Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010! Cetusan hati nurani Shacklesmith


Good Bye 2010, tu hanyalah yang hanya mampu aku ucapkan. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, 2010 memang banyak meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap hidup aku. Aku semakin mengenali lebih ramai manusia dari bermacam-macam ragam. Segala hajat yang aku pohon ketika 2010 membuka tirai, ada yang dapat dan ada jugak yang tak tertunai. Macam biasa, aku dapat kawan dan aku hilang kawan. Elok aku berkawan dengan dia sekali entah sapa datang dari mana terus rampas dia dari aku. Semuanya, aku harungi dengan tabah dan penuh rasa keredhaan kerana aku tau segala yang baik datang dari-Nya. Manakala, segala yang buruk datang dari salah kita sendiri akibat kesilapan diri sendiri mencaturkan kehidupan kita yang fana ini. Itulah takdir dan ketentuan ilahi yang menentukan segala perjalanan hidup kita. Kadang-kadang rasa nak surrender tapi bila pikir balik life must go on


Cinta? soal yang sungguh cliche yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap anak teruna dan juga dara. Dalam tahun 2010, ramai kawan aku dapat pakwe dan makwe baru. Ada berkapel sekejap, dan ade bercinta sampai sekarang. Bahkan, ada jugak yang kecundang di tengah jalan. Sungguh banyak yang perlu diharungi dan dikorban demi sebuah cinta yang abadi ni kan. Sanggupkah, aku berkorban untuk semua tu? Terserah jelah pada Allah SWT untuk menentukannya. Aku? pernahkah aku serius dalam bercinta sebelum ni?. Ade rezeki nak bercinta, aku tolak mentah-mentah tapi bila aku nak merasa hatta sedikit kemanisan percintaan tak terbalas pula hajat ku itu. Bak kata pepatah 'Yang dicari tak dapat, yang dikendong berciciran'. Ada orang tanya kat aku, kenapa aku tak pernah ade awek. Biasanya, aku akan jawab 'nak buat camner beb, rezeki takde. aku ni bukan macam mamat lain, ade kereta, motor ngan macam2 lagi'. Tapi dalam hati kecil ni pulak menjawab, 'aku tak faham apakah erti di sebalik percintaan itu dan adakah ianya akan berakhir dengan rumah tangga seperti yang aku idamkan?'. Terus terang aku katakan, memang payah aku nak yakin akan sebuah relationship tu dan aku ni jugak bila dah kecewa memang payah aku nak berbaik semula dengan orang yang aku kecewakan kan itu meskipun dah berbuih mulut aku mintak maaf kat dia. Paling penting, zaman sekarang ni orang perempuan hanya mahukan yang terbaik aje dalam percintaan mereka macam nak balak yang sentiasa ada disampingnya asyik berkepit 24 jam dan korang semua tahulah secara automatiknya muncul kriteria seperti ada kereta, motor, kredit full sepanjang masa and i'm afraid i can't provide them with all their needs. Guys, paham-paham jela senang cakap cinta sekarang berpaksikan harta ajer. Korang kena jadi  a best player in the match if not, surely you lose the game. Zaman dulu dengan sekarang takde bezanyer, dulu nak tackle awek pakai kuda dengan pedang. Sikalang, guna itu kereta sama duit maahh. I rather be a warrior who dies in the heat of battle than dying in the garden of love. All i'm begging for is for changes in this 2011.


Tahun 2010 jugaklah banyak peristiwa penting berlaku kat negara kita. Bencana alam? toksah citerlah, banjir tiap-tiap tahun berlaku. Peristiwa hiburan tanahair, macam biasalah. Ada-ada jer gosip panas yang Melodi kat TV3 tu hidangkan. Aku pun naik muak kontroversi sana sini sampai aku rasa nak jadi pengarah filem pun tak senang nak cari makan kalau asyik dilanda kontroversi ajer. Sampai bilerlah industri nak maju kalau benda yang kecik tu pun nak diperbesarkan?. Jadi pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi, penggubah lagu, dan promoter tu bisnes jugak. Kalau sorang bangkrap yang lain pun terpercik jugak tau. Dr Rozmey pun sampai dikutuk menggila bagai nak rak. Terus terang jela aku nak gitau kat korang semua, secara personally memang aku tak berkenan dengan strategi  bisnes Dr Rozmey yang mempromosikan filem 2 Alam yang tak best langsung tu. Tapi takdela nak buat dia jadi bahan kutukan, kalau tak puas hati pun kutuk jela dengan cara yang lebih ilmiah walaupun si cendawan tu tak terima langsung. AJL 23 yang berlangsung Januari lepas pun tak kurang hebatnya sampai dipengaruhi anasir Freemason dan Illuminati laknatullah! inilah akibatnya kalau nak tiru sangat Hollywood tu. Sampaikan yang haram pun dicedok sekali, iklan TV3 masa hari raya tu pun sama. Lain kali, carilah idea yang betul sikit dan tak tersasar dari landasan yang sepatutnya. Kita ni orang Islam. Pasal politik, aku malas nak sentuhlah buat masa ni. Memang tak dinafikan politik tu kotor, ada parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam tapi perangai ahlinya langsung tak mencerminkan Islam sampai sanggup jadi kuda tunggangan dan lembu parti kafir lagi. Begitulah jugak parti yang kononnya memperjuangkan Melayu tapi hanyalah kosmetik sahaja. Parti politik yang kononnya memperjuangkan kesamarataan antara semua kaum hanyalah pandai bermuka-muka saja. Hakikatnya, mereka pencetus kacau bilau suatu ketika dahulu dan secara halusnya memperjuangkan agenda kiasu kaum mereka saja. Politics is just plain dirty at the uttermost core


Anak-anak buah aku pun makin lama makin cerdik, seronok aku tengok dorang membesar. Melayan kerenah budak-budak semua ni sememangnya memeningkan kepala. Tambah lagi kat rumah aku dah ade TV Plasma 15 inci, makin teruklah aku nak berebut dengan dorang. Anak buah aku yang paling tua sekali tahun 2011 ni nak masuk darjah satu. Pak Su harapkan kau janganlah degil sangat erk. Nanti kena marah cikgu, bukan apa. Kau tu dahlah degil ya amat. huhuhu :D. Oh yer, tak lupa. Team Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010. Congratulation boy's, you all done a great job's. Okeylah, Shacklesmith dengan berbesarkan hati nak tujukan lagu ni kat korang semua. Lagu ni dengar cerita lagu raya, tak taulah tang mana bunyi mood raya-nyer tuh. Tapi lagu ni memang aku minat. Okey jom dengar lagu tu. Semoga 2010 kekal dalam kenangan kita semua. Assalamualaikum dari Shacklesmith untuk anda. 


Wednesday, December 22, 2010

Atas Nama Ilmu Pengetahuan!

IN THE NAME OF SCIENCE'S 
(AND HISTORY OF COURSE)


Dr Jekyll memang beruntung - dia hanya berubah setakat menjadi seorang pembunuh yang kejam saja. Sedangkan ramai lagi saintis tolol menderita nasib jauh lebih buruk daripada beliau ketika mereka menguji penyakit merbahaya pada diri mereka sendiri demi mengenalpasti punca sebenar penyakit tersebut tanpa menyiksa binatang seperti arkus putih di makmal tu... Kita ikuti 3 kes berkaitan dengan ujikaji yang dijalankan oleh saintis-saintis yang berkenaan ... Jom!



Kes Pertama : Hidung reput dulu, lepas 15 tahun baru mati!
Mungkin yang paling terbodoh dalam sejarah uji-kaji menggunakan tubuh badan pengkajinya sendiri adalah seorang anatomist dan pakar bedah berketurunan Scottish pada kurun ke 18, Sir John Hunter. Kerja ujikaji yang dilakukan beliau adalah dengan beraninya menyuntik sampel nanah yang diambil dari seorang pelacur ke dalam tubuh badannya. Akibat dari tindakannya gila nya itu, beliau kemudian dijangkiti penyakit sifilis dan gonorea(sejenis penyakit berjangkit yang didapati dari hubungan kelamin tak terkawal). Selepas dijangkiti penyakit merbahaya berkenaan, beliau menjadi gila dan kehilangan hidung dan beberapa bahagian muka yang lain akibat proses 'pereputan'. Juga, yang menariknya, Hunter masih mampu hidup sebagai bangkai bernyawa selama lebih 15 tahun kemudian walaupun dalam keadaan menderita. Walaubagaimanapun, percubaan gila yang beliau lakukan itu sedikit sebanyak membuktikan pada hari ini tentang bahayanya penularan penyakit kelamin terhadap manusia. Cheers John!.




Kes Kedua : Takkan keliru punca sebenar taun kot brader..
Pada kurun ke-19, seorang ahli uji-kaji terkenal dari Jerman Max Von Pettenkoffer dengan beraninya tanpa rasa jijik dan waswas telah meminum kuman taun yang berisi penuh dalam tabung uji. Tujuan beliau melakukan uji kaji berkenaan adalah untuk membuktikan bahawa punca sebenar jangkitan taun adalah disebabkan faktor persekitaran dan bukannya disebabkan oleh kuman itu jer. Akan tetapi, tanggapan beliau sememangnya salah dan tidak tepat sama sekali!. Max menerima kesan sampingan yang teramatlah dahsyat akibat apabila beliau jatuh sakit dan hampir menemui ajal akibat kebodohan beliau sendiri. Pikirlah dulu sebelom buat Dr. Max oi..



Kes Ketiga : Penawar kepada AIDS?? Perhap's precisely not..
Seorang doktor dari Nigeria, Jermiah Abalaka amat yakin bahawa vaksin HIV yang dihasilkan beliau amat mujarab menyembuhkan penyakit merbahaya tersebut. Belau mendakwa telah mengambil vaksin tersebut dan dengan beraninya menyuntik darah yang dicemari HIV kedalam badannya sebanyak enam kali tanpa dijangkiti penyakit pembunuh tersebut!. Abalaka juga mendakwa beliau telah menemui penawar yang berjaya menghapuskan virus tersebut dari 20 orang pesakit. Berdepan dengan tuduhan pihak kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Nigeria bahawa  'vaksin' yang diciptanya lebih banyak membunuh dari menyembuhkan pesakit, Abalaka dengan sendirinya menawarkan untuk menyuntik tubuhnya sendiri secara live di kaca televisyen. Cehh, memang gila tahap gaban lah doktor negro nih. Penawar AIDS kejadahnyer..






Kes Keempat : Gara-gara ubur-ubur.. nyawa hampir melayang..
Pada tahun 1966, seorang saintis yang berasal dari Cairns Australia, Jack Barnes sedang mengkaji punca sebenar penyakit misteri yang dinamakan Sindrom Irukandji. Percaya bahawa pembawa induk penyakit tersebut adalah sejenis hidupan laut kecil, Barnes menghabiskan masa di laut selama beberapa jam. Setelah menemui seekor ubur-ubur yang kecil dan tampak mencurigakan itu, Barnes telah menguji berapa benarkah teorinya dengan cara yang paling bijaksana iaitu dengan menyengat dirinya sendiri!. Kemudian untuk menambahkan keyakinan betapa benarnya teori beliau tersebut, anak lelakinya yang berusia 14 tahun pun disengatnya jugak. Masih tidak yakin lagi, lifeguard yang berdekatan pun disengatnya dengan bisa ubur-ubur tu sekali. Ternyata teori yang diutarakan beliau adalah tepat sekali, mereka semua dikejarkan ke hospital dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Huh, gilo ko apo doktor ni eh..




Kes Terakhir : Pandai-pandai suka hati mak bapak lu pi putar belit Sejarah!!
Kes terakhir ni berlaku di tempat yang tidak lain dan tidak bukan tanah tumpah kita sendiri iaitu, Malaysia. Pada tahun 2007 lepas, seluruh negara telah dikejutkan dengan penerbitan sebuah buku yang kononnya menceritakan semula 'perkara sebenar' yang berlaku ketika peristiwa hitam 13 Mei 1969, May 13 : Declassified Document yang ditulis oleh seorang bekas ahli Parlimen, Dr Kua Kia Soong. Penulis buku berkenaan mendakwa bahawa beliau telah berjaya menemui satu declassified document yang akan menceritakan akan menjelaskan punca sebenar peristiwa berdarah berkenaan dan menyatakan peristiwa tersebut adalah satu konspirasi kudeta yang dilaksanakan oleh Almarhum Tun Abdul Razak, Allahyarham Datuk Haron Idris, dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Almarhum Tunku Abdul Rahman dari tampuk pemerintahan. Hakikatnya, setelah digeledah segala 'bukti' yang beliau kemukakan oleh blogger Jebatmustdie. Ternyata, segala tipu helah dan permainannya memutar belit sejarah terbongkar. Segala 'declassified document' yang dikemukakan beliau hanyalah pandangan peribadi seorang wartawan asing iaitu Bob Reece, dan beliau yakni Kua Kia Soong suka hati mak bapak datok nenek dia ajer cedok semua sebagai 'fakta'. Ini menunjukkan kedangkalan beliau yang hanya menangguk di air keroh demi menutup segala kesilapan yang dilakukan oleh parti beliau sendiri yakni DAP yang merupakan batu api peristiwa tersebut!. Parti beliaulah yang menjadi punca sebenar peristiwa tersebut ketika perarakan meraikan kemenangan di Kuala Lumpur. Baru-baru ini tanpa rasa malu akibat dikantoikan segala bukti beliau melalui buku kontroversinya itu, beliau telah melancarkan buku terbarunya "Questioning Arms Spendings In Malaysia : From Zikorsky to Altantuya" di London. Wow, jauh sekali nak dilancarkan buku itu. Memang dasar puak ultra-kiasu, tak tahu malu. Dalam buku dikeluarkan sebaris ayat menyatakan bahawa perbelanjaan untuk pertahanan itu sepatutnya digunakan untuk membina lebih banyak sekolah vernakular. Kenapa sekolah vernakular? kenapa tidak sekolah kebangsaan, hospital dan segala kemudahan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Memang itulah dasar pemikiran si otak sempit ultra kiasu perkauman yang bernama Kua Kia Soong ini. Pemikiran sesempit kepalanya yang kecil itu lengkap dengan wajah penipunya sekali. Malaysia are better enough without the likes of him and he's is not behaving as a true Malaysian fighting for the school which uses the national language of People Republic of China. Why can't every Malaysian go to the same school instead of this silly and crappy bahasa ibunda thingy? In other countries these people can assimilate but why can't them do so whereas still keeping on to their alien origin.




Saturday, December 18, 2010

Petanda Kiamat!! Gilo ko apo jantan nih.. buek malu den ajo sbg owg laki.. buweekkk!!


Petikan dari Laman Kaukus Siswa Melayu mengenai si senget Azwan Ismail yang bahlol ni:



Betapa hebatnya orang islam@melayu pada masa kini. tak malu, tak segan, tak rasa bersalah, tak ada agama, takda nabi, takda otak. sapa yang di persalahkan. PM,TPM, UMNO,BN atau PAS,PKR. atau orang islam itu sendiri atau Tak cukup berdemokah yang ada orang melayu jadi begini.


Pada pandangan aku is very simple. Petanda Kiamat! Ya Allah Ya Tuhan, Aku mohon perlindungan-Mu dari  makhluk terkutuk sebegini. Homosexuality is a cancer that should be wiped out from the faces of this Earth! Oh Almighty Allah grants us strength to fight them off!.

Jalan-jalan ke KLCC hari Ahad



Hari Ahad yang lepas, aku berkunjung ke KL Convention Centre untuk melawat Pikom Digital Lifestyle Expo yang berlangsung selama dua hari dari 10 hingga 12 Disember. Apa bezanya dengan Pikom PC Fair, rupanya baru aku dapat tau yang sebenarnya Pikom PC Fair telah dipakejkan semula sebagai Pikom Digital Lifestyle Expo. Pandai betul strategi pemasaran dorang kan?. Disebabkan itu merupakan hari terakhir ekspo itu akan menutup tirai, maka untuk tidak melepaskan peluang aku pergilah ke sana walaupun keseorangan. Sebenarnya, kalau nak diikutkan hati mau aja aku pergi KLCC hari Sabtu tu. Tapi disebabkan akak aku buat open house menyambut ulang-tahun anak buah aku, jadi terpaksalah aku pergi hari Ahad tu jugak. Biarlah sesak macam manapun, janji aku dapat kehendak hati aku. Tu pun nasib baik aku tak memandu ke sana, kalau tak jenuh aku mencari parking yang memang payah nak dapat bila hari weekend tambah lagi masa Pikom Digital Expo tu berlangsung. Jangan haraplah, sewa petaknya punyalah mahal tapi orang kalau dah nak membeli-belah peduli apa dia kan. Aku bajet 20-30% nombor plate kereta yang menyewa pun mungkin datang dari luar KL. Bagi aku, tu semua tak jadi masalah lah sebab aku pun kalau nak pergi KLCC naik LRT ajer dari Bangsar ataupun KL Sentral. Haha, kan senang beb. Biarlah terbakar duit aku sikit nak membayar tambang pergi balik asalkan aku dapat pulang dengan selamat. Walaupun tak dinafikan, kalau aku drive ke sana dapat jugak aku melencong sampai ke Putrajaya kalau aku nak sekalipun because i've got the key dan aku boleh balik bila-bila masa jer kalau nak aku nak pun.

Seperti biasalah, kalau aku nak pergi ke LRT station pun mesti kene ade orang yang menghantarnya jugak kan. Yela, rumah aku dengan LRT Bangsar ( nearest to my house ) bukannya dekat pun. 2 batu jauhnyer, nak pegi sana naik bas pun takde. So, aku tumpanglah kereta akak dengan abang ipar aku. Sampai jer kat KL Sentral akupun terus meluru kat stesen LRT Putra. Masa tu biasalah hari minggu kan, nak beli tiket pun kena beratur panjang. Aku ni dahlah jenis orang yang tak berapa nak penyabar. So, aku beli lah tiket kat automatic ticket vending machine yang tak ramai orang pun nak membeli kat situ sebab leceh dapat small change duit syiling. Aku pun tak ambik pot la sangat sebab dah berapa bulan aku tak naik LRT pergi jalan-jalan kat KL nih. Punyelah lama sampai destinasi pun aku tak pasti nak kemana. Dekat sebelah aku pulak, ada sekumpulan awek-awek yang pada firasat aku baru balik dari cuti semester sebab nampak dorang angkut beg besar. Gua pun apa lagi beb, pasang telingalah dengar apa dorang borak sambil beli tiket tuh. Dengar-dengar dorang nak ke Masjid Jamek. Jadi aku yang tak sedar sepatutnya aku pergi KLCC pun terikut-ikutlah kepala dorang yang nak ke Masjid Jamek. Dipendekkan cerita, aku pun beli sekali tiket pergi Masjid Jamek!. Aduyai, lepas beli tu aku yang masih tak sedar-sedar pun pergilah naik ke atas menunggu kat departure platform dengan harapan dapat naik satu gerabak bersama awek-awek cun tadi. Hehe, ambik kesempatan nampak ye bro? :). Aku perasan dorang kat belakang selepas naik eskalator terus duduk kat bench tepi platform tu.  Tak sampai 5 minit, tren yang kitorang tunggu dah pun sampai. Bab naik tren Putra ni memang aku tak suka lagi-lagi tren yang dua gerabak. Sebab apa?. Kalau dapat yang dua gerenti aku tak dapat duduk langsung. Tapi apa boleh buat, RapidKL tu bukan parent aku yang punya. Nak tak nak naik jela, jangan banyak soal!.



Masa, tren tu dah sampai macam biasalah. Kalut-kalut orang berpusu-pusu berebut nak masuk tren termasuk orang yang nak keluar terpaksa merempus segerombolan manusia yang nak masuk tu. Selepas aku dapat meloloskan diri masuk kedalam tren itu, aku perasan yang geng-geng awek cun tersebut tak naik satu gerabak dengan aku. Sebaliknya, mereka naik gerabak di depan manakala aku pula naik gerabak di belakang. Selepas itulah baru aku sedar rupa-rupanya aku dah tersalah beli tiket ke Masjid Jamik dan bukannya tiket pergi KLCC!. Cehh, aduhai betapa tololnya aku rasakan yang aku rupanya dah tersalah beli tiket. Selepas sampai ke Masjid Jamek, aku seperti penumpang lain naik ke atas dan terus menuju ke kaunter bertanyakan abang tiket apa yang harus aku lakukan. Brader tu cakap, pergi kat KLCC pastu tambah lagi 50 sen kat kaunter. Aku pun ikut jela apa yang brader tu cakap. Disebabkan aku nak melepaskan 'hajat', maka aku pun pegilah ke tandas kat belakang atas subway metro tu. Selesai membuang hajat, tengah aku membetulkan tali kasut kat washbasin aku telah ditegur oleh seorang aku pernah kenal dulu ketika baru masuk kolej dulu. Dia tu sebenarnya senior housemate yang pernah duduk serumah dengan aku kat Taman Maluri dulu. Brader tu seorang anak muda Orang Asli dari Perak. Memang dah berapa bulan aku tak nampak dia, tak sangka rupenya dah grad senior tu beb. Wah, tahniah la bro!. Congratulation's for CICT senior's 2007 batch. Dalam 5 jugaklah kitorang berborak luar kat tempat basuh tangan. Cuma yang siotnyer aku lupa ucapkan tahniah kat dia sebab concentrate sangat ikat tali kasut. (Cehh, bertuah punyer junior).


Sesampainya aku di KLCC, aku terus menunaikan solat fardhu zuhur dekat Masjid As-Syakirin. Dah lama aku tak kesana sebenarnya, kali terakhir aku pergi KLCC masa bulan 4 sebab pergi Ekspo PC Fair jugak. Macam biasa, kat situ mana ada perubahan yang ketara. Semua sama jer macam sediakala, KL tak pernah berubah. Selepas, aku terus pergi tapak ekspo kat KL Convention Centre. Masuk-masuk jer memang banyak syarikat barang elektronik buat display kat situ disamping menjual dengan harga yang murah. Yang aku tak tahan. Sony MP5 player dijual dengan harga $169!. Kira murah jugak tuh beb, lagi berbaloi dari beli iPod. Tapi apakan dayalah, duit gua masa pergi pun tak banyak. Senang cerita ATM tak cocok lagi, mana ada duit kan. Semua barang aku usha, TV, MacBook dan apa lagi?. Yang paling aku berkenan sejak dari zaman sekolah lagi adalah kamera Nikon DSLR. Sejujurnya aku memang minat dunia fotografi nih, aku suka tangkap gambar. Tapi malangnya kamera takdak, apakan daya :(. Oleh itu, aku bercadang nak kumpul duit beli kamera Nikon DSLR!. Yeah, tengoklah tahun depan aku masuk kelab fotografi Kuala Lumpur. Nak jugak timba pengalaman dengan abang-abang yang lebih berpengalaman. Tangkap gambar yang ehem-ehem PANAS hehe :). Okey berbalik pasal ekspo tadi, jalan punya jalan sampai kat satu benda yang menarik perhatian aku. Memang aku dah lama cari offer ni tapi tak kesempatan langsung. Harga memang berpatutan, berbaloi dengan servisnya yang sampai setahun. Nak tau apa dia?, ianya adalah antivirus/internet security. Aku sebenarnya dah lama mencara perisian macam tu sebab aku dah tak percaya dengan freewares lagi dah. Leceh, bertimbun trojan pulak tuh. Nak dijadikan cerita selepas mendengar penerangan brader yang tukang promosi tu akupun keluarlah pergi kat Suria KLCC untuk cucuk duit dari ATM dan lepastu aku masuk balik kat tapak ekspo tu semata-mata nak beli perisian tu. Haha, aku tak boleh bagi tahu apa jenama yang aku tu sebab security measure ngee~. Nanti manela tau sebok korang nak hacked aku nih. Cewah2.

Aku pernah menginap kat hotel ni masa tahun 2009 dulu.

Memang banyak tarikan ekspo kali ini, aku rasa adalah aku terlepas apa yang dorang paparkan sebab bukan merangkumi ruang interest aku. Sebenarnya, aku bawak kamera digital sebab nak tangkap gambar suasana dalam ekspo tersebut. Mana tau, aku dapat buat tugasan sambilan wartawan (guna blog ni jer beb) kat situ hehe. Tapi mengenangkan takde sapa pun tangkap gambar jadi buat dekk jela tak tangkap apa-apa pun. Malu siot!, kang orang pikir budak kreko entah mana sesat kat KLCC nih. Lebih baik aku wat donno jer. Bukan takde benda yang aku boleh snap picture. Cuma aku agak keberatan sikit nak tangkap. Ah moi berpakaian seksi melambak kat dalam tu, pakai skirt punyalah singkat separuh peha nampak. Mak ai, kalau iman korang tak kuat memang cair dibuatnyer. Ada aku nampak pakai baju ketat sampai nampak nenen dia sekali. Aduyai, tak pakai bra ke apa ah moi tu kan beb?. Bikin malu orang pompuan jer tengok. Aku sebagai orang laki hanya mampu istighfar jela. Aku tengok ramai brader Melayu kita syok melayan tangkap gambo Ah moi tu semua. Tapi bajet kamera dorang bagus-bagus, pakai DSLR tu bro. Setakat aku ni pakai Olympus biasa jer mana boleh masyuk skali line brader!. Strategi pemasaran yang paling kotor di akhir zaman ni adalah tubuh seorang perempuan diperdagangkan. Aku terpikir sejenak 'Sex really sell's, to promise a greater patronage from the masses'. Bagi aku tak relevan langsung.

Pelik betul. Dalam gambar warna ungu tapi sebenarnya warna biru.

Selesai membeli barang aku tersebut, aku terus pergi ke luar sebab nak ambik angin. Aku teringat aku ada temu janji dengan seorang kawan perempuan. Dia mau aku jumpa dia kat Stesen Bas Sementara Bukit Jalil menunggu kawannya yang baru tiba dari selatan tanah air. Mesej punya mesej aku tanya dia kat mana sekarang. Dia jawab masih lagi kat rumah sewanya di Wangsa Maju. Merasakan masih banyak lagi masa yang aku boleh habiskan di KLCC tu. Aku pun apa lagi, jalan keliling tamanlah main tangkap orang berendut hehe. Cuaca punyalah panas, aku relak aja duduk melepak sorang-sorang. Yela, orang single kan. Mana ada awek, nak usha seorang pun badan tengah berpeluh sebab duduk berjemur. Selesai keliling taman sambil tangkap gambar perut yang dari pagi tadi tak makan-makan langsung dah mula berbunyi. Aku pun masuk dalam lah, cari apa yang patut nak alas perut yang berkeroncong zapin inang joget dondang sayang dengan poco-poconya sekali. Biasanya kalau aku lapar, aku makan di tempat bajet ajer. Tapi ni KLCC beb, mana nak cari nasi campur?. Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil. Aku pun makan lah di restoran Burger King, bukan apa sebab takde pilihan lagi dah. Petang itu aku makan burger whopper aku dengan penuh kenikmatan dan kelazatan yang betapa hebatnya!. Yela, bukan selalu aku dapat makan whopper tu beb. Jarang sangat sampai boleh bilang dengan jari. Habis licin dengan kentang french fries-nya sekali aku kerjakan sebab lapar punya pasal. Habis makan burger, aku nampak kat depan tu ada jual sundae cone. Tak sangka jugak aku Burger King ada jual sundae cone macam McDonald, aku pun pekena jela. Tengah menikmati aiskrim tu aku terpandang sesuatu yang menarik sekali untuk aku kongsikan kat korang semua. Kedua pasangan yang aku pikir pelancong dari Jepun berkongsi whopper dan hot coffee antara satu sama lain. Memang sungguh romantik pasangan ni bagi aku. Yela, umur dorang pun dah mencecah hampir 50 tahun tapi cinta masih utuh!. Nak tengok pasangan kita orang Malaysia buat macam tu pun jarang. Lebih-lebih lagi orang Melayu macam kita nih. Jarang nak berkongsi suami isteri, yang bercinta pun lebih kurang gitu jugak. Dua kali lima saja. Aku harap dapat mempraktikkan perkara yang sama seperti pasangan usia emas Jepun itu kelak apabila aku kahwin nanti dengan bini aku. Sumpah, aku tak mau jadi macam pasangan tipikal orang Malaysia nih!!. Aku berjanji rela berkongsi burger whopper dengan isteri aku nanti. Susah nak cari pasangan macam tu.


Tengah relak aku makan, sedar tak sedar jam sudah masuk pukul 5 petang. Alamak, kawan member aku tu mungkin dah sampai bas dia gamaknya. Sedangkan aku masih di KLCC lagi. Nak pergi ke tak?. Nak hantar mesej talipon ada masalah. Nak tak nak aku balik jelah. Mak aku menunggu, lepastu nak solat asar lagi. Kepada kawan aku tu mintak maaflah banyak-banyak beb. Lain kali jela ea. Insyallah. Tunggu posting aku yang lepas ni tau :)












Sunday, December 12, 2010

PERISTIWA YANG TAK SEPATUTNYA TERJADI : KEMULIAAN MASJID TERCEMAR AKIBAT

KAFIR BIADAP DALAM MASJID, BERANI PERSOAL PERATURAN DALAM 
MASJID!!!



Pada 5hb Disember iaitu Sabtu lepas, pakatan pembangkang dipimpin oleh pentadbiran negeri Selangor telah menganjurkan satu demonstrasi berikutan kenaikan air yang melanda di negeri itu. Protes berkenaan dianjurkan untuk disasarkan kepada syarikat pembekal air di negeri Selangor iaitu Syabas. Akibat dari insiden  demonstrasi itu, kesesakan lalulintas berlaku di Kuala Lumpur. Shacklesmith tak dapat nak bayangkan betapa teruknya jalan pada hari tu. Nasiblah aku tak pegi mana-mana masa Ahad tu. Lagipun, ini bukan kali pertama bandar kesayangan tanah tumpahnya darahku, Kuala Lumpur ni dilanda sang pendemonstrasi. Paling teruk tahun 1969 dulu la ikut cerita orang tua yang umur dalam lingkungan 60 tahun ke atas. Sepanjang umur Shacklesmith pulak, pertama kali masa tahun 1998 dulu. Korang paham-paham la sape yang kena pecat waktu tu bukan?. Orang yang sama dipertanggungjawabkan dalam konflik dan krisis politik yang melanda zaman sekarang nih.



Persoalan yang melanda benak pemikiran Shacklesmith, jika demonstrasi ini bertujuan untuk membantah kenaikan harga air oleh Syabas di negeri Selangor. Kenapa kompaun Masjid Negara di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pulak yang dipilih?. Apa salahnya buat di Shah Alam. Bukankah ibu pejabat Syabas di Shah Alam. Tak ke pelik dibuatnya,  apa kejadahnyer kawasan yang terletak di luar sempadan negeri Selangor dipilih?. Pemimpin Pakatan Rakyat gila publisiti, sengaja mencetuskan kekacauan. Baiklah, saya tak mau mengheret sesiapa bahkan menuduh siapa yang memulakan krisis ini. Cuma saya tak setuju, kawasan yang dianjurkan. Apakah niat sebenar Masjid Negara dipilih?. Untuk menegakkan keadilan atau sebaliknya? Apa yang dapat aku tau adelah, tujuan sebenar diadakan protes itu akibat kedegilan kerajaan negeri Selangor yang tak mau membayar hutang tertunggak akibat kenaikan tariff air yang berpunca dari polisi kerajaan negeri yang mempercumakan perkhidmatan berkenaan atas tujuan 'mengurangkan beban rakyat'. Baiklah kalau nak kurangkan beban pun pandai-pandailah tolong bayarkan hutang tu pada Syabas. Pembekal air tu kan syarikat swasta, takkan bagi servis percuma 100% kot. Ingat Syabas tu bapak dorang yang punya. Marah kat Syabas sampai Masjid Negara pulak jadi mangsa. Fikirkanlah dimana terletaknya Masjid Negara tu, dekat kawasan mana? Dalam pentadbiran Selangorkah? Tolong sikit, Masjid Negara adalah di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur!. Nak buat protes buatlah di Shah Alam.

Dah tu pulak akibat gian sangat nak protes kat Masjid Negara sampaikan rumah Allah SWT yang suci tu dicemari oleh dua makhluk kafir harbi yang tak penah mandi wajib bila terkena hadas besar iaitu dua syaitan bernama Terseksa Cock dan Tiang Chuak (sila rujuk video di atas untuk maklumat lanjut)!. Yang si Terseksa Cock ni pun satu, petugas dah bagi nasihat jangan masuk dalam ruang sembahyang sebab waktu solat dia boleh bising-bising lagi. Selendang yang dibagi pun tak mau dipakai!. Apa hal semua ni beb? mana perginya pemuda-pemuda PAS yang gagah berani tu. Dulu aku respek gila ngan korang tapi sejak kes korang berguling atas jalan sekat kereta Raja Muda Perak aku dah mula naik jijik ngan korang semua. Dimana jatidiri korang sebagai pembela Islam. Kalau setakat dengan sesama Melayu Islam macam UMNO bacul tu korang beranila. Cuba dengan DAP, punyalah takut kecut telur tak berani nak tubuhkan negara Islam semua sampai hukum hudud pun korang cakap tak wajib nak jalankan bila Pakatan Reban korang memerintah Malaysia ni suatu hari nanti. Dari dulu lagi aku dah perhatikan, UMNO dan PAS yang berkongsi DNA yang sama ni dua-dua bacul dan takda telur. Sanggup gadaikan perjuangan menegakkan Islam kerana nak menjaga hati sekutu kafir mereka!.  Mana peginya semangat pejuang-pejuang jihad fisabillillah yang pernah gah menentang penjajah di Tanah Nusantara kita ni?. Dah kering ke darah mereka yang mengalir dalam tubuh anak bangsa kita?. Setakat cakap jer bergegar dengan nas Al-Quran dan dalil Hadis tapi habuk korang pun tarak buat apa beb?. 

Kita dah masuk Awal Muharram iaitu Tahun Baru Islam 1432 Hijrah bersamaan dengan 2010/11 Masihi kita sambut demi mengenang penghijrahan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah demi meneggakkan Islam dan mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa melangkau hingga ke turun-temurun. Sama-samalah kita Hijrah kan minda kita ke arah yang membawa kebaikan. Salam dari Shacklesmith



Thursday, December 2, 2010

Snippet! Apa dah jadi pada November!!

I KNOW WHAT YOU DID LAST NOVEMBER!

Sedar tak sedar, diam tak diam. Tak perasan pulak tuan hamba yang bulan November dah melabuhkan tirai. Kini Disember pula yang dah pun menjelma. Bukan setakat tu aja, aku pun sendiri tak percaya yang aku dah nak habis tempoh pengajian kat kolej aku lagi dah. Fuhh, tak sangka betul. Tahun depan aku akan menggenggam segulung Diploma Teknologi Maklumat daripada kolej aku. Dalam bulan lepas aja aku dah selesaikan peperiksaan akhir semester aku padahal macam semalam pulak rasanya aku daftar kad matriks untuk Semester 5!. Okey, berbalik kepada apa aku nak ceritakan pada korang nih pasal apa yang dah berlaku bulan lepas. Kalau korang perhatikan betul-betul, macam-macam hal dah berlaku dah berlaku kat negara kita Malaysia yang tercinta nih. Kes model melayu bogel yang anjurkan parti seks buih lah, anak ahli politik bawak sosej babi ke sekolah, ahli politik bukan Islam baca ayat Quran walaupun sendiri tak mengimaninya langsung dan yang paling hangat isteri bekas Timbalan Perdana Menteri yang suaminya kini Ketua Pembangkang berhasrat ingin menghapuskan ketuanan Melayu!. Huh, banyak jugak cerita yang perlu aku cover nih.


Kes pertama, pada 5 November yang lalu seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita Parti Keadilan Rakyat kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. Anaknya yang bernama Basil telah dirotan sebanyak 10 kali di telapak tangan akibat memakan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya! Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah. Pada pendapat peribadi saya, hukuman untuk merotan kanak-kanak berkenaan adalah tidak begitu wajar kerana si anak kecil itu bukan beragama Islam. Akan tetapi, akibat dari statusnya sebagai anak orang kenamaan yang pernah bertanding sebagai calon pilihanraya dengan menggunakan nama Islam telah menimbulkan satu spekulasi. Apakah latarbelakang kanak-kanak berkenaan lebih-lebih lagi bapanya? Lantas timbul beberapa persoalan membabitkan identiti anak dan bapa kepada anak berkenaan serta status agamanya selain tindakan susulan majlis agama Islam.

Pertama, membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. Wajarkah guru merotan murid berkenaan kerana kesalahan itu? Atau dia dirotan kerana pelajar berkenaan beragama ‘Islam’?

Kedua, kenapa pelajar berkenaan dirotan. Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama anak itu Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Islam.

Ketiga, apakah keluarga berkenaan beragama Islam? Dan jika sudah keluar Islam, apakah bapa kepada anak itu menggunakan dua identiti?

Keempat, kenapa apabila membuat laporan mengenai anak perlu menggunakan sayap wanita PKR. Apakah jika tiada parti pembangkang dalam laporan itu Jabatan Pelajaran tidak menerima laporan sedemikian?


Seperti yang kita maklumkan di Sabah dan Sarawak, walaupun seorang itu memiliki nama bercirikan Islam tidak semestinya beragama Islam. Walaubagaimanapun, persoalan tersebut telah terjawab apabila bapa budak sekolah berkenaan membuat pengakuan yang beliau bukan beragama Islam. Bapa pelajar sekolah tu sendiri berkata ketika memohon untuk Mykad, beliau telah menukar nama kepada nama asalnya semula. Laporan akhbar The Star juga memetik,““Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” katanya lagi. Kes berkenaan telah menimbulkan perbahasan hangat di dewan Parlimen membabitkan bekas teman seperjuangan yang pernah 1 parti dengan bapa budak berkenaan iaitu  YB Zulkifli Nordin (MP Kulim - Bandar Baharu) supaya menyiasat taraf kewarganegaraan bapa kanak-kanak berkenaan kerana pernah bertanding menggunakan nama Islamnya ketika pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2001 yang menyaksikan beliau tewas teruk. Jika kita rujuk semula sijil perkahwinan ini pada tahun 1999, beliau telah mengaku tidak lagi menganut apa-apa agama sedangkan pada tahun 2001 beliau masih menggunakan nama Islam-nya ketika bertanding di pilihanraya. Nampak kemusykilan? Untuk pengetahuan lanjut sila layari laman ini



Kes kedua pula adalah berikut mengenai adalah mengenai isu pesta buih malam Krismas yang penuh dengan kemaksiatan sehingga meleret kepada pembongkaran gambar-gambar 18SX seorang model sambilan yang menggemparkan pelayar maya! Insiden ini bermula apabila salah seorang pelayar Facebook telah mendapat invites dari rakan mayanya untuk menghadiri satu pesta buih yang bakal diadakan pada malam Krismas di sebuah nightclub di Jalan P.Ramlee, Bukit Bintang. Terkejut dengan jemputan berkenaan, sang surfer tersebut telah melaporkan kes ini kepada seorang kaki gosip yang kuat mengumpat pasal politik sehingga merapu tahap meraban KBSB. Sejurus selepas laporan berkenaan, maka terbongkarlah siapa penganjurnya dan segala latarbelakangnya dalam internet telah terdedah kepada umum.


Segalanya berkaitan dengan salah seorang penganjurnya telah diserang termasuk dengan pekerjaan sambilannya. Malahan, dengan terjumpa gambar-gambar panas model sambilan tersebut disebuah portal rangkaian model #1 dalam internet Modelmayhem. Ianya turut dijadikan modal oleh blogger berkenaan untuk menyerang penganjur yang juga model sambilan tersebut. Ini menyebabkan dia menutup terus profile-nya di laman tersebut. Kesal dengan kenyataan dan tindakan beberapa page facebook dan blogger yang mengaibkan individu ini, apatah lagi individu ini seorang WANITA. Memang benar dia bersalah, tetapi adakah Islam mengajar kita untuk mengaibkan umat yang lain? Ya pada pendapat saya, tindakkannya mendedahkan tubuh badannya yang montok untuk modeling adalah sememangnya benar-benar HARAM dan tidak boleh dinafikan lagi. Apatah lagi kita tahu apa azab yang akan kita dapat di akhirat kelak!.
Sememangnya, yang tertuduh telah mengaibkan dirinya sendiri dengan meng'uploadkan' gambar sedemikian rupa. Namun adakah kita sebagai umat Islam amatlah tidak wajib begitu sekali menambahkan arang dengan menjadikan dia bahan mengumpat sedemikian rupa. Nauzubillah, Islam tidak pernah sesekali mengajar mahupun membuka ruang untuk mengumpat. Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat buat umatnya kerana sesungguhnya DIA mahu mereka-mereka yang tersesat jalan ini kembali kepada jalan yang diredhai-Nya. Mungkin blogger tu dah biasa dengan gosip-gosip dan mengumpat tentang ahli politik. Jadi tak hairanlah, kepada saudara yang lain. Beringatlah sentiasa selalu. Disini penulis ingin memberi amaran, bahawasanya aku bukan berniat langsung untuk melemparkan tohmahan kepada beberapa individu yang terlibat bahkan jauh sekali nak mengaibkannya. Aku hanya untuk korang berfikir sejauh mana orang-orang terlibat ni buat salah itu aje. Baik yang buat, baik juga yang menuduh. Walahualam


Kes ketiga pula memang telah hangat semenjak beberapa bulan lepas, iaitu kes ahli politik  bukan Islam membaca ayat Al-Quran. Perkara ini bukan baru sekali berlaku, malah sudah berlaku semenjak pilihanraya kecil Bukit Gantang lagi. Terbaru, ianya berlaku sewaktu satu majlis parti berlambangkan mata satu, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Aku tertanya-tanya sejenak, macam mana boleh umat Islam tertipu dengan helah licik musuh-musuh Allah SWT?.  Tak cukup dengan ulamak 'suq' yang tebal dengan sikap mazmunah menjual ayat-ayat suci demi tujuan politik sempit mereka meraih undi di ceramah politik kini sekutu rapat mereka dari golongan kafir juga berbuat perkara yang sama dengan sewenang-wenangnya malahan berani membuat tafsiran sendiri yang menyeleweng dari yang sebenarnya! Fikir-fikirkanlah saudara sekalian.

Cubalah korang semua bayangkan, si kafir-kafir ini memperdengarkan pada kita ayat suci Al-Quran tapi jiwa mereka tetap menolak ajaran suci Islam dengan menyekutukan Allah SWT. Pastinya, bagi sekutu mereka dikalangan mukmin akan mengeluarkan hujah bahawa dengan menggunakan ayat Al-Quran pastinya mereka-mereka yakni si kafir ini akan mendekatkan diri mereka kepada nur-Islam sekaligus menjadi mualaf. Namun benarkah begitu? Baiklah, aku bagi tempoh dalam seminggu! kalau diorang tak masuk Islam jugak apa yang korang pencacai semua akan spin nanti? Sesungguhnya, petikan ayat-ayat suci Al-Quran hanyalah umpan untuk meraih undi dari golongan Melayu Islam sahaja. Inilah talbis syaitan dari bakal penghuni neraka yang kufur, jarum-jarum halus yang memerangkap golongan mukmin yang bertakwa. Justeru, marilah kita renungkan secara mendalam firman Allah SWT agar kita bersatu-padu menentang musuh-Nya. Takutlah kepada siksa Allah yang teramatlah pedih di akhirat kelak dan berdoalah semoga kita diredhai-Nya selalu. Amin.

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali". [Surah Al-imran : 28]


Semoga kita mendapat keinsafan dan iktibar dari apa yang mereka lakukan ini. Credits from SangTawal Sakranta for informations.




Kes ketiga pula yakni yang terakhir adalah berkaitan dengan Ketuanan Melayu yang dipermainkan oleh isteri ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah dalam satu majlis PKR. Beliau menyatakan bahawa apabila parti pembangkang dipilih untuk menerajui pentadbiran negara pada satu nanti, Ketuanan Melayu akan ditinggalkan sama sekali. Menurutnya, terma tersebut telah dieksploitasi oleh golongan elit Melayu untuk memperbodohkan golongan bawahan demi menegakkan kekuasaan mereka. Persoalannya, apakah beliau faham akan maksud sebenar Ketuanan Melayu?. Ketuanan Melayu merujuk kepada sistem Raja Berpelembagaan yang terdapat di negara ini. Iaitu bermaksud atau simbolisme kedudukan Sultan-sultan dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan dan kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan hak istimewa kaum Bumiputera. Tidak dan jauh sama sekali berkonsepkan sistem Melayu tuan dan bangsa lain hamba! Fakta ini sudah diputarbelit oleh golongan racist, socialist & chauvinist bigots. 


Ramai yang tidak tahu bahawa perkataan 'Ketuanan Melayu' sendiri yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ketika di dalam Pemuda UMNO dahulu. Malah dengan modal inilah beliau mudah menewaskan pencabarnya dahulu selain dari statusnya sebagai pemimpin ABIM. Generasi sekarang jangan harap nak tau tu semua. Ramai yang masih kabur tentang apakah sebenarnya Ketuanan Melayu ini. Jika isu Ketuanan Melayu ini masih  menjadi masalah kepada golongan muda bukan Melayu kita tak hairanlah sebab minda mereka telah didoktrinkan-subliminally mind-controlled by the media of their respective demonic satanist political parties. Akan tetapi yang memeranjatkan, golongan muda Melayu sendiri tidak faham apa itu maksud Ketuanan Melayu. Aku tak hairan kalau dalam UMNO, PAS dan PKR pun tak faham apa tu semua. Dah depa bodoh tolol nak buat lagu mana kan.  Aku tak sebelahkan mana-mana parti politik pun, sejak akhir-akhir ni aku menyampah dengan ahli politik Melayu baik kerajaan dan pembangkang yang suka membawa isu bermodalkan tong kosong!. Depan Melayu cakap lain, depan bangsa lain cakap benda tak sama pulak. Dunia yang dah nak kiamat ni macam da berlaku. Ahli politik adalah umpama bayangan Dajjal di muka bumi. Nak tak nak, kenala terperuk depan tingkap siang malam  menunggu Imam Mahdi yang entah bila akan sampai. Hanya ibadat kita jela yang membantu. Semoga Imam Mahdi menjadi pembela agama kita pada waktu yang mendesak ini. 


Nah, ni cerita terakhir buat korang. Dengan cerita keturunan pemerintah Ligor iaitu Negara Seri Dharmaraja nak buat tuntutan dengan pembesar negara. Cerita ni aku dapat masa Raya Aidiladha lepas. Punyalah kelakar surat yang depa bagi tu mak oi. hehehe. Rasa2nya sanggup ke PM kita laksanakan hajat depa yang gila tuh kan.


Kalau korang nak tau lebih lanjut silalah rujuk laman blog Al-Semantani. Secara peribadi, aku amat hormat dengan dia. Penulisan mengenai kupasan sejarah yang detail tapi ringkas. Senang aku fahami, kalau korang nak tau apa-apa pasal sejarah Melayu bolehlah rujuk blog dia. Banyak yang korang semua boleh pelajari. Ingat, apa yang dia tulis tak banyak dicatatkan dalam buku sejarah kita. Oleh, benda yang diajarkan tidaklah membosankan. Okay, tunggu artikel aku yang lepas ni pulak ye. Baca jangan tak baca. Salam persaudaraan dari Shacklesmith. :)


Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget