Showing posts with label produk menarik. Show all posts
Showing posts with label produk menarik. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Ada Ker Orang Yang Boleh 'Mendengar' Warna?


Neil Harbisson, adalah seorang pelukis yang dilahirkan buta warna. Sehingga beliau berusia 11 tahun, beliau tidak menyedari bahawa beliau menghidap "achromatopsia" iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan penghidapnya hanya dapat melihat dunia melalui warna hitam putih saja.

Selepas menjangkau usia 16 tahun, beliau memasuki kelas lukisan dimana segala hasil karya seni lukis beliau kesemuanya dihasilkan secara grayscale (kombinasi hitam dan putih). Kemudian, apabila beliau melanjutkan pelajaran peringkat tinggi beliau mula berdamping dengan pakar sibernetik yang membantu menghasilkan sejenis peranti berbentuk antena yang membolehkan beliau melihat dunia melalui paparan sebenar. Peranti berkenaan dikenali sebagai 'eyeborg'.

Peranti canggih ini memiliki sebuah kamera yang berfungsi untuk mengesan gelombang cahaya warna dan menterjemahkannya ke dalam bentuk bunyi. Neil menganggapkan bahawa beliau tidak 'mendengar' warna tersebut menerusi telinga, sebaliknya beliau merasakan 'mendengar bunyian warna menerusi melalui tulang'. Kini, beliau dapat mendengar 360 jenis warna yang berbeza termasuk yang tak dapat dikesan mata kasar.

Bagaimana Eyeborg berfungsi? -



Siapakah pencipta Eyeborg ini?-

"The first prototype was made in just two weeks. It was held together with tape and cost less than £50.
"The entire idea was dreamt up and planned during a 20-minute train ride. I never expected it to change Neil's life. The first version could only see about 16 different colours - now it can see the whole spectrum.
"In the future, I believe that many people will use cyborg technology, not just those with a disability.
"A similar technology could allow people to see in the dark or experience infrared and ultraviolet light. Just because something is invisible no longer means we can't see it."

Shacklesmith : Sedangkan orang buta pun boleh jadi celik, inikan pulak orang yang buta warna. Dunia dah canggih bai. 

Wednesday, February 1, 2012

Ikan Emas Ajaib Yang Tak Perlu Diberi Makan!



Hobi memelihara ikan sebagai haiwan perhiasan sudah lama mendapat tempat di hati warga Malaysia tanpa mengira bangsa. Akuarium bukan saja ditempatkan di rumah, malahan turut jugak terdapat di restoran, warung, sekolah dan juga pejabat-pejabat awam mahupun swasta. Boleh dikatakan, sebelum popularnya televisyen di negara ini. Menatap ikan di akuarium sudah cukup memuaskan hati sesiapa saja tuan empunya mata yang memandang tanpa mengira usia dan jantina.


Namun begitu, hobi membela ikan ni bukanlah semudah yang disangka. Ianya memerlukan 'passion' yang merangkumi pengorbanan wang demi menjaga kesihatan ikan dan kebersihan tangkinya sekali. Disebabkan aku sendiri pun tak pernah membela ikan, maka aku pun tak boleh buat anggaran kasar melainkan jikalau aku bertanya kepada pakcik aku yang tinggal di Kajang sebab kebetulan dia ada membela ikan dalam akuarium besar di dining room-nya.


Dulu masa aku bersekolah menengah bapak aku ada jugak membela ikan laga yang disimpan dalam balang kaca bersaiz medium. Aku agak dalam sehari ada dua kali lah dia bagi makan siap ngan cuci lagi pastu. Tapi sayang sungguh bela dalam dua minggu jer dah kojol. So agak rugi la kan walaupun ikan laga tu sekor setakat RM2 jer (masa tu ajelah, sekarang ni aku tak tau dah berapa harganya). Aku sendiri tak terkira langsung dalam lima bulan dia menjalankan hobi membela ikan laganya sudah berapa ekor ikan baru yang dibelinya untuk menggantikan ikan-ikan yang sudah mati. Ikutkan hati jiwa budak nakal aku pada masa tu nak jer aku laga-laga kan ikan tu almaklumlah PS2 pun gua tak beli lagi masa tu beb.


So, kepada sesiapa yang sudah serik memberi makan ikan emas dan penat mencucinya saban hari aku ada penyelesaiannya. Ianya boleh berenang-renang ikan emas yang sebenar dan lebih istimewanya ia tidak perlu langsung diberi makan. Memperkenalkan...







Electronic Goldfish in a Bowl
  • Just like a real fish, it "swims around." But unlike a real fish, you never need to feed it!
  • Real glass bowl - just add batteries and water (both not included).
  • Always-on multi LED light show (colors fade from one to another for instant ambience).
  • Includes: Glass bowl, fish unit, and base decoration.
  • Batteries: 3 x AA (not included).
  • Dimensions: approx. 7.5" x 4.5" x 7.9"

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget