Bahang PRU-13 masih lagi hangat dirasai meskipun telah berminggu-minggu kian berlalu. Ini kerana, terdapat ramai penyokong pakatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi parlimen terbanyakan tidak berpuas hati akan keputusan yang telah disuarakan majoriti rakyat dengan mempertikaikan kemenangan parti BarisanNasional.
Penyokong pembangkang menuduh bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah berpunca dari kejadian 'blackout' yang berlaku di seluruh negara pada malam pengiraan kertas undi dijalankan oleh SPR.
Tuduhan ini kemudian disanggah oleh TNB menurut kenyataan bahawa tidak berlaku sebarang kejadian terputusnya bekalan elektrik pada malam tersebut. Ianya turut disokong SPR.
Seorang ADUN DAP (YB Lee Chin Chen, Ketari) yang telah memenangi kerusi yang ditandinginya turut menafikanberlakunya 'blackout' pada malam itu seperti yang dicanangkan para penyokong Pakatan Rakyat.
This guy really cracks me up with laughter ever since i've followed him 4 years ago. He is an anonymous cyber entity who has quite ingenious and unique analyzing ability regardless whether its economy, law or history. A set of skill enough to make Rafizi pisses on his pants. I shall say he's one of a few bright Malay blogger I've came into contact with in the blogosphere besides Kijangmas and Jebatmustdie. Call him a satirical nationalist or anything, he is Sat Dee the Pure Shiite (not quite sure whether he's referring Ashura back whiplashing heretics or simply organic excrement). Beware, as he is capable of inflicting devastatingly painful butt pains to any Anwaristas, Serbanistas evangelist and his most favorite target, none other than the ultra kiasu's. Any red beans DAPster cybertrooper should think twice or thrice before attacking him. A blog worth reading to any free-spirited Malays I must say..
Sejak dari mula Bersih lagi aku cukup sangsi dengan penggunaan dakwat kekal (indellibe ink) yang didakwa mampu mengekang double voting untuk waktu pilihan raya umum. Boleh kah ianya dipercayai?, apakah ianya benar-benar 'kekal' seperti yang didakwa?, pembongkaran ini telah membuka mata kita dengan seluas-luasnya bahawa taktik kuno ini bukanlah jalan penyelesaian untuk memperbaharui dan mencanggihkan sistem pengundian di negara kita. Kesan dakwat kekal ini mampu dihilangkan dalam masa 5 minit saja!.
Jika dilihat di negara-negara dunia ketiga seperti India, Afghanistan dan negara-negara Afrika, amat sukar bagi mereka mendapatkan bahan pelarut seperti turpentine dan sodium chloride kerana mereka majoritinya di antara mereka tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kedai menjual bahan sebegini melainkan hanya kedai menjual barang makanan, keperluan rumah dan pertanian sahaja. Akan tetapi di Malaysia pula bahan-bahan seperti turpentine dan sodium hydroxide ini amat mudah didapati di kedai-kedai hardware dan farmasi di serata tempat di negara kita.
Pembongkaran ini telah memecahkan mitos 'kekebalan' dan keberkesanan dakwat ini. Ianya juga membuktikan bahawa cara kuno ini mudah dimanipulasikan sewaktu proses pengundian pilihan raya.
Oleh itu telah terbukti bahawa penggunaan dakwat kekal (indellible ink) ini tidak akan sesekali benar-benar menjamin ketelusan proses pengundian ketika Pilihan Raya dijalankan. Ianya tetap mudah dimanipulasikan demi kepentingan pihak tertentu jugak. Video di SINI jugak telah membuktikan perkara ini. Jadi apa perlu kita ikut proses yang ketinggalan zaman ini lagi sedangkan negara-negara di Afrika pun mahu menggunakan kaedah biometrik yang canggih dalam menjalankan proses pembuangan undi.
By the way, kalau korang nak tau dakwat kekal yang digunakan oleh pendemo dalam video kat atas tu adalah diperbuat oleh syarikat GLC di India yang turut bertanggungjawab mengedarkan apa yang kita kenali sebagai voter's ink ini ke beberapa negara. Buktinya ada di laman web syarikat ini di SINI.
Shacklesmith : Dakwat kekal pun hanya indah khabar dari rupa, tiada apa yang kekal di dunia ini sebenarnya beb.