Showing posts with label malay history for dummies. Show all posts
Showing posts with label malay history for dummies. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Pendedahan Agenda Gelap REPROGRAMMING HISTORY OF MALAYA


1. Memandangkan gua banyak join underground grup yang terdapat ramai pakar2 sejarah sama ada dominan Melayu dan Dominan Non Melayu... Apa yang gua boleh tafsirkan sudah terdapat satu agenda halus di negara Malaysia ini untuk MENGUBAH SEMULA SEJARAH TANAH MELAYU secara sistematik dan senyap2...

Monday, October 28, 2013

Arka : Raja Haji - Sebuah Kisah Sejarah Perjuangan Menentang Penjajah Yang Dilupakan

Bagi generasi Melayu berdarah Bugis terdahulu di Selangor, Melaka, Johor, Singapura, Riau dan khasnya masyarakat Melayu dari Pulau Penyengat amat mengenali sosok Almarhum as-Syaheed Raja Haji Fisabillillah ibni Opu Daeng Chelak, seorang Raja Muda Kesultanan Johor-Riau yang selalu didendangkan di dalam kitab hikayat Tuhfat al-Nafis. Perjuangan baginda menentang hegemoni imperialisme kafirin Vereenigde Oost-Indische Compagnie (Belanda) ketika pertengahan hingga lewat kurun ke-18 meninggalkan legasi begitu mendalam di benak sanubari masyarakat setempat yang tahu akan kepentingan menghargai sejarah bangsa agar tidak dilupakan generasi akan datang.



Thursday, May 5, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume II



BAB 2 : Bagaimana Sikap Suka Berpolitik Boleh Menjadi Sebab Melayu Buta Sejarah?
Akibat dari kesibukan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar menyebabkan saya hampir tidak dapat mengotakan janji saya untuk menyambung artikel saya yang terdahulu pada Mac lalu. Lebih sebulan sudah tergendala akibat bebanan tugasan di kuliah yang menyebabkan artikel Bab 2 ini tergantung begitu saja tanpa sebarang sambungan jilid yang kedua dari Mac lalu. Kini sudah masuk bulan Mei, banyak peristiwa penting telah berlaku ketika Mac dan April lalu. Yang tak dapat saya lupakan adalah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh saya anggap sebagai satu anjakan revolusi kepada industri perfileman tempatan. Tidak pernah saya lihat sokongan yang begitu jitu oleh kerajaan untuk menghasilkan filem bertemakan sejarah ini. Meskipun, ada yang ditonjolkan dalam filem ini tidak begitu tepat seperti lokasi Goa (tempat sebenar Merong Mahawangsa bertemu dengan angkatan Rom adalah di Ghumroon, Parsi), jong Cina belum wujud ketika itu (rekaan tersebut hanya wujud pada kurun ke-10 Masihi sedangkan filem itu berlatarkan kurun 1-Masihi) dan juga rekaan perahu layar Melayu bukan seperti tersebut sebaliknya harus berpandukan rekabentuk kapal Borobudur. Meskipun begitu, segala kesilapan yang dilakukan KRU Production tersebut tidak seharusnya dikesali kerana menjadi adat sesuatu hasil tangan yang dicipta tersebut tidak semestinya perfect 100%. Mesti ada cacat celanya. Lagipun mereka masih baru dalam industri sebegini tidak sampai sedekad. 


Bulan April pula kini telah menjelma dan sudahpun menutup tirai . Mesti ramai yang sudah terkena jerat April Fool sama di sekolah, kuliah, pejabat atau dikalangan sanak saudara bukan?. Adakah anda tahu asal usul April Fool?. Apa kata anda lawati laman akak Rynn dekat SINI untuk seketika, dan anda akan tahu apakah sebab utama kita umat Islam diharamkan untuk menyambut 'April Fool' sebagaimana hari Valentine. Kepada yang ligat berpolitik bulan April ini telah menyaksikan PRK Sarawak yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menewaskan pakatan pembangkang yang kecundang di kerusi kawasan Bumiputera. Sentimen tentang bahayanya pakatan pimpin puak Ultra-Kiasu dari Semenanjung tersebut mungkin telah disedari lebih awal lagi oleh warga pribumi Sarawak dan ada eloknya sentimen berkenaan merebak ke Semenanjung supaya kaum Bumiputera khasnya orang Melayu bangkit untuk menguasai semula ekonomi yang telah musnah akibat penjajahan kuasa Barat pada kurun ke-19 dahulu. Dengan adanya kekuatan ekonomi ini, maka dengan situlah hadirnya kuasa politik yang total dan dinamik. Selama ini orang Melayu sudah banyak berkorban dengan memberikan bermacam kemudahan kepada puak Ultra-Kiasu, tetapi adalah yang dibalas adalah tuba, tipu helah, janji yang tidak kesampaian dan paling teruk maki hamun di ruang maya. Mereka selama ini tersilap sangka bahawa orang Melayu tidak boleh survive tanpa mereka. Therefore, we must shall prove to them that we can!.


Saya ingin kembali kepada topik yang kita harus bincangkan bagaimana sikap terlampau galak dan ligat berpolitik boleh menyebabkan seseorang itu buta sejarah?. Saya akan mengupas isu ini berdasarkan apa yang saya lihat sepanjang berjinak dengan dunia politik Melayu mengikut dua perspektif yakni dua golongan Melayu. Seperti kita sedia maklum terdapat dua parti politik besar yang dipimpin orang Melayu untuk memperjuangkan nasib Melayu Islam dibumi bertuah ini. Dua parti besar keramat ini telah lama mencorakkan sosio-politik Melayu selama berdekad lamanya semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Tanpa dua parti politik ini, mungkin orang Melayu takde chance nak memangkah kertas  undi setiap 4 hingga 5 tahun. Bukan apa, kita sebagai manusia Melayu Islam berhak menentukan parti mana yang harus memerintah berdasarkan KETEGUHAN, KEMANTAPAN, DAN KEPEJALAN JIHAD PERJUANGAN sesuatu parti dalam memperjuangkan nasib umat Melayu Islam di hari ini. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara sesuatu isu, kita lihat contoh. UMNO menganggap bahawa merekalah yang memperjuangkan survival Melayu di arena politik manakala PAS pula mendabik dada menyatakan merekalah yang memperjuangkan Islam di bumi yang nyata ini. Benarkah begitu? Mari ikut saya kupaskan kebenaran ini.



UMNO lahir pada tahun 1946 atas dasar protes orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union yang menggugat kedudukan Agama Islam dan Raja-raja selepas Perang Dunia Kedua, manakala PAS pula serpihan UMNO melalui cawangan Ulamak dan ahli agama yang merasakan bahawa mereka diketepikan dari arus politik UMNO yang ketika itu dikuasai golongan pembesar elit Melayu ditambah pula dengan Perikatan dengan parti bukan Melayu Islam. Ada pendapat menyatakan bahawa PAS adalah asalnya dari PKMM dan Hizbul Muslimin yang kemudian diserap masuk ke dalam UMNO ketika pengharaman parti-parti berhaluan kiri yang menyokong insurgensi komunis ketika tahun 1948. Apa yang pasti, mengikut pandangan sesetengah ahli sejarah. PKMM berpecah kepada dua, yang mana golongan yang cenderung kepada ideologi sosialisme ala parti Baath di negara Arab menyertai Parti Rakyat Malaya (PRM). Manakala yang cenderung kepada falsafah perjuangan Islam pula menyertai PAS. Golongan ulama dan ustaz yang menubuhkan PAS ketika itu menyertai UMNO terlebih dahulu sebelum keluar beramai-ramai akibat tidak bersetuju akan kerjasama UMNO dengan parti-parti yang dianggotai golongan bukan Melayu yang tidak beragama Islam kerana asalnya mereka ketika bersama PKMM dahulu menolak untuk bekerjasama dengan komunis kafir laknatullah  untuk bersama dalam jihad palsu menentang penjajah tapi akhirnya membunuh saudara seagama sendiri. 


Sungguhpun begitu, mereka tidak mengambil sikap membenci bekas rakas seperjuangan yang bermandi darah dengan komunis kafir laknatullah meskipun gara golongan cerdik pandai agama ini telah menyertai UMNO yang mengambil sikap berlembut dengan penjajah British. Ini amat bertentangan dengan pewaris mereka ketika ini yang mengambil sikap membenci sampai mati UMNO. Setidaknya, ketika terbit rasa ukhwah persaudaraan sesama saudara seagama dan sebangsa. Khuatir akan tergadai akidah sebab bersekongkol dengan  parti-parti bukan Melayu Islam, maka mereka menubuhkan PAS pada 1951 yang dipimpin oleh para ulama dan cerdik pandai agama. Selama lebih berpuluh tahun PAS dengan ideologi teguh menolak akan berpakatan bersama parti yang bukan milik kaum Melayu Islam cuma mula berpaling tadah dari ideologi semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebelum Pilihan Raya Umum ke-11. Tidak seperti UMNO, demi memperjuangkan Islam PAS sanggup bergerak seorang diri tanpa sebarang allies. Tapi apa sudah jadi hari ini?. PAS sudah bacul seperti dipotong testikel dengan menjadi anjing suruhan DAP. Itupun dengan dungu-dungu tahap lembu mereka masih lagi menyatakan bahawa kerjasama tersebut adalah berdasarkan tahaluf siyasi!. Tahaluf siyasi la sangat sampai sanggup bergolek di atas jalanan kerana diperlembukan DAP ketika di Perak dahulu. 


Bukan niat saya nak menyerang PAS secara total, kerana PAS ketika dahulu merupakan parti yang amat saya respek sebab memperjuang Islam sekalipun tanpa sekutu rapat. Tapi kini apa sudah jadi, PAS kini tidak ubah seperti UMNO yang bacul untuk memperjuangkan Islam akibat berkawan dengan parti kafir. PAS tidak berani memperkenal undang-undang Islam di negeri seperti Selangor dan Perak kerana takut akan DAP. Dimanakah perginya telur mereka, kalau UMNO tu usah cakaplah. Jika PAS menuduh UMNO main rasuah ibarat paku dulang, paku serpih. Apakah masing-masing itu sempurna sangat?. Akibat terlalu kemaruk berperang sesama sendiri nampak gayanya politik Melayu memang tidak akan kemana-mana. Masing-masing mencari salah sendiri untuk dipertikaikan sampai agenda memperkasakan agama dan bangsa telah dilupakan sebab sibuk mencari isu politik yang tidak akan habis sampai bila-bila. Jiran sebelah rumah yang bersaudara sibuk bergaduh sampai APEK suratkabar recycle towkay CURI CEMPEDAK di luar pagar pun masih TAK SEDAR LAGI!!. 


Isu salahlaku moral dan politik wang amat meruncing dalam UMNO dan PAS dan ini amat memburukkan nama ahli politikus Melayu Islam dikalangan bangsa lain. Lihatlah sebagai contoh, kalau hendak menyerang pemimpin UMNO, segalanya akan dijadikan isu oleh PAS sampaikan HAL DALAM KAIN ATAS KATIL SUAMI ISTERI pun dijadikan modal oleh PAS. Perkara yang sama juga dipergunakan UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mensensasikan cerita salahlaku seks dan rasuah pemimpin PAS terutamanya sekali Kelantan (ingat kes balak dan 'main' dalam koc). Senang ajelah, dulu masa Anwar dalam UMNO puak-puak PAS mencanangkan isu liwat oleh pemimpin tersebut dan UMNO pula sibuk mempertahankan bekas aktivis ABIM tersebut. Dan kini lain pula ceritanya, semenjak Anwar dipecat, dipenjarakan dan lompat masuk puak satu lagi, UMNO pula yang mainkan isu liwat dan PAS pulak yang mempertahankan Anwar. Habis tu dimanakah kebenarannya?. 


Tak dinafikan lah bagi saya, Anwar tu bukanlah seseorang yang kita boleh percayai sangat pun. Malahan tidak boleh dipercayai langsung. Apa tidaknya, orang tua seperti Tun Dr Mahathir yang boleh dianggap sebagai father figure membentuknya dari menjadi Ketua Pemuda sehingga menjadi Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri tak sampai 15 tahun pun diderhakainya. Belum campur lagi bekas teman-teman seperjuangan beliau. Kemasukan Tok Wan dari Permatang Pauh ni dalam arena politik Melayu.  tak membawa apa kebaikan langsung melainkan isu-isu yang diputar belit, konspirasi dan ketaksuban melampau tahap dewa oleh pengikutnya. Almaklumlah dah jadi 'anugerah Tuhan' la katakan. Bak kata anaknya Nurul Izzah 'Papa Hebat!!'. Papa memang hebat sebab sepanjang karier politiknya berjaya memperbodohkan UMNO dan PAS sehingga jentera Pemuda-nya yang begitu digeruni oleh para anak muda dan mahasiswa di universiti suatu ketika dahulu menjadi tak ubah seperti babun-babun liar yang terlepas dari zoo yang hanya layak bertempur di jalanan saja. Bagi golongan muda Melayu atas pagar, dengar saja nama pemuda UMNO dan PAS pun dah meluat sebab jadi jentera pengampu profesyional pembodek utama negara. 


Medan pertempuran UMNO dan PAS banyak berubah dari jalanan, ke kedai kopi sehinggalah di ruang maya. Meskipun berbeza lokasi tapi 'senjatanya' tetap saja. Tangan tidak berkeris tapi berparang di lidah dengan isu-isu tidak membina langsung. Akibat dari berpolitiklah Melayu makin lupa sejarah bagaimana mereka pernah jatuh tersungkur berabad dahulu. Machiavellisma mula dianuti tanpa disedari.


Sekian,


Shacklesmith : Berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikirkannya



Saturday, March 12, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume I

 

BAB 2 : Suka berpolitik punca Melayu buta sejarah?
Pada minggu lalu saya telah menyentuh permasalahan sikap buta sejarah dikalangan anak muda Melayu dari perspektif sosial dan pendidikan. Kini, seperti yang telah dijanjikan. Saya akan menyentuh pula dari aspek politik. Baiklah wahai pembaca sekalian, saya mulakan bicara ini. Jika dilihat semenjak dari sebelum merdeka lagi, bangsa Melayu dan politik itu tidak dapat dipisahkan bagai aur dan tebing. Ini kerana politiklah yang menjana perkembangan modenisme Melayu itu sendiri. Politik memainkan peranan penting membentuk jatidiri  dan masa depan insan Melayu itu sendiri. Mana taknya, Melayu amat berpegang teguh kepada apa yang diperjuangkannya. Ada yang taksub, ada yang suam-suam kuku perjuangannya. Namun, kuasa politik adalah matlamat utama perjuangan mereka. Kuasa itu tidak sama ada maruah, pangkat, darjat, atau harta semata-mata. Ada yang tidak terlibat ke dalam kancah sedemikian walaupun hanya sebagai penyokong tegar. Mereka yang dari peringkat akar umbi inilah yang bersusah payah berjuang untuk ketua mereka yang bersenang-lenang di peringkat atasan. Mereka bersengkang mata menampal poster, menulis blog dan berkempen habis-habisan sehingga habis penuh ruang di rumah dan keretanya dihiasi risalah politik sampai habis anak beranak dan saudara maranya menjadi taksub parti dan tokoh politik menggila bagai nak rak seperti mereka. Setidaknya, politiklah yang mempengaruhi kehidupan seharian orang Melayu khasnya di zaman moden.

Perkembangan siasah Melayu di zaman moden ini telah bermula semenjak awal kurun ke-20 lagi. Ianya telah dibawa oleh golongan pelajar yang pulang dari Timur Tengah.  Walaupun belum menubuhkan sebarang parti politik (bukan PKM yang didalangi kaum Cina), tujuan utama mereka adalah menjalankan reformasi sosial dikalangan orang Melayu yang dibelenggu penjajahan imperialis barat. Gerakan reformis yang dikenali sebagai Kaum Muda ini membawa pulang bersama apa yang mereka telah pelajari di Timur Tengah dahulu. Antara usaha mereka adalah membawa dan menggalakkan usaha penerapan nilai-nilai Islam yang lebih syumul dan berfikiran lebih moden sesuai untuk membentuk jatidiri yang lebih tinggi demi emansipasi anak bangsa itu sendiri. Kurun ke-19 merupakan bermula titik hitam dalam sejarah perkembangan Melayu di Nusantara sehingga hampir membawa kepada Zaman Gelap bangsa itu sendiri ini kerana mereka tidak mampu mengalahkan kuasa Imperialis Barat yang lebih maju akibat Revolusi Perindustrian dan kesilapan pemimpin mereka sendiri tersilap mencaturkan survival mereka sendiri. Justeru, pelajar-pelajar atau mahasiswa Melayu yang pulang menuntut dari Timur Tengah inilah menjadi harapan mereka. Pelbagai surat khabar dan majalah diterbitkan sehingga mencetuskan Revolusi Intelektual dikalangan orang Melayu. Sebelum itu di tanah jajahan Belanda yang kita kenali sebagai Indonesia kini pula terdapat dikalangan golongan bangsawan dan terpelajar. Sehingga tahun 1930an, muncul pula tokoh gerakan nasionalis Islam di Mesir iaitu As-syahid Hassan Al-Banna yang memimpin gerakan pembebasan Mesir dari cengkaman dan pengaruh British selepas ianya ditakluk dari Khalifah Bani Uthmaniah. Gerakan ini melahirkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang kita kenali hari ini. Api perjuangan ini kemudian menyemarak sehingga ke Nusantara sehingga tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 di Maktab Perguruan Sultan Idris Perak. Ini hanya merupakan titik tolak perkembangan politik Melayu zaman moden pra Perang Dunia Kedua.

Perkembangan politik awal Melayu telah bermula sejak zaman feudal lagi. Iaitu dari zaman Funan, Javaka dan Srivijaya lagi. Malahan kemungkinan besar lebih awal dari itu. Ianya lebih berorientasikan kepada pemerintahan beraja dan segalanya tertakluk pada kuasa dan budi bicara Raja itu sendiri. Tidak seperti zaman sekarang yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Segala jawatan seperti pembesar, laksamana, mahupun hulubalang dilantik oleh Raja dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali. Jika tidak, ianya dianggap sebagai menderhaka kepada Raja. Raja dianggap sebagai titisan dewa. Selepas kedatangan Islam, kepercayaan tersebut diubah dan Raja tidak lagi dianggap sebagai demi-god ruler tetapi sebagai ketua agama dan pentadbiran negara. Gelaran juga telah diubah kepada Sultan. Meskipun begitu, Sultan tetap merupakan absolute ruler di negara yang diperintah tersebut. Sementara diperingkat bawahan juga tidak kurang hebatnya. Barisan kepimpinan yang dilantik Raja sendiri bertujuan untuk membantu baginda Raja melicinkan pentadbiran sekaligus memudahkan pembahagian kerja seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan sebagainya yang sama dengan tugas-tugas Menteri dan Ahli Parlimen di zaman moden walaupun politik kepartian tiada dalam kamus orang Melayu ketika itu. Persaingan antara pemimpin-pemimpin ini tetap ada dan kadangkalanya, it get's bloody for a reason. Itu baru krisis dalaman antara pemimpin, belom campur lagi hubungan diplomatik di antara kerajaan-kerajaan Melayu.

Sejarah mencatatkan peperangan di antara kerajaan Melayu pra-Islam seperti Sailendra, Srivijaya, Langkasuka dan Champa. Salah satu peperangan yang terbesar sehingga memiliki pengaruh sehingga kini adalah penaklukan Langkasuka oleh Srivijaya. Walaubagaimanapun ada sejarawan mencatatkan penaklukan tersebut adalah mungkin campurtangan diplomasi penguasa Srivijaya. Akan tetapi kemungkinan besar peperangan tersebut tidak mungkin boleh dielakkan kerana kita faham sikap orang Melayu yang mudah memberontak. Saya pernah terbaca peristiwa peperangan kerajaan Sailendra menyerang Kota Kauthara milik kerajaan Champa pada tahun 787 Masihi untuk merebut mukhalinga dari sebuah kuilnya.  Kesan penaklukan itu kita boleh lihat dari segi bahasa pertuturan orang Melayu di kawasan utara dan pantai timur semenanjung. Ini kerana jika tidak berlaku penaklukan tersebut, bahasa yang dipetuturkan oleh orang Melayu dikawasan tersebut tidak boleh difahami oleh orang Melayu yang bukan dari kawasan yang sama. Jika tidak pasti bahasa yang mereka pertuturkan adalah bahasa Aceh-Chamik dan bukannya bahasa Malayik yang dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ada fitnah yang mengatakan bahawa mereka asalnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer tetapi itu tidak benar sama sekali dan telah dipatahkan hujahnya. Oleh itu, tak payahlah sang totok ultra-kiasu nak berteriak bahawa orang Melayu Kedah dan Kelantan ini adalah pseudo-Malay kerana hujah anda tidak laku lagi. Hanya si bodoh seperti Michael Chick dan John Doe sahaja yang buta-buta percaya fitnah dajal ini. Kita tinggalkan persoalan bahasa dan asal-usul Melayu Langkasuka. Mari kita kembali kepada topik politik Melayu zaman silam. Apakah selepas penaklukan tersebut tiada lagi bibit-bibit konflik di antara Melayu Langkasuka dan Melayu Srivijaya?.  Pernah saya dengar kebangkitan kerajaan Kedah pada kurun ke-11 menentang Srivijaya. Apa yang pasti, kesan perbezaan dan ketidaksefahaman antara Melayu yang di atas dan di bawah itu boleh kita lihat pada senario politik zaman sekarang iaitu di abad ke-21. Anda semua tahu kan pasal parti politik tersebut.

Senario peperangan di antara kerajaan-kerajaan Melayu tidak terhenti setakat zaman pra-Islam sahaja. Penguasaan oleh Majapahit yang berpusat di Jawa dan kebangkitan Melaka sebagai pewaris Srivijaya telah sedikit sebanyak merubah suasana geo-politik pada zaman medieval tersebut. Constant warfare adalah lumrah kerajaan-kerajaan di dunia Melayu seperti di Eropah dan negara Asia lain misalnya. Pernah berlaku konflik di antara Kerajaan Chermin yang merupakan perikatan Pasai, Kedah, Kelantan dan Champa dengan Kesultanan Melaka yang berakhir dengan perkahwinan diraja di antara kedua putera dan puteri kerajaan Melayu tersebut. Perang ini mungkin kesinambungan kepada peperangan Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Peperangan terus mewarnai senario politik Melayu dahulukala selepas kejatuhan Kesultanan Melaka seperti peperangan antara Kesultanan Aceh dan Johor-Riau. Begitu juga antara kerajaan lain di Nusantara. Selepas kurun ke-17 Masihi, berlaku satu penghijrahan besar-besaran kaum Bugis/Makasar dari Sulawesi ke seluruh kepulauan Melayu sehingga menyebabkan beberapa kerajaan di Alam Melayu lain turut bergoncang dan terasa tempiasnya. Ianya dikenali sebagai 'Bugis Invasion', seperti Norman Invasion di Eropah pada kurun ke-10 Masihi. Mereka memainkan peranan dalam membantu pemberontakan Trunajaya di Pulau Jawa dan krisis pewaris Sultan Mahmud mangkat dijulang. Kekuasaan mereka mampu menggoncang dan menggugat Belanda yang merupakan kuasa besar angkatan laut dunia ketika itu. Krisis Bugis dan Minangkabau sejurus selepas peristiwa krisis pewaris Sultan Mahmud itu merupakan turning-point dalam senario politik Melayu di Nusantara. Ini kerana peperangan di antara mereka lebih bersifat antara warlord's diraja suku Bugis dan Minangkabau dalam membentuk pengaruh perdagangan dan kuasa politik. Selain Minangkabau yang berpusat di Negeri Sembilan. Beberapa kerajaan Melayu lain seperti Kedah dan Terengganu turut tergugat dengan pengaruh yang dimiliki oleh warlord's Bugis. Kedah misalnya, pada tahun 1780an pernah meminta bantuan British di India untuk membantu mereka menentang Siam Thai dan menyingkirkan mercenary Bugis dari Kedah. Kesempatan juga diambil selepas kekalahan teruk Bugis ke atas Belanda dalam usaha penaklukan Melaka yang dipimpin As-syahid Almarhum Raja Haji Fisabillillah untuk berpakat dengan Terengganu untuk menyerang Selangor dan Johor-Riau sekaligus menghalau orang Bugis dari sana. Walaubagaimanapun, ianya menemui kegagalan kerana Sultan Kedah telah dikhianati oleh Francis Light yang mengingkari perjanjian mereka itu. Walaupun pernah berlaku peperangan di antara kuasa-kuasa Melayu pada kurun ke-18, pernah tercatat perikatan atau alliance di antara warlord's Bugis dan Minangkabau dalam usaha mereka menentang Belanda kafir laknatullah. Gabungan di antara mereka sedikit sebanyak mencetuskan kegusaran kepada Belanda sehingga membawa kepada bankrupsi secara total VOC pada tahun 1790an akibat peperangan menentang mereka itu.

Kini, jika dilihat kembali. Sejarah perkembangan politik Melayu itu telah berjalan dalam jangkamasa yang begitu lama sekali. Ianya tidak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan sahaja. Malahan sejak zaman feudal lagi. Apa yang saya perkatakan sebagai Bugis Invasion itu juga memiliki profound effect ke dalam kancah politik Nusantara dan Malaysia secara amnya dalam politik moden. Selain Melayu suku Bugis, kaum Melayu yang tinggal di utara semenanjung dan Minangkabau bersama suku-suku Melayu yang lain turut mewarnai senario politik Melayu di zaman moden walaupun pengaruh mereka tidak seberapa menyerlah. Kaum Melayu di pantai timur juga tidak kurang hebatnya dalam bidang politik. Walaupun era peperangan antara warlord's Melayu di zaman feudal dahulukala sudah berakhir dan dunia politik sudah memasuki era demokrasi berparlimen. Sememangnya, Melayu dan politik tidak boleh dipisahkan. Bangsa mana yang tak boleh hidup dengan berpolitik?. Politik itu simbolisme ketamadunan sesuatu bangsa.

Sekian,

Shacklesmith : Sabar ya, belum habis Bab 2 lagi. Itu baru aku sentuh politik Melayu zaman dulu. Dalam volume 2 aku akan sentuh pasal politik Melayu zaman moden dan bagaimana politik menyebabkan Melayu buta Sejarah.

Saturday, March 5, 2011

Regnum Minancabonum



Petikan dari blog Ujang Kutik
"Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. "


Assalamualaikum kepada pembaca laman Shacklesmith sekalian. Entry aku pada hari ini adalah berkisar dengan bab mengenai darah keturunan. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu sebenarnya?. Aku tak merujuk kepada Melayu yang dijustifikasikan mengikut perlembagaan persekutuan tetapi point adalah lebih kepada darah Melayu itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Melayu di Malaysia ini terbahagi dari pelbagai suku dan keturunan. Melayu itu bukanlah terhad kepada sesiapa yang bertutur dalam bahasa Melayu yang standard sahaja sebaliknya memiliki kepelbagaian dialek dan bahasa yang tersendiri. Meskipun adakalanya dialek sesuatu suku rumpun Melayu itu boleh difahami oleh suku rumpun Melayu yang lain. Kadangkalanya, ianya tidak difahami langsung. Contoh terbaik adalah dialek Melayu Pantai Timur yang agak sukar difahami oleh mereka yang jarang mendengarnya. Senang nak cakaplah, Melayu yang berlainan negeri agak berbeza di antara satu sama lain. Adakah Melayu di Pantai Timur itu sama dengan Melayu di Pantai Barat. Tidak sama sekali.

Baiklah, kali ini aku nak lebih spesifik sikit mengenai suku kaum. Sebab dalam artikel ini berdasarkan tajuk dan petikan yang berwarna merah di atas tu. Kenapa apa aku bagi title tu dalam bahasa Latin?. Nanti aku perjelaskan. Okay, kita teruskan cerita kita mengenai salah sebuah suku kaum dalam rumpun Melayu yang paling terkenal di Malaysia iaitu suku Minangkabau. Umum mendapati, negeri yang paling dikaitkan dengan suku ini adalah Negeri Sembilan. Ini kerana pengaruh Adat Perpatih yang diamalkan dan seni kebudayaan yang dipraktikkan di negeri tersebut. Boleh dikatakan, majoriti orang Melayu di negeri itu adalah berketurunan Minangkabau termasuklah aku sendiri dari belah emak aku. Kalau nak diikutkan dalam suku Minangkabau ini terdapat banyak clan yang mana kesemuanya ahli kerabatnya berkongsi induk yang sama. Perlu diingatkan bahawa suku ini memang kuat pegangannya terhadap sistem matrilinialisme yang mana mementingkan pegangan kekerabatan di antara ahli saudara yang seibu, se-nenek dan se-moyangnya. Namun begitu, mengikut nasab nama tetap dibinkan dengan nama bapa juga. Antara salah satu signifikansi pentingnya kekerabatan matrilinialisme ini adalah saudara lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara perempuan dari clan yang sama. Itu adalah satu pesan mak aku kalau nak cari bini, jangan cari yang sama suku. Sememangnya dari segi genetik pun manusia tidak digalakkan memilih pasangan yang berkongsi kromosom X dengan kita kerana dikhuatiri akan menimbulkan komplikasi terhadap anak yang bakal dilahirkan nanti. Selain itu, harta juga diwariskan kepada anak perempuan. Sementara urusan agama dan politik pula dijalankan oleh kaum lelaki. 


Meskipun suku Minangkabau kuat berpegang kepada adat, namun begitu pengaruh agama Islam tetap kuat dalam jiwa mereka. Ini boleh dikenali melalui pepatah mereka yang berbunyi "Adat basandi Syara', Syara' basandi Kitabullah" yang bermaksud adat Minangkabau bersendikan hukum Islam dan hukum Islam bersendikan Al-Quran. Suku Minangkabau tidak hanya terhad di Negeri Sembilan saja. Malahan juga terdapat di negeri lain di Semenanjung Malaysia khasnya di kawasan pantai barat. Sejak dari kemerdekaan dan pembangunan di negeri lain. Kebanyakan mereka telah berhijrah dan menetap di kawasan itu. Ada juga kaum Minangkabau di Malaysia yang tidak mempunyai perkaitan dengan Negeri Sembilan. Sebagai contoh bagi mereka yang tinggal di kawasan Semenyih, Kajang dan beberapa tempat lain di negeri Selangor walaupun daerah tersebut pernah dikuasai oleh orang Minangkabau sebelum kebangkitan Bugis pada kurun ke-18. Ini kerana kebanyakan dari mereka berhijrah dari Ranah Minang selepas Perang Padri dan ada juga di antara mereka datang sebagai pedagang kemudiannya. Sementara itu, orang Minangkabau di Negeri Sembilan telah ada di sana sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka tertubuh lagi. Disamping itu, terdapat perbezaan di antara Minangkabau Nogori dengan Minangkabau yang datang kemudian. Perbezaannya adalah dari segi bahasa, loghat dan darah. Untuk melihat perbezaannya, kali ini aku nak mengajak anda semua berfikir di luar kotak pemikiran. Nah, sama-sama jom kita lihat dua gambar yang saya masukkan ini. Marilah berfikir sejenak.






















Cuba perhatikan kedua gambar di atas dan perhatikan perbezaannya. Kalau rajin buka laman web lain dan semak menu masakkan yang dijual oleh kedua restoran berkenaan. Lebih rajin lagi kaji asal usulnya sekali. Okeylah, nak diringkaskan cerita keduanya memiliki asal usul yang sama iaitu suku French yang berasal dari Perancis. Ini boleh dilihat dengan lebih jelas pada restoran Delifrance yang terang-terang sekali memaparkan bendera Perancis sebagai logo utamanya. Tapi bagaimana pula dengan restoran TGI Friday's?, adakah ianya berasal dari Perancis juga sebagaimana Delifrance. Panjang ceritanya untuk diperjelaskan secara lebih mendalam. Untuk makluman anda, restoran TGI Friday's menyajikan menu makanan dari kawasan selatan Amerika Syarikat khasnya dari negeri Louisiana ( Ingat New Orlean, bandar yang dilanda Taufan Katrina suatu ketika dahulu?). Restoran ini menyajikan masakan khas dari suku Acadien (Cajun) yang berasal dari keturunan Perancis dahulu. Sungguhpun berketurunan Perancis, suku Cajun telah mengalami evolusi budaya yang tersendiri sehingga mengalami banyak perbezaan dengan keturunan Perancis khasnya French-American yang tinggal di utara khasnya bersempadan dengan Canada. Akan tetapi, jika dilihat dari segi nama keluarga iaitu surname. Mereka masih lagi memiliki nama yang sama dengan orang Perancis walaupun dialek bahasanya sudah berbeza antara satu sama lain. Mereka memiliki budaya tersendiri yang unik.


Hal yang sama berlaku di kalangan kaum Minangkabau di Negeri Sembilan yang terpisah dengan saudara mereka  di Ranah Minang, Sumatera Barat selama ratusan tahun lebih lama dari kaum Perancis dan suku Cajun sendiri. Pemisahan geografi inilah menyebabkan suku Minang di Negeri Sembilan mewujudkan ciri-ciri distinctive yang tersendiri. Loghat Negeri Sembilan adalah berbeza dari 'bahaso Minang' meskipun berakar dari bahasa Melayu Kuno zaman kerajaan Sriwijaya. Justeru, Sumatera Barat dan Negeri Sembilan memiliki keunikan dan sejarah yang tersendiri. Walau berbeza sekalipun masih berlegar di Alam Nusantara yang sama. Tidak timbul persoalan 'maling' yang dibisingkan oleh bapak Jawa Indonan kerana mereka adalah serumpun dan dari induk yang sama iaitu Minangkabau. Tidak timbul juga soal mereka ini adalah pendatang oleh apek ultra kiasu perkauman anti Melayu yang buta sejarah kerana sempadan politik Malaysia dan Indonesia hanya dilukis penjajah British dan Belanda hanya pada kurun ke-19 dan tidak sebelumnya. Bukannya mereka yang datang dari luar nusantara. Ingatlah pesan aku, jangan lupa sejarah. Sila entry sebelum ini.


Pavilion Malaysia yang bercirikan Rumah Gadang di Shanghai, China

المملكة Ø§Ù„مينانجكاباو


Shacklesmith : Terdetik nak buat entry ini selepas dengar lagu Biso Bonar oleh Hattan dan tengok drama Keris Hitam Bersepuh Emas lakonan Ebby Yus. Bukan sambungan kepada 'Melayu Buta Sejarah'.





Friday, March 4, 2011

Melayu Buta Sejarah (1)


BAB 1 : Apa silapnya?
Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah?. Sejarah berasal dari istilah Arab iaitu 'syajarah' yang bermaksud asal-usul  atau pokok pangkal. Dalam istilah Inggeris, ianya berasal dari gabungan perkataan his dan story yang juga bermaksud 'cerita dia'. Saudara sekalian, apa yang kita baca tadi mengingatkan kita dengan Bab 1 matapelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1 yang kita pernah pelajari dahulu. Bagi yang pernah melaluinya pasti akan menganggap topik yang saya perbincangkan ini sebagai membosankan. Akan tetapi renungkanlah saudara dikasihi sekalian Istilah sejarah memiliki maksud yang begitu meluas sekali dan tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Jika kita membaca mengenai riwayat hidup Rasullullah S.A.W adalah mempelajari sejarah, malahan jika kita menghayati cerita detik-detik perkenalan kita dengan cinta yang kita dikasihi pun dianggap sebagai mengkaji sejarah!. Lihatlah betapa luasnya pengaruh sejarah dalam kehidupan manusia kerana apa yang pernah berlalu suatu ketika dahulu walau tak dicatatkan sekalipun tetap diingati sebagai kenangan dan peristiwa liku-liku kehidupan. Barangkalinya, tanpa sejarah dunia tak berkembang kerana sejarahlah yang mempengaruhi masa hadapan. Umumnya sejarah terbahagi kepada beberapa cabang pengetahuan tetapi tak perlulah saya perjelaskan satu per satu kerana topik yang saya bincangkan kali adalah spesifik kepada orang Melayu secara amnya.

Kenapa saya namakan entry ini sebagai 'Melayu Buta Sejarah'. Adakah saya merujuk kepada kata yang pernah diungkapkan mantan Perdana Menteri kita yang keempat, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu 'Melayu Mudah Lupa'?. Mungkin ada sedikit persamaan akan tetapi apa dirujuk olehnya hanya kepada perbuatan atau peristiwa yang berlaku dalam jangka masa yang pendek. Tapi apa yang saya ingin perkatakan ini merujuk kepada perkara yang telah berlaku lebih ratusan malahan menjangkau ribuan tahun lamanya. Disebabkan topik yang saya ingin perbincangkan ini juga, saya tidak bermaksud untuk 'mengolah semula' apa yang kita pernah pelajari ketika di sekolah dahulu kerana umumnya anda sendiri mengetahui bahawa subjek sejarah MEMANG MEMBOSANKAN kerana anda sendiri ketahui apa sebabnya bukan?. Boleh saya beri sebab kenapa anda tidak meminati malahan mungkin membenci sejarah kerana apa? Biar saya senaraikan satu per satu.
  1. Malas nak ingat tarikh sesuatu kejadian
  2. Malas nak ingat mengenai sesuatu peristiwa penting yang berlaku dalam lipatan sejarah
  3. Malas nak ingat nama-nama tokoh yang berpengaruh dalam sesuatu peristiwa
  4. Malas nak menyenaraikan kronologi peristiwa berkaitan sesuatu kejadian sama ada kebangkitan atau kejatuhan sesuatu tamadun atau peradaban manusia
  5. Dan yang paling penting sekali, MALAS NAK MEMBACA SEBAB LAGI SUKA BUAT KIRA-KIRA SAMBIL LAYAN LAGU KUAT-KUAT.
Setakat itu sajalah yang boleh senaraikan sebab apa anda semua tak minat subjek sejarah. Kalau nak tambah lagi boleh saja. Saya senaraikan berdasarkan perkara cliche yang pernah saya lihat sepanjang saya belajar itu saja. Akan tetapi kelima-lima sebab berkenaan bukan punca utama saya menganggap mata pelajaran sejarah sebagai sesuatu yang membosankan kerana saya mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa saya berkata demikian. Bagi saya matapelajaran Malaysia amat membosankan kerana terdapat BANYAK LOMPONG-LOMPONG YANG MEMBUATKAN SAYA KELIRU DAN TIDAK YAKIN BAGAIMANA PERISTIWA BERKENAAN BOLEH BERLAKU SEDANGKAN PENJELASAN DIBERI PUN SEMACAM TIDAK LENGKAP UNTUK DIFAHAMI DAN DIJADIKAN BUKTI MENGESAHKAN BAGAIMANA PERISTIWA TERSEBUT BOLEH BERLAKU. Lihatlah saudara sekalian betapa daif dan teruknya sejarah kita dicatatkan oleh sejarawan kita yang malas dan kerja makan gaji akibat terlalu bergantung kepada manuskrip sejarah yang ditulis pihak luar. Lebih teruk lagi, sejarah terpaksa dipermudahkan silibusnya dari masa ke semasa demi 'memudahkan' para pelajar sekolah untuk menghayatinya sehingga lompong-lompong berkenaan semakin lebar dan mendalam dengan begitu dahsyat sekali!.

Itu adalah punca utama mengapa saya mengatakan bahawa silibus matapelajaran sejarah untuk sekolah menengah (KBSM) begitu membosankan meskipun saya seringkali mendapat KEPUJIAN untuk subjek tersebut. Saya mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk menangani rasa 'bosan' tersebut kerana sikap saya yang amat gemar membaca. Untuk memudahkan saya memahami subjek tersebut, saya sering mengambil buku lain sebagai rujukan dan buku tersebut adalah buku teks sejarah silibus lama milik abang dan kakak saya yang diterbitkan sekitar lewat tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Disamping itu, saya juga turut mengambil buku rujukan yang digunakan oleh pelajar IPT yang dibeli di kedai buku kerana merasakan kandungannya lebih lengkap. Terus terang sajalah memang saya tak berminat langsung dengan isi kandungan buku teks yang ada pada zaman sekarang ini kerana terlalu simple tapi tak seberapa mudah dihadam sebab tak 'sedap' langsung untuk 'dimakan'. Dulu masa saya study untuk PMR, saya boleh menghabiskan ketiga-tiga buku teks sejarah dalam masa TIGA JAM sahaja. Sungguhpun, usaha saya mencari bahan luar sebagai rujukan ini dianggap lari dari silibus tetapi ianya amat membuahkan hasil. Setidaknya saya lulus jugak.

Berbalik kepada apa yang saya perkatakan ini kenapa 'Melayu Buta Sejarah'?. Satu sindrom kronik yang dihidapi oleh rata-rata generasi muda Melayu khasnya di Malaysia tercinta ini. Lima sebab utama yang saya senaraikan di atas boleh diambil kira tapi sebab saya sendiri pula, agak mustahil kerana kebanyakan anak Melayu tidak mempunyai minat membaca bahan-bahan berkaitan sejarah. Saya tak merujuk kesemuanya sekali tapi kebanyakannya memang begitu. Mudah sekali diperkatakan tak minat pada sejarahlah. Jika dilihat matlamat pendidikan kita di sekolah pun hanyalah satu 'UNTUK LULUS PEPERIKSAAN'. Jadi cara terbaik untuk menjayakan matlamat ini adalah dengan menyediakan silibus matapelajaran dimana kesemua digalakkan untuk 'MENGHAFAL' segala apa yang mereka pelajari untuk lulus peperiksaan am. Jikalau setakat matapelajaran yang menggunakan kekuatan otak kiri seperti Matematik dan Perakaunan mungkin tidak memerlukan masalah kerana proses penghafalan bukan kriteria utama dalam menguasai matapelajaran tersebut. Akan tetapi agak malang buat subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam. Bayangkan saudara sekalian, sesungguh matapelajaran Pendidikan Islam yang kita sedia maklum bertujuan untuk mendidik kita mengenal Allah SWT pun 'terpaksa' dipelajari semata-mata untuk lulus exam (amat menyedihkan), inikan pulak mata pelajaran Sejarah yang tak seberapa ini. Patutlah berlaku kes rogol, seks bebas dan bermacam lagi perkara mungkar di sekolah agama kerana mereka diajar hanya untuk lulus peperiksaan saja manakala selebihnya tidak seberapa. Yang buta sejarah ini pulak kecelaruan identiti, punca utamanya sebab tak tau asal-usul keturunan dan budaya mereka. Semakin ramai 'mat salih' celup di kawasan bandar. Yang si anak pak lebai pulak, mengalahkan Arab lagi walaupun pakai purdah tapi batang hidung tak nampak sebab pesek sangat macam muka totok Melayu tipikal. Sungguh lucu sekali

Sudah terang lagi bersuluh. Disebabkan sistem pendidikan yang berpaksikan peperiksaan dan silibus hanya untuk dibuat hafalan inilah yang menyebabkan mata pelajaran Sejarah semakin hilang signifikansinya di kalangan pelajar Melayu ketika ini. Ditambah pula dengan asal-usul Melayu dan kaum Nusantara umumnya pun tak seberapa detail, sehingga menyebabkan ramai anak-anak Melayu mengalami perasaan inferiority complex. Ini kerana, cerita mengenai kerajaan Melayu awal sebelum Islam tidak diceritakan dengan jelas sebaliknya hanya Kesultanan Melayu Melaka sahaja ditekankan. Apakah sebabnya jadi begini?. Sejarah Melayu tidak bermula dengan Parameswara semata-mata. Oleh itu, penubuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh diambil kira sebagai permulaan ketamadunan Melayu kerana terdapat banyak lagi kerajaan awal yang tertubuh lebih 1000 sebelumnya. Jangan kerana sentimen agama kononnya kerajaan Melayu Hindu-Buddha tidak boleh diambil tahu sebab mereka bukan Islam. Kalau begitulah pandangan anda, nescaya anda adalah golongan Melayu yang memiliki pemikiran paling sempit sekali. Apa tidaknya, antara yang terawal mempelopori penyelidikan arkeologi ketamadunan Mesopotamia dan Mesir Purba adalah Khilafah Bani Umayah dan Bani Abbasiah. Mereka adalah perintis golongan yang mengkaji tamadun purba berkenaan. Tahukah anda bahawa kebanyakan para ilmuan mereka adalah terdiri dari golongan ulama yang cerdik pandai serta mahir dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak terhad kepada fardhu ain semata-mata bukan seperti ulama terompah kita yang hanya mahir dalam ilmu agama tapi memperlekehkan fardhu kifayah. Hasil kajian para ulama dan ilmuan Islam terdahulu inilah yang menjadi rujukan para golongan scholar's di negara barat atau Eropah misalnya untuk mempertajamkan pengetahuan.

Kesan sistem pendidikan dan silibus mata pelajaran kita ini sesungguhnya meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali ke dalam pemikiran golongan muda Melayu pada kebelakangan ini. Apa tidaknya, kalau yang minat nak jadi peguam tu dalam kepalanya hanya berlegar pasal undang-undang dan perlembagaan saja begitu juga kepada mereka yang minat perihal medik, dalam kotak pemikiran mereka hanya berlegar perihal anatomi dan penyakit tubuh badan manusia saja. Bukan saja kepada dua cabang ilmu berkenaan tetapi termasuk juga anak-anak Melayu yang mempelajari course pengajian yang lain. Tidak dinafikan lagi punca sistem pendidikan dan silibus kitalah yang menyebabkan ramai anak Melayu tidak berupaya untuk multi-tasking. Penulis masih ingat lagi pada suatu malam ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya untuk menikmati suasana malam di sana bersama seorang sahabat baik. Sewaktu dalam kereta kami berbual, selalunya topik yang kami bincangkan bukan berkisar tentang hal ehwal kehidupan kami semata-mata seperti anak muda yang lain. Terselit juga hal ehwal dunia yang berlaku di sekeliling kita juga. Dalam perbualan tersebut, sahabat baik penulis memberitahu ketika Tingkatan 5 dahulu beliau pernah mengeluh kepada ibunya tentang apa pentingnya beliau mempelajari sejarah sedangkan beliau adalah seorang pelajar jurusan Medik. Jauh terkesan ke dalam isi hati saya bahawa inilah kesannya sistem pembelajaran kita yang mana mata pelajaran Sejarah adalah untuk dijadikan iktibar dan menguatkan jatidiri seorang anak bangsa itu sendiri dan bukan untuk hafalan semata-mata. Inilah kepincangan ke dalam sistem pendidikan kita sendiri akibat dari orientasi yang lebih mementingkan untuk lulus ujian peperiksaan saja.

Umum mengetahui bahawa dalam sejarah silibus sekolah kita pun. Kita diajar sesempit ruangan sempadan kita dari Perlis hingga ke Sabah saja dan bukannya dalam ruangan Alam Melayu iaitu Nusantara. Sehingga menyebabkan jika belajar sejarah Champa dianggap mempelajari sejarah Indo-China, mempelajari sejarah Srivijaya dan Majapahit dianggap mempelajari sejarah Indonesia dan begitu juga Langkasuka yang dianggap mempelajari sejarah Thailand. Apakah sejarah kita sesempit ruangan sempadan yang dilakar penjajah?. Tidak sama sekali. Bahkan istilah Malaysia dan Indonesia diciptakan oleh penjajah inikan pula sejarah kita sendiri yang lebih tua usianya. Disebabkan kecelaruan inilah yang dipergunakan oleh golongan ultra-kiasu dari kalangan kaum pendatang luar Nusantara untuk menyerang kedudukan orang Melayu sebagai peribumi alam ini dengan mengatakan orang Melayu adalah 'pendatang' seperti juga mereka. Akibatnya, ramai dari kalangan orang Melayu terasa goyah akibat statement yang mereka keluarkan itu. Umum mengetahui semenjak dari azalinya lagi, kaum pendatang yang berasal dari balik 'Laut Champa' itu memang pandai membuat isu dan memutarbelit cerita sehingga si Melayu yang mendengarnya pun menjadi pening tak tahu macam mana nak layan. Semuanya berpunca dari kerana apa, 'Melayu Buta Sejarah'-lah apa lagi. Akan tetapi di kebelakangan muncul banyak blog-blog yang menceritakan mengenai sejarah Melayu sendiri seperti yang paling popular Mistisfiles yang terkenal dengan Alter Terahsia Bangsa Melayu-nya sendiri dan begitu juga blog-blog sejarah Melayu yang lain. Diharapkan ianya mencetuskan suatu kebangkitan di kalangan anak Melayu tentang betapa pentingnya sejarah buat semua anak Melayu di Malaysia ini.

Sekian,

Shacklesmith : Tamatlah sudah Bab 1, ini baru pandangan dari perspektif sosial. Next time, aku akan sentuh dari pandangan politik pula.




Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget