Monday, October 13, 2014

MENGBONGKAR SEJARAH MELAYU : PRIBUMI ASIA TENGGARA. (MESTI BELI & BACA!)


Melihat kepada tindakan sesetengah pihak yang secara terus menerus mempertikaikan dan menyelewengkan sejarah Bangsa Melayu bagi mencabar hak keistimewaan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi menyebabkan saya dan rakan blogger iaitu Srikandi dan Al-Semantani mengambil inisiatif tambahan untuk mengumpulkan serta menjawab topik-topik yang sering diputarbelitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Topik-topik yang diputarbelitkan ini sering kali disebarkan secara meluas khususnya di alam maya serta laman-laman sosial yang menyebabkan anak-anak Melayu menjadi keliru untuk menjawab kembali dakwaan dangkal yang diutarakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini secara ilmiah dan berfakta.
 
Justeru itu, hasil kerjasama dengan Penerbit buku iaitu Hijjaz Record Publishing (HRP), sebuah buku yang menghimpunkan beberapa buah artikel akan diterbitkan khusus sebagai rujukan sampingan dan panduan ringkas terutamanya kepada generasi muda agar lebih celik tentang sejarah bangsa dan tidak mudah termakan dengan dakyah negatif yang bertujuan untuk melemahkan kedudukan Bumiputera dan agama Islam di negara ini.
 
Jika tiada halangan, Insya Allah buku ini akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran atau terus memesan dengan penerbit di http://www.hijjaz.my/store/
 
Berikut dipaparkan sedikit petikan daripada salah satu artikel di dalam buku berkenaan yang menjawab dakwaan bahawa Parameswara yang mengasaskan Kesultanan Melaka adalah pendatang dari Indonesia di bawah topik‘Penghijrahan di Alam Melayu’ :
 
Adalah satu kesilapan besar jika kisah mengenai penghijrahan Parameswara ini ditafsirkan berdasarkan kepada sempadan moden yang wujud pada hari ini. Parameswara yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka bukanlah pendatang dari Republik Indonesia, apatah lagi untuk mengatakan bahawa baginda adalah pendatang dari Republik Singapura iaitu berdasarkan sempadan moden yang wujud pada hari ini.
 
Sejarah hidup Parameswara yang berasal dari Sumatera dan kisah perjuangannya dari Jawa ke Singapura dan seterusnya menuju ke semenanjung Tanah Melayu bukanlah satu perkara yang menghairankan. Ini kerana baginda sebenarnya hanyalah berhijrah di lingkungan kawasan yang sama iaitu alam Melayu. Justeru itu, tidak menghairankan apabila baginda dengan mudah diterima oleh penduduk setempat di wilayah yang didudukinya kerana baginda dan para pengikutnya adalah serumpun dengan penduduk tempatan berkenaan.
 
Kisah mengenai penubuhan sesebuah Kerajaan yang diasaskan oleh tokoh dari wilayah yang berlainan tetapi masih berada di lingkungan alam Melayu juga sebenarnya turut berlaku kepada Kerajaan dan Kesultanan lain yang wujud di Nusantara. Sebagai contoh, Kesultanan Mempawah yang terletak di barat Kalimantan (Borneo) diasaskan oleh Opu Daeng Menambun yang merupakan Bangsawan yang berasal dari Luwu, Sulawesi. Sementara Kesultanan Palembang yang terletak di Sumatera pula diasaskan oleh Susuhunan Sri Abdurrahman dari Jawa. Contoh lain adalah seperti Kerajaan Todo yang terletak di Manggarai, Nusa Tenggara Timur, diasaskan oleh Dato’ Mashur yang berasal dari Sumatera.
 
Perbezaan contoh yang diberikan di atas berbanding dengan kisah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka hanyalah wilayah Kerajaan dan Kesultanan tersebut pada hari ini masih berada di dalam wilayah lingkungan sempadan politik negara moden yang sama iaitu Indonesia.
 
Tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang terlalu menggembar-gemburkan kisah bahawa Parameswara berasal dari Palembang mungkin tidak menyedari bahawa terdapat juga Kerajaan atau Kesultanan yang kini termasuk di dalam wilayah di luar sempadan Malaysia pada hari ini yang diasaskan oleh tokoh dari semenanjung Tanah Melayu, bahkan Kerajaan atau Kesultanan tersebut diasaskan lebih awal daripada tarikh pengasasan Kesultanan Melayu Melaka oleh Parameswara. Contoh-contohnya adalah seperti berikut :
 
SILA DAPATKAN JAWAPANNYA DI DALAM BUKU INI NANTI

SUMBER (Ibnu Rusydi)
 

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget