Tak sangka rupanya sudah hampir dua minggu aku tidak mengupdate blog nih. Patutlah ramai orang bersin setiap kali melawat laman blog Kerambit Assassins yang tidak lama dulu boleh tahan jugak berbisa tusukan dan tikamannya tu beb sebab dah berhabuk. Oleh itu Shacklesmith menyusun 10 jari memohon maaf di atas kelewatan ini, apatah lagi bulan mulia Ramadan semakin hampir dalam seminggu lagi jadi eloklah korang maafkan aku. Heh Heh Heh.
Kepada yang pernah mengikuti entry aku sebelum ni mungkin sudah tau bahawa aku sebenarnya sudahpun menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di sebuah IPTS (tak payahlah aku bagitau sekarang nanti 'kantoi' pulak gua! haha) di Selangor maka masa untuk aku berblogging agaklah terhad ditambah pulak aku sendiri tidak dilengkapi broadband tersendiri hingga hendak online pun terpaksa bergantung dengan signal wifi dari warung nasi lemak bawah rumah sewa aku yang itupun hanya dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. So, agak-agaklah betapa sukarnya aku hendak mencari masa yang sesuai untuk berblogging ditambah pulak dengan bebanan tugasan penting yang menjadi lumrah setiap mahasiswa. Hari ini pun aku sempat berblogging sebab balik ke rumah keluarga di Damansara (every weekend gua balik beb), jadi dapatlah aku online sebab ada Unifi.
Anyway, baru-baru ini kita dikejutkan dengan khabar seorang anak dara orang yang dilaporkan menghilangkan diri. Hmm, fenomena gadis hilang atau lari dari rumah memang semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Faham-faham sajalah dengan masalah sosial yang semakin melanda bangsa kita ini menjadi punca utama ramai anak gadis bawah umur lari meninggalkan keluarga untuk menikmati kebebasan di luar lingkungan jagaan ibubapa yang tak terhingga kononnya indah itu walhalnya palsu belaka.
Nak tau siapa gadis yang hilang tu? Inilah dia.. (Sumber Blog Braderjai SINI)
But wait, seriously gua sceptic dowh!. Macam pernah tengok jer cewek cun tuh before this!!? Tapi dimana yah? Kebetulan pulak aku terjumpa komen ini disebuah laman Facebook milik rakan-rakan kita dari seberang Selat Melaka. Lebih memeranjatkan lagi,raut wajah 'gadis' yang hilang di sana turut memiliki banyak persamaan. Bak kata peribahasa, "Pelanduk dua serupa". Waduh kok, apa bener dong??!!
Hehehe, aku mintak seluruh lelaki yang sudah jatuh cinta pada gadis ini agar bertenang kerana laporan 'kehilangannya' pada 11 Julai (my birthday dowh!) hanyalah khabar angin sahaja. So, janganlah semua berpanas punggung menyerang mamak-mamak tukang tebar roti canai dan bancuh teh tarik kerana salah seorang colleague mereka bawak lari gadis ini.
Anyway, kepada sesiapa yang ingin siapakah tuan empunya wajah manis nan ayu di atas tu. Maka biar aku perkenalkan beliau, untuk pengetahuan korang semua. Gadis manis di atas tu sebenarnya bukanlah warga negara Malaysia. Beliau adalah seorang gadis berketurunan Aceh yang kini menetap Jakarta. Haha, nama beliau ialah Cut Merissa Adelia Al-Asyi dan inilah Facebook beliau (klik SINI). Anyway, selamat berkenalan ya! Kita rapatkan lagi hubungan di antara saudara serumpun!
Shacklesmith : Cun bebenor cewek ni bai!!!.. Hahaha, Braderjai kalau nak troll orang pun agak-agak ler bro.. :D
No comments:
Post a Comment