Friday, June 10, 2011
Will.i.am Lupa Lirik Masa Concert..?? Otai Mana Boleh Lupa Lirik Bro..
Agak-agak kan, boleh tak korang hafal semua lagu Black Eyed Peas?. Bagi peminat fanatik semua Shacklesmith rasa konfemlah boleh kan sebab lirik dia punyalah catchy gila sampai anak buah aku yang umur 3 tahun pun boleh hafal. Setakat lagu I've got it from my mama tu kacanglah. Semua peringkat umur boleh hafal. Bukan lagu tu ajer, hampir semua lagu. Bagi performer's macam Will.i.am, mustahil dia boleh lupa tapi begitulah berita yang Shacklesmith dapat dari Twitter baru-baru ni. Pelik tapi benar.
Will.i.am Lupa Lirik??
So, apa pendapat korang selepas menonton yang dipaparkan tu?. Benarkah beliau tak boleh hafal lirik lagu tersebut sebab tak tahan dengan cara berpakaian french dude kat sebelah dia?. Adakah dia nak jawab mesej yang dihantar oleh Cheryl Cole. Adakah ianya satu gimik persembahan sebab nak menunjuk-nunjuk handphone baru Android/Blackberry-nya(aku pun tak pasti brand apa) kepada peminat? Atau beliau benar-benar terlupa lirik lagu tersebut?. Aku pun tak berapa sure tapi korang nilailah sendiri.
Shacklesmith : Tak minat B.E.P, lagu makin lama makin mengarut.
Thursday, June 9, 2011
Demo Gameplay Assassin's Creed Revelation's Di E3 2011
Semenjak dari siri pertama lagi, Assassin's Creed never ceased to impressed me with it's outstanding game play and unique storyline. Banyak skil-skil baru yang di update kan ke dalam game hebat ini demi kepuasan para pemain sebagai contoh cara berlawan dengan musuh. Penambahan ini memang amat perlu demi menandingi game-game ninja buatan Jepun selain dari mengekalkan mood ke-Eropah-an yang menjadi teras penceritaan game ini. Selain itu, flying fox juga ditambahkan ke dalam permainan sebagai satu ability untuk mengkomplementasi pergerakan parkour dan leap of faith (terjunan bebas dari cerun dan bangunan tinggi). Aku memang tabiklah kepada team-team developer Assassin's Creed ni. Mereka memang kreatif dan AWESOME!.
Kegigihan para krew syarikat Ubisoft dalam memperbaikkan mutu permainan video teragung dekad ini memang patut dicontohi oleh para-para penggiat IT tanah air. Diharapkan para pelajar bidang IT di IPTA dan IPTS seluruh negara khasnya pelajar bumiputera perlu berani dalam menceburi bidang game ini agar berupaya menghasilkan karya-karya seni interaktif yang terbaik sehingga berupaya menembusi pasaran antarabangsa sebagaimana juga filem Merong Mahawangsa yang diterbitkan KRU. Berbalik kepada game ini, kepada siapa-siapa yang ada PS3 dan Xbox 360. Sila save budget untuk beli DVD original game ni bulan 11 depan!. (kalau korang nak beli cetak rompak RM10, lantak koranglah). P/S : Aku pun beli budget jugak brader ;)
Shacklesmith : KRU ada bukak studio untuk filem di Cyberjaya. Agaknya bila untuk industri game pula ya? Teringin jugak aku nak main game buatan Malaysia kat PS3 dan X-box 360.
Kegigihan para krew syarikat Ubisoft dalam memperbaikkan mutu permainan video teragung dekad ini memang patut dicontohi oleh para-para penggiat IT tanah air. Diharapkan para pelajar bidang IT di IPTA dan IPTS seluruh negara khasnya pelajar bumiputera perlu berani dalam menceburi bidang game ini agar berupaya menghasilkan karya-karya seni interaktif yang terbaik sehingga berupaya menembusi pasaran antarabangsa sebagaimana juga filem Merong Mahawangsa yang diterbitkan KRU. Berbalik kepada game ini, kepada siapa-siapa yang ada PS3 dan Xbox 360. Sila save budget untuk beli DVD original game ni bulan 11 depan!. (kalau korang nak beli cetak rompak RM10, lantak koranglah). P/S : Aku pun beli budget jugak brader ;)
Shacklesmith : KRU ada bukak studio untuk filem di Cyberjaya. Agaknya bila untuk industri game pula ya? Teringin jugak aku nak main game buatan Malaysia kat PS3 dan X-box 360.
Wednesday, June 8, 2011
Artis Dan Pengarah Tegur Gambit Saifullah.. Lepas Ni Bolehlah Maki Diorang Pulak Bro
Setelah menerima kritikan pedas dari para bloggers Malaysia akibat dari video muzik yang tak senonohnya dan ditegur pula oleh Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah dalam Mingguan Malaysia ahad lalu yang dikatakannya sebagai memalukan umat Islam dan orang Melayu secara amnya. Kini, giliran 'rakan sepermainan' beliau pula yang menegur beliau. Puncanya, adalah disebabkan beliau membandingkan 'hasil karyanya' dengan hasil karya penggiat seni yang lain. Jom terjah komen yang diutarakan oleh Khir Rahman dalam Twitter kepada Gambit Saifullah.
Orang veteran macam Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga turut tampil membuat kenyataan media bahawa tindakan Gambit menghasilkan video tersebut dianggap tidak bermoral selain dianggap mencemarkan imej negara. Selain itu, beliau juga turut menasihati Gambit jangan menyamakan muzik video-nya dengan filem Anu Dalam Botol.
![]() |
| Good point, well said bro ;) |
Dan ini pula reply tweet's dari Gambit Saifullah pula kepada Khir Rahman.
![]() |
| Mentaliti tong sampah mana yang kau cakap ni bro?. |
Aku tertanya-tanya juga, mentaliti mana yang si Gambit nak cuba terangkan?. Kenapa, salahkah kita menegur perkara-perkara mungkar sebegini?. Kau cakap nak tembus pasaran US tapi kau tau tak bila dah masuk Youtube satu dunia boleh tembus kecuali China!. Mentang-mentanglah, Youtube tu kerajaan tak berhak nak tapis sebab server hosting dekat US jadi suka hati engkau ajer nak masukkan video apa-apa yang kau suka. Benda-benda ghairah yang kau arahkan tu bukannya BUDAYA kita jadi kami berhak untuk menegur!.
Orang veteran macam Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga turut tampil membuat kenyataan media bahawa tindakan Gambit menghasilkan video tersebut dianggap tidak bermoral selain dianggap mencemarkan imej negara. Selain itu, beliau juga turut menasihati Gambit jangan menyamakan muzik video-nya dengan filem Anu Dalam Botol.“Jangan Gambit bandingkan filem Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia. Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran.”
“Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,”
Shacklesmith : Dengar tu bro, Sasterawan Negara dah bersuara, penggiat seni yang senior-senior pun turut sama menegur lu. Sebagai orang baru, cubalah tolak ke tepi ego tu dan dengar pandangan orang veteran seperti mereka. Dalam soal moral, akhlak, akidah dan adab. Tiada istilah ketinggalan zaman atau mentaliti sempit. Siapa yang malukan siapa?. Tepuk dada tanyalah iman.
Trailer Assassin's Creed Revelation's Baru Dah Keluar!!
Setelah sekian lama Shacklesmith menunggu sejak seminggu sudah akhirnya trailer terbaru untuk siri video game paling epik terhebat di dunia Assassin's Creed : Revelation's keluar jugak dalam Youtube!. Rasanya belum terlambat Shacklesmith nak mengulas pasal siri terbaru game ni maklumlah punyalah jenuh aku menunggu masa 6 haribulan tu tapi tak keluar jugak. Last-last, semalam keluar jugak akhirnya. Maklumlah, timing kita dengan Amerika mana nak sama kan. Dekat sana lambat satu hari. Shacklesmith sendiri memang dah lama menyimpan hasrat nak buat review pasal game memandangkan tiada review yang dibuat berbahasa Melayu setakat ni. Apa pun, mari kita lihat video trailer terbaru yang dikeluarkan untuk E3 ni.
Daripada siri yang pertama sekali sampailah yang terbaru ni, bagi Shacklesmith-lah. Game ini memang AWESOME!!. Lebih hebat dari mana-mana game ninja yang dikeluarkan oleh produksi Jepun. Sebagai peminat games, aku memang tabiklah pada krew-krew Ubisoft sebab menghasilkan kelainan dalam game ni untuk lari dari cliche game ala-ala ninja. Ditambah dengan penggunaan 'hidden blade' yang begitu dahsyat sekali ketika membunuh musuh, nothing much to say but it's breathtaking to kill the enemy in such way that only an ultimate assassin's of the medieval age could imagine. Yelah, dulu mana ada silence pistol kan?. Justeru penggunaan hidden blade ini memang make sense.
Setelah membawa kita meneroka Perang Salib Ke-3 sebagai seorang pengikut Syiah Ismailiah yang bertariqat Nizariyah di Syria pada tahun 1191 Masihi melalui watak Altair Ibni Al-Ahd pada Siri pertama tahun 2007, kemudian menjadi penggerak di sebalik tabir kebangkitan semula Eropah pada era Renaissance di Itali pada lewat kurun ke-15 dan awal kurun ke-16 sebagai Ezio Auditore Da Firenze pada siri Assassin's Creed 2 dan Assassin's Creed : Brotherhood. Kini siri terbaru membawa kita meneroka Empayar Khilafah Islam Turki Uthmaniah pula yang ketika masih lagi di awal kebangkitannya. Maka bermulalah pengembaraan Ezio Auditore sebagai seorang mentor Assassin's yang kini telah lanjut usianya walaupun masih gagah bertempur.
Ceritanya bermula selepas Ezio membebaskan Itali dari ancaman saki baki tentera salib Knight Templar dan sejurus selepas itu beliau tertanya-tanya apalah nasib hidupnya jikalau beliau bukan seorang Assassin's. Akibat dibelenggu persoalan tentang identiti sebenar dirinya sendiri maka ianya telah membawa beliau 'pulang' ke tanah asal moyangnya Altair Ibni Al-Ahd di kota Masyaf, Syria yang ketika itu telah dikuasai oleh Templar's. Ketika di sana, beliau mendapati terdapat sebuah ancient artifact (Pieces of Eden?) yang terkunci rapat dan hanya boleh dibuka oleh lima kunci iaitu Seals of Altair.
Pengembaraan beliau tidak terhenti setakat itu saja dan ianya telah membawa beliau ke ibu kota kekuasaan Khalifah Islam Turki Uthmaniah di Istanbul yang telah diperintah semenjak pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih lebih 50 tahun sebelum siri Revelations ini bermula lagi. Dimana di sana beliau mendapati sekumpulan pengkhianat khalifah yang terdiri dari anggota Templar's merancang untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniah tersebut. Disana jugalah bertemu dengan bakal sultan muda, iaitu Putera Sulaiman dan akan membantu putera tersebut.
Mampukah Ezio Auditore yang telah lanjut usianya membantu putera mahkota tersebut menghapuskan pengkhianat-pengkhianat tersebut dan sekaligus membawa kebangkitan Empayar Khilafah Islam Uthmaniah yang akan menggoncang dan mengganggu gugat kekuasaan Knight Templar's (Freemason) di Eropah??. Kita sama-sama tunggu November ini.
Shacklesmith : Sapa-sapa yang ada PS3 dan Xbox 360 apa lagi?. Beli jangan tak beli beb :)
Sir Richard Branson : Ikon Lelaki Moden Berjaya
Usahawan - Beliau lebih dikenali sebagai pengasas kumpulan Virgin yang terdiri dari lebih 400 anak syarikat yang merangkumi sektor atau industri muzik, komunikasi, minuman dan yang paling terkenal sekali syarikat penerbangannya Virgin Airlines. Sebuah syarikat penerbangan terkemuka di dunia sehingga menjadi inspirasi kepada Datuk Tony Fernandes.
Pengembara - Beliau telah mengembara ke segenap pelusuk dunia tidak kira sama ada melalui laut dan udara. Beliau juga sempat memecahkan beberapa rekod dunia dalam beberapa acara. Richard Branson merupakan seorang yang sanggup mengambil risiko demi memuaskan hati dan perasaannya untuk menginginkan sesuatu pengalaman hidup yang cukup berharga.
Pencinta Alam - Hasrat beliau untuk membasmi pencemaran dunia dan sekaligus menyelamatkannya dari kesan rumah hijau supaya dapat berteduh paling tenang buat generasi akan datang menyebabkan beliau menjadi seorang tokoh pencinta alam yang sangat dihormati dan disegani.
Pejuang Kemanusiaan - Beliau juga telah berkempen di serata dunia untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear, membantu mangsa-mangsa peperangan Darfur, membina sekolah-sekolah untuk warga miskin di Afrika, dan selain itu juga membantu puluhan ribu golongan yang tidak bernasib baik di serata dunia melalui kutipan derma dan sumbangannya.
Pada pandangan Shacklesmith lah, tak salah kalau nak kita nak berusaha supaya berjaya dalam hidup lebih-lebih lagi kalau kita ni sebagai ahli perniagaan. Nak jadi usahawan kita kena berani mencuba dan jangan takut untuk mengalami kegagalan seperti yang diceritakan oleh Billi P.S. Lim dalam buku Dare To Fail. Yang penting jangan jadi kiasu!. Jangan cantas rezeki orang dan pijak bangsa kita sendiri. Kalau boleh tolonglah sesama umat. Balik pada Richard Branson ni, memang banyak sikap dia yang boleh kita contoh. Tapi yang ini boleh ke kita contohi?. Tepuk dada tanya iman.
Shacklesmith : Well, nobody is perfect anyway kan. Tapi macam nilah bila orang tu dah kaya gila sangat. Haha
Monday, June 6, 2011
Gadis Bawah Umur Yang Mengaku Sudah Tiada Dara Bunuh Diri??
Beberapa hari yang lalu, heboh diperkatan mengenai seorang gadis yang masih bersekolah (kena buang ke tidak?) yang mengaku sudah tidak mempunyai dara lagi akibat berhubungan badan secara luar nikah dengan bekas kekasihnya.
Sayang sungguh, gadis comel tersebut masih lagi di bawah umur dan sepatutnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan bukannya sibuk bertukar jantan dan bermadu kasih dengan mana-mana jejaka apatah lagi dengan usianya yang masih muda. Ternyata pengakuan beraninya amat menggemparkan seluruh komuniti blogger di Malaysia dan mengundang 1001 kutukan dan kritikan pedas. Sepatutnya keaiban diri sendiri tak patut didedahkan lebih-lebih lagi perihal berkaitan dara dan teruna kerana itu urusan kita dengan-Nya sahaja. Biarlah Dia yang menghukum segala dosa kita.
Baru-baru ni Shacklesmith dapat berita bahawa gadis tersebut telah membawa diri ke Kuantan dan telah membunuh diri. Shacklesmith tertanya-tanya juga, dalam banyak-banyak tempat di Lembah Kelang ni kenapa Kuantan pula dipilih. Agaknya. kat situlah cinta pertama dia bersemi kot?
Apa pun kita nak tahu lebih lanjut SILA LAYARI LAMAN INI.
zzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssss!!!
Sayang sungguh, gadis comel tersebut masih lagi di bawah umur dan sepatutnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan bukannya sibuk bertukar jantan dan bermadu kasih dengan mana-mana jejaka apatah lagi dengan usianya yang masih muda. Ternyata pengakuan beraninya amat menggemparkan seluruh komuniti blogger di Malaysia dan mengundang 1001 kutukan dan kritikan pedas. Sepatutnya keaiban diri sendiri tak patut didedahkan lebih-lebih lagi perihal berkaitan dara dan teruna kerana itu urusan kita dengan-Nya sahaja. Biarlah Dia yang menghukum segala dosa kita.
Baru-baru ni Shacklesmith dapat berita bahawa gadis tersebut telah membawa diri ke Kuantan dan telah membunuh diri. Shacklesmith tertanya-tanya juga, dalam banyak-banyak tempat di Lembah Kelang ni kenapa Kuantan pula dipilih. Agaknya. kat situlah cinta pertama dia bersemi kot?
Apa pun kita nak tahu lebih lanjut SILA LAYARI LAMAN INI.
zzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssss!!!
Hello Brader Gambit.. Baru Nak Mintak Maaf?
At last, akhirnya pengarah video muzik yang penuh kontroversi Gambit Saifullah telah memohon maaf kerana 'menganjingkan' para bloggers beberapa hari yang lalu dalam Twitters. Tulah bro, baru kau tau betapa tinggi langit dan bumi. Kalau dalam bab politik para bloggers lah bertanggungjawab menentukan baik buruk kerajaan dan pembangkang, setakat dalam dunia artis dan hiburan apa lagi. Senang gila beb. Bukan ada parti yang tolong naungkan kau wahai Gambit. Bersyukurlah bro, kitorang jugak yang tolong 'popular'kan kau. Nak harapkan video youtube tu?. Emm, boleh ke..?
| Credit's to The Garang |
Tapi aku tertanya jugak dengan siapa yang dia mintak maap?. Barangkali, adakah dengan makcik dan pakcik iaitu ibubapa kepada kanak-kanak yang telah tertengok muzik tak senonoh arahan dia dalam Youtube tempoh hari?. The same question's baffled me and The Garang. Please be more specifics when apologizing dude. 'Mintak maaf' is general and it could the other's and isn't us the bloggers. Selain itu, aku pun masih meragui keikhlasan dia beb, tengoklah kan. Sapalah nak fitnah dia, dia yang terfitnah diri dia sendiri dengan memburukkan nama mengarahkan video penuh berahi dia tu.
Nak mintak maaf pun baru sekarang padahal dah hampir 2 minggu video arahan dia tu dikeluarkan. Tu pun kalau tak kerana keluar Pancaindera (Mingguan Malaysia) sampai diulas video tersebut oleh seorang tokoh sasterawan negara barulah terhegeh-hegeh nak mintak maaf sekarang. Tapi kalau dah menggelarkan para bloggers anjing tu silap besarlah. Orang Melayu memang pantang digelar dengan kata-kata kesat sebab terlajak perahu boleh undur, terlajak tutur kata mana boleh bro. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badanlah binasa!.
Sedarlah, kalau kau duduk zaman 1990an tu bolehlah nak elak kontroversi sebab bahan-bahan gosip disiarkan sebulan dan seminggu sekali jer oleh mainstream media macam Mangga dan Pancaindera semua. Sekarang ni zaman para bloggers bro, even pihak mainstream media pun dah take note pasal golongan bloggers ni semua. Blogger's nak bukak cerita bukan setakat satu kali sehari jer. Banyak kali dalam sehari pun boleh kalau dia nak. Tulah, sapa suruh keluarkan video tu tak senonoh tu lagi.
Aku harap kau insaflah bro, jangan cari pasal buat kontroversi siarkan video muzik yang entah apa-apa tu lagi. Kononnya nak tembus US market pulak. Padahal, perlu ke buat seksi-seksi. Kita Malaysia banyak lagi caranya. Kalau tak insaf jugak tak nak terima kritikan blogger cari jelah kerja lain. Even, kalau tak mau jugak cari kerja lain dan berdegil nak bergelumang dalam dunia hiburan aku sarankan kau pergi jumpa Najib dan Anwar takpun Tok Guru Nik Aziz untuk belajar macam mana nak jadi telinga kuali tahan segala kritikan blogger's. Dorang dah lali sangat kena kritik. Ade berani? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Shacklesmith : Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.
Subscribe to:
Posts (Atom)













