Showing posts with label suara anak muda. Show all posts
Showing posts with label suara anak muda. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Bila Serbanista Keldai Politikus Bersuara Lagi..



Nampaknya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sudah menunjukkan belang mereka apabila Timbalannya, Eikhwan Ali berterus-terang menunjukkan sikap anti-kerajaan pertubuhan mahasiswa itu dengan menghentam UMNO dengan keras.

Eikhwan dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO mesti ditolak pada PRU ke-13 bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan.

Paling “menarik”, budak hingusan itu menegaskan bahawa  UMNO tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan isu-isu berbangkit  termasuk kebejatan sosial yang berpunca daripada hiburan melampau dan pergaulan bebas.





Sebenarnya, saya tertanya-tanya dari mana budak mentah ini mendapat idea untuk menghentam UMNO dengan menggunakan platform sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya bebas politik.

Mungkin budak ini belajar dari PAS, PKR atau Chegu Bard yang menjadi tulang belakang SMM?

Sebagai seorang mahasiswa, saya melihat Eikhwan sebagai seorang budak yang sangat mentah, “naif” dan begitu mudah terpengaruh dengan doktrin omongan kosong yang selama ini dipropagandakan oleh Pakatan Haram.

Apa yang budak mentah ini tahu tentang pentadbiran, kuasa dan pengurusan sesebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang memiliki sekitar 27 juta orang rakyat?

Selama lebih 50 tahu UMNO dan BN mentabdir negara memegang kuasa tampuk pemerintahan, apakah Malaysia ini tidak cukup aman dan makmur?

Apakah Eikhwan melihat negara ini huru-hara dan sering berlaku kekecohan seperti yang berlaku di negara-negara bergolak seperti Myanmar, Palestin, Mesir, Syiria, Tunisia dan lain-lain negara dunia lain?


Kalau ada huru-hara sekalipun, segalanya berpunca dari propaganda Pakatan Haram yang dia sanjung-sanjung sehingga menyebabkan ramai rakyat merungut tidak berpuas hati dan mengganggu ketentaraman awam.




Kalau benarpun, ada perlaksanaan dasar yang punya sedikit masalah, tidakkah pihak yang didewa-dewakan Eikhwan itu menggunakan saluran yang aman dan lebih wajar berbanding menghuru-harakan keadaan?

Bila menyebut “mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan”, tidakkah GAMIS melihat betapa UMNO/BN mendahulukan rakyat dengan pelbagai bantuan dan dasar-dasar yang memberi “joran dan umpan” berbanding memberikan “ikan”.

Apakah GAMIS “buta” untuk menilai dasar dan transformasi politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mementingkan prestasi serta KPI setiap kementerian di dalam kerajaan?

Dan apakah dia fikir Malaysia ini tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyatnya?

Saya yakin, jika Kerajaan UMNO/BN tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyat, jangankan Eikhwan, seluruh ahli GAMIS sendiri pun tidak akan berpeluang untuk masuk universiti dengan pelbagai subsidi pelajaran dan keistimewaan!

Pada saya, GAMIS sebenarnya sudah memulakan “perang” terhadap UMNO/BN secara terbuka walaupun Kerajaan UMNO/BN selama ini kerap “memberi muka” kepada pertubuhan yang dipercayai didalangi oleh budak-budak hingusan PAS.

Oleh kerana “geruh” yang GAMIS cari, rasanya kita ada “ubat mujarab” untuk mengubat keceluparan mahasiswa-mahasiswa “malas berfikir” ini. Mungkin mereka tidak sedar bahawa Pro-M kalah teruk pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini..kan?

Saturday, July 9, 2011

Bersih Sangat Ker Brader??

Aku sebagai anak Kuala Lumpur menentang sebarang perhimpunan haram yang menggugat ketenteraman bandar kelahiran aku ni. Lagi-lagi kalau melibatkan golongan subversif yang memecahkan perpaduan yang terjalin selama ini.

Sabtu lalu, aku menandatangani petisyen yang dijalankan oleh para peniaga Melayu Jalan TAR di Kuala Lumpur.  Aku amat bersimpati dengan nasib mereka yang bakal menanggung kerugian akibat perhimpunan yang bakal mencetuskan kacau bilau. Bayangkan, yang bakal bertempur di jalanan itu adalah orang Melayu sendiri.

Oleh itu, say no to bersih, say no to illegal 
demonstration.




Aku jumpa beberapa artikel menarik yang ditulis oleh seorang anak muda seperti aku jugak untuk kita kongsikan bersama. SINI, SINI dan SINI.

Monday, May 23, 2011

Sentuh Politik Sat N0 : Suara Anak Muda 1

       Assalamualaikum pembaca setia Kerambit Assassin's semua. Sudah lama rasanya tak menyentuh bab berpolitik ni. Rindu pula aku nak masuk kat dalam hal yang tak seberapa diminati oleh golongan muda yang tak suka masuk campur hal tepi kain UMNO dan PAS ni. Kepada totok-totok muda pro mahasiswa dan aspirasi sekalian kenapa aku cakap majoriti anak muda tak suda berpolitik janganlah pulak korang melenting. Ikut pemerhatian akulah kebanyakan pelajar especially IPTS memang takkan ambil pot sangat dalam hal politik kecuali kalau dah dihasut lecture ataupun mak bapak. Aku cakap betul ni berdasarkan pemerhatian aku. Bukan apa, IPTS yang aku belajar ni mana ada set-set PRO ASPIRASI dan MAHASISWA semua. Tu semua hanya terhad pada IPTA jer dan aku harap tak payahlah nak bawak masuk kat private learning institution. Buek somak yo eh.

       Berbalik kepada poin yang aku nak cakapkan kat korang semua. Pasal politiklah atau lebih tepat siasah golongan belia, dan jugak pemikiran generasi Y yang akan mencorak masa depan politik negara akan datang. Seperti kita sedia maklum, golongan muda adalah berdarah panas dan bersikap pemberontak. Apa saja akan dibangkang, sampai mak bapak pun sanggup dilawannya sebab tak sependapat. Boleh dikatakan golongan mudalah penggerak utama gerakan anti establishment. Tidak dinafikan belia atau lebih tepat sekali golongan muda adalah ejen yang paling mudah digunakan dalam menjalan agenda dan propaganda politik. Sejarah dah membuktikan dah, tengok saja bagaimana  Vladimir Lenin kepala bapak komunis termasyhur sedunia mempergunakan golongan muda untuk menjatuhkan Maharaja Russia. Antara kata keramat beliau yang masih dipegang oleh golongan sosialis muda sehingga ke hari ini adalah "Give me just one generation of youth, and I'll transform the whole world". Begitu besar sungguh jasa golongan muda dalam menggerakkan agenda politik sesebuah organisasi. 

      Perkara yang sama juga dilakukan oleh Mao Tze-Dong yang telah mengeksploitasi darah panas yang membuak-buak golongan muda ketika Revolusi Budaya China ketika tahun 1960an dulu. Atas nama 'revolusi budaya', habis segala warisan tinggalan datuk nenek diranapkan sampai ke tahap kritikal boleh lupa asal-usul dibuatnya. Dahsyat bukan darah panas anak muda?. Semua sanggup dilakukan kerana ideologi. Apa-apa saja adalah mungkin demi memperjuangkan ideologi. Kalau bertentangan dengan ideologi, hapuskan saja sehingga lumat dan hancur lebur dari muka bumi!. Fahaman komunisme memang merupakan satu fahaman yang berpegang teguh kepada ideologi akibat ketiadaan sikap keimanan terhadap Tuhan. Akibat tiada Tuhan untuk disembah, maka dibuatlah patung pemimpin mereka besar-sebesarnya depan plaza untuk 'disembah' rakyat jelata. Ideologi berpunca dari pegangan agama, kalau kuat pegangan agama. Maka kuatlah ideologi beragamanya. Tapi kalau kuat pegangan ateisme tu, kuatlah ideologi ateismenya.

    Itu baru kat luar negeri, bagaimana pula kat negara kita pulak?. Dekat seberang, anak bangsa mereka tak kira muda hingga tua gayut sekalipun amat kuat berpegang dengan ideologi Pancasila mereka sehingga sanggup membunuh saudara seagama dan serumpun iaitu kita sendiri. Ingat peristiwa tarian pundek bali dan rasa sayang hey dulu, akibat terlalu taksub menggila dengan Sang Saka Merah Putih. Kita yang sedarah dengan mereka pun dibenci ke tahap selesema babi. Tapi bagaimana pulak dengan kita?, apakah kelebihan kita sebagai anak dalam ideologi berpolitik?. Adakah bersifat konstruktif atau destruktif. Jom kita lihat senario politik yang melanda golongan muda di negara Malaysia. Patriotikkah mereka dalam berpolitik?.

       Kalau nak dibandingkan golongan belia kita dengan yang dari luar memanglah bagai langit dengan bumi. Mana tidaknya, golongan muda kat Malaysia ni lebih suka mengangkat bendera parti politik dari bendera negara sendiri. Tak ke menjengkel kan ke tu?. Yang mana satu maruah depa, bendera parti ke negara?. Apa kalau parti politik yang mereka sokong tu menang, oleh itu bendera kebangsaan akan digantikan dengan bendera parti politik dorang tu lah?. Wah, ini semacam Hitler ajer dengan bendera Nazi-nya. Aku bagi contohlah, bendera Bulan punyalah dijulang lagi tinggi dari Jalur Gemilang. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu, sedangkan PRU pun punyalah lambat lagi. Itu bab politik, kalau bab sukan pulak bendera pasukan pula yang dijulang dengan memakai T-shirt pasukan kegemaran tu.  Dalam pada masa yang sama, ada jugak bersikap 'patriotik'. Iaitu mereka-mereka yang membawa bendera merah dan bersorak 'Red Warrior' dengan girang dan penuh bangga. Tapi Shacklesmith tengok, patriotisme mereka adalah bersikap lokal dan kenegerian. Bukannya satu negara punya patriotisme pun. Kalo hok nie tak po jugok!

      Berbalik kepada bab politik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemerintah dan pembangkang. Mengikut pandangan mereka yang pro kepada pembangkang. Situasi masa kini memperlihatkan bahawa golongan muda lebih terarah kepada pro pembangkang. Benarkah begitu?, adakah golongan muda di negara ini menjadi penentang tegar kerajaan. Shacklesmith akan ulas nanti, jangan risau.





     

Thursday, May 5, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume II



BAB 2 : Bagaimana Sikap Suka Berpolitik Boleh Menjadi Sebab Melayu Buta Sejarah?
Akibat dari kesibukan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar menyebabkan saya hampir tidak dapat mengotakan janji saya untuk menyambung artikel saya yang terdahulu pada Mac lalu. Lebih sebulan sudah tergendala akibat bebanan tugasan di kuliah yang menyebabkan artikel Bab 2 ini tergantung begitu saja tanpa sebarang sambungan jilid yang kedua dari Mac lalu. Kini sudah masuk bulan Mei, banyak peristiwa penting telah berlaku ketika Mac dan April lalu. Yang tak dapat saya lupakan adalah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh saya anggap sebagai satu anjakan revolusi kepada industri perfileman tempatan. Tidak pernah saya lihat sokongan yang begitu jitu oleh kerajaan untuk menghasilkan filem bertemakan sejarah ini. Meskipun, ada yang ditonjolkan dalam filem ini tidak begitu tepat seperti lokasi Goa (tempat sebenar Merong Mahawangsa bertemu dengan angkatan Rom adalah di Ghumroon, Parsi), jong Cina belum wujud ketika itu (rekaan tersebut hanya wujud pada kurun ke-10 Masihi sedangkan filem itu berlatarkan kurun 1-Masihi) dan juga rekaan perahu layar Melayu bukan seperti tersebut sebaliknya harus berpandukan rekabentuk kapal Borobudur. Meskipun begitu, segala kesilapan yang dilakukan KRU Production tersebut tidak seharusnya dikesali kerana menjadi adat sesuatu hasil tangan yang dicipta tersebut tidak semestinya perfect 100%. Mesti ada cacat celanya. Lagipun mereka masih baru dalam industri sebegini tidak sampai sedekad. 


Bulan April pula kini telah menjelma dan sudahpun menutup tirai . Mesti ramai yang sudah terkena jerat April Fool sama di sekolah, kuliah, pejabat atau dikalangan sanak saudara bukan?. Adakah anda tahu asal usul April Fool?. Apa kata anda lawati laman akak Rynn dekat SINI untuk seketika, dan anda akan tahu apakah sebab utama kita umat Islam diharamkan untuk menyambut 'April Fool' sebagaimana hari Valentine. Kepada yang ligat berpolitik bulan April ini telah menyaksikan PRK Sarawak yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menewaskan pakatan pembangkang yang kecundang di kerusi kawasan Bumiputera. Sentimen tentang bahayanya pakatan pimpin puak Ultra-Kiasu dari Semenanjung tersebut mungkin telah disedari lebih awal lagi oleh warga pribumi Sarawak dan ada eloknya sentimen berkenaan merebak ke Semenanjung supaya kaum Bumiputera khasnya orang Melayu bangkit untuk menguasai semula ekonomi yang telah musnah akibat penjajahan kuasa Barat pada kurun ke-19 dahulu. Dengan adanya kekuatan ekonomi ini, maka dengan situlah hadirnya kuasa politik yang total dan dinamik. Selama ini orang Melayu sudah banyak berkorban dengan memberikan bermacam kemudahan kepada puak Ultra-Kiasu, tetapi adalah yang dibalas adalah tuba, tipu helah, janji yang tidak kesampaian dan paling teruk maki hamun di ruang maya. Mereka selama ini tersilap sangka bahawa orang Melayu tidak boleh survive tanpa mereka. Therefore, we must shall prove to them that we can!.


Saya ingin kembali kepada topik yang kita harus bincangkan bagaimana sikap terlampau galak dan ligat berpolitik boleh menyebabkan seseorang itu buta sejarah?. Saya akan mengupas isu ini berdasarkan apa yang saya lihat sepanjang berjinak dengan dunia politik Melayu mengikut dua perspektif yakni dua golongan Melayu. Seperti kita sedia maklum terdapat dua parti politik besar yang dipimpin orang Melayu untuk memperjuangkan nasib Melayu Islam dibumi bertuah ini. Dua parti besar keramat ini telah lama mencorakkan sosio-politik Melayu selama berdekad lamanya semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Tanpa dua parti politik ini, mungkin orang Melayu takde chance nak memangkah kertas  undi setiap 4 hingga 5 tahun. Bukan apa, kita sebagai manusia Melayu Islam berhak menentukan parti mana yang harus memerintah berdasarkan KETEGUHAN, KEMANTAPAN, DAN KEPEJALAN JIHAD PERJUANGAN sesuatu parti dalam memperjuangkan nasib umat Melayu Islam di hari ini. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara sesuatu isu, kita lihat contoh. UMNO menganggap bahawa merekalah yang memperjuangkan survival Melayu di arena politik manakala PAS pula mendabik dada menyatakan merekalah yang memperjuangkan Islam di bumi yang nyata ini. Benarkah begitu? Mari ikut saya kupaskan kebenaran ini.



UMNO lahir pada tahun 1946 atas dasar protes orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union yang menggugat kedudukan Agama Islam dan Raja-raja selepas Perang Dunia Kedua, manakala PAS pula serpihan UMNO melalui cawangan Ulamak dan ahli agama yang merasakan bahawa mereka diketepikan dari arus politik UMNO yang ketika itu dikuasai golongan pembesar elit Melayu ditambah pula dengan Perikatan dengan parti bukan Melayu Islam. Ada pendapat menyatakan bahawa PAS adalah asalnya dari PKMM dan Hizbul Muslimin yang kemudian diserap masuk ke dalam UMNO ketika pengharaman parti-parti berhaluan kiri yang menyokong insurgensi komunis ketika tahun 1948. Apa yang pasti, mengikut pandangan sesetengah ahli sejarah. PKMM berpecah kepada dua, yang mana golongan yang cenderung kepada ideologi sosialisme ala parti Baath di negara Arab menyertai Parti Rakyat Malaya (PRM). Manakala yang cenderung kepada falsafah perjuangan Islam pula menyertai PAS. Golongan ulama dan ustaz yang menubuhkan PAS ketika itu menyertai UMNO terlebih dahulu sebelum keluar beramai-ramai akibat tidak bersetuju akan kerjasama UMNO dengan parti-parti yang dianggotai golongan bukan Melayu yang tidak beragama Islam kerana asalnya mereka ketika bersama PKMM dahulu menolak untuk bekerjasama dengan komunis kafir laknatullah  untuk bersama dalam jihad palsu menentang penjajah tapi akhirnya membunuh saudara seagama sendiri. 


Sungguhpun begitu, mereka tidak mengambil sikap membenci bekas rakas seperjuangan yang bermandi darah dengan komunis kafir laknatullah meskipun gara golongan cerdik pandai agama ini telah menyertai UMNO yang mengambil sikap berlembut dengan penjajah British. Ini amat bertentangan dengan pewaris mereka ketika ini yang mengambil sikap membenci sampai mati UMNO. Setidaknya, ketika terbit rasa ukhwah persaudaraan sesama saudara seagama dan sebangsa. Khuatir akan tergadai akidah sebab bersekongkol dengan  parti-parti bukan Melayu Islam, maka mereka menubuhkan PAS pada 1951 yang dipimpin oleh para ulama dan cerdik pandai agama. Selama lebih berpuluh tahun PAS dengan ideologi teguh menolak akan berpakatan bersama parti yang bukan milik kaum Melayu Islam cuma mula berpaling tadah dari ideologi semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebelum Pilihan Raya Umum ke-11. Tidak seperti UMNO, demi memperjuangkan Islam PAS sanggup bergerak seorang diri tanpa sebarang allies. Tapi apa sudah jadi hari ini?. PAS sudah bacul seperti dipotong testikel dengan menjadi anjing suruhan DAP. Itupun dengan dungu-dungu tahap lembu mereka masih lagi menyatakan bahawa kerjasama tersebut adalah berdasarkan tahaluf siyasi!. Tahaluf siyasi la sangat sampai sanggup bergolek di atas jalanan kerana diperlembukan DAP ketika di Perak dahulu. 


Bukan niat saya nak menyerang PAS secara total, kerana PAS ketika dahulu merupakan parti yang amat saya respek sebab memperjuang Islam sekalipun tanpa sekutu rapat. Tapi kini apa sudah jadi, PAS kini tidak ubah seperti UMNO yang bacul untuk memperjuangkan Islam akibat berkawan dengan parti kafir. PAS tidak berani memperkenal undang-undang Islam di negeri seperti Selangor dan Perak kerana takut akan DAP. Dimanakah perginya telur mereka, kalau UMNO tu usah cakaplah. Jika PAS menuduh UMNO main rasuah ibarat paku dulang, paku serpih. Apakah masing-masing itu sempurna sangat?. Akibat terlalu kemaruk berperang sesama sendiri nampak gayanya politik Melayu memang tidak akan kemana-mana. Masing-masing mencari salah sendiri untuk dipertikaikan sampai agenda memperkasakan agama dan bangsa telah dilupakan sebab sibuk mencari isu politik yang tidak akan habis sampai bila-bila. Jiran sebelah rumah yang bersaudara sibuk bergaduh sampai APEK suratkabar recycle towkay CURI CEMPEDAK di luar pagar pun masih TAK SEDAR LAGI!!. 


Isu salahlaku moral dan politik wang amat meruncing dalam UMNO dan PAS dan ini amat memburukkan nama ahli politikus Melayu Islam dikalangan bangsa lain. Lihatlah sebagai contoh, kalau hendak menyerang pemimpin UMNO, segalanya akan dijadikan isu oleh PAS sampaikan HAL DALAM KAIN ATAS KATIL SUAMI ISTERI pun dijadikan modal oleh PAS. Perkara yang sama juga dipergunakan UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mensensasikan cerita salahlaku seks dan rasuah pemimpin PAS terutamanya sekali Kelantan (ingat kes balak dan 'main' dalam koc). Senang ajelah, dulu masa Anwar dalam UMNO puak-puak PAS mencanangkan isu liwat oleh pemimpin tersebut dan UMNO pula sibuk mempertahankan bekas aktivis ABIM tersebut. Dan kini lain pula ceritanya, semenjak Anwar dipecat, dipenjarakan dan lompat masuk puak satu lagi, UMNO pula yang mainkan isu liwat dan PAS pulak yang mempertahankan Anwar. Habis tu dimanakah kebenarannya?. 


Tak dinafikan lah bagi saya, Anwar tu bukanlah seseorang yang kita boleh percayai sangat pun. Malahan tidak boleh dipercayai langsung. Apa tidaknya, orang tua seperti Tun Dr Mahathir yang boleh dianggap sebagai father figure membentuknya dari menjadi Ketua Pemuda sehingga menjadi Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri tak sampai 15 tahun pun diderhakainya. Belum campur lagi bekas teman-teman seperjuangan beliau. Kemasukan Tok Wan dari Permatang Pauh ni dalam arena politik Melayu.  tak membawa apa kebaikan langsung melainkan isu-isu yang diputar belit, konspirasi dan ketaksuban melampau tahap dewa oleh pengikutnya. Almaklumlah dah jadi 'anugerah Tuhan' la katakan. Bak kata anaknya Nurul Izzah 'Papa Hebat!!'. Papa memang hebat sebab sepanjang karier politiknya berjaya memperbodohkan UMNO dan PAS sehingga jentera Pemuda-nya yang begitu digeruni oleh para anak muda dan mahasiswa di universiti suatu ketika dahulu menjadi tak ubah seperti babun-babun liar yang terlepas dari zoo yang hanya layak bertempur di jalanan saja. Bagi golongan muda Melayu atas pagar, dengar saja nama pemuda UMNO dan PAS pun dah meluat sebab jadi jentera pengampu profesyional pembodek utama negara. 


Medan pertempuran UMNO dan PAS banyak berubah dari jalanan, ke kedai kopi sehinggalah di ruang maya. Meskipun berbeza lokasi tapi 'senjatanya' tetap saja. Tangan tidak berkeris tapi berparang di lidah dengan isu-isu tidak membina langsung. Akibat dari berpolitiklah Melayu makin lupa sejarah bagaimana mereka pernah jatuh tersungkur berabad dahulu. Machiavellisma mula dianuti tanpa disedari.


Sekian,


Shacklesmith : Berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikirkannya



Saturday, March 12, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume I

 

BAB 2 : Suka berpolitik punca Melayu buta sejarah?
Pada minggu lalu saya telah menyentuh permasalahan sikap buta sejarah dikalangan anak muda Melayu dari perspektif sosial dan pendidikan. Kini, seperti yang telah dijanjikan. Saya akan menyentuh pula dari aspek politik. Baiklah wahai pembaca sekalian, saya mulakan bicara ini. Jika dilihat semenjak dari sebelum merdeka lagi, bangsa Melayu dan politik itu tidak dapat dipisahkan bagai aur dan tebing. Ini kerana politiklah yang menjana perkembangan modenisme Melayu itu sendiri. Politik memainkan peranan penting membentuk jatidiri  dan masa depan insan Melayu itu sendiri. Mana taknya, Melayu amat berpegang teguh kepada apa yang diperjuangkannya. Ada yang taksub, ada yang suam-suam kuku perjuangannya. Namun, kuasa politik adalah matlamat utama perjuangan mereka. Kuasa itu tidak sama ada maruah, pangkat, darjat, atau harta semata-mata. Ada yang tidak terlibat ke dalam kancah sedemikian walaupun hanya sebagai penyokong tegar. Mereka yang dari peringkat akar umbi inilah yang bersusah payah berjuang untuk ketua mereka yang bersenang-lenang di peringkat atasan. Mereka bersengkang mata menampal poster, menulis blog dan berkempen habis-habisan sehingga habis penuh ruang di rumah dan keretanya dihiasi risalah politik sampai habis anak beranak dan saudara maranya menjadi taksub parti dan tokoh politik menggila bagai nak rak seperti mereka. Setidaknya, politiklah yang mempengaruhi kehidupan seharian orang Melayu khasnya di zaman moden.

Perkembangan siasah Melayu di zaman moden ini telah bermula semenjak awal kurun ke-20 lagi. Ianya telah dibawa oleh golongan pelajar yang pulang dari Timur Tengah.  Walaupun belum menubuhkan sebarang parti politik (bukan PKM yang didalangi kaum Cina), tujuan utama mereka adalah menjalankan reformasi sosial dikalangan orang Melayu yang dibelenggu penjajahan imperialis barat. Gerakan reformis yang dikenali sebagai Kaum Muda ini membawa pulang bersama apa yang mereka telah pelajari di Timur Tengah dahulu. Antara usaha mereka adalah membawa dan menggalakkan usaha penerapan nilai-nilai Islam yang lebih syumul dan berfikiran lebih moden sesuai untuk membentuk jatidiri yang lebih tinggi demi emansipasi anak bangsa itu sendiri. Kurun ke-19 merupakan bermula titik hitam dalam sejarah perkembangan Melayu di Nusantara sehingga hampir membawa kepada Zaman Gelap bangsa itu sendiri ini kerana mereka tidak mampu mengalahkan kuasa Imperialis Barat yang lebih maju akibat Revolusi Perindustrian dan kesilapan pemimpin mereka sendiri tersilap mencaturkan survival mereka sendiri. Justeru, pelajar-pelajar atau mahasiswa Melayu yang pulang menuntut dari Timur Tengah inilah menjadi harapan mereka. Pelbagai surat khabar dan majalah diterbitkan sehingga mencetuskan Revolusi Intelektual dikalangan orang Melayu. Sebelum itu di tanah jajahan Belanda yang kita kenali sebagai Indonesia kini pula terdapat dikalangan golongan bangsawan dan terpelajar. Sehingga tahun 1930an, muncul pula tokoh gerakan nasionalis Islam di Mesir iaitu As-syahid Hassan Al-Banna yang memimpin gerakan pembebasan Mesir dari cengkaman dan pengaruh British selepas ianya ditakluk dari Khalifah Bani Uthmaniah. Gerakan ini melahirkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang kita kenali hari ini. Api perjuangan ini kemudian menyemarak sehingga ke Nusantara sehingga tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 di Maktab Perguruan Sultan Idris Perak. Ini hanya merupakan titik tolak perkembangan politik Melayu zaman moden pra Perang Dunia Kedua.

Perkembangan politik awal Melayu telah bermula sejak zaman feudal lagi. Iaitu dari zaman Funan, Javaka dan Srivijaya lagi. Malahan kemungkinan besar lebih awal dari itu. Ianya lebih berorientasikan kepada pemerintahan beraja dan segalanya tertakluk pada kuasa dan budi bicara Raja itu sendiri. Tidak seperti zaman sekarang yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Segala jawatan seperti pembesar, laksamana, mahupun hulubalang dilantik oleh Raja dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali. Jika tidak, ianya dianggap sebagai menderhaka kepada Raja. Raja dianggap sebagai titisan dewa. Selepas kedatangan Islam, kepercayaan tersebut diubah dan Raja tidak lagi dianggap sebagai demi-god ruler tetapi sebagai ketua agama dan pentadbiran negara. Gelaran juga telah diubah kepada Sultan. Meskipun begitu, Sultan tetap merupakan absolute ruler di negara yang diperintah tersebut. Sementara diperingkat bawahan juga tidak kurang hebatnya. Barisan kepimpinan yang dilantik Raja sendiri bertujuan untuk membantu baginda Raja melicinkan pentadbiran sekaligus memudahkan pembahagian kerja seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan sebagainya yang sama dengan tugas-tugas Menteri dan Ahli Parlimen di zaman moden walaupun politik kepartian tiada dalam kamus orang Melayu ketika itu. Persaingan antara pemimpin-pemimpin ini tetap ada dan kadangkalanya, it get's bloody for a reason. Itu baru krisis dalaman antara pemimpin, belom campur lagi hubungan diplomatik di antara kerajaan-kerajaan Melayu.

Sejarah mencatatkan peperangan di antara kerajaan Melayu pra-Islam seperti Sailendra, Srivijaya, Langkasuka dan Champa. Salah satu peperangan yang terbesar sehingga memiliki pengaruh sehingga kini adalah penaklukan Langkasuka oleh Srivijaya. Walaubagaimanapun ada sejarawan mencatatkan penaklukan tersebut adalah mungkin campurtangan diplomasi penguasa Srivijaya. Akan tetapi kemungkinan besar peperangan tersebut tidak mungkin boleh dielakkan kerana kita faham sikap orang Melayu yang mudah memberontak. Saya pernah terbaca peristiwa peperangan kerajaan Sailendra menyerang Kota Kauthara milik kerajaan Champa pada tahun 787 Masihi untuk merebut mukhalinga dari sebuah kuilnya.  Kesan penaklukan itu kita boleh lihat dari segi bahasa pertuturan orang Melayu di kawasan utara dan pantai timur semenanjung. Ini kerana jika tidak berlaku penaklukan tersebut, bahasa yang dipetuturkan oleh orang Melayu dikawasan tersebut tidak boleh difahami oleh orang Melayu yang bukan dari kawasan yang sama. Jika tidak pasti bahasa yang mereka pertuturkan adalah bahasa Aceh-Chamik dan bukannya bahasa Malayik yang dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ada fitnah yang mengatakan bahawa mereka asalnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer tetapi itu tidak benar sama sekali dan telah dipatahkan hujahnya. Oleh itu, tak payahlah sang totok ultra-kiasu nak berteriak bahawa orang Melayu Kedah dan Kelantan ini adalah pseudo-Malay kerana hujah anda tidak laku lagi. Hanya si bodoh seperti Michael Chick dan John Doe sahaja yang buta-buta percaya fitnah dajal ini. Kita tinggalkan persoalan bahasa dan asal-usul Melayu Langkasuka. Mari kita kembali kepada topik politik Melayu zaman silam. Apakah selepas penaklukan tersebut tiada lagi bibit-bibit konflik di antara Melayu Langkasuka dan Melayu Srivijaya?.  Pernah saya dengar kebangkitan kerajaan Kedah pada kurun ke-11 menentang Srivijaya. Apa yang pasti, kesan perbezaan dan ketidaksefahaman antara Melayu yang di atas dan di bawah itu boleh kita lihat pada senario politik zaman sekarang iaitu di abad ke-21. Anda semua tahu kan pasal parti politik tersebut.

Senario peperangan di antara kerajaan-kerajaan Melayu tidak terhenti setakat zaman pra-Islam sahaja. Penguasaan oleh Majapahit yang berpusat di Jawa dan kebangkitan Melaka sebagai pewaris Srivijaya telah sedikit sebanyak merubah suasana geo-politik pada zaman medieval tersebut. Constant warfare adalah lumrah kerajaan-kerajaan di dunia Melayu seperti di Eropah dan negara Asia lain misalnya. Pernah berlaku konflik di antara Kerajaan Chermin yang merupakan perikatan Pasai, Kedah, Kelantan dan Champa dengan Kesultanan Melaka yang berakhir dengan perkahwinan diraja di antara kedua putera dan puteri kerajaan Melayu tersebut. Perang ini mungkin kesinambungan kepada peperangan Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Peperangan terus mewarnai senario politik Melayu dahulukala selepas kejatuhan Kesultanan Melaka seperti peperangan antara Kesultanan Aceh dan Johor-Riau. Begitu juga antara kerajaan lain di Nusantara. Selepas kurun ke-17 Masihi, berlaku satu penghijrahan besar-besaran kaum Bugis/Makasar dari Sulawesi ke seluruh kepulauan Melayu sehingga menyebabkan beberapa kerajaan di Alam Melayu lain turut bergoncang dan terasa tempiasnya. Ianya dikenali sebagai 'Bugis Invasion', seperti Norman Invasion di Eropah pada kurun ke-10 Masihi. Mereka memainkan peranan dalam membantu pemberontakan Trunajaya di Pulau Jawa dan krisis pewaris Sultan Mahmud mangkat dijulang. Kekuasaan mereka mampu menggoncang dan menggugat Belanda yang merupakan kuasa besar angkatan laut dunia ketika itu. Krisis Bugis dan Minangkabau sejurus selepas peristiwa krisis pewaris Sultan Mahmud itu merupakan turning-point dalam senario politik Melayu di Nusantara. Ini kerana peperangan di antara mereka lebih bersifat antara warlord's diraja suku Bugis dan Minangkabau dalam membentuk pengaruh perdagangan dan kuasa politik. Selain Minangkabau yang berpusat di Negeri Sembilan. Beberapa kerajaan Melayu lain seperti Kedah dan Terengganu turut tergugat dengan pengaruh yang dimiliki oleh warlord's Bugis. Kedah misalnya, pada tahun 1780an pernah meminta bantuan British di India untuk membantu mereka menentang Siam Thai dan menyingkirkan mercenary Bugis dari Kedah. Kesempatan juga diambil selepas kekalahan teruk Bugis ke atas Belanda dalam usaha penaklukan Melaka yang dipimpin As-syahid Almarhum Raja Haji Fisabillillah untuk berpakat dengan Terengganu untuk menyerang Selangor dan Johor-Riau sekaligus menghalau orang Bugis dari sana. Walaubagaimanapun, ianya menemui kegagalan kerana Sultan Kedah telah dikhianati oleh Francis Light yang mengingkari perjanjian mereka itu. Walaupun pernah berlaku peperangan di antara kuasa-kuasa Melayu pada kurun ke-18, pernah tercatat perikatan atau alliance di antara warlord's Bugis dan Minangkabau dalam usaha mereka menentang Belanda kafir laknatullah. Gabungan di antara mereka sedikit sebanyak mencetuskan kegusaran kepada Belanda sehingga membawa kepada bankrupsi secara total VOC pada tahun 1790an akibat peperangan menentang mereka itu.

Kini, jika dilihat kembali. Sejarah perkembangan politik Melayu itu telah berjalan dalam jangkamasa yang begitu lama sekali. Ianya tidak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan sahaja. Malahan sejak zaman feudal lagi. Apa yang saya perkatakan sebagai Bugis Invasion itu juga memiliki profound effect ke dalam kancah politik Nusantara dan Malaysia secara amnya dalam politik moden. Selain Melayu suku Bugis, kaum Melayu yang tinggal di utara semenanjung dan Minangkabau bersama suku-suku Melayu yang lain turut mewarnai senario politik Melayu di zaman moden walaupun pengaruh mereka tidak seberapa menyerlah. Kaum Melayu di pantai timur juga tidak kurang hebatnya dalam bidang politik. Walaupun era peperangan antara warlord's Melayu di zaman feudal dahulukala sudah berakhir dan dunia politik sudah memasuki era demokrasi berparlimen. Sememangnya, Melayu dan politik tidak boleh dipisahkan. Bangsa mana yang tak boleh hidup dengan berpolitik?. Politik itu simbolisme ketamadunan sesuatu bangsa.

Sekian,

Shacklesmith : Sabar ya, belum habis Bab 2 lagi. Itu baru aku sentuh politik Melayu zaman dulu. Dalam volume 2 aku akan sentuh pasal politik Melayu zaman moden dan bagaimana politik menyebabkan Melayu buta Sejarah.

Wednesday, March 9, 2011

Pergi Mampus Dengan Sosialisme!!!

Kasihan Blogger Tukar Tiub.


Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan. Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.

Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.

Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.

Hishamudin Rais  dilahirkan memberontak. Memberontak kerana beliau dilahirkan. Memberontak kerana dunia beliau tinggal ini tidak sempurna. Memberontak terhadap ketidakadilan sosial. Memberontak terhadap kesenangan insan-insan lain. Memberontak terhadap kesusahan mungkin buatan beliau sendiri. Memberontak terhadap kejayaan orang. Memberontak terhadap kegagalan sendiri. Memberontak tanpa sebab.

 Rebel without a cause.

Dalam kedudukan Alexa blog di Malaysia, beliau sering duduk dibelakang Tranukite, dalam top 5. Ini menunjukkan beliau seorang yang 'berpengaruh'. Dalam negara demokrasi, beliau gunakan apa saja, malah ada gambar lubang anus untuk mengalahkan kerajaan yang beliau benci. Apalagi trademark 'KAH KAH KAH KAH KAH KAH' dan "WOIT'nya.

Berpengaruhkah beliau? Wallahualam.

Beliau sering menggalakkan anak muda - terutama mahasiswa - agar turun ke jalanan memprotes kekejaman kerajaan. Sebagai role model, beliau sendiri gagal. Gagal menjadi seniman ampuh. Gagal menjadi 'Che Guevara'. Gagal menjadi director sehebat Kubrick atau U-wei Shaari. Gagal jadi pemikir yang bernas. Gagal juga sebagai professional agitator seperti Stalin.



Kasihan dia kerana dilahirkan dibumi yang salah dengan masyrakat yang salah. Beliau berbakat, tetapi gagal mengembangkannya kerana terlalu marah. Marah hingga ke tua. Ketawa puas-puas dengan lelucon politik. Habis ketawa nanti mati dan sirna dari masyarakat Melayu.


Kasihan Tukar Tiub. 
Tolong jangan berhenti ketawa kerana apabila ketawa terhenti, anda mungkin diketawakan.

Dipetik dari Bloggenstarz

Shacklesmith : Dulu masa aku baca Mastika, selalu jugak baca artikel orang tua ni. Tak habis-habis kutuk kapitalisme seolah-olahnya itulah punca segala sial yang berlaku kat dunia kita yang fana ini. Kadangkala aku tertanya jugak, betul apa yang dia ni cakap. Dan aku tak nafikan segala kepincangan seperti krisis yang kita hadapi selama ini adalah akibat dari kapitalisme sendiri. Cuma bila aku terfikir sejenak, bukankah dengan sistem kapitalisme inilah yang memudahkan kita berdaya saing dalam bidang perniagaan. Nak buat bisnes pun tiada siapa yang nak kacau. Kalau nak dibuang ganti dengan apa? komunisme kah. Boleh kah kita hidup dengan sistem yang mengongkong kehidupan kita ini?. Konfem tak boleh punya. Sebab kita adalah berjiwa free spirited, mana mungkin kita boleh dikawal sistem yang mengunci jiwa jasmani dan rohani kita. 

Dulu aku juga merupakan seorang sosialis tatkala di zaman ku meningkat dewasa. Bagaimana aku terpengaruh dengan fahaman yang maha menyesatkan ini?. Kerana aku dipengaruhi oleh bacaan berkaitan dengan sejarah Revolusi Perancis, Bolshevik, Revolusi Syiah Iran dan sebagainya. Kata-kata tokohnya membuatkan jiwa naluri aku bergelodak untuk turut memberontak menentang sistem yang sedia ada. Tapi apakan daya, bila aku fikir semula. Apa faedahnya kalau aku memberontak?. Elok sangatkah buat anak cucu aku, TIDAK SAMA SEKALI!!! Sistem sosialisme tidak bersesuaian dengan Islam yakni agama ku anuti, GAGAL SECARA TOTAL UNTUK MENGADAPTASI NORMA KEHIDUPAN MASYARAKAT SETEMPAT.

Lihat saja di Korea Utara, 'demokratik' kah sangat rejim wangsa Kim itu?. Nak berperang dengan saudara di selatan sampai habis pun segala hasil cukai dan bahan mentah diperosah sehingga rakyat kebuluran.  Cuba lihat di Asia Tengah, apa faedah yang warga bangsa Turkic itu dapat?. Hampir seluruh di antara mereka telah di-Rusia-kan dengan nama belakangmereka ditambah ov dan ova. Dimanakah jati diri mereka yang kononnya berketurunan Genghis Khan dan Tamerlane?. Hilang sama sekali dalam lautan komunisme sistem dajjal yang maha menyesatkan. Lihatlah saja di Yaman, ternyata dengan mencampurkan dengan ideologi Wahabi (Khawarij moden) hanya membawa bencana dari rahmat. Iran, kenapa saya katakan juga negara sosialis?. Sebab pemerintahnya memerintah sebijik macam Komunis. Itu ini disekatnya, sampai rakyat tertekan sehingga ke tahap membenci agama sendiri (read, Syiah bukan Islam, Syiah memang SESAT). Lihat sajalah perangai budak perempuan Iran kalau di luar negara. Tudung hijab entah ke mana. Kalau yang lari ke negara barat tu apa lagi. Sanggup jadi model dengan berbogel depan jurukamera!!!

Banyak sangat negara sosialis yang tak berjaya sebenarnya. China walaupun terpaksa mengorbankan sistem perniagaan komunis untuk pasaran bebas sendiri pun masih tak dapat nak memenuhi kehendak rakyatnya yang mahukan pemerintahan lebih bebas dan demokratik. Tak ada sebab si tua kutuk ni nak hasut semua golongan muda sebab kami masih waras untuk berfikir dimana baik dan buruk. Bagi kami, perjuangan kami adalah di bidang akademik dan bukannya menjadi bahan pemuas nafsu para ahli politikus yang bahlul. Hanya orang bodoh saja mengambil si Sham ni sebagai role model. Kami anak muda bukan golongan macam ekau. Bayangkan, apa yang kami dapat jika kami memberontak?. Bukan semua anak muda yang sehaluan dengan aspirasi bengap sang sosialis itu. Cukuplah dengan cerita dongeng kau tu yang komunis laknatullah tu pejuang kemerdekaan. Aku tahu yang Rejimen ke-10 tu dah tertipu buta-buta dengan Chin Peng. Pergi jahanamlah dengan Revolusi 48 yang sia-sia tu. Communism IS DEAD. 

Akhir sekali, aku nak ingatkan kepada totok-totok sosialis yang masih tidak sedar..

To hell with your So-SIAL-ism..

Shacklesmith : Bekas sosialis yang dah bertaubat..



Friday, March 4, 2011

Melayu Buta Sejarah (1)


BAB 1 : Apa silapnya?
Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah?. Sejarah berasal dari istilah Arab iaitu 'syajarah' yang bermaksud asal-usul  atau pokok pangkal. Dalam istilah Inggeris, ianya berasal dari gabungan perkataan his dan story yang juga bermaksud 'cerita dia'. Saudara sekalian, apa yang kita baca tadi mengingatkan kita dengan Bab 1 matapelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1 yang kita pernah pelajari dahulu. Bagi yang pernah melaluinya pasti akan menganggap topik yang saya perbincangkan ini sebagai membosankan. Akan tetapi renungkanlah saudara dikasihi sekalian Istilah sejarah memiliki maksud yang begitu meluas sekali dan tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Jika kita membaca mengenai riwayat hidup Rasullullah S.A.W adalah mempelajari sejarah, malahan jika kita menghayati cerita detik-detik perkenalan kita dengan cinta yang kita dikasihi pun dianggap sebagai mengkaji sejarah!. Lihatlah betapa luasnya pengaruh sejarah dalam kehidupan manusia kerana apa yang pernah berlalu suatu ketika dahulu walau tak dicatatkan sekalipun tetap diingati sebagai kenangan dan peristiwa liku-liku kehidupan. Barangkalinya, tanpa sejarah dunia tak berkembang kerana sejarahlah yang mempengaruhi masa hadapan. Umumnya sejarah terbahagi kepada beberapa cabang pengetahuan tetapi tak perlulah saya perjelaskan satu per satu kerana topik yang saya bincangkan kali adalah spesifik kepada orang Melayu secara amnya.

Kenapa saya namakan entry ini sebagai 'Melayu Buta Sejarah'. Adakah saya merujuk kepada kata yang pernah diungkapkan mantan Perdana Menteri kita yang keempat, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu 'Melayu Mudah Lupa'?. Mungkin ada sedikit persamaan akan tetapi apa dirujuk olehnya hanya kepada perbuatan atau peristiwa yang berlaku dalam jangka masa yang pendek. Tapi apa yang saya ingin perkatakan ini merujuk kepada perkara yang telah berlaku lebih ratusan malahan menjangkau ribuan tahun lamanya. Disebabkan topik yang saya ingin perbincangkan ini juga, saya tidak bermaksud untuk 'mengolah semula' apa yang kita pernah pelajari ketika di sekolah dahulu kerana umumnya anda sendiri mengetahui bahawa subjek sejarah MEMANG MEMBOSANKAN kerana anda sendiri ketahui apa sebabnya bukan?. Boleh saya beri sebab kenapa anda tidak meminati malahan mungkin membenci sejarah kerana apa? Biar saya senaraikan satu per satu.
  1. Malas nak ingat tarikh sesuatu kejadian
  2. Malas nak ingat mengenai sesuatu peristiwa penting yang berlaku dalam lipatan sejarah
  3. Malas nak ingat nama-nama tokoh yang berpengaruh dalam sesuatu peristiwa
  4. Malas nak menyenaraikan kronologi peristiwa berkaitan sesuatu kejadian sama ada kebangkitan atau kejatuhan sesuatu tamadun atau peradaban manusia
  5. Dan yang paling penting sekali, MALAS NAK MEMBACA SEBAB LAGI SUKA BUAT KIRA-KIRA SAMBIL LAYAN LAGU KUAT-KUAT.
Setakat itu sajalah yang boleh senaraikan sebab apa anda semua tak minat subjek sejarah. Kalau nak tambah lagi boleh saja. Saya senaraikan berdasarkan perkara cliche yang pernah saya lihat sepanjang saya belajar itu saja. Akan tetapi kelima-lima sebab berkenaan bukan punca utama saya menganggap mata pelajaran sejarah sebagai sesuatu yang membosankan kerana saya mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa saya berkata demikian. Bagi saya matapelajaran Malaysia amat membosankan kerana terdapat BANYAK LOMPONG-LOMPONG YANG MEMBUATKAN SAYA KELIRU DAN TIDAK YAKIN BAGAIMANA PERISTIWA BERKENAAN BOLEH BERLAKU SEDANGKAN PENJELASAN DIBERI PUN SEMACAM TIDAK LENGKAP UNTUK DIFAHAMI DAN DIJADIKAN BUKTI MENGESAHKAN BAGAIMANA PERISTIWA TERSEBUT BOLEH BERLAKU. Lihatlah saudara sekalian betapa daif dan teruknya sejarah kita dicatatkan oleh sejarawan kita yang malas dan kerja makan gaji akibat terlalu bergantung kepada manuskrip sejarah yang ditulis pihak luar. Lebih teruk lagi, sejarah terpaksa dipermudahkan silibusnya dari masa ke semasa demi 'memudahkan' para pelajar sekolah untuk menghayatinya sehingga lompong-lompong berkenaan semakin lebar dan mendalam dengan begitu dahsyat sekali!.

Itu adalah punca utama mengapa saya mengatakan bahawa silibus matapelajaran sejarah untuk sekolah menengah (KBSM) begitu membosankan meskipun saya seringkali mendapat KEPUJIAN untuk subjek tersebut. Saya mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk menangani rasa 'bosan' tersebut kerana sikap saya yang amat gemar membaca. Untuk memudahkan saya memahami subjek tersebut, saya sering mengambil buku lain sebagai rujukan dan buku tersebut adalah buku teks sejarah silibus lama milik abang dan kakak saya yang diterbitkan sekitar lewat tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Disamping itu, saya juga turut mengambil buku rujukan yang digunakan oleh pelajar IPT yang dibeli di kedai buku kerana merasakan kandungannya lebih lengkap. Terus terang sajalah memang saya tak berminat langsung dengan isi kandungan buku teks yang ada pada zaman sekarang ini kerana terlalu simple tapi tak seberapa mudah dihadam sebab tak 'sedap' langsung untuk 'dimakan'. Dulu masa saya study untuk PMR, saya boleh menghabiskan ketiga-tiga buku teks sejarah dalam masa TIGA JAM sahaja. Sungguhpun, usaha saya mencari bahan luar sebagai rujukan ini dianggap lari dari silibus tetapi ianya amat membuahkan hasil. Setidaknya saya lulus jugak.

Berbalik kepada apa yang saya perkatakan ini kenapa 'Melayu Buta Sejarah'?. Satu sindrom kronik yang dihidapi oleh rata-rata generasi muda Melayu khasnya di Malaysia tercinta ini. Lima sebab utama yang saya senaraikan di atas boleh diambil kira tapi sebab saya sendiri pula, agak mustahil kerana kebanyakan anak Melayu tidak mempunyai minat membaca bahan-bahan berkaitan sejarah. Saya tak merujuk kesemuanya sekali tapi kebanyakannya memang begitu. Mudah sekali diperkatakan tak minat pada sejarahlah. Jika dilihat matlamat pendidikan kita di sekolah pun hanyalah satu 'UNTUK LULUS PEPERIKSAAN'. Jadi cara terbaik untuk menjayakan matlamat ini adalah dengan menyediakan silibus matapelajaran dimana kesemua digalakkan untuk 'MENGHAFAL' segala apa yang mereka pelajari untuk lulus peperiksaan am. Jikalau setakat matapelajaran yang menggunakan kekuatan otak kiri seperti Matematik dan Perakaunan mungkin tidak memerlukan masalah kerana proses penghafalan bukan kriteria utama dalam menguasai matapelajaran tersebut. Akan tetapi agak malang buat subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam. Bayangkan saudara sekalian, sesungguh matapelajaran Pendidikan Islam yang kita sedia maklum bertujuan untuk mendidik kita mengenal Allah SWT pun 'terpaksa' dipelajari semata-mata untuk lulus exam (amat menyedihkan), inikan pulak mata pelajaran Sejarah yang tak seberapa ini. Patutlah berlaku kes rogol, seks bebas dan bermacam lagi perkara mungkar di sekolah agama kerana mereka diajar hanya untuk lulus peperiksaan saja manakala selebihnya tidak seberapa. Yang buta sejarah ini pulak kecelaruan identiti, punca utamanya sebab tak tau asal-usul keturunan dan budaya mereka. Semakin ramai 'mat salih' celup di kawasan bandar. Yang si anak pak lebai pulak, mengalahkan Arab lagi walaupun pakai purdah tapi batang hidung tak nampak sebab pesek sangat macam muka totok Melayu tipikal. Sungguh lucu sekali

Sudah terang lagi bersuluh. Disebabkan sistem pendidikan yang berpaksikan peperiksaan dan silibus hanya untuk dibuat hafalan inilah yang menyebabkan mata pelajaran Sejarah semakin hilang signifikansinya di kalangan pelajar Melayu ketika ini. Ditambah pula dengan asal-usul Melayu dan kaum Nusantara umumnya pun tak seberapa detail, sehingga menyebabkan ramai anak-anak Melayu mengalami perasaan inferiority complex. Ini kerana, cerita mengenai kerajaan Melayu awal sebelum Islam tidak diceritakan dengan jelas sebaliknya hanya Kesultanan Melayu Melaka sahaja ditekankan. Apakah sebabnya jadi begini?. Sejarah Melayu tidak bermula dengan Parameswara semata-mata. Oleh itu, penubuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh diambil kira sebagai permulaan ketamadunan Melayu kerana terdapat banyak lagi kerajaan awal yang tertubuh lebih 1000 sebelumnya. Jangan kerana sentimen agama kononnya kerajaan Melayu Hindu-Buddha tidak boleh diambil tahu sebab mereka bukan Islam. Kalau begitulah pandangan anda, nescaya anda adalah golongan Melayu yang memiliki pemikiran paling sempit sekali. Apa tidaknya, antara yang terawal mempelopori penyelidikan arkeologi ketamadunan Mesopotamia dan Mesir Purba adalah Khilafah Bani Umayah dan Bani Abbasiah. Mereka adalah perintis golongan yang mengkaji tamadun purba berkenaan. Tahukah anda bahawa kebanyakan para ilmuan mereka adalah terdiri dari golongan ulama yang cerdik pandai serta mahir dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak terhad kepada fardhu ain semata-mata bukan seperti ulama terompah kita yang hanya mahir dalam ilmu agama tapi memperlekehkan fardhu kifayah. Hasil kajian para ulama dan ilmuan Islam terdahulu inilah yang menjadi rujukan para golongan scholar's di negara barat atau Eropah misalnya untuk mempertajamkan pengetahuan.

Kesan sistem pendidikan dan silibus mata pelajaran kita ini sesungguhnya meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali ke dalam pemikiran golongan muda Melayu pada kebelakangan ini. Apa tidaknya, kalau yang minat nak jadi peguam tu dalam kepalanya hanya berlegar pasal undang-undang dan perlembagaan saja begitu juga kepada mereka yang minat perihal medik, dalam kotak pemikiran mereka hanya berlegar perihal anatomi dan penyakit tubuh badan manusia saja. Bukan saja kepada dua cabang ilmu berkenaan tetapi termasuk juga anak-anak Melayu yang mempelajari course pengajian yang lain. Tidak dinafikan lagi punca sistem pendidikan dan silibus kitalah yang menyebabkan ramai anak Melayu tidak berupaya untuk multi-tasking. Penulis masih ingat lagi pada suatu malam ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya untuk menikmati suasana malam di sana bersama seorang sahabat baik. Sewaktu dalam kereta kami berbual, selalunya topik yang kami bincangkan bukan berkisar tentang hal ehwal kehidupan kami semata-mata seperti anak muda yang lain. Terselit juga hal ehwal dunia yang berlaku di sekeliling kita juga. Dalam perbualan tersebut, sahabat baik penulis memberitahu ketika Tingkatan 5 dahulu beliau pernah mengeluh kepada ibunya tentang apa pentingnya beliau mempelajari sejarah sedangkan beliau adalah seorang pelajar jurusan Medik. Jauh terkesan ke dalam isi hati saya bahawa inilah kesannya sistem pembelajaran kita yang mana mata pelajaran Sejarah adalah untuk dijadikan iktibar dan menguatkan jatidiri seorang anak bangsa itu sendiri dan bukan untuk hafalan semata-mata. Inilah kepincangan ke dalam sistem pendidikan kita sendiri akibat dari orientasi yang lebih mementingkan untuk lulus ujian peperiksaan saja.

Umum mengetahui bahawa dalam sejarah silibus sekolah kita pun. Kita diajar sesempit ruangan sempadan kita dari Perlis hingga ke Sabah saja dan bukannya dalam ruangan Alam Melayu iaitu Nusantara. Sehingga menyebabkan jika belajar sejarah Champa dianggap mempelajari sejarah Indo-China, mempelajari sejarah Srivijaya dan Majapahit dianggap mempelajari sejarah Indonesia dan begitu juga Langkasuka yang dianggap mempelajari sejarah Thailand. Apakah sejarah kita sesempit ruangan sempadan yang dilakar penjajah?. Tidak sama sekali. Bahkan istilah Malaysia dan Indonesia diciptakan oleh penjajah inikan pula sejarah kita sendiri yang lebih tua usianya. Disebabkan kecelaruan inilah yang dipergunakan oleh golongan ultra-kiasu dari kalangan kaum pendatang luar Nusantara untuk menyerang kedudukan orang Melayu sebagai peribumi alam ini dengan mengatakan orang Melayu adalah 'pendatang' seperti juga mereka. Akibatnya, ramai dari kalangan orang Melayu terasa goyah akibat statement yang mereka keluarkan itu. Umum mengetahui semenjak dari azalinya lagi, kaum pendatang yang berasal dari balik 'Laut Champa' itu memang pandai membuat isu dan memutarbelit cerita sehingga si Melayu yang mendengarnya pun menjadi pening tak tahu macam mana nak layan. Semuanya berpunca dari kerana apa, 'Melayu Buta Sejarah'-lah apa lagi. Akan tetapi di kebelakangan muncul banyak blog-blog yang menceritakan mengenai sejarah Melayu sendiri seperti yang paling popular Mistisfiles yang terkenal dengan Alter Terahsia Bangsa Melayu-nya sendiri dan begitu juga blog-blog sejarah Melayu yang lain. Diharapkan ianya mencetuskan suatu kebangkitan di kalangan anak Melayu tentang betapa pentingnya sejarah buat semua anak Melayu di Malaysia ini.

Sekian,

Shacklesmith : Tamatlah sudah Bab 1, ini baru pandangan dari perspektif sosial. Next time, aku akan sentuh dari pandangan politik pula.




Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget