Friday, April 22, 2011

Shocking News For All Social Networking Sites Maniac!!

Semalam aku mendapat berita yang tersangatlah mengejutkan (bagi aku jela beb) ketika membuka pelayar laman web Flock (dibuka dalam keadaan Stealth Mode). Secara automatik tertera di depan laman interface beralamatkan [www.flock.com], ianya memaparkan mesej memaklumkan bahawa perkhidmatan web browser baru  percuma yang pernah popular buat seketika waktu iaitu Flock akan bakal ditamatkan tidak lama lagi pada 26 April 2011!!


Sebenarnya aku ni bukanlah pengguna otai kepada Flock kerana aku sendiri baru mula menggunakannya sejak lewat Februari 2011 akibat Google Chrome aku mempunyai masalah untuk upload gambar Facebook dan nak link site address pada wall status. Apa yang buat aku tertarik pada Flock ni adelah kerana ianya merupakan alternatif kepada Google Chrome yang tidak memiliki banyak perbezaan dan tidak mengorbankan  'user friendliness' yang ada pada Google Chrome. Sebagai contoh nak cabut dan tampal balik web browser tab pun tak jadi masalah sebab source code yang sama dengan Chrome iaitu Chromium dan dibina menggunakan layout engine yang sama iaitu WebKit seperti juga Chrome dan Safari. Disamping itu, ciri istimewa yang terdapat dalam aplikasi Flock adalah MediaBar yang memudahkan kita mengurus laman social networking kita ( Facebook, Twitter dan sebagainya). Nak tau lebih lanjut usha features yang aku paste bawah nie. Aku malas nak tulis satu persatu.


Aku masa mula-mula pakai pun ada try Media Bar ni, memang memudahkan sebab kali bukak browser dah terpapar segala status kengkawan Facebook dan Twitter aku. Aku tak nafikan keistimewaan itu berbanding dengan browser lain. Actually, bukan kali pertama aku jumpa ciri-ciri special tersebut. Flock sebelum ni pernah buat Media Bar tu sebagai aplikasi tambahan browser Mozilla Firefox 3. Masa tu tahun 2009 dan aku ada pakai kejap pastu buang sebab berat. Time aku memang obses menggila dengan Mozilla Firefox sebab mana taknya kalau pakai Internet Explorer spyware senang tembus dan Google Chrome tu dah la lembab sebab baru lagi. Cuma masa pertengahan 2010 jer aku beralih kepada Google Chrome sebab Firefox aku buat hal (bengong sebab berat banyak aplikasi yang aku tambah). Dan pada Februari 2011, aku beralih pula pada Flock yang aku pakai sekarang ni. Media Bar pun aku pakai tak lama, sekejap ajer sebab berduyun unwanted cookies dalam lappy aku ni dan aku malas nak scan lama-lama. I'm back using the private option just like the old Firefox and Chrome. Senang sikit kan, tak payah nak buang sampah sarap yang masuk tu.

Berbalik kepada topik sebenar, apa yang pasti penamatan ini ada kaitan dengan pemerolehan syarikat pembangun browser tersebut oleh Xynga (syarikat yang develop game-game dalam Facebook koranglah mcm FarmVille, CityVille, ETC). Buktinya ada di SINI, SINI, SINI dan juga SINI. Maka dengan acquisation tersebut, maka seluruh engineering team and think-tank akan diambil untuk bekerja secara terus dengan Xynga. Apa punya decision nie?(Xynga should think better before closing it down, the browser is much innovative and they can have Mozilla a run for their money). Adakah ini merupakan langkah terbaik?. Bagi saya tidak. Agak menjengkelkan, mereka mencadangkan supaya menggunakan browser lain seperti Chrome dan Firefox sebagai ganti. Apa ke jadahnya, bukankah kebanyakan pengguna mereka adalah bekas pengguna Firefox dan Chrome?. Well, perkara ni bukan menjadi masalah kepada pelayar laman internet di Malaysia tapi segelintir tetap mahukan yang terbaik. Apa pun sekarang ni aku tengah usha browser mana yang terbaik. Aku dah jumpa dan ianya adalah RockMelt. So, Malaysian's come and use RockMelt. Look's kind of awesome I guess. Well, just give it a try. Terbaik untuk Macintosh dan Window.


Shacklesmith : Pembentangan Final Projek aku hari Isnin. Website system aku akan dibentang menggunakan browser Flock. What a farewell for the browser that was easy and very fun to use.


This is probably my last blog entry using Flock web browser.

Tuesday, April 19, 2011

1Malaysia Email? Do we really those whereas we have so many other option to chose with..

Free 1Malaysia E-mail? Thanks But No Thanks Dear Prime Minister



Dear My Beloved Prime Minister,

I was really enthusiastic with the news I read about your announcement today. Its been quit a long time since I wrote my posting in English. For you my Prime Minister and all the IT-superb-technical-savvy consultant around you, I've made an exception on this. The following news from The Malaysian Insider is referred:
PUTRAJAYA, April 19 — Malaysians aged 18 and above will be given a secure 1 Malaysia email account for official purposes said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today. The email account will allow direct and secure communication between citizens and the government, and is part of a new one-stop web portal for government services.
The web portal will be developed by Tricubes Berhad and will provide services such as social networking, online bill payment and citizen application development. “The communications content and infrastructure NKEA is also kick-starting a government initiative to provide a unique and official email account and identification for citizens of Malaysia,” said Najib.
He said that the RM50 million investment would have a GNI impact of RM39 million up to 2015. Further, the 1 Malaysia email initiative will allow direct and secure communications between Malaysian citizens and government as well as enhance delivery of public services.



As your humble citizen, these are my comments:

1. When there are lots of free e-mails out there such as gmail, Yahoo and et cetera, is it necessary for the government to spend money so that everybody has an e-mail account in Malaysia? Me myself have 3 free e-mails. One from @gmail.com, one from @yahoo.com and the other one provided by my employer i.e. my official work related e-mail. I don't think I really need the other one. But I wonder, what my old-non-IT-savvy Mum will do when she receive an e-mail address from you.

2. Do our Malaysian basic needs such as fair salary, nice and comfortable home to stay, electricity and clean water is fulfilled for each and every household in Malaysia before you accepted this free 1Malaysia e-mail from your consultant, Sir?

3. Giving Malaysian a secure e-mail account is not a great ideas as they do not want it secure by Malaysian government. Is it the idea of "Big Bro watching from the above"? "A secure account for official purposes"? From who actually?

4. This so called free 1Malaysia e-mail is developed and managed by a company called Tricubes Berhad. I wonder who own the company. Apparently Tricubes Berhad is a GN3 company. GN3 is basically means that the company is in bad financial health. A loss making company in other words. So does this mean that we shall give them more contracts to sustain their existence?

5. Are these so called 1Malaysia e-mail project funded by our taxpayers money? Ghosh Sir, I have to check back to the ETP website. I wonder the free e-mail is due to sincerity of the government. Then Google must be one really sincere company then. 

Lastly, my dear Prime Minister, I do support 1Malaysia. I really do. But the free e-mail thinggy from your IT savvy consultant and advisor really ridiculous idea and pure wastage of government money. Don't re-invent the wheel. There's no valued add to public communication. That's all my humble opinion Sir. Thank you.

Petikan dari Saudara Khairul Rizal Osman (Cucu Tok Selampit)


Shacklemith Mind Boggling Thought : Aku pun terpikir jugaklah, 
is it necessary for us to have this darn email account just to communicate with the government official's?. Apalah sangat jenama 1Malaysia sampai dikapitaliskan sebegini rupa sampai oleh sebuah syarikat Tricubes Berhad. Aku tak kisah langsung pun kalau mereka gunakan jenama 1Malaysia untuk kerja2 amal dan kemasyarakatan sebagai contoh Netbook 1Malaysia yang diorang bagi pada budak2 sekolah di kawasan pedalaman  Sarawak tak lama dulu sebab motif utama jenama 1Malaysia ini adalah untuk mendekatkan diri pada rakyat lantas ianya boleh digunakan untuk tujuan kebajikan dan sosial. Akan tetapi takkan sampai jenama ni pun syarikat ICT macam Tricubes Berhad ni pun nak 'godam'? Saya tahu Tricubes Berhad will make a lot of money from this too much overambitious project to gains trust from the citizen. Keuntungan yang mereka jana itu bukan dari wang rakyat seperti yang dipertikaikan segelintir. Ya mungkin, tapi bukan untuk jangka panjang.
Hanya peringkat awal saja mereka dapat keuntungan dari cukai yang kita bayar.

Kalau anda semua tahu bagaimana keuntungan yang mereka jana selain dari wang yang dibayar kerajaan untuk usaha 'murni' rajin-rajin perhatikan betul-betul ruangan laman email anda tak kira sama ada Yahoo Mail atau pun Gmail. Perhatikan celah sebalik widget yang tersedia terselit 1-2 IKLAN yang mereka paparkan. Begitulah cara mereka mengaut keuntungan.
Tapi kalau anda terfikir sejenak siapakah pembekal iklan dalam internet ini?. Ya, harap maklum bahawa Tricubes Berhad adalah hak milik Bumiputera dan itu tidak boleh dipertikaikan lagi. Tak percaya cuba check laman bersawangnya. Ok, berbalik kepada online internet advertiser's yang akan membekalkan iklan kepada laman email itu nanti adakah milik Bumiputera?. Semua orang tahu Nuffnang, Innity dan Advertlets bukan milik orang Melayu. So, siapakah yang untung besar sebenarnya?. Adakah kita orang Melayu?.

Kalau melibatkan Perdana Menteri dengan 1Malaysia-nya cepat benar isu ini dipolitikkan, kalau boleh cuba lihat laman blog Old Dirty Bastard ini. Percayalah tak kira murni atau tidak usaha itu tetap akan dikritik, lagi-lagi syarikat yang terlibat adalah milikan Bumiputera makin galaklah anjing-anjing ultra kiasu ini. Yang si bodoh berketayap tu apa lagi, mesti bising APCO mapko punya. Kepada Perdana Menteri, setakat email begini kami tak hairan. Apa sebelum ini kami belum punya email?

Shacklesmith : Just my two cent of thought



Thursday, April 14, 2011

Homer Simpson : Mmm Turkey

Turkey Burger For Miss Turkey

Mengikut strategi marketing, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik minat pelanggan demi membeli produk yang ditawarkan. Macam-macam caralah boleh buat bergantung pada kreativiti entreprenuer tersebut untuk melakukan produk yang dijualnya itu. Paling senang kalau ikut cara tradisional turun temurun warisan Melayu, apa lagi kalau bukan main bomohlah sampai ada yang nak jadi pesaing boleh bangkrap dalam masa kurang seminggu!. Tapi itu cara Melayu yang sudah lapok dek hujan dan lekang dek panas dan tambah lagi kiasu (Malay style)!. Bagaimana pula dengan orang barat?. Anda pernah dengar Carl's Jr.??

Sebut ajer restoran fast food Carl's Jr. orang KL manalah yang tak kenal langsung kan? Boleh dikatakan kebanyakan shopping complex besar-besar macam Mid Valley Megamall, Pavillion, One Utama, The Mines dan entah kat mana lagilah semua ada. Dah hampir 4 tahun dia masuk beroperasi kat negara kita nie. Okey, berbalik kepada cerita mengenai kaedah strategi pemasaran. Apakah strategi yang digunakan Carl's Jr untuk menarik minat pelanggan?. Masih ingat iklan Paris Hilton dalam Youtube lebih kurang 6 tahun dulu?. Haha, kepada sesiapa yang rajin bukak Youtube masa 2006 dulu mesti boleh ingat punya! (masa tu Youtube belom berapa feymes sangat lagi kat Malaysia beb). Aku pun masa tu sekolah dalam Tingkatan Empat lagi bai.


Korang tengok betapa sedap dan nikmatnya Paris Hilton menikmati burger yang enak berlemak berkrim disukai ramai tu!. Kalau nak cubalah mintak sikit dari dia. Tapi tunggu dulu, halal ke burger yang dia makan tu? Setahu aku Jakim pun belum pun bagi sijil halal pada francais tu lagi sehingga tahun 2007. Haha, orang Malaysia pun mana kenal lagi Carl's Jr. melainkan sesiapa yang rajin pergi ke seberang Tambak Johor (Singapore).

Hak tu yang lama punya. La ni macam mana pulak na? Hah, yang tu aku nak habaq kat hangpa semua!. Apa pulak strategi depa pakai la ni. Taktik yang sama, cuma orangnya jer yang tak sama. Tengok balik sub tajuk korang mesti dapat tau punya. "Turkey Burger For Miss Turkey". Dulu Paris Hilton sekarang ni sapa mangsanya kan..?? 'Miss Turkey' ke?. Tengok video yang aku paste kan kat bawah nie. And you shall get answer..





Aku pun pelik, negara Amerika Syarikat. tu punyalah besar gedabak dan mempunyai bilangan Ratu Cantik yang banyak berdasarkan jumlah negeri dalam persekutuan tersebut. Takkanlah tak dapat sorang kot?. Apa sebab depa pilih Miss Turkey Gizem Memic untuk tolong promosikan burger ayam belanda 500 calorie tu?. Alasan mereka kenapa Miss Turkey dipilih adalah disebabkan  "To help you remember our delicious new charbroiled turkey burger, we hired Miss Turkey. To help you remember Miss Turkey, we put her in a bikini. And to help you remember Miss Turkey's bikini, we had it designed with little tiny pictures of our charbroiled turkey burger." Kah kah, nak tergelak aku dengor statement mangkuk hayun nie. Macamlah orang sana tak kenal Ayam Belanda ( Turkey). Tiap-tiap Thanksgiving depa makan bai. Sampaikan hari Thanksgiving tu digelar 'Turkey Day' oleh sebilangan rakyatnya. What a stupid advertisement. Anyway, Carls Jr. memang terkenal di US dengan iklan tolol yang digelar slutburger-nya itu. Sila rujuk SINI. Pelik bercampur kelakar pun ada. Kenapa tak mau ambil yang INI?. Pemenang Miss World tu kot. Haha

Boleh jadilah disebabkan negaranya sebab tu dia dipilih, aduyai mesti mengamuklah puak Ketuanan Bangsa Turkic (Pan-Turanism) kan?. Hahaha, konfem agaknya geng skinhead Neo-Nazi white supremacist KKK dan pro- Pan Turkism akan bertempur di jalanan silap haribulan entah dimana!. Dan lagi satu, di Turki ada ke Carl's Jr.? Boleh rujuk SINI. Kalau ada bolehlah dorang kongsi iklan tu tu tapi kalau takde nampak sangat eksploitasi puak kapitalis jongos ni. Kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam pun tak taulah nak cakap apa. Yang penting kita jaga akidah dan keimanan kita. Negara depa tu macam Indon kecuali depa tu way better and smarter than Indon's ofcourse!! 

By the way, kalau korang nak berkenalan inilah Miss Turkey tersebut. Nama dia Gizem Memic, seriously she's the real Miss Turkey for the year 2010 and she once participated for Miss Universe 2010 in Las Vegas and Miss World 2010 in China. Need to know more about her, care yourself to check out HERE and HERE.
Facebook?? Cari ler sendiri weh. Aku mana tau. KAH KAH KAH KAH KAH. 

Homer Simpson : Mmm... Carl's Jr Charbroiled Turkey Burger
Shacklesmith : Kalau tak nak gemuk tak payahlah makan burger.

Tuesday, April 5, 2011

Video Telah Tersebar Youtube!! Benarkah ini Anwar??

SILA TONTON DI SINI. SAYA TAK BERSELERA NAK MEMUATNAIKNYA.


Bagi penyokong tegar Anwar Ibrahim, memang payah untuk mereka menerima hakikat bahawa lelaki dalam video itu adalah pemimpin 'Anugerah' yang mereka puja selama ini. Ini kerana, minda mereka telah diprogramkan untuk menyokong buta-buta segala tindakan Anwar sahaja sekaligus mengenepikan segala kebenaran mengenai keburukan tingkah laku sebenar pemimpin idola mereka itu. Berikut adalah komentar yang dilontarkan oleh Zul di laman blogger Kickdefella.

zul 
Bagi yang berpegang teguh kepercayaan kpd LeIaki Y video ini tidak memberi kesan apa2,sebab fikiran mereka telah diracuni oleh Lelaki Y.Walaupun diberi pelbagai bukti akan cuba dibantah.Tapi saya percaya 110 peratus didalam video ini adalah lelaki Y.Sebab dari segi wajah dan cara berjalan hampir menyerupai Lelaki Y dan juga cara dia gelak agak serupa..cuma amat malang tiada suara.Perihal buncit..seingat saya lelaki Y pernah berperut buncit dan perut buncit sebesar itu dapat dikempiskan dengan cepat dengan adanya teknologi pengempisan perut di salon2 kecantikkan.Boleh buat sedut lemak dan banyak lagi,lelaki Y.Ape-apehal biarlah Polis meneruskan siasatan.

Dan ini pula adalah contoh mereka yang buta hati untuk menerima hakikat ini bahawa lelaki tersebut adalah Anwar Ibrahim. Dipetik dari komen seorang Anon di laman blog Parpu Kari.


Anonymous said...



Pelakun itu bukan DS Anwar Ibrahim.
Buktinya:

1.) Rambut pelakun hitam dan tebal penuh. Rambut Anwar banyak yang sudah putih dan banyak sudah gugur/jarang.

2.) Gaya jalan/lenggang jauh berbeza dengan gaya jalan/lenggang Anwar.

3.) Leher pelakun lebih gemuk daripada leher Anwar.

4.) Perut Anwar tidak buncit seperti perut pelakun.

5.) Punggung pelakun lebih besar daridpada punggung Anwar.

6.) Kulit pelakun lebih cerah daripada kulit Anwar.

7.) Dada pelakun lebih besar daripada dada Anwar.

8.) Tubuh pelakun lebih gemuk berbanding tubuh Anwar.


FITNAH ini kantoi.
Jelas sangat pelakun itu bukan DS Anwar Ibrahim.
Sorry Mr Mahathir/Najib, you should choose a better movie director.

Sunday, April 3, 2011

Suckerpunch Serius Gila Bebenor Beb!!

Fantasi Menggila Mengalahkan Budak Jantan!!

Kepada sesiapa yang pernah tengok cerita ni memang gilalah. Bukan orang yang tengok tu jadi gila tapi dari segi penjanaan imej, animasi, special effect dan sebagainya yang aku tengok memang betul gila bapak canggih bai!!. Tu belum campur lagi dengan jalan ceritanya yang sifatkan memang betul-betul gila babi sampai babi pun boleh jadi gila siot!!. Filem ni mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Baby Doll yang telah dihantar ke rumah sakit jiwa oleh bapak tirinya yang kaki pukul. Disitulah dia menghilangkan rasa sunyi dalam hidup dengan berfantasi perkara yang bukan-bukan (belom cukup matang ke ape?). Tidak lama kemudian dia dihantar ke sebuah kabaret untuk dijadikan penari tarian ehem-ehem (WTF??!!). Oleh itu, dengan pertolongan rakan-rakan yang tinggal bersamanya. Baby Doll telah merancang untuk keluar dari tempat maksiat tersebut kerana tidak mahu kehormatannya dicabul oleh seorang kepala penyangak yang bernama "The High Roller". Sewaktu dalam kelas tarian untuk buat persiapan menyambut penyangak tersebut. Mindanya telah dibawa ke alam fantasi. Maka disitulah bermula ceritanya.

Kepada sesiapa penggemar filem bercorak fantasi, aksi, fiksyen sains, samurai, naga, robot, zombi dan awek-awek seksi. Inilah filem yang korang mahukan sebenarnya. Kudos kepada Zack Snyder kerana membuat filem yang fantastik ideanya ini. Bak kata pengkritik filem antarabangsa yang menyifatkan filem ini sebagai ala-ala Alice In Wonderland tapi siap dengan mesingan, robot, dan pelbagai benda-benda gempak sebagainya. Inilah yang betul-betul cerita fantasi mengalahkan budak jantan!! Aku yang budak jantan ni pun tak berfantasi ke tahap itu. So, kepada korang brader-brader yang suka akan awek seksi. Shacklesmith cadangkan korang gilah tengok cerita ni. Tak kisahlah, sama ade download guna torrent ke ataupun tengok wayang kalau sempat. Nah yang ni aku bagi contoh gambar pelakon filem tu. Pandai-pandailah korang menilainya ye.


Sambil aku nak tanya korang betul ke awek-awek yang berlakon filem tu seksi dan hot menggila sampai berdarah hidong korang?. Nampaknya bro Obefiend dah bagi jawapan lama sebelum entry ni dikeluarkan lagi. Sila rujuk SINI.. Korang akan dapat jawapannya.

Shacklesmith : Amacam bro??



Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget