Showing posts with label politik melayu. Show all posts
Showing posts with label politik melayu. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

KEJATUHAN MURSI JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN.

Artikel ini hasil nukilan Norman Fernandez dan merupakan pendapat peribadi beliau untuk renungan kita bersama.

Oleh Norman Fernandez

Mengikut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Sinar Sabtu 13hb Julai, penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam

Mengikut beliau rakyat Mesir yang miskin dan bodoh dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan dengan ada yang turut dibayar dan dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma yang disumbangkan oleh negara minyak Arab. Malahan mengikut Presiden PAS, protes dirancang dengan rapi dan sembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarnya.

Saya berpendapat ini adalah suatu analisa dangkal dan tidak berasas. 

Hakikatnya, jutaan rakyat Mesir "miskin" dan "bodoh" yang memprotes untuk mengguling Mursi adalah rakyat sama yang telah mengakhiri rejim Hosni Mubarak. Rakyat "miskin" dan "bodoh" yang sama ini jugalah yang telah memberikan undi dan amanah kepada Muslim Brotherhood dan Mohamed Mursi. Rakyat telah mengharapkan Mesir baru dan agenda baru untuk Mesir. Namun, sebalik yang berlaku.

Sepanjang setahun Mohamed Mursi menyandang jawatan presiden, prestasi pentadbirannya hambar, kalut dan tanpa visi dan agenda untuk memulihkan negara dan menambahbaik kehidupan rakyat. Mursi sebaliknya memfokus dan ghairah dengan menempatkan dan menguatkan Muslim Brotherhood dan berusaha lebih untuk menukar wajah Mesir dari sebuah negara Islam sederhana kepada sebuah negara Islam beracuan Muslim Brotherhood. Bukan mengeret keluar Mesir dari kancah kemiskinan dan pengangguran ke era perubahan untuk memanfaatkan rakyat.

Yang jelas, rhetorik pekik-lolong adalah berbeza bila dihadapkan realiti. Mudah untuk memerintah tetapi bukan mudah untuk mentadbir. Ini yang berlaku kepada Mursi. Bila di beri mandat memerintah, beliau tidak tahu mentadbir. 

Al-maklum pentas beliau selama ini ialah pekik-lolong membantah.  Jadi, jalan paling senang ialah untuk Mursi dan Muslim Brotherhood menyakinkan rakyat memfokus kepada life after-death (akhirat) dan bukan life-on earth (duniawi). 

Masalah negara sebaliknya dipersalahkan kepada Yahudi, Israel, Amerika dan Barat. Semua kepincangan negara salah mereka sahaja. Mursi atau Muslim Brotherhood tiada salah.

Tidak hairanlah rakyat Mesir yang tidak melihat apa-apa perubahan dibawah Mursi dan Muslim Brotherhood dan semakin menderita dan perit kehidupan akhirnya bangun sekali lagi menumpaskan Mursi dan kini menyalahkan Mursi dan Muslim Brotherhood untuk segala masalah yang telah berganda dibawah pemerintahan Mursi. 

Rakyat Mesir lebih tahu, lebih arif dan telah akhirnya sedar tentang agenda sebenar dan muslihat tersirat Mursi dan Muslim Brotherhood.

Adalah amat menghina untuk Hadi Awang mengatakan rakyat Mesir kononnya telah dikerah memprotes dengan upah dan kenderaan percuma. Bagaimana perasaan Hadi Awang jika tuduhan yang sama dilemparkan bahawa mereka yang menyertai perhimpunan Bersih atau Blackout juga telah di kerah dengan upah dan bas percuma?

Hakikatnya, rakyat rasional Mesir adalah lebih daripada gerombolan Muslim Brotherhood. Apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat Mesir adalah golongan Islamist tidak mempunyai daya mampu untuk mentadbir dan mengurus sebuah negara dengan baik. Apabila diberi peluang, mereka gagal dengan teruk. Ini hakikat dan sahih.  Ini yang mengaibkan gerakan Islamist yang berinspirasi dan beracuan Muslim Brotherhood.


Rakyat Malaysia wajar celik mata melihat huru-hara dan haru-biru Mesir di bawah Mursi dan Muslim Brotherhood, dan was-was agar negara Malaysia yang indah dan tercinta tidak dinodai oleh mereka yang seimpian.

Thursday, May 30, 2013

Analisa PRU13 Menurut Perspektif Kaca Mataku

BLACKOUT
  1. Bahang PRU-13 masih lagi hangat dirasai meskipun telah berminggu-minggu kian berlalu. Ini kerana, terdapat ramai penyokong pakatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi parlimen terbanyakan tidak berpuas hati akan keputusan yang telah disuarakan majoriti rakyat dengan mempertikaikan kemenangan parti Barisan Nasional.
  2. Penyokong pembangkang menuduh bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah berpunca dari kejadian 'blackout' yang berlaku di seluruh negara pada malam pengiraan kertas undi dijalankan oleh SPR.
  3. Tuduhan ini kemudian disanggah oleh TNB menurut kenyataan bahawa tidak berlaku sebarang kejadian terputusnya bekalan elektrik pada malam tersebut. Ianya turut disokong SPR.
  4. Seorang ADUN DAP (YB Lee Chin Chen, Ketari) yang telah memenangi kerusi yang ditandinginya turut menafikan berlakunya 'blackout' pada malam itu seperti yang dicanangkan para penyokong Pakatan Rakyat.

  

Saturday, May 4, 2013

Artikel BAIK PUNYA Nukilan Sat Dee



This guy really cracks me up with laughter ever since i've followed him 4 years ago. He is an anonymous cyber entity who has quite ingenious and unique analyzing ability regardless whether its economy, law or history. A set of skill enough to make Rafizi pisses on his pants. I shall say he's one of a few bright Malay blogger I've came into contact with in the blogosphere besides Kijangmas and Jebatmustdie. 

Call him a satirical nationalist or anything, he is Sat Dee the Pure Shiite (not quite sure whether he's referring Ashura back whiplashing heretics or simply organic excrement). Beware, as he is capable of inflicting devastatingly painful butt pains to any Anwaristas, Serbanistas evangelist and his most favorite target, none other than the ultra kiasu's. Any red beans DAPster cybertrooper should think twice or thrice before attacking him.

A blog worth reading to any free-spirited Malays I must say..


Sunday, April 28, 2013

Artikel Paling MAKAN DALAM Oleh TheOtherKhairul!

Warga blogosfera mana yang tak kenal The Other Khairul beb? Alah, mamat hensem Kuantan yang selalu post berkenaan nasihat pasal cinta tulah dalam blog dia dengan Terfaktab tu. Geng 1990 jugak macam gua. Bulan Februari dia dan beberapa blogger lain antaranya HamkaKereta Mayat, Lensa Rosak, Srikandi Mistisfiles, Karl Naim, and just to name a few ada menerbitkan buku kompilasi artikel tulisan blogger-blogger hebat berjudul Makan Dalam. Gila pecah perut beb member serumah gua gelak sakan membacanya. Tidak dinafikan, rencananya disampaikan secara santai sarat dengan butir-butir intelektual dan diisi dengan penuh sarkasme. Typical Malays isn't it? Bak kata penyair Usman Awang, 'Nakalnya bersulam jenaka'.

Buku MAKAN DALAM ini kalau dijual di kedai buku IPTA dan IPTS sedikit sebanyak mampu mencetuskan ledakkan anjakan paradigma pemikiran idealisme anak muda khasnya golongan belia bangsa kita.

Anyway, dah dekat seminggu tampalan dipaparkan, sudah berhari-hari jugak since the last day aku baca. Namun disebabkan kesibukan di kampus, aku tak sempat nak kongsikan bersama korang. Now alhamdullillah, dapat jugak aku kongsikan akhirnya. 

PERHATIAN - Sila baca dan fahami betul-betul, penyokong Barisan Nasional sila jangan panas pungkok. Begitu jugaklah macai Pakatan.. Understood?


Ahad, 21 April 2013

Kenapa Perlu Undi PR Jika Anda Penyokong BN.



Assalamualaikum w.b.t


Hello pencacai UMNO dan BN sekalian. Whats up yawwww?! Eh eh. Article ni aku tulis untuk orang-orang BN je. Pencacai PR pi main jauh-jauh. Kalau pencacai PR butthurt, jangan marah, k? Hiks.

Aku tahu tajuk entri aku kali ni agak pelik dan menarik. Tapi let me get this straight. Kalau anda adalah pertama kali singgah kat blog aku or anda dah lama tak baca blog aku, then better korang baca article aku yang INI dulu.

Apa pun, kita semua sedia maklum bahawa PRU yang akan datang ini adalah PRU yang paling besar dan yang paling sengit. Tidak mustahil #IniKaliLah akan berlaku dan tidak mustahil juga bahawa #LainKaliLah yang akan berlaku.

Tapi, di hari yang mulia ini, aku ingin terangkan kat anda semua kenapa, personally aku rasa anda patut undi PR dan bagi PR menang PRU13 ini.

1. Barisan Nasional Memang Tidak Akan Menang.
Walau apa pun yang anda lakukan, BN tetap tak akan pernah menang. Maksud aku, bukan BN tidak akan menang time PRU ni. Peluang untuk menang tu masih ada. Tapi, di mata rakyat Malaysia majoriti, BN memang tidak menang.

Let say this PRU 13, Barisan Nasional menang, mesti akan wujud punyalah isu pengundi hantu, rasuah dan sebagainya. Kalau tak ada isu tu pun, mesti akan wujud isu SPR dikatakan menipu etc. Ya. Mesti wujud. Sebab selagi PR tak menang PRU, selagi itu lah pelbagai isu yang akan diwujudkan oleh parti pembangkang. Dan bila isu penipu, pengundi hantu, rasuah dan sebagainya ini wujud, semua orang akan percaya. Even SPR tunjuk apa-apa bukti sekali pun, rakyat Malaysia tetap tidak akan percaya. Tapi kenapa rakyat Malaysia tetap tidak akan percaya even bukti telah dinyatakan? Sila rujuk point nombor 2.

2. Penyokong PR Terlampau Fanatik.


Pernah tak anda nampak orang-orang BN gatung gambar Najib kat dalam rumah dia? Pernah tak nampak rakyat biasa (penyokong BN) yang gantung gambar pemimpin BN di dalam kedai dia? Maybe ada satu or dua. Tapi amat rare. But, as for PR, some of them adalah fanatik. Sebagai contoh. Kalau anda pergi ke rumah-rumah rakyat biasa yang fanatik terhadap PAS, anda akan perasan dinding rumah terpampang gambar pemimpun PAS.

Anda boleh kata "Dia gantung gambar Ulamak lah. Itu pun nak kecoh." Well, maybe true. Tapi fikir balik, siapa lagi ulamak Malaysia yang dia kenal selain yang aktif dalam politik? Ulama ada seorang sahaja? Then kenapa tak gantung gambar ulamak dan pakar agama lain? They gantung that picture not because of Islam (maybe some does.) but for the major cases, adalah obsesi terhadap parti politik. You can put your rage comment at the comment section below but eventually we all know that this is the truth. Yeah, truth hurts.

But dont get me wrong. Bila cakap pasal fanatik politik, penyokong BN juga ada. Tapi tidak lah terlampau buta. Ianya something like... Anwar vs Najib.

What ever Anuar said, penyokongnya akan mempertahankan perbuatan tersebut. What ever Najib said, penyokongnya juga akan mempertahankan perbuatan tersebut. Let say Anuar kata "Ayam berkaki tiga!". Then Najib pulak kata "Ayam berkaki empat". Then, boom. Masing-masing bergaduh tentang kaki ayam hanya untuk menangkan apa yang diperkatakan oleh pemimpin yang mereka cintai. Tak rasa pathetic ke?

Dan jangan lupa dengan mentaliti dan penerimaan rakyat. Semua ulama yang keluarkan fatwa yang menidakkan tindakan pemimpin mereka, mereka akan kata 

"Ulama tu sesat. Kapir. Dia dibayar". 

Dan bila parti lawan tidak sokong dengan statement dari ulama/ustaz yang membenarkan  tindakan pemimpin mereka, mereka akan kata 

"Ni la manusia akhir zaman. Kata-kata ulamak diperkecilkan. Ini adalah satu satu tanda Kiamat bakal tiba." 

Weird kan? Benda macam ni banyak nampak kat orang PR. Tapi orang BN pun kadang-kadang gitu jugak.

Dan anda mungkin akan tanya:

WTF Mr K. Apa point kau sebenarnya ni? Kau nak kutuk BN ke kau nak apa sebenarnya ni?
Well, relax dude, relax. Tenang dan sila rujuk point nombor 3.
3. Kalah = Buktikan. Once and For All.

Kita semua tahu PAS, PKR dan DAP mejanjikan yang macam-macam. Hukum hudud lah, negara Islam lah, free education la, penurunan harga kereta lah, penurunan taraf hidup lah, turun harga minyak lah. Dan macam-macam lagi tak kira lah yang ada dalam manifesto ataupun tidak.

So, macam mana kita nak tahu bahawa apa yang PR janjikan itu adalah masuk akal atau pun tidak?

Easy. Just let them win. Kalau dieorang menang, kita akan dapat low fuel price, low itu dan low ni. Free itu dan free ini. Nice what? But if they cant provide that, they will lose once and for all at the next PRU. Meaning, after this, PR dah tak wujud. Why? Sebab sekarang penyokong PR meletakan trust 100% kepada PR. Dan once that trust is gone, it will gone for all and PR will never get it back. So, nak tak nak, PR mesti beri semua free itu dan free ini.

Tapi aku bet, banyak janji hanya kekal janji dan penyokong PR akan guna ayat favorite mereka iaitu:

"Eleh, BN memerintah 50+ tahun tak buat benda tu pun?"
Dan ayat ni akan digunakan again and again and again and again and again sehinggalah umur PR memerintah hampir 50 tahun. Trust me. Im always right.

So, the only way untuk buktikan yang PR adalah lebih teruk berbanding BN, adalah dengan memberikannya ruang untuk tunjukan diri mereka yang sebenar.

4. Try and Error.

Korang mungkin akan kata

"Habis tu, kalau nanti Malaysia jadi huru hara macam Mesir macam mana? Mesir at first semua happy ada pemerintah baru dari pembangkang. Tapi selepas beberapa bulan, jadi huru hara makin teruk. So how?
Well, that is the price yang anda perlu bayar. Let say anda undi BN, dan BN akan menang. Pada PRU akan datang, isu sama tetap akan berulang. Orang PAS still kata undi BN adalah kapir etc etc. Or PKR still akan kata BN menang sebab undi hantu. Benda ni tak akan habis sampai bila bila sehinggalah PR menang dan kita sendiri tengok macam mana kenyataan yang sebenarnya. Real? Fake? Hudud? Islam? Free Education?

Walau apa pun, apa yang aku takutkan sekarang adalah andai kata PR menang dan jika PR adalah lebih worse dari BN, rakyat Malaysia akan tetap sokong PR. Why? Again, sebab Fanatik dan Obsesi. But, that is the price yang kita (anda) perlu bayar.

But let me set this clear. I give my word. PR mungkin akan menang this year. Tapi bila bab nak tunaikan manifesto dan janji dia, dia akan delay serta blame it to BN. Tak percaya? Printscreen this and prove me wrong. Dan bila itu berlaku, kepercayaan terhadap PR akan berkurang-berkurang dan semakin berkurang. And when they gone, they will never come back.

That is why aku rasa kita semua patut bagi PR menang this PRU.

Tapi kalau BN still menang, korang boleh lupakan la kewujudan entri aku ni. Hiks. Hiks.

Shacklesmith : Bro, sorryla gua cedok artikel lu.. Sajer jer nak bagi orang-orang tua baca :)

Tuesday, January 1, 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru Daripada Badut-Badut Sarkas Malaysia


Happy New Year 2013 guys! Diharapkan tahun ini anda semua dapat melakukan muhasabah demi diri pembaharuan rohani dan jasmani daripada badan gemuk berisi kepada kurus atau sebaliknya mahupun daripada malas sembahyang sehingga rajin sembahyang dan melangkah kaki ke masjid bila tiba waktu dan bermacam lagi transformasi positif yang bakal korang tempuhi dan segala azam yang tak kesampaian umpama janji tak ditepati.. Disini aku ada poster menarik hendak dikongsikan bersama korang, hilarious gila beb!



MEREKA AKAN DATANG KE PENTAS PENTAS SARKIS BERDEKATAN ANDA DALAM KEMPEN PRU13 NANTI DENGAN CERITA LAWAK MEREKA.ANDA BOLEH NILAI SENDIRI BADUT PILIHAN ANDA YANG AKAN MEMBADUTKAN ANDA SELEPAS DI PILIH KELAK.JADI BUAT PILIHAN YANG BIJAK..JANGAN SAMPAI KITA DI BADUTKAN MEREKA.


Shacklesmith : Realiti politik negara kita yang tercinta..

Monday, November 12, 2012

Di Antara Bebalisme Dan Pluralisme Anak-Beranak

Ikutkan hati, dari awal lagi aku memang nak komen. Namun, disebabkan sudah ramai tampil bersuara menjawab balik kenyataan bodoh seorang anak sulung bekas pembesar negara yang sorang tuh. Disebabkan itu, aku dah malas nak komen sebab orang lain dulu dah komen. 



Sunday, October 28, 2012

Adakah DAP Memberikan Keuntungan Kepada Islam?



Sebagai seorang pendakwah, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat mestilah memberikan keuntungan kepada islam dan dalam masa yang sama melemah musuh islam. Keuntungan itu bukan bererti dinilai dari segi kewangan maupun kedudukan tetapi dilihat dari aspek peningkatan kefahaman dan penghayatan islam dikalangan masyarakat. Jika masyarakat menjadi semakin keliru dan penghayatan semakin lemah maka adalah salah jika kita teruskan tindakan atau keputusan kita. Untuk itu sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat mestilah disandarakan kepada hujah syarak yang jelas serta mengambil waqei semasa yang berlaku ketika itu.
Apabila si ghulam mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dengan dipanah dileher, beliau telah mengambil kira bahawa itu adalah jalan terbaik untuk memahamkan masyarakat tentang islam dan kekuasaan Allah. Walaupun dari segi zahirnya beliau tidak mencapai “kemenangan” kerana syahid di bunuh si Raja namun tindakannya itu telah menyebabkan seluruh masyarakat telah memeluk islam. Dengan kalimah bismillah yang disebut Raja membuktikan bahawa kekuasaan dan kebesaran hanya ada pada Allah bukan pada Raja.

Thursday, October 25, 2012

Chua Soi Lek Ni Paham Ker Buat2 Tak Paham!!??


Semenjak beberapa bulan lepas, aku dah malas giler nak bubuh entry berkaitan dengan politik. Apatah lagi aku ni seorang blogger picisan yang tidak bergerak di atas platform mana-mana parti politik baik UMNO, mahupun PAS (PKR?, sorry to say la der.. aku tak iktiraf pun kewujudannya sebab diasaskan untuk membela sorang individu sajer.. itu parti nepotisme anak-beranak jer beb). Tambahan pulak gua ni student jadi lebih baik aku duduk sorang-sorang atas pagar jer bai. Soal gua nak menyokong parti politik mana, itu hak gualah beb!. Aku tetap jugak berdiri mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara. Tiada kompromi jika ada sesiapa yang mencabar. Walaupun aku dah terlepas banyak isu termasuk kes tayang punggung yang mana pelakunya adalah junior kolej aku sendiri!.

Meskipun aku sudah lama tak berblog mengenai hal ehwal politik, aku tetap peka akan senario politik semasa. Semakin dekat bahang PRU, semakin sengit 'peperangan' di antara kedua-dua khemah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Baik kedua pihak saling mengemukan isu tersendiri untuk 'dijual' kepada media sebagai modal perjuangan masing-masing. Senang cerita, pihak mana lagi banyak jual propaganda. Maka mereka pemenang nombor wahid perang informasi. Orait, lets start our story for today!.

Siapa tak kenal Datuk Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan yang pernah dikecam teruk gara-gara kontroversinya beraksi panas dengan seorang 'courtesan' yang tidak dikenali di sebuah hotel di Kluang, Johor . Selepas tamatnya isunya memalukan yang memalukan itu, beliau langsung tidak bertanding dalam PRU12 tahun 2008 yang menyaksikan parti pimpinannya MCA kecundang teruk dibelasah DAP dalam setiap kerusi DUN dan Parlimen.

Monday, October 22, 2012

Matinya Seorang Diktator Di Tangan Pengkhianat!


Kelmarin pada tanggal 20 Oktober, genap setahun pemergian Presiden Libya Muammar Gaddafi yang menemui ajal akibat dibunuh dengan kejam oleh pengkhianat bangsanya. Khabar akan kematian beliau tidak sekadar dihebahkan kepada masyarakat dunia dengan seluas-luasnya oleh media massa pro barat. Malahan, rakaman video pembunuhan beliau beserta footage jenazahnya yang disimpan di bilik beku kedai menjual daging haiwan ternakan turut disebarkan!. Sesungguhnya pembunuhan beliau yang sangat sadis itu berlaku di luar dugaan. Tiada siapa yang menyangka riwayat beliau akan tamat dengan cara begitu mengaibkan sekali. 

Tersungkurnya beliau dari tampuk pemerintahan bermula daripada momentum yang dicetuskan oleh apa yang kita panggil Arab Spring adalah sesuatu yang mengejutkan. Tidak dinafikan lagi, faktor kebangkitan rakyat di rantau negara Arab telah banyak menyaksikan tumbangnya beberapa rejim diktator negara seperti Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir. Puncanya di dua negara Arab Afrika Utara berkenaan, rakyat berdepan dengan masalah ekonomi yang meruncing akibat kenaikan harga barangan dan gaji pekerja awam dan golongan bawahan yang tidak seberapa mencukupi untuk menampung hidup keluarga.

Monday, June 11, 2012

Al-Kisah Pinjam Tapi Pulangkan Tak Nak

Sudah lama bebenor aku tak berblog beb, hampir dekat dua minggu sampai nak berserawang labah-labah blog aku nie. Aku nak kaborkan kepada pembaca setia blog ni bahawa sebenarnya aku sudah mendaftarkan diri di sebuah IPTS untuk mengikuti program ijazah selama tiga tahun sejak seminggu lalu. 


Yeah, sudah hampir setahun aku menghadirkan diri dalam mana-mana kelas ataupun kuliah (kecuali KPP JPJ) sehingga dah dekat nak tepu isi kepala otak aku nie sampaikan entah boleh terima ke tidak apa yang lecture nak ajarkan kelak. Nervous tu memang nervous gak beb. Biasalah weh, masuk new environment kan. Nak sesuaikan diri pun satu hal jugak, kena biasakan diri supaya tak kekok dengan suasana di sana. Muka pun kena tebalkan supaya senang nak berkenalan dengan kawan baru. Well, that aint really a problem for coz I'm friendly in person.


Bagi sesiapa yang sudah menjalani kehidupan sebagai mahasiswa tu (bukan mahasewel Adam, Khalid, Safwan & the gang) korang paham-paham jelah apa aktiviti yang dijalankan sejurus selepas mendaftar di kampus. You know what I mean?. Haha, SESI ORIENTASI-lah apa lagi bai!. From there on, you'l be subjected to several form of psychological torture especially games that were meant only for elementary grades (ie. singing, dancing the traditional mostly picked by the OC's). Senang cerita korang kena 'buli' dengan senior OC lah beb.


Nak pulak, hampir kesemua OC-OC yang terlibat dalam program orientasi tersebut umur lebih kurang sebaya dengan aku. WTF!. Agak-agaklah mana aku tak hangin beb!. Kalau gua di peringkat diploma tu masih lagilah gua boleh terima tapi aku dah degree dan please dont make a fool out of us!.  Aiyoh, sepatutnya sesi orientasi untuk pelajar diploma dan degree dijalankan secara berasingan.


Okeylah, enough of  it.  Aku nak cerita benda main story pulak dah (cerita mengikut tajuk di atas).  Korang tau apa maksud "Pinjam Tapi Pulangkan Tak Nak". Apa lagi kalau bukan "PTPTN" beb. Bagi aku yang sudah meminjam sewaktu peringkat diploma dulu maka seharusnya aku menangguhkan dulu pembayaran dan membuat pinjaman yang lagi satu. Itupun kalau aku masih setia lagi dengan PTPTN lah beb. 


Cuma, kalau aku nak meminjam MARA tu lain ceritalah bai. Namun, permohonan untuk membuat pinjaman MARA adalah lebih rumit daripada membuat PTPTN. Aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri member sekuliah sewaktu diploma dulu tulis surat itu ini pada masa yang sama terpaksa membayar sendiri untuk semester pertama. So, cuma korang bayangkan betapa peritnya keadaan itu. Aku pun skeptik sikit lah pasal pinjaman MARA nie meskipun pulangan masyuk kepada pelajar dengan elaun fulus bulanan tapi dengan  masalah birokrasi (lembab) ini dorang betul-betul ikhlas ke nak tolong orang Melayu?. 


Lagi sekali, forget about MARA and lets talk about PTPTN. Baru-baru ni dikecohkan dengan khabar pembekuan sementara permohonan pinjaman pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS bagi sesi baru tahun 2012 yang menjadi kontroversi hangat apabila tindakan drastik tersebut dikritik secara hebat oleh pencacai Pakatan Riot. Segalanya bermula berikutan seruan Anwar Ibrahim the Kingdom of Zion Security Defender menyeru para pelajar pendokong beliau supaya tidak membayar semula wang pinjaman mereka. 


Selain itu, tindakan yang boleh aku sifatkan sebagai 'shock therapy' tersebut adalah bertujuan bagi membolehkan Pakatan Riot melunaskan janji mereka bagi memberikan pendidikan 'percuma' kepada rakyat yang berada di bawah negeri tadbiran mereka. Sebenarnya kalau diikutkan aku pun tak berapa bersetuju jugak dengan tindakan demikian kerana atas soal politik kenapa harus para pelajar yang majoritinya masih belum mendaftar ni hendak dilibatkan sekali.


Mungkin niat kerajaan pusat menjalankan pembekuan sementara ini bertujuan untuk membolehkankan kerajaan negeri supaya membuktikan keupayaan mereka menunaikan janji-janji seperti yang selalu taburkan di setiap ceramah mereka di seluruh negara. So, secara mudah boleh dikatakan kerajaan pusat hendak lihat sejauh mana kerajaan negeri boleh memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang belajar dibawah institusi pengajian milik mereka. Setakat UNISEL dan KUIS tu baru satu beb, kalau perintah peringkat pusat pulak bagaimana?. Baru kena satu pun dah kalut ibarat kucing dijentik telinga. Bayangkan bagaimana pulak bila nak handle semua IPT bila PTPTN dihapuskan kelak?.


Tak payah nak dibandingkan negara kita dengan Finland sebab penduduk kita pun berkali ganda lebih ramai daripada negara pengeluar Nokia, The Rasmus dan awek-awek cun berambut blonde. Jadi bagaimana nak bagi pendidikan percuma kepada?. Nak harapkan PETRONAS tu setakat berapa lama reserve kita boleh bertahan?. Kita bukanlah pengeluar utama pun sebab minyak yang korang isi kat motor ngan kereta pun masih lagi diimport daripada negara Arab kawasan teluk. 


Lagi aku skeptik dengan bapak Kak Ijah Lembah Pantai  ni bagaimana hendak memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi. Kalau di peringkat dan menengah tu aku rasa lebih realistik tapi kalau di universiti tu macam sipi-sipi jer. Yelah, gila ke apa kerajaan hendak tanggung 100% pendidikan di IPTS. Melainkan kalau kesemua IPTS tersebut diconvertkan kepada Government Link Companies. Cuma, agak-agak menguntungkan ker?. MAS dan Proton sudah membuktikan betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung kerajaan pusat membela syarikat sebegini. Okeylah, kalau mereka kekalkan IPTS tapi dipotongkan harga yuran amacam?. Hehe, agak-agak dengan yuran yang sudah dipotong tu berapa ramai yang sanggup hendak jadi lecture?. 


Oh ya, dengar cerita kerajaan negeri terpaksa me-utilisasi-kan aset hartanah milik kerajaan negeri bagi menangani permasalahan ini. Kenapa?, aku dengar cerita daripada seorang pakcik teksi pelanggan tetap Harakah dari Kelate bahawa negeri Selangor 'bebas rasuah'?. Kalau BEBAS RASUAH kenapa tak pergunakan sajer 'reserve-reserve yang ada'. Kalau sudah nama reserve tu tak semestinya hartanah jugak kan?. Haha


MANA PERGI RIZAB RM1.9 BILION NEGERI?. KALAU DICAMPUR DENGAN DUIT TOK NUAR PERMATANG PAUH LAGI BANYAK TU BEB!







Tuesday, May 8, 2012

Inilah Bahananya Akibat Daripada Taksub Bodoh!

Aku malas nak komen panjang-panjang sebab semuanya bermula daripada simple case. Sendiri mau ingatlah bro. Main issue is simple, semuanya bermula daripada tindakan bodoh kepala otak half past six para serbanista mereng di Makkah dan Madinah menyebarkan ajaran sami Ambiga IFC di sana. Gara-gara bahlol semua habis jemaah lain semua affected!. Siotlah dorang nie..


P/S : Sebelum mengibarkan panji BERSIH kat sana, ada tak puak-puak PAS ni terpikir apa tindakan kerajaan wahabi autotharian kat sana terhadap para pendemo?. Sedangkan jemaah umrah yang overstay sampai ke musim haji pun polis Arab berkumis tebal sana bagi layanan buruk. Inikan pulak pendemo haram! Nah rasakan wahai puak PAS.



Bersih 3.0: Urusan Haji Dan Umrah Rakyat Malaysia Mungkin Digantung


KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi kini sedang menimbang untuk mengenakan sekatan atau mengantung kemasukan jemaah haji dan umrah dari negara ini berikutan tindakan segelintir penyokong Bersih 3.0 yang menggunakan kawasan Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berkumpul bagi aktiviti berbau politik.
Layanan istimewa dan kuota tambahan kepada jemaah haji Malaysia dan individu yang melakukan umrah ke Tanah Suci Mekah juga mungkin berakhir gara-gara sikap penyokong Bersih 3.0 baru-baru ini.
Kebimbangan dan tindakan susulan yang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi dalam isu itu telah disampaikan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Fahad A. H. Al-Rashid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada pertemuan antara kedua mereka Jumaat lalu.
“Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Selasa.
Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak“kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.
Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.
Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.
Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.
Perhimpunan untuk pelancaran Bersih 3.0 di Mekah diadakan di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa manakala di Madinah pula ia diadakan di perkarangan Masjid Nabawi.
Perhimpunan itu walaupun diadakan untuk tempoh masa yang singkat, tetap telah dikesan oleh pihak Istikhbarat Al-Fedaraliyah atau unit cawangan khas negara itu.
Bukti-bukti kukuh dimiliki pihak penyiasat negara itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Restoran D’Saji dan Masjid Nabawi.
Bersih 3.0: Urusan Haji Dan Umrah Rakyat Malaysia Mungkin Digantung
Selain kebimbangan melibatkan jemaah haji, wujud maklumat mengatakan bahawa kemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh kerana pihak berwajib sedang mengumpul maklumat penyertaan mereka bedasarkan gambar-gambar yang dirakam dari CCTV yang berada di D’Saji dan Masjid Nabawi.
Pihak berkuasa negara itu juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (penaja) para pelajar dan profesional yang terbabit dalam perhimpunan tersebut bagi penjelasan lanjut.
Kerajaan Arab Saudi yang menerima kunjungan ratusan juta jemaah haji dan umrah setiap tahun dari segenap pelusuk dunia, mempunyai tahap sensitiviti yang amat tinggi terhadap aktiviti politik di kalangan jemaah.
Istikhbarat Al-Fedaraliyah sentiasa memantau aktiviti yang disifatkan kurang sihat sebagai mengelak berlaku sebarang insiden yang tidak baik dikalangan jemaah pelbagai mazhab dan fahaman politik.
Bersih diPengerusikan oleh Datuk S. Ambiga. – Mynewshub.my
Bersih 3.0: Urusan Haji Dan Umrah Rakyat Malaysia Mungkin Digantung

Wednesday, February 29, 2012

UMNO Menindas Melayu Di Bumi Sendiri???

Saban hari, kita pasti akan dengar atau terbaca dakwaan sedemikian. UMNO tidak pernah memajukan orang Melayu. Bukti yang mereka berikan, UMNO hanya mengkayakan kroni. Perdana Menteri, Timbalan, menteri itu ini semua Melayu, tetapi Melayu tetap juga mundur di tanah sendiri. Dan bla bla bla lagi.


Adakah benar Melayu kita mundur? Yes. Aku akui, memang ramai Melayu mundur. Tetapi, mula mula, aku nak ajak kita lihat gambar di bawah dahulu.



Apabila kita melihat gambar di atas, do we see it as half-full or half-empty? Ya, inilah masalah sebenar kepada persoalan persoalan di atas. Betul, kita melihat, ramai Melayu yang mundur. Tetapi, tiadakah Melayu yang maju? Berapa ramai anak Melayu yang berjaya? Berapa ramai anak Melayu yang sekarang dah duduk menetap di UK, US, Australia, Bahrain, luar negara sana, bekerja dan membina keluarga. Berapa ramai anak Melayu yang kaya duduk dalam Malaysia? Berapa ramai orang Melayu yang pakai BMW, Mercedes, Toyota, Ashton Martin, Austin Power, apa apa lagilah nama kereta mahal mahal. Tiadakah Melayu yang memakai kereta sebegini? (Memakai? Betul ke kosakata ni?) Pergi Shah Alam, berapa banyak rumah orang Melayu yang besar besar?
Benarkah Melayu ditindas di tanah sendiri? Dan mula orang akan menuding, ah, UMNO kroni, makan duit rakyat bla bla. Aku tak nafi, kronisme berlaku di mana mana sahaja. Situasi. Kau ada kereta rosak, adik kau mekanik. Jiran depan rumah kau juga mekanik. Kau nak suruh adik kau atau jiran kau yang baiki? Kalau adik kau baiki, adakah adil sangat untuk jiran kau cakap yang kau mengamalkan budaya kronisme? Aku tidak sokong sepenuhnya kronisme, tetapi tidak juga menafikan ia 100%. Kerana kepercayaan juga memain peranan dalam situasi sebegini.
Dan aku mahu bertanya juga. Berapa ramai orang Melayu yang ramai ramai kaya ini tadi, merupakan kroni UMNO? Orang PAS pun ramai yang kaya kaya aku akui. Jadi, adakah semua Melayu yang kaya ini tadi kroni UMNO? Adakah benar dakwaan Barisan Nasional meminggirkan Melayu di bumi sendiri? Malah, Anwar Ibrahim sendiri kaya. Apa, adakah UMNO tak membela nasib dia sampai dia miskin papa kedana?
Jadi, mengapa persoalan begini masih lagi timbul? Pertama, mari kita lihat dari perspektif half-full glass. Untuk menjadi kaya, atau sekurang kurangnya tidak miskin, someone must make money. And way to make money is, unless you found a tree who grows money on it, is by working. Tak kisahlah kerja makan gaji atau berniaga, pokoknya bekerja. Orang Melayu ini tadi ramai ramai kaya sebab mereka bekerja, ada yang rajin bekerja, ada yang malas, tak kisah, janji, bila bekerja, anda ada duit.
Dan bila anda ada duit, itu pula merupakan tanggungjawab anda untuk mengawal kewangan anda. Maka, ada pula suara lantang berbunyi, ah, kerja macam hamba abdi, tak kaya kaya juga. Hujung bulan kena bayar itu ini, bayar loan PTPTN bla bla, konklusi, kerajaan zalim. Yes, come here. Adakah betul kita meminjam dengan niat untuk tidak membayar semula? Hatta, dalam kewangan Islam, yakni Qardhul Hassan, di mana pinjaman tanpa interest. Pinjaman tanpa interest bermakna anda meminjam tanpa dikenakan bayaran tambahan, still, kau tetap kena bayar hutang pinjaman tadi. Bukannya pinjam dan buat diam tak bayar. Kan? Jadi, tanggungjawab sebagai peminjam, ialah membayar balik pinjaman. Kalau tak mahu bayar, jangan pinjam.
So, macam mana nak belajar kalau tak ambil PTPTN? Yes, aku akui, PTPTN membantu dalam pelajar kita untuk belajar. Tetapi, mari kita lihat semula, berapa ramai antara pelajar kita yang beli handphone menggunakan duit PT tadi? Jadi, benarkan kita betul betul menggunakan PT tadi untuk belajar? Aku sokong kalau beli telefon yang memang betul betul guna untuk convenience, tapi kalau dah sampai beli Blackberry Iphone, makan mewah mewah, hah, lepastu taknak bayar, itu bukan salah kerajaan dah. Aku sendiri, kadang kadang geram juga tengok kawan kawan pakai telefon mahal kita murah saja, tapi kita kena ukur baju di badan sendiri.
Ya, ukur baju di badan sendiri. Ini juga antara permasalahan kita. Hari hari kedengaran suara menggesa kerajaan naikkan gaji, sebab kos kehidupan meningkat dan bla bla. Gaji tak cukup. Kalau gaji tak cukup bang, jangan beli telefon mahal mahal. Jangan beli pakaian mahal mahal. Makan seperti orang yang miskin. Bukan menghina, tetapi, ya, ukur baju di badan sendiri. Gaji sekitar RM2000, tetapi hidup macam orang gaji besar. Hari hari makan luar. Beli kereta murah sahaja. Pokoknya, beli ikut kemampuan dan keperluan kita.
Orang kaya bukan ada duit sikit terus beli mewah. Mereka menapak selangkah selangkah supaya dapat buat simpanan yang besar in order to be rich. Tak kisahlah berapa pun gaji kau, selagi ada keberkatan, dan kau pandai mengawal kewangan, Insyaallah, kau boleh hidup atas duit itu.
So, di mana peranan UMNO tadi dalam memajukan Melayu? Ok, jom kita tengok sama sama. UiTM, kolej kolej kerajaan, hatta sekolah sekolah tadi, siapa yang dirikan? Ok, kita letak ini kerja kerajaan lah, jangan letak UMNO. Dari sekolah ini tadi, kita belajar, jadi pandai, masuk universiti, dan end up, dapat kerja yang bagus. Ada rezeki, dapat kita merasa macam kawan kawan kita bekerja di luar negara dan meningkatkan taraf kehidupan. Kalau tak pandai sangat pun, asal rajin, paling koman dapat kerja kerajaan. So, daripada sekolah sampai ke kerja ni tadi, tak ada langsung ke usaha kerajaan yang membantu kehidupan kita?
Jangan pandang jadi kaya dahulu, tetapi live within your mean.
Ok, now, let us look at the half-empty cup. Melayu kita ramai. Bangsa majoriti dalam Malaysia ini. So, walaupun betul kita da ramai yang kaya, ada juga ramai yang tak kaya. Tetapi, adakah yang tidak sekaya yang kaya ini tadi tak dapat merasa usaha kerajaan tadi? Ya, unless kau tak pergi sekolah dan merempit sahaja kerja, sedikit sebanyak ada usaha kerajaan terkena pada kau. So, kalau aku dah pergi sekolah, kenapa tak kaya kaya juga? Now, that is actually the main problem to us Malays. Mari kita lihat, Cina. Mereka kalau nak dikira, tetap merasa usaha kerajaan, sebab mereka pergi sekolah dan sebagainya, tetapi usaha mereka sendiri juga sama hebat. Mereka masing masing ada rasa perlu untuk memajukan diri sendiri. Sebab itu, tak pelik kita lihat ramai Cina yang kaya. Ada tak Cina yang miskin? Ada juga. Tetapi, mereka ini tadi lebih banyak berusaha untuk memajukan diri. Kalau ibu bapa Cina itu tadi miskin, mereka akan pastikan anak mereka belajar pandai supaya dapat jadi kaya in the future.
Tetapi, adakah perkara yang sama berlaku kepada kita Melayu? TIDAK!!! Contoh, ambil satu. FELDA. Berapa ramai orang Melayu yang diberi tanah oleh kerajaan untuk diusahakan dan memajukan diri mereka? Ramai. Ratus ribu. Ada tanah, ada lah rumah walaupun tak besar, dan boleh lah sikit sikit hidup. Tetapi, adakah anak mereka pula bekerja sama kuat dengan ibu bapa tadi? Tidak, sibuk keluar merempit. Aku tak cakap FELDA punya anak sahaja, semua anak Melayu lah. Jadi, bila tak kaya tadi, siapa yang disalahkan? Kerajaan. Sedangkan, usaha mereka sendiri tak segah kata kata mereka. Kalau mahu kaya, bekerja kuatlah!
Adakah Cina cina ini tadi kroni UMNO sampai mereka jadi kaya? Yes, we admit, ada antara mereka dapat tender daripada kerajaan. Tetapi, it is because they strive to get the tender. Buat kerja dan sebagai. Bila orang Melayu, fikir nak tender sahaja, kerjanya kurang nak jalan.
Ya. Pokoknya, kerja. Keluar dari kepompong malas dan berasa selesa, dan mula bekerja. Tak kisahlah kerja apa. Kerja kampung, jaga ayam tanam pokok pun ok. Sebab ramai juga Cina yang kaya kerana menjadi peladang. Jual hasil ladang, dan kayalah. Tapi kena kerja keraslah. Dan live within your mean. Jangan hidup macam orang kaya kalau kita tak kaya. And stop blaming others for your own failure!
Yes, banyak perkara yang kerajaan boleh perbaiki untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat, tapi kita rakyat mestilah first berikan yang terbaik untuk kehidupan kita sendiri. Kalau hidup asyik pergi kedai kopi main dam, dan tiba tiba salahkan kerajaan sebab kau sengsara di tanah sendiri, kau perlu tahu siapa sebenarnya yang bersalah. Lepastu, asyik mengharapkan subsidi kerajaan sahaja. Cina tidak mendapat subsidi seperti yang Melayu dapat, tetapi kenapa mereka lebih berjaya dariada kita? Ya, usaha mereka lebih besar untuk diri mereka berbanding mengharap usaha kerajaan untuk diri mereka.
Ok, garang juga artikel kali ini. Hehe. Bukanlah berniat nak apa, tetapi sebagai satu cabaran untuk kita sama sama memajukan diri.
“Before you blame on the government for not giving what you want, look back at what you have given to the government itself.”
Dipetik dari Pulokdoh.com

Wednesday, January 25, 2012

Geng Mahasewel Buat Flashmob di Bukit Bintang!

Aku dah agak dari awal lagi dah since bulan sudah, si budak Adam Adli ni memang attention seeker tahap dewa level wahid. Sudah ler digantung tiga semester akibat perbuatan biadapnyer di tempat awam, namun tiada langsung keinsafan dalam dirinya kerana memperjudikan masa depannya di bidang akademik tetapi beliau menggunakan 'masa keemasan' yang berlebihan ini mempergiatkan lagi aktiviti mencapab yang sememangnya akan membuatkan orang ramai bertambah jelik dengan dia dan konco-konconya.


Baru-baru ni pada petang ahad lalu dia bersama-sama geng mahasewelnya tampil 'menghiburkan' para pengunjung medan komersil Bukit Bintang dengan sebuah persembahan jalanan. Wah, sudah ada kerjaya baru nampak gayanya bro. Jadi Buskers di jalan raya..




Wow, fulamak tak sangka aku mereka semuanya ini jadi radikal fanatics gara-gara pengaruh filem V For Vendetta! (antara filem favorite aku masa dari zaman sekolah dulu). Inilah yang dinamakan pengaruh kawalan minda  hasil dari subliminal messaging filem barat ciptaan Freemason/Illuminati untuk menyesatkan umat Islam!.  


Aku pun dulu terpengaruh jugak sikit-sikit dengan filem ni tapi bukanlah untuk membentuk mindset aku, cuma sekadar buat santapan karyaneka atas cita-cita ku ingin menjadi seorang karyawan dan counter-culture. Kalau boleh aku nak terbitkan filem ala-ala gitu jer dan tidak lebih dari itu. Nak terapkan dalam pemikiran sorrylah beb. 


Ni aku nak bagitau nih, sudah bebudak bedebah ni terpengaruh membabi buta dengan filem ni sampai babi pun agak dah jadi buta. Agak-agak dorang tak tau ke sapa Guy Fawkes tu, ada baca sejarah dari open sources yang melambak-lambak dalam internet ni? Setahu aku Guy Fawkes ni fanatik agama Kristian Roman Catholics yang menentang kerajaan Kristian Protestant yang menguasai England pada awal abad ke-17. Kalau nak dengan lebih lanjut cuba baca kat SINI.


Apa sebab 'mahasiswa' sewel yang rata-rata beragama Islam nak mengagungkan tokoh pelampau Katolik?. Nampak sangat Melayu-melayu puak mahasewel ni buta sejarah. Awat takde tokoh lain ke yang nak diagungkan sehingga nak diangkat jadi simbolisme. Cubalah pakai topeng ni at least nampak terang sikit apa dorang perjuangkan tu.




Agak-agak rasanya dorang ni terlepas pandang ke video ni yang dibuat oleh fellow comrade 1990 Born In Malaysia aku ni hah? Cubalah gunakan hak untuk berfikir dulu sebelum membuat keputusan melulu. 





Shacklesmith : Ingatlah beb, gunakanlah otak dulu sebelum bertindak! Macam salah satu rangkap dalam lirik lagu Amuk "Ada otak pakai".



Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget