Wednesday, March 18, 2015
MENGAPA INDUSTRI PERFILEMAN/HIBURAN NEGARA MENUJU KE ARAH KEHANCURAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
i - SEBELUM meneruskan bacaan, ingin DITEGASKAN di sini bahawa ini adalah PENDAPAT PERIBADI semata-mata, berdasarkan PENGALAMAN di dalam industri kita.
ii - TIDAK langsung MEMAKSA sesiapa untuk BERSETUJU dengan artikel ini.
iii - Tidak semua begini namun MALANGNYA, golongan ini adalah golongan MAJORITI.
iv - Andai TIDAK dapat MEMBACA dengan minda TERBUKA dan menerima TEGURAN maka kalian BELUM sedia BERUBAH.
v - Andai kalian belum sedia berubah, maka makin HANCUR lah industri ini.
[ MENGAPA INDUSTRI PERFILEMAN/HIBURAN NEGARA MENUJU KE ARAH KEHANCURAN ]
1 - Penerbit & pengarah terlalu EGO untuk menerima pendapat orang lain kerana merasa sudah HEBAT.
2 - IDEA dari yang muda TIDAK akan DIAMBIL KIRA dengan alasan tiada PENGALAMAN dan masih MENTAH.
3 - Padahal drama dan filem DIBIKIN antaranya untuk TONTONAN yang MUDA juga.
4 - MALAS untuk membuat kajian.
5 - Langsung TIADA INISIATIF untuk menjadi kreatif.
6 - AMBIL saja dari novel, atau TIRU saja idea dari filem luar.
7 - Apabila ditanya, akan keluar pelbagai ALASAN seperti "persamaan adalah kebetulan, saya pun tak sangka", "saya langsung tidak tahu, saya tak pernah tonton pun filem tu".
8 - Masih MENGHARAP, menagih dana kerajaan.
9 - Kalau TIADA DUIT, usah bikin drama dan filem. Berniaga saja CUCUR UDANG atau PISANG GORENG.
10 - Bila modal KECIL, bayaran pada pengarah, penulis skrip dan kru menjadi RENDAH. Pelakon juga terpaksa ambil yang kayu, janji kos MURAH. Lokasi jadi "ASAL BOLEH" kerana PERCUMA.
11 - Hasilnya drama dan filem menjadi lebih TERUK dari sampah!
12 - Kerana penerbit yang KELUAR MODAL, maka ada di antara pengarah yang hilang hak untuk MEMILIH penulis skrip dan pelakon yang berwibawa.
13 - Penerbit akan memilih penulis skrip yang mengikut SELERA mereka, walaupun ada yang menulis ENTAH APA-APA.
14 - Penerbit juga akan memilih pelakon yang mereka gemari, pelakon wanita yang boleh di"KEPIT" dan di "HIMPIT" walaupun langsung keras depan kamera.
15 - Andai penerbit tidak berbuat demikian, KEISTIMEWAAN tersebut akan jatuh kepada pengarah.
16 - Antara DOSA BESAR drama dan filem kita adalah kerana MENGIKUT selera penerbit dan pengarah, bukan mengikut selera PENONTON.
17 - Terdengar AYAT yang keluar dari PENERBIT dan pengarah tersohor tanah air "Kita buat filem ni, tak tahu lagi ada orang mahu tengok atau tak. Jadi kena la ikut trend semasa"
18 - Ayat yang paling DANGKAL pernah saya dengar.
19 - Semua PERNIAGAAN ada RISIKOnya.
20 - Andaiannya begini, jika sebuah LORONG dijadikan tempat berniaga. Dari awal lorong sampai habis lorong, SEMUA berniaga char kuey tiao. Apa anda FIKIR anda AKAN lebih UNTUNG? Akan lebih MAJU?
21 - Apa yang dikatakan sebagai "trend" ini sebenarnya TIDAK wujud.
22 - Penonton TERPAKSA menonton kerana TIADA PILIHAN genre lain, tiada filem antarabangsa yang MENARIK waktu itu atau kerana MINAT sangat dengan pelakon.
23 - Jalan cerita SAMPAH pun tak mengapa, janji pelakon yang diminati tu ada.
24 - Ya, Hollywood sekarang sibuk dengan filem-filem ADAPTASI komik superhero. Tetapi tahukah kalian yang GENRE LAIN juga dihasilkan dengan sama BANYAK?
25 - Malah filem SUPERHERO mereka juga punya VARIASI.
26 - Cuba ceritakan di MANA variasi, katakan lah, filem SERAM kita?
27 - Kalau sudah KELUAR satu filem pontianak, yang LAIN pun SIBUK dengan pontianak. Baik drama, baik filem.
28 - Kalau gangster, dah SEMUA pun sibuk bergangster.
29 - Bergaji KECIL tapi terpaksa bekerja MELEBIHI 14 jam sehari. JADI?
30 - Ketika MEMASUKI industri ini, perkara ini memang DIKETAHUI umum.
31 - Waktu penggambaran memang SUNTUK kerana ingin CEPAT siap, untuk KURANGKAN kos dan sebagainya.
32 - Salah SIAPA? Baca semula dari atas.
33 - PEKERJAAN ini (kru penggambaran) adalah PILIHAN HATI kalian SENDIRI.
34 - Andai TIDAK SUKA dengan gaji yang KECIL atau waktu kerja yang PANJANG, banyak lagi PILIHAN pekerjaan yang LAIN.
35- Menggunakan ALASAN gaji kecil dan TERPAKSA ambil 2-3 job sekaligus lalu terpaksa mengambil DADAH untuk ketahanan badan ketika bekerja adalah KARUT!
36 - Sekali lagi, BANYAK pilihan kerja yang ADA di luar sana.
37 - Minat? Jiwa memang dah JIWA SENI? Jadi JANGAN jadikan pekerjaan sebagai ALASAN anda mengambil DADAH!
38 - TERTEKAN dan penat? Banyak lagi industri yang lebih TERUK dari industri ini.
39 - Kalau dah TAHU gaji kecil, mengapa perlu BUANG duit beli dadah? Banyak INISIATIF yang lebih POSITIF untuk mendapat pendapatan LEBIH.
40 - Filem mengenai SEJARAH tanah air atau seni SILAT tidak dibikin BUKANLAH kerana "tak ada orang nak tengok lah cerita macam ini, bro".
41 - KURANGnya filem begini adalah KERANA penerbit, pengarah dan penulis skrip MALAS untuk membuat KAJIAN. Diulangi, MALAS! Bikin filem CINTA lebih MUDAH dan MURAH.
42 - Berapa BANYAK fakulti-fakulti sejarah di UNIVERSITI negara kita?
43 - Berapa banyak PERSATUAN seni silat yang terdapat di negara kita?
44 - Jawapannya LEBIH DARI BANYAK!
45 - Semua penuntut adalah orang MUDA. Dalam 20 orang, boleh dikatakan 18 ORANG mempunyai hobi MENONTON filem!
46 - Ini BELUM termasuk dekan, pensyarah dan Mahaguru.
47 - Jadi DIMANA letaknya alasan TIADA PASARAN?
48 - Ini adalah satu PEMBOHONGAN!
49 - MENYALAHKAN pasaran atas KEMALASAN, KEEGOAN & KESOMBONGAN diri sendiri!
50 - Antara filem yang DIADAPTASI dari fakta SEJARAH adalah Queens of Langkasuka.
51 - Mendapat BANYAK pujian yang JUJUR dan IKHLAS diperingkat ANTARABANGSA.
52 - Fikir lah sendiri MENGAPA ada perkataan "jujur" dan "ikhlas" di situ.
53 - Antara filem yang MENAIKKAN martabat SENI mempertahankan diri sesebuah negara adalah Ong Bak, Tom Yum Goong [Muay Thai] dan Merantau [Silat Minang, Silek Harimau]
54 - Ong Bak dan Tom Yum Goong telah BERJAYA menembusi PASARAN Amerika Syarikat dan mendapat kutipan PECAH PANGGUNG.
55 - Merantau pula telah MEMENANGI anugerah AUDIENCE AWARD, HONORABLE MENTION di Fantastic Fest 2009 yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat dan anugerah FILEM TERBAIK di Action Fest 2010 yang berlangsung di Carolina Utara, Amerika Syarikat.
56 - Itu KEJAYAAN mereka di peringkat ANTARABANGSA. Belum lagi di TANAH AIR MEREKA sendiri.
57 - Ini BELUM lagi cerita industri PERFILEMAN/hiburan Hong Kong & Bollywood.
58 - JANGANLAH hendak membuat ALASAN bahawa scene mereka TIDAK SAMA dengan scene di sini.
59 - Mereka juga BIKIN filem cinta, komedi, seram dan lain-lain genre lagi. Namun semua akan DISELITKAN dengan unsur-unsur BUDAYA dan KENEGARAAN.
60 - Filem kita wajah kita, PERNAH kedengaran slogan ini.
61 - Namun APAKAH wajah kita? BOHSIA? REMPIT? GANGSTER? ZOMBI? KAKI DRIFT? ROMEO?
62 - Adakah ini BUDAYA kita?
63 - SEDARKAH kalian, anak-anak kecil mudah MENGAJUK, mudah TERIKUT dengan IDEOLOGI yang sedang kalian SEMAIKAN ini?
64 - CUKUP-CUKUP lah buat drama dan filem yang sibuk MENUNJUK syarikat besar, rumah besar, kahwinkan anak masing-masing DEMI gabungan perniagaan, hero perasan ROMEO yang entah di mana MACHOnya dan lain-lain.
65 - Cukup-cukuplah dengan lawak BODOH, SLAPSTIK yang nampak sangat TIADA IDEA, yang LEBIH kepada MENGHINA.
66 - Cukup-cukup lah dengan skrip KURANG AJAR yang menjadi IKUTAN anak-anak kecil. Bahasa JIWA BANGSA, bukan?
67 - Selalu TERDENGAR salakan yang BERBUNYI "Hentikan kemasukan drama & filem negara seberang!" & "Hentikan kemasukan artis & band dari negara ini, negara itu!"
68 - Ini adalah PERMINTAAN, andai tiada permintaan maka TIDAK akan ada PASARAN.
69 - Kenapa kita DIBANJIRI dengan PRODUK-PRODUK [drama, filem dan muzik] LUAR?
70 - HAKIKAT yang PERLU kita AKUI adalah PRODUK MEREKA LEBIH BAGUS!
71 - Andai TIDAK BAGUS, mustahil promoter BERANI membawa MASUK produk tersebut?
72 - TIADA promoter dan pengedar yang berani hendak bawa masuk PRODUK yang TIDAK BAWA KEUNTUNGAN!
73 - MENYEKAT kemasukan drama, filem dan artis serta kumpulan muzik dari luar negara TIDAK akan membawa apa-apa KEUNTUNGAN langsung.
74 - Ini hanya AKAN membuatkan industri semakin MERUDUM kerana TIADA PERSAINGAN YANG BAGUS.
75 - Dalam satu KELAS, andai SEMUA murid pun MALAS dan sama TAHAP maka TIADA langsung murid AKAN MAHU belajar BERSUNGGUH-SUNGGUH!
76 - Maka akan JADI lah keluaran yang "Alah, BOLEH LAH, orang akan TENGOK/DENGAR punya. Mereka TIADA PILIHAN."
77 - ADAKAH dengan MENGHALAU peniaga cucur udang lain akan MEMBUATKAN cucur udang anda LEBIH sedap? TIDAK!
78 - Untuk MAJU, persaingan adalah PERLU!
79 - Andai kalian HENDAK kekal di zon selesa SESAMA kalian, maka produk kalian akan berada DI TAHAP itu sajalah.
80 - Dengan itu, JANGAN sibuk hendak MENYALAHKAN orang lain dengan KEGAGALAN kalian.
81 - Sila beli CERMIN yang besar dan berdirilah DI HADAPAN cermin tersebut.
82 - PENGALAMAN yang bertahun-tahun TIDAK BERERTI kalian seorang yang HEBAT dan berjaya andai TAHUN-TAHUN tersebut kalian habiskan dengan MENGULANGI perkara-perkara sama yang TIDAK BETUL.
83 - Yang ADA di hadapan cermin itu lah yang menentukan sama ada kalian GAGAL atau BERJAYA.
84 - Soal ROYALTI juga dibangkitkan SEOLAH-OLAH kalian DITINDAS.
85 - Pernah DENGAR mengenai KONTRAK jualbeli/sewa? Ya, KERTAS yang kalian TANDATANGANI ketika MENJUAL/menyewakan drama, filem atau muzik kalian kepada PENGEDAR atau STESEN TELEVISYEN.
86 - BAGAIMANA hendak DAPAT royalti andai TIADA dalam perjanjian/kontrak jualbeli/sewa yang kalian tandatangan?
87 - Tidak BACA habis kah? Atau HANYA NAMPAK bahagian yang tertera RM sahaja?
88 - HENDAK kan royalti, SERTAKAN lah dalam perjanjian/kontrak jualbeli/sewa! Baru lah DAPAT!
89 - Ini tidak. BACA perjanjian/kontrak jualbeli/sewa pun TIDAK, sudah TANDATANGAN. Kemudian MENYALAK sana-sini.
90 - Ini lah PUNCA mengapa KERAJAAN perlu membayar ROYALTI YANG BANYAK kepada SHAW BROTHERS.
91 - Ini lah punca MENGAPA keturunan Seniman Negara, Allahyarham P.Ramlee TIDAK mendapat satu sen pun royalti dari PENAYANGAN filem-filem beliau.
92 - Ini JUGA lah punca mengapa kita TIDAK dapat MEMBAWA pulang walau SATU gulungan filem pun yang diarahkan/dilakonkan oleh Allahyarham P.Ramlee.
93 - KERANA perjanjian/kontrak yang beliau tandatangani MENGATAKAN setiap gulungan FILEM yang diterbitkan adalah HAKMILIK MUTLAK Shaw Brothers.
94 - Untuk MENGUBATI penyakit KRONIK yang melanda industri kita MEMERLUKAN satu sahaja UBAT.
95 - UBAH lah MENTALITI dan gaya PEMIKIRAN kalian supaya lebih TERBUKA dalam menerima PENDAPAT dan teguran PIHAK yang lain.
96 - Kurangkan KEPENTINGAN DIRI sendiri.
97 - LEBIHKAN kepentingan PEMBANGUNAN industri.
98 - AKUI dan baiki KEKURANGAN diri sendiri.
99 - BUANG jauh-jauh sifat EGO, BONGKAK dan bodoh SOMBONG yang bersarang di dalam HATI,
100 - INSYAALLAH, akan SEMBUH penyakit kronik ini dengan sendirinya. AAMIIN.
- CR -
Sumber
Tuesday, March 10, 2015
Bad Decisions
Adakalanya, apa yang ibu kita rancang untuk kita. Bukanlah yang terbaik untuk kita kerana mereka tidak akan merasa beban yang bakal kita tanggung apabila melaluinya kelak.
Jangan salahkan mereka bila kita kecundang di tengah jalan, salahkan diri kita sendiri kerana mengikuti saranannya dan tidak berhati- hati bila mendepaninya.

Sudah lama sungguh aku tak mendengar lagu ni.
Dah hampir sedekad aku tak dengar lagu ni sejak aku habis sekolah. Aku terdengar balik pun baru dua tiga hari sudah masa dalam kereta dengan member lama zaman sekolah aku. Seingat akulah, lagu ni amat meletop masa aku form 3 di corong radio Hitz.fm milik astro yang ketika mendominasi airwave tempatan sebelum kebangkitan Fly fm yg dimiliki media prima.
Zaman ketika handphone Nokia mendominasi pasaran handphone tempatan, yang mana sapa lagi up atau lebih berada pulak akan pakai phone Samsung ataupun Sony-Ericcson.
Zaman dimana budak-budak baru nak up tunjuk kerek dan langsi sambil menggedik di Friendster dan Myspace (ni punca utama aku benci gila babi sampai babi pun boleh jadi gila dengan social networking masa zaman sekolah, dan akhirnya terjebak jugak selepas menyambung pengajian di peringkat diploma)
I wasn't a big fan of The Killers, but somehow this song got embedded in my mind. Mungkin disebabkan lagu ini dimainkan berulangkali oleh Hitz.fm ikut resam Astro yang sememangnya suka mengulang siaran yang sama berulang-ulang kali.
Ini kerana adalah satu kewajipan bagi aku memekakkan telinga dengan Walkman selepas melenjan PS2 walaupun PMR is around the corner. Honestly, band yang aku layan ketika itu semestinya band nu-metal California mari seperti Linkin Park, POD dan Papa Roach. My Chemical Romance pun boleh jugaklah walaupun tak lah sampai ketahap aku nak join budak-budak gothic dan emo melepak tak tentu hala di Times Square.
Sementara band-band lain yang slow-mo macam Coldplay, Low Millions, Yellowcards, dan banyak lagi aku layan jugak sebagai terapi jiwa remaja aku. Damn, banyak gila memori muzik sedekad lalu yang ketika itu masih suci dari pengaruh K-pop yang takde filosofi seni tuh.
Ah, cut that crap. Sebenarnya aku masih tertanya-tanya apa maksud lirik di atas?. Lelaki itu memiliki wajah seiras kekasihnya?. Serabut dah kepala aku.
http://youtu.be/Y5fBdpreJiU
Monday, January 26, 2015
DI ANTARA "KUTU", RAUSYAN FIKIR DAN ANAK DARA SUNTI
Wednesday, November 5, 2014
Pendedahan Agenda Gelap REPROGRAMMING HISTORY OF MALAYA
Thursday, October 16, 2014
UK MPs pass motion to recognize Palestine as a state (from RT)
"This House believes that the Government should recognise the state of Palestine alongside the state of Israel as a contribution to securing a negotiated two-state solution," the motion reads.
A number of politicians chose to abstain from the final vote, including Prime Minister David Cameron and Respect MP George Galloway.
While the motion passed with an overwhelming majority, it does not signify an official change in Britain’s position regarding the conflict between Israelis and Palestinians. The government may not officially recognize Palestine as a state, but Reuters notes that it can change that position if it feels doing so would be constructive to the peace process.
Despite many predicting that the motion would fall, MPs recognized it could set a precedent for the future of a Palestinian state. Some ministers, including Labour MP Grahame Morris, called it a “historic opportunity” to take a “small but symbolic” step to support self-determination for Palestine.
The debate on Palestinian statehood was the first hosted by the House of Commons since 2012, after an online petition calling for the motion gathered over 100,000 signatures.
The Swedish parliament also recently voted in favor of recognizing a Palestinian state earlier this month – becoming the first EU country to do so.
Monday, October 13, 2014
MENGBONGKAR SEJARAH MELAYU : PRIBUMI ASIA TENGGARA. (MESTI BELI & BACA!)
Friday, September 5, 2014
Ten Reasons to Smash Capitalism
Thursday, August 28, 2014
The Invention of Capitalism: How a Self-Sufficient Peasantry was Whipped Into Industrial Wage Slaves
Tuesday, August 5, 2014
Warkah 140711 Sempena Ramadan dan Syawal
Tanggal 11 Julai lalu adalah ulang tahun kelahiranku dimana usiaku kini menginjak 24 tahun. Pada masa kawan-kawan aku mengucapkan selamat hari lahir di Facebook, aku pandang pula inbox Blackberry aku, tiada mesej birthday daripada mak dan siblings aku. Selalu tak macam ni, kenapa adakah aku sudah dilupakan?. Bila tiba waktu hari jadi mereka aku ada gatal tangan nak wish tak?. Haram, alasannya aku sibuk dengan bebanan kerja tugasan. Sedangkan adik angkat yang aku anggap sebagai mutiara dalam lubuk hati aku pun tak pernah wish aku langsung meskipun mereka banyak berhutang budi dan harta pada aku yang semestinya aku malas nak ungkit depan-depan. Mujur aku tersenyum seketika saat terpandang ucapan Jara, seorang gadis yang pernah menambat hatiku lebih 6 tahun dulu. Meskipun aku terlalu bodoh buat-buat tak tahu sebab dihantui fobia Shrek dan Princess Fiona berikutan saiz badan kami yang sangat berbeza.
Aku termenung mengenangkan nasib hidup aku pada waktu yang mendatang. Dengan gaya aku yang macam ni agaknya sampai bila aku boleh survive?. Jika ditakdirkan umurku melepasi usia 50 tahun maknanya sudah cukup untuk aku menghabiskan separuh usiaku di muka bumi ini. Ikutkan hati, aku sebenarnya bosan hidup di balik lingkungan vicinity Lembah Kelang ini. Bosan makan benda yang sama setiap hari, bosan berkongsi oksigen yang sama hari-hari bersama manusia-manusia yang membosankan aku. Aku mahu merantau, atau berjalan-jalan di sekeliling Malaysia atau luar negara. Aku nak merasa benda baru, kemudian berganjak ke tempat yang lain dan merasa benda baru jugak. Tapi bila agaknya?
Kadangkala aku cemburu melihat rakan-rakanku yang dari jauh sanggup berkorban masa berkualiti bersama keluarga tersayang datang ke Lembah Kelang demi segenggam kertas gulung yang kita panggil Diploma dan Ijazah. Aku akui, aku mungkin tak sanggup berada di tempat meraka. Syukur pada Tuhan sekalian Alam yang telah mengizinkan aku melihat anak-anak buah aku membesar dari atas buaian hinggalah mereka bersekolah dengan lebih dekat. Aku rasa bukan aku sorang dapat merasa kenikmatan itu, Jara pun jugak.
Semalam sebelum tu, aku berbuka puasa dengan nasi itik AAA Kak Lina Taman Ampangan. Menu ni orang Shah Alam dapat merasa setahun sekali jer iaitu di bulan Ramadan. Bulan lain kalau nak merasa kena pergi Seremban lah alamatnya. Dalam seminggu selang sehari aku berbuka dengan juadah berbeza, paling aku gemari adalah Nasi Ambeng Warisan. Istimewanya adalah ianya antara yang paling terbaik daripada semua nasi ambeng yang dijual di bazar ramadan Stadium Shah Alam. Kebiasaannya nasi ambeng dimakan dalam talam. Namun disebabkan ianya jualan bazar ramadan, ianya dibungkus. Berbeza dengan malam-malam sebelumnya, aku hanya beli satu juadah jer. Sejujurnya, aku rasa tak lalu nak makan banyak hari tu.
Dua hari sebelum tu, seluruh dunia dikejutkan kekalahan teruk lagi memalukan Brazil ke atas Jerman dalam permainan semi-final Piala Dunia 2014 di tanah tumpah darah mereka sendiri. Namun tak mengapa, dua team tu adalah top priority yang aku mesti sokong setiap kali musim Piala Dunia. Justeru, andaikata satu team ni kalahpun. Aku tak kehilangan wang pertaruhan yang mana juadah megi goreng kosong dan teh halia untuk bersahur aku tetap bayar sendiri. Biarpun aku cukup menyampah sebab Brazil tak mampu membangkitkan aura final Korea-Japan 2002. Oh aku lupa bai, Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo dan Roberto Carlos mana ada lagi dah. Jangan harap kegemilangan dulu berulang kembali kalau asyik Neymar, Neymar, Neymar jer yang asyik diratib 7 hari 7 malam. Berbeza dengan Jerman, mereka ada semangat esprit de corp yang begitu tinggi sekali. Sebab tu aku happy Jerman merangkul piala tahun ni.
Entahlah, aku bukannya big fans tu dengan soccer semua nih. Aku layan World Cup jer, nak harapkan EPL harom. Cuma entah mengapa aku excited gila bila Liverpool menang, mungkin sebab motto "You'l Never Walk Alone" yang menjadi pedoman Luis Suarez (kini bermain untuk Barca) dan Steven Gerrard (otai nih). The rest, entah mengapa aku menyampah bagai nak mampus dengan Manchester United. Mungkin disebabkan promosi berleluasa David Beckham di ketika zaman kegemilangannya. Cehh, cara tu dorang nak cari duit lebih? Namun begitulah lumrah tinggal di utopia penuh fatamorgana sang kapitalis. Apa pun boleh buat duit.
Senang cerita aku lebih gila muzik, novel dan games daripada bersengkang mata pukul 3 pagi tengok bola di mapley. Aku pun tak tahu kenapa aku susah gila bagai nak mampus nak masuk kepala dengan member yang kaki bola, mungkin sebab aku kurang rapat dengan abang dan bapak aku. Aku sedar bahawa aku bukannya seorang jock yang digilai ramai wanita, aku hanya budak snobby tapi skema tak nerdy gara-gara dilahirkan dengan skizofrenia. Aku tak ada negative thought, cuma aku tertanya-tanya kenapa aku dilahirkan begini. Rumah tangga parents aku hampir runtuh dikala aku masih ingin mengenal dunia dan disebabkan kecelaruan cinta kedua ibu bapa aku. Aku jadi seorang yang buta pada keindahan cinta.
Sejujurnya aku tak pernah stay lama dengan mana-mana perempuan yang aku cintai. Lumrahnya kalau aku bercinta mesti putuslah di tengah jalan, and I don't even blame myself for all this shit I've been through. Ada sebab aku tak nak salah diri aku, kadang-kadang perempuan terlalu expect berlebihan dengan mana-mana lelaki yang dicintainya. Menurut Billi PS Lim dalam best sellernya yang meletup di tahun 1990an "Dare To Fail", lelaki dan perempuan bukan sahaja berbeza jantina tapi turut merupakan spesies yang berbeza. Menurut beliau lagi, orang lelaki mencintai seorang physical aspect namun orang perempuan pula mencintai lelaki for what she can get from him. Kata-kata urban philosopher terulung Malaysia tu jugak ada benarnya. Beliau menambah, orang perempuan secara lumrahnya nak orang lelaki pampered dia sepanjang masa bak umpama tuan puteri. Oleh itu, untuk merealisasikan semua tu orang lelaki harus bekerja untuk mendapatkan wang supaya dapatlah dia melayan pasangannya laksana tuan puteri. Namun, orang perempuan pulak kalau boleh nak lelaki stay dia dengan 24/7 sepanjang masa. Boleh ke begitu wahai kaum Hawa?
Gara-gara cinta aku yang selalu sangat terfaktab maka hati aku tertutup untuk menerima cinta selama lebih setahun. Sehinggalah bila aku sambung balik degree dan bertemu dengan gadis yang bernama Yaya. Pertama kali berjumpa dia sewaktu orientasi di universiti, kebetulan dia sambung diploma di situ jugak. Mulanya aku ni jenis bukanlah nak rapat sangat dengan perempuan honestly ketika itu aku malas gila sudah nak berlovey dovey gara-gara dikecewakan di masa lalu. Namun entah kenapa, kami semakin rapat malahan main kejar-kejar bawah apartment bersama macam budak-budak tadika yang gila Ribena. Kehidupan aku sepanjang semester pertama di kampus aku tu boleh dikatakan agak ceria dengan kehadiran Yaya, aku rasa macam satu tanggungjawab menjaga dia (sesuatu yang aku take for granted dengan mana-mana girlfriend aku sebelum ni). Budak rumah aku mostly assume yang aku bercinta dengan dia. Tapi aku selalu deny, aku kata dia hanya pet-sis aku saja oleh kerana aku belum berapa bersedia hendak menerima gadis yang lebih muda sepertinya.
Dulu masa aku baru nak masuk 20 tahun, nubiles dan nymphettes aku anggap sebagai barang mainan jer disebabkan kenaifan mereka. Akan tetapi bila bersama Yaya, aku rasa dia sangat istimewa bagi aku. Dia seorang gadis berbintang Taurus sebagaimana juga Jara. Bagiku, perempuan Taurus adalah anugerah Tuhan yang paling bermakna buat lelaki Cancer. Namun begitu aku merasakan ada batu penghalang di antara kami berdua yang membuatkan aku berasa tawar hati nak bersama dengan dia. Seperti aku, bapanya bermain poligami (mujur mak tiri aku dah berambus tanpa khabar berita sejak tahun 1998 lagi) dimana dia menanggung derita yang teramat pilu akibat kedua ibubapanya sering bergaduh. Bukan setakat itu ajer beb, segala macam sihir dan santau telah dikenakan kepada keluarganya. Aku rasa belum bersedia nak menanggung sama deritanya. Cintaku pada Yaya kurasakan sangat agung. Namun bak kata Hishammudin Rais, "Cinta yang agung adalah cinta yang gagal!". Aku hanya mampu bagi kata semangat jer. Terus-terang aku tak nak kena dragged ke dalam personal issue dia. Cukup di sini saja aku bercerita tentang dia.
Di balik kesibukan aku menghabiskan tugasan dan mengulangkaji untuk midterm-ku, aku cuba jugak untuk menjadi seorang yang cool. Aku mula mendengar lagu dari Foster the People, The Neighbourhood, Imagine Dragons, Bastille, dan Local Natives. Haim pun aku layan jugak sekali sekala. Aku cuba elakkan dari mendengar Linkin Park, P.O.D, Papa Roach, Crazy Town dan segala band nu-metal yang lain. Band-band otai lain seperti Nirvana, Red Hot Chilli Peppers, Pink Floyd, Rolling Stones dan U2 pun aku turut elakkan padahal band-band nu-metal dan old school ni semua jiwa aku. Aku cuba,cuba dan cuba sehingga asal buka Spotify jer update lagu baru yang aku cari sebab nak keep up to date.
Aku pandang refleksi aku sendiri di depan cermin. Aku cuba melihat identiti di balik aku sendiri. Imej apa yang aku bawa selama ni. Apa yang lebih, apa yang kurang mengenai diriku ini. Persoalan yang bermain di minda aku apakah aku akan kekal begini selamanya?. Firman Allah dalam kitab agamaku mengatakan Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri. Ya, aku harus berubah. Namun ke tahap mana terpulanglah kepada diriku sendiri nak mengubah ke tahap mana.
Biasa kalau nak beli pakaian, hanya tiga tempat jer yang aku tuju iaitu H&M, Uniqlo dan FOS. Akan tetapi, top priority pastinya H&M dan Uniqlo. Namun aku tak pernah anggap diriku hipster sebagaimana housemate aku yang lain. Sejujurnya aku bukanlah hamba fesyen, mujur juga kerana aku dilahirkan sebagai seorang lelaki selamba. Asal muat jer aku sarung. Tapi aku tetap mahu jadi cool. Sayang sekali, pakaian yang aku pilih semua tiada saiz aku. Aku tak mampu memakai Men Slim Fit Straight Jeans sebagaimana housemate aku.
Lagipun aku bukannya hamba fesyen sebagaimana anak muda zaman sekarang. Mengaku hipster tapi poseur belaka. Ramai orang kata aku hidup dalam dunia aku sendiri. Well, perhaps they might be true. Aku memang tak terkesan dengan kata-kata orang lain kerana aku kenal siapa diri aku sendiri and orang lain tak berhak nak judge. Kerana mereka bukan Tuhan. Apa yang orang lain tahu pasal aku semuanya tip of the iceberg. Ya, mungkin kadangkala aku ni self-centered tapi bergantung pada keadaan. Kalau aku tak stress, gua hanya let-loosed jer. Aku open-minded dan mudah ikut flow, namun tak semestinya aku mudah berkompromi dengan perkara yang aku tak selesa. If you can pissed me out then why can't I do that on you?. Hidup kena adil bro. Berani buat berani tanggung. Aku seorang non-konformis, idealis dan realis. Aku hidup dalam falsafah aku sendiri.
To hell lah, orang nak kata apa sebab aku tahu dimana baik dan dimana buruknya perbuatan aku tu. Aku pun manusia bro ada hati dan perasaan. Akhir kata buat warkahku ini. Sejauh mana kita pergi kembalilah kepada fitrah kita. Mulai
Shacklesmith : Mulai dari tahun ni, aku akan menulis warkah apabila hari lahirku, Ramadhan dan Syawal menjelang. Lihatlah kini dunia dilanda masalah, MH370 hilang tanpa sebarang kesan, MH17 ditembak jatuh, dan Gaza dilanggar geroda ganas lagi zalim Israhell. Brace yourself for more to come
Wednesday, July 9, 2014
Melayu Pasca DEB dan Mee Siam
Oleh itu bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala keceluparan yang dilemparkan oleh jari-jemariku menerusi blog aku yang tak seberapa nak laku ni. Ialah mungkin sebab pandangan aku ini terlalu kasar dan keras dihadam oleh usus pemikiran manusia lebih-lebih lagi umum Melayu, Bumiputra termasuk Malaysian Non Bumi yang umum mengetahui memang cepat terasa atau bahasa paling kasar sekali BUTTHURT!
Aku bukanlah suka-suka nak menegur sikap manusia atas dasar mengumpat akan tetapi aku cuba menyampaikan kesedaran supaya orang kita berubah mindset mereka kepada tahap yang lebih baik. To be honest, aku dah naik muak tengok kebobrokan sikap orang kita masa zaman sekarang ini yang cuba nak bajet bagus tapi perangai macam entah apa-apa. Apa ketahian semua ni beb? Kalau aku nak ceritakan satu per satu ketahian tu sampai besok pun belum tentu habis.
Biar aku ceritakan kepada korang pasal apa terjadi pada aku semalam, mungkin benda ni sudah berlaku pada korang jugak cuma korang tak berapa sedar akan signifikansinya. Apa yang korang tahu pasal Melayu zaman sekarang? Adakah semuanya sama saja? Of course not. Setiap individu atau kelompok ada perbezaannya. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya. Jadi begitulah sikap azali manusia.
Aku ingin menceritakan pengalamanku bertemu dengan seorang makcik ketika berbuka puasa di Food Junction, Mid Valley bersama rakanku yang baru pulang dari Mesir. Sewaktu menunggu ketibaan waktu berbuka puasa, aku mengorderlah pepper lunch meal Jepun. Usai memesan juadah berbuka puasa, aku perasan ada sorang makcik duduk di meja kami sambil berbual-bual dengan dua orang member aku tu. Yelah beb, masa tu food court packed gila bagai nak mampus
Dalam pemerhatianku dari segi penampilan dan perwatakan, makcik berbadan gempal yang ku kira berusia dalam lingkungan lewat 40an adalah seorang yang plump dan bubbly. Beliau amat mesra berbual dengan member aku siap bergurau senda lagi. That's typical to most women of her age. Tapi bukan semua makcik-makcik kota ku lihat begitu.
Tidak aku nafikanlah perilaku dia amat jarang aku temui pada wanita-wanita Melayu kelas menengah yang biasanya melata di Kuala Lumpur ini. Aku bertanya pada dia, "apa makcik order untuk bukak puasa?". Aku biasa sebut bukak puasa, bukan 'iftar'. Why would I be Arabising myself on such simple words?. Dengan konfidennya dia menjawab 'Mee Siam'.
'Mee Siam'. Suatu makanan yang jarang sekali aku dengari, selalunya makanan yang dikaitkan dengan 'Siam' adalah Tom Yam. Mee Siam yang dimaksudkan beliau bukanlah Mee dari Thailand seperti pemahaman umum namun mee tersebut adalah makanan kaum Baba & Nyonya yang amat popular dikalangan masyarakat Malaya dan Singapura. Secara asasnya 'Mee Siam' adalah bihun yang diadun dan digoreng dengan rempah-ratus, asam jawa dan tauchu, ianya amat enak dihidangkan bersama telur rebus, omelette, bawang, taugeh, daun bawang dan perahan limau nipis potong . Mee Siam tiada kaitan dengan Thailand kerana beehun adalah makanan ruji warga Asia Tenggara. Bahkan secara hakikinya Mee Siam itu lebih dekat dengan masyarakat Melayu dan Cina dari bangsa Thai.
Aku nak tanya apakah korang tau akan maksud perkataan 'Siam'?. Ramai yang menyangka perkataan Siam merujuk kepada negara Thai namun hakikatnya tidak seperti yang disangka. Kalau korang nak tau, Siam sebenarnya merujuk kepada sebuah kaum yang tinggal di wilayah Nagara Seri Dharmaraja yang kini dikenali menerusi lidah Thai sebagai Nakhon Si Thammarat. Secara genetik dan linguistik, suku kaum Siam lebih dekat dengan orang Melayu di utara dan pantai timur Semenanjung. Orang Moken atau dalam bahasa mereka sendiri Urak Lawoi (Orang Laut) adalah sebahagian dari komuniti Siam Asli ini, sementara
bangsa Thai pula hanya pendatang dari Yunnan yang baru hadir ke Asia Tenggara pada kurun-10 Masihi. Justeru, aku menegaskan bahawasanya Siam bukan Thai.
Makcik tu juga bercerita akan lelakinya yang dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun dia sifatkan sebagai seorang 'kaki ayam' bukan sebab kuat mencakar lantai tapi suka makan ayam dan tak makan ikan dan daging. Boleh dikatakan pergi makan kat mana ajer mesti ada ayam sebagai juadah sampingan. Muka anak lelakinya yang duduk di hadapannya dan di sebelahku kelat. Barangkali malas nak ambil pot gelagat ibunya. Aku tak nafikanlah sesetengah orang bukan semua berselera nak makan semua benda, senang cerita perut manusia ada macam-macam ragam. Macam aku tak berapa suka makan ikan kembung dan ikan sungai. Tapi ikan laut yang besar-besar dengan udang galah semua gua telan beb. Cuma ketam jer aku tak suka sebab jari aku selalu terluka bila nak makannya.
Tinggal lagi 10 minit sebelum waktu berbuka maka aku pun meminta diri seketika untuk mengambil hidangan aku yang telah dipesan sebentar tadi. Aku lihat que sudah lintang pukang, manusia-manusia tanpa mengira agama berbondong-berbondong mengerumuni kaunter macam semut mengelilingi lolipop jatuh di atas lantai. Yang non-muslim pun satu haramjadah, bukan nak considerate orang muslim nak berbuka. Orang muslim terkejar-kejar dorang pun terhegeh-hegeh nak potong line. Pleaselah, tolong faham. Inilah akibatnya kalau sekolah, suratkabar, segalanya disegregasikan untuk menurut kehendak parti politik, NGO dan cauvinis kaum yang melata di bumi bertuah ini, dorang mana nak paham.
Aku pun ambiklah hidanganku, Cheesy pepper chicken rice setelah menunggu hampir lima minit. Paling ngokngeknya aku dijanjikan makanan tersebut siap pada jam 7.20 minit, tepat pada masanya aku sampai di kaunter satu habuk pun tak buat lagi. Inilah akibatnya kalau bergantung harap pada foreign workers dari Bangladesh dan Nepal. Mujur sorang akak kaunter local kita lebih mengutamakan customer yang ingin berbuka puasa. Kalau tak lintang pukanglah jadinya. Aku tabur kicap madu ke dalam kap plastik kecil pastu terus cabut ke meja aku untuk makan. Aku hanya berbuka puasa dengan air kosong jer sebab member gua ajak kitorang semua minum Each A Cup lepas tu (ehh, ada ke Each A Cup kat Mid Valley weh).
Sesampai jer di meja aku pun teruslah meletakkan cheesy pepper chicken di meja. Makcik tadi dengan muka curious memandang hidangan yang aku beli tu. Pergh, mak aku pun tak macam ni bai. Dia pun bertanya dengan dahi berkerut kepadaku, "Apa yang kamu order tu nak?". Ringkas aku jawab "Nasi ayam berlada Jepun makcik". Dia pun bertanya lagi "Ohh, ayam ke tu? Mak cik ingat apa tadi.", aku hanya mengiakan sambil tersenyum sambil membalas "baru first time try". Tiba-tiba saja dia berkata "kamu dengan anak makcik memang kaki ayam". Ehh, apasal pulak? Aku sebenarnya tadi nak berbuka dengan nasi vegetarian tapi sebab ikan vegetarian habis maka terpaksalah aku order ni jer sebab dah muak dengan nasik ayam yang cliche. Paham-paham jelah kalau nak order western kat situ mahal bagai nak mampus beb. Anak dia di sebelah aku tersenyum kelat seperti tadi, mungkin dalam hati nak cakap "sabar jelah brader".
Aku nampak di depan makcik tu terhidang "Mee Siam", yang hakikatnya bihun goreng. Aku dah agak ni mesti air tangan Bangla. Pandai betul owner gerai Nyonya tu buat marketing menipu customer, dipromonya Mee Siam padahal yang dimasak dan dijualnya bihun goreng. Lagipun bukan ke mee Siam sepatutnya basah?. Kebetulan aku nampak member kepada member lama aku yang belajar di oversea makan ikan bakar dalam tinfoil dengan nasi panas. Aku tanya dia, "weihh, ko makan apa?", jawab member aku tu "aku makan ikan pari". Balas aku "itu bukan pari dowh, itu ikan truka". Tiba-tiba pulak makcik tu bertanya "ikan apa?". Adoih, bukan aku nak mengata. Sabar jelah beb. Maka makcik tu pun berceritalah tentang ikan truka di kampungnya di Penang. Bermula dengan pengalamannya memancing ikan tuka sewaktu kecil sehinggalah kisah anaknya yang suka makan ayam. Ayam lagi.
Aku pun habis makan cheesy pepper chicken rice aku tu, dan makcik tu siap promo lagi iklan jualan kereta second hand yang kebetulan anaknya bekerja di situ. Dipendekkan cerita, kemesraan makcik tu lebih terserlah sebab dia siap offer kitorang makan mee siam dia lagi. "Nah, rasalah" dia offer kepada kami. Sebab untuk meyakinkan bahawa mee siam tu tak sedap mana rasanya. Biasalah air tangan Bangla bukanlah sedap mana pun.
Sesudah makan, makcik dan anak pun terus meninggalkan kami dengan mee siam yang lebih dari separuh tak dihabiskan. Alangkah ruginya bila makanan tak dihabiskan. Air tangan Bangla sekalipun kalau dah namanya rezeki tetap kena habiskan jugak. Warung kat depan apartment aku tuh, walau char koay teow-nya dimasak oleh Bangla rasa tak sedap mana pun aku tetap habiskan jugak.
Belum pulih isu chicken soup melanda negara masih ada di kalangan rakyat yang acuh tak acuh endah tak endah membazir makanan. Tak pikir ke dengan nasib negara lain yang tak cukup makan. Itulah dalam kita sibuk isu barang naik hakikatnya rakyat Malaysia terlebih makan sampai makanan pun sanggup membazir!.
No offense kepada mak cik tuh tapi dia adalah sebahagian dari apa yang kita sebut sebagai Melayu Pasca DEB. Ditengah himpitan kehidupan di kota dan harga rumah semakin naik. Golongan Melayu Pasca DEB kini sudah jarang kelihatan. Kalau Melayu Middle Class pun terseksa dek kenaikan harga perumahan. Aku tak tahu bagaimana kedua golongan Melayu ni mampu survive di kota penuh fatamorgana ni di masa hadapan.
Nak tahu apa tu Melayu Pasca DEB? Melayu Pasca DEB adalah golongan Melayu berpindah dari desa ke bandar sesudah peristiwa 13 Mei. Berbeda dengan Melayu asal Kuala Lumpur, mereka masih mengekalkan mindset dan mentaliti yang sama seperti kindred-kindred mereka yang masih tinggal di desa. Manakala, orang Melayu pekan asli pula lebih cosmopolitan dan lebih bersikap terbuka dan mind their own business.
Namun bukan bermaksud aku nak membezakan kedua-duanya serta mana satu lagi better, cuma sekadar menerangkan golongan Melayu yang tinggal di kota.
Monday, January 20, 2014
REPOST - Puisi Sempena Maulidur Rasul
Wednesday, December 25, 2013
REPOST - Is there's an English definition for the Malay word 'amboi'??
FROM THE OLD KERAMBIT ASSASSINS BLOG IN 2009
Wednesday, December 18, 2013
Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu
Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.
Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.
Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.
Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.
Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.
Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?
Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri.
Sumber - Radio Efex
Tuesday, November 26, 2013
Kisah Tentang Bumiputra Abad 21 bahagian 1
Aku dilahirkan beragama Islam, berbangsa Melayu keturunan Banjar dan berwarganegara Malaysia. Menurut takrif perlembagaan Malaysia, orang Melayu adalah asas kepada kaum Bumiputra di Malaysia ini. Ini kerana orang Melayu adalah kaum terbesar di antara kaum-kaum pribumi di Malaysia.
Untuk mengenalpasti siapakah pribumi-pribumi di Malaysia. Kita tak seharusnya memandang sesempit dari sempadan Perlis hingga Sabah sahaja. Ini kerana alam Nusantara itu luas sekali merangkumi Indochina, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan kepulauan Filipina. Yes my friend, these are the core realm of Austronesia. Sempadan politikal yang ada hari ni hanyalah sisa-sisa tinggalan penjajah. Sesiapa yang melintasi sempadan ini prior to 1957 dan 1963 tidak harus diklasikasikan sebagai pendatang.
Kita semua serumpun, lautan mahupun sempadan ciptaan penjajah bukanlah penghalang kepada keragaman kita. Ramai tidak mengetahui bahawa bahasa Suku Kubu di Sumatera memiliki banyak persamaan dengan bahasa Jakun dan Temuan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga bahasa Rejang di Bengkulu Sumatera amat mirip dengan bahasa Bidayuh di Sarawak. Selain itu rumpun bahasa suku Sungai Sabah juga dipertuturkan oleh suku Yakan di kepulauan Sulu. Begitu bahasa Molbog pulau Palawan yang banyak persamaan dengan bahasa Dusun Bonggi di Pulau Banggi Sabah.
Alkisah tentang aku pulak. Menurut kata ibuku, aku ni berketurunan Banjar melalui nasab bapak aku. Dari sebelah ibuku pulak, jurai keturunan aku berasal dari Minangkabau Negeri Sembilan. Ini bermakna aku berkromosom Y kan Banjar dan berkromosom X kan Minangkabau. Jadi aku ni Banjar campur Minangkabau lah.
Mengikut perspektif antropologi, orang Banjar dan Minangkabau tergolong dalam kelompok Melayu Deutero yakni Melayu yang secara ketamadunan dan teknologinya lebih advance dari kelompok Melayu Proto.
Berikut adalah senarai suku-suku Nusantara yang tergolong dalam kelompok Melayu Deutero.
-Aceh
-Bugis
-Banjar
-Brunei
-Champa
-Patani/Kelantan
-Kedah/Ligor
-Deli
-Palembang
-Jambi
-Siak/Rokan
-Kampar
-Riau/Melayu Jati Johor
-Terengganu
-Melayu Kalimantan Barat (aku tak sure sama Melayu kat Sarawak tu sama dgn dorang)
-Bengkulu
-Lampung
-Sunda
-Jawa
-Bali
-Sasak (aku pun tak berapa pasti dgn orang Lombok ni sbb byk persamaan dari segi bahasa dgn orang Bali)
-Suluk
-Irranun
-Maguindanao
Antara elemen penting yang menyatupadukan Suku-suku ini sistem pemerintahan beraja dan agama Islam. Meskipun kelompok Melayu Deutero amat teguh kepercayaan mereka terhadap agama Islam, masih tersisa warisan tinggalan agama Hindu dan Buddha dalam kebudayaan mereka.
They are the noble race of Nusantara, sebab itulah mengikut sejarah hanya mereka sahaja yang berhak memegang kuasa di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo (Kalimantan) dan beberapa lagi pulau-pulau di Nusantara. It is fortunate that their sultans were given the mandate of heaven to rule over the realm since the times of Funan Empire.
Bukan hendak memperlekehkan keturunan Melayu Proto, namun inilah hakikatnya. Raja2 Melayu adalah penaung kepada Melayu Deutero dan juga Melayu Proto. Like what the feudalist always cried, Daulat Tuanku!
Sebenarnya, tanpa Melayu Proto takkan wujud Melayu Deutero. Teori first wave and the second wave out of Yunnan migration tidak lagi boleh dipakai kerana the brown race Austronesian of Nusantara ini adalah pribumi rantau Asia Tenggara.
Menurut sejarah suku Banjar. Orang Banjar yang bermastautin di selatan Kalimantan (Borneo) dikatakan berasal dari keturunan orang Dayak dari suku Maanyan, Ngaju dan lain-lain suku Dayak yang berdiam di sepanjang sungai Barito. Disana mereka membentuk kebudayaan perdagangan maritim dengan membekalkan hasil hutan seperti lada hitam, kayu belian dan pelbagai lagi keluaran asli rimba Borneo yang lain.
Mereka berdagang dengan kerajaan Nusantara lain seperti Funan,Langkasuka, Srivijaya dan malahan sehingga tanah Arab dan China. Lantaran dari gaya hidup mereka yang berasaskan maritim telah menyebabkan mereka juga turut menerima tempias arus Malayisasi yang dijalankan sama ada melalui proses akulturasi kebudayaan dan mahupun ekspedisi penaklukan oleh kuasa Melayu Deutero yang lain seperti Srivijaya dan Majapahit.
Proses ini mengambil masa hampir 1000 tahun untuk menjadikan orang Banjar itu sebagai salah satu rumpun Melayu Deutero dan sekaligus melenyapkan sisa-sisa unsur Dayak dalam kehidupan mereka. Namun begitu, budaya mungkin terhapus tetapi tidak DNA. Justeru, boleh diperkatakan bahawa orang Banjar itu adalah orang Dayak yang telah dimelayukan.
Aku merasakan agaknya orang Brunei juga lahir dari proses akulturasi yang sama seperti orang Banjar. Cuma bezanya, genetically mereka lebih dekat dengan kaum pribumi Sabah dan utara Sarawak. Tiada yang mustahil sekiranya pribumi Borneo ini berdiam di pesisiran pantai ketika era kegemilangan kerajaan Srivijaya.
Ingatlah, walau kita berbeda agama tapi kita tetap bersaudara. Janganlah memandang lekeh saudara serumpun kita yang berlainan kepercayaan. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU & BHINNEKA TUNGGAL IKA. Kata keramat buat penyatu kita bersama. Kerana kita anak pribumi nusantara. We were brothers and sisters.
Tuesday, November 12, 2013
Tamadun Islam Atau Tamadun Manusia?
Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk, sains, perubatan, parti, tamadun dan sebagainya, adalah fenomena pemikiran ramai para sarjana agama terutamanya di Malaysia, lantaran itu ramai segolongan sarjana agama mahu mengkonsumsikan Bank Islam, Insuran Islam, Ekonomi Islam, Universiti Islam, Taman Tamadun Islam, Parti Islam, Pajak-Gadai Islam, dan pelbagai lagi yang dijenamakan dengan istilah Islam untuk mengeksklusifkan.
Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk itu memang menarik perhatian ramai masyarakat Melayu di Malaysia pada masa kini. Saya pun tidak tahu kenapa mereka mengaitkan Islam yang berkaitan dengan persoalan ketuhanan itu dengan produk-produk yang dihasilkan manusia. Saya tidak tahu niat mereka berbuat begitu, samada mereka hendak menunjukkan diri mereka lebeh Islam dari kapal selam - tidaklah saya ketahui.
Namun saya berbaik sangka mungkin para sarjana agama itu hendak mengembalikan kegemilangan "Tamadun Islam" yang disangka boleh menunjukkan kesyumulan Islam. Namun kalau ikut cara itu, tentu sekarang ini kita dapati ada para penganut agama lain yang hendak menunjukkan kesyumulan agama mereka juga, tetapi kita tidak nampak pula penganut agama lain membuat "Bank Yahudi" atau "Bank Kristian" atau "Bank Buddha" atau "Bank Hindu".
Jika kita perhatikan ciptaan-ciptaan teknologi yang diguna pakai oleh orang yang mengaku Islam itu sendiri seperti kapal terbang, kereta, komputer, software, satelit, kapal selam, roket dan sebagainya itu, kebanyakannya adalah ciptaan ataupun rekaan yang dihasilkan oleh orang yang mereka anggap kafir (infidel), tetapi adakah mereka yang mencipta semua itu pernah menjenamakan produk atau ciptaan-ciptaan mereka dengan nama agama mereka??
Jadi sebelum kita berfikir soal tamadun Islam atau seperti laungan segolongan sarjana agama, "Hendak memertabatkan syiar Islam dengan membina Taman Tamadun Islam" atau produk-produk dijenamakan dengan perkataan Islam, maka sebaiknya difikirkan dahulu soal tamadun itu. Dimana sebelum perkembangan tamadun di tanah Arab dahulu terdapat para sainstis dan ahli falsafah Arab yang mempelajari ilmu-ilmu dari orang-orang Greek.
Orang-orang Greek lebih dahulu berkecimpungan dengan ilmu-ilmu samada ilmu falsafah, ekonomi, politik, sastera, sains dan dan berbanding dengan orang-orang Arab. Kemudian buku-buku yang ditulis oleh orang-orang Greek itu telah diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh para sarjana Arab kerana mereka mahu mempelajarinya. Para sarjana Arab pada masa itu telah menaiktarafkan lagi (upgrade) ilmu-ilmu dari orang-orang Greek itu.
SUMBER - MAT ROJAK












