Monday, October 28, 2013

Arka : Raja Haji - Sebuah Kisah Sejarah Perjuangan Menentang Penjajah Yang Dilupakan

Bagi generasi Melayu berdarah Bugis terdahulu di Selangor, Melaka, Johor, Singapura, Riau dan khasnya masyarakat Melayu dari Pulau Penyengat amat mengenali sosok Almarhum as-Syaheed Raja Haji Fisabillillah ibni Opu Daeng Chelak, seorang Raja Muda Kesultanan Johor-Riau yang selalu didendangkan di dalam kitab hikayat Tuhfat al-Nafis. Perjuangan baginda menentang hegemoni imperialisme kafirin Vereenigde Oost-Indische Compagnie (Belanda) ketika pertengahan hingga lewat kurun ke-18 meninggalkan legasi begitu mendalam di benak sanubari masyarakat setempat yang tahu akan kepentingan menghargai sejarah bangsa agar tidak dilupakan generasi akan datang.




Nama baginda jarang sekali bahkan mungkin tidak disebutkan langsung di dalam sukatan teks pendidikan sejarah negara. Aku sendiri mengenali sosok baginda ketika menelaah buku pada waktu lapang ketiadaan kuliah di kedai buku MPH di Jusco, Taman Maluri lima tahun dahulu (2008). Seingatku, nama baginda tercatat di dalam sebuku bedtime stories berbahasa Inggeris untuk kanak-kanak hasil nukilan seorang penulis Singapura dan juga hasil terbitan dari syarikat penerbitan negara yang sama. Aku tidak ingat sama ada penulis itu berbangsa Melayu atau Cina namun sayangnya ketidak cukupan wang aku pada ketika itu menghalang niatku untuk memilikinya. Apa yang pasti, buku tersebut bukan sekadar bedtime stories picisan yang balik-balik keluar cerita cliche seperti Sang Kancil dan Buaya kerana menampilkan legenda sejarah yang amat dekat di hati masyarakat Melayu khususnya dan memiliki kebenaran kerana peristiwa yang disebutkan benar-benar berlaku.

Berikut adalah sedikit petikan tentang tokoh teragung nusantara ini.
MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.

Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis.

Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah Belanda. Saya berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Raja Haji inilah yang menjadi topik perbicaraan dalam artikel ini.
Daripada sebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis, negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan raja-raja Melayu. Raja Haji lahir di Kota Lama, di Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139 H/1727 M dan wafat pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198 H/8 Jun 1784 M. ( lanjut di SINI)
dan juga ini.

Raja Haji Fisabilillah dilahirkan di Kota Lama, Ulusungai, Riau pada tahun 1725. Raja Haji Fisabilillah ibniDaeng Celak atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalahseorang pahlawan Bugis dan yang dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777- 1784). Daripadas ebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis,negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan raja-raja Melayu.  Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. Manakala Raja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau.

RajaHaji-Yang Dipertuan Muda Riau IV-adalah pahlawan Melayu yang amat termashur.Beliau berperang melawan penjajah Belanda sejak berusia muda sampai akhirhayatnya dalam peperangan hebat di Tetuk Ketapang tahun 1784. Raja Haji Ibni Opu Daeng Cellak, Yang Dipertuan MudaRiau Ke-4 merupakan peneroka pertama orang Melayu yang menggunakan peralatan moden dalam ilmu pelayaran dan geografi.

Raja Haji merupakan pahlawan Melayu yang hebat diabad ke 18 disamping merupakan seorang pelayar, pengembara dan pakar ilmumaritim yang terhandal. Malah penjajah Belanda ketika itu sangat mengagumibeliau seperti yang dinyatakan oleh sarjana sejarah Leonard Y. Andaya dalam bukunya “The Kingdom of Johor 1641-1788: Economic and Political Development”,1975.
Kehebatan baginda di pentas politik dan militer nusantara ketika itu sesungguhnya tidak mampu dipertikaikan lagi. Namanya amat digeruni para general Belanda kerana pengalaman baginda berperang di teater daratan mahupun lautan luas. Tidak seperti para pemimpin dan ketua turus angkatan tentera zaman ini yang hanya tahu mengerahkan operasi dari keselesaan bilik war room yang berhawa dingin. Baginda turut sama di medan perang dan bersama-sama para panglima, laksamana dan hulubalangnya membakar semangat perajurit-perajurit yang berjuang di medan perang. Ini ditunjukkan ketika saat-saat angkatannya mempertahankan Pulau Penyengat dari diserang tentera laut Belanda, baginda dengan semangat penuh membara berdiri di dek kapal disamping para laksamana dan perajuritnya sambil memberi kata semangat agar tidak gentar di medan perang sehingga berjaya memusnah dan menenggelamkan kapal Welvaren hasil bedilan pasukan artileri pimpinan Raja Haji sendiri.

Berikut adalah cassus belli sehingga tercetusnya Perang Riau dan syahidnya baginda ketika bertempur di Teluk Ketapang, Melaka.

 Sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim Selangor telah berlaku konflik antara Belanda di Melaka dengan Raja Haji.Konflik ini adalah bermula bila terjadinya peristiwa dimana pada 1782 Gabenor Belanda di Melaka (Pieter Gerurdus De Bruijn ) telah mengarahkan Seorang Kapten Perancis (Mathurin Barbaron )menawan sebuah kapal British yang berlabuh di perairan Pulau Bayan dalam kawasan Johor-Riau. Kapal British itu adalah bernama Betsy yang diketuai oleh Kapten Robert Gaddes dan membawa 1254 peti candu. Bila kapal ini berjaya dirampas maka muatannya telah dijual lalu hasilnya di bahagi antara Belanda dan Kapten Perancis sahaja.Setelah Raja Haji mengetahui mengenai hal ini maka ia telah menuntut bahagiannya kerana menurut perjanjian antara Johor dan Belanda mana-mana rampasan yang dibuat oleh Belanda dalam perairan Johor hendaklah di bahagi dua.Walaubagaimana pun Gabenor Belanda cuba berdalih dengan menghantar seorang kapitan Melayu Dan pegawai Belanda Untuk membuat perundingan di Muar denganRaja Haji.Namun perundingan ini telah gagal kerana belanda tetapI mengatakan bahawa Raja Haji tetap tidak berhak dan Raja Haji berkeras Mahukan bahagiannya.AkhirnyaRaja Haji menjadi marah lalu memulangkan surat perjanjian kepada belanda danselepas itu beliau telah menjadi musuh utama belanda dengan menyerang kapal perdagangan di Selat Melaka untuk mengangu perdagangan Belanda.   
      
Belanda telah bertindak balas di mana Belanda telah menghantar satuangkatan perang menyerang Raiu dengan kekuatan 6 buah kapal dan 910 askar.Angkatan ini telah diketuai oleh Togar Aboe .Walaubagaimana pun amngkatan initelah gagal menawan Riau kerana tentangan yang hebat daripada Raja Haji. sept1782 Belanda telah menghantar bantuan dengan menghantar 7 buah kapal dengan 594anak kapal namun masih gagal menawan Riau. Akhir 1782 Belanda sekali lagimenghantar bantuan untuk menyerang Riau sebanyak 17 kapal kecil dan 600askar. Angkatan ini adalah diketuai oleh Kapal Malakka's Welvaran .Dengan penghantaran bantuan ini angkatan Belanda Ingin melancarkan serangan besar-besaran keatas Riau.   
   
Peperangan ini telah sampai kepengetahuan Sultan Ibrahim Selangor.Baginda  merasakan bahawa ia perlu membantu Raja Haji dengan melancarkan serangan keMelaka. Baginda dan adiknya Raja Nala telah bergerak ke Rembau untuk berundingdengan penghulu di sana. Akhirnya penghulu Rembau bersetuju untuk membantu baginda. Angkatan Selangor dan Rembau telah mara ke Melaka Hingga berjaya memusnahkan sepanjang kawasan dari Sungai Baru hingga ke Batang tiga. Bagindapun mendirikan kubu di Batang Tiga .Setelah berjaya mendirikan kubunya di Batang Tiga, Sultan Ibrahim berserta 30 hulubalang telah bertolak ke Riau untuk menemui Raja Haji pada Febuari 1784. Sewaktu di Riau baginda telah memujuk RajaHaji untuk Bersama-sama serang Melaka. Walaupun ada para pembesar tidak mahu Raja Haji tidak turut sama namun Raja Haji tetap berkeras untuk pergi atas alasan bahawa anak saudaranya sendiri yang datang menjemput, pihak Selangor dan Rembau sedang menyabung nyawa menentang Belanda di Melaka dan perjuangan ini adalah untuk menentang orang Kafir (fisabililah ).

      Akhirnya pada 13 Febuari 1784 Raja Haji telah bertolak ke Melaka untuk membantu pasukan Selangor danRembau. Beliau telah mendirikan kubu pertahanan di Tanjung Palas untuk menghadapi Belanda. 25 febuari 1784 angkatan Bugis mula menyerang dan menawan Punggur, duyung, Ujung pasir, Bunga raya, Bandar hilir, Bukit Cina dan Tanjung keling. Gabenor belanda di Melaka telah meminta bantuan daripada Betawi. Pada 1 Jun1784, bantuan daripada Betawu telah tiba yang di ketuai oleh Jacob PieterVan Braam yang terdiri daripada 6 buah kapal besar dan beberapa kapal kecil beserta 2130 tentera. Dengan kehadiran bantuan ini maka kubu Raja Haji dan Sultan Ibrahim telah di bedil dengan hebatnya.  Pada18 Jun 1784 seramai 734 askar Belanda telah mendarat di Teluk Ketapang menyebabkan terjadinya petempuran sengit antara pasukan Raja Haji dengan Belanda.Dalam keadaan begini Raja Haji telah berjuang dengan hebatnya namun akhirnya sebuah peluru telah berjaya mengenainya. Ekoran daripada peristiwa terbunuhnya Raja Haji ini maka pasukan Johor dan Selangor telah berundur ke tempat masing-masing.
Kejayaan Baginda almarhum menyatupadukan Bugis Selangor & Johor dengan Minangkabau Rembau dalam misi jihadnya menentang imperialis Belanda amat haruslah dipuji kerana semenjak peristiwa krisis pewarisan takhta Kesultanan Johor-Riau lantaran assassinasi Sultan Mahmud 'Mangkat Dijulang'. Dua ras terbesar Melayu ini pantang bersemuka, jika bertemupun bukanlah salam yang disahut tetapi pemuras memuntahkan peluru ataupun keris berlaga!. Mengenai persengketaan dua rumpun sedarah dan seagama ini tidak perlulah daku huraikan kerana meskipun aku berdarah Banjar melalui ayahku, aku juga turut mewarisi darah dua suku ini melalui ibuku. Jadi biarkanlah peristiwa perebutan takhta tersebut menjadi titik hitam dalam sejarah bangsaku.

Sesungguhnya, nama almarhum Raja Haji haruslah diletakkan setanding dengan Tippu Sultan, Ahmad Shah Durrani serta beberapa lagi pembela agama yang berjuang menegakkan hak umat Islam agar tidak diinjak-injak kaum kafir keturunan tentera salib laknatullah. Percaya atau tidak, peperangan baginda menentang Belanda pada dekad lewat kurun ke-18 tersebut berjaya menggangu-gugat sekaligus menggoncang kedudukan Belanda di Nusantara sehingga menyebabkan VOC bangkrap terus pada tahun 1799 hasil gabungan persaingan ekonomi dan peperangan.

Meskipun namanya didendangkan sebagai pahlawan ulung oleh orang-orang Melayu berketurunan Bugis di Selangor, Johor, Riau dan Singapura, akan tetapi lantaran kemangkatan agamawan dan sasterawan ulung Raja Ali Haji. Nama Baginda almahum seakan dilupakan meskipun kisah perjuangannya bagaikan satu epik saga apabila diceritakan oleh waris-waris para pejuang yang terlibat.

Sebuah drama terbitan Pesona Pictures yang mengisahkan perjuangannya hasil inspirasi kitab Tuhfat al-Nafis karangan cucunya almarhum Raja Ali Haji adalah penghargaan kita sebagai generasi abad ke-21 untuk mengenang kembali sebuah kisah sejarah negara dan bangsa yang kian dilupakan.




Sejujurnya aku menyatakan disini bahawa lebih molek kisah ini difilemkan berbanding filem Tanda Putera kerana genre-genre era klasik ini jarang diketengahkan dan sekiranya difilemkan besar kemungkinan mencetuskan satu anjakan paradigma dalam dunia perfileman. Harus diingat genre sejarah kurang mendapat sambutan kerana jalan cerita amat cliche (kisah pra kemerdekaan) sedangkan penonton mahu filem bercorakkan era klasik ala-ala filem Barat dan China. Itu pada saya mampu mengubah corak pemikiran penonton daripada menyokong sampah sarap filem rempit kepada filem yang lebih bercorak ilmiah. Aku melihat kegagalan Tanda Putera bukan dari sudut politik tetapi filem sejarah ini 'gagal' kerana sejarah yang diceritakan agak recent dan mengundang kontroversi sebagaimana yang dicetuskan filem Argo. Kerana apa?. Pihak yang terasa lantas akan menuduh ini filem ini bermotifkan politik semata-mata.

Justeru aku mengharapkan sekiranya dana sebanyak RM4 juta itu dilaburkan untuk filem sebegini (Arka - Raja Haji) maka hasilnya tentulah lebih fantastik dan sehingga membakar mata penonton dengan epikositinya meskipun hanya baru menonton trailernya sahaja. Tidak dinafikan, filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba itu sebenarnya lebih baik daripada filem-filem hantu pontianaknya. Walaupun terdapat kesilapan dari segi pemakaian armour (umum mengetahui orang Bugis terkenal dengan chainmail mereka seperti yang terdapat di Muzium Larut) Aku berpendapat, jika filem Arka - Raja Haji ini diarahkan oleh seorang pengarah lelaki berkaliber, hasilnya mesti seepik filem-filem arahan Ridley Scott. Montaj pembukaan ceritanya pun boleh tahan jugak beb. Teringat aku akan drama sejarah Korea era Perang Imjin 1595-1599 "Admiral Yi Soon Shin".



And voilah, sama hebat bukan?



Sememangnya aku sudah lama menunggu saat ini. Ketika menonton trailer inilah selepas membaca buku bedtime stories nukilan penulis Singapura itu aku mendapat ilham untuk memfilemkan kisah perjuangan Raja Haji. Dan kini saatnya telah tiba. Well done.


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget