Thursday, January 24, 2013

Puisi Sempena Maulidur Rasul





BAPA SEGALA CAHAYA (THE FATHER OF ALL LIGHTS)

Kau adalah perkara pertama yang diciptakan oleh-Nya,    
Dimaksudkan dengan Nur dan diertikan secara majazi,
50 tahun lamanya telah kau bersujud kepada-Nya,
Jauh sebelum  Adam  diciptakan  dari  tanah,

Sesungguhnya kau telah lama wujud,
Jauh sebelum  adanya  sesuatu  di alam ini,
Sebelum munculnya haiwan-haiwan  di muka bumi ini,
Hatta sebelum bulan, bintang  dan  cakerawala  yang menaungi  gugusan  bima sakti ini,

Monday, January 14, 2013

Lady Godiva

Sekali disebut, mungkin ramai tidak mengenali siapakah sosok empunya nama Lady Godiva. Bahkan juga penulis yakin dan tak kurang juga syak lagi, ramai lebih mengetahui akan keenakan minuman hot chocolate berjenama 'Godiva' buatan Belgium daripada sejarah sebenar tokoh yang bernama Lady Godiva ini. Tidak sekali penyanyi baru seperti Lady Gaga.

Hendak saja saya ingin bertanya kepada kalian semua, siapakah sebenarnya cik tuan empunya nama ini dan apakah jasa, legasi dan legenda yang ditinggalkannya dan diwarisi oleh generasi-generasi khasnya kita yang tinggal di abad ke-21 ini?.


Lady Godiva, sebuah nama yang diberi kepada seorang srikandi  bangsawan Inggeris kurun ke-11 Masihi. Beliau merupakan isteri kepada seorang pembesar di Mercia (salah sebuah daerah) di England yang menurut suatu babad (hikayat) kurun-13 iaitu Flores Historarium, dimana beliau sanggup menunggang kuda tanpa seurat benang demi menentang cukai-cukai mencekik lagi memeritkan yang dikenakan suaminya terhadap rakyat miskin.

Tuesday, January 1, 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru Daripada Badut-Badut Sarkas Malaysia


Happy New Year 2013 guys! Diharapkan tahun ini anda semua dapat melakukan muhasabah demi diri pembaharuan rohani dan jasmani daripada badan gemuk berisi kepada kurus atau sebaliknya mahupun daripada malas sembahyang sehingga rajin sembahyang dan melangkah kaki ke masjid bila tiba waktu dan bermacam lagi transformasi positif yang bakal korang tempuhi dan segala azam yang tak kesampaian umpama janji tak ditepati.. Disini aku ada poster menarik hendak dikongsikan bersama korang, hilarious gila beb!



MEREKA AKAN DATANG KE PENTAS PENTAS SARKIS BERDEKATAN ANDA DALAM KEMPEN PRU13 NANTI DENGAN CERITA LAWAK MEREKA.ANDA BOLEH NILAI SENDIRI BADUT PILIHAN ANDA YANG AKAN MEMBADUTKAN ANDA SELEPAS DI PILIH KELAK.JADI BUAT PILIHAN YANG BIJAK..JANGAN SAMPAI KITA DI BADUTKAN MEREKA.


Shacklesmith : Realiti politik negara kita yang tercinta..

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget