Monday, March 11, 2013

MUST READ! : US Dirty Tricks? Malaysia Faces Uncertain War in Sabah

Tension is high in Malaysia’s eastern state of Sabah following an ongoing standoff between Islamic militants from the nearby southern Philippines and Malaysian security forces. 235-armed militants landed in eastern Sabah in early February and occupied several villages in an effort to assert a centuries-old claim over the territory. Both sides accuse the other of firing the first shot, but once the stand-off produced Malaysian causalities,

Malaysian security forces deployed fighter jets and launched an unprecedented air assault on the militants with five battalions of solders deployed over the area in an operation to flush out the militant group, which they termed “Operation Sovereignty”. At least 52 militants have been killed, in addition to several Malaysian policemen who were reportedly mutilated by the insurgents; reports claim that militants sent an e-mail message to Malaysian authorities that included images of beheaded police officers. The insurgents identified themselves as the “Royal Sulu Army”, representing the now-defunct Sulu Sultanate that controlled the territory for centuries before leasing the land to the colonial British North Borneo Company in 1878.
The Manila-based Sultan of Sulu, Jamalul Kiram III, directed the insurgency, while his brother Agbimuddin Kiram led ground operations into Sabah. The Sultanate insists that Sabah is its homeland, and it will not budge on its claims over the territory even if its personnel are killed in the standoff. British colonialists leased the land from the Sultanate and eventually annexed Sabah in 1946 before turning over the disputed territory to the Federation of Malaysia in 1963. At the time, the Philippines contested the transfer, claiming that the British did not possess the authority to transfer ownership to Malaysia.
The British and the Malaysian authorities responded by asking the United Nations to conduct a referendum which came to the conclusion that two-thirds of the population of Sabah favoured joining Malaysia. The Malaysian government also began paying small annual payments to the heirs of the sultanate as compensation for their cession of the land, an arrangement that has continued to the present day.

Monday, March 4, 2013

Konspirasi Pencerobohan Lahad Datu Suatu Sandiwara Politik?

Agak lama jugak aku ketinggalan untuk mengemaskini isu besar dan disamping itu boleh dikatakan agak lama jugaklah tak berblog. Mana idoqnyer yeop, dengan assignment bertimbun-timbun ditambah pulak dengan bahang final examination yang sudah lebih seminggu terasa kehangatannya.

Honestly, gua dah malas nak sentuh pasal hal-ehwal politiking ni semua so sebab tulah korang semua tak nampak apa-apa lagi posting berkaitan politik. Jika dilihat pada widget senarai RSS feeds blog politik yang aku letak di belah kanan blog aku, mungkin ramai yang menyangka bahawa Shacklesmith (aku) adalah blogger yang condong ke arah UMNO. Ye, KALAU SEKILAS PANDANG MEMANG TIDAK SYAK LAGI. AKAN TETAPI, ON THE SECOND THOUGHT CUBA KORANG BACA BALIK ARTIKEL-ARTIKEL AKU YANG TERBARU. ADA TAK BERBAUR PRO KERAJAAN LAGI?

Well, mungkin ketika di awal tahun lalu aku agak cenderung kepada Barisan Nasional tapi itu semua cerita lama beb. Aku kini bukan lagi blogger yang gemar menyentuh isu-isu politik. Bagi aku itu semua isu picisan penuh propagandis yang berhasil dari sistem politik kafir untuk memecah belahkan umat. Mungkin jawaban aku bernada serbanistas non-PAS namun begitulah hakikatnya akan keghairahan orang kita dalam berpolitik.

Persoalan kedua, adakah aku sudah menyebarang kepada pihak pembangkang?. Tentu tidak sama sekali sebab kedua-dua DUA KALI LIMA AJER. Lagipun aku nak tanya pada korang balik, MELAYU SANGATKAH UMNO? Pakai baju melayu pun bila time majlis rasmi jer tapi lebih selesa berkot dan bertali leher, bila ditanya wartawan pun bajet kecek omputeh walaupun tukang interviewnya sebangsa mereka. ISLAM SANGATKAH PAS? Ceramah maki hamun, pakai jubah serban kononnya meniru Rasullullah SAW tapi hati busuk mengalahkan Iblis laknatullah belum campur lagi doa siap dengan KO sekali!. DAFUQ MAN.

PKR tu pun adil sangatkah? Parti anak beranak bloody nepotism to the max. Enough said, politician zaman nenek moyang kita lebih bermaruah kerana mereka punya soldier value atau nilai kepahlawan unggul jika hendak dibandingkan dengan politician masa kini yang hanya lebih mementingkan janji kosong, jumlah undi dan profit untuk tembolok mereka sahaja.  Aku teringat dialog dalam filem Silmido (2003) dimana ketua komander yang bertanggungjawab melatih Unit 684 berkata kepada ahli kongres Korea Selatan bahawa "politician practice politics, soldiers do military work and if each sides takes full responsibility for their duties, then the nation the will prosper, won't it?". Hakikatnya kini, anggota tentera dilatih untuk menjalankan tugas menjaga amanah negara manakala politician hanya tahu berpolitik dan pentingkan duit poket sendiri jer. Betul tak?. Dulu mana ada jurang di antara pasukan tentera dan politicians. Sekarang? This is reality nowadays. Face it!. 



Isu yang hendak aku kupaskan sekarang adalah isu PENCEROBOHAN LAHAD DATU SABAH oleh sekumpulan militan yang didakwa sebaga "Tentera Diraja Kesultanan Sulu". Seperti korang sedia maklum, krisis ini sudah berlarutan semenjak 9 Februari lagi dan kini telah mengorbankan 8 orang anggota polis (termasuk di Semporna). Takziah diucapkan keluarga para anggota polis yang terkorban. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh mereka dan tempatkanlah para syuhada ini di syurga-Mu. Ya rabbal al-amin.



Lahad Datu bukanlah suatu nama yang asing bagiku. Kebetulan dua orang kenalanku berasal dari sana. Hampir lima tahun dahulu ketika belajar di kolej Cybernetics aku berkenalan dengan Jacklen Apeng (bukan nama sebenar) sewaktu sesi orientasi pelajar baru dijalankan. Kemudian ketika menyambung Ijazah di sebuah universiti swasta di Shah Alam (tak perlu ler gua kepohkan sekarang) aku berkenalan pula dengan Farra yang merupakan housemate kepada adik angkatku (juga berkenalan sewaktu sesi orientasi pelajar baru). Apa yang menarik tentang persamaan dua gadis Suluk/Tausug ini ialah loghat Sabah mereka yang teramatlah pekat sehingga jika mereka sebut nama aku sekalipun, aku boleh ketawa tahap ROFL!. Hahaha

Baiklah, aku nak pendekkan cerita. Seperti yang korang semua tahu, apa saja isu berat yang berlaku di negara ini akan dikait-maitkan dengan politik. Aku yakin, sekiranya aku ni orang besar dalam kerajaan, mungkin aku buang air besar dalam tandas awam pun akan dipolitikkan kelak #sarcasm.

Berbalik kepada isu pokok iaitu pencerobohan Lahad Datu oleh militan Moro yang awal-awal lagi sudah digembar-gemburkan media pembangkang sebagai suatu sandiwara oleh kerajaan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa dan menutup kelangsungan perkembangan  siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai kontroversi Projek IC. Ia dilakukan semata-mata demi meraih simpati rakyat sebagaimana kononnya ketika peristiwa Sauk dahulu (bukan juga sandiwara kerana sudah terjawab). Well, I do sense something fishy about this yet I'm amused. I mean, why would dorang mintak tolong kumpulan bersenjata dari luar untuk cetuskan kekacauan?. Apasal tak guna orang dalam ajer let say the clueless serbanistas fanatics or christian extremist kerana ianya lebih convincing. Kalau guna orang Sulu memang epic fail lah jawabnya.

Aku nak tanya sikit, kalau ye kerajaan nak cetuskan kekacauan melalui covert operation ala 911 seperti yang dilakukan oleh Bush untuk menyemarakkan Islamophobia dikalangan rakyat Amerika Syarikat then kenapa tak gunakan ajer "Christian fanatics" tempatan untuk cetuskan konflik?. Ini bukan cakap kosong beb sebab aku tengok dengan mata kepala aku sendiri di laman-laman Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang beria-ria hendak keluar Malaysia ni hampir kesemuanya bumiputera beragama Kristian!. Again no offences kepada bumiputera beragama Kristian sebab aku pun ada kawan beragama Kristian daripada Sabah dan Sarawak!.

Jika berlakulah 'kebangkitan bersenjata' dari mereka maka aku sendiri akan 100% menganggap ianya suatu sandiwara kerajaan Barisan Nasional kerana aku yakin mereka takkan buat kerja gila ini!. INI BUKAN YUGOSLAVIA, INI BUKAN LUBNAN! Perang pun tak guna, sebab yang menang jadi arang dan kalah pulak jadi abu. Pasal ekstremis serbanistas tu anyway. Korang pun tau betapa bahayanya sentimen yang dibawa mereka bukan?. Dan kerajaan mungkin tidak akan melepaskan peluang mengeksploitasi sentimen-sentimen para serbanistas ekstrimis mujahiddeen wannabe.

Akan tetapi krisis bersenjata ini melibatkan kumpulan militan daripada selatan Filipina yang umum sudah mengetahui ianya 'restive area' (wilayah bergolak). Turut mengeruhkan keadaan, kumpulan yang sama juga terbabit dalam tuntutan mereka ke atas Sabah!. Jadi what in the fuck pulak kerajaan bawak masuk mereka sebagai modal political milleage?. Jika benar sekalipun, apakah kerajaan mengarahkan supaya anggota APMM dan Polis Marin untuk berdiam diri sekiranya kumpulan penceroboh tersebut memasuki perairan kita?. Hello, come on-lah bro. Kalau iyepun konfemlah anggota polis atau pun APMM tu dah sebarkan awal-awal lagi kerana dunia kita ini boleh diakses hanya dengan hujung jari sajer.


Mayat busuk bukti mereka tidak mati syahid.

Apa pun ini satu maklumat sahih akan kebenaran isu 'sandiwara' ini kononnya ia didalangi orang UMNO sendiri. Baca dan digest betul-betul. Read between the line.


Oleh : MUTALIB M.D


SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak ******' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!


Ye, Ahmad Malandi seorang ahli UMNO dan ketua cawangan. Itu fakta sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Akan tetapi, jika benar sekali beliau mendalangi pencerobohan ini atas kapasiti sebagai ahli UMNO please think again.

Korang semua perlu tahu bahawa UMNO ni bukan macam PAS dimana syarat menganggotainya wajib berbaiah sehingga sanggup dilaknat sekiranya membelakangi parti berkenaan. Namun demikian tidak sama sekali bagi UMNO, keahliannya bagai satu tiket untuk me keuntungan dunia semata-mata. Bila tak dapat meroyan satu kampung macam dalam video ini (SINI). Sebab itulah kes tikam-menikam belakang, cah keting dan sebagainya biasa berlaku dalam parti ini. Percayalah bila WANG jadi sandaran, semangat SETIAKAWAN TOTALLY ZERO. Senang ceritalah, bila tak dapat kehendak seberang pihak musuh pun sanggup.

Jadi tidak salah aku nyatakan disini bahawa isu pencerobohan ini BERPUNCA DARI SIKAP TAMAK HALOBA AHMAD MALANDI @ MAT BOM UNTUK MENDAPATKAN TANAH FELDA. Percayalah, jika manusia ikutkan nafsu yang meluap-luap segalanya tidak mustahil terjadi. Apatahlagi dengan memanggil saudara-maranya dari seberang. Maka peluang keemasan ini takkan dilepaskan begitu sahaja oleh pihak yang sememangnya berkeinginan untuk menuntut Sabah dengan cara apa sekalipun termasuk keganasan!.

Berikut pula pendedahan peringkat tertinggi.. Again, please read between the lines.



Anwar Ibrahim adalah nama yang tidak asing dalam pentas politik tanah air. Dulu sewaktu aku giat berblog mengenai politik beliaulah favourite punching bag aku sampai ke tahap nombor wahid. Yeap, I never really like this fellas and If you says him an asshole then I wont bother disagree. Certainly this old faggot deserved his vengeance from the rakyat for the chaos he had caused (ie. the so called peaceful Soros funded demonstration by his OTPOR/CANVAS and Utan Kayu train cohort). He's an anarchist to the core. One of the little Dajjal I must say.

Benar, aku memang tak pernah dengan Anwar semenjak dari kecik lagi. Dulu masa dia jadi Timbalan gambar dialah yang sering terpampang di muka depan media massa melebihi gambar Tun Dr Mahathir sendiri. Jikalau aku tak puas hati dengan mak bapakku ketika itu, maka surat kabarlah yang aku lepaskan geram pijak-pijak dan gambarnya akan dihiasi cap tapak kaki aku. Begitulah ceritaku zaman kecik-kecik dulu. Okay cukup cerita peribadi dan teruskan pada cerita pokok.

As an anarchist, he will uses any means possible to spread chaos which includes inviting foreign fighter to disrupt peace and stability. Sebagai ahli politik, tentulah beliau menawarkan janji-janji apabila berkuasa kelak. Apatah lagi dijanjikan pula kuasa autonomi Sabah, maka para 'sultan-sultan' oportunis pun tertariklah dengan tawaran lumayan sedemikian bagai orang mengantuk disorong bontol bantal. Bagai beruk disua pisang. Beginilahnya keadaan Sultan Palsu Sulu Jamalul Kiram III. 



Korang tak pelik ker?. Cuba bayangkan sudah berapa ramai orang sipolan-sipolan mengaku sebagai Sultan Sulu (bukti sultan-sultan palsu di SINI) sedangkan Kesultanan ini secara efektifnya kini punah kerana dihapuskan oleh Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20 lalu. Blogger Asree Sulu pun dah lama bagi pendedahan ini semua.

Aku yakin hampir semua di antara mereka menuntut title sultan semata-mata kerana berebutkan wang (cession money bukan wang pajakan) yang dibayar oleh kerajaan Malaysia hanya tidak lebih sebagai 'wang pencen' perkhidmatan moyang mereka sahaja. Konfem, bila dah dapat duit tu mereka yakni para sultan-sultan palsu tak berdaulat ini akan berjoli sakan minum arak sampai mabuk-mabuk di kelab-kelab terkemuka kunjungan para kerabat ternama dunia. Just imagine, 'baginda-baginda' sultan palsu dan kaum kerabatnya meneguk champagne, brandy, pinot noir dan strongbow dengan penuh rasa nikmat sekali bersama pelacur yang dieksport khas dari kota Angeles. Who knows?

Berbalik kepada isu pokok adalah tidak dinafikan terdapat konspirasi baik dari pucuk kepimpinan UMNO tempatan (Mat Bom) mahupun Anwar Ibrahim. Aku tidak menolak kemungkinan terdapat kerjasama sulit di antara Mat Bom bersama Anwar Ibrahim dalam merencanakan agenda sulit membawa masuk pemberontak Sulu ke Sabah. Ini kerana Anwar sedang dalam kempen untuk menguatkan sokongan pembangkang di Sabah dan ini termasuk menghasut pemimpin tempatan untuk menyokong usaha beliau. Ini hanyalah pendapat peribadi aku jika benar Anwar Ibrahim dan Mat Bom kerana aku tak nampak kesetiaan dalam perjuangan parti oleh pemimpin parti tersebut. Siapa sangka ahli veteran yang cukup gah memperjuangkan partinya akan menikam belakang semula comradenya sekiranya tidak diberi habuan berbentuk wang dan harta dunia. Adakah korang nampak senario ini dalam PAS walaupun hati lebai-lebai lebih busuk?. Anyway, how about PKR? Lebih kurang sama jer dengan UMNO kerana ianya parti serpihan. Dua kali lima beb.

Itu kalau benar bersangkut paut dengan agenda politik tempatan, akan tetapi cuba bayangkan pula jika terdapat agenda sulit daripada kuasa besar dunia untuk menyebarkan chaos kepada negara ini? Walahualam. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Ditambah pulak dengan kelemahan anggota kabinet kita dalam menangani isu ini tidak termasuk juga kelemahan presiden Filipina Noynoy untuk menunjukkan ketegasan kepada pihak penceroboh.


Al-fatihah kepada para syuhada pejuang negara yang gugur di medan pertempuran..



Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget