Friday, July 29, 2011

Bila Jurulatih Bersuara..


“SAYA harap kami dapat balas keyakinan peminat dengan lebih baik lagi,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas Harimau Malaya tersingkir pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, malam tadi. 
“Kita harus menang perlawanan ini tetapi beberapa insiden kecederaan pemain Singapura, yang saya tidak pasti tulen atau tidak, mengganggu rentak permainan.
“Saya akui masalah bahagian pertahanan, terutama selepas kehilangan Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di pertengahan babak pertama, tetapi secara keseluruhan kita berjaya mengekang asakan Singapura.”
Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini (malam tadi),” katanya. 


Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic tidak faham keputusan pengadil. “Mutu pengadilan amat teruk,” kata Avramovic. “Saya tidak faham keputusan pengadil, sayanampak pengadil letak wisel di mulut tetapi tidak mendengar bunyi dan pemain saya berhenti bermain. “Tapi saya gembira Singapura layak ke pusingan ketiga. Malaysia juga hebat dengan sokongan lebih 85,000 penyokong. Ini baik untuk bola sepak.” 
(sumber KL POS)

Komen Aku : Macam mana mutu pengadilan 'tak teruk' kalau Malaysia ada momentum nak score goal tetiba jer player Singapore mengadu sakit bagai. Awat?, sebelum main tak buat medical check-up ke?. Rugi aku tak tengok permainan permata minggu sudah. Maklumlah, 1st match main kat artificial turf. Malam semalam main kat padang rumput pulak. 'Habis' rumput sampai tercabut dorang kerjakan. Hahaha!!


Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya - Biar kalah dengan BERMARUAH!!!


Tahniah diucapkan kepada pasukan Singapura kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun Malaysia kalah secara keseluruhan 4 lawan 6 gol dengan Singapura, tapi kita kalah secara bermaruah kerana tidak dicemari insiden lakonan seperti yang dilakonkan oleh pemain Singapura yang sikit-sikit asyik terjatuh kalau kena gelecek hatta sedikit sekalipun. Syabas kepada pasukan Singapura kerana menjadi pelakon terbaik pada permainan malam ini. Tidak seperti mereka, kita juga tidak bergantung kepada pemain import. Sebaliknya kita lebih menitikberatkan bakat anak watan kita sendiri demi melahirkan pemain negara yang cemerlang baik dari aspek sukan, disiplin dan yang lebih penting lagi JATIDIRI!!! 


ITULAH KEKUATAN SEBENAR HARIMAU MALAYA!!!



Penghargaan harus diberikan kepada dua hero kita pada malam ini iaitu Khairul Fahmee Che Mat (Apex) dan Safee Sali kerana gandingan mereka berdua sebagai penjaga gol dan penyerang adalah begitu mantap sekali. Jika tugas menjaga gol masih diberikan kepada Sharbini, sudah tentu gol pasukan negara mudah dibolosi sebanyak empat kali!. Tahniah diucapkan kepada Apex yang juga penjaga gol untuk pasukan Red Warrior Kelantan kerana menjalankan tugas dengan begitu cermat sekali meskipun gol pada separuh masa kedua telah dibolosi oleh Shi Jiayi (pemain import dari China kepada Singapura-pura). Tidak dilupakan Safee Sali juga yang telah menjaringkan gol tunggal untuk pasukan negara pada malam ini. Sememangnya, posisi beliau sebagai penyerang utama adalah sangat efektif sekali.

Walaupun Shacklesmith merasa sedikit kecewa dengan mutu pemain negara di bahagian defender kerana tidak mempamerkan gaya permainan yang unggul akibat kesilapan mengatur strategi pertahanan oleh jurulatih. Aku secara jujurnya lebih meluat dengan pasukan lawan iaitu Singapura yang terlalu banyak drama dan lakonan seperti jatuh dibuat-buat kononnya cedera sangat padahal kalau mati terus atas padang pun okay jugak (sekadar bergurau). Disamping itu dengan tindakan penjaga gol mereka yang membuang masa menyepak bola ke luar padang seperti dibuat-buat dengan alasan kononnya 'pening'. Tambah meluat sampai terloya lagi adalah barisan pemainnya yang terdiri dari pemain import. Shacklesmith tertanya-tanya, agak murah sungguh kerakyatan 'dijual' demi gol dan meningkatkan 'mutu' pemain negara sendiri. Apa punya 'singa', paham-paham sajelah mereka itu. Di hutan mereka mana ada singa betul tak?.

Shacklesmith : Mungkin belum lagi rezeki kita nak melayakkan diri ke piala dunia kelak. Tapi, walau aku kecewa aku tetap berbangga! 

Pelakon Bergaduh! : Neelofa Vs Fazura

Dunia hiburan tanah air, sememangnya tidak terlepas dari sebarang kontroversi baik selebriti dengan orang kenamaan, pihak produksi, sesama selebriti mahupun dikalangan orang biasa. Ada saja krisis yang berlaku dan seperti biasa media semasa mengaut keuntungan menjaja cerita berkenaan di muka depan akhbar dan majalah masing-masing. Sejak sebulan lalu dunia hiburan dikejutkan lagi dengan kontroversi terbaru iaitu pertelingkahan di antara pelakon baru Neelofa Mohd Noor dengan pelakon yang tidak perlu untuk kita perkenalkan lagi, Fazura Sharifuddin. Kecoh dalam Twitter para artis senior dan blogger's mengutuk Neelofa ni!

Dengar khabarnya, Fazura dan beberapa aktres lama yang lain telah berpakat untuk menjatuhkan Neelofa. Biar betul tu beb?? Popular sangat ke Neelofa ni lagi, aku pun baru kenal nama dia melalui bahan bacaan media beberapa bulan sudah.

Wednesday, July 27, 2011

My Wordless Wednesday (The Real One)


These ARE thing that boggles my mind...... Ohh, how could I resist such a delightful meal.. 


Look Delicious!!

As a Cancerian, would I dare to eat my own 'kind'? It look's so tasty that I couldn't get my eye off it!

Masih Lagi Tak Percaya Suruhanjaya Diraja


Apa yang mereka mahukan sebenarnya? sudah ditunjukkan hasil siasatan oleh suruhanjaya diraja tapi masih lagi tak boleh terima. Bukankah hasil siasatan yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri akibat tekanan dari proses interogasi oleh pegawai SPRM. Ya, proses soalsiasat yang dijalankan oleh mana-mana agensi berkaitan dengan rasuah dan salahlaku jenayah memang agak kasar kerana untuk mengeluarkan sesuatu bukti bukanlah mudah. Ianya memerlukan permainan psikologi demi memudahkan banyak bukti dikeluarkan dari saksi kejadian meskipun saksi yang disiasat itu bukanlah penjenayah utama atau pesalahlaku rasuah lebih-lebih saksi tersebut mempunyai hubungan istimewa dengan suspek sepertimana Teoh Beng Hock dan ADUN-ADUN DAP yang dituduh melakukan salahguna kuasa tersebut lagi-lagi kalau dah melibatkan kongsi gelap.

Akibat dari proses siasatan tersebutlah membuatkan Teoh Beng Hock berasa tertekan lalu membunuh diri disebabkan segala barangan penting milik beliau seperti TELEFON BIMBIT dan LAPTOP telah diambil oleh pihak SPRM sebagai bahan bukti dan ini menyebabkan beliau merasakan privasi beliau dicerobohi dan alamatnya segala rahsia peribadi beliau yang tidak terlibat dalam kes ini terbongkar di muka akhbar dan diketahui oleh keluarganya seperti kes anak luar nikahnya yang mungkin dicatatkan dalam fail peribadi dalam laptopnya. Saya tidak merujuk kepada bahan porno yang mungkin ada dalam simpanan beliau tetapi banyak lagi rahsia privasi yang mungkin disimpan seperti gambar bersama tunang yang beliau mahu simpan sebagai simpanan peribadi tanpa menunjukkan pada sapa-sapa. Begitu juga dengan telefon bimbit, kita sedia maklum bahawa kes ini melibatkan unsur-unsur subversif seperti kongsi gelap dan apa yang akan jadi apabila panggilan telefon oleh kongsi gelap itu dijawab oleh pegawai SPRM?. Habislah TBH kat luar nanti kena belasah cukop-cukop sampai tinggal sebatang gigi saje. Please take note that SPRM will not provide him with full security once he step out of the premises.


Sememangnya terdapat banyak possibility untuk memungkinkan Teoh Beng Hock membunuh diri dari teori dibunuh oleh SPRM kerana sebab utamanya apa hal SPRM nak bunuh saksi utama sedangkan kalau tak dapat pun kes itu boleh ditutup begitu saja. Dan yang paling tidak syak lagi CARA SOAL SIASAT yang semestinya akan menimbulkan tekanan yang teramat sangat dalam kepala Teoh Beng Hock akibat ditanya soalan bertubi-tubi sehingga dikorek habis segala rahsia. Usahkan Teoh Beng Hock, aku pun akan berasa tekanan jugak kalau kena interogate gila babi sampai babi pun boleh jadi gila begitu sekali. Aku pernah tekanan kena paksa jugak bro, aku masih ingat lagi tiga tahun sudah dipaksa masuk MLM Luxor di sebuah restoran mamak di Petaling Jaya (dekat-dekat jugak??) selepas menghadiri taklimat di pejabatnya. Bayangkanlah pukul 5 pagi aku masih lagi tak tidur-tidur dan besok pagi jam 8.30am pulak aku kena menghadiri kelas pertama semester di kolej aku di Taman Maluri!!!. And the worst thing is, I don't even have a car back then.


Hasil siasatan oleh Suruhanjaya Diraja sendiri telah membuktikan bahawa mendiang Teoh Beng Hock telah membunuh diri semasa dalam siasatan SPRM ketika waktu rehat. So, kenapa tak boleh terima sedangkan balaci-balaci DAP nilah yang beria-ria nakkan Suruhanjaya Diraja dalam kes ni. Kata orang Melaka l@#@bau betul!. Dah dapat hasil siasatan masih tak percaya lagi balik-balik selebriti patologis paling vogue dari negara gajah putih tu pulak yang dipercayai padahal siasatannya lebih kepada pandangan peribadi saje dan bukan penelitian mendalam seperti yang dilakukan Suruhanjaya Diraja. DAP atau lebih tepat sekali DAPig diketahui sebagai pengamal tegar politik machiavelism bertanggungjawab menyemai segala kebencian dan prasangka buruk terhadap agensi kerajaan lebih-lebih lagi kalau kakitangannya majoriti Melayu kepada kaum-kaum yang sekaum dengan TBH semata-mata atas kepentingan politik!.


Lagi satu memang susah nak ubahkan pemikiran kaum sekaum TBH yang cenderung mendengar kata-kata jijik dari DAPig kerana mereka telah diprogramkan dengan begitu dahsyat sekali sampai tak boleh diformatkan lagi kepada 'OS' yang kosong tanpa software tambahan. Ikut pandangan akulah, sejak kecoh kematian TBH ni hampir semua kaum TBH menuduh SPRM lah punca kematian (pembunuh) tersebut sekaligus berjaya menutup segala kes salahlaku dan penyelewangan Adun DAP. Bagus punya idea dan pendekatan ma!! Tactical reverse diversion at an epic scale!. Senang betul buat kerja beb, baling batu sembunyi tangan. Seperti kita sedia maklum, politik moden itu adalah najis cuma pendekatan berbeza yang diambil oleh kaum yang mengamalkannya. Kita lihat konflik antara UMNO dan PAS, masing-masing suka membaling najis antara satu sama lain. Sebagai contoh, PAS mula membaling najis ke arah UMNO dan apabila kotor teruk bahagian UMNO yang terkena najis itu maka UMNO membuang bahagian yang terkena najis itu kepada PAS. Kemudian PAS mengambil bahagian (bekas UMNO) yang terkena najis itu dan membentuk najis itu semula sebagai PKR dan the baling najis frenzy continue till today. Itu ikut cara Melayu, tapi lain pulak cara yang diambil DAPig nih hah. Dia angkut tong najis lepas tu tabur kat unsuspecting victim and then cabut lari!


No wonder, ada ura-ura mengatakan TBH nak bersara daripada politik selepas kes tu selesai tapi dah nak wat camner kalau dah ajalkan. DAPiglah yang untung besar sebab dapat tutup kes penyelewengannya. Dan lihatlah, PRU13 bakal menjelma dan satu lagi modal akan diambil untuk menjayakan kempennya berbekalkan  belas kasihan. Mana tahu mungkin tunangnya itu akan jadi calon PRU kelak?.

Thursday, July 21, 2011

Kontroversi Gol Jaringan Drogba!!!

Walaupun aku hanya sempat menonton secara penuh konsentrasi separuh masa kedua permainan jer akibat leka bermain PSP. Aku dapat rasakan bahawa sememangnya match malam adalah sengit tapi hambar walaupun dibarisi pemain handalan seperti Fernando Torres, John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba tapi tak mampu melawan asakan pemain Olimpik Negara bawah 23 tahun. Sememangnya, permain malam ini adalah sengit disebabkan asakan dari pasukan tuan rumah. Tahniahlah aku ucapkan kepada penjaga gol negara Farizal Marlias, mungkin kalau beliau dikekalkan ke separuh masa kedua jangan haraplah Drogba dapat gol tu.

Cuba korang lihat kembali adakah ianya boleh diperkatakan gol yang cemerlang?. Terus-terang aku cakap, aku sendiri tak nampak jaring gol tu bergoyang sebab kena bola. Siap dapat diambil oleh keeper lagi tu. Secara peribadi aku tak anggap itu gol sebenar. Hanya gol nasib jer tu aku boleh katakan.


Chelsea patut malu sebab tak dapat berpesta gol lagi-lagi team EPL lain macam Arsenal pun mampu menundukkan Malaysia 4-0. Liverpool pun apa kurangnya, sampai tiga kali bocor tapi boleh menjaringkan 6 gol pada malam Ahad lalu. Alahai, Chelsea oh Chelsea. Dengan team reserve Malaysia pun tak boleh nak mengasak balik. Apa dah jadi ni bro?.

Bagi pendapat akulah, jangan nak mimpilah nak gugat team-team power lain macam Manchester United. Mintak maaflah, nak lawan team reserve nipun tercungap-cungap ada hati mau rampas tempat juara liga musim depan. In your dreams. Kepada pasukan Negara, well done boy's. Good job

Shacklesmith : Kepada kengkawan aku yang sokong Chelsea, jangan marah ya. KAH KAH KAH KAH KAH. 

Totally Hot (Posing Maut Dari 'Hantu Kum-Kum'!!!)

Era globalisasi pada abad ke-21 ini telah menyaksikan banyak perubahan. Bak kata orang, semuanya canggih-canggih belaka. Zaman dah moden lah katakan. Oleh itu tidak hairanlah kalau 'hantu' pun dah pandai bergaya sakan siap posing dengan pakaian yang style gitu lorh. Posing punyalah seram sampai Abang Nara pun dah tak mampu nak menulis panjang lagi.  Opps, Shacklesmith bukan nak bercerita pasal hantu ya!. Malam ni pun malam Jumaat. Tak pasal-pasal korang tak boleh lena pulak nanti.

Shacklesmith sebenarnya sedang memperkatakan tentang seorang pelakon drama seram bersiri 'Kum-kum' yang dikhabarkan telah muncul dalam majalah FHM bulan Julai 2011, Marsha Milan Londoh (AF3). Wah, bukan main lagi pose seksinya, tak pernah sepanjang hidup aku membaca FHM Malaysia punya gambar seseksi itu. Serius tu beb, FHM Malaysia ni yang paling 'jinak' dalam rantau Asia Tenggara. Kandungan kita tidaklah sepanas edisi Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini adalah bagi aku satu 'peningkatan yang baek punya!'. (Apa nak dihairankan, pembaca FHM di Malaysia bukan majoriti Melayu pun). Satu issue pun dah berharga RM10 lagipun berbaloilah sapa-sapa dapat cuci mata membacanya.

Bulan sudah heboh satu negara memperkatakan tentang khabar 'perkahwinannya'. Kini gambar panasnya pula yang tersebar. Apa pun bagi korang yang belum tengok gambarnya lagi. Sila-silakan, tengok dengan akal bukan dengan nafsu okay. Kredit gambar kepada Abang Nara dan Samax Forum Cari.

Wednesday, July 20, 2011

My Wordless Wednesday..

This is my 1st time ever 'Wordless Wednesday' ever since I started blogging on this blogger since November 2010 (this isn't my first blog, I have actually started blogging since 2007 in Wordpress). As the name suggest, most blogger's are most likely to post only picture's for their entries. But for me, I would love to save a few or more space of my scribbles but only for question's for you guy's to wonder about am I thinking during this lovely Wednesday. (So can this be called Wordless Wednesday?, I believe this is a special one created only by Shacklesmith).


Can human thought be arithmetically programmed like a computer one day in the future?. Who know's what could happen in the tomorrow's world. Human brain are like a storage hard disk, whereas our heart is equal to the Central Processing Unit (or CPU) with the exception that human only have one heart but the computer CPU's can be divided into two (Intel Core-2 Duo) and Tri-Core (a powerful processor needed to generate high definition quality images and sound effects for X-Box 360 games).

In the game Assassin's Creed, an advanced computer operating system known as the Animus were use to the ancestral memories of it's subject in a virtual reality simulation. The all time favorite Japanese anime, Ghost In Shell the story was about a malicious computer programmed that evolved on the internet infecting human. In the epic trilogy of the Matrix franchise which the producer himself said it was inspired by the Japanese anime itself, the human body could enter the virtual reality world known as the Matrix. We probably have heard of Astral Projection which was done in a spiritual manner especially by the Muslim Sufi's practitioner and Buddhist monk's with the exception that is not performed in order to get into the virtual world rather than getting in touch with God Himself.  Subhanallah

Another research in progress by the several scientific communities is the usage of computer hardware that was attached internally inside the human body. Some of us have quite known of the high tech prosthetic arms and legs that was  fitted with advance computer technology. Now, they are planning to plant this advance state of the art device into the human body by exploiting the current advancement of nanotechnology. Decades ago, deaf person is cured with this earlier type of machine and now on. The scientist are planning to wired-up the brain so that blind people could see without their eyes open. In 20 year's or less ahead of our time, our boy's in green would probably be armed in advanced state of the art nanosuit that gave them a bulletproof or invisibility like we have seen in the game Crysis.

Next, what's up in my mind?



The Clash of the Titan's!!!

THE RISING TIGER WILL GO ON HEAD TO HEAD ENGAGEMENT AGAINST THE BLUE LION!!!

ALL HAIL FOR OUR NATIONAL TEAM!!!


SHACKLESMITH : THAT's ALL FOR MY SO CALLED 'WORDLESS WEDNESDAY'!!! HOPE YOU ENJOY READING IT AS I'M WRITING IT WITH MY SIMPLEST FORM ENGLISH. MY APOLOGY IF IT WAS BAD. I HAVEN'T BLOGGED IN ENGLISH SINCE 2009.

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Liverpool

MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL

Aku bukanlah peminat setia bola sepak negara baik liga perdana English sekalipun tapi aku disini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan negara kerana berjaya menjaringkan 3 gol terhadap pasukan lawan Liverpool. Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada pemain negara iaitu Safiq Rahim (wah dekat nama aku tu beb!)dan Safee Sali yang telah menjaringkan gol buat pasukan negara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada hero negara ini!!.

Walaupun kalah 4-0 kepada Arsenal tempoh hari (mungkin kerana badi tahun 1999 dulu) tapi harimau kita mampu bangkit semula dengan lebih bermaruah.

LONG LIVE THE ROARING MALAYSIAN TIGER!!!

Akibat Taksub Punya Pasal, Inilah Jadinya..

Semakin hari semakin aku menyampah melihat mentaliti jelik orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya yang terlalu kuat emosi. Lihatlah, akibat taksub menggila pada pasukan bola kegemaran seorang budak lelaki hampir dibogelkan gara-gara memakai jersi Manchester United dikalangan para penyokong Liverpool ketika latihan perlawanan persahabatan tempoh hari.

Bagi aku kalau setakat nak mengusik dan bergurau tak mengapalah. Lagipun apa salahnya kan? dua-dua pun pakai jersi merah jugak. Pernah jugak aku tengok penyokong Red Warrior Kelantan pakai baju MU ngan Liverpool masa match liga Malaysia tapi takdela sampai kena itu macam bro.

Ada yang mengatakan bahawa budak India tu sengaja datang nak provoke sebab tulah pakai baju MU tapi aku tak rasa begitu sebab tengok reaksi wajah macam frust giler jer kena bukak baju MU dia. Yang rasa kena provoke tu adalah penyokong Liverpool pasal gila meroyan tak tentu pasal dengan budak tu.



Shacklesmith : Inilah perangai orang kita, taksub gila babi tahap tonyok tak tentu pasal dengan sesuatu pasukan, parti dan organisasi. Semua nak berlandaskan emosi semata-mata, lagi MEMALUKAN dan menampakkan KEBANGANGAN tahap BEBAL mereka adalah menyokong pasukan luar yang menentang pasukan NEGARA!!!... Bodoh betul peminat bola ni, taksub punya pasal. Patriotisme tolak ke tepi.. Apa sudah jadi dengan generasi muda kita?.. HAPRAKKAH mereka semata-mata..

Thursday, July 14, 2011

Senarai 50 Nama-nama Perniagaan Yang KELAKAR Dan MALANG Bunyinya!!


Setiap premis perniagaan memerlukan nama yang menarik, catchy dan sedap untuk didengari demi menarik perhatian pelanggan. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan ketara di antara nama yang menarik dan tidak masuk akal bagi sebilangan umum yang mengetahui akan kewujudan premis tersebut. Selepas mengulas mengenai betapa lucu dan tak masuk akalnya terjemahan bahasa Cina kepada bahasa Indonesia, kini kita terjah pula koleksi nama-nama kedai yang paling malang sekali diberi oleh pemiliknya sehingga kedengaran agak lucu sekali!

Nasib baiklah kedai-kedai ni semua bukan kat Malaysia, agaknya kalau adalah. Entah dah bankrupt ke tidak, walahualam. Maklumlah, macam mana nak tarik pelanggan kalau nama pun dah tak masuk akal dan jelik untuk didengari kan?. Jom sama-sama kita usha nama-nama premis perniagaan tu!!


















































Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget