Friday, September 2, 2011

Burasak Adalah Makanan Orang Bugis, Tapi Orang Jawa Panggil 'Berasor'??

Assalamualaiku,

Hai penat sungguh jalan beraya  kan ye saudara sekalian?, dari Damansara ke Sungai Buloh rumah ibu mertua akak aku lepas tu bergerak ke Selayang pergi rumah mak saudara belah omak den akhirnya turun pulak ke Kajang rumah acil dan paman aku. Fuhh, penatnya boleh tahan lah jugak beb. Nasib baik KL tak jem hari hari raya pertama. Kalau tak sampai ke malam kelmarin lah aku 'beraya' kat luar. Haha


Ramai yang bertanya pada aku tak balik kampung ke?. Pernah masa aku duduk menyewa kat kolej seorang member daripada JB yang tinggal di hostel berlainan bertanya pada aku. 'Dah beli tiket ke nak balik kampung bro?'. Aku jawablah, 'Aku tak payah beli tiket awal beb, masuk jer bas terus bayar RM2 kat drebar! tak yah susah-susah gi Pudu kan? Haha' (Bas yang aku naik, RapidKL B112 dari Taman Maluri ke KL Sentral). Hurm, sebenarnya dah lebih 10 tahun aku beraya kat Kuala Lumpur yang indah nan permai ni. Sepanjang 21 tahun umur aku, hanya lapan tahun jer aku beraya di kampung semenjak aku lahir. The rest, aku habiskan Syawal-ku di kota metropolitan yang sibuk inilah. Best kan beraya jadi budak KL sejati macam aku?. Apa pun saat beraya bersama saudara-mara di kampung tetap jadi kenangan.

Sebenarnya tujuan kami berziarah di luar bukan sekadar nak mengeratkan silaturahim tapi bertujuan jugak untuk melawat cucu kembar baru kepada mertua kakak aku dan jugak dua orang cucu baru kedua ibu dan bapa saudaraku. Waduh beruntung sungguh ya wak dapat dua orang cucu tahun ini!. Teringat aku masa di tingkatan lima empat tahun  dulu, dua-dua orang kakak aku beranak pada tahun yang sama. Aku pun tumpang gembira jugaklah sebab rumah aku semakin bertambah meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua kakak aku nih. Yelah, adik beradik abang ipar aku semua dah berkahwin begitu jugak dengan sepupu yang aku lawat tuh. Cuma aku sorang jer yang belum berkahwin. Haha, itu lain cerita boleh bincang ye. Proceed pasal burasak pulak.


Nak dijadikan ceritanya masa kat rumah makcik aku di Kajang lah, ketika tu aku tengah dok layan jer dengar mak aku ngan mak cik aku berborak pasal cucu barunya. Tiba-tiba pulak aku perasan pakcik aku cakap dengan menantu (bini abang sedara aku yang sulung) dia kenapa potong 'berasor' kecik-kecik macam nasi himpit pulak. Aku pun hairanlah, apa ke bendanya lah 'berasor' nih. Rupanya barulah aku tau yang 'berasor' pakcik aku maksudkan tu adalah burasak. Hah, korang tau tak apa itu burasak? Kalau  orang-orang belah Pontian, Johor ataupun kat Tawau dan Semporna, Sabah mungkin dah biasa dengar ataupun selalu sangat makan lagi-lagi waktu raya nih.

Burasak adalah sejenis makanan yang berasaskan beras macam ketupat dan nasi himpit tapi dibalut dengan daun pisang mirip lontong jugaklah dan bentuknya segi empat (lontong bulat). Kalau lontong sinonim dengan orang Jawa, burasak pulak lebih sinonim dengan orang Bugis. Tapi bukan semua orang yang berketurunan Bugis makan burasak sebagai hidangan di Aidilfitri. Burasak hanya terkenal di kawasan yang aku sebutkan tadilah. Bagi orang Melayu berketurunan Bugis di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Pahang. Burasak mungkin sesuatu yang agak asing bagi mereka. Almaklumlah, dah terbiasa dengan ketupat daun kelapa kot. Hehehe, jangan marah kawan-kawanku yang berketurunan Bugis sekalian. Tapi kalau Bugis asli lagi-lagi yang di Sabah tu, burasak adalah satu kemestian di pagi Syawal. Hah, berkenaan pasal cara nak buat burasak. Aku tak boleh tunjukkan kat sini sebab blog aku bukan blog masakan. Kalau nak jugak tekan SINI-lah. Haha!

Bila dengar jer pasal burasak tetiber jer aku jadi pelik. Pelik bukan sebab tak pernah dengar, aku dah tau akan kewujudan burasak sejak dari habis sekolah lagi sebab atas dasar minat membaca. Bukan apa, pakcik aku ni keturunan Jawa tulen dari Bagan Datoh, Perak. Dari mana pulak datangnya burasak nie?. Aku pulak nak tergelak dia dok sebut  burasak jadi 'berasor'. Agaknya, orang ikut loghat Jawa kot tu yang jadi bunyi 'berasor'. Hahaha, jangan marah ya wak zul (erk.. zul?). Rupanya, baru aku ingat. Tiga bulan sudah (Mei), anak bongsu dia (sepupu aku) berkahwin dengan seorang anak Bugis dari area negeri Selangor. Tapi bukan Melayu Bugis Selangor, Sabah mari punya bah. Cuma, keluarga isteri abang sepupu aku tu sudah lama merantau di semenanjung ni beb. Memang aku ada perasan gambar poster kat majlis kedua mempelai memakai sepersalinan pengantin Bugis. Ohh, baru aku ingat!. Pelupa jugak Shacklesmith ni ya. Umur muda lagi.

Wah, dapat menantu orang Bugis ya pakcik? Hehe, patutlah dapat merasa burasak. Sesekali mau ubah selera jugak. Takkan makan lontong dan tempe je kot. Haha, just kidding. Mula-mula aku dan ayah aku untuk bersama kami pun makanlah hidangan aidilfitri yang biasa seperti ketupat dan rendang. Kitorang ni belum biasa lagi nak merasa makan burasak sebab tak pernah makan lagi. Maklumlah, kat KL ni bukan senang nak dapat burasak nih. Tapi nasib baiklah aku dah tau akan kewujudan burasak tu tau. Kalau tak, tak tahulah. Haha, 1st time aku merasa makan burasak. Tak cicah apa-apa pun. Rasanya korang nak tau, ada beza dengan ketupat dan lontong walaupun diperbuat daripada beras. Aroma dia sungguh wangi!. Baunya memang wangi sebab dibalut dengan daun pisang.


Hah, kalau ada kengkawan daripada Sabah especially daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Lagi-lagi yang berdarah Bugis asli nih. Cuba tanya pasal burasak. Anyway, masih belum terlambat lagi beb!. Agak-agaklah korang pun masih beraya lagi kan. Kolej pun seminggu je lagi nak bukak balik. Cubalah telefon ataupun paling mudah tanya melalui facebook, tweet atau pun melalui BBM saja. Sempat lagi korang nak kirim burasak. Yeah, bolehlah korang merasa sendiri burasak ni. Aku pun baru kali pertama jer merasa.  So, bila korang dah rasa. Komen-komenlah kat sini ya! Apa-pun tetamu sekalian, jemput-jemputlah makan 'berasor' ni yah! Haha.



Shacklesmith : Selamat Hari Raya Aidifitri Maaf Zahir dan Batin tulus dan ikhlas dari Shacklesmith The Kerambit Assassin's.


P/S : Nak tahu pasal keturunan aku?, bukan Jawa bukan Bugis!. Haha yang penting hanya aku dan kawan-kawan aku saje yang tau. Clue-nya, aku orang Perak tapi dilahirkan dan dibesarkan di KL. Apa pun aku akan ceritakan jugak tak lama lagi. Zzzzaaaaaaasssssssssss!!!!




No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget