala daripada telepon sehinggalah memakai tanduk ala-ala setan baphomet!. Macam-macam cara pemakaian saja muncul dari penyanyi ini. Bagi aku, Lady Gaga ini dari segi gaya lagi kreatif dari Bjork. So, tidak perlulah menggunakan nama-nama yang pelik untuk mencipta kelainan demi publisiti.
Baru-baru ini heboh di segenap persada dunia hiburan antarabangsa ini dikejutkan dengan kemunculan alter-ego penyanyi lagu 'Bad Romance' ini sebagai - LELAKI. Apa! Lady Gaga sudah jadi jantan??!! BIAR BETUL BEB!. Macam manalah dia kempiskan dua bijik buah limau bali dia yang ranum tu ya? Haha. Sila tengok gambar di bawah untuk kepastian. Nama 'beliau' adalah Jo Calderone.




Pergh, sebijik macam jantan gua tengok bai!. Tu baru atas jer dada dah nampak rata. Belum tengok lagi the whole body macam mane dia 'hilangkan' curves tu. Apa pun, pose ala lelaki oleh Lady Gaga ini tampak lebih real dari Cate Blanchett yang nak cuba menggayakan aksi Bob Dylan suatu ketika dulu.



Shacklesmith : Ada orang kata Lady Gaga ni khunsa, jadi betul lah kot kan.

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget