Tuesday, October 11, 2011

Ini Bibir Punya Cerita.. (Izara Aishah Gugat Kilafairy?)

Punyalah nak tergelak aku dibuatnya selepas membaca entry blog Abang Nara dan komen-komen pada malam kelmarin, ini semua gara-gara 'bibir' punya cerita. Ya, seperti tajuk di atas aku nak korang sedia maklum bahawa entry Shacklesmith hari ini adalah berkaitan dengan 'bibir'. Bukan pasal bibir ikan emas dalam balang akuarium ataupun lipstick mahupun lipgloss iklan Lisa Surihani yang pernah ditayang kat TV lebih dua tahun sudah (tapi cerita pasal bibir pelakon jugak). Ceritanya adalah berkenaan dengan BIBIR dan bukan JUSTIN BIEBER.

Ikuti petikan yang aku cedok daripada entry Abe' Nara dulu

"Nampaknya Kilafairy sudah ada pesaing. Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah, pelakon drama Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 telah ditampilkan di Facebook Tizdalam gambar posing menjuihkan bibir seperti yang selalu di buat oleh Kilafairy."

Awal tahun 2011, industri lakonan tanah air dikejutkan kemunculan anak penyanyi tahun 80an, Rohana Jalil iaitu Kilafairy. Pada awal kemunculannya, beliau telah digosipkan dengan Yusry KRU kerana membintangi filem Karak yang merupakan arahan Yusry sendiri. Walaubagaimanapun, setelah Yusry menjelaskan kepada media bahawa beliau kini rapat dengan Lisa Surihani (sehingga membangkitkan kemarahan stalker yang mengaku "anak angkat sultan 'tut'" kerana cemburu). Barulah khabar angin tersebut reda. Tapi ingat, anda semua mungkin tahu apa tarikan sebenar Kilafairy kepada para umum.

"Dah jadi macam Angelina Jolie lah pulak. Kami ingat selama ni Kila saja yang boleh berjaya buat pose seperti ini, rupanya Tiz dan Izara pun tak kurang meletupnya."

Pasti ramai yang dah tahu bahawa Kilafairy digelar sebagai Angelina Jolie Malaysia oleh para wartawan kerana kesukaannya yang selalu memuncungkan bibir tiapkali bergambar untuk media. Memang tak boleh dinafikan kalau dah bibir mungil tu sinonim sangat dengan aktres ternama Hollywood tu. Apatahnya keduanya juga adalah seorang pelakon.

Yang menjadi bahan dalam blog Abang Nara adalah gambar ini yang dicedok dari Facebook Tizz Zaqyah. Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Aku crop sikit supaya lebih jelas.


Pergh, kecur aku beb tengok Tiz Zaqyah kat sebelah tu, lagi-lagi sejak dia jadi cover Eh! bulan Disember tahun 2009 dulu. Fuyoh, lelaki mana tak tahan bai. Tapi isunya bukan pasal Tiz okay, fokus utama topik kita arini adalah yang sebelah kanan tu. Yeah, kalau sesiapa pernah tengok slot drama Akasia TV3, Keranamu Laila dan yang terbaru Sofiyya memang konfem kenal awek tu punya. Nama Izara Aishah, dan umurnya muda lagi. Baru berusia 19 tahun, muda setahun daripada Kilafairy. Sebenarnya baru aku perasan kelmarin yang si Izara Aishah ni junior satu sekolah dengan aku rupanya. Aku tua 2 tahun daripada dia, kebetulan kitorang bersekolah di SMK Seri Hartamas. Mula-mula aku perasan adik classmate aku tu mutual friend dia dalam Facebook. Haha, tak sangka jugak selain Aliff Satar, Dafi dan Shahrul Ezany (KAMI), 'adik' aku pun dah terjun dalam bidang ni gak erk. Aku pun tumpang bangga jugak lah. Yeah, HIDUP HARTAMAS!!!

So, benarkah dengan penemuan gambar di atas tu membuktikan bahawa Angelina Jolie Malaysia tu sudah ada pesaing yang bakal merebut takhta gelaran berkenaan?. Haha, macamlah takder perempuan lain yang berbibir mungil dan menggoda selain daripada dua orang anak dara muda yang baru start jadi pelakon nih. Meh, aku ceritakan perkara di sebalik bibir nih. 

Sejak, berlegar cerita pasal bibir Kilafairy yang kononnya sebijik macam Angelina Jolie maka ramailah yang membuat andaian macam-macam kononnya si Kila sajer-sajer ni 'menebalkan' bibir bila tiap kali bergambar. Aku tak nafikan pendapat berkenaan sebab pernah aku tengok gambar dia masa belum popular dulu bibirnya takdela ala-ala 'Mrs. Pitt' sangat. Tapi, ada jugak aku tengok gambar dia masa baby. Bibir dia pun lagu tu jugak tebalnya. Yelah, umur pun setahun jagung kan. Kejer dok menghisap susu puting. Mana tak tebal bibir dibuatnya kan. Haha!


Selain pendapat kat atas ada pulak yang buat andaian yang bukan-bukan kononnya si Kilafairy ni suntik BOTOX/COLLAGEN. Astaghfirullahwalazim, dahsyat betul fitnah yang bukan-bukan yang dibawa angin ke sana ke mari nih. Cuba korang bayangkan, daripada dia suntik botox/collagen dalam bibir baik dia buat kan hidung dan tinggikan cheekbone sekali. Bari ngam bai. Ni setakat bibir jer nampak sangat autanyer. 

Lagi satu sejak timbulnya gambar ni dalam blog Abang Nara, maka bermulalah cerita

KILAFAIRY DIGUGAT IZARA AISHAH

Apakah dengan kemunculan Izara Aishah ni bakal menggugat Kilafairy keatas posing bibir muncung ini? Boleh percaya kah? Dua-dua pun baru tak sampai setahun jagung memulakan karier lakonan. Takkan lah pasal bibir pun boleh jadi isu ni. Apa kena tabur pasir ke periuk nasik Kilafairy dek Izara Aishah akibat ditarik gelaran Angelina Jolie itu dan diberi kepada Izara Aishah. I don't think so.

Sebelum bermacam-macam andaian yang bukan-bukan nanti keluar lagi sampai tak pasal-pasal kepala otak peminat industri lakonan jadi polluted, biar aku terang kat sini. Korang semua mungkin dah sedia maklum bahawa Kilafairy dan Izara Aishah berdarah campuran PAKISTAN. So, tak hairanlah secara fizikalnya mereka nampak berbeza dari wajah tipikal kita totokz-totokz Meleis sekalian (mintak maap tolonglah jangan sesiapa terasa dengan ayat tak seberapa pedas tapi masin Shacklesmith ni erk!)

Sebelum Izara turut dipalitkan sama tuduhan botox pada bibir sila tengok gambar yang aku bagi kat bawah nih!. Adakah kedua-dua wanita ini turut menjalani suntikan botox dan kolagen?.

Model : Princess Shahrzad

Model : Claudia Lynx

Untuk pengetahuan korang, kedua-dua model ini berbangsa Parsi dan berasal daripada Iran dan bekerja sebagai model di Dubai dan Amerika Syarikat. Tengok betul-betul bibir mereka, ada ala-ala Angelina Jolie gitu kan?. Jadi adakah korang merasakan bahawa mereka juga menyuntik botox atau kolagen?. Terpulang pada anda nak menilainya. Tapi pada pendapat aku, tidak mungkin jugak antara 50/50 mereka melakukannya. Tambahan lagi, model yang pertama Shahrzad masih lagi seorang pelajar.

Kenapa aku pilih model dari Iran sebagai contoh?. Aku yakin dalam kepala korang especially totokz Meleis serbanistas Arabophile bendera hijau cap bulan mengambang mesti pikir yang perempuan-perempuan Iran ni baik-baik belaka pakai burqa sampai tutup hidung. Hak thuih!, dalam negara depa ajer bajet buat lagu tu. Cuba kalau depa pergi negeri orang putih, maka dedahlah segala bagai aurat termasuk lurah dendam sedalam '80 kaki dari aras laut' dan peha ayam drumstick KFC Hot & Spicy yang gebu-gebu dan enak belaka. Tak payah pergi negeri mat salih nak tengok depa, aku pernah pergi buat lawatan kat UPM dulu dah tengok awek-awek Iran ni pakai anak tudung pun haram tapi nasi lemak boleh bubuh harga RM5.00 sebungkus lagi!. Kepada pengikut pegangan Sunnah Wal-Jamaah sila renungkanlah, toksah nak terpedaya dengan Syiah yang penuh hipokrasi dan tipudaya nih. Sebenarnya banyak lagi gambar panas-panas depa dalam Facebook tapi aku tak nak tunjuk lebih-lebih  takut korang salah guna dan salah anggap tujuan aku. Termasuk gambar Shahrzad hanya memakai kain selimut ajer. Klik SINI. (kepada Lelaki Tolong JANGAN PANDANG DENGAN NAFSU!!! SEBAB AKU TAK NAK TANGGUNG DOSA KORANG!!!)

Poin kedua, kenapa aku pilih model dari Iran sebagai contoh?. Sebab Iran dan Pakistan adalah negara serumpun sebagaimana Malaysia dan Indonesia walaupun tidak sebegitu rapat kerana Pakistan lebih kepada ke-India-an dari segi faktor loghat bahasa. Kalau korang nak tau betapa rapatnya hubungan negara serumpun ni melalui faktor bolehlah rajin-rajin google 'Aryan Invasion' (kalau korang bukan spesis Melayu Buta Sejarah) mengenai penghijrahan bangsa Aryan dari tanah Parsi dan Rusia ke benua kecil India. Sebenarnya bukan aku tak nak masukkan gambar pelakon Bollywood cuma bibir mereka kurang menonjol umpama Angelina Jolie. Jadi taruk gambar awek Iran pun jadilah. Lagipun memang ada ala-ala Angelina Jolie pun depa.

Migrasi bangsa Aryan
Bangsa Aryan yang disebutkan itu adalah bangsa Proto Scythia yang menurunkan bangsa Parsi, Slav (Russia) dan Hindi (India & Pakistan). Kalau korang perhatikan awek bangsa-bangsa ini korang akan lihat ciri-ciri ala Angelina Jolie tu adalah sesuatu wajah tipikal dan biasa bagi dorang. Pada mata kaum mereka, tak eksotik mana pun. Cuma bangsa kita ajer yang dok melebih. Tapi cuba korang tengok pulak bagaimana mamat Pakistan bila pandang awek Melayu?. Tentu mereka merasakan melihat sesuatu yang begitu eksotik dan unik di mata mereka kerana jarang dan tidak sekali pernah melihat gadis berhidung pesek di negara mereka!. Ini cerita betul bai aku tak tipu!!.

Tahun lepas pernah aku tolong member aku dalam nak menyelenggarakan Facebooknya. Disebabkan aku menolongnya maka kenalah dia bagi aku handle Facebooknya. Sekali tiba-tiba aku ditegur oleh seorang mamat Pakistan dengan kata 'Hi'. Aku pun terdiam seketika sebab almaklumlah mamat Pakistan tu ingat yang handle Facebook tu member perempuan aku. Kemudian aku bertanya kepada kawan aku tu, 'kenal ke mamat Pakistan ni dan pernah chat sama ke?'. Dia jawab balik tak kenal langsung pun dan cakap kat aku dia main approve jer mamat Pakistan tuh. Maka disebabkan ada tugas untuk diselesaikan secepat mungkin sebelum member aku tu start kuliah, aku pun buat donno ajelah mamat Pakistan tuh. Lama-lama tak reply sekali mamat Pakistan tu mesej balik 'why?'. Aku pun apa lagi, bukak balik Friend list member aku tu dan REMOVE/UNFRIEND kan terus mamat Pakistan tuh!. Hah, padan muka. Jangan kacau awek Malaysia okay. Apa di Pakistan tu tak ramai awek lagi kah?. Mamat Malaysia pun tak pernah kacau awek sana. Kat Malaysia ni pun nisbah perempuan lagi kurang dari lelaki jadi tolonglah jangan buat onar sebab Malaysia kekurangan perempuan!

Jangan main-main sama aku.. Ingatlah (alamak datang sudah angin sengal aku). Okaylah, cukup disini saja topik yang kita bincangkan ini. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
-Shacklesmith

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget