Thursday, November 18, 2010

Masih Belum Terlambat

Erti Sebuah Pengorbanan

Semalam, pada 17 November 2010 atau dalam kalendar hijrahnya, 10 Dzulhijjah 1431 adalah merupakan tarikh yang menandakan sambutan Aidiladha bagi sekelian umat Islam di seluruh dunia. Tarikh tersebut menandakan berakhirnya ibadah haji bagi para jemaah yang melaksanakan rukun Islam. Umumnya, kegiatan haji bermula pada  tanggal 8 Dzulhijjah ketika para jemaah bermalam di Mina dan seterusnya berwukuf (berdiam diri) di Padang Arafah pada keesokkan harinya (9 Dzulhijjah). Ianya berakhir dengan melempar batu ke arah jamrah yakni simbolisme protes ke atas syaitan dan hawa nafsu pada hari terakhir iaitu 10 Dzulhijjah.

Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji dan masih di tanah air masing-masing. Seperti biasa, pada pagi 10 Dzulhijjah adalah solat sunat berjemaah di masjid yang sama seperti solat Aidilfitri. Selepas solat berkenaan, barulah bermulanya ibadah korban iaitu penyembilahan haiwan ternakan bagi tujuan bersedekah dan menunjukkan kesyukuran ke atas limpahan kurniaan rezeki dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Tak dinafikan, memang ramai yang turut serta dalam ibadah mengorbankan binatang ternakan. Ada yang korbankan untuk disedekahkan kepada fakir miskin, ada yang mengagihkan pada jiran tetangga malahan ada juga yang buat korban untuk diri sendiri. Kesemuanya bergantung pada niat. Beringatlah, semuanya ditanggung di akhirat kelak wahai saudara. Apapun, saya disini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jikalau ada salah dan silap. Sekian, Assalamualaikum.

SALAM AIDILADHA - Kullu 'Am Wa Antum bi Alfin Khoir


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget