Sunday, February 5, 2012

Leuniey Nafi Pernah Keluar Bersama Apeks, Bapa Saudara Leuniey aka Pengurus Apeks Minta Bukti

Aku mendapat laporan ni melalui portal berita Detikperubahan.com pada awal pagi tadi. Cuma  tidak sempat nak berkongsikan kepada korang semua atas kesibukan seharian akibat urusan peribadi. Baiklah, melalui laporan yang dikeluarkan portal tersebut. Benar terbukti bahawa gosip liar tuduhan Apeks punca utama terputusnya tali pertunangan Leuniey dan Hisham hanyalah khabar angin semata-semata bertujuan untuk menjatuhkan maruah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apeks).


Ini petikan lengkap laporan seperti yang disediakan portal berita Detikperubahan.com. Buat pengetahuan semua, wartawan terlebih dahulu meneruramah Leuniey sebelum menghubungi pengurus Apeks untuk menyiasat secara lanjut kebenaran khabar angin ini.





Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Gadis yang dikatakan putus tunang gara-gara menjalinkan hubungan dengan penjaga gol Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, menafikan sekeras-kerasnya tudahan yang dilemparkan kepadanya itu sebaliknya menyifatkan ianya fitnah daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ekoran itu, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, berita mengenainya itu dipercayai disebarkan oleh pemilik laman Twitter @MahSiH untuk memburuk-burukan namanya.
“Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di butik pengantin milik ibunya di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai fitnah itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu.
Beliau yang merupakan seorang usahawan butik pengantin berkata, tindakan undang-undang itu diambil kerana tuduhan itu bukan sahaja menjejaskan imej keluarganya tetapi juga perniagaan yang dijalankan.
“Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam,” katanya.
Beliau yang terkejut dengan berita itu berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas kepada anaknya itu akan diambil tindakan.
Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi.
Dan ini pulak sms Apeks yang diterima dari Bahrain semalam. Turut ditemuramah, Mohd Irwan Azni selaku pengurus peribadi beliau yang juga merupakan bapa saudara Leuniey (so this is how the wild allegations starts, note something fishy when there is hot babes around and people will throw bad remarks about Apeks being a player).


Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyatakan kontroversi yang melanda dinya kini tidak sedikitpun menggugat semangat dan keyakinan beliau untuk menghadapi perlawanan yang akan berlangsung malam ini.
Ini terbukti daripada sms yang dikirimkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek yang kini berada di Bahrain.
Sementara itu, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd, menafikan kontroversi membabitkan Apek yang dikatakan merampas tunang anak lelaki seorang usahawan terkenal di di sini.
Pengarah Urusannya, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali kerana Apek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gadis terbabit iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 atau lebih dikenali sebagai Leuniey.
“Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.
“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Irwan Azni yang merupakan bapa saudara kepada Leuniey mengakui hubungan rapatnya dengan Apek namun menafikan anak saudaranya itu menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gawang terbaik Asia itu.
“Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat,” katanya.
Mengulas kontroversi itu, katanya, ia bermula apabila beliau membawa Apek ke rumah Leuniey untuk mengambil anaknya.
“Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.
“Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,” katanya.
Katanya, apabila gambar tersebut dimuat turunkan di dalam Facebook pelbagai cerita mula timbul sehinggalah sekarang.
“Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.
“Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya,” katanya.
Beliau berkata, soal hubungan Apek dengan Leuniey tidak timbul kerana mereka berdua tidak pernah bercakap atau keluar bersama.
“Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.
“Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.
“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan,” katanya yang mengakui keakrabannya bukan sahaja dengan Apek tetapi juga ahli keluarga ikon sukan negara itu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah itu segera menghentikannya sebelum sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini.
“Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya,” katanya.
Akhirnya pihak yang sepatutnya sudah bersuara maka dengan itu tamatlah segala tohmahan dan tuduhan liar yang menimpa penjaga gol pasukan Harimau Malaya dan Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat. Nasib baiklah, si Apeks tu cool ajer apabila berhadapan dengan gosip liar ni.
Kepada si tukang tweet @MahsiH2, sudah tu sudahlah. Alhamdullillah, kau dah mintak maaf kat orang yang terlibat. Insaflah atas perbuatanmu itu.
Shacklesmith : Dari awal lagi aku dah agak yang semua ni 'hok tipu belako'.

Salam Maulidur Rasul - 1442 Tahun Nur Islam Menerangi Dunia Dari Kegelapan



Hari ini, 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 5 Februari 2012 Masihi adalah hari ulang tahun keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan pesuruh Allah SWT yang terakhir bagi sekalian umat manusia dan pembawa rahmat untuk keseluruhan alam. Sesungguhnya tidak dinafikan baginda merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi umat manusia kerana membawa kebenaran melalui jalan yang lurus disediakan Allah SWT. Telah banyak jasa yang dicurahkan oleh Rasullullah bukan sahaja sebagai seorang rasul, malahan sebagai pemimpin umat, pemerintah tertinggi kerajaan Islam pertama, ketua tentera Islam, dan ketua keluarga yang membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan erti persaudaraan, akhlak, keluhuran budi, dan erti kehidupan sebagai seorang hamba Allah.


Telah banyak pengorbanan yang telah dilakukan Baginda demi kesejahteraan umat Islam di zamannya seperti bergadai harta benda sewaktu berhijrah ke Habsyah dan Madinah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kejayaan Rasullullah mendamaikan dua suku Arab iaitu Aus dan Khazraj yang telah bersengketa selama lebih ratusan tahun melalui Perjanjian Aqabah pertama sehingga menyatupadukan mereka menjadi kaum Ansar merupakan satu perjanjian damai yang paling berjaya di dunia dalam sejarah kerana selepas itu lebih-lebih lagi di zaman moden, sebarang perjanjian damai hanya termeterai di meja rundingan saja dan kemudian selalunya dimungkiri. Mustahil bagi insan biasa memadamkan api dendam yang bersarang di lubuk hati manusia melainkan hanya Rasullullah saja yang mampu menyelesaikannya.


Sesungguhnya terlalu banyak jasa yang Baginda curahkan kepada manusia sejagat khasnya bagi kita Islam. Tersangatlah banyak hingga tak terkira untuk aku catatkan disini. Oleh itu, aku disini sebagai tuan empunya blog ingin mengucapkan kepada kalian semua.





Saturday, February 4, 2012

Suasana Rutin Seharian Pekerja Di Ibu Pejabat (HQ) Facebook

Aku yakin ramai yang tahu menggunakan Facebook sehingga menghabiskan masa berbelas jam menghadap komputer semata-mata nak mengemaskinikan status dan gambar bersama rakan-rakan sambil komen mengkomen satu sama lain dan sebagainya. Tidak kurang juga yang asyik melayan permainan Farmville bercucuk tanam di ladang-ladang maya yang kebanyakannya sudah berusia lebih 2 tahun itu. Akan tetapi tak pernah langsung terfikir bagaimana  pula para kakitangan penyelenggara laman sosial terbesar itu bekerja di pejabatnya. Mereka berhempas pulas siang malam tanpa mengenal erti letih untuk memberikan yang terbaik untuk korang semua supaya korang tak risau digodam dan sebagainya. Korang ingat Mark Zuckerberg sorang jer ke yang maintain server Facebook nieh? Dia lagilah sedap syok buat duit berjuta-juta dolar kutip hasil iklan lagi banyak dari jumlah kutipan tahunan keseluruhan Nuffnang.


Bagi pengetahuan korang semua, Facebook baru saja berpindah ibu pejabat dari HQ lama mereka dari Palo Alto ke Menlo Park, California. HQ baru mereka merupakan bekas kampus Sun Microsystem yang berkeluasan 57-ekar ini mampu memuatkan hampir 2000 kakitangan bagi 1 juta kaki keluasan. Ianya mampu diperluaskan lagi apabila diperlukan.


Satu info yang amat menarik untuk dikongsikan bersama adalah tahukah bahawa ibu pejabat Facebook ni dilengkapi dengan 'pondok telefon' (bukan public punya beb) untuk memudahkan para kakitangan mereka untuk berbual menggunakan telefon bimbit keadaan yang lebih privacy tanpa gangguan teman sekerja.























Sumber SINI

Shacklesmith : Agak sempoi jugak aku tengok dressing dan office dorang beb, mungkin beginilah keadaan bila bekerja kelak kalau teruskan kerjaya di bahagian IT mahupun multimedia jikalau aku berminat. Inilah ruang pejabat yang ramai anak muda sekarang idamkan. Gaya berpakaian bebas asalkan sempoi tanpa sebarang perlu mengenakan tali leher yang menyiksakan. Patutlah ramai mahasiswa lepasan IT tak nak kerja gomen dowh.

Nasib Baiklah Apeks Bukan Punca Utama Leuniey Dan Hisham Putus Tunang..

Hari ini segala persoalan mengenai benarkah Khairul Fahmi Che Mat punca utama terputusnya tali pertunangan Leuniey Natasha dan Hisham yang dilaporkan kononnya pemilik akaun Twitter @MahsiH2. 




Hisham, bekas tunang kepada Leuniey Natasha kini tampil membersihkan nama Apeks dan bekas tunangnya dengan mengesahkan bahawa Apeks bukanlah punca utama tali pertunangan mereka terputus. Disamping itu beliau juga menafikan dakwaan setengah spekulator gosip bahawa beliau pemilik sebenar akaun Twitter @MahsiH2 yang dikatakan kononnya oleh segelintir spekulator adalah keterbalikan namanya.


Beliau juga turut merayu agar isu ini dihentikan dan tidak diperbesar-besarkan lagi. Berikut adalah sebahagian laporan Harian Metro yang telah disunting semula oleh blogger Beautifulnara untuk ringkasan pembaca sekalian.



Kata bekas tunang Leuniey:-

Bekas tunang tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana Khairul Fahmi. Bekas tunang memutuskan pertunangan tanpa memberitahu sebabnya. Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan.

Ditanya adakah dia mempunyai kaitan dengan twitter @MahsiH2, bekas tunang Leuniey memberitahu:-

Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang. (kredit - Terbakor.com)

Aku harapkan dengan penjelasan oleh bekas tunang Leuniey ini maka berakhirlah segala spekulasi liar dakwaan bahawa kontroversi ini berpunca dari Apek sendiri. Semoga segala tuduhan liar ini berakhir dan tidak membawa tekanan kepada Apek terutamanya tatkala berdepan perlawanan besar esok. 



Shacklesmith : Apa kata Dahlia pulak? Baca di SINI. Aku harapkan segalanya berakhir, semoga Apeks tabah menerima dugaan ini sebab besok ada big match. Sama-samalah kita doakan Harimau Malaya menuju kejayaan menumbangkan Bahrain!.

Friday, February 3, 2012

Watak Steve Jobs Diejek Dalam Iklan Peranti Android



Kebanyakan penggiat ICT dan peminat gajet-gajet canggih sedunia sudah sedia maklum akan betapa bencinya mendiang Steve Jobs terhadap perisian sistem operasi Android keluaran Google yang beliau anggap selama ini sebagai produk cetak rompak dari iOs (sistem operasi iPad dan iPhone) yang merupakan keluaran dari syarikat beliau iaitu Apple Corporation.


Baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar produk elektronik dari Taiwan telah mempromosikan komputer tablet Android melalui iklan yang menampilkan watak seorang lelaki bersayap dan memiliki halo di kepala (simbolik kepada orang yang sudah meninggal dunia seperti yang selalu digambarkan dalam kartun keluaran Hollywood) disamping memakai baju turtleneck hitam dan berseluar jeans biru  iaitu trademark rasmi Steve Jobs sendiri. Di dalam iklan tersebut, watak Steve Jobs tersebut sempat mengeluarkan dialog "Thank God I get to play with other tablets " sebelum mengeluarkan komputer tablet ActionPad seperti memperlekehkan iPad.


Tindakan syarikat elektronik berkenaan yang mengeluarkan iklan menampilkan watak persis Steve Jobs lakonan pelawak terkemuka Taiwan, Ah-Ken mendapat kecaman hebat dari pelbagai lapisan masyarakat dari serata dunia kerana menganggapn ianya sebagai suatu yang biadab dan tidak menghormati insan yang sudah pergi. Walaubagaimanapun, Chelsea Chen jurucakap kepada pengeluar ActionPad tetap mempertahankan tindakan syarikatnya mempermainkan watak Steve Jobs dengan menegaskan bahawa 'tiada apa-apa yang salah pun'.


Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober lalu. Menurut penulis buku autobiografi beliau, Walter Isaacson. Steve Jobs telah 'mengisytiharkan perang' terhadap Android dan merasakan bahawa dirinya telah dikhianati oleh Google. (sumber Mashable)




Shacklesmith : Steve Wozniak sendiri pernah mengiktiraf Android bulan lepas, oleh itu adakah beliau sendiri telah mengkhianati Steve Jobs?. Ada otak fikir-fikirkanlah.

Apeks Putus Cinta Lagi!! Siapa Leuniey Natasha??



Nampaknya kontroversi melanda lagi buat penjaga gol Harimau Malaya dan Red Warrior serba macho, Khairul Fahmi Che Mat. Dari tahun lalu semenjak kes beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing dan gosip BBM panas bersama gadis bernama Shida. Badai kontroversi tidak putus-putus menimpa beliau. Baru-baru ni beliau dilaporkan telah putus cinta dengan kekasihnya, Dahlia Teck dan kini pula pula menjalinkan hubungan dengan seorang gadis Kelantan yang bernama Leuniey Natasha.


Pada pendapat peribadi aku perkara sebegini mungkin biasa untuk didengari kerana putus cinta itu sudah jadi ketentuan hukum karma dan qada' & qadar. Akan tetapi lebih memanaskan keadaan menurut blog gosip hiburan yang lain, dikatakan bahawa kekasih baru Apeks tersebut baru memutuskan tali pertunangan pada 14 Januari yang baru terjalin semenjak 29 Disember lalu gara-gara tergilakan Khairul Fahmi Che Mat.




Malahan dakwaan putus cinta Apeks dan Dahlia Teck turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwit semenjak pertengahan bulan lalu. Lebih menghangatkan lagi keadaan, seseorang yang tidak dikenali dari Kelantan telah mencipta satu akaun baru Twitter untuk menghebahkan kepada umum mengenai khabar ini. Sila lihat di SINI @MahsiH2

SIAPA LEUNIEY NATASHA

Mengikut hasil penggeledahan yang aku jalankan melalui Google aku mendapati 'pacar baru' Khairul Fahmi ini merupakan seorang make-up artist. Menurut twitter MahsiH2 lagi, beliau ni ada sejarah merampas kekasih Dahlia Teck sebelum ini lagi (Entah betul ke tak, harap-harap tidaklah) . Berikut adalah gambar-gambar beliau yang aku perolehi sepanjang pencarian ini. 

Aku cedok dari SINI

Ini pulak gambar sewaktu majlis pertunangan beliau dulu. Sudah macam majlis bersanding jer aku tengok beb.



Kalau nak tengok lagi gambar beliau silalah ke laman Tweeter milik saudara/saudari @MahsiH2. Aku berjanji akan padam gambar ni jika ada empat atau lebih pihak yang tidak senang dengan tindakan aku ni. Harap maaf kepada sesiapa yang terasa.

Aku secara peribadinya tidak yakin dan mempercayai 100% akan kesahihan khabar ini kerana masak benar akan segala kontroversi yang menimpa Khairul Fahmi Che Mat. Kadangkalanya perkara kecil berkaitanya sengaja diperbesarkan walhal bendanya pun remeh-temeh. Macam kes BBM hari tu heboh keluar gambar Apeks dengan awek bernama Shida last-last takde apa jadi pun. Apeks tetap lagi setia bersama Dahlia. Kali ni heboh pasal kekasih terbaru tapi mana gambar mereka berdua pulak beb? 


Shacklesmith : Mengharapkan ini semua adalah khabar angin. Buat kami sebagai penyokong setia pasukan Harimau Malaya. Kami mahu KFCM/Apeks terus kekal bersama Harimau Malaya untuk 10 tahun lagi!.





Wednesday, February 1, 2012

Ikan Emas Ajaib Yang Tak Perlu Diberi Makan!



Hobi memelihara ikan sebagai haiwan perhiasan sudah lama mendapat tempat di hati warga Malaysia tanpa mengira bangsa. Akuarium bukan saja ditempatkan di rumah, malahan turut jugak terdapat di restoran, warung, sekolah dan juga pejabat-pejabat awam mahupun swasta. Boleh dikatakan, sebelum popularnya televisyen di negara ini. Menatap ikan di akuarium sudah cukup memuaskan hati sesiapa saja tuan empunya mata yang memandang tanpa mengira usia dan jantina.


Namun begitu, hobi membela ikan ni bukanlah semudah yang disangka. Ianya memerlukan 'passion' yang merangkumi pengorbanan wang demi menjaga kesihatan ikan dan kebersihan tangkinya sekali. Disebabkan aku sendiri pun tak pernah membela ikan, maka aku pun tak boleh buat anggaran kasar melainkan jikalau aku bertanya kepada pakcik aku yang tinggal di Kajang sebab kebetulan dia ada membela ikan dalam akuarium besar di dining room-nya.


Dulu masa aku bersekolah menengah bapak aku ada jugak membela ikan laga yang disimpan dalam balang kaca bersaiz medium. Aku agak dalam sehari ada dua kali lah dia bagi makan siap ngan cuci lagi pastu. Tapi sayang sungguh bela dalam dua minggu jer dah kojol. So agak rugi la kan walaupun ikan laga tu sekor setakat RM2 jer (masa tu ajelah, sekarang ni aku tak tau dah berapa harganya). Aku sendiri tak terkira langsung dalam lima bulan dia menjalankan hobi membela ikan laganya sudah berapa ekor ikan baru yang dibelinya untuk menggantikan ikan-ikan yang sudah mati. Ikutkan hati jiwa budak nakal aku pada masa tu nak jer aku laga-laga kan ikan tu almaklumlah PS2 pun gua tak beli lagi masa tu beb.


So, kepada sesiapa yang sudah serik memberi makan ikan emas dan penat mencucinya saban hari aku ada penyelesaiannya. Ianya boleh berenang-renang ikan emas yang sebenar dan lebih istimewanya ia tidak perlu langsung diberi makan. Memperkenalkan...







Electronic Goldfish in a Bowl
  • Just like a real fish, it "swims around." But unlike a real fish, you never need to feed it!
  • Real glass bowl - just add batteries and water (both not included).
  • Always-on multi LED light show (colors fade from one to another for instant ambience).
  • Includes: Glass bowl, fish unit, and base decoration.
  • Batteries: 3 x AA (not included).
  • Dimensions: approx. 7.5" x 4.5" x 7.9"

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget