Err, tunggu! Apakah selama ini aku terlepas pandang semenjak dilahirkan pada bulan Julai 1990?. Benarkah kebaikan seorang wanita itu diukur melalui pemakaian tudung?. Tidak dinafikan lagi, aspek penampilan sipolan itu mencerminkan sahsiah individu tersebut. Umpamanya, kalau berpakaian skimpy dedah sana-sini macam tranny baru lepas pekena plastic surgery nak tunjuk 'aset' terbarunya maka sah-sahlah akhlak tuan empunya badan yang memakai itu buruk akhlaknya. Kita pun boleh tengok sendiri perempuan-perempun yang berpakaian tidak cukup kain di kelab-kelab, kabaret-kabaret mahupun lorong-lorong belakang mati, perangai mereka umumnya memang tidak senonoh.
Tapi kalau dipikir dengan kepala logik, apakah semua wanita yang bertudung itu baik-baik belaka laksana an angel coming down from heaven?. Gua bukan berniat langsung nak memperlekehkan wanita bertudung apatahlagi nak memberi persepsi negatif pada mereka.
Cuma aku tertanya-tanya, apa gunanya bertudung kalau perangai pun macam 'naharom'?
Umpamanya, korang tengok sendiri video-video 'mek-mek' sekolah bawah umur bergocoh yang berlambak di laman sesawang video Youtube. Bagiku, adalah tidak menghairankan melihat kaum hawa bergaduh kerana naluri yang menjurus kepada perlakuan sedemikian adalah normal bagi makhluk tuhan yang punya nafsu amarah. Rata-rata bebudak IPTA mahupun IPTS yang pernah bergaul mek-mek dari pantai timur ni mungkin sudah sedia maklum akan fiil dan perangai kepala angin mek-mek yang lebih brutal daripada awek-awek negeri lain ini semua lagi-lagi bila tinggal sehostel. Apa lagi gua yang pernah satu kuliah dengan dorang. Bising siot!.
Patutlah ramai member-member rapat aku dari pantai timur hampir kesemuanya memilih gadis luar sebagai kekasih sebab barangkali chuak takut kena simbah asid macam pernah terjadi sebelum ni!. Hairan jugak aku rasa weh sebab awek-awek pantai barat bila bergaduh setakat dok tengking dan maki-maki jer tapi takdelah sampai nak bertumbuk bagai. Lepas teruk kena tengking dan dihamun laksana dihujani 1000 das peluru 50 calibre. Salah sorang di antara dua awek yang bertelagah tu akan menangis di pangkuan BFF dorang sampai lenjun baju kurung putih dan kain biru turquoise-nya dek dibanjiri air mata tangisan sipolan itu. Oraitlah, kepada kengkawan aku yang berasal dari negeri tersebut jangan terasa beb.
Cuma berbalik pada kes rakaman video yang bertebaran di Youtube tu. Tambah menjengkelkan mataku adalah kesemua 'gladiatryx-gladiatryx' yang sakan bergocoh itu majoritinya bertudung!. Yeah baby, bergocoh bagai nak mampus sampai terlucut semua tudung hingga menampakkan 'aurat'. No offence, tapi ini semuanya bullshit!. Serius DAFUQ. Benarlah kata seorang brader commentator dalam video nie (SINI).
Aku masa sekolah dulu tak pernah tengok pun perempuan bergaduh sambil tumbuk- menumbuk sepak menyepak satu sama lain!. Untuk pengetahuan korang, majoriti awek-awek sekolah aku dulu free hair. Almaklumlah beb, budak KL kan. Lagi-lagi area Damansara dan Taman Tun Dr Ismail, memang susah giler bapaklah nak cari awek bertudung kat area situ especially zaman aku (buat yang lahir tahun 1990,91,92 lah). Segedik-gedik pinggul dorang menonggek takdelah sampai nak berbaloh macam awek-awek dalam video di atas. FYI, sekolah aku dulu pun port hipster's dan yuppies. So, minah-minah tudung pun tak ramai mana dan semestinya mereka bukan awekz Damansara. Coz mostly dorang either budak Bangsar ataupun Segambut. Tapi tak ramai mana sangat pun depa beb.
Dalam industri hiburan tanah air kita sendiri, kita sudah melihat kecenderungan ramai artis wanita 'berhijrah' ke arah jalan yang lebih baik yakni bertudung. Dari sudut positif aku melihat perkembangan ini sebagai satu khabar baik apatah lagi kebanyakan artis-artis atau selebriti wanita ini sudahpun bersuami. Namun, bagi yang belum berkahwin sesungguhnya aku tidak memandang dengan serongpun akan 'penghijrahan' mereka. Baguslah tu beb, sejuk perut mak dorang mengandung. Harap perangai depa pun bertambahlah baik jugak tak macam sorang selebs tu, tetap mempertahankan dengan keras aktiviti clubbingnya itu meskipun dikecam hebat oleh media massa. Almaklumlah, jarang bebenor artis yang belum berkahwin bertudung kecuali Heliza, Fida, Yuna dan beberapa orang lagi just to name a few. Ada jugak yang memilih untuk bertudung sejurus selepas mendapat gelaran janda. Erk?
Semenjak beberapa bulan lalu, kita dikejutkan dengan kemunculan semula Abby Abadi selepas sekian lama menyepi dari pentas lakonan lantaran kontroversi penceraian bersama bekas suaminya lebih 4 tahun lalu. Beliau mengubah penampilan kepada bertudung atas kesedaran dan keinsafannya sepanjang bergelumang dengan dunia seni yang penuh melalaikan. Beliau turut berjanji akan kembali menjalankan kehidupan sebenar sebagai seorang muslimah. Rentetan dari penghijrahannya itu, beliau berjanji akan berdakwah demi kemaslahatan umat Islam sejagat khasnya para rakannya dalam dunia seni tidak kira dimana sajer sama ada di dunia nyata dan maya. Hmm, kitorang masih tidak melupakan betapa gediknya beliau sebagai Aunty Zaza dalam drama Manjalara dulu. Rosak habis nilai disiplin yang ditonjolkan beliau sebagai inspektor polis dalam drama Gerak Khas dulu. -_-
Abby juga turut bergiat aktif dalam ceramah 'agama' anjuran PAS yang kini dilihatnya sebagai lubuk lantaran bayaran lumayan yang dikenakan oleh parti itu sepanjang kembara ceramah mereka. Namun, akibat dari penglibatan beliau dalam ceramah anjuran jemaah siasah tersebut. Ceramah mula berbaur politik sampai nak termuntah orang mendengarnya.
Contohnya, apa segala kesilapan hidup beliau dimasa lalu harus dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang memerintah?. Sedangkan serbanista-serbanista di luar sana tu boleh jer menjaga aspek halal dan haram kehidupan seharian mereka. Apakah mereka menjadi 'sesuci-murni' atas dorongan kerajaan ataupun berkat bekas tapak terompah Tok Guru?. Walawey, kalau beginilah anak aku berak batu selalu tiap-tiap hari pun aku akan put the blame on the government jugak beb!.
Hasil dari 'pergaulan bebas' beliau bersama jemaah PAS, 'tarbiah-tarbiah' bernas beliau semakin mengelirukan. Umpamanya, kenyataan beliau di Twitter akan Rasullullah SAW berperang menyebarkan Islam dan tidak memaafkan musuhnya menampakkan betapa ceteknya beliau akan pengetahuan sejarah Islam. Akan tetapi, hanya kerana sudah diberi taraf ustazah segera mee maggi sedap dimakan maka sekonyong-konyongnya kenyataan-kenyataan tolol lagi bahalol beliau itu didiamkan sajer oleh jemaah PAS. Lantaran itu beliau turut ditempelak oleh Dr MAZA dan Ustaz Azhar Idrus. Itulah akibatnya, kalau tak nak orang kata bodoh. Jangan ler tunjuk kebodohan diri sendiri!. Kan dah terkena batang hidung tu, Aduyai.
Itu baru dunia lakonan, sebut pulak arena seni suara kita akan terbayang Yuna (memang dari dulu pun begitu -_-), Ana Rafali dan Shila Amzah. Jika massa memperkatakan akan Ana Rafali memang ramai akan faham kerana beliau sudah menjadi isteri orang. Akan tetapi, kalau diceritakan pula pasal 'penghijrahan' Shila Amzah korang tak sense something ke?. Bukankah anak dara penyanyi lagu Cak Pung dan YB siulan aku ketika zaman kanak-kanak dulu pernah bertudung di zaman persekolahannya?. I'm a bit sceptic, adakah ini patut digelar sebagai 'penghijrahan'?. I think it should be appropriately referred as 'reverse migration' instead. Duhh, anyway gua malas nak komen banyak daa.. Seingat aku Najwa Latif pernah terkantoi jugak keluar gambar free hair dengan ramai-ramai selebs lain masa press conference ABPBH dulu mungkin sebab tak sempat pakai tudung (kalau betul tu bukan Najwa Latif please corrects me if I'm wrong!)
Yuna pulak?. Bagiku beliau tetap seorang gadis hipster yang bertudung. Yup boys, she's the trendsetter. Sebelum tahun 2010 dulu, mana pernah awek-awek hipster dan yuppies nak melepak awek-awek bertudung kerana pada persepsi mereka minah tudung ini akan dicop budak kampung. Thank's to Yuna, kini ia bukan satu perkara mustahil lagi. Pergi sajer dimana-mana IPTA mahupun IPTS korang akan nampak kelibat-kelibat gadis hipster melepak bersama-sama hijabster di kafeteria dan student lounge. I'm telling you guys, korang tak perlu rajin ke kuliah untuk mengetahui akan semua ini, bukak jer Twitter, Facebook dan Instagram mereka penuh dengan gambar depa posing mulut muncung itik.
Sebut pulak pasal hijabster. Korang tau ke ini adik ipar siapa sebelah Datin Natasha Hudson tu?.
Kalau disebut akan nama abang ipar 'datin' di atas tu bagai tak cukup peluru serbanista-serbanista mereng half past six datang menyerang isteri aka biras 'datin' atas tu. Habistu yang peliknya kenapa pulak mereka langsung tidak memuji suami 'datin' kerana isterinya bertudung?. Ohh, mentang-mentanglah mereka kaum kerabat si pembesar negara yang didoakan pecah perut oleh Tok Guru al-maksumi pujaan serbanista-serbanista mereng half past six ini maka seluruh kaum kerabat mereka turut dihukum sama??!! WTF, habistu si Hishamuddin Rais pakai seluar pendek nampak lutut masa demo anti PTPTN dulu tak nak komen pulak?. Lutut jantan pun aurat jugaklah dowh. Cehh, mentang-mentanglah puak-puak sekapal depa jugak. Setahu aku bab-bab menghukum depalah paling terer sekali beb sampai siap boleh 'humban' sipolan-sipolan yang depa tak suka masuk neraka jahanam!.
Okay, enough said about Dato Jibby kepala tak lama lagi nak licin and Datin Rossy rambut sarang tebuan. Also, we have nothing to say about Dato Nuaq China Doll lover and Datin Jijah isteri setia sanggup cover salah suami neither. Strictly no shitty Malay politics here folk's. Pasal bab penghijrahan ni aku malas nak cakap banyak lah beb. Bagi aku ini bukan penghijrahan, TAPI PULANG KE PANGKAL JALAN. Kenapa, sebab mereka kembali semula pada sunnah Rasullullah SAW dan segala yang termaktub di dalam Al-Quran. I am very sure you girls semua dah khatam kan?. Perkataan Hijrah untuk perkara ini bagiku hanya untuk merujuk mualaf ajer. Itulah betapa slacknya media massa kita yang meLOYAkan dan mengHAIRANkan dengan isi kandungan yang teramatlah HAPRAKKAHak sekaligus membuatkan pembaca bersuara seperti KELDAI. Terus terang gua cakap beb, lagi baik baca HARIAN METROLL terbitan Obefiend daripada paper haramjadah ni semua!.
Kenapa?, sebab media arus perdana ni suka sangat bagi expose pada artis-artis wanita yang mereka kata kononnya berhijrah ini padahal semua itu hanya lakonan semata-mata bagaikan drama mereka yang kita tonton di kaca TV. Personally, I don't see any necessities for our media to whine about these issues. Orang Melayu kita suka tengok kebaikan daripada perspektif luaran saja tapi malas pulak nak mengkaji dari konteks mendalam, sampai bilalah bangsa kita ni hendak diperbodohkan oleh mentaliti simplistik ini?. Senang cerita, pemikiran orang masa kini memang simplistik!. Semuanya berpunca daripada sistem pendidikan kita yang semata-mata hanya mementingkan belajar nak lulus exam jer. Manakan tidak beb, nak belajar subjek Pendidikan Islam pun sekadar nak pass SPM. Jika beginilah motif mereka belajar agama. Sampai bila segala ilmu agama yang diajar itu akan menusuk pintu hati nurani dorang?.
Berbalik kepada isu tudung, disebalik kekepohan media massa menggembar-gemburkan isu SEORANG artis 'berhijrah' daripada FREE HAIR kepada BERTUDUNG. Maka BERDUYUN-DUYUN gadis lagi pula melakukan 'penghijrahan' dari MEMAKAI TUDUNG kepada FREE HAIR!. Senario ini tidak memerlukan pendedahan secara meluas melalui media massa, ianya sudah memadai dengan melawat laman BLOG dan FACEBOOK mereka sahaja. Believe it or not, kalau korang ada kawan Facebook beratus-ratus atau beribu-ribuan. Cuba periksa di antara kawan perempuan korang, mesti sudah ada yang dulunya bertudung litup. Kini sudah berani membuka tudung mereka malahan pakai seluar atau skirt pun ada yang singkat paras lutut. So, kalau si Adinda Evans tu bertudung sekalipun aku nak heran apa beb?. Apabila seorang gadis mula bertudung, maka berbondong-bondong lagi gadis akan membuka tudung mereka tanpa kita sedari.
Lebih kurang tiga tahun lepas, aku pernah mengenali seorang gadis yang menuntut di UiTM Samarahan. Namanya, biarlah aku refer sebagai Noor. Aku mula mengenalinya melalui laman sosial Tagged dan kemudian boleh dikatakan agak mesra jugaklah di YM, malahan masa cuti semester akhir tahun tu aku siap mesej-mesej lagi pakai (yup, kitorang sempat exchange phone number) berkongsi luahan perasaan yang terbuku di hati masing-masing. Dipendekkan cerita, penampilannya sewaktu mula kukenali di laman Tagged dulu adalah bertudung litup, lagipun biasalah budak public university kan. Tak pernah aku nampak langsung pun sehelai rambut dia masa di Tagged dan Facebook. Terus-terang aku cakap memang sejuk giler hati bila berchatting ngan dia walaupun suaranya langsung tidak pernah kudengar kerana dia segan sebab takut aku tak paham loghat Sarawaknya walhal aku takde masalah pun sebenarnya akibat sudah terbiasa bergaul dengan kengkawan berlainan negeri.
Nak dipendekkan ceritalah, setelah bertahun lamanya aku tak contact ngan dia dalam Facebook. Sayugia masa tengah menyelongkar senarai kawan dalam YM untuk d-add sebagai kawan dalam Facebook, tak disangka-sangka aku terjumpa Facebook profile beliau satu lagi yang menggunakan YM-nya sebagai emel rasmi. Baru ler aku perasan rupanya dia dah tak online lagi dah melalui Facebook lamanya. Terkejut beruk jugak ler bai sebab dalam Facebook barunya penuh dengan gambar free hair-nya, sungguh gua tak sangka weh dia boleh berubah dengan begitu mendadak tak lama lepas graduate!. Aku kurang pasti apakah punca sebenar beliau melakukan transformasi 360 darjah begitu. Barangkali disebabkan pengaruh K-Pop yang digilainya ataupun persekitaran tempat tinggal kampung halamannya yang majoritinya dihuni bukan Islam. Just untuk pengetahuan korang, kawan aku ni sebenarnya berdarah campuran bumiputra non-muslim macam heroin filem Bini-biniku Gengster dan 8 Jam lah. So, lu pikir la sendiri!. Assumptions semua di tangan korang. Aku malas nak cakap lebih-lebih sebab dalam hatiku masih merindui nak bermesej dengannya namun apakan daya, aku ader satu handphone jer sekarang dan SIM-card yang ada nombornya pun aku letak entah ke mana.
Aku bukan nak mempersalahkan faktor perkahwinan campur disini kerana kes kawan aku awek Sarawak hanyalah sipi-sipi jer atau lebih appropriate lagi minor issue jika nak dibandingkan dengan awek-awek Semenanjung yang aku yakin lebih hardcore daripada depa semua (berdasarkan observation aku sendiri di laman sosial dan kampus). Kat Tagged jugak pada awal tahun lalu aku sempat berkenalan dengan sorang budak Gombak yang menuntut di UIA, cerita dia lagi hebat beb. Pergi kuliah pakai baju kurung lengkap dengan tudung litupnya sekali, tapi bila keluar jalan-jalan dengan member sambil minum di Starbucks pakai skirt pendek dan spaghetti strap lagi dowh.
Dah banyak aku jumpa spesies perempuan cam gini bai, ada sorang tu budak negori yang menuntut di sebuah universiti di utara tanah air. Kalau dekat kampung dia bukan main lagi bertudung litup depan keluarga dan kaum kerabat, tapi biler di sekitar kampusnya dan melepak bersama kengkawan kat kedai makan. Wa cakap lu beb, tudung semua entah kemana!. Entah tak taulah apa nak dikata lagi, coz aku pun sendiri bila first tengok dia terpikir jugak. Dia ni pakai tudung sebab nak cover line kaum keluarga je ke? Serious DAFUQ??!! Apakah Allah SWT hanya melihat perlakuan beliau bersama kaum keluarga dan sahabat sekampung sajer dan tidak pula melihat perlakuan beliau bersama kengkawan lelaki sekampusnya yang semestinya bukan muhrim?. Apo nak dikato? Aku tinggalkan persoalan tersebut untuk korang nilaikan sendiri.
Mengikut kata sorang cik adik 94 (adik tinggi lampai tapi sangat comel sebab berdarah campuran Peranakan India dan Cina) yang berasal dari Seremban pelajar diploma di tempat aku study sekarang, pemakaian tudung sememangnya diwajibkan bagi pelajar perempuan muslim. Pada hemat aku, jika beginilah motif utama mereka bertudung maka tidak hairanlah mereka akan terus menganggap tudung hanyalah sebahagian dari uniform persekolahan. Aku yakin persepsi ini akan berterusan sehinggalah mereka memasuki alam kampus dan pekerjaan sebagaimana aku juga amat membenci pemakaian tali leher ketika di sekolah suatu ketika dahulu. So, pada pendapat korang. Apakah kes sebegini hanya isolated di KL ajer?
Pada yang dok sedap mengutuk bahawa budak-budak KL lah punca datok nenek mak bapak segala kepincangan yang melanda ini. Aku hanya ada satu words jer untuk korang, 'NIAMAH!' atau lebih tepat sekali Omak Kau dalam bahaso negori sebab budak KL bukan semuanya jahat-jahat belaka macam kes bakar awek kat Wangsa Maju time bulan puasa hari tu. Walaupun aku budak KL tapi aku bukanlah jenis spesies kaki sosial menjalang dan menyundal sana sini. Senang cerita gua bukan jejaka yang suka melepak balik lewat tiap-tiap malam weekend pergi clubbing meskipun aku dibesarkan di area Damansara yang umumnya mengetahui kebanyakan Malay girls disini majoritinya tergolong dalam kelompok hipsters dan yuppies yang let loose dan berpegangan non-comformist.
Aku hanyalah mamat Melayu KL yang simple-simple sajer, atau dalam bahasa paling mudah sekali 'zuhud' (poyo doh statement dia) kerana jika hendak pergi kemana-mana sajer aku lebih rela menaiki kenderaan awam berbanding memandu sendiri meskipun aku memiliki lesen untuk memandu di jalanraya sebab aku enjoy tengok gelagat manusia-manusia penghuni kotaraya sama ada dalam tren mahupun bas. Aku jugak pengguna Blackberry tanpa BIS (who needs it when u have Whatsapp via wifi for free?) dan secara jujurnya aku tidak merokok. Hanya kerana aku budak Damansara. Tolong jangan judge aku liberal. Enough said.
Aku dengar cerita penuntut-penuntut perempuan muslim memang diwajibkan bertudung pun sewaktu menghadiri kuliah. Lain pulak dengan Fiza, awek yuppies yang aku kenal masa awal tahun ni melalui Twitter. Sebab beliau memang awek true blood Damansara Born in 1990 punya beb. Hmm, mungkin peraturan berbeza kot mengikut lokasi kampus. Who know's sebab aku hanya pelajar IPTS. Aku sendiri tak paham kenapa sesetengah IPTA dan sekolah-sekolah tertentu mengenakan syarat wajib bertudung kepada para penuntut dan pelajar perempuan Muslim, bukankah itu hak peribadi cik tuan empunya badan?. Secara peribadinya aku bukan nak mempertikaikan tuntutan agama tapi kalau hati yang dipaksa tu tak ikhlas nak buek camno laie?
Kepada para guru dan pensyarah sekalian, apabila nampak para pelajar perempuan tuan-tuan, puan-puan, encik-encik dan cik-cik berpenampilan free-hair. Apa yang perlu dibuat?. BIARKAN AJER!. Sebab dosa mereka bukan kalian yang tanggung! Bapak mereka semua yang tanggung bukan kalian! Kalau disuruh pakai tapi hati mereka sendiri tak ikhlas buat apa? Kita boleh mencegah melalui TIGA KAEDAH, iaitu menggunakan mencegah dengan TANGAN, MULUT DAN HATI. Jikalau kedua-dua kaedah awal tersebut masih gagal dan menemui jalan buntu, maka gunalah pendekatan terakhir iaitu hati iaitu berdoa moga terbit hidayah di benak hati mereka. Lagipun apa gunanya mereka bertudung di depan kita tapi bila di belakang pula tudung entah ke mana?. Pahala tetap jugak tak dapat pada kalian sebab belum masuk ke dalam hati mereka lagi.
Point sebenar aku bebelkan semua dalam blog ni adalah kerana aku dah bosan melihat segala kemungkaran yang dilakukan oleh gadis-gadis yang rata-ratanya bertudung. Ye, bukan mudah untuk mencegah perlakuan maksiat sebegini kerana kita manusia punya hawa nafsu. Oleh itu, untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah seharusnya atas dorongan dan inisiatif sendiri kerana kain tudung di kepala bukanlah perisai untuk mengelakkan anak-anak dan perempuan anda dari melakukan zina dan kemungkaran. Jadi kalau dah tak dapat mengawal nafsu mereka yang berdarah panas ni maka biarkanlah mereka free hair agar si gadis-gadis ikhlas bertudung lain tidak menerima tempias akibat perlakuan mungkar mereka. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.
Akhir sekali, disebalik keliberalan pemikiran schoolmates aku dahulu. Alhamdullillah, aku dah nampak satu kesedaran pada adik-adik juniorku. Pada awal tahun ni semasa mengikuti latihan belajar memandu, sewaktu dalam perjalanan ke lapangan latihan memandu di Metro Driving Academy aku naiklah satu kereta dengan cikgu driving aku pergi pickup sorang cik adik calon test JPJ di kawasan perumahan Seri Hartamas. Kebetulan pulak calon diambil tu adalah junior sekolah aku dahulu (dia lahir tahun 1994, so masa aku Form 5. dia baru masuk Form 1). Sama ada aku sedar tidak, sungguhku tidak menyangka bahawa hidayah sudah muncul di benak hati junior-juniorku untuk bertudung. Seperti biasa, aku memandang ini sebagai satu perkembangan positif. Yelah, nak banding dengan kakak-kakak dorang sebaya aku dulu. Dorang sanggup ponteng kelas Pendidikan Islam gara-gara tak mahu bertudung!.
So for adik yang abang dah lama tak jumpa. Where have u girls been?. Belajar dimana sekarang?. Mesti rajin driving ke hulu ke hilir kat area Seri Hartamas tu kan?. Masa baru berjumpa tu abang tak seberapa berani nak mintak nombor telefon sebab segan dengan Cikgu Mamu yang mengajar kita driving haritu. Hehehe
Bagi sesiapa yang membaca entry blog ini, SIAPA MAKAN CILI MAKA DIALAH YANG TERASA PEDASNYA. Aku hanya takde sapa yang betul-betul butthurt dengan statement aku nih.
Akhir sekali, kepada mereka-mereka yang terbaca entryku ini aku menyusun 10 memohon ampun di atas keterlanjuran jari jemariku mengata korang. Sememangnya aku takde niat langsung nak mengata korang begitu sekali, cuma sekadar hendak memberi kesedaran jer betapa pentingnya keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu lebih-lebih lagi menjalankan perintah-Nya.
Walahualam.
Shacklesmith : Disebabkan kesibukan aku menjalankan kerja khusus dan projek sepanjang awal semester nih. Tergendala jugaklah entry ku ini hampir sebulan. Alhamdullillah siap jugak.
No comments:
Post a Comment