BLACKOUT
- Bahang PRU-13 masih lagi hangat dirasai meskipun telah berminggu-minggu kian berlalu. Ini kerana, terdapat ramai penyokong pakatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi parlimen terbanyakan tidak berpuas hati akan keputusan yang telah disuarakan majoriti rakyat dengan mempertikaikan kemenangan parti Barisan Nasional.
- Penyokong pembangkang menuduh bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah berpunca dari kejadian 'blackout' yang berlaku di seluruh negara pada malam pengiraan kertas undi dijalankan oleh SPR.
- Tuduhan ini kemudian disanggah oleh TNB menurut kenyataan bahawa tidak berlaku sebarang kejadian terputusnya bekalan elektrik pada malam tersebut. Ianya turut disokong SPR.
- Seorang ADUN DAP (YB Lee Chin Chen, Ketari) yang telah memenangi kerusi yang ditandinginya turut menafikan berlakunya 'blackout' pada malam itu seperti yang dicanangkan para penyokong Pakatan Rakyat.