Showing posts with label filem antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label filem antarabangsa. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Review filem Immortals

Assalamualaikum semua, hai sudah tiga hari kan encik Shacklesmith ni dah tak berblog akibat kesibukan urusan kolej. Baiklah demi mengotakan janji yang pernah aku maklumlah minggu sudah. Maka, aku akan buat review mengenai filem yang paling hangat untuk suku akhir tahun ini iaitu Immortals. Kali ini aku janji akan ringkaskan entry ini seringkas mungkin supaya tak jadi macam review Klip 3GP yang panjang berjela-jela pernah aku buat bulan sudah punya tu (ini serius aku betul-betul tengok Immortals daripada Klip 3GP tu beb). Aku baru menonton filem ni semalam di Times Square sorang-sorang selepas menyelesaikan urusan konvokasi di kolej.


Filem epik fantasy yang berlatarbelakangkan mitos legenda purba tamadun Greek ketika 1228 Sebelum Masihi ini mengisahkan tentang pertembungan di antara dua kuasa iaitu Para Dewa-dewi Greek Kuno (Gods) menentang kuasa jahat yang digelar Titans. Segalanya bermula selepas seorang gadis Oracle dara yang bernama Phaedra (lakonan Freida Pinto) mendapat petunjuk dari mimpinya tentang niat jahat seorang Raja gila kuasa bernama Hyperion yang merampas senjata iaitu sejenis busur panah 'Epirus Bow' untuk membebaskan Titans yang telah terpenjara beralaf lamanya di dalam gunung. Ternyata petunjuk dari mimpinya itu memang benar!, Raja Hyperion bertindak demikian setelah doanya untuk menyelematkan keluarganya dari bencana tidak dimakbulkan. Maka dari situlah bermula kekejaman bala tentera raja gila ini menyerang biara-biara dan kampung-kampung di sekeliling jajahannya demi mendapatkan busur legenda itu.


Kemudian di satu babak di sebuah kampung di tebing tepi laut anda dipertemukakan pula dengan watak hero filem ini yang asalnya seorang pemuda kampung biasanya yang dicemuh sebagai anak jalang (ibunya mangsa rogol) tetapi amat handal bermain senjata bernama Theseus (lakonan Henry Cavill) kerana telah dilatih oleh seorang lelaki tua misteri. Meskipun dihina, beliau dan ibunya tetap hidup aman damai di kampung itu. Walaubagaimanapun, keamanan tidak kekal lamanya. Kampung mereka turut menjadi mangsa serangan bala tentera Raja Hyperion. Berbekalkan kudrat dan keberanian yang ada, Theseus melawan kekejaman tentera Raja Hyperian ibunya sendiri mati dibunuh dengan kejam di depan matanya!. 


Selepas ibunya dibunuh dengan kejam oleh Raja Hyperion, dia telah ditangkap dan dijadikan hamba secara oleh Raja Hyperion. Ketika di sebuah perhentian (wadi) di tengah gurun, di situlah Theseus dipertemukan dengan Phaedra yang juga telah mendapat petunjuk bahawa Theseus lah yang berhak memiliki Epirus Bow itu!. Maka bermulalah epik pengembaraan mereka demi menumpaskan kejahatan Raja Hyperion. Siapakah orang tua misteri yang menjadi gurunya itu pulak?. Okey setakat itulah sinopsis aku boleh ceritakan, kalau sampai habis nanti tak pasal-pasal hilang klimaks korang nak tengok nanti weh.


Komen aku mengenai filem ini ;
Bagi aku cukup memuaskan dari segi penataan cahaya (ala vignette) yang sememangnya sangat sesuai filem bergenre epic perang.  Disamping tu mutu lakonan pelakon tampak mantap lebih-lebih lagi Luke Evans yang memegang watak Dewa Zeus yang pada pandangan aku tersangatlah matang dan menonjol melebihi usianya yang sebenar. Bukan senang pelakon awal 30an nak pegang watak bapak kepada 3 orang anak bujang campur 1 anak dara (Isabel Lucas!) beb!. Begitu jugak, dengan Raja Hyperian lakonan Mickey Rourke yang nampak begitu wicked walaupun bukanlah watak yang paling jahat pernah aku tengok sebab still tak terlawan watak Darth Vader dan Sauron!.




Mengenai watak heronya, Theseus lakonan Henry Cavill pulak memang berkesan dan aku boleh nampak betapa terbakarnya hati seorang anak apabila ibunya dibunuh dengan kejam depan matanya sendiri. Terbit rasa panas hati penuh dendam kesumat hendak membalas kezaliman tersebut. Cuma aku tak dapat nampak chemistry nya dengan heroinnya Pheadra lakonan Freida Pinto itu. Itu pada pandangan sendirilah cuma pada terpulang kepada korang nak menilainya. 


Satu lagi aku nak taburkan, aku sebenarnya tak suka nak cakap lah. Kalau nak dibandingkan dengan filem 300 dulu taklah sehebat mana impaknya yang lagi ganas babak pertempurannya. Apa pun suggestion aku pada korang memang tak rugi sebenarnya kalau korang laburkan duit nak menonton filem ini. Kalau tengok 3D konfem lagi syok punya!

Monday, July 4, 2011

Totally Hot (Heroin Terbaru Filem Transformer's : Dark of The Moon)


Aku rasalah, mesti ada di antara korang yang tak puas hati Megan Fox dah tak belakon cerita terbaru siri Transformer ni kan?. Mungkin ramai jugak tak kisah sebab beranggapan bahawa heroin baru ni lebih sikap feminin dari heroin yang lama. Almaklumlah, Megan Fox kan bekas tomboy. Yang terbaru ni, lebih sikit ciri kewanitaannya. Baiklah, kepada sesiapa yang belum mengenali heroin terbaru yang menjadi penyeri kepada siri terhebat box-office ini maka aku memperkenalkan Rosie Huntington-Whitley. Untuk pengetahuan korang semua yang tak tau lagi. Sebelum memulakan karier sebagai pelakon, dia ni sudah dikenali sebagai seorang supermodel. Sesiapa yang suka banyak women's fashion magazine mesti perasan punyalah muka dia ni. Siap pernah jadi Victoria Secret model lagi tu bro!. (AMARAN GAMBAR PANAS)

Friday, July 1, 2011

Transformer 3 : Dark of The Moon dan Heroin Terbarunya

Seingat aku lah, jarang-jarang sekali aku keluar menonton filem di panggung wayang. Yelah, i am a busy man kan. Ditambah pula dengan bebanan final projek yang sememangnya memberatkan kepala aku pada masa itu!. Kali terakhir aku menonton wayang adalah filem Merong Mahawangsa pada Mac lalu bersama dengan kawan aku yang balik dari Mesir akibat kekacauan tempoh harinya. Nak dijadikan cerita, petang semalam aku pergilah jalan-jalan ke Mid Valley, niat sebenar aku hendak ke sana adalah untuk menonton filem terbaru Transformer's yang baru keluar di pawagam Rabu lalu dan hendak membeli game Xbox 360.


Ini merupakan kali pertama aku keluar menonton wayang semenjak habis belajar sebulan lalu, sebenarnya bukan tidak mahu keluar menonton sebelum ini. Banyak filem-filem menarik yang dah keluar panggung sebelum ini bukan? Cuma tiada masa dan teman sahaja. Tapi bagi Shacklesmith itu semua tak mengapa, biar terlepas dari panggung janji DVD kan ada! Hahaha. Kalau nak diikutkan memang aku nak pergi menonton pada hari Rabu tu jugak tapi mengenangkan tiket pun tak ditempah jadi postpone jela hari Khamis. Padahal, masa pergi semalam pun langsung tak ditempah tiketnya. Kah Kah Kah. Tapi tak mengapalah, bukan hari hujung minggu bukan?. So, apa nak dikisahkan pun.

Sesampai saja di depan GSC Mid Valley, memang mengejutkan aku. Sungguh tak disangka, pada hari kerja macam Khamis pun orang terlalu ramai hendak menonton wayang dengan penonton yang beratur punyalah ramai mak aih. Nak kata cuti sekolah pun tidak, tapi bukan nak kata apalah. Kalah hujung minggu aku rasa. Agaknya ramai yang ambik cuti semata-mata nak menonton filem Transformer's tu kot!. Tulah pasalkan, sebab nak tengok Transformer's punya pasal. Beratur punyalah panjang sampai aku sendiri pun risau tengok kat schedule display screen habis segala senarai jualan tiket sudah bertanda kuning (selling fast). Mulanya aku merancang nak tengok jam 2.15pm tapi itupun dah SOLD OUT!!!. Pergh, aduyai. Apa boleh buat bro. Nampak gayanya terpaksalah aku menonton tayangan jam 5.30pm.

Selesai jam jer aku beli tiket terus aku tengok jam. Diam tak diam baru pukul 1.45pm, aku ape lagi turunlah ke surau yang terletak dekat ngan food court tu (tempat makan paling bajet sebab takde aircond dan makanan murah-murah giler). Lepas jer aku bersolat zuhur masa nak pakai kasut tetiba jer berlaku sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu lima sekeluarga pelancong Turki yang semuanya lelaki. Tak silap aku lengkap tiga generasi dari atuk, bapak dan cucunya sekalinya. Sampai ajer dekat depan surau tu terus jer pergi ke hujung (rak kasut depan surau perempuan!!!). Aku tertanya jugaklah, diorang ni tak reti baca ker yang tu surau perempuan sampai yang paling muda sekali among them (rasa-rasa umur 7 tahun) pun boleh bukak pintu dan masuk ke surau perempuan jugak!!!. Entah apa dia buat aku tak taulah, keluar masuk pergi jenguk-jenguk. Yang aku hairannya, ada seorang awek keluar dari surau tu boleh buat derk ajer budak Turki tu pergi mengintai-intai orang perempuan sembahyang!. Lepas atuknya dah 'jumpa' surau lelaki barulah kesemua ahli keluarga tersebut ikut sama. Bagi aku baguslah, datang melancong negeri orang pun masih ingat solat lagi. Aku teringat cerita emak aku masa dia pergi haji sama dengan ayah aku kat Mekah dulu. Dikatakan jemaah dari Turki ni pelik sikit, suami isteri sembahyang sebelah menyebelah. Itulah agaknya budak Turki tu keliru kot, lain bebenor orang kita kan. Kita pun pelik dengan adat depa jugak, sampai jadi misteri yang tak terungkap sejak dari zaman khalifah Uthmaniah lagi selain dari tarian sufi yang pusing-pusing tu.

Lepas jer aku solat zuhur perut aku pun terasa lapar, ingatkan nak mentekedarah sandwich kat Restoran Subway tapi jalan punya jalan tak jumpa jugak. Nak makan Popeye's Chicken?? macam takde beza jer ngan KFC aku tengok. Ke aku nak jadi ketagih macam Nicky anak setan tu kalau aku makan? Hahaha. Tiba-tiba jer terdetik hati aku nak makan Kenny Roger's. Yelah, dah lama tak makan kan?. Hehe, aku pun pergi lah usha-usha menu kat depan pintu tu. Tengah mengusha menu ada awek pekerja situ datang berdiri depan aku, aku yang tak yakin dengan bajet yang aku ade ni pun curi-curi la usha wallet aku kat bawah meja menu tu (aku rasa dia perasan kot) almaklumlah makanan kat situ kan mahal-mahal. Aku teringin nak makan bukan apa, sebab kali terakhir aku makan kat Kenny Roger's bersama bekas secret admire aku dulu. Tapi kitorang makan kat Times Square. Masa bulan Oktober dulu tak silap aku. Biarlah segalanya tinggal kenangan kan. Hmm, dijadikan cerita masa nak order punyalah aku nervous gila sebab dalam poket aku hanya ada RM28.00 ajer sedangkan makanan yang aku nak order (Quarter Meal) berharga RM16.90 sen tak masuk air minomnya lagi!. Untuk membajetkan lagi kos maka aku orderlah air botol kosong sebab aku taknak minom air manis pulak nanti takut rasa nak terkucil dalam panggung nanti.

Habis makan ajer dan lepas bayar teruslah aku blah untuk men'top-up' duit balik aku yang sudah kekurangan tu. Ambik ko bil yang aku dapat adalah RM22.50!! Tu baru aku minom air kosong kalau air hot chocolate camner pulak ek?? Haha, lepas makan tu aku lepaklah di MPH dan naik balik usha-usha game kat sebelah food court atas tu (yang tu bukan bajet punya okay!). Diam tak diam dah pukul 5.00pm aku pun turunlah bersolat Asar and then barulah aku naik balik setengah jam kemudian. Sepanjang menonton cerita ni boleh tahan jugaklah macam yang sebelumnya ini jugak. Macam biasa kalau Optimus Prime berlawan mesti dia hampir kalah pastu tak pasal-pasal menang pulak jadinya (adatlah kalau hero kan? hehehe). Part yang paling menarik perhatian aku adalah penggunaan wingsuit oleh pasukan special forces Amerika. Memang terbaiklah free diving tu seumpama sugar glider di dalam hutan-hutan yang meluncur di angkasa raya. Aku pun teringin jugaklah nak terjun pakai wingsuit dari atas KLCC, dapat jugak merasa terbang di langit tanpa bantuan enjin dan minyak diesel kan? Hahaha, apa pun memang bestlah cerita walaupun aku tertinggal beberapa scene selama 5 minit akibat rasa tak tahan sangat nak buang ayor. Aduyai, memang selalu buat hal lah bladder aku nih. Time best-best pulak tuh.. Ciss!! Apa pun, berkenaan dengan filem ni aku bagi 4/5 sebab sepanjang tiga siri Transformer's memang tak menghampakan. Grafik CGI dia pun da semakin realistik, tak macam dulu dah.

Tidak menghampakan, walaupun Megan Fox yang seksi giler b@bi sampai b@bi pun boleh jadi giler tu dah takder. Tapi tempatnya sudah diambil-alih oleh Rosie Huntington-Whitley yang tidak kurang seksinya juga (pada standard aku biasa ajer :P,, supermodel lah katekan,, hehehe). Hah, merasakan Shia LaBeuf dalam pelukan hotbabes lagi kan? What a nice chick he got there dude!! Irretwistable Irresistable lips!!


Shacklesmith : Aii brader.. dua gambar je ker?? :D :D D:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget