Friday, January 20, 2012

Maday Dan Camilla - Kisah Cinta 5983 Batu!

Kecanggihan teknologi komunikasi dalam talian pada masa kini telah memungkin segalanya. Dulu nak berkomunikasi jarak jauh pun kena tulis surat dan tunggu berhari-hari baru sampai. Sekarang ni dengan adanya Facebook dan pelbagai lagi laman sosial. Hantarlah mesej berapa panjang pun, sekejap jer dalam beberapa saat dah sampai. Boleh dikatakan lagi, tiada yang mustahil!. Nak bercinta tanpa bersua muka dalam internet pun boleh.




Begitulah betapa hebatnya penangan satu kuasa mistik yang dinamakan 'cinta' sehingga dua hati yang terpisah ribuan batu dari dua negara yang berbeza sanggup bertemu demi meluahkan segala rasa hati yang terpendam.  Tidak dinafikan lagi, aura nafsu cinta yang meluap-luap tu juga mampu untuk memecahkan tembok iman jika tidak dibendung dengan akidah yang kukuh (sila tengok video mereka berdua untuk membuktikannya).




Begitulah kisah cinta sepasang merpati dua sejoli dari dua negara iaitu Mahathir aka Maday seorang warganegara Singapore dan Camilla yang berasal dari Sweden. Dua insan yang mula mengenali di antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook dan kemudian menjadi bertambah erat apabila sering berbual saban hari menggunakan Skype selama dua tahun. Tidak salah untuk kita menamakan love story ini sebagai 'Kisah Cinta Antara Dua Benua'.


Ingin aku kongsikan bersama korang sekalian, aku juga pernah terjebak dalam cinta jarak jauh dalam talian ini. Pada suku kedua tahun 2010 lalu aku berkenalan dengan sorang awek Sarawak melalui sebuah laman sosial iaitu Tagged. Hanya bermula dengan komen-komen gambar dan private message sehinggalah entah macam sempat pulak kami bertukar nombor telefon. Maka disitulah bermulanya 'kisah cinta' kami berdua, boleh dikatakan jugaklah tiap-tiap hari aku mesej dengan dia tak kira siang dan malam mendengar luahan perasaan masing-masing. Kalau masa pagi tu memang taksahlah kalau tak ucap 'Good Morning' begitu jugak sebelum tidor mesti kami tak tinggal ucapan 'Sweetdreams'. Seperti biasa juga kalau dapat bercinta dengan awek sana mesti dorang akan ajar kita loghat mereka (aku fail sampai sekarang! Haha). Malahan, beberapa kali dalam seminggu dia mesti mintak share kredit at least RM1 dan aku pun dengan ikhlas tetap bagi jer. Ada masanya aku bagi lebih. Sayang punya pasal beb, Haha!


Istimewanya dia di hati aku pada ketika itu adalah kerana dia pandai jaga hati aku sebab almaklumlah dia kan student Nursing jadi sebagai sorang jururawat kenalah pandai jaga hati 'patient' ye tak ye kan. And of course, the love stricken patient will always be me!. Lagi satu dia ni lemah lembut pun tak reti menggedik (sesuatu yang aku terlampau alergik jikalau dibiarkan ke tahap kritikal). Dia jugak tak henti-henti bertanya aku bila aku nak habiskan diploma ni sebab kalau boleh lepas aku graduate dia nak aku datang ke Sarawak berjumpanya. Jika ditakdirkan ada jodoh, kalau boleh dia mahu aku tinggal bersamanya di sana. Yang tu aku berat sikit nak terima sebab aku berfikiran di sebaliknya. Adalah hampir 5 bulan kami 'rapat'. Lepas tu mungkin jodoh tak panjang entah bagaimana kemungkinan besarnya kawan-kawan dia tak selesa aku asyik bermesej dengan dia dan dorang bercadang nak cari 'boy' untuk awek Sarawak yang aku kenal tu. Aku pun apa lagi chowlah, bosan gak beb asyik mesej jer tapi berjumpa pun tidak. Beberapa hari selepas raya puasa aku terus buang dia dari Facebook aku. Ha ha ha!


Entah apa nasib dia sekarang aku tak taulah, malas jugak pikir nak cari awek jauh-jauh nih. Kadang-kadang orang luar ni selalu pikir bukan-bukan pasal orang KL nih. Baik aku cari yang dekat-dekat senang nak menikah kenduri kahwin nanti. Berbalik kepada cerita Maday dan Camilla ni aku tak dapat bayangkan betapa setianya mereka sanggup menunggu selama 2 tahun menanti saat-saat indah bersama ini. Korang tengoklah sendiri gambar mereka berdua bila dah berjumpa siap main comolot bertubi-tubi lagi. Anyway, kalau si Maday tu Cina atau India mahupun kaum Serani aku tak berapa hairan langsung. Ini MELAYU SINGAPORE dan nama tu aku tak boleh blah langsung!. Untuk pengetahuan korang nama sebenar budak laki ni adalah Mahathir. Aduhai kenapalah mak bapak dia tak bagi nama lain. Cubalah bubuh nama Harry Lee molek jugak siot. Nah, kepada siapa yang belum tengok lagi gambar mereka tataplah sepuas-puasnya!





Tengoklah, pantang bersama mesti nak bercium mulut. Aku tak tahulah pe nak jadi kalau Melayu diperintah kafir mesti yang haram jadi halal punya. Aku tak kata semua Melayu Singapore begitu tapi benda sebegini aku tengok open jer semacam takde larangan. Diharapkan masih ramailah Melayu di sana berfikiran konservatif seperti sebilangan saudara mereka di Malaysia dan Brunei. Jangan jadi macam Indonesia sudahlah, rosak tak boleh repair lagi dah.

Melihat pada raut wajah si gadis bernama Camilla tu aku perasan dia berkemungkinan besar berdarah Eurasian (campuran). Yelah, kalau keturunan totok Swedish mestilah berambut blonde dan berwajah Nordic (nak kepastian cuba korang tengok cerita Viking, konfem majoriti kaum perempuannya semua rambut terang-terang).  Apalah lu Maday, kalau lu bawak balik awek rambut blonde memang gua respek sama lu brader!. Apa taknya beb, jarang sungguh lelaki Melayu berkahwin dengan perempuan mat salih. Aku tengok secara kasarnya perempuan Melayu jer yang ramai kena kebas dengan lelaki mat salih. Adakah ini berpunca dari penangan saiz 7 inci?.

Aku sendiri tak taulah nak kata apa lagi pasal dorang, biarlah semoga satu hari nanti dia insaf akan perbuatannya itu. Sesungguhnya aku melihat kes ni seolah-olah sebagai gambaran Melayu di masa hadapan jika diperintah oleh golongan kafir ultra-kiasu nanti. Maka sama-samalah kita Melayu Islam berdoa agar kafir ultra-kiasu laknatullah lenyap punah dan gagal menakluk negara kita yang tercinta ini.


Shacklesmith : Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Aku yang konservatif ni hanya mampu berdoa agak terbitlah keinsafan di hati mereka-mereka ini.





3 comments:

alyea said...

hoho..jap2 sblm tu ni entry 18sx x?sy lom ckup um ag!hahaha..hmm tragis sungguh kisah cinta awk ngan dak srwk tu..ngeeee..geli plk nengok gmbr2 tu..eeiiyyuuwwww..x malu..huhu

Shacklesmith said...

eh, ni bkn entry 18sx la awk.. hok ni tbuka punyer smua boley baca xkira tua dan muda ;).

haha.. 'bcinta' la sgt, kwn gitu2 tp besela tlebey manje kn.. heee~ dgr citer sblom sy nk 'break' ngn dy tu sy dpt kesan kengkwn dy pergi kenalkan dy ngn cik abg t'ganu.. ish, geram tol sy dbwtnye!.. Apela cik abg ganu tu cr awek jauh2 sgt sdgkan kat t'ganu pun ramai awek yg sweet2 molek2 btolkan awk? ;D

sy usahkan geli, meluat pun ader.. saje postkan sekadar memberi ingatan ;)

Asiam the Great said...

Masa saya first2 tgk video tu, saya pun fikir bende yg sama. "Eeee Melayu comolot" -.- Astaghfirullahalazim...

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget