Showing posts with label isu sensasi. Show all posts
Showing posts with label isu sensasi. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Ini Bibir Punya Cerita.. (Izara Aishah Gugat Kilafairy?)

Punyalah nak tergelak aku dibuatnya selepas membaca entry blog Abang Nara dan komen-komen pada malam kelmarin, ini semua gara-gara 'bibir' punya cerita. Ya, seperti tajuk di atas aku nak korang sedia maklum bahawa entry Shacklesmith hari ini adalah berkaitan dengan 'bibir'. Bukan pasal bibir ikan emas dalam balang akuarium ataupun lipstick mahupun lipgloss iklan Lisa Surihani yang pernah ditayang kat TV lebih dua tahun sudah (tapi cerita pasal bibir pelakon jugak). Ceritanya adalah berkenaan dengan BIBIR dan bukan JUSTIN BIEBER.

Ikuti petikan yang aku cedok daripada entry Abe' Nara dulu

"Nampaknya Kilafairy sudah ada pesaing. Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah, pelakon drama Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 telah ditampilkan di Facebook Tizdalam gambar posing menjuihkan bibir seperti yang selalu di buat oleh Kilafairy."

Awal tahun 2011, industri lakonan tanah air dikejutkan kemunculan anak penyanyi tahun 80an, Rohana Jalil iaitu Kilafairy. Pada awal kemunculannya, beliau telah digosipkan dengan Yusry KRU kerana membintangi filem Karak yang merupakan arahan Yusry sendiri. Walaubagaimanapun, setelah Yusry menjelaskan kepada media bahawa beliau kini rapat dengan Lisa Surihani (sehingga membangkitkan kemarahan stalker yang mengaku "anak angkat sultan 'tut'" kerana cemburu). Barulah khabar angin tersebut reda. Tapi ingat, anda semua mungkin tahu apa tarikan sebenar Kilafairy kepada para umum.

"Dah jadi macam Angelina Jolie lah pulak. Kami ingat selama ni Kila saja yang boleh berjaya buat pose seperti ini, rupanya Tiz dan Izara pun tak kurang meletupnya."

Pasti ramai yang dah tahu bahawa Kilafairy digelar sebagai Angelina Jolie Malaysia oleh para wartawan kerana kesukaannya yang selalu memuncungkan bibir tiapkali bergambar untuk media. Memang tak boleh dinafikan kalau dah bibir mungil tu sinonim sangat dengan aktres ternama Hollywood tu. Apatahnya keduanya juga adalah seorang pelakon.

Yang menjadi bahan dalam blog Abang Nara adalah gambar ini yang dicedok dari Facebook Tizz Zaqyah. Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Aku crop sikit supaya lebih jelas.


Pergh, kecur aku beb tengok Tiz Zaqyah kat sebelah tu, lagi-lagi sejak dia jadi cover Eh! bulan Disember tahun 2009 dulu. Fuyoh, lelaki mana tak tahan bai. Tapi isunya bukan pasal Tiz okay, fokus utama topik kita arini adalah yang sebelah kanan tu. Yeah, kalau sesiapa pernah tengok slot drama Akasia TV3, Keranamu Laila dan yang terbaru Sofiyya memang konfem kenal awek tu punya. Nama Izara Aishah, dan umurnya muda lagi. Baru berusia 19 tahun, muda setahun daripada Kilafairy. Sebenarnya baru aku perasan kelmarin yang si Izara Aishah ni junior satu sekolah dengan aku rupanya. Aku tua 2 tahun daripada dia, kebetulan kitorang bersekolah di SMK Seri Hartamas. Mula-mula aku perasan adik classmate aku tu mutual friend dia dalam Facebook. Haha, tak sangka jugak selain Aliff Satar, Dafi dan Shahrul Ezany (KAMI), 'adik' aku pun dah terjun dalam bidang ni gak erk. Aku pun tumpang bangga jugak lah. Yeah, HIDUP HARTAMAS!!!

So, benarkah dengan penemuan gambar di atas tu membuktikan bahawa Angelina Jolie Malaysia tu sudah ada pesaing yang bakal merebut takhta gelaran berkenaan?. Haha, macamlah takder perempuan lain yang berbibir mungil dan menggoda selain daripada dua orang anak dara muda yang baru start jadi pelakon nih. Meh, aku ceritakan perkara di sebalik bibir nih. 

Sejak, berlegar cerita pasal bibir Kilafairy yang kononnya sebijik macam Angelina Jolie maka ramailah yang membuat andaian macam-macam kononnya si Kila sajer-sajer ni 'menebalkan' bibir bila tiap kali bergambar. Aku tak nafikan pendapat berkenaan sebab pernah aku tengok gambar dia masa belum popular dulu bibirnya takdela ala-ala 'Mrs. Pitt' sangat. Tapi, ada jugak aku tengok gambar dia masa baby. Bibir dia pun lagu tu jugak tebalnya. Yelah, umur pun setahun jagung kan. Kejer dok menghisap susu puting. Mana tak tebal bibir dibuatnya kan. Haha!


Selain pendapat kat atas ada pulak yang buat andaian yang bukan-bukan kononnya si Kilafairy ni suntik BOTOX/COLLAGEN. Astaghfirullahwalazim, dahsyat betul fitnah yang bukan-bukan yang dibawa angin ke sana ke mari nih. Cuba korang bayangkan, daripada dia suntik botox/collagen dalam bibir baik dia buat kan hidung dan tinggikan cheekbone sekali. Bari ngam bai. Ni setakat bibir jer nampak sangat autanyer. 

Lagi satu sejak timbulnya gambar ni dalam blog Abang Nara, maka bermulalah cerita

KILAFAIRY DIGUGAT IZARA AISHAH

Apakah dengan kemunculan Izara Aishah ni bakal menggugat Kilafairy keatas posing bibir muncung ini? Boleh percaya kah? Dua-dua pun baru tak sampai setahun jagung memulakan karier lakonan. Takkan lah pasal bibir pun boleh jadi isu ni. Apa kena tabur pasir ke periuk nasik Kilafairy dek Izara Aishah akibat ditarik gelaran Angelina Jolie itu dan diberi kepada Izara Aishah. I don't think so.

Sebelum bermacam-macam andaian yang bukan-bukan nanti keluar lagi sampai tak pasal-pasal kepala otak peminat industri lakonan jadi polluted, biar aku terang kat sini. Korang semua mungkin dah sedia maklum bahawa Kilafairy dan Izara Aishah berdarah campuran PAKISTAN. So, tak hairanlah secara fizikalnya mereka nampak berbeza dari wajah tipikal kita totokz-totokz Meleis sekalian (mintak maap tolonglah jangan sesiapa terasa dengan ayat tak seberapa pedas tapi masin Shacklesmith ni erk!)

Sebelum Izara turut dipalitkan sama tuduhan botox pada bibir sila tengok gambar yang aku bagi kat bawah nih!. Adakah kedua-dua wanita ini turut menjalani suntikan botox dan kolagen?.

Model : Princess Shahrzad

Model : Claudia Lynx

Untuk pengetahuan korang, kedua-dua model ini berbangsa Parsi dan berasal daripada Iran dan bekerja sebagai model di Dubai dan Amerika Syarikat. Tengok betul-betul bibir mereka, ada ala-ala Angelina Jolie gitu kan?. Jadi adakah korang merasakan bahawa mereka juga menyuntik botox atau kolagen?. Terpulang pada anda nak menilainya. Tapi pada pendapat aku, tidak mungkin jugak antara 50/50 mereka melakukannya. Tambahan lagi, model yang pertama Shahrzad masih lagi seorang pelajar.

Kenapa aku pilih model dari Iran sebagai contoh?. Aku yakin dalam kepala korang especially totokz Meleis serbanistas Arabophile bendera hijau cap bulan mengambang mesti pikir yang perempuan-perempuan Iran ni baik-baik belaka pakai burqa sampai tutup hidung. Hak thuih!, dalam negara depa ajer bajet buat lagu tu. Cuba kalau depa pergi negeri orang putih, maka dedahlah segala bagai aurat termasuk lurah dendam sedalam '80 kaki dari aras laut' dan peha ayam drumstick KFC Hot & Spicy yang gebu-gebu dan enak belaka. Tak payah pergi negeri mat salih nak tengok depa, aku pernah pergi buat lawatan kat UPM dulu dah tengok awek-awek Iran ni pakai anak tudung pun haram tapi nasi lemak boleh bubuh harga RM5.00 sebungkus lagi!. Kepada pengikut pegangan Sunnah Wal-Jamaah sila renungkanlah, toksah nak terpedaya dengan Syiah yang penuh hipokrasi dan tipudaya nih. Sebenarnya banyak lagi gambar panas-panas depa dalam Facebook tapi aku tak nak tunjuk lebih-lebih  takut korang salah guna dan salah anggap tujuan aku. Termasuk gambar Shahrzad hanya memakai kain selimut ajer. Klik SINI. (kepada Lelaki Tolong JANGAN PANDANG DENGAN NAFSU!!! SEBAB AKU TAK NAK TANGGUNG DOSA KORANG!!!)

Poin kedua, kenapa aku pilih model dari Iran sebagai contoh?. Sebab Iran dan Pakistan adalah negara serumpun sebagaimana Malaysia dan Indonesia walaupun tidak sebegitu rapat kerana Pakistan lebih kepada ke-India-an dari segi faktor loghat bahasa. Kalau korang nak tau betapa rapatnya hubungan negara serumpun ni melalui faktor bolehlah rajin-rajin google 'Aryan Invasion' (kalau korang bukan spesis Melayu Buta Sejarah) mengenai penghijrahan bangsa Aryan dari tanah Parsi dan Rusia ke benua kecil India. Sebenarnya bukan aku tak nak masukkan gambar pelakon Bollywood cuma bibir mereka kurang menonjol umpama Angelina Jolie. Jadi taruk gambar awek Iran pun jadilah. Lagipun memang ada ala-ala Angelina Jolie pun depa.

Migrasi bangsa Aryan
Bangsa Aryan yang disebutkan itu adalah bangsa Proto Scythia yang menurunkan bangsa Parsi, Slav (Russia) dan Hindi (India & Pakistan). Kalau korang perhatikan awek bangsa-bangsa ini korang akan lihat ciri-ciri ala Angelina Jolie tu adalah sesuatu wajah tipikal dan biasa bagi dorang. Pada mata kaum mereka, tak eksotik mana pun. Cuma bangsa kita ajer yang dok melebih. Tapi cuba korang tengok pulak bagaimana mamat Pakistan bila pandang awek Melayu?. Tentu mereka merasakan melihat sesuatu yang begitu eksotik dan unik di mata mereka kerana jarang dan tidak sekali pernah melihat gadis berhidung pesek di negara mereka!. Ini cerita betul bai aku tak tipu!!.

Tahun lepas pernah aku tolong member aku dalam nak menyelenggarakan Facebooknya. Disebabkan aku menolongnya maka kenalah dia bagi aku handle Facebooknya. Sekali tiba-tiba aku ditegur oleh seorang mamat Pakistan dengan kata 'Hi'. Aku pun terdiam seketika sebab almaklumlah mamat Pakistan tu ingat yang handle Facebook tu member perempuan aku. Kemudian aku bertanya kepada kawan aku tu, 'kenal ke mamat Pakistan ni dan pernah chat sama ke?'. Dia jawab balik tak kenal langsung pun dan cakap kat aku dia main approve jer mamat Pakistan tuh. Maka disebabkan ada tugas untuk diselesaikan secepat mungkin sebelum member aku tu start kuliah, aku pun buat donno ajelah mamat Pakistan tuh. Lama-lama tak reply sekali mamat Pakistan tu mesej balik 'why?'. Aku pun apa lagi, bukak balik Friend list member aku tu dan REMOVE/UNFRIEND kan terus mamat Pakistan tuh!. Hah, padan muka. Jangan kacau awek Malaysia okay. Apa di Pakistan tu tak ramai awek lagi kah?. Mamat Malaysia pun tak pernah kacau awek sana. Kat Malaysia ni pun nisbah perempuan lagi kurang dari lelaki jadi tolonglah jangan buat onar sebab Malaysia kekurangan perempuan!

Jangan main-main sama aku.. Ingatlah (alamak datang sudah angin sengal aku). Okaylah, cukup disini saja topik yang kita bincangkan ini. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
-Shacklesmith

Wednesday, June 8, 2011

Artis Dan Pengarah Tegur Gambit Saifullah.. Lepas Ni Bolehlah Maki Diorang Pulak Bro

Setelah menerima kritikan pedas dari para bloggers Malaysia akibat dari video muzik yang tak senonohnya dan ditegur pula oleh Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah dalam Mingguan Malaysia ahad lalu yang dikatakannya sebagai memalukan umat Islam dan orang Melayu secara amnya. Kini, giliran 'rakan sepermainan' beliau pula yang menegur beliau. Puncanya, adalah disebabkan beliau membandingkan 'hasil karyanya' dengan hasil karya penggiat seni yang lain. Jom terjah komen yang diutarakan oleh Khir Rahman dalam Twitter kepada Gambit Saifullah.

Good point, well said bro ;)

Dan ini pula reply tweet's dari Gambit Saifullah pula kepada Khir Rahman.

Mentaliti tong sampah mana yang kau cakap ni bro?.
Aku tertanya-tanya juga, mentaliti mana yang si Gambit nak cuba terangkan?. Kenapa, salahkah kita menegur perkara-perkara mungkar sebegini?. Kau cakap nak tembus pasaran US tapi kau tau tak bila dah masuk Youtube satu dunia boleh tembus kecuali China!. Mentang-mentanglah, Youtube tu kerajaan tak berhak nak tapis sebab server hosting dekat US jadi suka hati engkau ajer nak masukkan video apa-apa yang kau suka. Benda-benda ghairah yang kau arahkan tu bukannya BUDAYA kita jadi kami berhak untuk menegur!.  

Orang veteran macam Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga turut tampil membuat kenyataan media bahawa tindakan Gambit menghasilkan video tersebut dianggap tidak bermoral selain dianggap mencemarkan imej negara. Selain itu, beliau juga turut menasihati Gambit jangan menyamakan muzik video-nya dengan filem Anu Dalam Botol.

“Jangan Gambit bandingkan filem Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia. Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran.”
“Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,”
Shacklesmith : Dengar tu bro, Sasterawan Negara dah bersuara, penggiat seni yang senior-senior pun turut sama menegur lu. Sebagai orang baru, cubalah tolak ke tepi ego tu dan dengar pandangan orang veteran seperti mereka. Dalam soal moral, akhlak, akidah dan adab. Tiada istilah ketinggalan zaman atau mentaliti sempit. Siapa yang malukan siapa?. Tepuk dada tanyalah iman.



Wednesday, February 2, 2011

Bulan baru, Fasa Perjuangan Yang Baru.. Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Semalam, dah masuk 37 tahun Kuala Lumpur tanah tumpahnya darah aku ni digelar Wilayah Persekutuan dalam Malaysia ini. Seumur hidup di sinilah tempat tinggal aku, tak pernah aku berpindah rumah keliling Malaysia sebab bapak aku pun pesara tentera. Kalau aku hidup time abang ngan akak aku dulu yela dapat gak aku merasa kehidupan ala nomadic berpindah randah keliling Malaysia menetap dalam kem-kem tentera. Tapi tidak, kalau bab hidup dalam kem tentera ini aku pernah merasa dalam sekali ajer, itupun duduk dalam rumah kuarter's kerajaan yang dibuat masa zaman British di Batu Cantonment Jalan Ipoh. Pada korang yang jenis outgoing ataupun yang asal luar KL tu memang mungkin akan rasa janggal dengar apa yang aku cakap ni sebab serius giler ker aku tak pernah tinggal di tempat lain. Maklumlah, daripada aku belajar tadika, masuk sekolah rendah, pindah sekolah menengah dan akhir sekali masuk kolej tempat aku belajar sekarang disinilah, ibu kota cinta tempat lahir tipu daya inilah gelanggang aku menjalani kehidupan yang serba simple nih. Bukan setakat itu ajer, semenjak aku Darjah 4 lagi aku dah tak beraaya di kampung aku kat Perak ngan Negeri Sembilan tapi aku beraya di Kuala Lumpur jugaklah. There's is no other place besides my home, oh Kuala Lumpur-ku yang indah lagi permai (dengan jalan-jalan dan lorong-lorong yang berbau ekzos kereta, dan bising hon kereta mengalahkan perlawanan gladiator menentang gajah-gajah perang Rom dan manusia pelbagai ragam yang baik kelakunya umpama ahli sufi yang zuhud dan jahat bagaikan musang berjanggung yang menyamar jadi Nek Jah nak memerangkap adik Tipah yang nak bawak ubat untuk neneknya itu). Bukannya niat Shacklesmith nak berbangga tahap dewa sebagai anak Kuala Lumpur tapi kat sinilah tempat aku tinggal dan takde tempat lain lagi dah untuk aku. Biarlah KLCC dan KL Tower tumbang menyembah bumi sekalipun, aku takkan berganjak malahan aku tetap bertahan!!!



Masa Sabtu lepas tengah teman dok leka menaip entry yang lepas tu. Tetiba pulak aku dikejutkan dengan satu phone call yang datang dari member aku yang belajar kat Egypt. Aku pun terkejut beruk bercampur hairan jugaklah sebab awal bebenor mamat nih balik Malaysia. Yela, takkan lah boleh call Malaysia pakai line Celcom kot. Mahal tu bai, dah jawab tu aku pun bertanyalah 'ko kat mane sekarang?'. Dia cakap baru balik Malaysia jumaat lepas, baru aku terpikir dia balik sebab riot tempoh hari. Tak sangka aku, rusuhan tu dah escalate sampai  ke tahap student Malaysia 'terhalau' balik ke Malaysia. Aku ingat rusuhan tu berlaku sekejap ajer lepas tu dua-tiga hari boleh reda macam mangkuk anti-ISA tu buat masa 2009 dulu, sekejap ajer pastu diam. Tapi yang kat Egypt ni memang tahap gorilla overdose dope dan pil kuda betullah.  Nasib baik member aku sorang ni dah cabut awal-awal, kalau tak mau jadi macam budak-budak lain yang masih terkandas kat sana. Dengar cerita ada budak perempuan kita kena rogol kat sana tapi tak taulah sejauh mana kesahihan berita nya. Aku pun kurang percaya sangat dengan rumor's macam ni. Tapi tak tahulah, walahualam. Budak-budak kita kat sana harus dibawa balik secepat mungkin!. Dalam kekalutan gomen nak handle ribuan pelajar Malaysia supaya balik dengan selamat ke Malaysia. Ada pulak mangkuk hayun nak politikkan kes ini. Kononnya pelajar kita tak diperdulikanlah, hanya pelajar biasiswa kerajaan ajer yang diberi keistimewaan dan macam-macam lagilah fitnah dan adu domba yang dorang nak sebarkan kepada massa umum. Bayangkan, 11, 000 pelajar macam mana nak handle??. Cubalah fikirkan wahai saudara, dengan petugas kedutaan yang jauh lebih kurang tu bukan senang nak uruskan pelajar yang sebanyak itu. Belum campur pelancong dari negara kita yang berziarah ke sana lagi. Kalut siot!. Kadang-kadang aku terfikir sejenak, mengikut apa yang member aku ni bagitau. Subversive element khasnya dari pembangkang (PAS) memang kuat di sana. Yang menghairankan, masa keadaan tenteram bukan main berkobar-kobar bertempiak menentang kerajaan tapi bila sampai tahap getir macam ni pandai pulak mintak tolong kerajaan bertindak?. Tak ke ironiknya kan. Hmm. Bagi akulah, kerajaan kalau nak menolong tak perlu ambil kira sentimen parti politik. Budak-budak kita pun dihantar ke sana bukan sebab consent dorang pun. Mintak-mintaklah puak-puak yang tak sedar diri ni diberi kesedaran oleh-Nya.



Bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi selama ini.




Sunday, January 30, 2011

Memahami Kepala Otak Si Ultra Kiasu Dalam Memahami Perihal Kita Sendiri


Apakah yang dimaksudkan dengan 'ultra kiasu'. Mungkin masih ramai dikalangan kita orang-orang Melayu tak tau dan saya yakin tak pernah mendengar langsung perkataan ini terutama sekali generasi muda seperti saya dan juga anda sekalian yang sebaya dengan saya. Kalau anda pernah dengar pun, mungkin sebab pernah tengok sitkom Mr Kiasu yang diangkat dari komik lawak Singapura suatu ketika dulu dan pernah disiarkan di saluran NTV7. 

Perkataan kiasu berasal dari istilah Cina Hokkien yang membawa maksud 'perasaan takut akan kekalahan'. Ianya telah pernah diakui dan disahkan oleh sarjana terkemuka Professor Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan gejala kiasu ini sebagai penyakit yang melanda kaum sebangsanya. Biasanya, gejala kiasu ini hanya melanda di kalangan para peniaga sahaja yang hanya  memikirkan tetapi telah merebak ke dalam gerakan politik semenjak awal kurun ke 20 lagi.

Masih lagi tidak jelas tentang sikap kiasu? Baiklah, saya perjelaskan dengan lebih terperinci. Ambil situasi ni, seorang ibu telah membelikan enam keping piza untuk dikongsikan kepada dua beradik. Disebabkan si abang yang paling tua itu alahan terhadap makanan laut, maka diberikan piza ayam kepada si abang tersebut sebanyak  keping. Akan tetapi, si adik itu pula merasakan bahawa ibu dia berlaku 'tidak adil' kepadanya. Setelah si adik menghabiskan 2 keping piza tuna berkenaan, si abang telah memberikan sekeping piza ayam kerana merasakan bahawa dia tidak larat untuk menghabiskannya. Amat malang sekali, si adik bersikap paranoid akan abangnya yang mungkin mengambil sekeping piza ikannya. Si adik telah bertindak merampas satu lagi piza ayam kononnya takut si abang akan mengambil pizanya. Begitulah penjelasan saya mengenai maksud sebenar kiasu ini. Tidak dinafikan bahawa sikap kiasu ini ada 'kebaikan'-nya. Sebagai contoh, untuk mengelakkan perniagaan kita dilanda kerugian secara besar-besaran. Maka, kita harus mengambil langkah berhati-hati demi mengelakkan kerugian yang bakal kita tanggung itu. Ini termasuk melakukan apa sahaja demi menghalalkan cara kita demi mengelakkan bisnes kita lingkup dengan membuat laporan polis palsu terhadap syarikat pesaing, rasuah orang dalam, hapuskan sumber mutlak pesaing dan sebagainya. Akan tetapi, ianya tetap ada keburukannya jugak. Apakah perasaan mangsa apabila diperlakukan sebegitu? tentu tidak senang hati dibuatnya bukan. Sifat kiasu kebiasannya hanya terdapat dalam satu kaum sahaja di Malaysia ini, dan korang mesti tau jugak kan. Haha, fahamilah cerita yang akan ku sampaikan ini. Pertama kali aku dengar perkataan kiasu ni pun daripada Dare to Fail hasil karya Billi PS Lim.

Semenjak Pilihan Raya Umum 1969 lagi, kita kaum bumiputera tidak pernah sepi 'diserang' secara fizikal dan psikologi oleh puak-puak yang digelar ultrakiasu. Pada mulanya, mereka berani menyerang kita secara fizikal melalui elemen subversif seperti Parti Komunis Malaya dan geng-geng kongsi gelap. Akan tetapi, apabila ditentang balas semula kumpulan pejuang silat Melayu Islam seperti Tentera Fisabillillah Parang Panjang dari Perak dan Tentera Selempang Merah Panglima Salleh dari Johor yang tak ramai percaya bulletproof tu. Mereka mula kecut perut dan sehingga kini mengubah strategi bagaimana berhadapan dengan orang Melayu Islam tanpa menggunakan brute force seperti yang mereka lakukan semasa tahun 1940an hingga 1960an dahulu. Kini, serang psikologi lebih diutamakan iaitu peluang perniagaan, pekerjaan dalam sektor swasta, pendidikan dan yang paling unik dan efektif sekali, MEMUTARBELITKAN SEJARAH NEGARA DAN BANGSA MELAYU WITH FULL IGNORANCE AND BLIND APPROACHES. Ya, kenapa saya cakap memutarbelitkan sejarah? sebab dengan memutarbelitkan sejarah sesuatu kaum contohnya, kita dapat menjatuhkan prestij dan kemegahan kaum itu dengan memaparkan keburukan hatta sekecil kuman sekalipun yang diperbesar-besarkan dengan penuh penipuan sekali. Ditambah sekali dengan kekeliruan orang Melayu dengan sejarah bangsa mereka yang penuh lompong-lompong akibat tidak didokumentasikan dengan lebih mendalam dan detail sekali. Maka, satu (dan dua) watak telah dicipta untuk menambah kekeliruan ini lagi.

Let me introduce, perkenalkan Michael Chick (dan John Doe) 
Adakah ini Michael Chick yang dimaksudkan?? Atau pengarah filem kontot dari Singapura ini telah diciplak identitinya dengan begitu kejam sekali oleh seorang commentator terkenal Malaysia-Today itu.. We may never know.. Walahualam
Semenjak kemunculan laman sesawang politik pembangkang termasyhur 1Malaysia, Malaysia-Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin. Laman tersebut dijadikan tempat melepas geram dan segala isihati puak-puak ultrakiasu dalam menyuarakan pendapat mereka tentang ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan. Bagi pendapat Shacklesmith lah, pergi mampus lah depa nak kutuk UMNO bagai nak rak yang bodoh sangat tu bagi kerakyatan kat depa yang tak reti berterima kasih nih. Tapi, aku tengok dalam komen-komen depa tu ada yang menghina Melayu dan Islam sekali!(Yang ini puak PAS tak dapat nak kesan sebab almaklumlah puak PAS kan English illiterate). Dari tahun 2007 pulak muncullah Michael Chick (John Doe) ni dengan teori sejarah sempit sesuai dengan otaknya yang ultra kiasu itu. Bagi Shacklesmith, blog hasil karya Michael Chick lebih meletup dari karya Nai Long Mazlan(Anai-anai) yang terkenal dengan sejarah Siam  Islam(sekejap mengaku Melayu, sekejap mengaku Siam) merong merapu maha merapeknya itu. Karyanya amat diminati oleh puak-puak bermentaliti ultra kiasu racist yang kita orang Melayu sedia maklum amat buta tentang sejarah nusantara ini. Masakan tidaknya, orang Melayu difitnah 'pendatang' dari Indonesia padehal mana wujud sempadan Malaysia-Indonesia yang dilukis British dan Belanda dulu. Bodoh bukan?. Adakah Yi-Ching seorang sami Buddha dari China zaman Dinasti Tang kurun ke-7 Masihi dulu yang pernah melawat kawasan Empayar Srivijaya dahulu dan mengenali kawasan tersebut sebagai 'Indonesia' dan 'Malaysia'?. Tidak sama sekali!. Apa yang beliau tahu hanyalah Mo-Lo-Yue(Melayu), Shih-Li-Fo-Shih(Srivijaya), Lang-Ya-Xiu(Langkasuka) dan Chih-Tu(Tanah Merah di Kelantan). Mana ada Malaysia!, Mana ada Indonesia!. Borderline kat tengah Selat Melaka tu pun tak wujud lagi. Hai buat lawak bodoh rupanya si apek tu ye. Takde fakta ilmiah langsung yang menyokong kewujudan nama dua negara ini. Yang ada hanya putar belit songsang mereka yang otak sempit ni ajer.

Mari kita lihat apa fakta sampah yang dilontarkan Michael Chick masa tahun 2007 dulu. Terima kasih kepada pemilik laman blog tersebut kerana meng'copy-paste' artikelnya dulu.


How many of you have read the book entitled “Contesting Malayness – Malay Identity Across Boundaries” (edited by Timothy P. Barnard & published by Singapore University Press)? It reflects the Anthropologists views that there is no such race as the “Malays” to begin with.
If we follow the original migration of the Southern Chinese of 6,000 years ago, they moved into Taiwan, (now the Alisan), then into the Phillipines (now the Aeta) and moved into Borneo (4,500 years ago) (Dayak). They also split into Sulawesi and progressed into Jawa, and Sumatera. The final migration was to the Malayan Peninsular 3,000 years ago. A sub-group from Borneo also moved to Champa in Vietnam at 4,500 years ago.
Interestingly, the Champa deviant group moved back to present day Kelantan. There are also traces of the Dong Song and HoaBinh migration from Vietnam and Cambodia. To confuse the issue, there was also the Southern Thai migration, from what we know as Pattani today.
Of course, we also have the Minangkabau’s which come from the descendants of Alexander the Great and a West Indian Princess. (Sejarah Melayu page 1-3)
So the million dollar question… Is there really a race called the “Malays”? All anthropologists DO NOT SEEM TO THINK SO.
Neither do the “Malays” who live on the West Coast of Johor. They’d rather be called Javanese. What about the west coast Kedah inhabitants who prefer to be known as “Achenese” or the Ibans who simply want to be known as Ibans? Try calling a Kelabit “Malay” and see what response you get – you will be so glad that their Head-Hunting days are over.
Orait, berpandukan kepada petikan artikel merah yang aku salin dan tampal kat atas tu anda semua boleh nampak dari mana si Michael Chick ni buat 'rujukan ilmiah' untuk membantunya mendapat 'fakta' bernas bagi menghapuskan kewujudan bangsa Melayu. Beliau telah merujuk buku yang telah diterbitkan oleh Penerbitan Universiti Singapura!. Anda semua Melayu yang tak buta sejarah mesti tahu akan niat sebenar pemerintah negara itu akan bangsa Melayu bukan?. Faham sajalah, sedangkan sejarah awal Singapura dalam buku teks sekolah pun ditulis bermula dengan kedatangan Raffles inikan pulak nak mengakui bangsa Melayu yang dimusuhi bagai nak mampus oleh puak ultra-kiasu semenjak zaman Lanfang Republic lagi. Lagipun tak hairanlah. Selain itu beliau telah mengutarakan teori daif iaitu asal-usul kaum Austronesian(Melayu) yang kononnya datang dari Yunnan kemudian berhijrah ke Taiwan dan menyebar ke seluruh Asia Tenggara dan pulau-pulau Pasifik. Ini teori lapuk la apek sedangkan asal-usul sebenar masih diperdebatkan oleh sejarawan antropologi dan ramai ahli antropologi kini berpendapat bahawa Asia Tenggaralah bermulanya asal usul bangsa Melayu.
"Interestingly, the Champa deviant group moved back to present day Kelantan. There are also traces of the Dong Song and HoaBinh migration from Vietnam and Cambodia. To confuse the issue, there was also the Southern Thai migration, from what we know as Pattani today."
Adakah bangsa Melayu yang tinggal di Pattani dikenali sebagai orang Thai sebelum kurun ke-19?. Ternyata si Michael Chick menonjolkan kebebalan beliau sebagai profesor kangkung sendiri.Orang Melayu di Pattani hanya dipaksa menjadi orang 'Thai' pada tahun 1930an atas dasar asimilasi yang dipaksakan kerajaan nasionalis Thailand. Orang Melayu Kelantan pun bukan semua berketurunan Champa, mereka telah berada di situ lebih lama dari kewujudan kerajaan Champa sendiri di Indo-china. 
"Of course, we also have the Minangkabau’s which come from the descendants of Alexander the Great and a West Indian Princess. (Sejarah Melayu page 1-3)"
Adakah semua orang Minangkabau berketurunan dari "Alexander the Great" dan "West Indian Princess". Well, i supposed nope!. Yang dirujuk berketurunan Iskandar Zulkarnain adalah kerabat diraja Minangkabau sahaja itupun dah dilupuskan dengan kejatuhan kerajaan Dharmasraya oleh kerajaan Singhasari pada kurun ke-13 Masihi. Kerabat diraja Minangkabau yang ada kini adalah keturunan dari Adityawarman seorang putera Majapahit campuran Minangkabau dari sebelah ibu dan Jawa dari sebelah bapa (Mohon patik harap diampun Tuanku, jikalau patik salah. Biarkan ianya diperbetulkan). Tengok, rujuk Sejarah Melayu pun tak betul nak berlagak terer konon apek kangkung nih. Aku yang tak seberapa ni pun bukan nak tunjuk angkuh pun.


"Neither do the “Malays” who live on the West Coast of Johor. They’d rather be called Javanese. What about the west coast Kedah inhabitants who prefer to be known as “Achenese” or the Ibans who simply want to be known as Ibans? Try calling a Kelabit “Malay” and see what response you get – you will be so glad that their Head-Hunting days are over."

Waduh, kok jowo tak nak ngaku Melayu?. Aiyah, apek Michael. Lu tinggal itu zaman subulum itu Jupun mali ka?. Yang ini buat nak gelak sakan lagi, sebab apa mereka taknak mengaku Melayu sebab zaman dulu mereka belum tahu semangat rumpun lagi. Jawa dengan Wong Jowo dia, Banjar dengan Kulaan Banjar dia, dan Melayu Jati ofcourse lah dengan kepala mereka yang tersendiri. Perkahwinan campur antara suku-suku kaum serumpun ini tak digalakkan juga serupa macam  Irish dan Scottish kat Amerika masa kurun ke-19 dulu padahal sama-sama simpan hamba abdi Negro. Kalau Jawa dan Banjar tu bukan Melayu, habistu kenapa puak-puak komunis yang menjadi 'hero' ultra-kiasu racist ni bunuh sama dengan Melayu yang lain sekali?. Apa bukti mereka bekerjasama dengan Jepun?. Lagi satu pasal kat Kedah tu, ingat semua orang Melayu kat Kedah keturunan Aceh ke?. Huh, keturunan Aceh pun tak ramai mana kat Malaysia ni dan orang Melayu kat Kedah tu dah ada sejak zaman Kedah Tua lagi. Iban and Kelabit's are Malay? well not so actually. They are Proto-Malay or better known as Dayaks. 

"The Bugis are the cross-breed between the Mongolian Chinese and the wandering Arab Pirates (a runaway Ming Dynasty official whom Cheng Ho was sent to hunt down). Interestingly, the Bugis were career Pirates in the Johor-Riau Island areas and the nephew of Daeng Kemboja was appointed the First Sultan of Selangor. That makes the entire Selangor Sultanate part Arab, part Chinese! Try talking to the Bugis Museum curator near Kukup in Johor – Kukup is located near the most south-western tip of Johor."

Yang ini paling kelakar sampai boleh membuatkan anda tergelak sampai tergolek atas lantai. Celah kain mak bedah mana yang mengatakan orang Bugis berasal dari campuran Cina Monggolia dan lanun Arab??. Memang  dah sah lah si Apek Michael Chick ni mengeluarkan teori fakta tahap Hikayat Naruto.  Mana bukti genetik dan hasil kajian yang membuktikan 'kebenaran' 'fakta' yang lu kasi ni Michael?. Setakat cakap dengan kurator muzium Bugis tu pun tak cukup sebab apa yang dia sampaikan tu hanyalah cerita lisan yang daif kebenarannya saja. Malahan, mengatakan pelayar Arab sebagai lanun juga menampakkan kebodohan lu yang tanpa hadnya tu. Tak pernah Shacklesmith dengar lanun Arab pernah sampai Asia Tenggara dan yang menuduh Bugis lanun tu adalah orang Belanda (Dutchmen). Mereka sebenarnya, tentera laut yang berperanan menumpaskan kapal-kapal penakluk Eropah. Sedap-sedap nak menuduh orang Arab dan Bugis tu lanun habis tu puak lu tu bukan lanun ke? Siapa tak kenal Lim Ah Hong. Cuba tanya itu Filipino punya historian. :D :D :D

Sebenarnya, banyak lagi 'fakta2' sampah yang diutarakan Michael Chick aka John Doe nih. Cuma, tunggu lain hari ajer aku akan jawab balik segala pertuduhan dangkal beliau itu. Tujuan artikel yang pertama tu hanya satu. Nak memecahbelahkan rumpun bangsa Melayu kepada suku-suku yang lebih kecil. Hakikatnya kita tau bangsa Melayu tu luas dan bukan sesempit ruang lingkup sempadan Malaysia sahaja. Kalau puak ultra kiasu nak pecahbelahkan Melayu nah saya cabar mereka pecahbelahkan dulu bangsa mereka iaitu Han Chinese kepada Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew, Foochow dan Hainanese. Try la meh, got ball to do it ah??. Okay, jom kita ikuti pandangan blogger MarhaenKacak pasal perkara ini pulak. Zzzaaaaaaaaaaassssssss



Sebagaimana biasa, artikel-artikel tipikal seperti ini mempersoalkan tentang ketuanan bangsa Melayu di bumi bertuah ini. Sebagaimana yang korang juga tahu, sejak kebelakangan ini ramai antara kolumnis-kolumnis atau blogger-blogger yang berbangsa Cina (juga sedikit dari kaum India) telah mengeluarkan pelbagai artikel yang kononnya ‘kajian’ dan ‘rumusan’ untuk menyanggah status Melayu sebagai pribumi di negara kita.

Untuk kesekian kalinya setelah membaca artikel terbaru ini, aku hanya tersenyum dan tergelak kecil mengenangkan puak-puak kiasu ini yang tidak putus asa mahu membuktikan orang Melayu itu adalah pendatang di ‘Malaysia’ ini. Dalam artikel ini pelbagai bukti dan kronologi logik di datangkan samaada dari catatan pengembara China silam, penulisan para sejarahwan orientalis, rekod media Negara Brunei dan sebagainya. Penulis yang menggelarkan dirinya ‘John Doe’ ini nampak cukup berilmiah dalam menampilkan bukti-bukti akademik untuk menyokong hujahnya.

Mungkin ramai blogger-blogger Melayu serta juak-juak UMNO serta PEKIDA (sekadar memberi beberapa contoh) terlompat-lompat kemarahan bila membaca artikel ini. Mungkin juga ada ustaz-ustaz PAS dan Jawa-Jawa dalam PKR (misalnya) tersenyum simpul kerana sedikit sebanyak artikel ini dapat menutup mulut segelintir penyokong ‘Ketuanan Melayu’ tajaan UMNO kononnya. Mungkin juga ada yang tidak mengambil kisah tentang apa yang ditulis dalam artikel ini dimana mereka hanya menganggap ‘Ketuanan Islam’ (contohnya) lebih utama.

Pandangan korang  pula bagaimana? Rileks tuan-tuan dan puan-puan. Walaupun dalam kelompok mana anda berada, jangan merasa ‘gayat’ dengan intipati artikel di atas. Artikel di atas adalah sama spesis dengan bahan yang kononya ‘ilmiah’ mahu membuktikan ‘mereka’ juga perlu dilayan seperti status bumiputera.


Sebelum ini dikatakan Hang Tuah lima bersaudara itu berbangsa Cina….. ‘Hang Too Ah’ katanya…. Ada orang Melayu jadi ‘gayat’ seketika hanya berbekal hipotesis dangkal bersandar fonetik sebutan bahasa.
Sebelum ini dikatakan juga Parameswara itu adalah pendatang dari ‘Indonesia’ yang lari ke Melaka. Maka anak-anak Melayu ‘gayat’ seketika memikirkan Sultan dan Raja mereka sama ‘kaum’ dengan orang gaji Indonesia nya.
Sebelum ini juga dikatakan Tanah Melayu ini adalah sebahagian dari ‘Barr Chin’ yang bermaksud ‘benua/tanah negara China’. Sekali lagi bangsa Melayu di Malaysia terkesima seketika dengan hujah puak kiasu ini yang hanya berbekal Peta Arab yang tidak wujud pun sama sekali!

Read more: John Doe Berkokok Tentang Sejarah Melayu : Jangan Melatah! ~ Hikayat Marhaen Kacak http://marhaenkacak.blogspot.com/2011/01/john-doe-berkokok-tentang-sejarah.html#ixzz1CVfWFfn1


Nah, masih ingat lagi kontroversi peta 'Barr Chin' yang si John Doe aka Michael Chick ini uar-uarkan dulu? Mana dia?. The truth is, he is blown off by his stupid lies. Seriously the Barr Chin joke is the biggest bluff they the 'ultra-kiasu's' ever created in the centuries. More exposure about the ultra-kiasu's coming soon. Only on Shacklesmith - Kerambit Assasin's blog







Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010! Cetusan hati nurani Shacklesmith


Good Bye 2010, tu hanyalah yang hanya mampu aku ucapkan. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, 2010 memang banyak meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap hidup aku. Aku semakin mengenali lebih ramai manusia dari bermacam-macam ragam. Segala hajat yang aku pohon ketika 2010 membuka tirai, ada yang dapat dan ada jugak yang tak tertunai. Macam biasa, aku dapat kawan dan aku hilang kawan. Elok aku berkawan dengan dia sekali entah sapa datang dari mana terus rampas dia dari aku. Semuanya, aku harungi dengan tabah dan penuh rasa keredhaan kerana aku tau segala yang baik datang dari-Nya. Manakala, segala yang buruk datang dari salah kita sendiri akibat kesilapan diri sendiri mencaturkan kehidupan kita yang fana ini. Itulah takdir dan ketentuan ilahi yang menentukan segala perjalanan hidup kita. Kadang-kadang rasa nak surrender tapi bila pikir balik life must go on


Cinta? soal yang sungguh cliche yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap anak teruna dan juga dara. Dalam tahun 2010, ramai kawan aku dapat pakwe dan makwe baru. Ada berkapel sekejap, dan ade bercinta sampai sekarang. Bahkan, ada jugak yang kecundang di tengah jalan. Sungguh banyak yang perlu diharungi dan dikorban demi sebuah cinta yang abadi ni kan. Sanggupkah, aku berkorban untuk semua tu? Terserah jelah pada Allah SWT untuk menentukannya. Aku? pernahkah aku serius dalam bercinta sebelum ni?. Ade rezeki nak bercinta, aku tolak mentah-mentah tapi bila aku nak merasa hatta sedikit kemanisan percintaan tak terbalas pula hajat ku itu. Bak kata pepatah 'Yang dicari tak dapat, yang dikendong berciciran'. Ada orang tanya kat aku, kenapa aku tak pernah ade awek. Biasanya, aku akan jawab 'nak buat camner beb, rezeki takde. aku ni bukan macam mamat lain, ade kereta, motor ngan macam2 lagi'. Tapi dalam hati kecil ni pulak menjawab, 'aku tak faham apakah erti di sebalik percintaan itu dan adakah ianya akan berakhir dengan rumah tangga seperti yang aku idamkan?'. Terus terang aku katakan, memang payah aku nak yakin akan sebuah relationship tu dan aku ni jugak bila dah kecewa memang payah aku nak berbaik semula dengan orang yang aku kecewakan kan itu meskipun dah berbuih mulut aku mintak maaf kat dia. Paling penting, zaman sekarang ni orang perempuan hanya mahukan yang terbaik aje dalam percintaan mereka macam nak balak yang sentiasa ada disampingnya asyik berkepit 24 jam dan korang semua tahulah secara automatiknya muncul kriteria seperti ada kereta, motor, kredit full sepanjang masa and i'm afraid i can't provide them with all their needs. Guys, paham-paham jela senang cakap cinta sekarang berpaksikan harta ajer. Korang kena jadi  a best player in the match if not, surely you lose the game. Zaman dulu dengan sekarang takde bezanyer, dulu nak tackle awek pakai kuda dengan pedang. Sikalang, guna itu kereta sama duit maahh. I rather be a warrior who dies in the heat of battle than dying in the garden of love. All i'm begging for is for changes in this 2011.


Tahun 2010 jugaklah banyak peristiwa penting berlaku kat negara kita. Bencana alam? toksah citerlah, banjir tiap-tiap tahun berlaku. Peristiwa hiburan tanahair, macam biasalah. Ada-ada jer gosip panas yang Melodi kat TV3 tu hidangkan. Aku pun naik muak kontroversi sana sini sampai aku rasa nak jadi pengarah filem pun tak senang nak cari makan kalau asyik dilanda kontroversi ajer. Sampai bilerlah industri nak maju kalau benda yang kecik tu pun nak diperbesarkan?. Jadi pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi, penggubah lagu, dan promoter tu bisnes jugak. Kalau sorang bangkrap yang lain pun terpercik jugak tau. Dr Rozmey pun sampai dikutuk menggila bagai nak rak. Terus terang jela aku nak gitau kat korang semua, secara personally memang aku tak berkenan dengan strategi  bisnes Dr Rozmey yang mempromosikan filem 2 Alam yang tak best langsung tu. Tapi takdela nak buat dia jadi bahan kutukan, kalau tak puas hati pun kutuk jela dengan cara yang lebih ilmiah walaupun si cendawan tu tak terima langsung. AJL 23 yang berlangsung Januari lepas pun tak kurang hebatnya sampai dipengaruhi anasir Freemason dan Illuminati laknatullah! inilah akibatnya kalau nak tiru sangat Hollywood tu. Sampaikan yang haram pun dicedok sekali, iklan TV3 masa hari raya tu pun sama. Lain kali, carilah idea yang betul sikit dan tak tersasar dari landasan yang sepatutnya. Kita ni orang Islam. Pasal politik, aku malas nak sentuhlah buat masa ni. Memang tak dinafikan politik tu kotor, ada parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam tapi perangai ahlinya langsung tak mencerminkan Islam sampai sanggup jadi kuda tunggangan dan lembu parti kafir lagi. Begitulah jugak parti yang kononnya memperjuangkan Melayu tapi hanyalah kosmetik sahaja. Parti politik yang kononnya memperjuangkan kesamarataan antara semua kaum hanyalah pandai bermuka-muka saja. Hakikatnya, mereka pencetus kacau bilau suatu ketika dahulu dan secara halusnya memperjuangkan agenda kiasu kaum mereka saja. Politics is just plain dirty at the uttermost core


Anak-anak buah aku pun makin lama makin cerdik, seronok aku tengok dorang membesar. Melayan kerenah budak-budak semua ni sememangnya memeningkan kepala. Tambah lagi kat rumah aku dah ade TV Plasma 15 inci, makin teruklah aku nak berebut dengan dorang. Anak buah aku yang paling tua sekali tahun 2011 ni nak masuk darjah satu. Pak Su harapkan kau janganlah degil sangat erk. Nanti kena marah cikgu, bukan apa. Kau tu dahlah degil ya amat. huhuhu :D. Oh yer, tak lupa. Team Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010. Congratulation boy's, you all done a great job's. Okeylah, Shacklesmith dengan berbesarkan hati nak tujukan lagu ni kat korang semua. Lagu ni dengar cerita lagu raya, tak taulah tang mana bunyi mood raya-nyer tuh. Tapi lagu ni memang aku minat. Okey jom dengar lagu tu. Semoga 2010 kekal dalam kenangan kita semua. Assalamualaikum dari Shacklesmith untuk anda. 


Thursday, December 2, 2010

Snippet! Apa dah jadi pada November!!

I KNOW WHAT YOU DID LAST NOVEMBER!

Sedar tak sedar, diam tak diam. Tak perasan pulak tuan hamba yang bulan November dah melabuhkan tirai. Kini Disember pula yang dah pun menjelma. Bukan setakat tu aja, aku pun sendiri tak percaya yang aku dah nak habis tempoh pengajian kat kolej aku lagi dah. Fuhh, tak sangka betul. Tahun depan aku akan menggenggam segulung Diploma Teknologi Maklumat daripada kolej aku. Dalam bulan lepas aja aku dah selesaikan peperiksaan akhir semester aku padahal macam semalam pulak rasanya aku daftar kad matriks untuk Semester 5!. Okey, berbalik kepada apa aku nak ceritakan pada korang nih pasal apa yang dah berlaku bulan lepas. Kalau korang perhatikan betul-betul, macam-macam hal dah berlaku dah berlaku kat negara kita Malaysia yang tercinta nih. Kes model melayu bogel yang anjurkan parti seks buih lah, anak ahli politik bawak sosej babi ke sekolah, ahli politik bukan Islam baca ayat Quran walaupun sendiri tak mengimaninya langsung dan yang paling hangat isteri bekas Timbalan Perdana Menteri yang suaminya kini Ketua Pembangkang berhasrat ingin menghapuskan ketuanan Melayu!. Huh, banyak jugak cerita yang perlu aku cover nih.


Kes pertama, pada 5 November yang lalu seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita Parti Keadilan Rakyat kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. Anaknya yang bernama Basil telah dirotan sebanyak 10 kali di telapak tangan akibat memakan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya! Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah. Pada pendapat peribadi saya, hukuman untuk merotan kanak-kanak berkenaan adalah tidak begitu wajar kerana si anak kecil itu bukan beragama Islam. Akan tetapi, akibat dari statusnya sebagai anak orang kenamaan yang pernah bertanding sebagai calon pilihanraya dengan menggunakan nama Islam telah menimbulkan satu spekulasi. Apakah latarbelakang kanak-kanak berkenaan lebih-lebih lagi bapanya? Lantas timbul beberapa persoalan membabitkan identiti anak dan bapa kepada anak berkenaan serta status agamanya selain tindakan susulan majlis agama Islam.

Pertama, membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. Wajarkah guru merotan murid berkenaan kerana kesalahan itu? Atau dia dirotan kerana pelajar berkenaan beragama ‘Islam’?

Kedua, kenapa pelajar berkenaan dirotan. Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama anak itu Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Islam.

Ketiga, apakah keluarga berkenaan beragama Islam? Dan jika sudah keluar Islam, apakah bapa kepada anak itu menggunakan dua identiti?

Keempat, kenapa apabila membuat laporan mengenai anak perlu menggunakan sayap wanita PKR. Apakah jika tiada parti pembangkang dalam laporan itu Jabatan Pelajaran tidak menerima laporan sedemikian?


Seperti yang kita maklumkan di Sabah dan Sarawak, walaupun seorang itu memiliki nama bercirikan Islam tidak semestinya beragama Islam. Walaubagaimanapun, persoalan tersebut telah terjawab apabila bapa budak sekolah berkenaan membuat pengakuan yang beliau bukan beragama Islam. Bapa pelajar sekolah tu sendiri berkata ketika memohon untuk Mykad, beliau telah menukar nama kepada nama asalnya semula. Laporan akhbar The Star juga memetik,““Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” katanya lagi. Kes berkenaan telah menimbulkan perbahasan hangat di dewan Parlimen membabitkan bekas teman seperjuangan yang pernah 1 parti dengan bapa budak berkenaan iaitu  YB Zulkifli Nordin (MP Kulim - Bandar Baharu) supaya menyiasat taraf kewarganegaraan bapa kanak-kanak berkenaan kerana pernah bertanding menggunakan nama Islamnya ketika pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2001 yang menyaksikan beliau tewas teruk. Jika kita rujuk semula sijil perkahwinan ini pada tahun 1999, beliau telah mengaku tidak lagi menganut apa-apa agama sedangkan pada tahun 2001 beliau masih menggunakan nama Islam-nya ketika bertanding di pilihanraya. Nampak kemusykilan? Untuk pengetahuan lanjut sila layari laman ini



Kes kedua pula adalah berikut mengenai adalah mengenai isu pesta buih malam Krismas yang penuh dengan kemaksiatan sehingga meleret kepada pembongkaran gambar-gambar 18SX seorang model sambilan yang menggemparkan pelayar maya! Insiden ini bermula apabila salah seorang pelayar Facebook telah mendapat invites dari rakan mayanya untuk menghadiri satu pesta buih yang bakal diadakan pada malam Krismas di sebuah nightclub di Jalan P.Ramlee, Bukit Bintang. Terkejut dengan jemputan berkenaan, sang surfer tersebut telah melaporkan kes ini kepada seorang kaki gosip yang kuat mengumpat pasal politik sehingga merapu tahap meraban KBSB. Sejurus selepas laporan berkenaan, maka terbongkarlah siapa penganjurnya dan segala latarbelakangnya dalam internet telah terdedah kepada umum.


Segalanya berkaitan dengan salah seorang penganjurnya telah diserang termasuk dengan pekerjaan sambilannya. Malahan, dengan terjumpa gambar-gambar panas model sambilan tersebut disebuah portal rangkaian model #1 dalam internet Modelmayhem. Ianya turut dijadikan modal oleh blogger berkenaan untuk menyerang penganjur yang juga model sambilan tersebut. Ini menyebabkan dia menutup terus profile-nya di laman tersebut. Kesal dengan kenyataan dan tindakan beberapa page facebook dan blogger yang mengaibkan individu ini, apatah lagi individu ini seorang WANITA. Memang benar dia bersalah, tetapi adakah Islam mengajar kita untuk mengaibkan umat yang lain? Ya pada pendapat saya, tindakkannya mendedahkan tubuh badannya yang montok untuk modeling adalah sememangnya benar-benar HARAM dan tidak boleh dinafikan lagi. Apatah lagi kita tahu apa azab yang akan kita dapat di akhirat kelak!.
Sememangnya, yang tertuduh telah mengaibkan dirinya sendiri dengan meng'uploadkan' gambar sedemikian rupa. Namun adakah kita sebagai umat Islam amatlah tidak wajib begitu sekali menambahkan arang dengan menjadikan dia bahan mengumpat sedemikian rupa. Nauzubillah, Islam tidak pernah sesekali mengajar mahupun membuka ruang untuk mengumpat. Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat buat umatnya kerana sesungguhnya DIA mahu mereka-mereka yang tersesat jalan ini kembali kepada jalan yang diredhai-Nya. Mungkin blogger tu dah biasa dengan gosip-gosip dan mengumpat tentang ahli politik. Jadi tak hairanlah, kepada saudara yang lain. Beringatlah sentiasa selalu. Disini penulis ingin memberi amaran, bahawasanya aku bukan berniat langsung untuk melemparkan tohmahan kepada beberapa individu yang terlibat bahkan jauh sekali nak mengaibkannya. Aku hanya untuk korang berfikir sejauh mana orang-orang terlibat ni buat salah itu aje. Baik yang buat, baik juga yang menuduh. Walahualam


Kes ketiga pula memang telah hangat semenjak beberapa bulan lepas, iaitu kes ahli politik  bukan Islam membaca ayat Al-Quran. Perkara ini bukan baru sekali berlaku, malah sudah berlaku semenjak pilihanraya kecil Bukit Gantang lagi. Terbaru, ianya berlaku sewaktu satu majlis parti berlambangkan mata satu, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Aku tertanya-tanya sejenak, macam mana boleh umat Islam tertipu dengan helah licik musuh-musuh Allah SWT?.  Tak cukup dengan ulamak 'suq' yang tebal dengan sikap mazmunah menjual ayat-ayat suci demi tujuan politik sempit mereka meraih undi di ceramah politik kini sekutu rapat mereka dari golongan kafir juga berbuat perkara yang sama dengan sewenang-wenangnya malahan berani membuat tafsiran sendiri yang menyeleweng dari yang sebenarnya! Fikir-fikirkanlah saudara sekalian.

Cubalah korang semua bayangkan, si kafir-kafir ini memperdengarkan pada kita ayat suci Al-Quran tapi jiwa mereka tetap menolak ajaran suci Islam dengan menyekutukan Allah SWT. Pastinya, bagi sekutu mereka dikalangan mukmin akan mengeluarkan hujah bahawa dengan menggunakan ayat Al-Quran pastinya mereka-mereka yakni si kafir ini akan mendekatkan diri mereka kepada nur-Islam sekaligus menjadi mualaf. Namun benarkah begitu? Baiklah, aku bagi tempoh dalam seminggu! kalau diorang tak masuk Islam jugak apa yang korang pencacai semua akan spin nanti? Sesungguhnya, petikan ayat-ayat suci Al-Quran hanyalah umpan untuk meraih undi dari golongan Melayu Islam sahaja. Inilah talbis syaitan dari bakal penghuni neraka yang kufur, jarum-jarum halus yang memerangkap golongan mukmin yang bertakwa. Justeru, marilah kita renungkan secara mendalam firman Allah SWT agar kita bersatu-padu menentang musuh-Nya. Takutlah kepada siksa Allah yang teramatlah pedih di akhirat kelak dan berdoalah semoga kita diredhai-Nya selalu. Amin.

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali". [Surah Al-imran : 28]


Semoga kita mendapat keinsafan dan iktibar dari apa yang mereka lakukan ini. Credits from SangTawal Sakranta for informations.




Kes ketiga pula yakni yang terakhir adalah berkaitan dengan Ketuanan Melayu yang dipermainkan oleh isteri ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah dalam satu majlis PKR. Beliau menyatakan bahawa apabila parti pembangkang dipilih untuk menerajui pentadbiran negara pada satu nanti, Ketuanan Melayu akan ditinggalkan sama sekali. Menurutnya, terma tersebut telah dieksploitasi oleh golongan elit Melayu untuk memperbodohkan golongan bawahan demi menegakkan kekuasaan mereka. Persoalannya, apakah beliau faham akan maksud sebenar Ketuanan Melayu?. Ketuanan Melayu merujuk kepada sistem Raja Berpelembagaan yang terdapat di negara ini. Iaitu bermaksud atau simbolisme kedudukan Sultan-sultan dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan dan kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan hak istimewa kaum Bumiputera. Tidak dan jauh sama sekali berkonsepkan sistem Melayu tuan dan bangsa lain hamba! Fakta ini sudah diputarbelit oleh golongan racist, socialist & chauvinist bigots. 


Ramai yang tidak tahu bahawa perkataan 'Ketuanan Melayu' sendiri yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ketika di dalam Pemuda UMNO dahulu. Malah dengan modal inilah beliau mudah menewaskan pencabarnya dahulu selain dari statusnya sebagai pemimpin ABIM. Generasi sekarang jangan harap nak tau tu semua. Ramai yang masih kabur tentang apakah sebenarnya Ketuanan Melayu ini. Jika isu Ketuanan Melayu ini masih  menjadi masalah kepada golongan muda bukan Melayu kita tak hairanlah sebab minda mereka telah didoktrinkan-subliminally mind-controlled by the media of their respective demonic satanist political parties. Akan tetapi yang memeranjatkan, golongan muda Melayu sendiri tidak faham apa itu maksud Ketuanan Melayu. Aku tak hairan kalau dalam UMNO, PAS dan PKR pun tak faham apa tu semua. Dah depa bodoh tolol nak buat lagu mana kan.  Aku tak sebelahkan mana-mana parti politik pun, sejak akhir-akhir ni aku menyampah dengan ahli politik Melayu baik kerajaan dan pembangkang yang suka membawa isu bermodalkan tong kosong!. Depan Melayu cakap lain, depan bangsa lain cakap benda tak sama pulak. Dunia yang dah nak kiamat ni macam da berlaku. Ahli politik adalah umpama bayangan Dajjal di muka bumi. Nak tak nak, kenala terperuk depan tingkap siang malam  menunggu Imam Mahdi yang entah bila akan sampai. Hanya ibadat kita jela yang membantu. Semoga Imam Mahdi menjadi pembela agama kita pada waktu yang mendesak ini. 


Nah, ni cerita terakhir buat korang. Dengan cerita keturunan pemerintah Ligor iaitu Negara Seri Dharmaraja nak buat tuntutan dengan pembesar negara. Cerita ni aku dapat masa Raya Aidiladha lepas. Punyalah kelakar surat yang depa bagi tu mak oi. hehehe. Rasa2nya sanggup ke PM kita laksanakan hajat depa yang gila tuh kan.


Kalau korang nak tau lebih lanjut silalah rujuk laman blog Al-Semantani. Secara peribadi, aku amat hormat dengan dia. Penulisan mengenai kupasan sejarah yang detail tapi ringkas. Senang aku fahami, kalau korang nak tau apa-apa pasal sejarah Melayu bolehlah rujuk blog dia. Banyak yang korang semua boleh pelajari. Ingat, apa yang dia tulis tak banyak dicatatkan dalam buku sejarah kita. Oleh, benda yang diajarkan tidaklah membosankan. Okay, tunggu artikel aku yang lepas ni pulak ye. Baca jangan tak baca. Salam persaudaraan dari Shacklesmith. :)


Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget