Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

5 Inovasi Terhebat Yang Bakal Merubah Dunia Perkomputeran 2012


1. Eye Control


Pernahkah korang terfikir untuk mengawal komputer korang tanpa sebarang sentuhan tetikus, mahupun sekadar tanpa menyentuh touchpad ataupun touchscreen dengan hanya menggunakan gerak mata?. Sekali dengar mungkin korang anggap ini semua sekadar fantasi fiksi sains tapi percayalah ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sebuah sistem yang baru dibangunkan dan dinamakan Tobii akan membenarkan pengguna komputer menavigasi, scroll, zoom dan memilih item (select) hanya dengan menggunakan isyarat gerak anak mata saja. SINI

2. Gesture Control

Semenjak kemunculan Eye Toy keluaran Sony untuk Playstation 2 yang berasaskan webcam hampir sedekad lalu. Ramai penggiat teknologi menyedari akan potensi sebenar yang bakal diperolehi dari kuasa kawalan isyarat tangan terhadap dunia perkomputeran. Kesinambungan ini diteruskan kepada Playstation Eye untuk Playstation 3 dan Kinect oleh pencabar terdekatnya X-Box 360. Tidak lama lagi teknologi ini bukan lagi terhad dalam dunia permainan video saja. Malahan, ia akan turut diperkenalkan kepada komputer biasa korang. Selain Sony dan Microsoft yang memasarkan teknologi ini untuk sistem konsol permainan video mereka. Syarikat lain juga turut serta dalam mengeksperimentasi kelebihan 'gesture recognition' ini. XTR3D bakal menawarkan sistem kawalan isyarat tangan cross-platform untuk para penggguna. SINI

3. Advanced Touchscreen Control


Meskipun sentuhan merupakan satu kaedah input yang intuitif, namun begitu teknologi touchscreen tidak mampu menawarkan kawalan mudah yang sama seperti komputer tradisional. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh kesukaran untuk membuka tab baru  apabila melayari laman web menggunakan iPad, tablet Android dan smartphone bernavigasikan touchscreen. Masalah yang sama juga turut berlaku iaitu kesukaran meng-copy-paste sesuatu perkataan ketika menaip kerana ketiadaan right mouse button seperti tetikus dan touchpad. Oleh kerana dunia perkomputeran arus perdana semakin cenderung kepada kawalan berasaskan touchscreen, Ringbow sejenis peranti menggunakan teknologi tanpa wayar yang dipakai seakan cincin dijari akan membantu sekaligus memudahkan lagi para pengguna peranti touchscreen untuk menangani permasalahan 'ketiadaan butang kanan' ini. SINI

4. Wearable Input Device

Keyglove adalah merupakan sejenis 'tetikus' yang dipakai seakan-akan sarung tangan menggunakan teknologi tanpa wayar dan sebuah peranti bercirikan sumber terbuka (open source) yang menawarkan lebih kemudahan dan fleksibiliti tak terhingga kepada para pengguna untuk semua jenis aplikasi komputer. SINI

5. Speech Control


Akhir sekali, kita lihat pula kaedah penting semulajadi bagi manusia untuk berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya menggunakan pancaindera paling utama untuk berkomunikasi yakni suara kita. Pada masa kini, kaedah pengecaman suara semakin mendapat tempat di arus perdana teknologi perkomputeran. Sistem pembantu iPhone 'Siri', Microsoft Kinect dan juga ruang laman pencarian Google akan membuatkan kaedah 'bercakap dengan komputer menjadi semudah menekan butang pada tetikus.

Sumber MASHABLE





Friday, February 24, 2012

Kenali 7 Golongan Pengguna iPhone



Selama hampir lima tahun berada pasaran gajet-gajet terhebat sedunia, iPhone keluaran syarikat gergasi teknologi terkemuka Apple Corporation telah mencetuskan fenomena tahap demam kepialu di kalangan para peminat gajet savvy di dunia ini. Jika dahulu di awal kemunculannya, smartphone serba hebat ini dimiliki oleh golongan berada yang sudah berkejaya gaji 4 angka sahaja tetapi kini penggunanya tidak lagi mengira latarbelakang baik yang sudah berkerjaya, suri rumah mahupun pelajar IPT yang hanya mengharapkan duit biasiswa, duit kiriman mak bapak dari kampung atau kerja part-time di fast-food outlet dan kedai pakaian.


Begitulah hebatnya penangan fenomena yang dicetuskan hasil brainchild sorang genius teknologi dan marketing, Steve Jobs kepada segenap masyarakat dunia pada hari ini. Legasi yang ditinggalkan beliau sepanjang hayatnya amat bermakna kepada para pengguna gajet canggih ini. Secara jujurnya, aku ni bukanlah pengguna iPhone ataupun mana-mana smartphone pun. Selama ni aku setakat try-try pinjam pakai iPhone 4 kakak aku punye jer beb dan mungkin satu hari nanti jika takde aral melintang insyallah aku nak angkat sebijik smartphone (jenama apa biarlah rahsia). Tapi sepanjang aku bergelumang dalam kehidupan moden dan memerhatikan orang-orang di sekeliling aku, sedikit sebanyak aku mengenali jenis-jenis pengguna smartphone terutamanya iPhone ni cuma aku sedikit payah nak perjelaskan melalui kata-kata. 


Baru tadi masa surfing internet guna iPad aku terjumpa infografik menarik pasal 7 jenis pengguna iPhone nih. So, kepada korang yang menggunakan iPhone sila-silalah buat pengakuan korang sebenarnya tergolong dalam jenis yang mana satu. He he he



SUMBER

Shacklesmith : Kalau aku jugak sorang pengguna iPhone agak-agak puak tang mana pulak yang tergolong? Hahaha 

Saturday, February 18, 2012

Ada Ker Orang Yang Boleh 'Mendengar' Warna?


Neil Harbisson, adalah seorang pelukis yang dilahirkan buta warna. Sehingga beliau berusia 11 tahun, beliau tidak menyedari bahawa beliau menghidap "achromatopsia" iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan penghidapnya hanya dapat melihat dunia melalui warna hitam putih saja.

Selepas menjangkau usia 16 tahun, beliau memasuki kelas lukisan dimana segala hasil karya seni lukis beliau kesemuanya dihasilkan secara grayscale (kombinasi hitam dan putih). Kemudian, apabila beliau melanjutkan pelajaran peringkat tinggi beliau mula berdamping dengan pakar sibernetik yang membantu menghasilkan sejenis peranti berbentuk antena yang membolehkan beliau melihat dunia melalui paparan sebenar. Peranti berkenaan dikenali sebagai 'eyeborg'.

Peranti canggih ini memiliki sebuah kamera yang berfungsi untuk mengesan gelombang cahaya warna dan menterjemahkannya ke dalam bentuk bunyi. Neil menganggapkan bahawa beliau tidak 'mendengar' warna tersebut menerusi telinga, sebaliknya beliau merasakan 'mendengar bunyian warna menerusi melalui tulang'. Kini, beliau dapat mendengar 360 jenis warna yang berbeza termasuk yang tak dapat dikesan mata kasar.

Bagaimana Eyeborg berfungsi? -



Siapakah pencipta Eyeborg ini?-

"The first prototype was made in just two weeks. It was held together with tape and cost less than £50.
"The entire idea was dreamt up and planned during a 20-minute train ride. I never expected it to change Neil's life. The first version could only see about 16 different colours - now it can see the whole spectrum.
"In the future, I believe that many people will use cyborg technology, not just those with a disability.
"A similar technology could allow people to see in the dark or experience infrared and ultraviolet light. Just because something is invisible no longer means we can't see it."

Shacklesmith : Sedangkan orang buta pun boleh jadi celik, inikan pulak orang yang buta warna. Dunia dah canggih bai. 

Wednesday, February 1, 2012

Ikan Emas Ajaib Yang Tak Perlu Diberi Makan!



Hobi memelihara ikan sebagai haiwan perhiasan sudah lama mendapat tempat di hati warga Malaysia tanpa mengira bangsa. Akuarium bukan saja ditempatkan di rumah, malahan turut jugak terdapat di restoran, warung, sekolah dan juga pejabat-pejabat awam mahupun swasta. Boleh dikatakan, sebelum popularnya televisyen di negara ini. Menatap ikan di akuarium sudah cukup memuaskan hati sesiapa saja tuan empunya mata yang memandang tanpa mengira usia dan jantina.


Namun begitu, hobi membela ikan ni bukanlah semudah yang disangka. Ianya memerlukan 'passion' yang merangkumi pengorbanan wang demi menjaga kesihatan ikan dan kebersihan tangkinya sekali. Disebabkan aku sendiri pun tak pernah membela ikan, maka aku pun tak boleh buat anggaran kasar melainkan jikalau aku bertanya kepada pakcik aku yang tinggal di Kajang sebab kebetulan dia ada membela ikan dalam akuarium besar di dining room-nya.


Dulu masa aku bersekolah menengah bapak aku ada jugak membela ikan laga yang disimpan dalam balang kaca bersaiz medium. Aku agak dalam sehari ada dua kali lah dia bagi makan siap ngan cuci lagi pastu. Tapi sayang sungguh bela dalam dua minggu jer dah kojol. So agak rugi la kan walaupun ikan laga tu sekor setakat RM2 jer (masa tu ajelah, sekarang ni aku tak tau dah berapa harganya). Aku sendiri tak terkira langsung dalam lima bulan dia menjalankan hobi membela ikan laganya sudah berapa ekor ikan baru yang dibelinya untuk menggantikan ikan-ikan yang sudah mati. Ikutkan hati jiwa budak nakal aku pada masa tu nak jer aku laga-laga kan ikan tu almaklumlah PS2 pun gua tak beli lagi masa tu beb.


So, kepada sesiapa yang sudah serik memberi makan ikan emas dan penat mencucinya saban hari aku ada penyelesaiannya. Ianya boleh berenang-renang ikan emas yang sebenar dan lebih istimewanya ia tidak perlu langsung diberi makan. Memperkenalkan...







Electronic Goldfish in a Bowl
  • Just like a real fish, it "swims around." But unlike a real fish, you never need to feed it!
  • Real glass bowl - just add batteries and water (both not included).
  • Always-on multi LED light show (colors fade from one to another for instant ambience).
  • Includes: Glass bowl, fish unit, and base decoration.
  • Batteries: 3 x AA (not included).
  • Dimensions: approx. 7.5" x 4.5" x 7.9"

Monday, January 16, 2012

4 Gajet Menarik Yang Paling 'Quirkiest'

Pernah tak korang semua bayangkan sebuah speaker tanpa wayar yang boleh dihubungkan pada laptop, tablet mahupun smartphone korang secara bluetooth dengan hanya dijanakuasakan menggunakan tenaga elektrik yang boleh dicas semula menggunakan cahaya matahari (solar powered). 


Selain itu jugak dipaparkan arnab Nabaztag generasi terbaru yang kini dikenali sebagai Karotz yang bukan saja mampu membacakan twitter feed korang, tapi jugak mampu men-tweet-kan twitter feed korang sendiri!. Turut tidak ketinggalan mikrofon rekabentuk klasik diciptakan untuk iPad yang mampu merakamkan suara dan bunyi berkualiti dan jugak permainan kanak-kanak unik yang tak tercapai dek akal fikiran korang!.


Thursday, January 12, 2012

Selebriti Dan Headphones (Untuk Yang Berjiwa Stereo)

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan penggiat muzik Amerika Syarikat khasnya para rappers mengeluarkan headphones berjenama tersendiri khusus buat para peminat mereka sebagai tanda sokongan atas perjuangan mereka dalam bidang seni ini.


Apa lagi pada masa sekarang kalau korang pergi mana-mana saja di bilik kuliah, tren LRT, bas RapidKL ataupun kata mana saja pun kita mesti akan terserempak dengan sesiapa tak kira lelaki atau perempuan yang mendengar muzik menggunakan pemain MP5 (PSP & iPod Touch) ataupun smartphones (iPhones, Blackberry, & Android). Jadi pada hemat aku, mereka juga mungkin sasaran market selebriti ini.


Bagi sesiapa yang menggemari genre muzik gangsta rap Niggaz, korang sendiri mungkin ingat pada awal tahun 2011 dulu rapper 50cent hampir bergaduh besar dengan mahaguru tertingginya dalam record label Aftermath, rapper otai Dr. Dre gara-gara kedua-dua mereka juga turut mengeluarkan headphones designer brand masing-masing. Tapi takpela, pak-pak itam ni kalau bajet bergaduh pun setakat men'dissing' each other jer dalam lagu macam 50cent buat dengan Ja-Rule dulu beb. Kalau Melayu konfem udah berbomoh santau menyantau satu sama lain biar kasi bangkrap (dosa tanggung ler sendiri).


Berikut adalah para selebriti barat bersama Headphone jenama keluaran mereka


Nicole 'Snooki' Polizzi

Curtis '50cent' Jackson

Chris 'Ludacris' Bridges

Xzibit

Bob Marley (dalam gambar tu anak dia)

Aku ni sebagai peminat rapper 50cent sejak dari zaman sekolah lagi sebenarnya ada gak menyimpan minat nak beli sebijik designer headphone dia. Tapi aku tak sure mana nak cari kat Malaysia nie. Kalau ada jual pun konfem mahal gila kot bergantung dengan pendapatan aku yang tak seberapa ni nak beli barang mewah-mewah. Lainlah kalau aku ni pak hitam scammers, mesti mampu punyalah.

sumber : SINI


Shacklesmith : Artis Malaysia bila nak keluarkan headphone jenama tersendiri? SimplySiti headphones anyone? Hehehe

Monday, December 26, 2011

Jika Anda Memiliki iPad 2, Jom Cuba 10 Aksesori Tambahan Menarik Ini!

Bagi sesiapa yang memiliki iPad 2, sememangnya boleh dikatakan keseronokan menggunakannya hanyalah sementara kerana penggunaannya tiada bezanya dengan komputer tablet lain yang dikuasakan sistem operasi Android. Apatah lagi cara ianya digunakan pun adalah sama. 


Oleh itu untuk tidak menghampakan bakal pengguna iPad 2 kelak mahupun pengguna yang sudah berbulan memilikinya, saya cadangkan sekiranya anda inginkan iPad 2 anda kelihatan lebih unik dari komputer tablet yang lain. Jom cuba 10 aksesori tambahan yang menarik seperti di bawah ini.


1. miFrame

2. No 1 Docker from Colonel Littleton and Griffin


3. Nomad Brush

4. Maroo iPad case








5. Bone Collection Horn Stand


6. Belkin Chef Stand + Stylus

7. iPag

8. The Wallee System
9. Comfy Shell for iPad 2
10. M.I.C. iStation

Friday, September 23, 2011

Tawaran Termurah Blackberry Untuk Anda, Jangan Lepaskan Peluang Ini!!!

Pengumuman bagi sesiapa yang mengidamkan smartphone dan komputer tablet jenama Blackberry!. Hanya dengan sekali tekan jer anda berpeluang untuk mendapatkan produk Blackberry dengan harga teramatlah murah dan berpatutan.

Antara produk menarik jenama Blackberry yang ditawarkan adalah komputer tablet Blackberry Playbook. Selain itu tidak dilupakan bagi sesiapa yang amat menginginkan smartphone Blackberry juga, smartphone seperti Blackberry Bold, Blackberry Curve dan Blackberry Torch juga turut ditawarkan sekali seperti yang dijanjikan! Semuanya dengan harga yang amat berpatutan

Tidak dilupakan buat pengguna pelan prabayar, anda harus mendapatkan pelan Unlimited Blackberry U-Mobile yang membolehkan anda mendapat kadar paling rendah iaitu SERENDAH 88sen sehari dengan menggunakan pelan ini. Dengan menggunakan pelan itu, anda dapat melayari internet, Facebook, Youtube dan Tweeter sepanjang masa dari siang hingga ke malam!

Hanya dengan Umobile, anda dapat menikmati kemudahan internet di mana saja dengan caj berpatutan.

Tunggu Apa Lagi

Tawaran Di SINI, Dapatkan Blackberry idaman anda dengan harga yang termurah di pasaran!

Saturday, December 18, 2010

Jalan-jalan ke KLCC hari Ahad



Hari Ahad yang lepas, aku berkunjung ke KL Convention Centre untuk melawat Pikom Digital Lifestyle Expo yang berlangsung selama dua hari dari 10 hingga 12 Disember. Apa bezanya dengan Pikom PC Fair, rupanya baru aku dapat tau yang sebenarnya Pikom PC Fair telah dipakejkan semula sebagai Pikom Digital Lifestyle Expo. Pandai betul strategi pemasaran dorang kan?. Disebabkan itu merupakan hari terakhir ekspo itu akan menutup tirai, maka untuk tidak melepaskan peluang aku pergilah ke sana walaupun keseorangan. Sebenarnya, kalau nak diikutkan hati mau aja aku pergi KLCC hari Sabtu tu. Tapi disebabkan akak aku buat open house menyambut ulang-tahun anak buah aku, jadi terpaksalah aku pergi hari Ahad tu jugak. Biarlah sesak macam manapun, janji aku dapat kehendak hati aku. Tu pun nasib baik aku tak memandu ke sana, kalau tak jenuh aku mencari parking yang memang payah nak dapat bila hari weekend tambah lagi masa Pikom Digital Expo tu berlangsung. Jangan haraplah, sewa petaknya punyalah mahal tapi orang kalau dah nak membeli-belah peduli apa dia kan. Aku bajet 20-30% nombor plate kereta yang menyewa pun mungkin datang dari luar KL. Bagi aku, tu semua tak jadi masalah lah sebab aku pun kalau nak pergi KLCC naik LRT ajer dari Bangsar ataupun KL Sentral. Haha, kan senang beb. Biarlah terbakar duit aku sikit nak membayar tambang pergi balik asalkan aku dapat pulang dengan selamat. Walaupun tak dinafikan, kalau aku drive ke sana dapat jugak aku melencong sampai ke Putrajaya kalau aku nak sekalipun because i've got the key dan aku boleh balik bila-bila masa jer kalau nak aku nak pun.

Seperti biasalah, kalau aku nak pergi ke LRT station pun mesti kene ade orang yang menghantarnya jugak kan. Yela, rumah aku dengan LRT Bangsar ( nearest to my house ) bukannya dekat pun. 2 batu jauhnyer, nak pegi sana naik bas pun takde. So, aku tumpanglah kereta akak dengan abang ipar aku. Sampai jer kat KL Sentral akupun terus meluru kat stesen LRT Putra. Masa tu biasalah hari minggu kan, nak beli tiket pun kena beratur panjang. Aku ni dahlah jenis orang yang tak berapa nak penyabar. So, aku beli lah tiket kat automatic ticket vending machine yang tak ramai orang pun nak membeli kat situ sebab leceh dapat small change duit syiling. Aku pun tak ambik pot la sangat sebab dah berapa bulan aku tak naik LRT pergi jalan-jalan kat KL nih. Punyelah lama sampai destinasi pun aku tak pasti nak kemana. Dekat sebelah aku pulak, ada sekumpulan awek-awek yang pada firasat aku baru balik dari cuti semester sebab nampak dorang angkut beg besar. Gua pun apa lagi beb, pasang telingalah dengar apa dorang borak sambil beli tiket tuh. Dengar-dengar dorang nak ke Masjid Jamek. Jadi aku yang tak sedar sepatutnya aku pergi KLCC pun terikut-ikutlah kepala dorang yang nak ke Masjid Jamek. Dipendekkan cerita, aku pun beli sekali tiket pergi Masjid Jamek!. Aduyai, lepas beli tu aku yang masih tak sedar-sedar pun pergilah naik ke atas menunggu kat departure platform dengan harapan dapat naik satu gerabak bersama awek-awek cun tadi. Hehe, ambik kesempatan nampak ye bro? :). Aku perasan dorang kat belakang selepas naik eskalator terus duduk kat bench tepi platform tu.  Tak sampai 5 minit, tren yang kitorang tunggu dah pun sampai. Bab naik tren Putra ni memang aku tak suka lagi-lagi tren yang dua gerabak. Sebab apa?. Kalau dapat yang dua gerenti aku tak dapat duduk langsung. Tapi apa boleh buat, RapidKL tu bukan parent aku yang punya. Nak tak nak naik jela, jangan banyak soal!.



Masa, tren tu dah sampai macam biasalah. Kalut-kalut orang berpusu-pusu berebut nak masuk tren termasuk orang yang nak keluar terpaksa merempus segerombolan manusia yang nak masuk tu. Selepas aku dapat meloloskan diri masuk kedalam tren itu, aku perasan yang geng-geng awek cun tersebut tak naik satu gerabak dengan aku. Sebaliknya, mereka naik gerabak di depan manakala aku pula naik gerabak di belakang. Selepas itulah baru aku sedar rupa-rupanya aku dah tersalah beli tiket ke Masjid Jamik dan bukannya tiket pergi KLCC!. Cehh, aduhai betapa tololnya aku rasakan yang aku rupanya dah tersalah beli tiket. Selepas sampai ke Masjid Jamek, aku seperti penumpang lain naik ke atas dan terus menuju ke kaunter bertanyakan abang tiket apa yang harus aku lakukan. Brader tu cakap, pergi kat KLCC pastu tambah lagi 50 sen kat kaunter. Aku pun ikut jela apa yang brader tu cakap. Disebabkan aku nak melepaskan 'hajat', maka aku pun pegilah ke tandas kat belakang atas subway metro tu. Selesai membuang hajat, tengah aku membetulkan tali kasut kat washbasin aku telah ditegur oleh seorang aku pernah kenal dulu ketika baru masuk kolej dulu. Dia tu sebenarnya senior housemate yang pernah duduk serumah dengan aku kat Taman Maluri dulu. Brader tu seorang anak muda Orang Asli dari Perak. Memang dah berapa bulan aku tak nampak dia, tak sangka rupenya dah grad senior tu beb. Wah, tahniah la bro!. Congratulation's for CICT senior's 2007 batch. Dalam 5 jugaklah kitorang berborak luar kat tempat basuh tangan. Cuma yang siotnyer aku lupa ucapkan tahniah kat dia sebab concentrate sangat ikat tali kasut. (Cehh, bertuah punyer junior).


Sesampainya aku di KLCC, aku terus menunaikan solat fardhu zuhur dekat Masjid As-Syakirin. Dah lama aku tak kesana sebenarnya, kali terakhir aku pergi KLCC masa bulan 4 sebab pergi Ekspo PC Fair jugak. Macam biasa, kat situ mana ada perubahan yang ketara. Semua sama jer macam sediakala, KL tak pernah berubah. Selepas, aku terus pergi tapak ekspo kat KL Convention Centre. Masuk-masuk jer memang banyak syarikat barang elektronik buat display kat situ disamping menjual dengan harga yang murah. Yang aku tak tahan. Sony MP5 player dijual dengan harga $169!. Kira murah jugak tuh beb, lagi berbaloi dari beli iPod. Tapi apakan dayalah, duit gua masa pergi pun tak banyak. Senang cerita ATM tak cocok lagi, mana ada duit kan. Semua barang aku usha, TV, MacBook dan apa lagi?. Yang paling aku berkenan sejak dari zaman sekolah lagi adalah kamera Nikon DSLR. Sejujurnya aku memang minat dunia fotografi nih, aku suka tangkap gambar. Tapi malangnya kamera takdak, apakan daya :(. Oleh itu, aku bercadang nak kumpul duit beli kamera Nikon DSLR!. Yeah, tengoklah tahun depan aku masuk kelab fotografi Kuala Lumpur. Nak jugak timba pengalaman dengan abang-abang yang lebih berpengalaman. Tangkap gambar yang ehem-ehem PANAS hehe :). Okey berbalik pasal ekspo tadi, jalan punya jalan sampai kat satu benda yang menarik perhatian aku. Memang aku dah lama cari offer ni tapi tak kesempatan langsung. Harga memang berpatutan, berbaloi dengan servisnya yang sampai setahun. Nak tau apa dia?, ianya adalah antivirus/internet security. Aku sebenarnya dah lama mencara perisian macam tu sebab aku dah tak percaya dengan freewares lagi dah. Leceh, bertimbun trojan pulak tuh. Nak dijadikan cerita selepas mendengar penerangan brader yang tukang promosi tu akupun keluarlah pergi kat Suria KLCC untuk cucuk duit dari ATM dan lepastu aku masuk balik kat tapak ekspo tu semata-mata nak beli perisian tu. Haha, aku tak boleh bagi tahu apa jenama yang aku tu sebab security measure ngee~. Nanti manela tau sebok korang nak hacked aku nih. Cewah2.

Aku pernah menginap kat hotel ni masa tahun 2009 dulu.

Memang banyak tarikan ekspo kali ini, aku rasa adalah aku terlepas apa yang dorang paparkan sebab bukan merangkumi ruang interest aku. Sebenarnya, aku bawak kamera digital sebab nak tangkap gambar suasana dalam ekspo tersebut. Mana tau, aku dapat buat tugasan sambilan wartawan (guna blog ni jer beb) kat situ hehe. Tapi mengenangkan takde sapa pun tangkap gambar jadi buat dekk jela tak tangkap apa-apa pun. Malu siot!, kang orang pikir budak kreko entah mana sesat kat KLCC nih. Lebih baik aku wat donno jer. Bukan takde benda yang aku boleh snap picture. Cuma aku agak keberatan sikit nak tangkap. Ah moi berpakaian seksi melambak kat dalam tu, pakai skirt punyalah singkat separuh peha nampak. Mak ai, kalau iman korang tak kuat memang cair dibuatnyer. Ada aku nampak pakai baju ketat sampai nampak nenen dia sekali. Aduyai, tak pakai bra ke apa ah moi tu kan beb?. Bikin malu orang pompuan jer tengok. Aku sebagai orang laki hanya mampu istighfar jela. Aku tengok ramai brader Melayu kita syok melayan tangkap gambo Ah moi tu semua. Tapi bajet kamera dorang bagus-bagus, pakai DSLR tu bro. Setakat aku ni pakai Olympus biasa jer mana boleh masyuk skali line brader!. Strategi pemasaran yang paling kotor di akhir zaman ni adalah tubuh seorang perempuan diperdagangkan. Aku terpikir sejenak 'Sex really sell's, to promise a greater patronage from the masses'. Bagi aku tak relevan langsung.

Pelik betul. Dalam gambar warna ungu tapi sebenarnya warna biru.

Selesai membeli barang aku tersebut, aku terus pergi ke luar sebab nak ambik angin. Aku teringat aku ada temu janji dengan seorang kawan perempuan. Dia mau aku jumpa dia kat Stesen Bas Sementara Bukit Jalil menunggu kawannya yang baru tiba dari selatan tanah air. Mesej punya mesej aku tanya dia kat mana sekarang. Dia jawab masih lagi kat rumah sewanya di Wangsa Maju. Merasakan masih banyak lagi masa yang aku boleh habiskan di KLCC tu. Aku pun apa lagi, jalan keliling tamanlah main tangkap orang berendut hehe. Cuaca punyalah panas, aku relak aja duduk melepak sorang-sorang. Yela, orang single kan. Mana ada awek, nak usha seorang pun badan tengah berpeluh sebab duduk berjemur. Selesai keliling taman sambil tangkap gambar perut yang dari pagi tadi tak makan-makan langsung dah mula berbunyi. Aku pun masuk dalam lah, cari apa yang patut nak alas perut yang berkeroncong zapin inang joget dondang sayang dengan poco-poconya sekali. Biasanya kalau aku lapar, aku makan di tempat bajet ajer. Tapi ni KLCC beb, mana nak cari nasi campur?. Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil. Aku pun makan lah di restoran Burger King, bukan apa sebab takde pilihan lagi dah. Petang itu aku makan burger whopper aku dengan penuh kenikmatan dan kelazatan yang betapa hebatnya!. Yela, bukan selalu aku dapat makan whopper tu beb. Jarang sangat sampai boleh bilang dengan jari. Habis licin dengan kentang french fries-nya sekali aku kerjakan sebab lapar punya pasal. Habis makan burger, aku nampak kat depan tu ada jual sundae cone. Tak sangka jugak aku Burger King ada jual sundae cone macam McDonald, aku pun pekena jela. Tengah menikmati aiskrim tu aku terpandang sesuatu yang menarik sekali untuk aku kongsikan kat korang semua. Kedua pasangan yang aku pikir pelancong dari Jepun berkongsi whopper dan hot coffee antara satu sama lain. Memang sungguh romantik pasangan ni bagi aku. Yela, umur dorang pun dah mencecah hampir 50 tahun tapi cinta masih utuh!. Nak tengok pasangan kita orang Malaysia buat macam tu pun jarang. Lebih-lebih lagi orang Melayu macam kita nih. Jarang nak berkongsi suami isteri, yang bercinta pun lebih kurang gitu jugak. Dua kali lima saja. Aku harap dapat mempraktikkan perkara yang sama seperti pasangan usia emas Jepun itu kelak apabila aku kahwin nanti dengan bini aku. Sumpah, aku tak mau jadi macam pasangan tipikal orang Malaysia nih!!. Aku berjanji rela berkongsi burger whopper dengan isteri aku nanti. Susah nak cari pasangan macam tu.


Tengah relak aku makan, sedar tak sedar jam sudah masuk pukul 5 petang. Alamak, kawan member aku tu mungkin dah sampai bas dia gamaknya. Sedangkan aku masih di KLCC lagi. Nak pergi ke tak?. Nak hantar mesej talipon ada masalah. Nak tak nak aku balik jelah. Mak aku menunggu, lepastu nak solat asar lagi. Kepada kawan aku tu mintak maaflah banyak-banyak beb. Lain kali jela ea. Insyallah. Tunggu posting aku yang lepas ni tau :)












Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget