Showing posts with label film review. Show all posts
Showing posts with label film review. Show all posts
Tuesday, December 6, 2011
Review filem Misteri Jalan Lama
Rabu lepas aku berkesempatan menonton filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki di Berjaya Times Square. Kalau diikutkan hati, memang pada hari Isnin sudah lagi aku nak keluar tengok wayang tapi apakan daya Kuala Lumpur tetap dilanda hujan yang tak sudah-sudah. Dek kerana hujan, aku cukup risau nak keluar rumah. Yelah, aku ni mana kereta beb. Jadi nak kena harap public transport sajelah. Mungkin boleh dikatakan sudah terlambat bagi aku nak buat review kerana filem ni lebih seminggu ditayangkan di pawagam. Tapi rasanya itu bukan penghalang bagi aku.
Kali pertama aku perasan filem ni sewaktu preview di Astro Prima pada hari Rabu malam Khamis (aku tak ingat berapa haribulan) selepas balik dari kedai. Tarikan utama aku yang buat nak menonton preview filem ini sudah tentunya Nissan Fairlady yang dipandu oleh Hans Isaac!. Bila layan preview jer aku rasa dah timbul macam minat sebab tertarik dengan sinematografi dan gerak kameranya yang boleh aku katakan sebagai mantap dan setanding filem luar kerana tidak statik dan kaku.
Aku tau ramai yang tak berapa suka filem sebegini lagi-lagi yang dibuat oleh orang kita, bagi mereka filem fantasy adalah mengarut!.Tapi cuba kalau filem tersebut dibikin oleh orang luar khususnya Hollywood. Konfem ramai yang telan bulat-bulat walaupun ianya mengandungi 'subliminal message' yang berunsur menghina Islam! Sebagai contoh, Harry Potter boleh pulak korang menerima bukan walaupun diselitkan unsur tahyul dan syirik. So, biar aku nilaikan filem mengikut perspektif aku sendiri. Aku yakin, ramai yang makan dalam sebab tertipu dengan tajuknya dan ingat ini cerita hantu bukan?! Hahahaha~
Bagi aku inilah hasil karya paling berani yang ditonjolkan oleh Afdlin Shauki setelah lebih 11 tahun aku meminati dan mengikuti perkembangan beliau dalam industri seni ini. Sungguhpun aku terlepas dari menonton filem Papadom dan Los & Faun, entah aku tak tahu mengapa tiba-tiba hati aku terdetik nak menonton filem ni. Untuk pengetahuan, genre filem Fantasy memang jarang diketengahkan oleh pengarah kita kerana merasakan genre Seram lebih profitable hasil sikap superstitous orang Melayu dan rakyat Malaysia secara am-nya. Kali terakhir genre fantasy dihasilkan adalah filem Magika arahan Yusry.
Filem ini mengisahkan hubungan dua adik-beradik yang berlainan kepala dan tak sebulu iaitu Indra (Hans Isaac) dan Illya (Que Haidar) yang dipertemukan semula selepas kematian bapa mereka, Datuk Iskandar (Tarmimi Siregar) dalam satu kemalangan tragik. Siapa sangka pertemuan mereka selepas 15 tahun terpisah bakal merubah kehidupan mereka buat selama-lamanya. Indra, seorang bekas pelumba kereka yang dibelenggu hutang oleh along telah mengambil kesempatan kematian bapa mereka untuk membayar semula hutangnya dengan wang tinggalan arwah bapanya.
Namun, sesampainya beliau di sana. Beliau menemui pula wasiat arwah bapanya untuk membawa pulang adiknya Illya ke kampung di pantai timur untuk majlis pengkebumian. Maka, ketika dalam perjalanan pulang itulah bermulanya pengembaraan mereka yang mana bakal mengubah kehidupan mereka buat selamanya. Ego masing-masing kedua adik-beradik ini bakal dicabar dan dua dunia iaitu nyata dan ghaib bakal bersatu. Apa yang akan berlaku apabila manusia bertemu jin?
Sepanjang 1 jam 40 minit aku menonton filem ini dengan penuh rasa bersungguh-sungguh dan curiousity mendalam untuk menghayati jalan cerita demi merungkai rahsia mesej sebenar filem ini. Persetankan segala kutukan sang Melayu buta seni di sekelilingku, ternyata ianya memberi sesuatu kepuasan yang berlainan bagi aku berbanding filem Melayu lain. Berbeza dengan filem cliche Melayu lain yang mengetengahkan unsur percintaan lelaki dan wanita, filem ni langsung tak menyentuh aspek tersebut sebaliknya menekankan unsur fantasi dan apa yang penting buat untuk dihayati bersama ialah nilai kekeluargaan iaitu tanggungjawab seorang anak kepada bapanya dan juga seorang abang kepada adik.
Plot permulaan filem ni memang agak simple, kalau korang rajin tengok drama Melayu moden memang rajin unsur korporat diketengahkan tapi bila sampai ke klimaks filem ini memang berubah habislah kepada fantasi ala Harry Potter. No wonder, ramai yang tak paham cerita ini tapi aku relak ajer. Bagi mereka otak tipikal Melayu yang payah menerima cerita-cerita berat sebegini.
Pujian harus diberikan kepada pelakon utama filem ini iaitu Hans Isaac dan Que Haidar kerana gandingan mereka adalah mantap. Hans Isaac dari dulu memang kita lakonan beliau agak maintain macho dan ego watak yang ditunjukkan beliau cukup tinggi bahkan filem ini menyerlahkan lagi watak tersebut walaupun tanpa digandingkan dengan heroin. Begitu juga dengan Que Haidar yang mengetengahkan watak sebagai seorang adik yang naif tapi punya kekuatan yang tersendiri apa diketemukan dengan identitinya yang sebenar iaitu Putera kaum Nian. Kebetulan, aku sebenarnya tak perasaan siapa yang melakonkan watak Botak, samseng yang merampas Fairlady milik Indra. Selepas mengikuti review di blog lain baru aku perasan yang itu adalah Namron. Aku cukup tertarik dengan penyampaian loghat utara beliau, memang best!. Sampaikan aku tak sangka watak utama Sanggul Beracun tu rupanya berkongsi jasad yang sama, sungguh berbeza penampilan beliau beb!.
Skor muzik filem Misteri Jalan Lama ini bagi aku adalah yang terbaik dalam sejarah filem Malaysia selepas Merong Mahawangsa. Paling hebat sewaktu Indra dan Illya memasuki perkampungan puak Nian yang antara paling epik pernah aku dengar dalam filem tempatan, sungguh spine chilling!. Tahniah buat Pacai, aku yakin kalau Hans Zimmer mahupun Jesper Kyd (dua pengarah skor muzik yang paling aku kagumi) dengar konfem mereka akan tabik. Aku yakin beliau boleh sampai ke tahap mereka. Sekurang-kurangnya di Malaysia ini.
Sinematografi yang mereka paparkan cukup bersesuaian, mood vignette yang dipaparkan demi membawa elemen kesuraman ternyata kena dengan sinematografi. Aku memang suka mood sedemikian. Lebih-lebih filem ini mengisahkan tentang dua beradik yang baru kehilangan bapa tambah diperkuatkan lagi dengan lakonan yang cukup berkesan. Unsur kemelayuan memang tetap tak dipinggirkan terutama sekali pakaian puak Nian (kecuali baju perang, hak tu aku perjelaskan nanti)
Part adegan intimate antara Ilya dan isteri kaum Nian-nya (lakonan Marion Counter) sungguh menarik kerana ianya berjaya disembunyikan tanpa perlu dedah sana-sini. Cara pengarah Afdlin Shauki menggambarkan adegan sensual tersebut dengan cara tersembunyi cukup mudah untuk memberi pemahaman tentang apa yang berlaku pada malam itu tanpa perlu paparan aksi berahi tahap filem biru.
Babak terakhir iaitu kapal layar terbang amatlah menarik sekali bagi aku kerana belum pernah babak sedemikian muncul dalam filem-filem tempatan. Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat mengetahui tahap imaginasi tinggi yang dimiliki oleh Afdlin Shauki. Syukur alhamdullillah, saya sehingga kini masih menyokong usaha beliau.
Walaubagaimanapun aku tak nafikan filem ini turut memiliki kelemahan tersendiri. Biasalah, mana ada benda yang perfect kan?, hatta filem Hollywood pun kalau diperhatikan betul-betul terdapat sedikit cacat-cela inikan pulak filem kita. Okay, jika dilihat dalam bentuk penceritaan. Mengapa dan bagaimana boleh terjadi konflik di antara kaum Nian dan Ghoul?, kita sudah sedia maklum bahawa kaum Nian adalah perlambangan Orang Bunian manakala Ghoul mungkin diinspirasikan dari Jin Genderuwono dari masyarakat Jawa. Filem fantasi ini secara tidak langsung mengangkat elemen mistisisme bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi. Namun begitu, bagaimana boleh berlaku perang antara dua kaum makhluk halus ini?, mengapa harus tunggu kedatangan Ilya baru kaum Ghoul beriya-riya sangat nak menghapuskan kaum Nian sedangkan mereka punya masa untuk berbuat demikian selama 25 tahun apatah lagi kaum Nian masih tidak beraja dalam tempoh tersebut. Banyak lompong la beb.
Babak dialog Harak selaku Raja kaum Ghoul merupakan satu babak menarik kerana menggunakan suatu bahasa asing yang tidak pernah kita dengari. Mungkin kali pertama dalam sejarah perfileman negara, bahasa buatan atau constructed language berasaskan bahasa Melayu dicipta untuk sesuatu babak dalam filem. Tapi malangnya, ia tidak disertakan dengan sari kata agar penonton mudah memahami apa yang diperkatakan. Akibatnya, babak menarik tersebut kelihatan cacat dan tergantung tanpa sebarang pengertian kasar yang mudah difahami penonton.
Sebuah filem bergenre-kan fantasi memang tak sah kalau tidak menampilkan elemen-elemen imej janaan komputer (CGI) dan ini sudah satu kemestian supaya ianya tampak lebih menarik. Scene durian jatuh apabila Ilya bertempik menggerunkan geng Botak merupakan salah satu plot menarik dan lucu sekali walaupun tidak se-perfect sangat pun. Akan tetapi apabila sampai plot Istana Raja Nian ianya nampak tidaklah se-realistik mana. Aku akui bajet mungkin masalah disamping skill CGI dan para animator belum sampai ke tahap yang lebih tinggi seperti krew-krew dari luar negara.
Paling terakhir sekali, babak Raja Nian iaitu Nasir Bilal Khan ketika ingin bertempur dengan Harak di atas jalan raya. Meskipun elemen kemelayuan sudah ditonjolkan pada awal babak kaum Nian. Namun begitu sebaliknya pula berlaku, elemen kemelayuan tidak berjaya ditonjolkan pada pakaian pahlawan Raja Nian!. Baju besi Roman Legion dan Tentera Salib pulak jadi inspirasi pereka pakaian prop!!??. Persoalannya, perlukah ada puting dan perut buncit. Bahagian perut sepatutnya dihiasi six pack tapi perut yang buncit pulak ditonjolkan. Ini menjadikan pakaian pahlawan tersebut kelihatan lucu sekali!. Pada pendapat akulah, apa salahnya pakaian panglima perang Melayu zaman dahulu dijadikan sumber inspirasi. Setakat baju besi tu, baju zirah panglima Bugis yang ada di Muzium Kota Ngah Ibrahim di Taipang, Perak tu boleh dibuat rujukan oleh pereka kostume filem ni.
Walau bagaimana sekalipun, ini bukan sebab filem ni tak wajib ditonton cuma kadangkala aku kesal jugak dengan sikap penonton kita yang tak boleh nak berfikir apabila menonton sesuatu filem tu. Asal kurang sikit, bising mengutuk dalam panggung mengganggu konsentrasi penonton yang lain. Apa nak tengok filem sekadar cuci mata je ker?, tolonglah hargai penggiat filem tanah air. Kalau tak nak tengok filem berat-berat macam gini, lebih baik lah korang tengok filem arahan Professor Razak Mohaiddeen tu. Lagipun senang ringan otak korang nak menghadamkan mesejnyer kan. Inilah 'dilema' penonton Melayu kita. Aku perasan ada 2-3 orang awek yang lagi muda daripada aku kat belakang panggung dok mengutuk menyesal tengok filem ni dan aku yakin mereka ni spesies yang tak berfikir panjang dan pikir nak senang jer beb.
Begitulah jadilah sampai bila filem kita nak maju kalau orang kita memiliki mentaliti sebegini yang tahu asyik nak mengutuk saja?. Namun begitu aku merasakan mungkin silap Afdlin Shauki menamakan filem ini sebagai "Misteri Jalan Lama" kerana perkataan misteri itu sinonim dengan hantu jadi tak hairanlah mereka (gadis-gadis di belakangku) boleh rasa tertipu. Sepatutnya filem ini dinamakan "Rahsia Jalan Lama" supaya sindrom tipikal Meleis ini dapat dibendung.
Shacklesmith : Bagi aku, filem ini tetap memuaskan. Kudos for Afdlin Shauki, beliau sewaktu aku berangan-angan nak jadi pengarah filem adalah idola aku. Suka tengok lawak dia beb.
Tuesday, November 15, 2011
Review filem Immortals
Assalamualaikum semua, hai sudah tiga hari kan encik Shacklesmith ni dah tak berblog akibat kesibukan urusan kolej. Baiklah demi mengotakan janji yang pernah aku maklumlah minggu sudah. Maka, aku akan buat review mengenai filem yang paling hangat untuk suku akhir tahun ini iaitu Immortals. Kali ini aku janji akan ringkaskan entry ini seringkas mungkin supaya tak jadi macam review Klip 3GP yang panjang berjela-jela pernah aku buat bulan sudah punya tu (ini serius aku betul-betul tengok Immortals daripada Klip 3GP tu beb). Aku baru menonton filem ni semalam di Times Square sorang-sorang selepas menyelesaikan urusan konvokasi di kolej.
Filem epik fantasy yang berlatarbelakangkan mitos legenda purba tamadun Greek ketika 1228 Sebelum Masihi ini mengisahkan tentang pertembungan di antara dua kuasa iaitu Para Dewa-dewi Greek Kuno (Gods) menentang kuasa jahat yang digelar Titans. Segalanya bermula selepas seorang gadis Oracle dara yang bernama Phaedra (lakonan Freida Pinto) mendapat petunjuk dari mimpinya tentang niat jahat seorang Raja gila kuasa bernama Hyperion yang merampas senjata iaitu sejenis busur panah 'Epirus Bow' untuk membebaskan Titans yang telah terpenjara beralaf lamanya di dalam gunung. Ternyata petunjuk dari mimpinya itu memang benar!, Raja Hyperion bertindak demikian setelah doanya untuk menyelematkan keluarganya dari bencana tidak dimakbulkan. Maka dari situlah bermula kekejaman bala tentera raja gila ini menyerang biara-biara dan kampung-kampung di sekeliling jajahannya demi mendapatkan busur legenda itu.
Kemudian di satu babak di sebuah kampung di tebing tepi laut anda dipertemukakan pula dengan watak hero filem ini yang asalnya seorang pemuda kampung biasanya yang dicemuh sebagai anak jalang (ibunya mangsa rogol) tetapi amat handal bermain senjata bernama Theseus (lakonan Henry Cavill) kerana telah dilatih oleh seorang lelaki tua misteri. Meskipun dihina, beliau dan ibunya tetap hidup aman damai di kampung itu. Walaubagaimanapun, keamanan tidak kekal lamanya. Kampung mereka turut menjadi mangsa serangan bala tentera Raja Hyperion. Berbekalkan kudrat dan keberanian yang ada, Theseus melawan kekejaman tentera Raja Hyperian ibunya sendiri mati dibunuh dengan kejam di depan matanya!.
Selepas ibunya dibunuh dengan kejam oleh Raja Hyperion, dia telah ditangkap dan dijadikan hamba secara oleh Raja Hyperion. Ketika di sebuah perhentian (wadi) di tengah gurun, di situlah Theseus dipertemukan dengan Phaedra yang juga telah mendapat petunjuk bahawa Theseus lah yang berhak memiliki Epirus Bow itu!. Maka bermulalah epik pengembaraan mereka demi menumpaskan kejahatan Raja Hyperion. Siapakah orang tua misteri yang menjadi gurunya itu pulak?. Okey setakat itulah sinopsis aku boleh ceritakan, kalau sampai habis nanti tak pasal-pasal hilang klimaks korang nak tengok nanti weh.
Komen aku mengenai filem ini ;
Bagi aku cukup memuaskan dari segi penataan cahaya (ala vignette) yang sememangnya sangat sesuai filem bergenre epic perang. Disamping tu mutu lakonan pelakon tampak mantap lebih-lebih lagi Luke Evans yang memegang watak Dewa Zeus yang pada pandangan aku tersangatlah matang dan menonjol melebihi usianya yang sebenar. Bukan senang pelakon awal 30an nak pegang watak bapak kepada 3 orang anak bujang campur 1 anak dara (Isabel Lucas!) beb!. Begitu jugak, dengan Raja Hyperian lakonan Mickey Rourke yang nampak begitu wicked walaupun bukanlah watak yang paling jahat pernah aku tengok sebab still tak terlawan watak Darth Vader dan Sauron!.
Mengenai watak heronya, Theseus lakonan Henry Cavill pulak memang berkesan dan aku boleh nampak betapa terbakarnya hati seorang anak apabila ibunya dibunuh dengan kejam depan matanya sendiri. Terbit rasa panas hati penuh dendam kesumat hendak membalas kezaliman tersebut. Cuma aku tak dapat nampak chemistry nya dengan heroinnya Pheadra lakonan Freida Pinto itu. Itu pada pandangan sendirilah cuma pada terpulang kepada korang nak menilainya.
Satu lagi aku nak taburkan, aku sebenarnya tak suka nak cakap lah. Kalau nak dibandingkan dengan filem 300 dulu taklah sehebat mana impaknya yang lagi ganas babak pertempurannya. Apa pun suggestion aku pada korang memang tak rugi sebenarnya kalau korang laburkan duit nak menonton filem ini. Kalau tengok 3D konfem lagi syok punya!

Friday, October 21, 2011
Review filem Klip 3GP - Ganas, Menggerunkan dan Mengghairahkan!
Assalamualaikum kepada pembaca Kerambit Assassin's sekalian!, Amacam pekabor semua?, hai dah lama kan Shacklesmith tak buat review pasal filem. Kali terakhir pun masa cerita Transformer : Dark of the Moon masa bulan Julai lalu yang menyaksikan gambar panas Rosie Huntington-Whitley menjadi bahan santapan mata gatal, hamsap dan miang lelaki yang membaca blog nih!. Sebenarnya lepas tu bukan Shacklesmith tak tengok lagi dah wayang langsung lagi dah lepas tu. Cuma takde masa ajer nak buat review filem. Kalau nak diikutkan bulan puasa sudah dah TIGA KALI Shacklesmith tengok wayang bertemankan member yang baru balik belajar oversea!. Semua cerita Hollywood mari punya beb, belum campur lagi dua filem bulan sudah. Filem Bini-biniku Gangster lah filem buatan Malaysia pertama yang aku tonton untuk suku akhir tahun ini (Apelah ko Shacklesmith tak buat review pasal filem ni jugak! < member aku) diikuti dengan Johnny English Reborn dan yang terakhir The Three Musketeer.
Sudah hampir dua bulan aku menyedari kewujudan trailer filem Klip 3GP ni iaitu hampir seminggu sebelum Aidilfitri lagi cuma Shacklesmith malas nak buat review sebab ape ke jadahnya nak mengulas kalau cerita tu tak keluar panggung lagi bukan?, ini mengingatkan aku saban tahun selepas berakhirnya E3 setiap Jun di Los Angeles. Kepada kipas susah mati permainan video macam aku memang biasa benar follow ekspo melalui perkembangan di internet (yelah mana la aku ada duit nak pergi L.A. sana nun, belum ada rezeki lagilah beb. Insyallah next time). Kadang-kadang yang aku nak tergelaknya selepas berakhirnya ekspo ada jer segelintir blogger's dan beberapa portal komuniti gamer's sebagai contoh IGN yang gatal-gatal tangan buat review pasal game yang dipersembahkan dalam ekspo kepada orang ramai. Sebagai contoh permainan video Assassin's Creed : Revelation yang akan dikeluarkan di pasaran November ini. Sekali tiba-tiba ada blogger gatal keluarkan 'review' hanya berdasarkan kepada demo-nya di E3 sahaja. What the frog?, main dulu sampai habis baru buat review okay. Jadi dalam kes review filem Klip 3GP ni Shacklesmith bertindak tepat pada masanya.
Apa yang korang tau pasal klip video 3GP?, ya ianya suatu klip video yang dirakam menggunakan telefon bimbit pintar. Benda ni bukan perkara baru tapi dah lama dah, sejak Shacklesmith sekolah lagi. Tak silap aku Mastika pernah cover pasal story ni masa isu bulan Disember 2005 melalui tajuk 'Wajah-wajah yang memalukan bangsa kita'. Hangpa ingat lagi 'Kenangan Lubuk Tupah'?, orang Kedah konfem tak boleh lupa punya babak stim dapat klip 3GP tu. Enough said, memang satu trend dan hobi bagi para golongan belia itu untuk mengumpulkan klip-klip 3GP lucah dalam handphone mereka apa ianya mudah kerana boleh disebarkan melalui kaedah 'bluetooth', kecuali aku sebab aku takde smartphone berkeupayaan 3G. Aku pakai basic phone jer beb. Teringat aku masa mula-mula duduk hostel (rumah bujang) dengan senior ketika baru masuk kolej tiga tahun dulu (pertengahan 2008), awal-awal lagi aku diberitahu bahawa aktiviti malam dorang adelah menonton 'blue'. Aku pun pikir ape lagilah, memang sah-sah da agak penghuni sebuah unit flat Manor Taman Maluri ni memang jenis kurang beriman. Aku pun apa kurangnya jugak, masa muda-muda zaman sekolah dulu bukanlah jenis kuat sembahyang pun.
Waktu malam adalah saat yang paling dinanti-nantikan, bagi teman serumah aku yang memiliki laptop kami gunakan kesempatan ini untuk 'wifi' di restoran yang menyediakan perkhidmatan internet. Saat keemasan itulah kami gunakan untuk mendownload lagu-lagu mp3, video muzik Youtube, dan klip-klip 3gpsecara haram tanpa pengetahuan pemilik asal tanpa was-was kerana ianya percuma tanpa dicaj pemilik restoran. Selepas puas mendownload dan menjamu selera maka pulanglah kami lalu klip 3gp lucah tersebut ditonton beramai-ramai, memang tak ingat dunialah. Sungguh lucu sekali masa tu sudahlah aku paling muda dalam rumah tu, ada pula suara yang mengatakan 'budak bawah umur 18 tahun dilarang menonton'. Ahh, aku peduli apa?, almaklumlah klip 3gp lucah ni punyalah senang sangat nak dapat malahan ianya disebarkan melalui kaedah P2P (Peer to Peer) dalam internet. Cari ajer semua ada!, nak tengok aksi 'pramugari', 'jururawat' ataupun 'pembantu rumah' mahupun 'aksi pelatih PLKN'! ianya mudah saja. You name it, you got it!.
Ianya berlaku sekitar Mei hingga Jun tahun 2008, seingat aku masa tu aku rapat dengan housemate aku budak Sabah dan pada masa itu jugak MimiFLY One Nation Emcees pelakon utama Klip 3GP pun baru nak naik (masa tu dia baru audition Gangstarz lagi). Aku pun tak sangka dia boleh jadi pelakon, memang sah-sah ikut jejak langkah Fergie Black Eyed Peas yang terlebih dahulu dikenali sebagai pelakon sebelum jadi penyanyi. Baiklah, daripada tadi aku asyik berbincang benda off topic tapi berkaitan jugak dan review langsung tak sentuh pulak dari tadi. Korang nak review jugak, okey aku bagi.
Memandangkan klip-klip lucah rakaman dari telefon bimbit semakin disebarkan secara meluas melalui kaedah file sharing dan bluetooth, ada yang menimbulkan kontroversi panas sehinggu menjadi bahan perselisihan di antara ahli keluarga mahupun rakan-rakan dan masyarakat. Maka oleh itu syarikat penerbitan filem ternama tanah air iaitu Grand Brilliance telah menerbitkan sebuah filem yang diinspirasikan dari isu-isu gejala negatif sosial ini. Shacklesmith secara terus-terang cakaplah, masa tengok trailer dekat Youtube tu pun bulu tengkuk aku dah tegak meremang. Apa lagi belum tengok kat wayang pun, memang SERAM TAK BERHANTU!. Hah, kalah cerita Dua Alam yang digembar-gemburkan 'Doktor' terpoyo 1Malaysia tu. Macam nilah nak buat Dr Rozmey oi, kata seram tak berhantu tapi scene ganas haram satu pun tak bubuh. Setakat taruk scene mandi ngan kuburkan jenazah majalah Mastika pun boleh buat. Tampilkan mood dalam penceritaan bertulis pun jer dah cukup untuk menginsafkan orang.
Filem ni mengingatkan aku dengan filem Gangster dan Akhirat yang menggabungkan 3-4 cerita dalam satu filem. Aku pun tak berapa pasti kalau ada lagi filem tempatan buat konsep sebegitu tapi apa yang pasti kesemua filem tersebut bergenre thriller. Sebelum filem ini dikeluarkan lagi, hampir tercetus satu kontroversi melibatkan pelakon utamanya iaitu MimiFLY yang dikatakan melakonkan babak panas hubungan seks dalam filem tersebut, walaubagaimanapun ianya disangkal oleh beliau dengan mengatakan bahawa babak tersebut dilakonkan menggunakan body double. Akan tetapi, apa alasan yang diberikan ianya tetap memberi kesan dimana kontroversi ini hampir merenggangkan hubungan Mimi dan Jojo. Adegan itu diperlukan untuk menampakkan filem tersebut sebagai realistik memandangkan filem tersebut mempunyai mesej yang tersendiri iaitu pengajaran tentang bahayanya teknologi ini. (Aku malas nak tulis sinopsis, baca jelah kat SINI)
Cuma yang buat aku terfikir, bukankah zaman sekarang ni hampir kesemua smartphone boleh menggunakan format MP4 yang lebih bagus kualitinya berbanding 3GP yang agak kureng kejelasan imejnya. Kalau sekarang dah canggih, kenapa perlu ke belakang?. Aku tak hairanlah kalau filem ini diterbitkan pada tahun 2007/2008 but now it's 2011 for God sake!. Sepatutnya diberi nama Klip MP4 supaya ianya lebih appropriate!. Lagi satu, filem ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada golongan muda supaya tidak tercebak ke dalam kancah sosial seperti seks bebas, salah guna internet dan sebagainya. Akan tetapi, akan adakah flip sided effect pula?, filem ini secara tidak langsung seolah-olah menggalakkan lagi aktiviti seks bebas di kalangan generasi muda. Bagaimana pulak tu?, aku paham la beb nak buat filem memang kena buat biar nampak realistik. Lainlah kalau buat cerita kartun. Tiga hari sudah sebelum menulis entry ini, aku bertanyakan kepada member aku tentang apa pandangannya mengenai filem Klip 3GP. Kebetulan beberapa minit sebelum tayangan filem Bini-biniku Gangster yang kami tonton hampir sebulan lalu, kami sempat menonton trailer filem Klip 3GP tersebut, lantas beliau menjawab FILEM YANG MEROSAKKAN DAN MEMALUKAN BANGSA!!.
Sungguh mudah dan jelas komen yang diberikan oleh kawan aku tu, begitu mendalam maksudnya. Aku tak pasti apa review penonton selepas hampir dua minggu filem ni ditayangkan. Setakat ni belum komen negatif dalam surat khabar. Filem ini turut menampilkan pelakon Zahiril Adzim yang mula dikenali melalui drama Juvana meskipun terlebih dahulu muncul dalam filem Gadoh, drama ni mengingatkan aku dengan drama Prison Break dan dokumentri Guilty Or Innocent yang disiarkan di Discovery Channel. Aku harap janganlah dia terpalit sama kalau berlaku kontroversi gara-gara komen negatif sebahagian besar rakyat negara ini.
So, that's all for today folk's!. Even though it takes more than a day for me to finished this up!. Haha, kepada anda semua jangan marahlah kalau dapat tahu bahawa Shacklesmith sebenarnya tak tengok langsung cerita Klip 3GP tapi tangan gatal sangat nak buat 'review'!. Seribu maaf ku pohon kalau ada yang terasa hati kena permain kow-kow oleh aku. Bukan niat aku hendak menipu cuma saja nak berkongsi pengalaman mengenai video rakaman 3GP sepanjang hidup aku.
Salam sejahtera dari Shacklesmith
- Damansara, Kuala Lumpur
Sudah hampir dua bulan aku menyedari kewujudan trailer filem Klip 3GP ni iaitu hampir seminggu sebelum Aidilfitri lagi cuma Shacklesmith malas nak buat review sebab ape ke jadahnya nak mengulas kalau cerita tu tak keluar panggung lagi bukan?, ini mengingatkan aku saban tahun selepas berakhirnya E3 setiap Jun di Los Angeles. Kepada kipas susah mati permainan video macam aku memang biasa benar follow ekspo melalui perkembangan di internet (yelah mana la aku ada duit nak pergi L.A. sana nun, belum ada rezeki lagilah beb. Insyallah next time). Kadang-kadang yang aku nak tergelaknya selepas berakhirnya ekspo ada jer segelintir blogger's dan beberapa portal komuniti gamer's sebagai contoh IGN yang gatal-gatal tangan buat review pasal game yang dipersembahkan dalam ekspo kepada orang ramai. Sebagai contoh permainan video Assassin's Creed : Revelation yang akan dikeluarkan di pasaran November ini. Sekali tiba-tiba ada blogger gatal keluarkan 'review' hanya berdasarkan kepada demo-nya di E3 sahaja. What the frog?, main dulu sampai habis baru buat review okay. Jadi dalam kes review filem Klip 3GP ni Shacklesmith bertindak tepat pada masanya.
Apa yang korang tau pasal klip video 3GP?, ya ianya suatu klip video yang dirakam menggunakan telefon bimbit pintar. Benda ni bukan perkara baru tapi dah lama dah, sejak Shacklesmith sekolah lagi. Tak silap aku Mastika pernah cover pasal story ni masa isu bulan Disember 2005 melalui tajuk 'Wajah-wajah yang memalukan bangsa kita'. Hangpa ingat lagi 'Kenangan Lubuk Tupah'?, orang Kedah konfem tak boleh lupa punya babak stim dapat klip 3GP tu. Enough said, memang satu trend dan hobi bagi para golongan belia itu untuk mengumpulkan klip-klip 3GP lucah dalam handphone mereka apa ianya mudah kerana boleh disebarkan melalui kaedah 'bluetooth', kecuali aku sebab aku takde smartphone berkeupayaan 3G. Aku pakai basic phone jer beb. Teringat aku masa mula-mula duduk hostel (rumah bujang) dengan senior ketika baru masuk kolej tiga tahun dulu (pertengahan 2008), awal-awal lagi aku diberitahu bahawa aktiviti malam dorang adelah menonton 'blue'. Aku pun pikir ape lagilah, memang sah-sah da agak penghuni sebuah unit flat Manor Taman Maluri ni memang jenis kurang beriman. Aku pun apa kurangnya jugak, masa muda-muda zaman sekolah dulu bukanlah jenis kuat sembahyang pun.
Waktu malam adalah saat yang paling dinanti-nantikan, bagi teman serumah aku yang memiliki laptop kami gunakan kesempatan ini untuk 'wifi' di restoran yang menyediakan perkhidmatan internet. Saat keemasan itulah kami gunakan untuk mendownload lagu-lagu mp3, video muzik Youtube, dan klip-klip 3gp
Ianya berlaku sekitar Mei hingga Jun tahun 2008, seingat aku masa tu aku rapat dengan housemate aku budak Sabah dan pada masa itu jugak MimiFLY One Nation Emcees pelakon utama Klip 3GP pun baru nak naik (masa tu dia baru audition Gangstarz lagi). Aku pun tak sangka dia boleh jadi pelakon, memang sah-sah ikut jejak langkah Fergie Black Eyed Peas yang terlebih dahulu dikenali sebagai pelakon sebelum jadi penyanyi. Baiklah, daripada tadi aku asyik berbincang benda off topic tapi berkaitan jugak dan review langsung tak sentuh pulak dari tadi. Korang nak review jugak, okey aku bagi.
Memandangkan klip-klip lucah rakaman dari telefon bimbit semakin disebarkan secara meluas melalui kaedah file sharing dan bluetooth, ada yang menimbulkan kontroversi panas sehinggu menjadi bahan perselisihan di antara ahli keluarga mahupun rakan-rakan dan masyarakat. Maka oleh itu syarikat penerbitan filem ternama tanah air iaitu Grand Brilliance telah menerbitkan sebuah filem yang diinspirasikan dari isu-isu gejala negatif sosial ini. Shacklesmith secara terus-terang cakaplah, masa tengok trailer dekat Youtube tu pun bulu tengkuk aku dah tegak meremang. Apa lagi belum tengok kat wayang pun, memang SERAM TAK BERHANTU!. Hah, kalah cerita Dua Alam yang digembar-gemburkan 'Doktor' terpoyo 1Malaysia tu. Macam nilah nak buat Dr Rozmey oi, kata seram tak berhantu tapi scene ganas haram satu pun tak bubuh. Setakat taruk scene mandi ngan kuburkan jenazah majalah Mastika pun boleh buat. Tampilkan mood dalam penceritaan bertulis pun jer dah cukup untuk menginsafkan orang.
Filem ni mengingatkan aku dengan filem Gangster dan Akhirat yang menggabungkan 3-4 cerita dalam satu filem. Aku pun tak berapa pasti kalau ada lagi filem tempatan buat konsep sebegitu tapi apa yang pasti kesemua filem tersebut bergenre thriller. Sebelum filem ini dikeluarkan lagi, hampir tercetus satu kontroversi melibatkan pelakon utamanya iaitu MimiFLY yang dikatakan melakonkan babak panas hubungan seks dalam filem tersebut, walaubagaimanapun ianya disangkal oleh beliau dengan mengatakan bahawa babak tersebut dilakonkan menggunakan body double. Akan tetapi, apa alasan yang diberikan ianya tetap memberi kesan dimana kontroversi ini hampir merenggangkan hubungan Mimi dan Jojo. Adegan itu diperlukan untuk menampakkan filem tersebut sebagai realistik memandangkan filem tersebut mempunyai mesej yang tersendiri iaitu pengajaran tentang bahayanya teknologi ini. (Aku malas nak tulis sinopsis, baca jelah kat SINI)
Cuma yang buat aku terfikir, bukankah zaman sekarang ni hampir kesemua smartphone boleh menggunakan format MP4 yang lebih bagus kualitinya berbanding 3GP yang agak kureng kejelasan imejnya. Kalau sekarang dah canggih, kenapa perlu ke belakang?. Aku tak hairanlah kalau filem ini diterbitkan pada tahun 2007/2008 but now it's 2011 for God sake!. Sepatutnya diberi nama Klip MP4 supaya ianya lebih appropriate!. Lagi satu, filem ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada golongan muda supaya tidak tercebak ke dalam kancah sosial seperti seks bebas, salah guna internet dan sebagainya. Akan tetapi, akan adakah flip sided effect pula?, filem ini secara tidak langsung seolah-olah menggalakkan lagi aktiviti seks bebas di kalangan generasi muda. Bagaimana pulak tu?, aku paham la beb nak buat filem memang kena buat biar nampak realistik. Lainlah kalau buat cerita kartun. Tiga hari sudah sebelum menulis entry ini, aku bertanyakan kepada member aku tentang apa pandangannya mengenai filem Klip 3GP. Kebetulan beberapa minit sebelum tayangan filem Bini-biniku Gangster yang kami tonton hampir sebulan lalu, kami sempat menonton trailer filem Klip 3GP tersebut, lantas beliau menjawab FILEM YANG MEROSAKKAN DAN MEMALUKAN BANGSA!!.
Sungguh mudah dan jelas komen yang diberikan oleh kawan aku tu, begitu mendalam maksudnya. Aku tak pasti apa review penonton selepas hampir dua minggu filem ni ditayangkan. Setakat ni belum komen negatif dalam surat khabar. Filem ini turut menampilkan pelakon Zahiril Adzim yang mula dikenali melalui drama Juvana meskipun terlebih dahulu muncul dalam filem Gadoh, drama ni mengingatkan aku dengan drama Prison Break dan dokumentri Guilty Or Innocent yang disiarkan di Discovery Channel. Aku harap janganlah dia terpalit sama kalau berlaku kontroversi gara-gara komen negatif sebahagian besar rakyat negara ini.
So, that's all for today folk's!. Even though it takes more than a day for me to finished this up!. Haha, kepada anda semua jangan marahlah kalau dapat tahu bahawa Shacklesmith sebenarnya tak tengok langsung cerita Klip 3GP tapi tangan gatal sangat nak buat 'review'!. Seribu maaf ku pohon kalau ada yang terasa hati kena permain kow-kow oleh aku. Bukan niat aku hendak menipu cuma saja nak berkongsi pengalaman mengenai video rakaman 3GP sepanjang hidup aku.
Salam sejahtera dari Shacklesmith
- Damansara, Kuala Lumpur
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Subscribe to:
Posts (Atom)