Wednesday, June 29, 2011

Pelajar Malaysia Adalah Pasif??


Melihat kepada peningkatan pencapaian peratusan pelajar yang cemerlang dalam ujian SPM dan betapa petahnya mereka berbicara dalam bahasa Inggeris membuatkan aku tertanya-tanya, adakah para pelajar Malaysia setanding dengan pelajar antarabangsa?. Aku bukan nak membandingkan pelajar-pelajar kita dengan Mark Zuckerberg yang teramatlah terer sampai buat website hebat macam Facebook tu untuk menghubungkan manusia di serata. Aku mengaku, aku sendiri pelajar IT tapi belum berkemampuan membina laman web sehebat tu yang mampu memberi kesan terhadap kehidupan manusia sejagat. Blog aku ni pun macam berterabur jer susun aturnya aku tengok belum cukup ciri-ciri interaktif yang memudahkan pengguna. Hanya segelintir ajer yang mampu untuk catch-up tahap Mark Zuckerberg tapi tak seberapa mana. Aku bagi contohlah, hanya satu jer yang boleh bagi kat anda semua iaitu Ezran Baharum yang merupakan graduan Lim Kok Wing yang juga pengasas laman web 1malaysia.com (tapi last-last jadi suam-suam kuku macam myfriends2u.com).

Itu baru aku bagi satu contoh jer, tapi adakah kebanyakan pelajar-pelajar kita memiliki kreativiti tinggi seperti saudara Ezran Baharum tu. Tak usah dipersoalkan mana tempat dia belajar, semua orang tau IPTS tu adalah antara yang terbaik di Malaysia bahkan di dunia. Serba-serbi diajar sampaikan kawan aku (anak peneroka yang menerima biasiswa Felda) dari selatan tanah air yang belajar course Tourism Management pun sempat belajar C++ dengan web building lagi. Cuba anda bayangkan, penting sangatkah pelajar jurusan tersebut menimba ilmu bidang IT. Tepuk dada tanyalah iman. Bagi pendapat Shacklesmith lah, seorang pelajar tu seharusnya menimba ilmu yang bukan bidang dia kerana mana tahu suatu hari mungkin kita amat memerlukannya. Aku bagi contohlah, kawan serumah yang juga bestfriend aku yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu. Beliau merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan tetapi beliau mempunyai ilmu dalam bab selok-belok komputer seperti perisian apakah yang bagus untuk komputer dan juga teknik Adobe Photoshop. Malahan, aku tak nafikan beliau juga lebih bagus dari aku walaupun aku sendiri adalah pelajar IT. Sesungguhnya, itulah dinamakan kreativiti bertempat dan bermanfaat. Amat sesuai dengan keadaan. Bukan setakat tu ajer, kalau anda rajin pergi usha awek-awek pelajar Nursing tak kiralah yang belajar kat Masterskill, SEGi atau mana-mana ajer kolej perubatan kat dalam Tagged dan Facebook. Anda sendiri akan lihat mereka mempunyai bakat meng'edit'kan gambar-gambar peribadi mereka dengan begitu kreatif sekali. Hebat sungguh, sedangkan aku yang punya sedikit kemahiran ni pun takde masa nak sunting gambar aku semua.

Aku terbaca entry yang ditulis oleh blogger Zakhir (Big Dog) mengenai lawatan Datuk Ahiruddin Atan (Rocky Bru) ke Malaysian Multimedia College untuk sambutan Hari Kesedaran Kemanusiaan 2011 di sana. Sewaktu menyampaikan ucapan sebagai blogger jemputan, Datuk Rocky sempat bertanya kepada 80 pelajar-pelajar yang hadir pada tengah hari itu "Adakah kalian semua menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai?". Tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut dan kemudian Datuk Rocky menyambung lagi "Baguslah, kalau peserta Bersih tu turun ke bandar membersihkan segala sampah sarap dan menolong mencuci kereta warga kota demi kebajikan saya sendiri pun akan join, Ambiga harus belajar dari kalian semua!" tambah Datuk Rocky yang menyindir niat jahat Datuk Ambiga menganjurkan perhimpunan haram tersebut. Berdasarkan tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh para pelajar tersebut ketika Datuk Rocky bertanyakan soalan kepada mereka menimbulkan satu tanda tanya. Adakah mereka bersetuju atau tidak perhimpunan itu dijalankan?. Tepuk dada tanyalah iman.

Saya masih ingat tiga bulan lalu ketika bersama-sama dengan rakan sekuliah aku melawat kampus teknologi Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor. Kami merupakan pelajar tahun akhir fakulti pengajian Sains Komputer dan Kejuruteraan dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat. Memandangkan kolej kami (IPTS) menjalankan program usahasama dengan UPM, jadi selepas kami graduasi nanti maka kami akan disambungkan terus menyambung ijazah di UPM jika diberi pilihan kalau kami mahu. Selepas diberi briefing oleh fellow fakulti tersebut kami diberikan ruang untuk bertanya kepada fellow-fellow tersebut apakah yang ingin diketahui lagi mengenai kelebihan fakulti sains dan kejuruteraan komputer UPM. Malangnya, tiada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulut teman sekuliah kami akan tetapi yang sibuk bertanya itu ini adalah pensyarah kami sendiri yang turut serta dalam lawatan tersebut!. Di sini, anda boleh melihat betapa pasifnya pelajar-pelajar kita dalam menghadiri sebarang taklimat, forum, seminar dan kemungkinan besar kuliah mereka sendiri. Mereka tidak akan bertanya selagi tidak disuruh dan disediakan soalan untuk mereka, apa yang mereka tahu adalah DENGAR, DENGAR, DENGAR dan FAHAM (Entah boleh betul faham ke tidak mereka ini?). Mereka hanya aktif di ruang siber saja dan ianya hanya merangkumi perbualan kosong sahaja dan jarang sekali melibatkan perkara ilmiah. Menyedihkan.

Dimanakah silapnya sehingga pelajar-pelajar kita menjadi seumpama burung kakaktua yang hanya mampu mengangguk dan menggeleng sahaja?. Adakah ianya berpunca dari sistem pendidikan kita sendiri yang hanya mementingkan aspek menghafal dan mementingkan untuk lulus ujian penilaian?. Shacklesmith tidak menolak kemungkinan besar tersebut kerana bukti-bukti sudah ada di sekeliling kita. Cuba anda bayangkan sedangkan nak menuntut ilmu agama pun (matapelajaran Pendidikan Islam) pun dipelajari semata-mata nak lulus peperiksaan walhal matlamat sebenar ianya dipelajari adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Patutlah ada yang hadir dalam dewan peperiksaan matapelajaran tersebut tidak bertudung sebab hanya nak lulus paper tu ajer. Begitu jugak dengan matapelajaran Sejarah yang sepatutnya dipergunakan untuk memperkuatkan jatidiri bangsa dan menyedihkan itupun dipelajari oleh pelajar kita hanya untuk lulus peperiksaan. Tidak hairanlah, ada dikalangan pelajar bidang perubatan kedoktoran boleh mempersoalkan apa perlu mereka belajar subjek sejarah sedangkan itu bukan ada kena mengena dengan bidang yang mereka pelajari. Empat tahun lalu, cikgu tusyen aku yang mengusahakan pusat tusyen persendiriannya sendiri mengeluh akan kesukarannya memperoleh guru-guru baru kerana tiadanya karisma dalam diri mereka sebagai pendidik sungguhpun mereka adalah dari kalangan graduan lepasan institusi pengajian tinggi.

Di sini anda semua boleh lihat bahawa dengan sistem yang berteraskan konsep penghafalan dan menitikberatkan soal peperiksaan saja hanya menjadikan sekolah-sekolah kita sebagai kilang menghasilkan  copy and paste graduate yang begitu pasif dalam menangani keadaan sekeliling mereka. Tak guna berderet-deret A dalam SPM tapi kosong dan habuk pun tarak. How many A's you get doesn't guarantees that you are a truly smart person. Apa gunanya kalau lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan tetapi sistem pendidikan kita sendiri gagal untuk mengolah segala kreativiti dan potensi sebenar yang ada dalam pelajar-pelajar kita. Jika tidak diperbaiki ianya akan memberi kesan kepada beberapa generasi akan datang dan kesan-kesannya pun boleh dilihat kini. Kes gejala sosial, maksiat dan buang anak semua berpunca dari didikan agama yang silap sebab mereka hanya belajar agama semata-mata nak lulus peperiksaan sahaja. Kepada kerajaan beringatlah, punca para golongan muda menyokong pembangkang adalah berpunca dari sistem pendidikan sebegini. Bukan disebabkan mereka menentang sistem pendidikan yang sedia ada ini tapi mereka mudah diperbodohkan oleh pemimpin dajal oportunis seperti Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan atas kebebalan mereka yang hasil dari sistem pendidikan yang mereka pelajari dahulu. Minda mereka mudah diprogramkan dan apa yang mereka mampu buat adalah 'angguk-angguk dan geleng-geleng' saja seumpama burung kakaktua dan mungkin sekali lembu dicucuk hidung.

TRANSFORMASI!! berubahlah, kami bukan mahu reformasi kerana yang akan mengambil alih nanti belum tentu perfect lagi berdasarkan muka-muka penyamun yang ada dalam kepimpinan pakatan mereka. Kami tidak mahu anak-anak kami menanggung beban ini lagi dan menjadi bodoh seperti generasi mereka yang sebelumnya. Kami mahukan sistem pendidikan yang lebih berkualiti agar kami berupaya berfikir di luar kotak pemikiran. Dengan adanya sistem pendidikan yang berasaskan aspek kualiti dan creative thinking, lebih ramai graduan berkualiti bakal lahir dan muncul para genius yang mampu sampai ke tahap Leonardo Da Vinci yang mahir dalam bidang sains dan seni.

Shacklesmith : We are mankind, not computer's who can be controlled by other's.

Tuesday, June 28, 2011

Assassin's Creed Versi Untuk Kanak-Kanak Bawah Umur

              Kalau korang semua tengok game video kat atas ni hebat bukan?. Kepada kipas susah mati games sapa yang tak terliur nak main game begini, ada yang sanggup kumpul duit raya nak beli PlayStation 3 atau X-Box 360 semata-mata nak main game ni. Sebenarnya aku dah ulas pasal game ni pada entry yang sebelumnya dalam bulan ni jugak (SINI dan SINI). So, tak terpelulah aku ulaskan pasal game tu panjang-panjang kat sini lagi. Kalau nak diikutkan sistem rating game Eropah dan Amerika, game ini untuk 18 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah umur tak dibenarkan memainkannya. Bagi sapa-sapa yang ade adik tu nampak gayanya terpaksalah korang main game tu sorok-sorok takut kantoi nanti karang adik korang tu nak main pulak. Tapi anda tak perlu risau lagi, pihak Ubisoft telah menyelesaikan masalah anda dengan bekerjasama dengan pihak Lego untuk menghasilkan permainan Assassin's Creed yang tidak mengandungi aksi ganas kategori 18PL sekaligus membolehkan adik-adik kecil bermain game tersebut dalam konsol permainan anda. Perkenalkan, Assassin's Creed : Revelation's (The Lego Version)


Bak kata brader Obefiend, Assassin's Creed memang AWESOME. So, kepada sapa-sapa jer yang tak suka game ni dan membandingkannya dengan game Ninja buatan Jepun. Boleh belahlah korang dengan ketaksuban tak sudah Ke-Jepangan korang tuh. Pada hemat aku, game ni terlalu bernilai untuk dibandingkan dengan game-game Ninja Jepun yang penuh dengan karut-marut anime semua. Di akhir kata ini, Shacklesmith hanya boleh katakan bahawa game Assassin's Creed ini merupakan masterpiece terhebat dunia permainan video pada abad ini. Tiada game yang epic untuk dibandingkan dengannya.

Sekian

Friday, June 24, 2011

Bilalah Video Muzik Lagu Melayu Kita Nak Sampai Ke Tahap Ni...?


            Sungguh tidak terucap dengan kata-kata, itu saja yang mampu aku luahkan perasaan tatkala menonton video klip muzik yang hebat ini. Kepada peminat J-Pop dan Emo sapa tak kenal Gackt bukan? usah cakaplah memang bukan peminat J-Pop asli kalau tak kenal Gackt, begitu jugak dengan peminat style Emo. Tak berjiwa Emo kalau langsung tak tahu siapa Gackt. Okeylah, aku tak sentuh pasal J-pop ke, Emo ke atau apa-apa yang peribadi pasal penyanyi yang bernama pelik bunyinya ni.

Aku cuma nak korang berfikir sejenak tentang video muzik ini yang pada pendapat aku begitu menyentuh jiwa dan perasaan sesiapa yang menontonnya. Pada pendapat aku, tangan-tangan dan buah fikiran kepala kreatif yang menghasilkan video ini memang hebat dan fantastik. Mereka sungguh bangga dengan warisan budaya bangsa mereka yang terkenal dengan jiwa kepahlawan itu sehingga menjadikannya sebagai bahan video klip ini.

Terus-teranglah gua cakap beb, aku tengok video muzik sampai 4-5 kali semata-mata nak menjiwai mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu ini sungguhpun aku tak paham sepatah haram lirik yang dinyanyikan. Setiap paparan babak-babak pertempuran para samurai ini seakan-akan menyentap jiwa kemelayuan aku yang mula mengenal apa itu erti warisan pusaka bangsa. Sehingga menimbulkan tanda-tanya, bilalah klip video muzik kita nak mencapai tahap macam ni. Bosan gak aku ngan klip video cintan-cintun hawa nafsu semua ni bai. Tak habis-habis ngan CINTA, CINTA, CINTA. Balik-balik video klip kat taman bunga.

Apa yang nak dimalukan sangat dengan warisan bangsa ni, budaya kita bukan setakat lemah lembut gemalai macam tarian zapin, inang, makyong, dan joget semua. Tapi kita ada ilmu kepahlawanan mempertahankan diri macam silat dan kuntau. Banyak cerita sejarah yang kita boleh eksploit sebagai contoh perang Melayu Bugis dan Minangkabau atau paling tidakpun perang saudara Selangor dan Pahang. Apa ingat orang Melayu dulu berperang tak pakai armour ke?. Cuba pergi muzium Ngah Ibrahim kat Bukit Larut, Perak and see for yourself. Jangan malu lah dengan bangsa sendiri. Aku haraplah suatu hari nanti persepsi inferiority complex ini berubah dan orang Melayu yakin dengan warisan budaya bangsa kita sendiri.

Shacklesmith : Setakat nak masuk pasaran US lagi baik buat video muzik macam ni daripada yang TUT ni. Adelah pekdahnyer jugak yeop.

Tutorial : Hack Astro Mustika (Menonton Secara Percuma)

Salam,


Setelah seminggu kerja..esok bolehlah santai bersama keluarga. Semestinya dihujung minggu ni korang mesti nak rehat-rehat dekat umah sambil menonton channel kegemaran di Astro.. betul tak?
Tapi alangkah kecewanya bila ada sesetengah channel istimewa yang anda tidak langgan so kalau ada siaran best memang terlepaslah kan.. sebagai contoh di Channel Astro Warna sekarang tengah berlangsung rancangan MAHARAJA LAWAK.. dan ramai kecewa bila rancangan ini dipindahkan ke saluran yang perlu dibayar. Malam nih Finale Maharajalawak...rugi kalau tak dapat tengok. So, jom cuba try teknik di bawah nih untuk menonton Astro Mustika.


ASTRO MUSTIKA


Untuk itu saya baru sahaja menemukan satu teknik dari rakan yang bekerja di Astro bagaimana untuk menonton Channel MUSTIKA secara percuma..

Ingat entri ini akan didelete dalam masa 24 dari sekarang sebab takut kantoi dengan pihak Astro.
Ikuti langkah-langkah dibawah ni.. ** jangan kecoh2 gi tahu jiran ye **

Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
  1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
  2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
  3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
  4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
  5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
  6. Tekan OK untuk pengesahan.
  7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
  8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
  9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK
Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)
  1. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
  2. Langkah terakhir, tekan 130
  3. Saksikan pratonton Mustika.
  4. Untuk melanggan:
  • Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
  • SMS Mustika ke 32888; ATAU
  • Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.




Bang Bang Boom!!Hahaha... Seronok jugak sekali sekala kenakan orang ni. Aku buat macam ni sebab aku dah terkena, so sama-sama lah kita terkena yer. Minta ampun minta maaf. Bergurau dengan sahabat blogger..
('',)

Credits to Anak Teruna

Shacklesmith : Mood tengah sengal lagi sejak kelmarin, sekali-sekala pe salahnyer kenakan korang kan? Hahaha

Thursday, June 23, 2011

Sanggup Berbogel Demi Ikan Paus

         Demi ingin mencapai sesuatu objektif, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun tindakan tersebut boleh dianggap sebagai kerja gila. Begitulah yang dilakukan oleh seorang saintis dari Rusia yang bernama Natalia Avseenko yang sanggup berbogel sambil berenang bersama ikan paus beluga (sejenis speasis yang tergolong dalam keluarga dolfin) di lautan Artik yang sejuk tahap beku bersuhu -1.5 darjah Celcius!.

Wednesday, June 22, 2011

Awful But Funny Simplified Chinese (Mandarin) To Bahasa Indonesia Translation!! (Lucu!! Terjemahan Bahasa Cina Kepada Bahasa Indonesia)


BACAAN 18 TAHUN KE ATAS!!! PENGHIDAP SAKIT JANTUNG DAN BAWAH UMUR TIDAK DIGALAKKAN MEMBACA

Masih ingat lagikah anda semua betapa kelakarnya melihat terjemahan papan tanda dan menu makanan dari Bahasa Mandarin kepada Bahasa Inggeris ketika Sukan Olimpik 2008 di China dulu?. Lihat sajalah di SINI dan SINI, tentu sekali ianya membuatkan anda berasa teramatlah lucu sehingga tak kering gusi ketawa membaca betapa teruknya hasil terjemahan bahasa itu. Lebih teruk dari membaca terjemahan yang keluar Google Translate!.

Monday, June 20, 2011

Al-Fatihah, Pelawak Veteran Zami Ismail Meninggal Dunia

           
            Selepas pemergian M-Rajoli pada tahun lalu kini seorang lagi pelakon veteran mengikutnya pulang ke Rahmatullah. Zami Ismail, nama yang cukup dikenali oleh ramai peminat komedi tempatan dan amat terkenal menerusi sitkom lakonan beliau, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai watak Pak Uda. Beliau menghebuskan nafas terakhir pada jam 10.15 pagi akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang aktif bidang seni lakonan sejak tahun 1980an lagi menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu beliau juga turut membintangi hampir 17 buah filem serta puluhan drama tempatan sehingga turut dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM-9).

Allahyarham juga amat sinonim dengan filem komedi hebat arahan Mamat Khalid seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah. Allahyarham akan turut muncul dalam filem arahan Saiful Apek, Shhh... Dia Datang Lagi yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang turut terkejut atas pemergian beliau menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air. Turut mengikut jejak langkah Allahyarham dalam bidang seni adalah dua orang lelakinya, pelakon komedi Opie Zami dan pengarah drama dan filem Dunia Baru, Mohd Hitler Zami.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Menyambut Hari Bapa


Selamat Hari Bapa diucapkan kepada seluruh Bapa-bapa di dunia khasnya terutama sekali bapa saya yang tersayang kerana telah banyak berkorban dan berjasa buat saya sekeluarga. Segala penat lelah, suka-duka dan susah-payah yang beliau telah alami bersama dengan ibu saya dalam membesarkan kami  adalah sangat kami hargai. Ribuan Terima Kasih Buat Ayahku Kerana Telah Banyak Berjasa Pada Kami.


 Belasungkawa
           Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan takziah kepada bekas pengembara berbasikal yang pernah menunggah basikal dari China ke Asia Tengah, Zahariz Khuzaimah atas pemergian ibu beliau pagi tadi. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok selepas terjatuh ketika menyertai acara walkathon yang diadakan oleh pengurusan Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara. Secara peribadinya ibu saya amat mengenali arwah kerana tinggal di kawasan kejiranan yang sama dan kerap kali juga bertemu di masjid. Allahyarham akan selamat dikebumikan pada petang ini selepas solat Asar ini. Al-Fatihah

Saturday, June 18, 2011

Konti Radio Terbako!!! Ishh, Ishh, Ishh..!

          Alamak konti radio mana yang terbakar ni?. Panik betul aku dibuatnya, kalau betul konti radio terbakar aku dengar apa tiap-tiap pagi bila nak pergi kerja?. Aduyai, bala bala bala. Sapalah nak bagi info trafik kat aku tiap-tiap pagi ni.

Yeah, jangan panik pulak anda di luar sana ya. Shacklesmith saja buat suspen tapi entah menjadi ke tak tau lah. Haha, buat anda yang pendengar radio sekalian yang belum tahu lagi. Di sini Shacklesmith nak memaklumkan bahawa ikon kebanggan Kampung Pisang, Perak iaitu Usop Wilcha atau dikenali juga sebagai Shy8 telahpun menyertai stesen radio terkemuka Hot FM!.


Nampak gayanya adelah teman buat Fafau bercakap loghat Perak sama-sama kan. Selama ni pun Fafau mula dikenali dengan loghat Peraknya masa 1st x2 jadi Deejay dulu. Bertambah meriahlah konti Hot Fm jadinya, bertambah panas gara-gara terbako akibat kehangatan yang dibawa Usop Wilcha.

Shacklesmith : Yeah!! Hidup Kampung Pisang!! Oppss... hidup Usop Wilcha!! :D :D :D

Friday, June 17, 2011

Mak Korang Tak Ajar Ke Supaya Jangan Membazir??

1 - M'sian wasted 930 tons of food per day.
2 - Non Revenue Water of 40 % (national avg).
3 - Highest percentage of carbon emission.
4 - Reserved Margin of 52.6% or 10 00 MW (as claimed by DAP) but yet TNB import another 180 MW from Singapore..

The culprit...too much subsidy....food, fuel, water and power.........


Baca SINI untuk penerangan lanjut.


            Aku ni sebenarnya penjimat orangnya, walaupun kadangkala aku boros sedikit berbelanja apabila terjumpa barang kehendak hati. Tapi bukannya selalu pun, ade certain-certain masa saja begitu itu kalau aku tengah masyuk. Kalau aku sengkek jangan haraplah nak berbelanja besar bagai semua. Kalau keluar makan pun aku sanggup pergi warung tak berdinding semata-mata nak makanan murah. Jangan tak percaya aku tak pernah top-up handphone selama lebih sebulan beb!. Serius tau, memang ada masanya aku penjimat sangat orangnya, tapi kalau nak kata kedekut tu takdelah. Haha, iya mungkin sesetengah orang berkata begitu pada aku tapi terpulanglah pada mereka nak menilainya. 


Aku bukan kedekut mana pun bai, kalau member nak mintak belanja aku no hal ajer. Kedekut-kedekut ada banyak jenisnya, nak buat cara mat jawa konfem memang payah nak kautim. Kalau hitam-hitamlah, kalau putih-putihlah. Susah nak dapat trust deme sebagai member, melainkan isteri yang pandai mengambil hati (berdasarkan pemerhatian aku. kalau bini tu nurse atau stewardess memang BOLEH melembutkan hati wak jawa yang 'kedekut', betul tak? hahaha). Tapi bagi mat jawa, deme tak kedekut. Cuma jimat, ingat cerita Tangkai Jering lagi tak?. Haha, itu mat jawa tapi aku bukan jawa. Aku BANJARIAN, yeah Perak mari punya beb. Sapa berani kacau tuduh gua kedekut memang akan kena libasan parang panjang sampai terpelanting kepala masuk longkang. Jangan main-main sama gua erk. Haha, main-main jerk yeop. 


Ok enough with that balik kepada cerita kita semula, korang rasalah kan. Korang sanggup tak habiskan sepinggan nasi goreng ayam yang korang order?. Aku rasa kalau korang lelaki mungkin sanggup tapi adakah jikalau anda perempuan anda sanggup menghabiskan nasi goreng tersebut?. Saya dapat rasakan bahawa 80% mengatakan tidak larat nak menghabiskannya. Ini berdasarkan pemerhatian akulah sepanjang mengusha awek-awek di kedai makan. Memang kebiasannya mereka akan meninggalkan quarter ajer daripada nasi goreng yang dimakan itu. Bagi aku tak ke membazir?. Untunglah kalau ada balak perot macam tong sampah, sapu ajer leftover you'ols kan?. Hehe, bagi jer kat Shacklesmith boleh tolong habiskan. Kerana sayang semua okay ajer, tapi itu kalau datinglah. Tak dapat bayangkan pula kalau korang keluar bersama kawan-kawan sesama perempuan. Konfem akan lebih banyak makanan terbazir semua!. Aku tak dapat bayangkan berapa tan-tan nasik yang akan dibazirkan oleh gadis-gadis ini. Muahahaha


Alright ladies, janganlah marah. Aku tau korang semua bukan begitu. Tapi fikirkanlah, kita hidup bersenang-lenang tak pikir pasal susah ke?. Makanan tu elok dibeli patut dihabiskan jela. Apa salahnya pun tak mati kita telan semua melainkan tercekik. Aku ingat lagi anak menakan aku yang baru darjah satu, makan Coco-Crunch tapi tak habiskan susu. Terus jer taruk mangkuk tu atas washbasin dan aku punyalah mengamuk marah dia kenapa tak habiskan susu tu. Aku cukup pantang kalau orang bazirkan makanan. Budak-budak kat negara miskin berebut-rebut nakkan makanan tapi budak-budak kita sanggup bazirkan lagi. Itu tak menghargai rezeki Allah namanya tu. Percayalah, kalau begitu sikap kita tak mau berubah, Allah Taala akan tarik balik rezeki yang diberi-Nya daripada kita suatu hari nanti. 


Sana sini semua orang bising harga minyak naiklah, makanan naiklah, dan segala macamnya naik!. Balik-balik pusing cerita kerajaan zalimlah curik duit rakyat semua tarik subsidi. Macam biasalah, pembangkang akan tumpang kaki buat isu macam-macam nak burukkan kerajaan. Akhirnya bermulalah segala macam cerita yang entah diragui kebenarannya. Memang senang nak menuduh tapi apakah mereka yang berada di atas tampuk pemerintahan tu benar-benar berkuasa terhadap harga barang?. Apa dorangkah yang menjual barang keperluan kepada kita?. Pembangkang hanya pandai cakap ajer tapi adakah mereka punya kemahiran untuk menyelesaikan masalah tersebut?. Usahkan nak menguruskan harga minyak, nak menyelesaikan masalah kecil pun dorang buat-buat tak reti. Inikah pemimpin yang profesyional?. Silap-silap lagi teruk daripada apa yang kita ada selama ini. Jangan nak mencuba benda yang belum tentu baik, entah-entah itu yang memang tak baik.  Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Mujur negara kita selamat dari gempa bumi dan gunung berapi semua tapi sayang sungguh ada manusia yang tak reti berterima kasih atas limpahan rezeki dari Illahi ini.


Shacklesmith : The mind boggles.. (T_T)

Wednesday, June 15, 2011

Apokalips : Filem Mamat Khalid Paling SERIUS!!!

             
       Akhirnya, trailer filem terbaru arahan Mamat Khalid telah keluar di laman video Youtube. Filem yang diberi tajuk Apokalips ini telahpun dihebahkan kepada media selepas tamat menjalani penggambaran lagi pada lewat Julai 2010. Kebiasannya kan, kalau kita sebut saja nama Mamat Khalid mesti kita bayangkan filem komedi yang diarahkannya. Sebut saja nama filem Man Laksa, Rock, Zombi Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah yang telah mencetuskan fenomena akibat dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-wataknya yang begitu catchy sekali dan mencuit hati sampai Usop Wilcha jadi famous. Pertama kali Shacklesmith tengok trailer ni, dah terbayang filem-filem barat yang mengisahkan dunia post apokaliptik seperti V for Vendetta, Children of Men dan I Am Legend. Yang menambahkan keunikannya adalah tambahan aksi seni mempertahankan diri. Ini aku rasa boleh jadi batu loncatan bagi pengarah hebat seperti Mamat Khalid untuk keluar dari kepompong filem komedi. Kepada siapa yang belum menonton teaser trailer yang baru ditayangkan di Youtube tu. Silakan.
Filem yang aksi post apokaliptik pertama negara ini bakal ditayangkan kemungkinan besar mungkin sebulan dua lagi. Mengisahkan dunia yang nazak di akhir zaman yang mana segala bentuk ketamadunan dunia musnah dan manusia berperang antara satu sama lain. Shacklesmith tertanya-tanya juga adakah watak jahat utama dalam filem ini bermata satu?. Terbukak cerita The Arrivals pulak dah aku!. Hahaha, apa pun jom baca sinopsis filem ni.


Sinopsis Apokalips (sumber dari Qimie.com)
SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
Shacklesmith : Serius gila beb, lagi serius ya amat dari Lang Buana!!

Kecelaruan Identiti.. Wujudkah Bangsa Malaysia??

           Kecoh minggu sudah pasal seorang YB muda Hannah Yeoh nak mendaftarkan anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai bangsa 'Malaysia'.  Pada pendapat akulah, dalam pembentukan sesebuah negara memanglah bangsa Malaysia itu wujud tapi bukanlah sebagai identiti kaum. Namun yang menjelikkan apa sebab nak dia dan suaminya nak membubuhkan nama kaum anaknya sebagai bangsa 'Malaysia'. Kenapa nak kontroversi?. Kadang-kadang aku kesian jugaklah kepada anaknya, Shay Adora Ram. Mana taknya, baru jer keluar dari perot emaknya. Terus dijadikan bahan untuk kepentingan politik. Cuba saudara sekalian fikir sejenak, adakah benar-benar wujud apa yang kita kata sebagai 'bangsa Malaysia'?. Renungkan persoalan di bawah wahai saudaraku sekalian.

Siapa Orang Malaysia tu?
What then is the Malaysian race? 
What language should a Malaysian speak? 
What culture and mannerisms? 
What shared values and philosophies? 
What inner-consciousness? 
What sense of shared identity
What sense of shared destiny?
 Layakkah mereka memperjuangkan untuk menghapuskan kotak kaum di dalam borang pendaftaran kelahiran anak sedangkan parti yang dia (Hannah Yeoh) perjuangkan sendiri adalah parti yang memperjuangkan sekolah berasaskan bahasa ibunda sehingga bahasa tersebut lebih diutamakan dari bahasa kebangsaan?. Adakah wujud apa yang dinamakan sebagai 'bangsa Malaysia' sekiranya sekolah sebegini dibenarkan berkembang biak di bumi Malaysia?. Ikuti statement bangang yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Forcing Hannah and Ramachandran to choose either Indian or Chinese is repugnant when they just want their child to be known as Malaysian,” Lim said.
“By deliberately forcing us into ethnic boxes BN is not celebrating diversity nor creating a common Malaysian identity, but opportunistically playing divide-and-rule politics,” the Penang chief minister added, criticising the ruling Barisan Nasional coalition.(sumber The Star, June 9)
Banyak negara di dunia menyediakan kotak kaum tersebut bertujuan untuk memudahkan statistik tapi adakah ianya menyebabkan dasar pecah dan perintah. Hanya golongan yang KIASU saja percaya kenyataan yang sedemikian. Yang menjadi punca perpecahan kaum sekarang adalah sekolah dan akhbar vernakular!. Inilah media utama menyuburkan sikap perpercahan ini. Tanda bangsa pada IC takkan memberi sebarang kesan kepada perpaduan kaum melainkan sikap yang ditunjukkan bangsa tersebut kepada dasar pendidikan.

Berbalik kepada YB muda berkenaan, selepas gagal mendaftarkan bangsa anaknya maka teruslah beliau mendaftarkan anak sebagai bangsa Cina sedangkan suaminya yang merupakan bapa kepada anak tersebut berbangsa India?. Ini menimbulkan persoalan, apakah surname anaknya sedangkan kaum Cina memang ditentukan melalui surname-nya. What Chinese surname she should be carrying if her father wasn't a Chines at all?. Sepatutnya, apa saja bangsa adalah hendak ditentukan dengan bangsa bapanya dan bukan bangsa ibunya melainkanlah sudah melangkau beberapa generasi melalui proses perkahwinan. Apakah perasaan anda jikalau anda suaminya kerana keturunan itu dianggap maruah bagi anda.

Shacklesmith : Inilah yang dinamakan HIPOKRIT!!! Nak jadi satu bangsa tapi sekolah perkauman taknak pulak dihapuskan.

Sunday, June 12, 2011

Sungguh Aku Tak Sangka!! Red Warrior boleh kalah?

        Semalam aku berjalanlah ke Kuala Lumpur seorang diri. Tujuan aku hendak ke Times Square, apa yang aku buat kat sana rasanya tak perlulah aku bagitau ye. Hehe, tak penting pun. Selepas aku turun dari kereta Avanza akak aku kat stesen LRT Bandaraya dekat belakang Sogo tu, dari bawah tangga nak naik stesyen tu. Aku terlihat segerombolan budak-budak pantai timur tengah nak turun ke bawah tangga. Aku tertanya jugaklah, bukan main lagi demo berjalan. Ada apa di KL? takkan nak melepak saja kot.

Aku perasan kebanyakan dari memakai baju serba hitam putih siap dengan cap Ganu Soccer lagi. Barulah aku teringat, rupanya malam tu ada perlawanan bola sepak final piala FA antara Kelantan Vs. Terengganu. Patutlah ramai orang Terengganu datang ke Kuala Lumpur. Disebabkan rasa nak melepaskan hajat maka aku pun pergilah masuk ke Sogo dulu. Dalam Sogo termasuk dalam tandas tu fuhh, ramai sungguh budak-budak Terengganu. Lama aku jugaklah aku beratur dalam tandas tu sampai rasa keluar pergi cari tandas lain pun ada, tapi apakan daya. Aku dah terbayar 30sen kat makcik depan tu. hahaha

Selesai jer aku melepaskan hajat aku, terus aku berangkat menuju ke stesyen LRT. Budak-budak penyokong T-team lagi sampai aku pelik mana perginya penyokong-penyokong Red Warrior? Takkan berkubang dalam swimming pool kat hotel kot. Maklumlah cuaca kan panas terik gila tengah hari tu. Sorang pun tak nampak kat Sogo tu. Nasib baiklah aku terserempak dengan sekeluarga yang memakai baju merah. Rupanya ada lagi penyokong Red Warrior, ingatkan ghaib tak muncul-muncul hari tu. Apa pun semasa atas platform menunggu nasib baiklah aku jumpa ramai lagi penyokong Red Warrior. Yeah, demo tetap ado. Gomo Kelate Gomo!! Tak jadi langsung aku nak post dalam Twitter pasal mana perginya penyokong Red Warrior di Kuala Lumpur.

Sewaktu tren aku nak bergerak, aku terpasang satu pasangan yang paling unik sekali. Seorang brader yang berusia dalam lingkungan awal 30an bersama isterinya. Si brader pakai baju merah sementara si akak yang bini brader tu pakai baju hitam putih. Pergh, sempoi gila siot abang ngan akak tu. Walaupun sebagai sepasang suami isteri tapi mereka menyokong pasukan yang berbeza. Boleh jadi jugak mereka berasal dari dua negeri berkenaan. Sepanjang perjalanan melintasi stesyen Masjid Jamek, Plaza Rakyat sampailah ke Hang Tuah memang dipenuhi oleh kedua penyokong pasukan dari dua negeri pantai timur tersebut. Betapa bersemangatnya mereka berkampung di Kuala Lumpur dari tengah hari lagi. Kalau aku konfem aku akan lepak-lepak dalam hotel dulu ataupun menumpang di rumah dan kawan. Lihat betapa passionate nye mereka. Yeah, Semangat semangat!!

Dalam Times Square toksah cakaplah, dalam tu pun ramai jugak penyokong-penyokong pasukan bola sepak datang berkampung sementara menunggu match di malam hari. Aku singgah sekejap di Wendy's untuk menikmati juadah tengah hari. Dari dalam aku tengok memang ramai penyokong-penyokong Red Warrior's yang terdiri dari golongan muda. Masa nak bersolat zohor pula dalam surau penuh dengan mat-mat ganu. Aku beratur punyalah panjang beb. Ketika aku nak balik di luar stesyen Hang Tuah pun aku terdengar mat-mat kelate bertempik sesama mereka. Fuyoh, 'racing' belum start lagi sudah bakar ekzos ke brader. Relak-relak.

Turun di Masjid Jamek pun aku nampak lagi kelibat-kelibat penyokong Red Warrior dan T-Team sampai dalam terowong Putra LRT pun ader beb. Sampailah aku turun di Bangsar untuk menaiki teksi balik rumah aku. Pak cik teksi tu tanya awal-awal lagi ramai tak budak pantai timur kat Kuala Lumpur tadi, aku pun angguklah sebab memang betul pun. Malam tu aku ni bukanlah kaki layan bola sangat sebab aku sebok install driver untuk laptop aku yang baru diformat ini. Selepas segalanya selesai aku bukalah Facebook. Dari situ aku dapat tau yang Terengganu menang piala FA malam tu. Sungguh aku tak sangka. Yelah, risau jugak aku dibuatnya, kalau akibat kegagalan Khairul Fahmi menjaga gol Kelantan dari dibolosi pasukan Terengganu. Takut terkesan kena team kebangsaan pulak. Sudahlah dia penjaga gol national team. Apa pun aku harap kegagalan beliau ketika permainan malam tadi tak memberi apa-apa kesan terhadap prestasinya sebagai pemain negara. Selamat berjuang di Doha, Qatar Khairul Fahmi!.

Shacklesmith : Majulah sukan untuk negara!!!

Friday, June 10, 2011

Will.i.am Lupa Lirik Masa Concert..?? Otai Mana Boleh Lupa Lirik Bro..


                Agak-agak kan, boleh tak korang hafal semua lagu Black Eyed Peas?. Bagi peminat fanatik semua Shacklesmith  rasa konfemlah boleh kan sebab lirik dia punyalah catchy gila sampai anak buah aku yang umur 3 tahun pun boleh hafal. Setakat lagu I've got it from my mama tu kacanglah. Semua peringkat umur boleh hafal. Bukan lagu tu ajer, hampir semua lagu. Bagi performer's macam  Will.i.am, mustahil dia boleh lupa tapi begitulah berita yang Shacklesmith dapat dari Twitter baru-baru ni. Pelik tapi benar.

Will.i.am Lupa Lirik??


So, apa pendapat korang selepas menonton yang dipaparkan tu?. Benarkah beliau tak boleh hafal lirik lagu tersebut sebab tak tahan dengan cara berpakaian french dude kat sebelah dia?. Adakah dia nak jawab mesej yang dihantar oleh Cheryl Cole. Adakah ianya satu gimik persembahan sebab nak menunjuk-nunjuk handphone baru Android/Blackberry-nya(aku pun tak pasti brand apa) kepada peminat? Atau beliau benar-benar terlupa lirik lagu tersebut?. Aku pun tak berapa sure tapi korang nilailah sendiri.


Shacklesmith : Tak minat B.E.P, lagu makin lama makin mengarut.

Thursday, June 9, 2011

Demo Gameplay Assassin's Creed Revelation's Di E3 2011

        Semenjak dari siri pertama lagi, Assassin's Creed never ceased to impressed me with it's outstanding game play and unique storyline. Banyak skil-skil baru yang di update kan ke dalam game hebat ini demi kepuasan para pemain sebagai contoh cara berlawan dengan musuh. Penambahan ini memang amat perlu demi menandingi game-game ninja buatan Jepun selain dari mengekalkan mood ke-Eropah-an yang menjadi teras penceritaan game ini. Selain itu, flying fox juga ditambahkan ke dalam permainan sebagai satu ability untuk mengkomplementasi pergerakan parkour dan leap of faith (terjunan bebas dari cerun dan bangunan tinggi). Aku memang tabiklah kepada team-team developer Assassin's Creed ni. Mereka memang kreatif dan AWESOME!.


Kegigihan para krew syarikat Ubisoft dalam memperbaikkan mutu permainan video teragung dekad ini memang patut dicontohi oleh para-para penggiat IT tanah air. Diharapkan para pelajar bidang IT di IPTA dan IPTS seluruh negara khasnya pelajar bumiputera perlu berani dalam menceburi bidang game ini agar berupaya menghasilkan karya-karya seni interaktif yang terbaik sehingga berupaya menembusi pasaran antarabangsa sebagaimana juga filem Merong Mahawangsa yang diterbitkan KRU. Berbalik kepada game ini, kepada siapa-siapa yang ada PS3 dan Xbox 360. Sila save budget untuk beli DVD original game ni bulan 11 depan!. (kalau korang nak beli cetak rompak RM10, lantak koranglah). P/S : Aku pun beli budget jugak brader ;)

Shacklesmith : KRU ada bukak studio untuk filem di Cyberjaya. Agaknya bila untuk industri game pula ya? Teringin jugak aku nak main game buatan Malaysia kat PS3 dan X-box 360.

Wednesday, June 8, 2011

Artis Dan Pengarah Tegur Gambit Saifullah.. Lepas Ni Bolehlah Maki Diorang Pulak Bro

Setelah menerima kritikan pedas dari para bloggers Malaysia akibat dari video muzik yang tak senonohnya dan ditegur pula oleh Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah dalam Mingguan Malaysia ahad lalu yang dikatakannya sebagai memalukan umat Islam dan orang Melayu secara amnya. Kini, giliran 'rakan sepermainan' beliau pula yang menegur beliau. Puncanya, adalah disebabkan beliau membandingkan 'hasil karyanya' dengan hasil karya penggiat seni yang lain. Jom terjah komen yang diutarakan oleh Khir Rahman dalam Twitter kepada Gambit Saifullah.

Good point, well said bro ;)

Dan ini pula reply tweet's dari Gambit Saifullah pula kepada Khir Rahman.

Mentaliti tong sampah mana yang kau cakap ni bro?.
Aku tertanya-tanya juga, mentaliti mana yang si Gambit nak cuba terangkan?. Kenapa, salahkah kita menegur perkara-perkara mungkar sebegini?. Kau cakap nak tembus pasaran US tapi kau tau tak bila dah masuk Youtube satu dunia boleh tembus kecuali China!. Mentang-mentanglah, Youtube tu kerajaan tak berhak nak tapis sebab server hosting dekat US jadi suka hati engkau ajer nak masukkan video apa-apa yang kau suka. Benda-benda ghairah yang kau arahkan tu bukannya BUDAYA kita jadi kami berhak untuk menegur!.  

Orang veteran macam Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga turut tampil membuat kenyataan media bahawa tindakan Gambit menghasilkan video tersebut dianggap tidak bermoral selain dianggap mencemarkan imej negara. Selain itu, beliau juga turut menasihati Gambit jangan menyamakan muzik video-nya dengan filem Anu Dalam Botol.

“Jangan Gambit bandingkan filem Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia. Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran.”
“Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,”
Shacklesmith : Dengar tu bro, Sasterawan Negara dah bersuara, penggiat seni yang senior-senior pun turut sama menegur lu. Sebagai orang baru, cubalah tolak ke tepi ego tu dan dengar pandangan orang veteran seperti mereka. Dalam soal moral, akhlak, akidah dan adab. Tiada istilah ketinggalan zaman atau mentaliti sempit. Siapa yang malukan siapa?. Tepuk dada tanyalah iman.



Trailer Assassin's Creed Revelation's Baru Dah Keluar!!

      
         Setelah sekian lama Shacklesmith menunggu sejak seminggu sudah akhirnya trailer terbaru untuk siri video game paling epik terhebat di dunia Assassin's Creed : Revelation's keluar jugak dalam Youtube!. Rasanya belum terlambat Shacklesmith nak mengulas pasal siri terbaru game ni maklumlah punyalah jenuh aku menunggu masa 6 haribulan tu tapi tak keluar jugak. Last-last, semalam keluar jugak akhirnya. Maklumlah, timing kita dengan Amerika mana nak sama kan. Dekat sana lambat satu hari. Shacklesmith sendiri memang dah lama menyimpan hasrat nak buat review pasal game memandangkan tiada review yang dibuat berbahasa Melayu setakat ni. Apa pun, mari kita lihat video trailer terbaru yang dikeluarkan untuk E3 ni.


Daripada siri yang pertama sekali sampailah yang terbaru ni, bagi Shacklesmith-lah. Game ini memang AWESOME!!. Lebih hebat dari mana-mana game ninja yang dikeluarkan oleh produksi Jepun. Sebagai peminat games, aku memang tabiklah pada krew-krew Ubisoft sebab menghasilkan kelainan dalam game ni untuk lari dari cliche game ala-ala ninja. Ditambah dengan penggunaan 'hidden blade' yang begitu dahsyat sekali ketika membunuh musuh, nothing much to say but it's breathtaking to kill the enemy in such way that only an ultimate assassin's of the medieval age could imagine. Yelah, dulu mana ada silence pistol kan?. Justeru penggunaan hidden blade ini memang make sense.

Setelah membawa kita meneroka Perang Salib Ke-3 sebagai seorang pengikut Syiah Ismailiah yang bertariqat  Nizariyah di Syria pada tahun 1191 Masihi melalui watak Altair Ibni Al-Ahd pada Siri pertama tahun 2007, kemudian menjadi penggerak di sebalik tabir kebangkitan semula Eropah pada era Renaissance di Itali pada lewat kurun ke-15 dan awal kurun ke-16 sebagai Ezio Auditore Da Firenze pada siri Assassin's Creed 2 dan Assassin's Creed : Brotherhood. Kini siri terbaru membawa kita meneroka Empayar Khilafah Islam Turki Uthmaniah pula yang ketika masih lagi di awal kebangkitannya. Maka bermulalah pengembaraan Ezio Auditore sebagai seorang mentor Assassin's yang kini telah lanjut usianya walaupun masih gagah bertempur.

Ceritanya bermula selepas Ezio membebaskan Itali dari ancaman saki baki tentera salib Knight Templar dan sejurus selepas itu beliau tertanya-tanya apalah nasib hidupnya jikalau beliau bukan seorang Assassin's. Akibat dibelenggu persoalan tentang identiti sebenar dirinya sendiri maka ianya telah membawa beliau 'pulang' ke tanah asal moyangnya Altair Ibni Al-Ahd di kota Masyaf, Syria yang ketika itu telah dikuasai oleh Templar's. Ketika di sana, beliau mendapati terdapat sebuah ancient artifact (Pieces of Eden?) yang terkunci rapat dan hanya boleh dibuka oleh lima kunci iaitu Seals of Altair.

Pengembaraan beliau tidak terhenti setakat itu saja dan ianya telah membawa beliau ke ibu kota kekuasaan Khalifah Islam Turki Uthmaniah di Istanbul yang telah diperintah semenjak pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih lebih 50 tahun sebelum siri Revelations ini bermula lagi. Dimana di sana beliau mendapati sekumpulan pengkhianat khalifah yang terdiri dari anggota Templar's merancang untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniah tersebut. Disana jugalah bertemu dengan bakal sultan muda, iaitu Putera Sulaiman dan akan membantu putera tersebut. 

Mampukah Ezio Auditore yang telah lanjut usianya membantu putera mahkota tersebut menghapuskan pengkhianat-pengkhianat tersebut dan sekaligus membawa kebangkitan Empayar Khilafah Islam Uthmaniah yang akan menggoncang dan mengganggu gugat kekuasaan Knight Templar's (Freemason) di Eropah??. Kita sama-sama tunggu November ini.

Shacklesmith : Sapa-sapa yang ada PS3 dan Xbox 360 apa lagi?. Beli jangan tak beli beb :)

Sir Richard Branson : Ikon Lelaki Moden Berjaya


Berbekalkan kebolehannya sebagai seorang usahawan, pengembara, pencinta alam dan juga memiliki sikap dermawan. Maka tak hairanlah, Sir Richard Branson layak menjadi ikon role model kepada lelaki moden zaman sekarang. Jom kita renungkan satu per satu kebolehan dan sikap positif yang beliau miliki supaya boleh dijadikan contoh buat kita lelaki zaman moden untuk melangkah maju ke hadapan.

Usahawan - Beliau lebih dikenali sebagai pengasas kumpulan Virgin yang terdiri dari lebih 400 anak syarikat yang merangkumi sektor atau industri muzik, komunikasi, minuman dan yang paling terkenal sekali syarikat penerbangannya Virgin Airlines. Sebuah syarikat penerbangan terkemuka di dunia sehingga menjadi inspirasi kepada Datuk Tony Fernandes.

Pengembara - Beliau telah mengembara ke segenap pelusuk dunia tidak kira sama ada melalui laut dan udara. Beliau juga sempat memecahkan beberapa rekod dunia dalam beberapa acara. Richard Branson merupakan seorang yang sanggup mengambil risiko demi memuaskan hati dan perasaannya untuk menginginkan sesuatu pengalaman hidup yang cukup berharga.

Pencinta Alam - Hasrat beliau untuk membasmi pencemaran dunia dan sekaligus menyelamatkannya dari kesan rumah hijau supaya dapat berteduh paling tenang buat generasi akan datang menyebabkan beliau menjadi seorang tokoh pencinta alam yang sangat dihormati dan disegani.

Pejuang Kemanusiaan - Beliau juga telah berkempen di serata dunia untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear, membantu mangsa-mangsa peperangan Darfur, membina sekolah-sekolah untuk warga miskin di Afrika, dan selain itu juga membantu puluhan ribu golongan yang tidak bernasib baik di serata dunia melalui kutipan derma dan sumbangannya.

Pada pandangan Shacklesmith lah, tak salah kalau nak kita nak berusaha supaya berjaya dalam hidup lebih-lebih lagi kalau kita ni sebagai ahli perniagaan. Nak jadi usahawan kita kena berani mencuba dan jangan takut untuk mengalami kegagalan seperti yang diceritakan oleh Billi P.S. Lim dalam buku Dare To Fail. Yang penting jangan jadi kiasu!.  Jangan cantas rezeki orang dan pijak bangsa kita sendiri. Kalau boleh tolonglah sesama umat. Balik pada Richard Branson ni, memang banyak sikap dia yang boleh kita contoh. Tapi yang ini boleh ke kita contohi?. Tepuk dada tanya iman.












Shacklesmith : Well, nobody is perfect anyway kan. Tapi macam nilah bila orang tu dah kaya gila sangat. Haha

Monday, June 6, 2011

Gadis Bawah Umur Yang Mengaku Sudah Tiada Dara Bunuh Diri??

Beberapa hari yang lalu, heboh diperkatan mengenai seorang gadis yang masih bersekolah (kena buang ke tidak?) yang mengaku sudah tidak mempunyai dara lagi akibat berhubungan badan secara luar nikah dengan bekas kekasihnya.

Sayang sungguh, gadis comel tersebut masih lagi di bawah umur dan sepatutnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan bukannya sibuk bertukar jantan dan bermadu kasih dengan mana-mana jejaka apatah lagi dengan usianya yang masih muda. Ternyata pengakuan beraninya amat menggemparkan seluruh komuniti blogger di Malaysia dan mengundang 1001 kutukan dan kritikan pedas. Sepatutnya keaiban diri sendiri tak patut didedahkan lebih-lebih lagi perihal berkaitan dara dan teruna  kerana itu urusan kita dengan-Nya sahaja. Biarlah Dia yang menghukum segala dosa kita.

Baru-baru ni Shacklesmith dapat berita bahawa gadis tersebut telah membawa diri ke Kuantan dan telah membunuh diri. Shacklesmith tertanya-tanya juga, dalam banyak-banyak tempat di Lembah Kelang ni kenapa Kuantan pula dipilih. Agaknya. kat situlah cinta pertama dia bersemi kot?

Apa pun kita nak tahu lebih lanjut SILA LAYARI LAMAN INI.

zzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssss!!!

Hello Brader Gambit.. Baru Nak Mintak Maaf?

        
           At last, akhirnya pengarah video muzik yang penuh kontroversi Gambit Saifullah telah memohon maaf kerana 'menganjingkan' para bloggers beberapa hari yang lalu dalam Twitters. Tulah bro, baru kau tau betapa tinggi langit dan bumi. Kalau dalam bab politik para bloggers lah bertanggungjawab menentukan baik buruk kerajaan dan pembangkang, setakat dalam dunia artis dan hiburan apa lagi. Senang gila beb. Bukan ada parti yang tolong naungkan kau wahai Gambit. Bersyukurlah bro, kitorang jugak yang tolong 'popular'kan kau. Nak harapkan video youtube tu?. Emm, boleh ke..?

Credit's to The Garang


Tapi aku tertanya jugak dengan siapa yang dia mintak maap?. Barangkali, adakah dengan makcik dan pakcik iaitu ibubapa kepada kanak-kanak yang telah tertengok muzik tak senonoh arahan dia dalam Youtube tempoh hari?. The same question's baffled me and The Garang. Please be more specifics when apologizing dude. 'Mintak maaf' is general and it could the other's and isn't us the bloggers. Selain itu, aku pun masih meragui keikhlasan dia beb, tengoklah kan. Sapalah nak fitnah dia, dia yang terfitnah diri dia sendiri dengan memburukkan nama mengarahkan video penuh berahi dia tu.

Nak mintak maaf pun baru sekarang padahal dah hampir 2 minggu video arahan dia tu dikeluarkan. Tu pun kalau tak kerana keluar Pancaindera (Mingguan Malaysia) sampai diulas video tersebut oleh seorang tokoh sasterawan negara barulah terhegeh-hegeh nak mintak maaf sekarang. Tapi kalau dah menggelarkan para bloggers anjing tu silap besarlah. Orang Melayu memang pantang digelar dengan kata-kata kesat sebab terlajak perahu boleh undur, terlajak tutur kata mana boleh bro. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badanlah binasa!.

Sedarlah, kalau kau duduk zaman 1990an tu bolehlah nak elak kontroversi sebab bahan-bahan gosip disiarkan sebulan dan seminggu sekali jer oleh mainstream media macam Mangga dan Pancaindera semua. Sekarang ni zaman para bloggers bro, even pihak mainstream media pun dah take note pasal golongan bloggers ni semua. Blogger's nak bukak cerita bukan setakat satu kali sehari jer. Banyak kali dalam sehari pun boleh kalau dia nak.  Tulah, sapa suruh keluarkan video tu tak senonoh tu lagi.

Aku harap kau insaflah bro, jangan cari pasal buat kontroversi siarkan video muzik yang entah apa-apa tu lagi. Kononnya nak tembus US market pulak. Padahal, perlu ke buat seksi-seksi. Kita Malaysia banyak lagi caranya. Kalau tak insaf jugak tak nak terima kritikan blogger cari jelah kerja lain. Even, kalau tak mau jugak cari kerja lain dan berdegil nak bergelumang dalam dunia hiburan aku sarankan kau pergi jumpa Najib dan Anwar takpun Tok Guru Nik Aziz untuk belajar macam mana nak jadi telinga kuali tahan segala kritikan blogger's. Dorang dah lali sangat kena kritik. Ade berani? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Shacklesmith : Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.

It's D-Day In Europe.. But Not In Malaysia

Hari ini dalam sejarah


The Normandy landings, also known as Operation Neptune were the landing operations of the Allied invasion of Normandy, inOperation Overlord, during World War II. The landings commenced on Tuesday, 6 June 1944 (D-Day), beginning at 6:30 AMBritish Double Summer Time (GMT+2). In planning, D-Day was the term used for the day of actual landing, which was dependent on final approval.
The assault was conducted in two phases: an airborne assault landing of 24,000 BritishAmericanCanadian and Free Frenchairborne troops shortly after midnight, and an amphibious landing of Allied infantry and armoured divisions on the coast of France commencing at 6:30 AM. There were also decoy operations mounted under the codenames Operation Glimmer and Operation Taxable to distract the German forces from the real landing areas.[4]
The operation was the largest amphibious invasion in world history, with over 160,000[5] troops landing on 6 June 1944. 195,700[6]Allied naval and merchant navy personnel in over 5,000[5] ships were involved. The invasion required the transport of soldiers and material from the United Kingdom by troop-laden aircraft and ships, the assault landings, air support, naval interdiction of theEnglish Channel and naval fire-support. The landings took place along a 50-mile (80 km) stretch of the Normandy coast divided into five sectors: UtahOmahaGoldJuno and Sword.

Dulu nama allied military landing. Sekarang jadi terms baru dalam tentera.
D-Day is a term often used in military parlance to denote the day on which a combat attack or operation is to be initiated. "D-Day" often represents a variable, designating the day upon which some significant event will occur or has occurred; see Military designation of days and hours for similar terms. The initial D in D-Day has had various meanings in the past, while more recently it has obtained the connotation of "Day" itself, thereby creating the phrase "Day-Day", or "Day of Days".[1] On the same principle, the equivalent terms in FrenchBasqueRomanian and Slovenian are Jour JE egunaZiua-Z, and Dan D.[citation needed]
The best known D-Day is June 6, 1944 — the day of the Normandy landings — initiating the Western Allied effort to liberate mainland Europe from Nazi occupation during World War II. However, many other invasions and operations had a designated D-Day, both before and after that operation.[2]
The terms D-Day and H-Hour are used for the day and hour on which a combat attack or operation is to be initiated. They designate the day and hour of the operation when the day and hour have not yet been determined, or where secrecy is essential. For a given operation, the same D-Day and H-Hour apply for all units participating in it.
When used in combination with numbers, and plus or minus signs, these terms indicate the point of time preceding or following a specific action. Thus, H−3 means 3 hours before H-Hour, and D+3 means 3 days after D-Day. (By extension, H+75 minutes is used for H-Hour plus 1 hour and 15 minutes.)
Planning papers for large-scale operations are made up in detail long before specific dates are set. Thus, orders are issued for the various steps to be carried out on the D-Day or H-Hour minus or plus a certain number of days, hours, or minutes. At the appropriate time, a subsequent order is issued that states the actual day and times.
In spacecraft launchings, NASA utilizes the term 'T-Time' for the timing of the launch sequence down to the second (rather than M-Minute and S-Second), as in the expression "T minus 10 seconds and counting" for their countdown clock.
When referencing a local time zone, "Zulu" refers to Universal Co-ordinated Time (formerly Greenwich Mean Time). For other zones see list of military time zones.

Shacklesmith : Aku pencinta sejarah tanpa mengira batasan sempadan.

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget