What, are you guys talking about profits made by Petronas?. Keuntungannya memanglah berbilion-bilion tapi bukankah kesemua hasil keuntungan tersebut menjadi cukai yang dibayar kepada kerajaan seterusnya dipergunakan sebagai PTPTN. Puak pencacai ni bercakap seolah-olah selama ni kerajaan tak guna langsung duit hasil minyak yang tak seberapa tu untuk kepentingan rakyat. Lagi satu negara kita ni bukanlah pengeluar minyak utama macam negara Arab di Teluk Parsi tu. Korang yakin ke segala keuntungan Petronas tu datang dari telaga minyak of-shore Terengganu?. Pernah dengar cerita Petronas dapat kontrak carigali minyak di negara luar?
Aku cukup tertarik dengan entry sorang female top blogger nie. Tak sangka jugak aku awek yang belajar di UiTM ni rupanya peminjam PTPTN sebagaimana aku. Cuma loan beliau sudah jadi biasiswa sebab dapat dean list pada setiap semester. Haha, korang tau lah sapa kan beb?. Siapa lagi kalau bukan cik Hanis Zalikha yang cun melecun tu. To me she's one of the hottest blogger!. Aku tau akan beliau pun bukan sebab beliau dulu blogger, tapi sebab masuk Malaysian Dreamgirls (sebuah program realiti online ala2 America's Next Top Model). The reason I admired her isn't because of her look, but for her brain. Nevertheless. Cukuplah gua cerita pasal dia. Bagi sesiapa yang tak baca lagi ulasan beliau PTPTN silalah baca dan jangan segan-segan.
The Thing About PTPTN is…
Masih teringat
lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua
dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen,
semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan
beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa
nak beli setem hasil LOL.
Beberapa minggu
kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you
how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam
pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.
Pada suatu ketika dulu, tak ramai
yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca
novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya
melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki
menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz.
Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa
mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa
untuk budak pandai.
Tapi sekarang,
wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad
bukan? It’s no longer a
distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.
PTPTN=Enabler.
Walaupun belum sampai tahap di mana
kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see
anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang
mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung
kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka
subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%.
Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk
faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!
Siapa nak,
silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.
Susulan itu, dah
pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai,
siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan
maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.
Apa? Taknak
bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan
semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat
Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN
anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?
Sebab ramai yang
tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi
dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember
2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi
orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali
manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak
ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.
Kepada yang
bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
Do you guys really think
(those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been
paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500
satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar.
Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma
bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200.
Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?
Jangan ingat gaji lecturer, gaji
tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak
payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri
sendiri bila berhujah.
“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!” Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke
cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu
baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.
Akhir kata, siapa berjaya dapat
pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat
kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation
sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT
PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!
Shacklesmith : What is PTPTN for its detractor? Rather than PTPTipu is it "PINJAM TAPI PULANGKAN TAK NAK"?
No comments:
Post a Comment