Wednesday, February 29, 2012

UMNO Menindas Melayu Di Bumi Sendiri???

Saban hari, kita pasti akan dengar atau terbaca dakwaan sedemikian. UMNO tidak pernah memajukan orang Melayu. Bukti yang mereka berikan, UMNO hanya mengkayakan kroni. Perdana Menteri, Timbalan, menteri itu ini semua Melayu, tetapi Melayu tetap juga mundur di tanah sendiri. Dan bla bla bla lagi.


Adakah benar Melayu kita mundur? Yes. Aku akui, memang ramai Melayu mundur. Tetapi, mula mula, aku nak ajak kita lihat gambar di bawah dahulu.



Apabila kita melihat gambar di atas, do we see it as half-full or half-empty? Ya, inilah masalah sebenar kepada persoalan persoalan di atas. Betul, kita melihat, ramai Melayu yang mundur. Tetapi, tiadakah Melayu yang maju? Berapa ramai anak Melayu yang berjaya? Berapa ramai anak Melayu yang sekarang dah duduk menetap di UK, US, Australia, Bahrain, luar negara sana, bekerja dan membina keluarga. Berapa ramai anak Melayu yang kaya duduk dalam Malaysia? Berapa ramai orang Melayu yang pakai BMW, Mercedes, Toyota, Ashton Martin, Austin Power, apa apa lagilah nama kereta mahal mahal. Tiadakah Melayu yang memakai kereta sebegini? (Memakai? Betul ke kosakata ni?) Pergi Shah Alam, berapa banyak rumah orang Melayu yang besar besar?
Benarkah Melayu ditindas di tanah sendiri? Dan mula orang akan menuding, ah, UMNO kroni, makan duit rakyat bla bla. Aku tak nafi, kronisme berlaku di mana mana sahaja. Situasi. Kau ada kereta rosak, adik kau mekanik. Jiran depan rumah kau juga mekanik. Kau nak suruh adik kau atau jiran kau yang baiki? Kalau adik kau baiki, adakah adil sangat untuk jiran kau cakap yang kau mengamalkan budaya kronisme? Aku tidak sokong sepenuhnya kronisme, tetapi tidak juga menafikan ia 100%. Kerana kepercayaan juga memain peranan dalam situasi sebegini.
Dan aku mahu bertanya juga. Berapa ramai orang Melayu yang ramai ramai kaya ini tadi, merupakan kroni UMNO? Orang PAS pun ramai yang kaya kaya aku akui. Jadi, adakah semua Melayu yang kaya ini tadi kroni UMNO? Adakah benar dakwaan Barisan Nasional meminggirkan Melayu di bumi sendiri? Malah, Anwar Ibrahim sendiri kaya. Apa, adakah UMNO tak membela nasib dia sampai dia miskin papa kedana?
Jadi, mengapa persoalan begini masih lagi timbul? Pertama, mari kita lihat dari perspektif half-full glass. Untuk menjadi kaya, atau sekurang kurangnya tidak miskin, someone must make money. And way to make money is, unless you found a tree who grows money on it, is by working. Tak kisahlah kerja makan gaji atau berniaga, pokoknya bekerja. Orang Melayu ini tadi ramai ramai kaya sebab mereka bekerja, ada yang rajin bekerja, ada yang malas, tak kisah, janji, bila bekerja, anda ada duit.
Dan bila anda ada duit, itu pula merupakan tanggungjawab anda untuk mengawal kewangan anda. Maka, ada pula suara lantang berbunyi, ah, kerja macam hamba abdi, tak kaya kaya juga. Hujung bulan kena bayar itu ini, bayar loan PTPTN bla bla, konklusi, kerajaan zalim. Yes, come here. Adakah betul kita meminjam dengan niat untuk tidak membayar semula? Hatta, dalam kewangan Islam, yakni Qardhul Hassan, di mana pinjaman tanpa interest. Pinjaman tanpa interest bermakna anda meminjam tanpa dikenakan bayaran tambahan, still, kau tetap kena bayar hutang pinjaman tadi. Bukannya pinjam dan buat diam tak bayar. Kan? Jadi, tanggungjawab sebagai peminjam, ialah membayar balik pinjaman. Kalau tak mahu bayar, jangan pinjam.
So, macam mana nak belajar kalau tak ambil PTPTN? Yes, aku akui, PTPTN membantu dalam pelajar kita untuk belajar. Tetapi, mari kita lihat semula, berapa ramai antara pelajar kita yang beli handphone menggunakan duit PT tadi? Jadi, benarkan kita betul betul menggunakan PT tadi untuk belajar? Aku sokong kalau beli telefon yang memang betul betul guna untuk convenience, tapi kalau dah sampai beli Blackberry Iphone, makan mewah mewah, hah, lepastu taknak bayar, itu bukan salah kerajaan dah. Aku sendiri, kadang kadang geram juga tengok kawan kawan pakai telefon mahal kita murah saja, tapi kita kena ukur baju di badan sendiri.
Ya, ukur baju di badan sendiri. Ini juga antara permasalahan kita. Hari hari kedengaran suara menggesa kerajaan naikkan gaji, sebab kos kehidupan meningkat dan bla bla. Gaji tak cukup. Kalau gaji tak cukup bang, jangan beli telefon mahal mahal. Jangan beli pakaian mahal mahal. Makan seperti orang yang miskin. Bukan menghina, tetapi, ya, ukur baju di badan sendiri. Gaji sekitar RM2000, tetapi hidup macam orang gaji besar. Hari hari makan luar. Beli kereta murah sahaja. Pokoknya, beli ikut kemampuan dan keperluan kita.
Orang kaya bukan ada duit sikit terus beli mewah. Mereka menapak selangkah selangkah supaya dapat buat simpanan yang besar in order to be rich. Tak kisahlah berapa pun gaji kau, selagi ada keberkatan, dan kau pandai mengawal kewangan, Insyaallah, kau boleh hidup atas duit itu.
So, di mana peranan UMNO tadi dalam memajukan Melayu? Ok, jom kita tengok sama sama. UiTM, kolej kolej kerajaan, hatta sekolah sekolah tadi, siapa yang dirikan? Ok, kita letak ini kerja kerajaan lah, jangan letak UMNO. Dari sekolah ini tadi, kita belajar, jadi pandai, masuk universiti, dan end up, dapat kerja yang bagus. Ada rezeki, dapat kita merasa macam kawan kawan kita bekerja di luar negara dan meningkatkan taraf kehidupan. Kalau tak pandai sangat pun, asal rajin, paling koman dapat kerja kerajaan. So, daripada sekolah sampai ke kerja ni tadi, tak ada langsung ke usaha kerajaan yang membantu kehidupan kita?
Jangan pandang jadi kaya dahulu, tetapi live within your mean.
Ok, now, let us look at the half-empty cup. Melayu kita ramai. Bangsa majoriti dalam Malaysia ini. So, walaupun betul kita da ramai yang kaya, ada juga ramai yang tak kaya. Tetapi, adakah yang tidak sekaya yang kaya ini tadi tak dapat merasa usaha kerajaan tadi? Ya, unless kau tak pergi sekolah dan merempit sahaja kerja, sedikit sebanyak ada usaha kerajaan terkena pada kau. So, kalau aku dah pergi sekolah, kenapa tak kaya kaya juga? Now, that is actually the main problem to us Malays. Mari kita lihat, Cina. Mereka kalau nak dikira, tetap merasa usaha kerajaan, sebab mereka pergi sekolah dan sebagainya, tetapi usaha mereka sendiri juga sama hebat. Mereka masing masing ada rasa perlu untuk memajukan diri sendiri. Sebab itu, tak pelik kita lihat ramai Cina yang kaya. Ada tak Cina yang miskin? Ada juga. Tetapi, mereka ini tadi lebih banyak berusaha untuk memajukan diri. Kalau ibu bapa Cina itu tadi miskin, mereka akan pastikan anak mereka belajar pandai supaya dapat jadi kaya in the future.
Tetapi, adakah perkara yang sama berlaku kepada kita Melayu? TIDAK!!! Contoh, ambil satu. FELDA. Berapa ramai orang Melayu yang diberi tanah oleh kerajaan untuk diusahakan dan memajukan diri mereka? Ramai. Ratus ribu. Ada tanah, ada lah rumah walaupun tak besar, dan boleh lah sikit sikit hidup. Tetapi, adakah anak mereka pula bekerja sama kuat dengan ibu bapa tadi? Tidak, sibuk keluar merempit. Aku tak cakap FELDA punya anak sahaja, semua anak Melayu lah. Jadi, bila tak kaya tadi, siapa yang disalahkan? Kerajaan. Sedangkan, usaha mereka sendiri tak segah kata kata mereka. Kalau mahu kaya, bekerja kuatlah!
Adakah Cina cina ini tadi kroni UMNO sampai mereka jadi kaya? Yes, we admit, ada antara mereka dapat tender daripada kerajaan. Tetapi, it is because they strive to get the tender. Buat kerja dan sebagai. Bila orang Melayu, fikir nak tender sahaja, kerjanya kurang nak jalan.
Ya. Pokoknya, kerja. Keluar dari kepompong malas dan berasa selesa, dan mula bekerja. Tak kisahlah kerja apa. Kerja kampung, jaga ayam tanam pokok pun ok. Sebab ramai juga Cina yang kaya kerana menjadi peladang. Jual hasil ladang, dan kayalah. Tapi kena kerja keraslah. Dan live within your mean. Jangan hidup macam orang kaya kalau kita tak kaya. And stop blaming others for your own failure!
Yes, banyak perkara yang kerajaan boleh perbaiki untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat, tapi kita rakyat mestilah first berikan yang terbaik untuk kehidupan kita sendiri. Kalau hidup asyik pergi kedai kopi main dam, dan tiba tiba salahkan kerajaan sebab kau sengsara di tanah sendiri, kau perlu tahu siapa sebenarnya yang bersalah. Lepastu, asyik mengharapkan subsidi kerajaan sahaja. Cina tidak mendapat subsidi seperti yang Melayu dapat, tetapi kenapa mereka lebih berjaya dariada kita? Ya, usaha mereka lebih besar untuk diri mereka berbanding mengharap usaha kerajaan untuk diri mereka.
Ok, garang juga artikel kali ini. Hehe. Bukanlah berniat nak apa, tetapi sebagai satu cabaran untuk kita sama sama memajukan diri.
“Before you blame on the government for not giving what you want, look back at what you have given to the government itself.”
Dipetik dari Pulokdoh.com

7 Konsep Terbaru Telefon Bimbit








Rahsia Disebalik Tahun Lompat



Kata orang, sesiapa yang dilahirkan pada tarikh 29 Februari ni agak kurang bernasib baik kerana tak berpeluang meraikan hari jadi mereka setiap tahun seperti mereka-mereka yang dilahirkan pada tarikh yang lain. Berbeza dengan orang lain, keistimewaan bagi yang lahir pada 29 Februari ini adalah usia mereka hanya meningkat sekali dalam tempoh empat tahun saja! Meskipun begitu, secara biologinya usia mereka tetap membesar seperti insan biasa yang lain.


Sempena 29 Februari ini jom kita ikuti video mengenai rahsia disebalik tahun lompat mengikut perspektif saintifik tentang mengapa fenomena unik ini berlaku. Jom kita ikutinya!




Shacklesmith : Nantikan kemunculan filem 29 Februari lakonan Remy Ishak. Filem arahan Edry Abdul Halim ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Budi yang dilahirkan pada tahun 1892. Sebagai seorang anak kelahiran tahun lompat yang tidak cepat 'dimamah usia'. Beliau sempat melalui setiap peristiwa bersejarah di negara ini dari era kolonial sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tragedi hitam 13 Mei. Filem bercorak 'historical period' yang menelan belanja sebanyak RM3 juta ini dihasilkan menggunakan kesan khasimej janaan komputer.



Friday, February 24, 2012

Kenali 7 Golongan Pengguna iPhone



Selama hampir lima tahun berada pasaran gajet-gajet terhebat sedunia, iPhone keluaran syarikat gergasi teknologi terkemuka Apple Corporation telah mencetuskan fenomena tahap demam kepialu di kalangan para peminat gajet savvy di dunia ini. Jika dahulu di awal kemunculannya, smartphone serba hebat ini dimiliki oleh golongan berada yang sudah berkejaya gaji 4 angka sahaja tetapi kini penggunanya tidak lagi mengira latarbelakang baik yang sudah berkerjaya, suri rumah mahupun pelajar IPT yang hanya mengharapkan duit biasiswa, duit kiriman mak bapak dari kampung atau kerja part-time di fast-food outlet dan kedai pakaian.


Begitulah hebatnya penangan fenomena yang dicetuskan hasil brainchild sorang genius teknologi dan marketing, Steve Jobs kepada segenap masyarakat dunia pada hari ini. Legasi yang ditinggalkan beliau sepanjang hayatnya amat bermakna kepada para pengguna gajet canggih ini. Secara jujurnya, aku ni bukanlah pengguna iPhone ataupun mana-mana smartphone pun. Selama ni aku setakat try-try pinjam pakai iPhone 4 kakak aku punye jer beb dan mungkin satu hari nanti jika takde aral melintang insyallah aku nak angkat sebijik smartphone (jenama apa biarlah rahsia). Tapi sepanjang aku bergelumang dalam kehidupan moden dan memerhatikan orang-orang di sekeliling aku, sedikit sebanyak aku mengenali jenis-jenis pengguna smartphone terutamanya iPhone ni cuma aku sedikit payah nak perjelaskan melalui kata-kata. 


Baru tadi masa surfing internet guna iPad aku terjumpa infografik menarik pasal 7 jenis pengguna iPhone nih. So, kepada korang yang menggunakan iPhone sila-silalah buat pengakuan korang sebenarnya tergolong dalam jenis yang mana satu. He he he



SUMBER

Shacklesmith : Kalau aku jugak sorang pengguna iPhone agak-agak puak tang mana pulak yang tergolong? Hahaha 

Wednesday, February 22, 2012

Pulau - Drama Menarik Terbaru TV9


Bila aku menonton trailer preview drama terbaru yang disiarkan di TV9 malam semalam sedikit sebanyak mengingatkan aku dengan siri thriller 'Lost' channel AXN yang amat popular sejak zaman sekolah aku dulu lagi (walaupun aku tak pernah follow). Apatahlagi kemungkinan feeling ala 'Lost' ni disebabkan kedua drama ini berkongsi genre yang sama iaitu mystery thriller dan mengambil latar sebuah pulau terpencil di tengah lautan.

Siri ini mengisahkan sekumpulan peserta sebuah pertandingan yang telah memenangi hadiah lawatan ke sebuah pulau misteri bernama pulau Sanggar. Mereka begitu teruja sehingga bot yang membawa mereka telah hilang arah kerana cuaca berkabus dan mengalami kemalangan. Yang terselamat terpaksa hidup dengan satu sama lain di pulau misteri, sebuah dunia baru yang merbahaya yang menimbulkan ancaman. Seorang demi seorang dari mereka mati dibunuh dengan kejam. Terungkaikah misteri pulau tersebut dan siapa pula yang menjadi pembunuh? Sebahagian daripada mereka pula menyimpan berbagai rahsia.


Drama yang bakal bersiaran mulai Rabu malam pada jam 10.30pm ini menampilkan para pelakon yang tidak kurang hebat dan juga dikenali ramai di antaranya Sharifah Amani, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Muniff Isa, Noorkhiriah, Suffian Mohammad. Siri sebanyak 8 episod ini diarahkan oleh  Aiza Azmal Yusof.


So, kepada korang semua selamat menonton dan enjoy melayan siri ini. Bagi aku kombinasi Nani dengan Bront memang tidak pernah menghampakan sejak drama Sindarela lagi. Cuma sekadar memberi pendapat peribadi, kalau drama disiarkan di channel TV3 rasanya lagi best dan meletup!






Kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh rujuk di SINI

Saturday, February 18, 2012

Ada Ker Orang Yang Boleh 'Mendengar' Warna?


Neil Harbisson, adalah seorang pelukis yang dilahirkan buta warna. Sehingga beliau berusia 11 tahun, beliau tidak menyedari bahawa beliau menghidap "achromatopsia" iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan penghidapnya hanya dapat melihat dunia melalui warna hitam putih saja.

Selepas menjangkau usia 16 tahun, beliau memasuki kelas lukisan dimana segala hasil karya seni lukis beliau kesemuanya dihasilkan secara grayscale (kombinasi hitam dan putih). Kemudian, apabila beliau melanjutkan pelajaran peringkat tinggi beliau mula berdamping dengan pakar sibernetik yang membantu menghasilkan sejenis peranti berbentuk antena yang membolehkan beliau melihat dunia melalui paparan sebenar. Peranti berkenaan dikenali sebagai 'eyeborg'.

Peranti canggih ini memiliki sebuah kamera yang berfungsi untuk mengesan gelombang cahaya warna dan menterjemahkannya ke dalam bentuk bunyi. Neil menganggapkan bahawa beliau tidak 'mendengar' warna tersebut menerusi telinga, sebaliknya beliau merasakan 'mendengar bunyian warna menerusi melalui tulang'. Kini, beliau dapat mendengar 360 jenis warna yang berbeza termasuk yang tak dapat dikesan mata kasar.

Bagaimana Eyeborg berfungsi? -



Siapakah pencipta Eyeborg ini?-

"The first prototype was made in just two weeks. It was held together with tape and cost less than £50.
"The entire idea was dreamt up and planned during a 20-minute train ride. I never expected it to change Neil's life. The first version could only see about 16 different colours - now it can see the whole spectrum.
"In the future, I believe that many people will use cyborg technology, not just those with a disability.
"A similar technology could allow people to see in the dark or experience infrared and ultraviolet light. Just because something is invisible no longer means we can't see it."

Shacklesmith : Sedangkan orang buta pun boleh jadi celik, inikan pulak orang yang buta warna. Dunia dah canggih bai. 

Friday, February 17, 2012

Dah Agak Sangat, Macam Biasalah Perangai Ultra-Kiasu..



Hanya kerana satu isu terpencil membabitkan budak-budak tak reti bahasa dan tak boleh kawal emosi, ianya telahpun DIPERBESARKAN DAN DIPOLITIKKAN hanya kerana melibatkan dua bangsa. At first, semasa pertama kali aku menonton video tersebut minggu lalu aku tak terpikir pun pasal perkauman bagai. Aku pikir alahai, biasalah customer buat taik order dapat lambat sikit nak bising macamlah kebulur 1000 tahun sangat tak makan. Mana ada manusia yang punya kesabaran 100% beb, kalau ikut kepala orang lelaki, "patience has its limit but not anger".


As usual, sudah menjadi budaya dikalangan rakyat Malaysia khasnya pengguna Facebook untuk melontarkan kemarahan pada page Facebook milik pihak yang terlibat. Aku masih ingat lagi selepas kes BERSHIT 2.0 dulu, teruk kot page Najib Satu Jari Kanan Tuding Ke Langit kena spammed oleh majoriti budak-budak Cina ultra kiasu dan sedikit Melayu-Melayu Serbanistas Cap Bulan dan pengikut Mata Dajjal Al-Masih yang majoritinya datang dari pantai timur dan utara tanah air. Sebagai non partisan aku buat bodoh ajer sebab lantaklah dorang nak buat apa, sapa suruh berhimpun secara haram. So, I just dont give a damn about it. whatever


Kali ini sejurus selepas tersebarnya video rakaman adegan Danny kena tumbuk di KFC i-City, official facebook page KFC Malaysia pula diserang segerombolan cybertrooper ultra-kiasu. Aku malas nak cakap banyak cuma sekadar hanya mampu ketawa mendengar komen-komen ah bing dan ah moi ultrakiasu pada page tersebut. LOL, guess what folks? the spamming page with links war have started. Again, this time its in KFC Malaysia FB page.


Jujur gua katakan beb, yang komen negatif wall situ majoritinya datang dari satu bangsa ajer manakala dua bangsa lagi jarang-jarang sekali. Di sini terus terang aku nak cakaplah, aku respek gila sama puak ni sebab kalau dalam satu kes melibatkan bangsa dorang punyelah cepat nak rally bersatu. Tapi cuba pulak kalau kes terjadi pada bangsa aku, punyelah payah orang-orang sebangsa aku ni nak bersatu dan nak cari kata sepakat Even the smallest issues the Malay can't even settled let alone the big ones. Can you see any difference between them?. See for yourself the Facebook page HERE.

Wednesday, February 15, 2012

10 Sebab Mengapa Twitter Lebih SEKSI Dari Facebook



Ramai orang tahu bahawa ruangan social networking ni banyak kegunaannya selain daripada berkomunikasi dengan saudara-mara mahupun sahabat handai yang berjauhan (dekat-dekat pun kontek guna tu jugak sebab nak jimat kredit). Selain daripada berkomunikasi dengan individu yang sudah kita kenali di alam nyata, ianya jugak memudahkan kita untuk mencari kenalan baru melalui ruang maya ini. Fenomena ini sudah lama berlaku lama semenjak kebangkitan Friendster pada tahun 2003 lagi. Kesan dari perkembangan tersebut, adalah tidak mustahil untuk kita mempunyai kenalan yang berasal dari luar negeri meskipun tak pernah bersua muka. Hebat bukan?


Itu baru nak cari kawan baru beb, sedarkah korang medium social networking ni jugak digunakan oleh si jejaka pemalu untuk memburu sang kekasih hati idaman kalbu?. Benda ni aku dah ulas dalam entry Mei lepas di SINI, so aku nak malas nak cakap lebih pasal tu lagi dah. Walaubagaimanapun, korang mungkin tertanya-tanya kenapa Twitter lebih SEKSI dari Facebook? Sebabnya begini, faktor utama yang menyukarkan para jejaka miang pemalu nak tackle awek dalam Facebook adalah kerana dalam segala aktiviti 'memburu awek' mereka akan dapat diketahui oleh para ahli keluarga dan kengkawan mereka. So, korang pikir sendiri camno nak jawab kalau dah terkantoi beb. 


Lagi satu dalam Twitter ni suasananya agak anonymous sikit so nak tekel menekel tu mungkin  agak selamatlah keadaannyer (walahualam). So, apa pandangan korang? aku nak tanya para jejaka sekalian pernah tak korang menekel awek dalam Twitter sebelum ni?. Ataupun korang guna Twitter sebab senang nak kacau selebriti kan. Hahaha 




sumber : Mashable

Tuesday, February 14, 2012

Ayam Goreng KFC Punya Pasal, Calon Ini Bukan Lagi Winnable Candidates

Hampir seminggu aku tak berblog atas kesibukan hal peribadi sampai dekat nak berhabuk blog aku nih, tu pun nasib baik pisau kerambit aku masih tajam. Apa pun masih ingat lagikah korang dengan video kontroversi di Youtube sorang pekerja dapur KFC menumbuk sorang pelanggan berbangsa Cina di i-City, Shah Alam minggu lalu. Hangat sungguh diperkatakan oleh warga maya sehingga bermacam-macam andaian keluar dari pelbagai sudut perspektif. Ada yang menyalahkan pekerja KFC malahan tidak kurang jugak yang menyalahkan pelanggan Cina tersebut kerana bersikap mulut macam sial dan tidak menghormati kakitangan KFC yang penat memerahkan keringat mereka apatahlagi segala penat lelah mereka untuk memberikan yang terbaik tidak dihargai maka buku limalah jawabnya.




Seperti biasa, isu utama yang akan dimainkan adalah isu perkauman. Sangat obviouslah beb, puak yang pertama ini berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan kepentingan utama yang mereka ada merangkumi isu agama, bahasa, dan hak keistimewaan bangsa mereka. Manakala, puak yang kedua pula berasal dari luar nusantara pulak punyalah liat nak berasimilasi dan tidak mahu berkompromi dengawalaupun sudah tinggal berpuluh-puluh malah ratusan tahun di rantau ini. Sebaliknya, puak nombor dua pula beria-ria sangat nak puak nombor satu mengorbankan bukan satu tapi pelbagai kepentingan isu sensitif bagi kesenangan puak nombor dua sedangkan kepentingan puak nombor dua pulak tak boleh disentuh langsung!. Inilah keunikan hubungan kaum di Malaysia yang lebih indah dari sejarah 'Geger Pecinan' di pulau Jawa dan republik haram kongsi gelap 'Lanfang Republic' di Kalimantan pada kurun ke-18 yang selalu konfliknya berakhir dengan pertumpahan darah!. Di Malaysia, usahkan pistol. Pisau roti pun tak berani keluar!.


Namun begitu, itu bukan pokok utama permasalahan yang berlaku di outlet KFC di i-City Shah Alam. Sebaliknya, ianya berpunca SIKAP TAK SABAR DAN KEGAGALAN MENGAWAL EMOSI DALAM MENANGANI SESUATU PERKARA. Jujur aku katakan bahawa dalam hal 'Anger Management', MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MEMANG GAGAL!. Tak kira muda remaja mahupun yang sudah lanjut usia sampai dekat nak ajal. Sebahagian besar langsung tak pandai bersabar dan bersikap panas baran. Mulut tak jaga pun satu hal beb, aku sangat skeptik dalam kes ni sebab nak kata semua orang lelaki pun tak adil jugak sebab aku pernah nampak perkara yang sama dikalangan orang perempuan. Sikap ini jugak terpancar dalam statistik kemalangan jalan raya di mana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah kemalangan di jalan raya yang tertinggi di dunia. Sesiapa yang pernah ambil KPP JPJ memang tau punya yang sikap manusia (panas baran & kurang sabar) punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.


Tengok, mudah kan?. Kita semua sudah agak bahawa kes ini berpunca dari kegagalan 'Anger and Emotional Management' pada individu yang terlibat dan bukannya perkauman. Namun kita tak boleh menolak hakikat bahawa kuli-kuli underpaid restoran fast-food terkemuka (KFC, McD & etc.) majoritinya terdiri dari anak-anak muda Melayu manakala pelantak mentekedarahnya pula adalah kaum Cina especially di kawasan bandar. Aku sendiri ada kenalan yang pernah dan sedang bekerja di fast-food outlet berkenaan dan mereka semuanya BERBANGSA MELAYU SEBAB MEREKA AJER YANG SANGGUP. Apatah lagi kerjaya sebegini bukanlah untuk kekal selamanya, setakat setahun dua bolehlah beb. 


Berbalik semula kepada 'tragedi tak berdarah dan tak lebam-bengkak' KFC i-City ni pula dimaklumkan ianya bermula dengan provokasi oleh pelanggan bernama Danny Ng disebabkan ayam goreng sudah habis. Maka bermulalah satu episod drama swasta yang meloyakan, kalau dah cari pasal konfem nahaslah balasannya iaitu penumbuk buku lima. Sebab kalau dah biadab tak reti bersabar memang patut kena penumbuk pun. Yelah, masa-kan pokok boleh bergoyang kalau angin tak bertiup?, mustahil tiada provokasi oleh Danny Ng yang menyebabkan sorang kakitangan KFC tu bertindak ganas. Kita tengok video di bawah nie.




Seperti yang dinyatakan di video atas, video ini bukan versi penuh sebab salinan original berada di tangan pemilik asal yang merakamkannya iaitu Jesse Ng. Beliau bertanggungjawab mengedit dan mengupload rakaman tersebut ke dalam Youtube.  One thing fishy about this case was both Jesse and Danny carries the same surname. So, are they related? That may never be known. But one thing for sure is, look at the original uploader description.



Have any of you guys ever heard the KFC's dude uttered the word 'BABI'. I'm very sure none have heard one so. The video uploader were trying to elaborate from fact to fiction by adding some spices in order to make her video 'tastier' and more appealing to her own community. You know how sensitive the word babi is to the general Malaysian even though its commonly used to refer acts of foolishness.

Dan ini pulak komen yang menyusul selepas video itu disebarkan di Youtube oleh pihak yang mengaku saksi di tempat kejadian.


Korang tau apa jadi dengan komen di atas, ianya dipadamkan terus oleh Jesse Ng aka Jess6366. Lihatlah betapa kiasunya dia mempertahankan tindakan bangang Danny Ng memaki hamun pekerja KFC itu.


Ini pulak aku jumpa dari sebuah website portal media yang berpangkalan di People Republic of China. One comment seems to be very obvious. Nak baca selanjutnya boleh di SINI.




Beberapa hari kemudian sejurus selepas tersebar video berkenaan, pihak DAP diwakili MP SEGAMBUT, Lim Lip Eng tampil bersama Danny Ng mengadakan press conference mengenai kes tersebut. Untuk pengetahuan korang semua, PC tersebut dijalankan di PEJABAT MP SEGAMBUT sendiri. Beliau juga turut menyediakan khidmat guaman buat Danny Ng. Aku tertanya-tanya kenapa perlu dibabitkan dengan politik?. Why DAP??!!




Aku tak paham kenapa isu ini harus dipolitikkan, benda-benda bodoh sebegini pun ahli politikus seperti Lim Lip Eng pun boleh terjebak sekali. Oh, come on la man. This is a shitty childish issue. Why bothered one meh, just do police report lah. Nampak sangat parti DAP ni belang racistnya. Aku terpikir, kalau isu melibatkan orang Melayu adakah mereka akan tampil di hadapan?. Ptuihh! none at all. What a shame!


Untuk pengetahuan korang sekalian yang membaca entry aku ini, si kepala botak Lim Lip Eng ini adalah MP yang mewakili kawasan tempat tinggal aku iaitu Segambut. Seingat akulah, beliau ni bukanlah menyerlah sangat namanya berbanding MP-MP DAP first timer yang lain seperti Lim Guan Eng (sedaranya?), Tony Pua dan lain-lain. Aku yakin, ramai budak-budak sebaya aku tak pernah kenal nama beliau. Seriously, nama beliau hanya dikenali sekitar tahun 2007 sewaktu hangatnya kes kehilangan tangan akibat salah cucuk jarum baby Yoke Shan yang telah melonjakkan nama beliau di dada akhbar utama daripada sorang lawyer picisan kepada sorang politician. Bagi aku, kalau beliau masuk campur kes tu okeylah sebab memang high profile melibatkan service hospital kerajaan. But these stupid case is really such rubbishes to be handled. Damn wadefak.




Korang sendiri pun paham kenapa ramai orang undi dia masa PRU sudah sebab atas dasar undi protes terhadap Pak Lah Kaki Tido dulu dan penentangan penduduk Medan Damansara terhadap Damansara 21 yang merupakan faktor utama kemenangan lawyer botak ini. So, adakah dia akan dapat kemenangan selesa pada PRU 13 nanti? I dont think so, kalau dia menang mungkin tapi bukan majoriti lagi sebab orang Melayu takkan undi MP cabuk ni lagi dah gara-gara kes bodoh ini. Sorry to saylah, aku dulu mula-mula sokong dia jugak tapi sejak berubah angin aku dah mula meluat dan bosan dengan retorik politik murahan pembangkang ini. Next PRU 13 nanti, golongan-golongan yang akan mengundi dia hanya sebangsa dengan dia ajer. Minoriti Melayu buta sajer akan mengundi beliau. I wont gave him any votes at all. Definitely not my first times as a voter. (I'm 21 by the way)


Anyway, I'm looking for a peaceful ends of this rubbish issue. Anda semua boleh lihat sendiri betapa coolnyer pekerja KFC ini selepas keluar memberi keterangan di balai polis. Aku respek korang memang sempoi kerana tenang menghadapi dugaan tak macam insiden malam tu. Sudahlah, UMNO tak tolong, PAS dan PKR pun haram nak tunjuk dan lagi PERKASA, GPMS, dan JMM pun hilang entah ke mana tapi korang tetap jugak buat bodoh provokasi melampau puak rasis ultra kiasu ini. Respek lu bro!




Shacklesmith : Apabila kes remeh-temeh diperbesarkan, maka inilah jadinya.

Wednesday, February 8, 2012

Pembaca Berita Tersasul Lagi?



Korang semua tentu masih ingat lagi insiden bulan sudah dimana sorang news anchorwoman TV3 tersasul menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Datuk Seri Anwar Ibrahim' yang mana pula merupakan ketua pembangkang parlimen Malaysia. Insiden itu kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai terutamanya di kalangan pengguna internet lebih-lebih lagi dari kelompok penyokong pembangkang. Ada yang mengatakan ini adalah petanda kononnya Anwar bakal memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya, tidak kurang pula mulut-mulut longkang yang mendakwa kononnya pembaca berita TV3 berkenaan menyokong ketua pembangkang tersebut dalam diam.



Bagi pendapat peribadi aku lah, insiden (bloopers) sebegini bukannya jarang dikalangan para pembaca berita. Malahan, sebenarnya berlaku hampir saban minggu di seluruh dunia. Lagipun biasalah beb, news anchor ni manusia macam kita jugak. Mestilah tak terlepas dari melakukan kesalahan hatta dari tutur kata sekalipun. Sebab itulah, tugas news anchoring ni tak boleh dipandang remeh kerana ianya tak sama dari tugas pengacaraan. Berikutan dari insiden tersebut nasib baiklah Najib cool ajer dan tak melatah walaupun Anwar mungkin tersenyum apabila mendengarnya. Alah, setakat salah sebut jer kot. Macamlah orang lain termasuk dirinya sendiri tak pernah tersasul apabila melontarkan tutur kata. Hehehe!


Tapi lain pula bloopers satu lagi ni, kalau yang berlaku bulan sudah mungkin membuatkan sesetengah pihak tersenyum. Kali ini mungkin melibatkan keseluruhan kaum lelaki yang mendengarnya. Bukan saja Perdana Menteri akan marah bahkan dengan Ketua Pembangkang sekali akan naik sheikh dibuatnya akibat keterlanjuran mulut news anchor berkenaan!.





Err, cuma satu persoalan. Betul ke 'orang tu' akan marah? Bukan sebaliknya ker hah?. Awatnya, satu dunia dah tengok barang hang tu tau no!






Sunday, February 5, 2012

Leuniey Nafi Pernah Keluar Bersama Apeks, Bapa Saudara Leuniey aka Pengurus Apeks Minta Bukti

Aku mendapat laporan ni melalui portal berita Detikperubahan.com pada awal pagi tadi. Cuma  tidak sempat nak berkongsikan kepada korang semua atas kesibukan seharian akibat urusan peribadi. Baiklah, melalui laporan yang dikeluarkan portal tersebut. Benar terbukti bahawa gosip liar tuduhan Apeks punca utama terputusnya tali pertunangan Leuniey dan Hisham hanyalah khabar angin semata-semata bertujuan untuk menjatuhkan maruah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apeks).


Ini petikan lengkap laporan seperti yang disediakan portal berita Detikperubahan.com. Buat pengetahuan semua, wartawan terlebih dahulu meneruramah Leuniey sebelum menghubungi pengurus Apeks untuk menyiasat secara lanjut kebenaran khabar angin ini.





Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Gadis yang dikatakan putus tunang gara-gara menjalinkan hubungan dengan penjaga gol Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, menafikan sekeras-kerasnya tudahan yang dilemparkan kepadanya itu sebaliknya menyifatkan ianya fitnah daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ekoran itu, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, berita mengenainya itu dipercayai disebarkan oleh pemilik laman Twitter @MahSiH untuk memburuk-burukan namanya.
“Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di butik pengantin milik ibunya di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai fitnah itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu.
Beliau yang merupakan seorang usahawan butik pengantin berkata, tindakan undang-undang itu diambil kerana tuduhan itu bukan sahaja menjejaskan imej keluarganya tetapi juga perniagaan yang dijalankan.
“Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam,” katanya.
Beliau yang terkejut dengan berita itu berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas kepada anaknya itu akan diambil tindakan.
Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi.
Dan ini pulak sms Apeks yang diterima dari Bahrain semalam. Turut ditemuramah, Mohd Irwan Azni selaku pengurus peribadi beliau yang juga merupakan bapa saudara Leuniey (so this is how the wild allegations starts, note something fishy when there is hot babes around and people will throw bad remarks about Apeks being a player).


Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyatakan kontroversi yang melanda dinya kini tidak sedikitpun menggugat semangat dan keyakinan beliau untuk menghadapi perlawanan yang akan berlangsung malam ini.
Ini terbukti daripada sms yang dikirimkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek yang kini berada di Bahrain.
Sementara itu, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd, menafikan kontroversi membabitkan Apek yang dikatakan merampas tunang anak lelaki seorang usahawan terkenal di di sini.
Pengarah Urusannya, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali kerana Apek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gadis terbabit iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 atau lebih dikenali sebagai Leuniey.
“Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.
“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Irwan Azni yang merupakan bapa saudara kepada Leuniey mengakui hubungan rapatnya dengan Apek namun menafikan anak saudaranya itu menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gawang terbaik Asia itu.
“Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat,” katanya.
Mengulas kontroversi itu, katanya, ia bermula apabila beliau membawa Apek ke rumah Leuniey untuk mengambil anaknya.
“Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.
“Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,” katanya.
Katanya, apabila gambar tersebut dimuat turunkan di dalam Facebook pelbagai cerita mula timbul sehinggalah sekarang.
“Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.
“Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya,” katanya.
Beliau berkata, soal hubungan Apek dengan Leuniey tidak timbul kerana mereka berdua tidak pernah bercakap atau keluar bersama.
“Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.
“Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.
“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan,” katanya yang mengakui keakrabannya bukan sahaja dengan Apek tetapi juga ahli keluarga ikon sukan negara itu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah itu segera menghentikannya sebelum sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini.
“Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya,” katanya.
Akhirnya pihak yang sepatutnya sudah bersuara maka dengan itu tamatlah segala tohmahan dan tuduhan liar yang menimpa penjaga gol pasukan Harimau Malaya dan Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat. Nasib baiklah, si Apeks tu cool ajer apabila berhadapan dengan gosip liar ni.
Kepada si tukang tweet @MahsiH2, sudah tu sudahlah. Alhamdullillah, kau dah mintak maaf kat orang yang terlibat. Insaflah atas perbuatanmu itu.
Shacklesmith : Dari awal lagi aku dah agak yang semua ni 'hok tipu belako'.

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget