Thursday, November 18, 2010

Masih Belum Terlambat

Erti Sebuah Pengorbanan

Semalam, pada 17 November 2010 atau dalam kalendar hijrahnya, 10 Dzulhijjah 1431 adalah merupakan tarikh yang menandakan sambutan Aidiladha bagi sekelian umat Islam di seluruh dunia. Tarikh tersebut menandakan berakhirnya ibadah haji bagi para jemaah yang melaksanakan rukun Islam. Umumnya, kegiatan haji bermula pada  tanggal 8 Dzulhijjah ketika para jemaah bermalam di Mina dan seterusnya berwukuf (berdiam diri) di Padang Arafah pada keesokkan harinya (9 Dzulhijjah). Ianya berakhir dengan melempar batu ke arah jamrah yakni simbolisme protes ke atas syaitan dan hawa nafsu pada hari terakhir iaitu 10 Dzulhijjah.

Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji dan masih di tanah air masing-masing. Seperti biasa, pada pagi 10 Dzulhijjah adalah solat sunat berjemaah di masjid yang sama seperti solat Aidilfitri. Selepas solat berkenaan, barulah bermulanya ibadah korban iaitu penyembilahan haiwan ternakan bagi tujuan bersedekah dan menunjukkan kesyukuran ke atas limpahan kurniaan rezeki dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Tak dinafikan, memang ramai yang turut serta dalam ibadah mengorbankan binatang ternakan. Ada yang korbankan untuk disedekahkan kepada fakir miskin, ada yang mengagihkan pada jiran tetangga malahan ada juga yang buat korban untuk diri sendiri. Kesemuanya bergantung pada niat. Beringatlah, semuanya ditanggung di akhirat kelak wahai saudara. Apapun, saya disini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jikalau ada salah dan silap. Sekian, Assalamualaikum.

SALAM AIDILADHA - Kullu 'Am Wa Antum bi Alfin Khoir


Sunday, November 14, 2010

Kenapa Harus Kita Saling Membenci??

Haruskah Kita Membenci Di Antara Satu Sama Lain..?


Semenjak awal tahun 2010, warga-warga komuniti laman sosial nombor-1 di Malaysia, Facebook dikejutkan dengan sebuah fanpages yang dinamakan 'I Hate Saiful Bukhari'. Walaubagaimanapun, fanpage ini kemudian ditutup setelah mencecah angka 'peminat' sebanyak 35,000. Shacklesmith tak tahu apa sebab-sebab sebenar page itu ditutup oleh admin Facebook. Pada pendapat Shacklesmith, barangkali ianya disebabkan istilah 'hate' yang agak sensitif bagi orang Barat kerana mereka tak tahu apa sebabnya hamba Allah itu dibenci sedemikian rupa oleh segelintir rakyat Malaysia. Mungkin sebab itulah page itu ditutup atas kejahilan Mark Zuckerberg (yang sememangnya jahil-sejahil-jahilnya kerana bersikap ateis-menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa). Apa pun, ayuh kita singkap tujuan sebenar tertubuhnya grup yang tak seberapa misterius tersebut. Apakah punca sebenar page itu diwujudkan dan mengapa mereka begitu membenci seorang insan yang bernama Saiful Bukhari Azlan?

Gambar Profile Terbaru KBSB - Gambar PM yang diedit dgn penuh kebencian

Siapa Saiful Bukhary Azlan dan mengapa ahli fanpage ini amat terlalu benci akan beliau? Itu adalah persoalan yang sering tertanya kepada siapa yang tak ambil pot pasal politik ketika melayari laman tersebut. Oleh itu, demi mengurangkan rasa 'curiousity' yang melanda dalam diri anda. Shacklesmith akan bagitau secara ringkas siapa sebenarnya Saiful Bukhari Azlan. Begini ceritanya, pada 2008 dulu berlaku satu insiden yang menggemparkan negara iaitu kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insiden ini amat mencetuskan kegusaran di kalangan ramai rakyat Malaysia khususnya para penyokong tegar dan fanatik beliau. Satu persoalan yang timbul, ini bukan kali pertama DSAI terlibat dalam tuduhan liwat. Sejak tahun 98 lagi dan atas tuduhan itu juga beliau dipenjarakan (saya tak berapa pasti, walahualam). Ini disahkan oleh kenalan rapat beliau sendiri malahan siap dengan gelarannya lagi (korang taulah apa dia). Bagi otai-otai yang memusuhi DSAI ini peluang terbaik untuk mereka menyerang sang pembelot yang sekian lama menyusahkan mereka. Tapi seperti biasa bagi totok-totok pencacainya. Ini adalah satu fitnah besar buat pemimpin yang mereka puja. Sedangkan, khabar angin yang PM sekarang ini bunuh perempuan Mongolia tu boleh pula mereka percaya bulat-bulat. Macam biasalah, dah nama pun politik kan, mana ada bersih suci dan murni. Semuanya kotor saja.

Berbalik kepada isu utama yang kita ingin bincangkan sekarang iaitu mengenai laman 'Kami Benci Saiful Bukhary' iaitu apa matlamat dan visi group ini. Semenjak hari pertama group itu dibuka, memang saya nampak para 'fans' menjadikan Saiful ini sebagai 'punching bag' bagi mereka memaki, mencaci, mencela, sekaligus menyumpah seranah beliau sehingga ke tahap yang tidak dapat dibayangkan lagi. Rata-rata di antara 'fans' ini merupakan golongan muda yang bersimpati terhadap perjuangan politik DSAI meskipun terpaksa mengorbankan kepentingan bangsa dan agama bagi melaksanakan 'keadilan' yang entah haq atau tidak di bumi bertuah ini. Pernah sekali saya lihat komen seorang gadis perempuan seumur dengan saya yang menuntut jurusan kejururawatan di sebuah maktab perubatan di selatan tanah air mencela saudara Saiful sehingga merujuk bahagian lubang itu dengan begitu dahsyat sekali. Apakah si gadis itu tahu akan kebenarannya? saya sendiri tidak tahu adakah ianya benar atau tidak tetapi saya tetap bertegas bahawa itu bukanlah fitnah semata-mata. Ianya memerlukan kepastian yang mendalam seperti perbicaraan di mahkamah yang sepatutnya dihadiri oleh defendan termasuk bukti seperti DNA dan sebagainya begitu juga dengan sumpah bahawa DSAI tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Melihat komen si gadis berkenaan, saya yang ketika itu sedang online di dalam makmal komputer di kolej saya begitu marah akan perkataan yang dihamburkannya. Saya dalam hati kecil ini berharap jikalaulah gadis ini dirogol suatu hari nanti. Harap-harap tiada siapa yang tampil untuk membelanya melainkan syaitan yang sudi memberi 'keadilan' kepada gadis yang telah robek kehormatannya ini. Komen itu saya dalam tujuh bulan yang lalu. Lihatlah, begitu taksubnya pengikut DSAI terhadap pemimpin mereka. Seolahnya beliaulah Imam Mahdi yang diturunkan untuk membela ummat di akhir zaman. Walhal, tak mustahil beliau adalah sebahagian Dajjal-dajjal kecil  yang muncul untuk membawa manusia ke arah kesesatan baik dari aspek ideologi dan pemikiran sahaja. 

Pada hari ini, ruangan penuh kebencian tersebut tidak lagi dipenuhi dengan segala caci-maki terhadap saudara Saiful tetapi lebih kepada politik murahan yang biasa disajikan oleh blog-blog ataupun akhbar milik pakatan pembangkang. Sekadar menyebut beberapa isu yang dipaparkan. Tak habis-habis mencela isteri Perdana Menteri, padahal tak berapa jelas apa akan sebabnya melainkan menantu bekas PM yang dulu tu memanglah, dia buat macam bapak dia punya sendiri. Isi laman itu memang meloyakan, apabila parti BN menang dalam pilihan raya kecil. Dituduhnya kerajaan memberi rasuah kepada penduduk setempat, akan tetapi apabila mereka menang. Lain pula ceritanya? Saya kadangkala tergelak mengenangkan kebengongan ini. Bukan di situ saja malahan di laman lain. Ini membuatkan saya bertambah benci pakatan pembangkang walaupun saya tidak menyokong parti kerajaan. Saya dahulu seperti anak-anak muda lain ketika PRU 12 juga menyokong pakatan pembangkang. Walaubagaimanapun, semenjak beberapa bulan mereka berkuasa timbul bibit-bibit perasaan tidak percaya kepada pemimpin pakatan pembangkang sehinggalah berlaku krisis ADUN di Perak. Lantas saya mengambil keputusan untuk tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Mujurlah saya tidak seperti anak-anak muda lain yang begitu taksub mendewa-dewakan pemimpin. Pada pendapat Shacklesmith ahli politik adalah umpama Dajjal in the making. Sekiranya mereka dicacaikan ke tahap maksimum kelak akan timbul perasaan riak di hati bahawa mereka raja segalanya. Sebab itulah saya tak mahu taksub pada pemimpin. Biarlah si luncai terjun bersama-sama dengan labunya.

Sewaktu selepas menyambut Syawal yang menjelma dua bulan yang lalu. Ketika membuka Facebook untuk melihat perkembangan terbaru laman KBSB (sekadar menjenguk, sebagai pemerhati sahaja) untuk melihat gelagat para pencacai ahli politik pembangkang. Saya 'dikejutkan' dengan satu laman baru yang diwujudkan oleh seorang pelajar Tingkatan 3 sebuah sekolah di Sungai Buloh yang bernama 'Kami Benci Saiful Amri'. Dalam hati ini mengatakan, malang sungguh manusia lelaki yang bernama Saiful ini kerana dibenci oleh sebilangan manusia tapi kes yang ini agak melucukan sedikit. Budak Saiful ini khabarnya suka bertukar-tukar awek. La, wahai cik adik di luar sana. Awat hangpa dok kalut nak benci mamat nih? Lantaq biaqpilah. Pada pendapat Shacklesmith, memang tak patut seorang lelaki itu mendua-duakan hati seorang perempuan. Tapi mengikut naluri seorang lelaki amatlah ingin mendambakan didampingi sejuta wanita di sisinya. So guys, mana satu korang nak ikut ini. All right, kita tutup cerita malam ni dan saya nak makan malam. Sekian, jangan lupa tunggu posting terbaru saya tau. 

Chilled-Out.. Zzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssssssssssssss




             

Wednesday, November 10, 2010

Wow!! Terkejutnyer Aku..

Sungguh Tak Terucap Dengan Kata-kata!


Memang tak ku sangka. Sudah sebulan lebih rasanya aku tak mengupdate laman blogger lama aku especially selepas update ucapan Selamat Hari Raya (Satu-satunya Post aku untuk tahun ni dalam blog tu) akibat entah apa ke benda nya entah (maybe kena hacked kot, walahualam). Aku memang tak sangka lah, mungkin hadiah terbaik untuk cuti semester ni. Baru tadi aku bukak Nuffnang aku dan ianya membuatkan aku terkejut beruk merasakan kegembiraan yang tak terhingga. Sejujurnya, aku memang nak korang kongsikan kegembiraan aku ini. Korang nak tau apa cerita. Jom! meh sini follow aku tengok bahan buktinya.




Nah, tengok carta pai yang aku tampalkan tu. Tak terbayang aku, betapa fofulernya (sekadar meminjam ayat Azwan Ali) blog lama aku  sampai ke Brazil dan Malta pun ada yang sudi meluangkan masa mengusha blog aku yang tak seberapa indah tu. Apalah yang hebat sangat pun. Pemiliknya malas nak mengupdate sebab asyik Facebook jer 24/7.  Mana tak terlayan blogger tu kan beb?. Aku pun sebenarnya kesengkekan idea tak tau apa nak taruk kat blog aku yang satu tu. Hurm, takkanlah nak suka hati copy-paste hasil tangan orang pulak kan? Itu kerja penciplak namanya. Kaut untung dari advertisement Nuffnang pun sebab kerja mencetak rompak juga. Ish, ish, ish. Tapi niat aku nak 'membelog' bukan nak kaut untung brader. Niat aku jadi blogger sebab nak sebarkan maklumat. Jadi kenalah profesyional sikit. Setelah aku selidik punya selidik statistik kata kunci yang digunakan untuk mencapai blog aku tu baru aku tahu. Posting aku yang mana paling popular.



Mengikut statistik yang dikeluarkan. Pihak berkuasa mendapati, posting mengenai 'ibadah haji' mendapt rating tertinggi iaitu 6 hits diikuti dengan 'coffee town' dan 'orang sunat'(Aik? bila masa pulak aku cerita pasal budak kena potong anu nih!!??) yang masing-masing mendapat 4 hits. The rest pulak, berkenaan dengan perihal Old Town White Coffee dan Hashashin. Seingat aku, memang aku ada merujuk pasal puak Syiah Ismailiyah Naziriyah tu masa aku bercerita pasal game Assassin's Creed 1 yang aku main guna XBox360. Jadi tak mustahil la orang jadikan blog aku sebagai open source. Hah, berkenaan dengan berapa banyak pendapatan Nuffnang aku ni. Buat masa ni tak perlulah aku nak berkongsi dengan korang semua. Nanti ada pulak yang gatal-gatal minta belanja. Jangan ingat kedekut pulak ya. Tapi biarlah rahsia. :)

So kesimpulannya, dengan pencapaian blog lama aku yang boleh dikatakan sebegitu baik ni. Aku membuat keputusan untuk bekerja lebih keras memantapkan isi kandungan blog aku yang baru ini agar lebih dinamik, efektik dan pro-aktif di Malaysia (Takdela aim besar-besar sangat, Apo gilo ko jang). Aku berharap mendapat segala inspirasi untuk menjana idea-idea yang kreatif supaya dapat menghasilkan posting yang terbaik. Insyallah.

Regards, Salam sejahtera buat semua







Monday, November 8, 2010

Bermulanya satu penghijrahan,,

Assalamualaikum saya ucapkan kepada para pelayar internet yang sudi bertandang ke laman blog baru saya ini. Saya ingin memaklumkan kepada anda sekalian bahawa blog ini dibina bertujuan untuk menggantikan blog lama saya yang tidak lagi berfungsi akibat tidak dapat di log-in mungkin atas sebab2 tertentu. Justeru blog yang saya bina ini bukanlah bertujuan sebagai tambahan kepada blog saya yang lama tetapi sebagai kesinambungan kepada kandungan yang terdahulu. Saya masih tidak seberapa mengenalpasti mengapa blog saya yang lama itu tidak dapat dibuka kerana ada kemungkinan besar ianya digodam ataupun masalah database pihak pemilik laman yakni Google sendiri. Jikalau sekiranya ianya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, saya berharap 'beliau' mendapat balasan yang sepatutnya dari-Nya akan pula jika yang bersalah itu seorang kafir yang harbi. Saya mengharapkan laknat yang lebih azab sekali buatnya. Sesungguhnya perbuatan khianat yang menegakkan kebatilan itu tiada tempat untuk di dunia ini. Kembalilah kita kepada jalan-Nya.




ERATKANLAH PERSAUDARAAN SESAMA KITA

Salam ukhwah dari saya :)


Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget