Showing posts with label filem tempatan. Show all posts
Showing posts with label filem tempatan. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Review filem Klip 3GP - Ganas, Menggerunkan dan Mengghairahkan!

Assalamualaikum kepada pembaca Kerambit Assassin's sekalian!, Amacam pekabor semua?, hai dah lama kan Shacklesmith tak buat review pasal filem. Kali terakhir pun masa cerita Transformer : Dark of the Moon masa bulan Julai lalu yang menyaksikan gambar panas Rosie Huntington-Whitley menjadi bahan santapan mata gatal, hamsap dan miang lelaki yang membaca blog nih!. Sebenarnya lepas tu bukan Shacklesmith tak tengok lagi dah wayang langsung lagi dah lepas tu. Cuma takde masa ajer nak buat review filem. Kalau nak diikutkan bulan puasa sudah dah TIGA KALI Shacklesmith tengok wayang bertemankan member yang baru balik belajar oversea!. Semua cerita Hollywood mari punya beb, belum campur lagi dua filem bulan sudah. Filem Bini-biniku Gangster lah filem buatan Malaysia pertama yang aku tonton untuk suku akhir tahun ini (Apelah ko Shacklesmith tak buat review pasal filem ni jugak! < member aku) diikuti dengan Johnny English Reborn dan yang terakhir The Three Musketeer.


Sudah hampir dua bulan aku menyedari kewujudan trailer filem Klip 3GP ni iaitu hampir seminggu sebelum Aidilfitri lagi cuma Shacklesmith malas nak buat review sebab ape ke jadahnya nak mengulas kalau cerita tu tak keluar panggung lagi bukan?, ini mengingatkan aku saban tahun selepas berakhirnya E3 setiap Jun di Los Angeles. Kepada kipas susah mati permainan video macam aku memang biasa benar follow ekspo melalui perkembangan di internet (yelah mana la aku ada duit nak pergi L.A. sana nun, belum ada rezeki lagilah beb. Insyallah next time). Kadang-kadang yang aku nak tergelaknya selepas berakhirnya ekspo ada jer segelintir blogger's dan beberapa portal komuniti gamer's sebagai contoh IGN yang gatal-gatal tangan buat review pasal game yang dipersembahkan dalam ekspo kepada orang ramai. Sebagai contoh permainan video Assassin's Creed : Revelation yang akan dikeluarkan di pasaran November ini. Sekali tiba-tiba ada blogger gatal keluarkan 'review' hanya berdasarkan kepada demo-nya di E3 sahaja. What the frog?, main dulu sampai habis baru  buat review okay. Jadi dalam kes review filem Klip 3GP ni Shacklesmith bertindak tepat pada masanya.

Apa yang korang tau pasal klip video 3GP?, ya ianya suatu klip video yang dirakam menggunakan telefon bimbit pintar. Benda ni bukan perkara baru tapi dah lama dah, sejak Shacklesmith sekolah lagi. Tak silap aku Mastika pernah cover pasal story ni masa isu bulan Disember 2005 melalui tajuk 'Wajah-wajah yang memalukan bangsa kita'. Hangpa ingat lagi 'Kenangan Lubuk Tupah'?, orang Kedah konfem tak boleh lupa punya babak stim dapat klip 3GP tu. Enough said, memang satu trend dan hobi bagi para golongan belia itu untuk mengumpulkan klip-klip 3GP lucah dalam handphone mereka apa ianya mudah kerana boleh disebarkan melalui kaedah 'bluetooth', kecuali aku sebab aku takde smartphone berkeupayaan 3G. Aku pakai basic phone jer beb. Teringat aku masa mula-mula duduk hostel (rumah bujang) dengan senior ketika baru masuk kolej tiga tahun dulu (pertengahan 2008), awal-awal lagi aku diberitahu bahawa aktiviti malam dorang adelah menonton 'blue'. Aku pun pikir ape lagilah, memang sah-sah da agak penghuni sebuah unit flat Manor Taman Maluri ni memang jenis kurang beriman. Aku pun apa kurangnya jugak, masa muda-muda zaman sekolah dulu bukanlah jenis kuat sembahyang pun.

Waktu malam adalah saat yang paling dinanti-nantikan, bagi teman serumah aku yang memiliki laptop kami gunakan kesempatan ini untuk 'wifi' di restoran yang menyediakan perkhidmatan internet. Saat keemasan itulah kami gunakan untuk mendownload lagu-lagu mp3, video muzik Youtube, dan klip-klip 3gp secara haram tanpa pengetahuan pemilik asal tanpa was-was kerana ianya percuma tanpa dicaj pemilik restoran. Selepas puas mendownload dan menjamu selera maka pulanglah kami lalu klip 3gp lucah tersebut ditonton beramai-ramai, memang tak ingat dunialah. Sungguh lucu sekali masa tu sudahlah aku paling muda dalam rumah tu, ada pula suara yang mengatakan 'budak bawah umur 18 tahun dilarang menonton'. Ahh, aku peduli apa?, almaklumlah klip 3gp lucah ni punyalah senang sangat nak dapat malahan ianya disebarkan melalui kaedah P2P (Peer to Peer) dalam internet. Cari ajer semua ada!, nak tengok aksi 'pramugari', 'jururawat' ataupun 'pembantu rumah' mahupun 'aksi pelatih PLKN'! ianya mudah saja. You name it, you got it!.


Ianya berlaku sekitar Mei hingga Jun tahun 2008, seingat aku masa tu aku rapat dengan housemate aku budak Sabah dan pada masa itu jugak MimiFLY One Nation Emcees pelakon utama Klip 3GP pun baru nak naik (masa tu dia baru audition Gangstarz lagi). Aku pun tak sangka dia boleh jadi pelakon, memang sah-sah ikut jejak langkah Fergie Black Eyed Peas yang terlebih dahulu dikenali sebagai pelakon sebelum jadi penyanyi. Baiklah, daripada tadi aku asyik berbincang benda off topic tapi berkaitan jugak dan review langsung tak sentuh pulak dari tadi. Korang nak review jugak, okey aku bagi.

Memandangkan klip-klip lucah rakaman dari telefon bimbit semakin disebarkan secara meluas melalui kaedah file sharing dan bluetooth, ada yang menimbulkan kontroversi panas sehinggu menjadi bahan perselisihan di antara ahli keluarga mahupun rakan-rakan dan masyarakat. Maka oleh itu syarikat penerbitan filem ternama tanah air iaitu Grand Brilliance telah menerbitkan sebuah filem yang diinspirasikan dari isu-isu gejala negatif sosial ini. Shacklesmith secara terus-terang cakaplah, masa tengok trailer dekat Youtube tu pun bulu tengkuk aku dah tegak meremang. Apa lagi belum tengok kat wayang pun, memang SERAM TAK BERHANTU!. Hah, kalah cerita Dua Alam yang digembar-gemburkan 'Doktor' terpoyo 1Malaysia tu. Macam nilah nak buat Dr Rozmey oi, kata seram tak berhantu tapi scene ganas haram satu pun tak bubuh. Setakat taruk scene mandi ngan kuburkan jenazah  majalah Mastika pun boleh buat. Tampilkan mood dalam penceritaan bertulis pun jer dah cukup untuk menginsafkan orang.


Filem ni mengingatkan aku dengan filem Gangster dan Akhirat yang menggabungkan 3-4 cerita dalam satu filem. Aku pun tak berapa pasti kalau ada lagi filem tempatan buat konsep sebegitu tapi apa yang pasti kesemua filem tersebut bergenre thriller. Sebelum filem ini dikeluarkan lagi, hampir tercetus satu kontroversi melibatkan pelakon utamanya iaitu MimiFLY yang dikatakan melakonkan babak panas hubungan seks dalam filem tersebut, walaubagaimanapun ianya disangkal oleh beliau dengan mengatakan bahawa babak tersebut dilakonkan menggunakan body double. Akan tetapi, apa alasan yang diberikan ianya tetap memberi kesan dimana kontroversi ini hampir merenggangkan hubungan Mimi dan Jojo. Adegan itu diperlukan untuk menampakkan filem tersebut sebagai realistik memandangkan filem tersebut mempunyai mesej yang tersendiri iaitu pengajaran tentang bahayanya teknologi ini. (Aku malas nak tulis sinopsis, baca jelah kat SINI)


Cuma yang buat aku terfikir, bukankah zaman sekarang ni hampir kesemua smartphone boleh menggunakan format MP4 yang lebih bagus kualitinya berbanding 3GP yang agak kureng kejelasan imejnya. Kalau sekarang dah canggih, kenapa perlu ke belakang?. Aku tak hairanlah kalau filem ini diterbitkan pada tahun 2007/2008 but now it's 2011 for God sake!. Sepatutnya diberi nama Klip MP4 supaya ianya lebih appropriate!. Lagi satu, filem ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada golongan muda supaya tidak tercebak ke dalam kancah sosial seperti seks bebas, salah guna internet dan sebagainya. Akan tetapi, akan adakah flip sided effect pula?, filem ini secara tidak langsung seolah-olah menggalakkan lagi aktiviti seks bebas di kalangan generasi muda. Bagaimana pulak tu?, aku paham la beb nak buat filem memang kena buat biar nampak realistik. Lainlah kalau buat cerita kartun. Tiga hari sudah sebelum menulis entry ini, aku bertanyakan kepada member aku tentang apa pandangannya mengenai filem Klip 3GP. Kebetulan beberapa minit sebelum tayangan filem Bini-biniku Gangster yang kami tonton hampir sebulan lalu, kami sempat menonton trailer filem Klip 3GP tersebut, lantas beliau menjawab FILEM YANG MEROSAKKAN DAN MEMALUKAN BANGSA!!.


Sungguh mudah dan jelas komen yang diberikan oleh kawan aku tu, begitu mendalam maksudnya. Aku tak pasti apa review penonton selepas hampir dua minggu filem ni ditayangkan. Setakat ni belum komen negatif dalam surat khabar. Filem ini turut menampilkan pelakon Zahiril Adzim yang mula dikenali melalui drama Juvana meskipun terlebih dahulu muncul dalam filem Gadoh, drama ni mengingatkan aku dengan drama Prison Break dan dokumentri Guilty Or Innocent yang disiarkan di Discovery Channel. Aku harap janganlah dia terpalit sama kalau berlaku kontroversi gara-gara komen negatif sebahagian besar rakyat negara ini.

So, that's all for today folk's!. Even though it takes more than a day for me to finished this up!. Haha, kepada anda semua jangan marahlah kalau dapat tahu bahawa Shacklesmith sebenarnya tak tengok langsung cerita Klip 3GP tapi tangan gatal sangat nak buat 'review'!. Seribu maaf ku pohon kalau ada yang terasa hati kena permain kow-kow oleh aku. Bukan niat aku hendak menipu cuma saja nak berkongsi pengalaman mengenai video rakaman 3GP sepanjang hidup aku.

Salam sejahtera dari Shacklesmith
- Damansara, Kuala Lumpur

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday, September 23, 2011

Filem Hantu Bonceng - Disengajakan Atau Tak Sengaja? Kata Ikut Skrip?

Malam kelmarin aku menonton filem Hantu Bonceng di Astro First yang dilanggan akak aku (jangan haraplah aku nak langgan, tak kuaso eden. lagipun bukan aku selalu tengok TV pun). Almaklumlah, aku sejak lepas raya ni bukan ada masa nak pergi menonton wayang. Keluar ngan member baik pastu sesampai jer kat depan kaunter tiket terus hilang mood nak tengok. Tak tau kenapa. Mungkin dilema kami sebagai lelaki single sebab takde awek nak ajak menonton bersama. Sebab tulah hilang mood kot. By the way aku sendiri pun tak sedar rupenya filem ni dah kuar Youtube lame dah dekat seminggu. Agak siot jugak ar sebab dah terlanggan Astro First. Hadoyai.

Filem ni mengisahkan seorang pizza delivery boy merangkap mat rempit bernama Amran lakonan Zizan Raja Lawak yang telah memenangi sorang cikaro bernama lakonan Juliana Evans (agak logik tak awek datang dari kampung muka mix mat salih iras-iras Rosie Huntington-Whitley? teringat aku kat Yasmin Hani dalam citer Duyung dulu.. ohh Aspalela). Walaupun memiliki kerjaya sebagai rempit yang sentiasa bertukar-tukar pasangan cikaro setiap kali memenangi perlumbaan tetapi beliau tetap memiliki kekasih hati yang setia di hatinya bernama Halimahton seorang nurse hospital gomen.

Yang paling dalam dialog antara deme berdua yang sesuai dipraktikkan oleh pasangan bercinta sedang frust antara satu sama lain adelah.. "Amran: Baby... Baby... Tolongla Ucuk ni Baby... Baby... Baby... Baby.....Babyyyy....
Halimaton: Babi!!!" Memang kowkow gila beb! Sapa-sapa misi yang ada balak suka buat problem kalau dia datang bermanja-manja sila ikut dialog di atas kalau berani. Hahahaha


Filem ini seperti filem Ahmad Idham yang sebelumnya tak habis-habis dengan rempit! Sebijik macam filem tipikal Razak Mohaiddeen yang selalu mengetengahkan situasi kaum anak mumia mummy di Penang. Aku bukan nak kata apa pada Professor Razak Mohaiddeen sebab dalam dah nama anak jati Penang jadi mestilah kena promote negeri sendiri. Tak salah nak tonjolkan budaya masyarakat kita yang punya kepelbagaian ini. Cuma, adakah bagus nak menonjolkan sangat watak rempit ini yang kita sedia maklum sebagai sampah masyarakat?.  Jadi bolehlah dikatakan filem ini sebagai spoof dua level terhadap filem Adnan Sempit!. Genre dah sama tapi mana satu yang boleh kasi pecah perut beb?. Cuba tengok kat bawah ni ha persamaan dan kontranya..

Toq... Ape celup? <<<< What the frog??
Kalau dalam Adnan Sempit, popular dengan istilah "der", filem ni pulak cuba mempopularkan istilah yang lebih annoying untuk gantikan "der" tu dengan "toq". Haa.. sebab tu la awal² citer ni sy jadi blur giler.. sikit² toq.. toq... lepas 10 minit cite baru la ada sebut nama hero tu Amran. Seriously annoying gila.. toq.. toq... "der" kan lagi sedap? Selain "toq", filem ni jugak banyak pakai istilah "ape celup?". Hai... lantak ko la toq~

Hok ni blogger banyak dah dok diskusikan. Buktinya memang aku dah nampak dari awal menonton lagi. Gila tahap gaban beb!. Entah siapalah penulis skrip dia yang sanggup menulis filem dia. Adakah barangkali industri filem kita sudah diceroboh tangan-tangan tersembunyi puak Al-Nuraniyyin dan Tukang Batu freelance?? Walahualam~


  1. Cerita ni sangat so-sial. Rempit-merempit, peluk-memeluk, togok arak, main pompuan etc. Siap ada plak tu bestfren dia cakap, "Selamat malam pertama toq, untuk kali ke-7". Siotttt~~~
  2. Nak halau hantu, jumpa bomoh. Bomoh lak tah pape bagi air suruh tabur kat simpang la bagai.
  3. Bomoh tak jalan, baru jumpa ustaz. Ustaznye pulak si Cat Farish. Memang ler kelakar... tapi macam tak proper pon ada. Nak halau hantu cuma baca Qulhualluahad. Nasihat orang pandai, tapi adik sendiri pakai seksi. Pakai tudung pon time buat gotong-royong kat surau je. Wait, gotong-royong kat surau? Ape kena-ngena ngn cite ni? Yup, cite ni memang jauh melalut macam scriptwriter takde idea dah.
  4. Diorang pegi jumpa ustaz tu dalam surau, masa pegi surau lak si Zizan boleh pulak pakai baju Death Note, siap ada tanda salib lagi. Ape dah takde baju lain ke nak pakai? Sangat tak sesuai okey~
  5. Lepas jumpa ustaz, si 2 ekor toq ni tadi pon jadi insaf... diorang nak jadi mat rempit suci la kunun. Bila jumpa awek pon si Amran ni ceramah baik punya kat awek dia. Pastu diorang jalan pegang² tangan. Problem?
  6. Scene bogel. Ada 2 kali Zizan berlakon bogelicious dlm ni, time dia jumpa hantu (sbb hantu takut org bogel) n masa dia kena blasah ngan abang awek dia pastu kena tinggal tanpa pakaian kat taman tasik titiwangsa. Paling tak boleh blah bila dia cakap kat #### dia sendiri, "Berhasil, terima kasih."
  7. Scene 18SX. Tak taulah macam mana cite ni boleh dapat pangkat U, padahal banyak dialog yg double meaning dan berbau seksa. Contohnya time adik Maya menumpang kat rumah Amran, sesedap jiwa oren je dia tido tayang peha... Time Amran dah stim, bestfren dia lak pegi azankan kat telinga dia. Lepas tu dia sedar diri, n berjalan sambil tutup #### dengan helmet. #lupikirlasendiri
  8. Scene nasik kangkang. Tak bley blah tuu kangkang atas rice cooker...
Gila bapak arh Ahmad Idham boleh arahkan cerita sebegini. Apa dia ingat perkara berkaitan agama boleh dibuat main-main?. Aku terus-terang cakaplah, aku dah lama respek Ahmad Idham ni sejak dari bangku sekolah lagi. Sejak dia berlakon drama Cinderella ngan Cinta Dua Benua (Giler beb, berlakon drama sampai oversea (New Zealand dan UK) tuh bai!! Tak terbayang berapa banyak gaji dia sebat!!). Terus terang dia bukanlah student perfileman sepertimana pengarah lain seperti Profesor sendiri. Dia pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM (subjek kira duit pecah kepala berdasarkan pemerhatian aku kat budak-budak akaun tapi still tak boleh lawan IT!!). Bahkan, beliau turut menaikkan semangat aku nak jadi PENGARAH FILEM!. Tapi semenjak kes ini aku dah mula hilang respek. Bukan hilang terus tapi dari 100% tinggal 50% ajer.

Ikuti penjelasan Ahmad Idham di SINI

Zizan dah mintak maaf lama dah (SINI), Ahmad Idham bila lagi? (SINI)

Bukan niat aku nak mengata Ahmad Idham tapi kalau diikutkan tolonglah kembalikan 'kegemilangan' filem Jangan Pandang Belakang dulu sebab beliau bukan mengarahkan filem lawak bodoh. Biarlah cerita ada soul tersendiri dan boleh dibagi thumb's up oleh penonton. Ingatlah filem bukan sekadar medium melepaskan bosan tapi untuk suatu luahan perasaan demi menonjolkan imej positif pada penonton.


Shacklesmith : Dengar cerita Mamat Khalid dah mula bersuara pasal Namewee??

Wednesday, June 15, 2011

Apokalips : Filem Mamat Khalid Paling SERIUS!!!

             
       Akhirnya, trailer filem terbaru arahan Mamat Khalid telah keluar di laman video Youtube. Filem yang diberi tajuk Apokalips ini telahpun dihebahkan kepada media selepas tamat menjalani penggambaran lagi pada lewat Julai 2010. Kebiasannya kan, kalau kita sebut saja nama Mamat Khalid mesti kita bayangkan filem komedi yang diarahkannya. Sebut saja nama filem Man Laksa, Rock, Zombi Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah yang telah mencetuskan fenomena akibat dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-wataknya yang begitu catchy sekali dan mencuit hati sampai Usop Wilcha jadi famous. Pertama kali Shacklesmith tengok trailer ni, dah terbayang filem-filem barat yang mengisahkan dunia post apokaliptik seperti V for Vendetta, Children of Men dan I Am Legend. Yang menambahkan keunikannya adalah tambahan aksi seni mempertahankan diri. Ini aku rasa boleh jadi batu loncatan bagi pengarah hebat seperti Mamat Khalid untuk keluar dari kepompong filem komedi. Kepada siapa yang belum menonton teaser trailer yang baru ditayangkan di Youtube tu. Silakan.
Filem yang aksi post apokaliptik pertama negara ini bakal ditayangkan kemungkinan besar mungkin sebulan dua lagi. Mengisahkan dunia yang nazak di akhir zaman yang mana segala bentuk ketamadunan dunia musnah dan manusia berperang antara satu sama lain. Shacklesmith tertanya-tanya juga adakah watak jahat utama dalam filem ini bermata satu?. Terbukak cerita The Arrivals pulak dah aku!. Hahaha, apa pun jom baca sinopsis filem ni.


Sinopsis Apokalips (sumber dari Qimie.com)
SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
Shacklesmith : Serius gila beb, lagi serius ya amat dari Lang Buana!!

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget