Tuesday, September 4, 2012

Gadis Iran Dimata Lelaki Melayu



Dalam kampusku ada awek,
Awek Iran tak pernah kulihat,
Awek Iran namanya Fazeleh,
Awek yang sangat cantik!
Hey!
Awek yang cantik!
Hey!

Ewah-ewah, apa motif si Shacklesmith tu menyanyi lagu empat rangkap yang dikarangnya sendiri sorang-sorang dikala waktu petang yang panas terik ini?. Berbunga-bunga pulak lebih-lebih lagi selepas menyambut Aidilfitri ni. Apa kesnyer doh?. Adakah beliau sudah sangkut dengan gadis Iran bernama Fazeleh itu?. Apa kata awek-awek Melayu tatkala terdengar khabar bahawa seorang jejaka Melayu sedang berhasrat untuk memperisterikan seorang gadis Parsi?. Ohh, jawabnya mereka pula  "Poyo siot!, kitorang peduli apa weh. Banyak lagi mamat Lombok, Bangla, Nepal, Myanmar, ngan Negro di luar sana yang menunggu untuk 'membaham' tubuh badan kitorang kalau lelaki-lelaki Melayu sendiri sudah tidak mahu ambil peduli lagi pada kami!".


Walaubagaimanapun Shacklesmith peduli apa!, berbekalkan semangat LANTAQ BIAQ PILAH, IKUT SUKA AKU PEDULI APA, dan THE HELL I CARE!. Ada aku kisah sangat ke dengan kritikan mereka. Lagipun aku bukanlah jejaka idaman malaya sehensem Aaron Aziz yang boleh dibangga dan diidamkan wanita dan juga dicemberui lelaki. Aku juga punya hati, perasaan dan pendirian peribadiku yang sudah merasa bosan saban hari melihat gadis-gadis sebangsaku yang fizikalnya tak cukup tinggi dan berhidung pesek! Nak tengok pun dah tak lalu, AKU BOSAN!, BOSAN!, BOSAN!.



Maaflah wahai pembaca sekalian lebih-lebih lagi kaum wanita, jikalau dua perenggan nukilanku di atas agak kasar bunyinya kerana kotak fikiran vokabulariku sudah mula bermain dengan ayat-ayat bombastik lantaran jari-jemariku sudah lama tidak berblogging. Hakikatnya, kata-kata aku bukanlah mewakili pendirian peribadiku. Ia hanyalah fiksi semata-semata sebagai pembuka cerita kepada tajuk entriku pada hari ini. Jujur aku nyatakan disini bahawa aku tidak punya sebarang perasaan cinta pada gadis Iran bernama Fazeleh itu. Aku hanya mengagumi beliau sebagai seorang wanita yang punya kecantikannya tersendiri dan paling penting sekali beliau adalah sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah SWT yang tiada cacat dan celanya.


Jujur aku akui bahawa aku punya obsesi yang mendalam terhadap wanita cantik. Bagiku, ianya itu adalah suatu perkara yang lumrah bagi seorang lelaki untuk menggilai wanita rupawan. Akan tetapi, obsesiku itu bukanlah bersandarkan nafsu berahi semata-mata. Bahkan, ianya tidak lebih daripada salah satu tarikan pesona yang datang dari mata terus ke hati. Bagiku ianya berbeza sama sekali dengan naluri mencintai seorang wanita. Pada firasatku, kecantikan wanita itu punya kuasa tersendiri yang mampu menjadi senjata paling ampuh bagi wanita lemah untuk menundukkan ego seorang lelaki!. Bukankah lelaki mudah cair dengan air mata wanita, lebih-lebih lagi yang mengangis itu berwajah cantik!. Kecantikan wanita juga mampu menghancurkan kehidupan seorang lelaki ke dalam kancah yang lebih hina. Di dalam riwayat hidup Nabi Adam A.S juga tercatat kisah anaknya, Qabil membunuh Habil semata-mata berebutkan kembarnya yang lebih cantik wajahnya itu. Malahan, menurut legenda Yunani Kuno, Perang Trojan bermula apabila Helen, isteri Menelaus raja Sparta diculik oleh Paris, iaitu raja Troy disebabkan kecantikan tiada tandingan yang dimilikinya sehingga Christopher Marlowe, pemuisi dan sutradara Inggeris kurun ke-16 menyifatkan Helen sebagai memiliki wajah yang "mampu melancarkan 1000 kapal!" (the face that launched a thousand ships). Meskipun peristiwa ini diperdebatkan oleh sejarawan sebagai satu mitos, sekiranya ia sejarah nyata berapa ramai nyawa terkorban gara-gara peperangan tersebut?.  Hanya kerana sang Raja gila perempuan, nyawa rakyat dipertaruhkan!. Bagiku, cantik itu adalah suatu perkara yang subjektif. Meskipun wanita A tampak cantik dimata lelaki A. Akan tetapi, tidak semestinya pandangan lelaki A itu dipersetujui oleh lelaki B. Senang ceritalah, setiap individu mempunyai selera yang berbeza. Bak kata pepatah Inggeris "Beauty lies in eyes of the beholder". Takkanlah korang nak paksa orang Kelantan untuk menyuruh orang Melaka akui yang budu tu lebih sedap dari cencaluk!.



Namun begitu, disebalik aura dan kuasa yang dijana melalui kecantikan seorang wanita. Tersirat jua kelemahannya. Seperti biasa, setiap kelebihan pasti ada kelemahannya (cons). Kecantikan seseorang wanita itu juga mampu memakan dirinya semula. Semakin cantik wanita itu, semakin naik daunlah jantan-jantan yang berada di sekelilingnya. Maka risiko wanita cantik tersebut untuk diperkosa atau dirogol jantan oleh jongos itu teramatlah tinggi. Jikalau tidak dirogol sekalipun, mungkin mata-mata si jantan miang ini meliar mengintai segenap inci tubuh badan wanita cantik tersebut. Alangkah malangnya, tak pasal-pasal menanggung dosa 'bersubahat' menipiskan iman lelaki. But seriously, aku fikir orang perempuan tak sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini sebab bukan dorang yang mengawal nafsu lelaki.



Walaupun aku amat mengagumi wanita-wanita cantik, akan tetapi apabila berdepan dengan mereka aku secara tiba-tiba diserang perasaan malu yang teramat sangat sehingga menyebabkan aku berasa gugup dan gementar sampai nak tercabut jantung aku daripada soketnya.


Setiap ada kamu,
Mengapa jantungku berdetak lebih kencang,
Seperti genderang mahu perang..
Setiap ada kamu,
Mengapa darahku mengalir lebih cepat,
Dari hujung kaki ke hujung kepala..
Begitulah keadaanku tatkala berdepan wanita-wanita yang kurasakan cantik. Lirik lagu "Sedang ingin bercinta" lantunan kumpulan Dewa menceritakan segalanya. Aku memang lemah apabila berdepan mereka!
Berbalik kepada gadis Iran bernama Fazeleh ini, ketika minggu pertama bertentang mata di bilik kuliah boleh dikatakan aku tersangatlah segan dan berasa malu-malu. Almaklumlah, aku sebelum ni masa diploma dulu mana pernah bertembung ngan foreign student. Aku dulu pelajar di kolej biasa jer yang mana tak pernah langsung mengambil mana-mana pelajar luar. Inilah pengalaman pertama aku bersua muka dan menegur pelajar asing lebih-lebih lagi orang Iran. Selama ni aku hanya bertembung dengan orang Iran pun ketika berjalan-jalan di Times Square ataupun KL Sentral. Nak tegur pun haramlah sebab konfem sukar untuk fahami lughah Parsi mereka yang pekat itu ditambah pula dengan sikapku yang teramatlah pemalu. Lantaran itu, boleh dikatakan Fazeleh-lah yang memulakan conversation diantara kitorang berdua. Blushing dowh gua beb!. Tak sangka rupanya juga ada awek berhidung mancung bak seludang menegurku. Disebabkan beliau duduk di kerusi sebelah dalam makmal komputer itu. Pada pengamatanku, orangnya cerah berseri-seri bak gadis Eropah Timur, berdagu tirus diserikan pula dengan bibir yang merah halus laksana mawar mekar. Trust me fellas, you wont find this features on our pure blooded local girls!.



Amboi-amboi puji melebih-lebih pulak gua kat awek Iran tu beb macamlah dia tu gadis tercantik yang pernah kulihat. What a pleasure to have a small chat with her. Dia siap suruh aku teka lagi umur dia berapa which surprises that she's actually a year younger than me!. Disebabkan aku sering dilabel sebagai budak skema oleh rakan-rakan sebangsa ku yang maka lain maka butir-butir perbualan kami berdua adalah lebih menjurus kepada pengetahuan am dan sosio-politik diantara kedua buah negara iaitu berkaitan Malaysia dan Iran. Apabila aku bertanya pada gadis Iran yang jelita ini mengapa memilih untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia lantas dengan ringkas beliau menjawab. Kerana Malaysia adalah "negara Islam yang amat terbuka menerima orang luar khasnya Timur Tengah". Tatkala daku mendengar penjelasannya, berlegar-legar pula difikiranku "Isle hok lagu mano". Aku tercengang mendengar kata-katanya bukan kerana aku punya persepsi yang sama dengan babi tonyok kaki suka maki hamun dikala bulan mengambang malam nan hijau. Akan tetapi aku teringat akan perbezaan kedua buah negara yang tidak sama mazhab Islam mereka. Ini kerana Iran didominasi Syiah manakala negara kita Malaysia pula umum diketahui majoriti kaum Melayu mengikuti fahaman Sunnah Wal Jamaah sama seperti Tanah Parsi sebelum terbentuknya Dinasti Saffawiyah pada kurun ke-16 Masihi dahulu. Malahan, tiada kompromi bagi penganut Syiah di negara ini. Mungkin sekali atas dasar campurtangan pihak istana zaman dahulu yang mahukan nusantara didominasi fahaman As-sunnah Wal Jamaah sekaligus mengekang fahaman Syiah dari berleluasa. Dikhuatiri sekiranya penganut Syiah berjaya menghapuskan dominasi Muslim Sunnah dari dalam struktur hierarki rakyat yang menguasai tampuk pemerintahan negara maka secara tidak langsungnya menggugat kuasa sultan!. 

Sensitiviti umat Melayu Islam Nusantara terhadap Syiah pada hari ini bertitik tolak dari sikap penganut Syiah sendiri yang seringkali menyumpah seranah dan mengeluarkan kata nista terhadap Siti Aishah dan para sahabat junjungan besar kita. Kalau dah perangai mereka sendiri macam haram jadah, lepastu menyiksa diri pada hari Ashura bagai dirasuk Iblis masih bolehkah kita bertolerensi?. Tepuk dada tanyalah selera. Berkenaan dengan pelancong Timur Tengah pulak, korang boleh tengok dimana port pilihan mereka selalu melepak. Di Jalan Damai?, Bukit Bintang?, dan Bandar Sunway?. Adakah itu kawasan penempatan orang Melayu yang kononnya seagama dengan mereka?. Persoalannya, mengapa mereka suka ke sana?. Sekali, tepuklah dada anda dan tanyalah selera. Berbalik kepada si gadis Iran tadi, kesempatan berbual dengan beliau adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Mungkin disebalik ketegasan ketika Revolusi 1979 lebih 30 tahun dahulu dan menangani ancaman seteru paling wahid mereka, Israel dan Amerika membuatkan kita memberikan persepsi, manyangka mereka garang-garang belaka. Oh, tidak sama sekali. Pada hematku, Fazeleh tidaklah sebegitu. Tidak seperti gadis tempatan lain jikalau kita membuka cerita mengenai politik ataupun hal ehwal am yang lain. Mereka langsung tidak mahu mengambil tahu akan perkara tersebut kerana apa yang berlegar di dalam kepala otak mereka hanya termaktub dengan benda clique seperti 'boyfriend',tengok wayang, K-Pop 
dan sebagainya.




Aku teringat ketika 2 tahun dahulu sewaktu aku menonton wayang berseorangan cerita Prince of Persia : The Sand Of Time. Disebelahku duduk sepasang (aku tak pasti sama ada suami isteri ataupun kekasih) warga Iran yang saling berbual akan setiap babak filem ini meskipun wayang masih berjalan. Cara berpakaian mereka, jangan cakaplah beb. Gua sendiri pun tak pasti sama ada mereka benar-benar berasal dari Iran ataupun komuniti diaspora Iran di negara barat. Cuma apa yang nyata, mereka berdua berbicara dalam bahasa Parsi yang tidak langsung ku fahami. Nevertheless, I did felt very irritated with them. Apabila tiba babak antagonisnya Nizam, si bapa saudara Prince Dastan berjumpa dengan Zolm, ketua Hassansin di Alamut (one of the coolest scene of the movie, sadly i cant find it on Youtube). Aku mula perasan si lelaki mula menceritakan mengenai Hassan Ibni Sabbah si ketua Hashashin (The real Assassins) yang pernah berdiam di kota Alamut, Iran pada kurun ke-11 dan 12 lalu. Walaupun berasa agak terganggu dengan perbualan mereka, akan tetapi terbit rasa kagum pada keduanya atas berbangga dan menghayati sejarah bangsa mereka. Tidak seperti bangsa kita yang mana jarang sekali pasangan suami isteri mahupun kekasih membicarakan hal berkaitan sejarah bangsa. Aku sendiri tidak berapa paham mengapa orang Melayu kita bersikap sedemikian. Apakah ianya berpunca dari sikap ignorance ataupun inferiority complex yang membelenggu sebahagian besar umat Melayu kita?. Ada juga yang menyatakan semakin pekat darah Melayu totok yang mengalir dalam pembuluh darah seseorang, semakin kurang IQ seseorang itu. Ini dibuktikan dengan level 'kecerdikan' para pembantu dan pekerja import dari Indonesia yang rata-ratanya berdarah totok. Sejujurnya,aku tak percaya langsung teori maha karut marut itu. Bagiku kecerdikan itu bergantung pada hasil usaha daya tuan empunya badan itu sendiri. Kalau kurang berusaha maka bodohlah orang itu. The role of Race and culture doesn't necessarily played an important factors for it. selain itu, faktor malas juga mungkin menjadi punca utama mengapa bangsa kita memiliki sikap tersebut.


Di dalam kuliah, mereka mempunyai gaya tersendiri untuk menghayati pelajaran. Misalnya, di dalam kelas lukisan. Teman senegara beliau, menyiapkan latihan yang diberi pensyarahku sambil mendengar muzik dan berbual-bual dengannya dalam bahasa Parsi!. Apa yang menghairankan aku, walaupun mereka rancak berbual. Namun, kerja yang diberi tetap siap!. Berbeza dengan anak sebangsa kita yang selalunya buat kerja sambi berbual-bual memang konfem takkan siap!. Komitmen mereka sedikit sebanyak mengingatkanku akan tokoh-tokoh intelektual mereka pada zaman dahulu seperti Ibnu Sina, Umar Khayyam, Al-Biruni dan ramai individu yang pernah mengukir nama dalam sejarah ketamadunan manusia. Pengaruh budaya dan linguistik Parsi di Nusantara juga bukanlah perkara asing bagi bangsa Melayu yang menghuni tanah semenanjung dan kepulauan bertuah ini. Terdapat beberapa perkataan yang berasal dari istilah Parsi seperti "bandar","syahbandar","kota","anggur","ustaz","dewan" dan banyak lagi. Selain, pengaruh seni Parsi jugak tidak terkecuali menyerap ke dalam kebudayaan Melayu seperti boria dari Pulau Pinang dan muzik ghazal dari Johor. Sebagai contoh, mereka mungkin terkeliru jika kita memberi maksud sebenar "Bandar Sunway" kerana bagi mereka istilah bandar itu hanya merujuk kepada pelabuhan sedangkan "Bandar Sunway" itu sendiri terletak jauh dari kawasan pantai. Mereka biasanya menyebut kawasan penempatan manusia sebagai "kota". Ada sesetengah dialek mereka pula menyebut kota sebagai "kalah". Sebagai contoh nama negeri Kedah sendiri besar kemungkinan berasal dari istilah ini. Besar kemungkinan ianya juga boleh menguatkan teori kononnya Merong Mahawangsa belayar dari Parsi bersama Putera Rom untuk ke China.


Kota = Keto = Kataha = Kadaram = Kalah = Kedah

Jika beginilah betapa kuatnya pengaruh mereka di alam Nusantara ini. Besar kemungkinan terdapat pertembungan sejarah yang berlaku di antara dua ketamadunan ini suatu ketika dulu. Sebelum wujudnya pusat pengajian tinggi awam dan swasta, mereka tertarik dengan hasil bumi utama kepulauan Melayu iaitu rempah-ratus.


Di Nusantara sendiri suatu ketika dahulu, terdapat juga tokoh-tokoh yang diduga berasal dari tanah Parsi seperti Syeikh Siti Jenar yang terkenal dalam hikayat wali songo di tanah Jawa di kurun ke-15. Aku berpendapat pada waktu itulah kebudayaan Parsi mula diserap oleh budaya Melayu. Tahukah korang bahawa curiosity mereka terhadap Dunia Melayu Nusantara sejak berlaku lebih ribuan tahun dahulu pada awal abad masihi lagi. Ketika zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, ramai pedagang dari tanah Arab dan Parsi berlabuh dan berdagang di pelabuhan utamanya seperti Lembah Bujang. Dalam catatan sejarah Timur Tengah pada kurun pertengahan lalu, mereka menyebut kerajaan Srivijaya sebagai Zabag bersempena nama kerajaan Savaka yakni Funan yang wujud lebih awal lagi sebelum kebangkitan Srivijaya. Melalui hikayat Sinbad dalam epik 1001 Malam, mereka membayangkan Maharaja Srivijaya memiliki kekayaan yang melimpah ruah jauh melebih Khalifah Arab itu sendiri hasil perdagangan global yang diusahakan mereka ketika kegemilangan tamadun Melayu Pra-Islam. Disamping itu juga, mereka turut membayangkan Maharaja Melayu itu berdiam di singgahsana yang diperbuat daripada emas dikelilingi gundik-gundik yang bertelanjang bulat. Although this mights sounded as over exaggerated erotic fictions, we may never knew the truth. Kita tidak boleh menyangkal kebenaran bahawa Raja Melayu ketika itu teramatlah kaya-raya kerana Empayar Srivijaya adalah empayar Melayu terbesar pernah wujud setakat ini.



Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya atau kurang senang akan tindakanku memaparkan gambar seksi dan berahi seorang model kelahiran Iran (yup, she's indeed Iranian) dalam tampalan ku hari ini. Untuk apa tujuannya?, hanya ingin memperbetulkan persepsi anda mengenai negara berkenaan yang kebiasaannya orang Melayu kita fikir kaum wanitanya berpurdah saja sepanjang masa. Lagipun bukankah tampalan ini bertajuk "Gadis Iran Dimata Lelaki Melayu". Ala beb, korang tengoklah sendiri apa fantasi liar mereka terhadap wanita Melayu pada kurun ke-16 dahulu. Walau Srivijaya lenyap ratusan tahun sebelum itu, akan tetapi fetishism mereka terhadap wanita "Zabag" tak pernah padam. Sebagai contoh di bawah, apakah benar gadis Melayu di zaman Srivijaya mandi telanjang depan pedagang asing di tepi sungai?





Aku yakin, kalaulah para pendeta Melayu dari Kesultanan Aceh dan Johor-Riau terbaca akan senaskhah ini mungkin mereka sudah pengsan akan betapa liarnya fantasi karyawan Syiah ini. Sebenarnya, tujuan aku menulis tampalan ini untuk menyampaikan pengetahuan am untuk dikongsi bersama pembaca sekalian. Aku faham, kalau tulis panjang-panjang pun majoriti orang Melayu bukan nak baca pun. Pemikiran kepala otak mereka simplistik sangat. Jadi aku selang selikan dengan gambar model supaya lebih menarik dan menambahkan sense of curiosity dikalangan pembaca semua. Fazeleh? Beliau hanyalah watak sampingan sahaja dan bukan cerita utama yang inginku sampaikan.

UNTUK PENUTUP, IF ANY OF YOU FELT OFFENDED! FEEL FREE ASKING ME TO DELETE THIS ENTRY. THANK YOU..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget