Haruskah Kita Membenci Di Antara Satu Sama Lain..?
Semenjak awal tahun 2010, warga-warga komuniti laman sosial nombor-1 di Malaysia, Facebook dikejutkan dengan sebuah fanpages yang dinamakan 'I Hate Saiful Bukhari'. Walaubagaimanapun, fanpage ini kemudian ditutup setelah mencecah angka 'peminat' sebanyak 35,000. Shacklesmith tak tahu apa sebab-sebab sebenar page itu ditutup oleh admin Facebook. Pada pendapat Shacklesmith, barangkali ianya disebabkan istilah 'hate' yang agak sensitif bagi orang Barat kerana mereka tak tahu apa sebabnya hamba Allah itu dibenci sedemikian rupa oleh segelintir rakyat Malaysia. Mungkin sebab itulah page itu ditutup atas kejahilan Mark Zuckerberg (yang sememangnya jahil-sejahil-jahilnya kerana bersikap ateis-menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa). Apa pun, ayuh kita singkap tujuan sebenar tertubuhnya grup yang tak seberapa misterius tersebut. Apakah punca sebenar page itu diwujudkan dan mengapa mereka begitu membenci seorang insan yang bernama Saiful Bukhari Azlan?
Gambar Profile Terbaru KBSB - Gambar PM yang diedit dgn penuh kebencian
Siapa Saiful Bukhary Azlan dan mengapa ahli fanpage ini amat terlalu benci akan beliau? Itu adalah persoalan yang sering tertanya kepada siapa yang tak ambil pot pasal politik ketika melayari laman tersebut. Oleh itu, demi mengurangkan rasa 'curiousity' yang melanda dalam diri anda. Shacklesmith akan bagitau secara ringkas siapa sebenarnya Saiful Bukhari Azlan. Begini ceritanya, pada 2008 dulu berlaku satu insiden yang menggemparkan negara iaitu kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insiden ini amat mencetuskan kegusaran di kalangan ramai rakyat Malaysia khususnya para penyokong tegar dan fanatik beliau. Satu persoalan yang timbul, ini bukan kali pertama DSAI terlibat dalam tuduhan liwat. Sejak tahun 98 lagi dan atas tuduhan itu juga beliau dipenjarakan (saya tak berapa pasti, walahualam). Ini disahkan oleh kenalan rapat beliau sendiri malahan siap dengan gelarannya lagi (korang taulah apa dia). Bagi otai-otai yang memusuhi DSAI ini peluang terbaik untuk mereka menyerang sang pembelot yang sekian lama menyusahkan mereka. Tapi seperti biasa bagi totok-totok pencacainya. Ini adalah satu fitnah besar buat pemimpin yang mereka puja. Sedangkan, khabar angin yang PM sekarang ini bunuh perempuan Mongolia tu boleh pula mereka percaya bulat-bulat. Macam biasalah, dah nama pun politik kan, mana ada bersih suci dan murni. Semuanya kotor saja.
Berbalik kepada isu utama yang kita ingin bincangkan sekarang iaitu mengenai laman 'Kami Benci Saiful Bukhary' iaitu apa matlamat dan visi group ini. Semenjak hari pertama group itu dibuka, memang saya nampak para 'fans' menjadikan Saiful ini sebagai 'punching bag' bagi mereka memaki, mencaci, mencela, sekaligus menyumpah seranah beliau sehingga ke tahap yang tidak dapat dibayangkan lagi. Rata-rata di antara 'fans' ini merupakan golongan muda yang bersimpati terhadap perjuangan politik DSAI meskipun terpaksa mengorbankan kepentingan bangsa dan agama bagi melaksanakan 'keadilan' yang entah haq atau tidak di bumi bertuah ini. Pernah sekali saya lihat komen seorang gadis perempuan seumur dengan saya yang menuntut jurusan kejururawatan di sebuah maktab perubatan di selatan tanah air mencela saudara Saiful sehingga merujuk bahagian lubang itu dengan begitu dahsyat sekali. Apakah si gadis itu tahu akan kebenarannya? saya sendiri tidak tahu adakah ianya benar atau tidak tetapi saya tetap bertegas bahawa itu bukanlah fitnah semata-mata. Ianya memerlukan kepastian yang mendalam seperti perbicaraan di mahkamah yang sepatutnya dihadiri oleh defendan termasuk bukti seperti DNA dan sebagainya begitu juga dengan sumpah bahawa DSAI tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Melihat komen si gadis berkenaan, saya yang ketika itu sedang online di dalam makmal komputer di kolej saya begitu marah akan perkataan yang dihamburkannya. Saya dalam hati kecil ini berharap jikalaulah gadis ini dirogol suatu hari nanti. Harap-harap tiada siapa yang tampil untuk membelanya melainkan syaitan yang sudi memberi 'keadilan' kepada gadis yang telah robek kehormatannya ini. Komen itu saya dalam tujuh bulan yang lalu. Lihatlah, begitu taksubnya pengikut DSAI terhadap pemimpin mereka. Seolahnya beliaulah Imam Mahdi yang diturunkan untuk membela ummat di akhir zaman. Walhal, tak mustahil beliau adalah sebahagian Dajjal-dajjal kecil yang muncul untuk membawa manusia ke arah kesesatan baik dari aspek ideologi dan pemikiran sahaja.
Pada hari ini, ruangan penuh kebencian tersebut tidak lagi dipenuhi dengan segala caci-maki terhadap saudara Saiful tetapi lebih kepada politik murahan yang biasa disajikan oleh blog-blog ataupun akhbar milik pakatan pembangkang. Sekadar menyebut beberapa isu yang dipaparkan. Tak habis-habis mencela isteri Perdana Menteri, padahal tak berapa jelas apa akan sebabnya melainkan menantu bekas PM yang dulu tu memanglah, dia buat macam bapak dia punya sendiri. Isi laman itu memang meloyakan, apabila parti BN menang dalam pilihan raya kecil. Dituduhnya kerajaan memberi rasuah kepada penduduk setempat, akan tetapi apabila mereka menang. Lain pula ceritanya? Saya kadangkala tergelak mengenangkan kebengongan ini. Bukan di situ saja malahan di laman lain. Ini membuatkan saya bertambah benci pakatan pembangkang walaupun saya tidak menyokong parti kerajaan. Saya dahulu seperti anak-anak muda lain ketika PRU 12 juga menyokong pakatan pembangkang. Walaubagaimanapun, semenjak beberapa bulan mereka berkuasa timbul bibit-bibit perasaan tidak percaya kepada pemimpin pakatan pembangkang sehinggalah berlaku krisis ADUN di Perak. Lantas saya mengambil keputusan untuk tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Mujurlah saya tidak seperti anak-anak muda lain yang begitu taksub mendewa-dewakan pemimpin. Pada pendapat Shacklesmith ahli politik adalah umpama Dajjal in the making. Sekiranya mereka dicacaikan ke tahap maksimum kelak akan timbul perasaan riak di hati bahawa mereka raja segalanya. Sebab itulah saya tak mahu taksub pada pemimpin. Biarlah si luncai terjun bersama-sama dengan labunya.
Sewaktu selepas menyambut Syawal yang menjelma dua bulan yang lalu. Ketika membuka Facebook untuk melihat perkembangan terbaru laman KBSB (sekadar menjenguk, sebagai pemerhati sahaja) untuk melihat gelagat para pencacai ahli politik pembangkang. Saya 'dikejutkan' dengan satu laman baru yang diwujudkan oleh seorang pelajar Tingkatan 3 sebuah sekolah di Sungai Buloh yang bernama 'Kami Benci Saiful Amri'. Dalam hati ini mengatakan, malang sungguh manusia lelaki yang bernama Saiful ini kerana dibenci oleh sebilangan manusia tapi kes yang ini agak melucukan sedikit. Budak Saiful ini khabarnya suka bertukar-tukar awek. La, wahai cik adik di luar sana. Awat hangpa dok kalut nak benci mamat nih? Lantaq biaqpilah. Pada pendapat Shacklesmith, memang tak patut seorang lelaki itu mendua-duakan hati seorang perempuan. Tapi mengikut naluri seorang lelaki amatlah ingin mendambakan didampingi sejuta wanita di sisinya. So guys, mana satu korang nak ikut ini. All right, kita tutup cerita malam ni dan saya nak makan malam. Sekian, jangan lupa tunggu posting terbaru saya tau.
Chilled-Out.. Zzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssssssssssssss