Sunday, December 30, 2012

Patutlah Banyak Giler Pelawat Masuk Blog Gua Sejak Akhirnya


Agak menghairankanlah jugak aku semenjak dua tiga hari kebelakangan ini. Entah sejak bila dan kenapa blog picisan milikku ini secara tiba-tiba menerima banyak trafik masuk dengan begitu mendadak sekali.

Pelik jadinya gua beb, seingat aku belum pernah tercatat dalam sejarah aku berblogging begitu banyak SEO yang diterima blog aku. Sejak jadi student Bachelor nih, kalau nak diikutkan aku ni bukanlah rajin sangat nak mengemaskini blog ni. Seriously aku memang sudah bosan hendak blogging lagi beb, bukan bermaksud nak bersara cuma masa dah jadi semakin terhad lantaran lambakan kerja khusus yang diterima.

Dipendekkan cerita, rupanya baru aku tahu kenapa ramai giler orang datang menjengah blog picisan aku ini..


Tuesday, December 25, 2012

Pakai Tudung Dah Kira 'Good Enough' Ke Beb?


Err, tunggu! Apakah selama ini aku terlepas pandang semenjak dilahirkan pada bulan Julai 1990?. Benarkah kebaikan seorang wanita itu diukur melalui pemakaian tudung?. Tidak dinafikan lagi, aspek penampilan sipolan itu mencerminkan sahsiah individu tersebut. Umpamanya, kalau berpakaian skimpy dedah sana-sini macam tranny baru lepas pekena plastic surgery nak tunjuk 'aset' terbarunya maka sah-sahlah akhlak tuan empunya badan yang memakai itu buruk akhlaknya. Kita pun boleh tengok sendiri perempuan-perempun yang berpakaian tidak cukup kain di kelab-kelab, kabaret-kabaret mahupun lorong-lorong belakang mati, perangai mereka umumnya memang tidak senonoh.


Tuesday, December 18, 2012

Bila Serbanista Keldai Politikus Bersuara Lagi..



Nampaknya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sudah menunjukkan belang mereka apabila Timbalannya, Eikhwan Ali berterus-terang menunjukkan sikap anti-kerajaan pertubuhan mahasiswa itu dengan menghentam UMNO dengan keras.

Eikhwan dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO mesti ditolak pada PRU ke-13 bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan.

Paling “menarik”, budak hingusan itu menegaskan bahawa  UMNO tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan isu-isu berbangkit  termasuk kebejatan sosial yang berpunca daripada hiburan melampau dan pergaulan bebas.





Sebenarnya, saya tertanya-tanya dari mana budak mentah ini mendapat idea untuk menghentam UMNO dengan menggunakan platform sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya bebas politik.

Mungkin budak ini belajar dari PAS, PKR atau Chegu Bard yang menjadi tulang belakang SMM?

Sebagai seorang mahasiswa, saya melihat Eikhwan sebagai seorang budak yang sangat mentah, “naif” dan begitu mudah terpengaruh dengan doktrin omongan kosong yang selama ini dipropagandakan oleh Pakatan Haram.

Apa yang budak mentah ini tahu tentang pentadbiran, kuasa dan pengurusan sesebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang memiliki sekitar 27 juta orang rakyat?

Selama lebih 50 tahu UMNO dan BN mentabdir negara memegang kuasa tampuk pemerintahan, apakah Malaysia ini tidak cukup aman dan makmur?

Apakah Eikhwan melihat negara ini huru-hara dan sering berlaku kekecohan seperti yang berlaku di negara-negara bergolak seperti Myanmar, Palestin, Mesir, Syiria, Tunisia dan lain-lain negara dunia lain?


Kalau ada huru-hara sekalipun, segalanya berpunca dari propaganda Pakatan Haram yang dia sanjung-sanjung sehingga menyebabkan ramai rakyat merungut tidak berpuas hati dan mengganggu ketentaraman awam.




Kalau benarpun, ada perlaksanaan dasar yang punya sedikit masalah, tidakkah pihak yang didewa-dewakan Eikhwan itu menggunakan saluran yang aman dan lebih wajar berbanding menghuru-harakan keadaan?

Bila menyebut “mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan”, tidakkah GAMIS melihat betapa UMNO/BN mendahulukan rakyat dengan pelbagai bantuan dan dasar-dasar yang memberi “joran dan umpan” berbanding memberikan “ikan”.

Apakah GAMIS “buta” untuk menilai dasar dan transformasi politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mementingkan prestasi serta KPI setiap kementerian di dalam kerajaan?

Dan apakah dia fikir Malaysia ini tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyatnya?

Saya yakin, jika Kerajaan UMNO/BN tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyat, jangankan Eikhwan, seluruh ahli GAMIS sendiri pun tidak akan berpeluang untuk masuk universiti dengan pelbagai subsidi pelajaran dan keistimewaan!

Pada saya, GAMIS sebenarnya sudah memulakan “perang” terhadap UMNO/BN secara terbuka walaupun Kerajaan UMNO/BN selama ini kerap “memberi muka” kepada pertubuhan yang dipercayai didalangi oleh budak-budak hingusan PAS.

Oleh kerana “geruh” yang GAMIS cari, rasanya kita ada “ubat mujarab” untuk mengubat keceluparan mahasiswa-mahasiswa “malas berfikir” ini. Mungkin mereka tidak sedar bahawa Pro-M kalah teruk pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini..kan?

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget