Memang tak ku sangka. Sudah sebulan lebih rasanya aku tak mengupdate laman blogger lama aku especially selepas update ucapan Selamat Hari Raya (Satu-satunya Post aku untuk tahun ni dalam blog tu) akibat entah apa ke benda nya entah (maybe kena hacked kot, walahualam). Aku memang tak sangka lah, mungkin hadiah terbaik untuk cuti semester ni. Baru tadi aku bukak Nuffnang aku dan ianya membuatkan aku terkejut beruk merasakan kegembiraan yang tak terhingga. Sejujurnya, aku memang nak korang kongsikan kegembiraan aku ini. Korang nak tau apa cerita. Jom! meh sini follow aku tengok bahan buktinya.
Nah, tengok carta pai yang aku tampalkan tu. Tak terbayang aku, betapa fofulernya (sekadar meminjam ayat Azwan Ali) blog lama aku sampai ke Brazil dan Malta pun ada yang sudi meluangkan masa mengusha blog aku yang tak seberapa indah tu. Apalah yang hebat sangat pun. Pemiliknya malas nak mengupdate sebab asyik Facebook jer 24/7. Mana tak terlayan blogger tu kan beb?. Aku pun sebenarnya kesengkekan idea tak tau apa nak taruk kat blog aku yang satu tu. Hurm, takkanlah nak suka hati copy-paste hasil tangan orang pulak kan? Itu kerja penciplak namanya. Kaut untung dari advertisement Nuffnang pun sebab kerja mencetak rompak juga. Ish, ish, ish. Tapi niat aku nak 'membelog' bukan nak kaut untung brader. Niat aku jadi blogger sebab nak sebarkan maklumat. Jadi kenalah profesyional sikit. Setelah aku selidik punya selidik statistik kata kunci yang digunakan untuk mencapai blog aku tu baru aku tahu. Posting aku yang mana paling popular.
Mengikut statistik yang dikeluarkan. Pihak berkuasa mendapati, posting mengenai 'ibadah haji' mendapt rating tertinggi iaitu 6 hits diikuti dengan 'coffee town' dan 'orang sunat'(Aik? bila masa pulak aku cerita pasal budak kena potong anu nih!!??) yang masing-masing mendapat 4 hits. The rest pulak, berkenaan dengan perihal Old Town White Coffee dan Hashashin. Seingat aku, memang aku ada merujuk pasal puak Syiah Ismailiyah Naziriyah tu masa aku bercerita pasal game Assassin's Creed 1 yang aku main guna XBox360. Jadi tak mustahil la orang jadikan blog aku sebagai open source. Hah, berkenaan dengan berapa banyak pendapatan Nuffnang aku ni. Buat masa ni tak perlulah aku nak berkongsi dengan korang semua. Nanti ada pulak yang gatal-gatal minta belanja. Jangan ingat kedekut pulak ya. Tapi biarlah rahsia. :)
So kesimpulannya, dengan pencapaian blog lama aku yang boleh dikatakan sebegitu baik ni. Aku membuat keputusan untuk bekerja lebih keras memantapkan isi kandungan blog aku yang baru ini agar lebih dinamik, efektik dan pro-aktif di Malaysia (Takdela aim besar-besar sangat, Apo gilo ko jang). Aku berharap mendapat segala inspirasi untuk menjana idea-idea yang kreatif supaya dapat menghasilkan posting yang terbaik. Insyallah.
Regards, Salam sejahtera buat semua
No comments:
Post a Comment