Wednesday, November 30, 2011

Sebelum Wujudnya Komuter, LRT dan ERL... Ada 'Railbus'

Mungkin ramai di antara korang yang lahir pada tahun 1990an tidak tahu bahawa sebelum adanya KTM Komuter, RapidKL LRT dan ERL (KLIA Express). Pernah wujud sebuah perkhidmatan tren koc berkonsepkan urban transit antara bandar yang dikendalikan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1980an untuk menghubungkan bandar-bandar (sepanjang track KTM) di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai 'KTM Railbus'. Ianya merupakan antara percubaan terawal mengemaskini sekaligus memodenkan sistem pengangkutan awam negara.


Mendapat jolokan Railbus kerana rupa bentuknya seakan-akan bas, ada kemungkinan juga ayah dengan mak korang pernah gunakan perkhidmatan tren ni dulu. Bentuknya tak panjang mana pun. Paling panjang dua gerabak satu tren. Nak ke Klang atau Ipoh? Takde masalah beb. Haha, only in late 80s dude.







Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
  • Kulai/Singapura/Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
  • Ipoh/Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
  • Ipoh/Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
  • Gemas/Mentakab/Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
  • Pelabuhan Klang/Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
  • Butterworth/Arau/Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.

PERKHIDMATAN RAILBUS
Konsep perkhidmatan railbus diuji semenjak bulan Ogos 1984 di beberapa kawasan di dalam sistem KTM iaitu di antara Johor Baharu dan Singapura, Butterworth dan Alor Star, Butterworth dan Taiping, Gua Musang dan Kuala Lipis/Kuala Krau, Kuala Krai dan Kuala Lipis dan Ipoh dan Butterworth.

Bagi tujuan tersebut (ujian) Railbus yang diguna adalah dipinjamkan oleh Kerajaan British dan Syarikat Ganz-Mavag, Hungary. Sambutan dari orang ramai adalah menggalakkan. Sehingga hari itu lebih kurang 140,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan railbus tersebut.

Mulai 22-4-1985 perkhidmatan ujian railbus tersebut dijalankan di antara laluan Gemas dan Kluang. Perkhidmatan ujian untuk kedua-dua buah railbus tersebut terus diperluaskan ke beberapa destinasi yang lain di dalam sistem KTM untuk menilai sambutan orang ramai dan prestasi teknikal.

Pentadbiran KTM telah pun mengemukakan cadangan kepada agensi-agensi tertentu untuk pertimbangan pembelian 10 set railbus di bawah peruntukan kewangan Rancangan Malaysia Kelima.

Perkhidmatan relbas dahulu telah memberi satu alternatif pengangkutan kepada masyarakat di dalam mengatasi masalah-masalah pengangkutan terutamanya kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan mereka.Sejak perkhidmatan relbas dilaksanakan pada tahun 1988, sambutan dari orang ramai pada masa itu adalah begitu menggalakkan. Dari Januari hingga September 1989, seramai 1,178,468 orang penumpang telah menggunakan perkhidmatan ini.

KTM sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan pada amnya dan mutu perkhidmatan tren penumpang khususnya.



Lagi gambar menarik sebuah perkhidmatan tren yang sekarang hanya tinggal sejarah untuk tatapan generasi baru khasnya kita semua.




Yang ni pulak adalah contoh lakaran model pertama yang diperolehi oleh KTM ketika tempoh pengujian pada tahun 1984 dulu dalam corak warna (livery) KTM sendiri. 


Sebenarnya tren yang digunakan oleh KTM selepas tamat tempoh pengujian adalah berlainan sama sekali. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi lokasi pintu dan bentuk tingkap. Untuk perbandingan, boleh rujuk gambar nombor 2 dalam entry ini.

Kini segalanya hanya tinggal kenangan, perkhidmatan tren ni ditamatkan pada awal tahun 1990an kerana masalah ekonomi. Tak lama kemudian pada 1995, ianya digantikan dengan sistem keretapi elektrik KTM Komuter yang kita kenali hari ini. (Sila rujuk rancangan pemodenan landasan keretapi Malaysia SINI)

Kebetulannya selepas aku mendapat maklumat akan kewujudan perkhidmatan tren ni, aku ada bertanya mak aku selaku orang lama yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur ni. Tapi tiada jawapan yang memberansangkan diterima kerana mungkin dia sudah terlupa kot tambah pulak mak aku masa tahun 1980an dulu memang sudah rajin berkereta. Apalah dia nak ambil pot sangat pasal perkhidmatan tren ni. Lagipun bapak aku tak bagi sangat naik public ni.

Aku jugak ada sorang bapak saudara yang pernah bekerja di KTM dulu, mungkin dia ada maklumat dengan lebih jelas lagi pasal Railcar ni tapi sayang sungguh dia telah kembali ke Rahmatullah dua tahun sudah. Nak tanya mak cik aku pulak iaitu isterinya?, rasa berat hati lah pulak aduyai.

Rasa-rasanya kalau parent korang ada gambar berkaitan dengan Railcar ni jangan segan silu kongsikan bersama. Haha, cepat punggah barang lama dorang dan on scanner sekarang!.

Shacklesmith : Aku ni sebenarnya memang fascination dengan benda-benda macam keretapi, kapal terbang dan kereta semua ni. Tapi sayang sungguh aku ambik engineering dulu pun tak lepas sebab aku sangkut tak terer sains dan matematik. Mungkin sebab aku tak berjiwa sains. Aku berjiwa seni!.

kredit - Forum CARI
         -  malayarailway.com
          - keretapi.com

Tuesday, November 29, 2011

Nuffnang Ke Nak Pening?

SALAM MAAL HIJRAH



First of all, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 buat seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Aku akui mungkin sedikit terlambat untuk aku mengucapkan kepada korang pembaca semua. Yelah, aku ni bukan la rajin berblog sangat kalau nak dibandingkan dengan Cik Nisa yang suka menaip tu. Aku hanya menaip apa yang terlintas di fikiranku ini dan lantas aku kongsi kan bersama.


Diam tak diam dah setahun aku berblog semenjak November 2010 lagi, banyak pahit manis aku kongsikan bersama pembaca-pembaca setia dan jugak tak berapa setia dan mungkin tak setia langsung blog aku nie. Ada pengalaman aku catatkan dan ada yang aku mungkin terlepas untuk kongsikan bersama korang sekalian. Sebenarnya aku 'berhutang' satu entry dengan blog ni sejak dari Oktober lepas. Entry yang sebutkan tu mungkin sedikit panas dan aku rasakan entry paling panjang pernah aku karang.


KETAM ATAS TIMBANG



Entry tu agak menarik sikit sebab ada cerita mengenai gadis Libra dan apa istimewanya mereka di  mata lelaki berbintang Cancer seperti aku. Menghangatkan lagi posting tu, aku selitkan gambar blogger cum model Hanis Zalikha dan pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Sarah Ali. Kenapa aku selitkan mereka sebagai penyeri entry aku itu?, kerana sesungguhnya mereka gadis berbintang Libra dan jugak dilahirkan pada tahun yang sama sepertiku iaitu tahun 1990!. Oh ya, adakah Shacklesmith menyimpan perasaan dengan gadis berbintang Libra?. Oh tidak sama sekali (Sila rujuk di SINI).


Sebenarnya aku tidak menyimpan apa-apa perasaan pada dorang pun beb sebab aku bukan lelaki miang. Tambahan pula siapalah aku di mata mereka hanya seorang jejaka biasa yang tak punya harta dan rupa. Tujuan aku menyelitkan mereka ke dalam entry tu adalah sebab  begini ceritanya. Pertama, berkaitan blogger Hanis Zalikha aku menceritakan bagaimana aku mengenali namanya ketika awal 2008 dahulu sewaktu beliau menyertai pertandingan Malaysian Dreamgirl (program ala2 ANTM) sebelum beliau dikenali sebagai blogger kehormat lagi. Disamping itu, aku turut menceritakan pengalaman aku sebagai seorang blogger (Ya, ini bukan blog aku yang pertama. FYI, aku dah mula berblogging di Wordpress pada tahun 2007 lagi).


Cerita kedua agak special sikit. Apa kena mengenanya aku dengan Sarah Ali?, kalau cik Hanis Zalikha tu boleh la jugak sebab dia pun blogger macam aku walaupun aku ni suam-suam kuku ajer beb. Tapi kenapa pulak dengan Sarah Ali wahai Shacklesmith oi??!!. Sebenarnya untuk pengetahuan korang aku mengenali namanya ketika membaca satu artikel di laman Gua.com.my pada Disember 2010 mengenai filem Songlap. Kemudian pada 19 April 2011 barulah beliau muncul dalam satu temuramah di akhbar sisipan Panca Indera Mingguan Malaysia. Selepas itulah nama beliau lekat dalam kepala otak aku sehinggalah wajah beliau diabadikan menjadi cover Panca Indera bertarikh 23 Mei 2011!. Aku jugak masih ingat apa yang ditemuramah oleh wartawan kepada beliau kat dalam dua entry newspaper tu.


Walau bagaimanapun entah mengapa AKU BOLEH TERLUPA nama beliau sehinggalah lebih sebulan setengah kemudian iaitu pada malam 10 Julai 2011 ketika sedang mengalamun tak tentu pasal dalam Twitter akibat terlalu bosan dengan Facebook aku telah secara randomnya membalas tweet's oleh seorang gadis yang aku ingat 'awek mix' manalah sebab muka beliau pun ada unique feature sikit. Selalunya dalam Twitter tu aku kalau aku tweet balik someone memang jarang di balas semula sebab aku pun main random jer. Kadang-kadang tak langsung tapi entah mengapa rajin pulak 'awek mix' balas balik kat aku. Maka seronoklah melayan beb, lagipun nasib baik AKU TAK TROLL kalau tak naya aku kena sound dengan dia malam tu. Aku tengok muka dia pun like someone that you shouldn't mess with. Habislah aku kena tibai kow-kow.


Nak dijadikan aku pun bukaklah page Twitter dia sebab nak tau sapa sebenarnya dia. Menggunakan link facebook yang dia bagi kat page Twitter dia maka aku pun tekanlah. Pergh, baru aku perasan rupanya beliau lah pelakon baru yang jadi cover Panca Indera hampir dua bulan sebelum tu!. Entah macam mana aku terlupa pun aku tak tau. Mungkin dalam kepala aku serabut dok memikirkan CGPA final semester yang bakal keluar ketika itu kot. 


Kalau nak tahu lebih mendalam tentang apa yang aku tulis dalam entry aku tu banyak lagi sebenarnya terutamanya pengalaman bertweeter dengan Sarah Ali yang bagi aku menggelikan hati kerana macam manalah aku boleh tak perasan dengan sapa aku tweet malam tu tu aduyai. Berat hati jugak aku nak melepaskan entry tu lagi-lagi melibatkan dua orang public figure. Lagipun siapalah aku ni kan hanya warga marhaen di bumi ini. Kalau korang nak jugak sila bagi tau kat komen di bawah. Kalau takde respon dari korang jugak jangan haraplah. Hahaha..


GARA-GARA NUFFNANG BIKIN AKU JADI PENING!


Hah, yang ni pulak cerita pasal Nuffnang. Ye, kepada warga-warga blogger Malaysia sekalian mesti kenal dengan advertising company ini bukan. Tak sah kalau ada blog tapi tak bubuh widget iklan ni.  Semua orang menanti duit yang bakal menanti kalau blog tu laku dan iklan tu di klik oleh ramai orang. Biasanya keuntungan blogger top akan dapat income lebih kurang RM100+ sebulan. Tu pun belum campur keuntungan daripada ChurpChurp lagi. Cuma sebenarnya apa niat Shacklesmith menyertai Nuffnang nie?, adakah ianya kerana nakkan untung semata-mata?. Oh bukan itu tujuan ku sebenarnya beb.

Hmm, bukan itu niat ku yang sebenarnya beb. Tujuan aku masuk saja sebab gara-gara terikut akan orang yang sakan meletakkan advertisement sebagai penghias blog. Jadi aku turut terjebak sama. Aku tak mengharapkan sangat income advertisement yang tak seberapa nie. Lagipun aku ni bukanlah top blogger macam Cik Hanis tu beb. Dan keje aku bukan suka menaip seperti Cik Nisa jugak.  Ingat, bahawa kami ni blogger dan kami bukan bekerja dengan pengiklan. Kami hanya ejen menyebarkan risalah komersial ajer bai.

Sebenarnya aku ikut Nuffnang ni sebab nak mengetahui statistik blog aku sebab kebetulan Nuffnang ni ada menyerdiakan carta graf dan carta pai dalam widget Analytics yang memudahkan blogger mengetahui berapa banyak visit's dia dapat dalam sehari dan seminggu sebab almaklumlah Blogger mana ada menyediakan khidmat statistik sebelum ni kalau nak dibandingkan dengan Wordpress. Dahlah aku ni kemaruk statistik jadi secara tak langsung tab widget Analytics ni memudahkan aku mengesan visitor's blog aku dalam sehari dan mengetahui 'siapa' sebenarnya pelawat blog aku.

Kadang aku tak sangka jugak selera pelawat blog aku boleh tahan jugak selera dorang. Ada yang suka fakta dan tak kurang jugak benda-benda 18SX!.  Yang ini adalah print screen analytics Nuffnang aku dua minggu sudah.


Fulamak beb, aku tak tau pe citer asyik nama Neelofa jer yang menjuarai carta keyword kat blog aku nie. Kalau sebelum ni cerita pergaduhan Neelofa dan Fazura, kini benda lain jadi santapan. Rasa-rasanya dah jadi blog utama dah blog Kerambit Assassin's ni di kalangan peminat Neelofa mencari gambar-gambar nya walaupun koleksi aku tak sehebat blog Abe Budiey dan Abe Nara. Ini semua gara-gara Nasi Kerabu 8 Riyal yang dimiliki oleh Neelofa agaknya yang membuatkan blog aku popular di kalangan peminatnya. Kalau aku gosipkan Neelofa dengan Khairul Fahmi (Apexs) konfem meletup punya beb sampai tercabut serban pok lebai di Kelantan sana nun. Ini pulak printscreen terbaru aku dapat kelmarin.


Pergh, yang ini buat mata aku terbeliak sampai tersembur keluar macam aku tengok gambar Neelofa 4 bulan sudah. Semuanya berkaitan dengan perempuan padahal jarang aku sebut pasal perempuan dalam blog picisan aku nih!. Tapi satu yang buat aku tersembur bijik mata adalah search keyword 'ratu bikini sarawak'!. Sejak bila aku cover pertandingan ratu bikini sarawak pun aku tak tau sebab aku ni bukan gila pertandingan ratu cantik. I am no beauty pageant fetish dudes like those Latinos and Filipinos hunk's. Adakah ini berkaitan dengan kes LIMA GADIS YANG DISOALSIAT OLEH JAIS (SARAWAK) KERANA MENYERTAI PERTANDINGAN MISS BORNEO? Entry blog adalah yang paling hangat sejak seminggu lalu. Betul ker sebab aku tak jumpa langsung gambar bikini mereka yang sememangnya tak wujud langsung tu!. Jika benarlah maka aku ingin memohon maaf kepada mereka 'membahankan' mereka tempoh hari. 

Untuk pengetahuan korang sepanjang aku menyiasat kes ni aku menemui satu blog (SINI) milik salah seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Borneo itu yang dikenali sebagai Daynah (bukan nama sebenar). Atas keberatan ini aku ingin memohon maaf kepada beliau jikalau beliau perasan dan terasa hati akan entry aku tempoh hari tu.  Bukan niat aku nak memburukkan beliau dan empat lagi contestant, cuma sekadar berkongsi pendapat saja dengan orang ramai. Aku jugak memohon maaf kepada gadis sana yang aku kenali secara peribadi. Sebab tu lah aku tak link kan entry berkenaan dalam Facebook tempoh hari. 

Okey sekianlah entry aku kali ini buat pelayar-pelayar maya yang sudi membaca entry panjang aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada anda semua. PEACE. Walahualam

Shacklesmith : Entry yang semalam kusangka pendek, rupanya boleh tahan panjang jugak beb!.

Monday, November 28, 2011

Kenapalah Ramai Orang Tak Puas Hati Dengan Khairul Fahmi (Apexs) ??

To be honest, aku bagitau kat korang yang aku tak tengok langsung match bola tadi. Entah kenapa aku takde mood langsung nak tengok sedangkan internet kat rumah aku ni punyelah laju sebab pakai Unifi jadi nak tengok live streaming takde masalah. Ini semua mungkin boleh jadi gara-gara dua bungkus nasi lemak yang aku belasah lepas lepas solat maghrib tadi.




Sebenarnya bukan match malam ni ajer yang aku terlepas, masa perlawanan bertemu dengan Syria pun same gak. Ke mana pergi hilang semangat aku pun tak tau padahal punyalah happy bila team Harimau Muda kita score pingat emas masa kat Jakarta last week. Aku sendiri merasakan kebangkitan semua pasukan bola sepak negara selepas Piala Suzuki lepas.


Walaupun banyak kali jugak kita kecundang jugak dalam perlawanan selepas tu tapi sekurang-kurangnya pasukan kita dapat jugak menjaringkan 1-2 gol dengan pihak lawan. Ini tak macam 10 tahun dulu team kita kalau bertemu pihak lawan memang haram nak menjaringkan walhal gol sendiri selalunya lebih lima kali BOLOS. Paling melemahkan semangat aku nak menengok, asal team kita beraksi jer bapak aku siap kondem kow-kow mengutuk pasukan negara. Tapi walau sehancur mana pun mutu permainan, majalah Mangga tetap memberi publisiti murahan kepada pemain khasnya striker Khalid Jamlus yang hanya cemerlang di peringkat negara (Liga Malaysia) saja.


Baiklah, lupakan kisah zaman gelap sukan bola sepak negara 10 dulu dan fokuskan kepada cerita sekarang pulak. Seperti yang korang sedia maklum pasukan bola kita sedang menikmati era brief renaissance atau erti kata lain kebangkitan semula zaman kegemilangan seperti di kala era 1970an dan 1980an dulu. Aku nampak dan begitu jugak korang bukan?. Walaupun belum mencapai tahap era Super-Mokh (Mokhtar Dahari) dulu tapi peluang untuk pergi lebih baik adalah cerah berkat semangat dan disiplin yang diterapkan jurulatih negara.


Dua tonggak utama kebangkitan yang kita dapat lihat menyerlah sekarang adalah Safee Sali dan Khairul Fahmi (Apexs). Alhamdullilah, setakat ni rekod Safee Sali bersih dari sebarang tohmahan dan gosip-gosip liar yang dicanangkan oleh tukang penfitnah yang tak nampak sempadan di antara dunia seni dan sukan. Tapi amat malang sekali buat Khairul Fahmi (Apexs) kerana peluru yang ditembak oleh musuh-musuh halimunan beliau mengena tepat pada jantungnya!.. WTF??!!. Sejak putus dengan Alia Jejari Runcing macam-macam dah jadi kat beliau.




LOL, who the hell is this Shida Harmi? perhaps she maybe another attention seeker from the middle no where. Aku tak pasti apa punya betina ni lah sampai sanggup aibkan diri sendiri dengan bagitau dia pernah tido dengan Apexs. Well, kalau dia lelaki pastu dedahkan dia pernah kena liwat aku boleh terima lagi sebab itu dah kira sama macam kena rogol tapi perempuan ini dah terang-terang bagitau satu dunia yang dia sudah tido dengan Apexs. 

Maknanya dia secara kehormat menyerahkan dara beliau kepada Apexs!. Apa punya bodoh ini perempuan mendedahkan keaiban diri sendiri, kalau dia kena rogol aku tak kisah tapi dia bagi dengan rela hati sendiri jadi secara tak langsung dia menjatuhkan market dia sendiri. Yelah, jantan mana nak betina yang dah bolos beb!. Kalau jenis stok mangsa rogol gua boleh tolerate lagi bai. Sejujurnya ini adalah perkara paling bodoh!. Andainya perkara ini berlaku di Eropah mahupun negara Amerika Latin ianya bukan masalah besar sebab seks bebas taboo tapi ini berlaku di Malaysia negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi!. 

Menurut laporan berita Mynewshub, dikhabarkan Apexs memang mengenali Shida Harmi secara peribadi sebelum beliau bertunang dengan Elia lagi tapi hanya sebagai kawan biasa ajer. Mereka berkenalan pun baru tak sampai setahun. Gambar-gambar 'mesra' yang dirakamkan pun hanya sekadar santai-santai di karaoke jer dan bagi aku itu hanya benda biasa jer kalau lelaki bergambar semesra itu dengan kawan perempuan. Apa pun motif Shida Harmi ni mendedahkan bukti screenshot BBM blackberry beliau ni tak diketahui apa sebabnya. Barangkali, attention seeker kot. Yelah, dengar khabarnya 'artis baru'.

Apexs sendiri berasa kesal dikaitkan dengan kontroversi tak henti-henti. Ada jer yang tak puas hati cari kesalahan dia. Walaubagaimanapun beliau tidak merasakan gambar-gambar tersebut di sebarkan oleh Shida Harmi (hacker's mungkin kot). Justeru sehubungan dengan itu beliau mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan screenshot BBM memburuk-burukkan beliau ini untuk tampil ke hadapan membuktikan kebenaran mereka!.

Sungguhpun begitu, aku pasti bahawa kes ini sangat memberi kesan kepada Apexs apatah lagi menggugat konsentrasi beliau ketika permainan tadi. Masakan tidaknya, dalam masa 6 minit 3 gol lawan membolosi gawang negara!. Apa punya celaka nasib malam tadi beb, entah dajal mana bawak bala sampai kualiti permainan pun terjejas. Ingatlah wahai penyebar fitnah gosip sekalian. Ahli sukan bukan artis (pelakon & penyanyi), kalau artis macam-macam tohmahan kena sekalipun tak menggugat kualiti tapi ahli sukan dia punya kesan sangat memedihkan bro!. Pikir la sikit fan's wahai penyebar berita dusta durjana!

Kepada saudara Khairul Fahmi Che Mat, diharapkan bawak-bawak bersabar jelah. Tulah, bila nama nak naik ni macam-macam orang buat pada kita. Apa pun aku cukup bersetuju dengan pandangan blogger ni supaya Apexs bersumpah menafikan perkara ini. Sumpah muhabalah merupakan jalan terbaik. Bukan mudah untuk berhadapan dengan fitnah melulu ini lebih-lebih lagi bergelar public figure di kalangan masyarakat..

Shacklesmith : Jikalau banyak masalah datang melanda-ku, hanya ini saja yang mampu ku lafazkan

La illaha illa anta subhannaka inni kuntu minnazzalimin

Saturday, November 26, 2011

Susulan Trofi AIM Yuna Ditarik Balik, Tiada Unsur Konspirasi



Walawey! kecoh betul warga Twitter kelmarin dengan  khabar trofi lagu terbaik yang dimenangi Yuna pada AIM ahad lalu ditarik balik oleh pihak penganjur majlis anugerah iaitu RIM kononnya atas sebab 'tersalah kira kertas undian'. Anugerah itu pula diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih (OST Merong Mahawangsa) iaitu Edry dan Anuar Zain. Ramai yang beranggapan bahawa ini adalah satu konspirasi di kalangan penggiat seni senior nak menekan penggiat-penggiat khasnya Yuna sendiri. Mereka telah melontarkan pendapat buah fikiran mereka dan turut melampiaskan kemarahan mereka di hashtag #NoPoliticsInMalaysianMusic .


Pelakon Sharifah Amani juga bersama meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan berkata "Leave our art scene alone you dirty-power hungry-disgusting-money grubbing-old-outdated-dishonest-fools! Make your sinful money elsewhere!". Wow boleh tahan berapi gak ayat cik Nani kita tu beb!, agak-agaknya untuk siapa dia tujukan?. Adakah KRU?. Hmm, sedangkan KRU pernah beri dia peluang belakon dalam Cicakman 2 dulu. Malahan, beliau jugak turut sama terlibat dengan filem Merong Mahawangsa dulu. Jadi adakah kerana politik?, kita juga turut sedia maklum bahawa beliau jugak ada cameo dalam klip video 'Undilah' yang didalangi puak pembangkang tapi bagi aku adalah hak individu beliau. Tapi yang peliknya, bagaimana pulak ada political intervention dalam industri seni sedangkan kita ni bukan Hollywood di mana segalanya di kawal tangan-tangan halus yang bermata satu. Apa pun aku tak menolak ianya akibat 'politik dalaman' dalam RIM sebab politik ni ada mana-mana sajer malahan hubungan rumah tangga jugak 'politik'.


Aku jugak terkejut apabila dimaklumkan akan perkara ini kerana bagi aku secara peribadinya Yuna sepatutnya mendapat trofi anugerah ini kerana segala jerih penat lelah beliau selama ini yang buat album semua Do It Yourself (DIY) berbanding Anuar Zain yang kita tahu sudah established lama lebih 10 tahun. Lagipun sudah dua tahun aku menyokong beliau sejak dari memakai tudung ala-ala gadis biasa dulu-dulu sehinggalah ber'tajima' sekarang. I found her song's quite appealing even for males like me. 


Segalanya terjawab tidak lama kemudian apabila pihak penganjur RIM mengatakan bahawa ianya berpunca kerana kesilapan syarikat auditor bertaraf 'antarabangsa' yang dilantik iaitu Ernst & Young kerana kakitangannya tidak mempunyai pengalaman dengan sistem penjurian AIM 18. Ujar rakan kongsi syarikat berkenaan, ini adalah kesilapan pertama selepas 18 tahun bekerjasama dengan RIM dan mereka telah memohon maaf atas kesulitan yang dialami ini. 




Ditanya pulak Edry Abdul Halim selaku pemenang sepatutnya anugerah berkenaan beliau menyatakan bahawa beliau tidak mempersoalkan kemenangan Yuna tapi hanya datang untuk mempertahankan hak sebagai orang yang berhak kepada anugerah berkenaan dan pada masa yang sama tidak menafikan bakat Yuna dan turut beranggapan ianya sebagai satu perkara positif. Apabila berlaku suatu kesilapan, ianya perlu segera diperbetulkan jelasnya lagi. Namun begitu beliau turut mengakui berasa bersalah terhadap Yuna (ambil anugerah semula) kerana ianya melibatkan maruah artis yang seharusnya berhak.


Yuna jugak sempat ditemubual oleh wartawan sebuah portal hiburan dan memberitahu mendapat panggilan 3-4 hari sebelum itu bahawa anugerah yang dimenangi akan ditarik balik. Beliau juga mengaku bahawa beliau mengetahui kriteria yang perlu dipenuhi untuk memenangi anugerah berkenaan iaitu pemenang harus memenangi salah satu daripada empat kategori yang dipertandingkan (Lagu Pop Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik & Lagu Rock Terbaik), walaubagaimanapun beliau agak terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang. Memandangkan AIM adalah majlis besar maka beliau pergi jugak ambil anugerah itu kerana mengganggap AIM telah mengubah format. Beliau menegaskan lagi perkara ini takdelah memberi kesan sangat padanya tapi kesilapan ini menggugat kredibiliti semua orang yang terlibat.




Anuar Zain juga selaku pemenang berhak menjelaskan bahawa perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan beliau sehingga terfikir bagaimana harus berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai apabila diberitahu akan kes ini. Beliau juga merasakan, mereka berdua adalah mangsa keadaan. Secara peribadi juga beliau berpendapat, lebih elok saja perkara ini didiamkan dan tidak perlu diberikan anugerah kepada beliau dan Edry memandangkan berat untuk dirinya menerima perkara ini lebih-lebih lagi memikirkan perasaan dan menghormati Yuna. Namun kerana pihak penganjur mengakui kesilapan mereka maka dengan hati yang terbuka beliau hadir dan menerimanya. Tambah beliau lagi yang tidak mahu orang luar menganggap beliau dan Edry mempertikaikan kemenangan Yuna walhal beliau sendiri redha dan menerima dengan hati yang terbuka menerima kemenangan Yuna pada malam itu.


Jelasnya lagi, apa yang terjadi ini adalah iktibar kepada semua dan berharap perkara seumpama ini tidak berlaku lagi kerana menjejaskan kredibiliti AIM dan RIM. Apa lagi insiden  seperti ini boleh mengocak kepercayaan pemuzik kita kepada AIM dan RIM ujarnya lagi. Walaubagaimanapun beliau turut memuji Yuna kerana memberanikan diri hadir meskipun beliau tahu perkara tersebut adalah sesuatu yang amat sukar untuk dihadapi.


Ini adalah surat penjelasan daripada Ernst & Young berhubung penarikan semula anugerah Yuna pada AIM baru-baru ini. Jadi ini sudah membuktikan bahawa tiada unsur konspirasi mahupun kronisme untuk memenangkan pihak-pihak tertentu dalam anugerah ini



Ini pulak komen Yuna sejurus selepas keputusan ini, beliau juga berharap agar peminat-peminat juga turut menerima kenyataan ini dengan seadanya. Haha, kalau tuan punya anugerah boleh terima mengapa tidak sang peminatnya bukan.


Shacklesmith : Sepatutnya juri membuat semakan dengan cermat sebelum membuat keputusan menganugerahkan trofi tu. Ini tidak, ambik kakitangan yang tidak berpengalaman last-last RIM dan para pemuzik pulak yang terpalit akan kes ini. Sudahlah industri muzik kita baru nak menapak semula lepas bangkit dari penguasaan pemuzik Indon-Indon dalam radio tempatan. Ini syarikat auditing bertaraf 'antarabangsa' tu pulak buat tahi tak pasal-pasal anugerah jadi kokap. Apa lagi pemuzik yang terlibat bukan calang-calang dalam industri negara ini.

Dunia sekarang tanpa sempadan dan satu dunia telah melihat. Mana mahu tutup muka lagi wahai penganjur?. Insaflah dan aku berharap janganlah perkara sebegini berlaku lagi.

P/S : Aku dah follow AIM ni dari sekolah rendah lagi. Walaupun takdelah ambil pot sangat tapi tak pernah dengar pun kes sebegini lagi. Pelik aku, zaman sekarang lagi canggih dari 10 tahun dahulu tapi baru sekarang berlaku?. 

Thursday, November 24, 2011

WTF! Harimau Boleh Kalah Dengan Garuda Lagi?

Aduhai, korang tak terkejut ker macam mana Harimau gagah perkasa yang telah berjaya menundukkan seekor burung garuda ganas kali ini kalah lagi di tangan garuda juga!




Ye, kali ini bukan Garuda dari Kepulauan Nusantara yang berkongsi darah dan bahasa ya mas tapi ini Garuda bukan sebarang Garuda!. Ini Garuda dari padang pasir tanah Arab! Sekali dia naik Sheikh, sampai terpelanting harimau dibuatnya walaupun bertempur di tanah sendiri.
 
Garuda Nusantara yang udah patah sayapnya gak usah mengklaim kejayaan Garuda padang pasir ini kerana sesungguhnya kemenangan adalah untuk pasukan Syria!. Lebih baik aja duduk dia mengubati luka-luka akibat kekalahan tempoh hari yang lalu. Percayalah bahawa setiap kali Garuda dilanda kesusahan yang menolong adalah Harimau sendiri.


Shacklesmith : Negara sendiri bergolak tapi pasukan Syria masih mampu menundukkan lawan apa lagi bila berada di tempat orang.

Wednesday, November 23, 2011

Edisi Meleleh - Susulan Lima Gadis Di Kauseling JAIS (Sarawak) Kerana Menyertai Miss Borneo, Apa Pandangan Aku?



Walau sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak, tapi gadis-gadis ini masih berdegil untuk terus menyertai pertandingan ratu cantik Miss Borneo Beautiful 2011! (Berita Di SINI). Itulah saje yang mampu diperkatakan mengenai lima orang gadis beragama Islam yang dilaporkan menyertai pertandingan ratu cantik di Sarawak tempoh hari lalu. Khabarnya, mereka dikatakan beraksi dalam pakaian yang sangat begitu menjolok mata!. Astaghfirullawalazim, biar betol beb!.


Tersentap jugak aku bila terbaca frontpage suratkabar Ahad lepas pasal kes ni. Dalam kepala sudah boggling, apakah dorang ni memakai bikini dalam pertanding ratu cantik tu?. Pening kepala aku dibuatnya. Kita orang Malaysia khasnya orang Melayu beragama Islam di Semenanjung Malaysia ni memang tak ambil pot langsung pasal beauty pageant apa kejadah semua ni sebab kita ni bukannya kemaruk awek beauty contest macam pak Arab di Lubnan ,attaturk-attaturk di Turki dan bapak-bapak di Indonesia.


Sebelum tu jom korang ikuti pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor iaitu Ustaz Datuk Noh Gadut di SINI. Tengok, ulamak sudah bersuara. 


Sampaikan SALIMAH (Sarimah Ibrahim ke?, bukanlah weh!) pun dah bersuara di SINI. Meh sini biar aku petik sikit point dorang.
SALIMAH berpendirian sepatutnya acara ratu cantik diharamkan seluruhnya dinegara ini kerana jelas ia adalah suatu PENGHINAAN terhadap kehormatan orang wanita  , tidak kira dalam agama apapun.
Erm, kalau kat negeri Malay hearland macam Kedah, Kelantan, dan Terengganu mungkin takde masalah memandangkan  kaum Melayu Islam adalah majoriti lebih 90%. Perkara yang sama jugak boleh diikuti oleh negeri-negeri lain seperti Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak kerana kuasa ketua agama masih terletak di bawah sultan meskipun bilangan umat Islam tidak sampai 80%. Tapi bagaimana pulak di Sarawak kalau umat Islam-nya bukan majoriti?


Untuk pengetahuan korang, di Sarawak pertandingan ratu cantik adalah perkara biasa dimana tiap-tiap pertengahan tahun dianjurkan ratu pesta menuai untuk gadis-gadis Bumiputera bukan Islam di setiap daerah. Begitu jugak dengan pertandingan ratu cantik Miss World Harvest Festival yang mana ianya turut disertai oleh gadis beragama Islam (info ni aku baru dapat tau). Walau bagaimanapun pertandingan ratu cantik WHF ni takde langsung menampilkan segmen bikini untuk para peserta bagai dan mereka setakat memperagakan pakaian tradisional jer.Tapi aku tak tau pulak se skimpy da se-indecent mana pemakaian peserta Miss Borneo Beautiful ni. Seriously, I don't think kat Malaysia sangat teruklah compare dengan yang kat luar tuh. Furthermore, the organizer didn't really emphasized on the contestant sexiness.


Tapi secara personally sebagai seorang yang konservatif walaupun aku budak KL, aku tetap tak bersetuju dengan tindakan dorang menyertai pertandingan ini apatah lagi mengingkari nasihat JAIS (Sarawak). Namun begitu, aku tak sesekali akan memaki dorang seperti totok-totok Meleis yang lain. Aku bersimpati jugak sama dorang beb.


We have to look on the other side of the story on why the girl kept insisting on joining this pageant despite being given advises from the religious authority in order to prevent them to do so. Apa sebab mereka gelap mata berdegil untuk teruskan menyertai pertandingan itu.
Natasha Nur Amarina memenangi tempat keempat dalam pertandingan berkenaan yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Adira pula memenangi tempat kelima dengan hadiah RM500 manakala Sharifah Nadzirah pula dinobatkan sebagai Ratu Cantik Personaliti yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.
Gadis itu turut memenangi anugerah Ratu Cantik Popular sekali gus membolehkannya menerima Samsung galaxy Tab 10.1 yang ditaja oleh Celcom.
Pergh, korang tengok apa ganjaran dorang dapat kalau menang pertandingan ni. Kucing kalau disua ikan depan mata takkan nak tolak gitu je bai. Fuyoh, sapa tak mau itu Samsung Galaxy Tab 10.1 FREE!. Kalau aku konfem dah buat macam that Russian guy dulu tu beb! SINI


A picture worth a thousand WORD's, dan cuba korang tengok betul-betul gambar di bawah dan perhatikan subliminal message-nya (dan raut wajah peserta tu sekali).




Tengok awek yang kiri sekali sebelah ustaz tu, dari air muka ada nampak sedikit keinsafan meskipun dalam kepala terbayang hadiah yang bakal menanti jikalau menang pertandingan itu kelak. Kalau terlepas rugi weh!. Yang paling kanan sekali berbaju kelabu, korang tengok muka dia pandang ustaz tu semacam ajer. Dalam hati mesti cakap "Mik sikda pedulik!, Mik mauk itu GALAXY TAB juak!"(betul ke ni?, nanti aku tanya balik junior aku). Dan aku paling tak boleh tahan yang pakai long sleeve hitam tuh. Cuba perhatikan mesej di baju beliau "DON'T WASTE MY TIME". Wow, depan ustaz boleh lah buat gitu. Tapi depan Allah bagaimana pulak?. Hahaha! Walahualam. But i can see in her face.. Urm


Sekali aku ingatkan, i have nothing against these awek Sarawak. I didn't really intend to poke fun at them. Sebenarnya, aku rasa sedikit lucu jer bila tengok gambar atas tu. Nothing more than that. Namun begitu, harap-harap insaf la jugak dorang hendaknya. Tulah jadinya sebab ganjaran hadiah di dunia akidah dipergadaikan, aurat pulak diperdedahkan. Berani buat, maka beranilah tanggung sendiri. Dan itu jugak bukan bermaksud aku mengata awek sana jahil memandangkan apa kurangnya gadis-gadis di tempat aku ini?. Cuba check Neelofa tu asal dari negeri mana?. Mu jange kato mu dok tau dio oghe mano!


Aku jujur bagitau kat korang semua pembaca ni yang aku sendiri dulu dah banyak kali dulu melayan chatting ngan awek sana dalam Facebook, YM mahupun text message dan apa yang aku dapat tau mengenai sikap dorang adalah mereka ni gentle (lembut) sikit daripada awek kat Semenanjung yang umum korang sendiri tau lagi sempoi dan brutal sampai mencabar kejantanan sehingga terlucut keris di sampin!. Gedik-gedik mana pun awek Semenanjung tetap ganas jugak beb. Aku pun tak taulah boleh masuk kepala ke tak dorang ni kalau hidup sebumbung sebab aku ni BUKAN KAKI SKODENG HOSTEL BUDAK PEREMPUAN!!!. Tapi aku rasa boleh la kot~ (so ladies, got any answer for me?)


Aku sebenarnya tak nak buat perbandingan di antara awek Semenanjung dengan awek Sarawak kat sini sebab bagi aku setiap wanita ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. So, kalau aku cakap awek sana lagi better daripada awek sini maka awek di sini pula akan tersentap makan dalam dengan aku dan begitu jugaklah sebaliknya. Then back to the point, nobody is perfect anyway right?. Dan satu lagi kalau aku teruskan jugak membuat perbandingan maka alamatnya chances aku nak cari awek kat Malaysia ni akan menemui jalan buntu!. Kalau aku dah ada awek sekarang ni takpe jugak beb, ni belum lagi. I might have well resorted to bride-snatching abroad like what the Mamat Lombok just did to our girl's. Sudahlah nisbah lelaki lagi ramai dari perempuan di Malaysia.


Okeylah enough of that, mari kita layan gambar lima awek-awek ni pulak. Tengok sekali dua boleh dan jangan pulak gatal-gatal cuci mata. Ingat jangan pandang dengan nafsu sebab aku tak nak tanggung dosa korang!. 


AMARAN! IMEJ INI UNTUK TATAPAN 18 TAHUN KE ATAS. BAWAH UMUR JANGAN LAYAN!



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda JUARA!!! BTW, Neelofa Ada Hati Dengan Apexs??



ROAR!! Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara Malaysia yang telah berjaya menundukkan pasukan tuan rumah Indonesia 5-4 dan memenangi pingat emas untuk acara bola sepak Sukan SEA yang diadakan di Indonesia tahun ini!


Walaupun berdepan dengan kesukaran beraksi dengan tuan rumah malam ni kerana kehebatan kedua-dua negara boleh dikatakan setanding di peringkat Asia Tenggara dengan seri ketika perlawanan. Namun pasukan negara berjaya menundukkan tuan rumah di saat penalti!


Memang cemas jugaklah gua tengok masa match tadi beb ditambah pulak dengan referee yang nampak macam sudah kena rasuah beli dengan tuan rumah ajer. Tapi Alhamdullillah kita menang jugak akhirnya!


Kecoh jugaklah dalam Twitterjaya tadi memperkatakan tentang perlawanan ini, antaranya ramai yang bising nak Fakri digantikan dengan penyerang lain kerana mutu permainan tak seberapa menyerlah. Ramai jugaklah selebriti, politician dan blogger yang turut serta jadi 'pengulas' permainan tadi. Seronok jugak layan deme beb!. Dapat gak hilangkan rasa nervous yang bersarang di hati. Haha!


Pergh! tak dinafikan penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apexs mempunyai banyak peminat dan follower yang setia. Aku sendiri sudah nampak bayangan David Seaman dan Oliver Kahn pada dirinya!. Disamping jugak beliau boleh mencetuskan fenomena seperti Diego Maradona (tapi takdela sampai sembah menyembah macam si pendek tu).


Boleh tahan jugak ramai orang kenamaan syok bertweets tadi sampai tak terkira jumlahnya, tapi dalam banyak-banyak tweets selebriti ni salah satunya jadi perhatian Shacklesmith. Haha, jeng jeng jeng!!



Fulamak beb! korang tengok sapa peminat Apexs ni weh. Well, i'm not really surprised for that but certainly he deserved such fan's from all walk of life!. Tengok, Neelofa pun ada hati beb dengan dia tapi hanya sebagai peminat saja dan tidak lebih daripada itu. Oleh itu, tiada gosip di antara mereka berdua harap maaf. Tak salah pun kan sebab kedua-duanya kebetulan berasal daripada satu negeri iaitu Kelantan. Gomo Kelate Gomo!!

Cuma satu benda bermain di fikiran Shacklesmith bila nama mereka berdua terlintas pada waktu yang sama. Kenapa aku asyik teringat akan bekas penjaga gol Sweden dan Celtic FC (dan tak silap aku pernah makan gaji buta ikat kontrak dengan Chelsea selama dua tahun!) iaitu Magnus Hedman dan bekas isterinya, Magdalena Graaf. Apa yang lebih menghairankan, gambar yang bermain di fikiran aku adalah gambar INI!!!

Ye selama ini nama Neelofa sedikit sebanyak telah menaikkan trafik ke blog aku yang tak seberapa ini, tapi aku tak paham betul la kenapa di search benda yang bukan-bukan pasal Neelofa?. Suka betul korang ye dengan Neelofa. Hahaha! Benda ni akan aku ulas nanti. Bawak bersabar ye.

Shacklesmith : Apexs takde apa-apa pun dengan Neelofa, apapun tahniah pasukan bola sepak negara! Kekalkan momentum ini untuk 10 tahun lagi.

Sunday, November 20, 2011

Janda's Spotted! Pic Terbaru Maya Karin

Industri hiburan di Malaysia ini tersangatlah kaya, ya benar-benar kaya bukan saja dengan bakat lakonan dan nyanyian tapi dengan emm ehem-ehem. Apa itu ehem-ehem? Yeah, ehem-ehem itu tak lain tak bukan adalah dengan JANDA!!. Sememangnya industri hiburan kita tak pernah sepi dengan kes-kes penceraian sebegini. Aku bukan nak mengatalah beb, dulu dalam lebih kurang 6 tahun sudah ada semacam musim berlaku penceraian sebegini lagi-lagi dihangatkan dengan pula oleh media yang membawanya seperti majalah-majalah hiburan dengan mengeluarkan bermacam-macam spekulasi tentang apa punca penceraian selebs ini. 


Itu dululah, sekarang ni aku sendiri pun tak tau sebab dah lama tak baca majalah hiburan lagi-lagi tukang membelinya sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata maka duitnya tidak lagi dilaburkan dengan majalah hiburan bagai. Apa lagi kalau nak dengar gosip artis pun blog-blog hiburan bersepah di ruang maya ini. Tambahan pula masa lapangnya kini bukan lagi  membaca gosip tapi ber-Facebooking dengan menggunakan iPad dan iPhone so apa mau heran sama itu gosip-gosip maa??. Haha, begitulah kakak aku, tak main kan gosip-gosip hiburan lagi kan kak?. Hee~


Aduhai tengoklah apa sudah Shacklesmith ini meleret, orang nak cerita pasal janda tapi dia kona cerita pasal kakaknya yang sinonim dengan gelaran Ratu Majalah Hiburan 1990an dan awal 2000an pulak dah. Akak aku pun BUKAN JANDA!!!. Ish, okay kita continue bercerita pasal janda pulak ye. Orait, dalam industri hiburan kita sekarang ramai yang memegang status janda tapi masih lagi popular bak ketika zaman mereka masih lagi bergelar anak dara bergetah lagi. Sebut saja Nora Danish (puteri kita enjoy!), Natasha Hudson (hantu chermin! janda dua kali tu beb) dan yang terbaru Nabila Huda (anak legendary rockstar!) mesti ramai yang kenal punya bai. Waduh beb, teringat gua dengan cerita Janda Meletup dulu (padahal hero codename "I Follow" 'booof-feeett' nya pun kahwin dengan anak dara 4 kali tu!).


Sebelum ni heboh pulak diceritakan bahawa anak  selebriti chef terkenal Chef Wan iaitu Chef Riz bakal berkahwin dengan sorang pelakon berstatus janda iaitu Ana Dahlia. Kini korang boleh rasakan betapa hebatnya penangan janda di Malaysia ini. Hangpa jangan dok perlekeh tau!. Janda pun boleh laku macam anak dara jugak beb, mereka tetap sempurna dan cukup sifat. Tambahan pula nisbah wanita di Malaysia LEBIH KURANG DARI LELAKI jadi tidak ada sebab buat lelaki lewat usia belia (lewat 25 tahun ke atas) untuk menolak janda!. Kepada abang-abang yang berusia 30 tahun ke atas dan masih belum berkahwin ataupun masih berhasrat untuk tambah lagi cawangan tolonglah mengasihani lelaki di awal 20an dengan tidak menggatal dengan gadis-gadis muda kerana kalau abang-abang dah sapu semua perempuan muda dan berdahi licin. Di mana pula kami nak mencari gadis-gadis muda lagi? Lebih memburukkan keadaan nisbah lelaki lebih ramai dari perempuan jadi persaingan tersangatlah sengit!. Shacklesmith bersuara buat lelaki muda di Malaysia. Haha~


Okeylah seperti yang dijanjikan di awal tajuk aku akan menghidangkan kepada korang gambar salah seorang janda terhangat di Malaysia iaitu Maya Karin yang telah menghadiri majlis Travelog Airasia tempoh hari lalu. Gambar ni aku jumpa di Ohbulan!. Dan kepada yang ingin cuci mata tataplah dengan sepuas-puasnya (Ini gambar decent punyalah bai, takde singkat punye dressing).







Jangan jeles ya! Hahaha

Shacklesmith : Adakah Shacklesmith seorang janda? Bwahahaha!!! aku lelaki tak kahwin lagi takkan aku pulak dah jadi janda beb.

Thursday, November 17, 2011

Pembongkaran Disebalik Propaganda Penggunaan Dakwat Kekal Untuk Pilihan Raya!


Sejak dari mula Bersih lagi aku cukup sangsi dengan penggunaan dakwat kekal (indellibe ink) yang didakwa mampu mengekang double voting untuk waktu pilihan raya umum. Boleh kah ianya dipercayai?, apakah ianya benar-benar 'kekal' seperti yang didakwa?, pembongkaran ini telah membuka mata kita dengan seluas-luasnya bahawa taktik kuno ini bukanlah jalan penyelesaian untuk memperbaharui dan mencanggihkan sistem pengundian di negara kita. Kesan dakwat kekal ini mampu dihilangkan dalam masa 5 minit saja!.


Jika dilihat di negara-negara dunia ketiga seperti India, Afghanistan dan negara-negara Afrika, amat sukar bagi mereka mendapatkan bahan pelarut seperti turpentine dan sodium chloride kerana mereka majoritinya di antara mereka tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kedai menjual bahan sebegini melainkan hanya kedai menjual barang makanan, keperluan rumah dan pertanian sahaja. Akan tetapi di Malaysia pula bahan-bahan seperti turpentine dan sodium hydroxide ini amat mudah didapati di kedai-kedai hardware dan farmasi di serata tempat di negara kita. 


Pembongkaran ini telah memecahkan mitos 'kekebalan' dan keberkesanan dakwat ini. Ianya juga membuktikan bahawa cara kuno ini mudah dimanipulasikan sewaktu proses pengundian pilihan raya.










Oleh itu telah terbukti bahawa penggunaan dakwat kekal (indellible ink) ini tidak akan sesekali benar-benar menjamin ketelusan proses pengundian ketika Pilihan Raya dijalankan. Ianya tetap mudah dimanipulasikan demi kepentingan pihak tertentu jugak. Video di SINI jugak telah membuktikan perkara ini. Jadi apa perlu kita ikut proses yang ketinggalan zaman ini lagi sedangkan negara-negara di Afrika pun mahu menggunakan kaedah biometrik yang canggih dalam menjalankan proses pembuangan undi.

By the way, kalau korang nak tau dakwat kekal yang digunakan oleh pendemo dalam video kat atas tu adalah diperbuat oleh syarikat GLC di India yang turut bertanggungjawab mengedarkan apa yang kita kenali sebagai voter's ink ini ke beberapa negara. Buktinya ada di laman web syarikat ini di SINI.


Shacklesmith : Dakwat kekal pun hanya indah khabar dari rupa, tiada apa yang kekal di dunia ini sebenarnya beb. 

Wednesday, November 16, 2011

Awas Wanita Di Luar Sana!!

Assalamualaikum semua di hari yang indah ni, kepada pengikut kultus Wordless Wednesday yang ternanti-nanti kan entry Wordless Wednesday dari blog Shacklesmith ni diharapkan jangan marah pulak kalau aku tak post ape-ape gambar hari ini sebab seriously gua sendiri dah blur tak tau ape gambar yang patut di post untuk pengikut fahaman Wordless Wednesday 1Malaysia sekalian untuk Rabu harini. Namun  begitu, janganlah merajuk pulak sebab Shacklesmith ada bagi Public Service Announcement untuk korang especially buat gadis-gadis di luar sana yang tinggal di kawasan bandar pantai barat semenanjung. Tulah kan, dulu heboh dengan orang minyaklah, simbah asid lah dan setakat pukau tu toksah cakaplah. Daripada masa omak den datang Kolumpo sebelum 13 Mei lagi dah jadi perkara biasa di kota Metropolitan ini. Nak tahu ape kebendanya bala nie. Sila baca di bawah!


Zul Handy Black dalam filem Mantra.
Tiada Kena Mengena (Sekadar Hiasan)
Awas Wanita Di Luar Sana Tu..!

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali…

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras ...Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.



Sasarannya tak lain dan tidak bukan.
Gadis-gadis yang masih dara sahaja
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.



Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat
Mujarab Iaitu :





RIDSECT

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!

WOIT, JANGAN PANIK SUDAHLAH!!! KAH KAH KAH KAH KAH KAH


Shacklesmith : Ini hanya sekadar gurauan, anak-anak dara di luar diminta bertenanglah.. PEACE

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget