Showing posts with label pro-mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label pro-mahasiswa. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Bila Serbanista Keldai Politikus Bersuara Lagi..



Nampaknya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sudah menunjukkan belang mereka apabila Timbalannya, Eikhwan Ali berterus-terang menunjukkan sikap anti-kerajaan pertubuhan mahasiswa itu dengan menghentam UMNO dengan keras.

Eikhwan dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO mesti ditolak pada PRU ke-13 bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan.

Paling “menarik”, budak hingusan itu menegaskan bahawa  UMNO tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan isu-isu berbangkit  termasuk kebejatan sosial yang berpunca daripada hiburan melampau dan pergaulan bebas.





Sebenarnya, saya tertanya-tanya dari mana budak mentah ini mendapat idea untuk menghentam UMNO dengan menggunakan platform sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya bebas politik.

Mungkin budak ini belajar dari PAS, PKR atau Chegu Bard yang menjadi tulang belakang SMM?

Sebagai seorang mahasiswa, saya melihat Eikhwan sebagai seorang budak yang sangat mentah, “naif” dan begitu mudah terpengaruh dengan doktrin omongan kosong yang selama ini dipropagandakan oleh Pakatan Haram.

Apa yang budak mentah ini tahu tentang pentadbiran, kuasa dan pengurusan sesebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang memiliki sekitar 27 juta orang rakyat?

Selama lebih 50 tahu UMNO dan BN mentabdir negara memegang kuasa tampuk pemerintahan, apakah Malaysia ini tidak cukup aman dan makmur?

Apakah Eikhwan melihat negara ini huru-hara dan sering berlaku kekecohan seperti yang berlaku di negara-negara bergolak seperti Myanmar, Palestin, Mesir, Syiria, Tunisia dan lain-lain negara dunia lain?


Kalau ada huru-hara sekalipun, segalanya berpunca dari propaganda Pakatan Haram yang dia sanjung-sanjung sehingga menyebabkan ramai rakyat merungut tidak berpuas hati dan mengganggu ketentaraman awam.




Kalau benarpun, ada perlaksanaan dasar yang punya sedikit masalah, tidakkah pihak yang didewa-dewakan Eikhwan itu menggunakan saluran yang aman dan lebih wajar berbanding menghuru-harakan keadaan?

Bila menyebut “mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan”, tidakkah GAMIS melihat betapa UMNO/BN mendahulukan rakyat dengan pelbagai bantuan dan dasar-dasar yang memberi “joran dan umpan” berbanding memberikan “ikan”.

Apakah GAMIS “buta” untuk menilai dasar dan transformasi politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mementingkan prestasi serta KPI setiap kementerian di dalam kerajaan?

Dan apakah dia fikir Malaysia ini tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyatnya?

Saya yakin, jika Kerajaan UMNO/BN tidak sejahtera dan tidak mementingkan kebajikan rakyat, jangankan Eikhwan, seluruh ahli GAMIS sendiri pun tidak akan berpeluang untuk masuk universiti dengan pelbagai subsidi pelajaran dan keistimewaan!

Pada saya, GAMIS sebenarnya sudah memulakan “perang” terhadap UMNO/BN secara terbuka walaupun Kerajaan UMNO/BN selama ini kerap “memberi muka” kepada pertubuhan yang dipercayai didalangi oleh budak-budak hingusan PAS.

Oleh kerana “geruh” yang GAMIS cari, rasanya kita ada “ubat mujarab” untuk mengubat keceluparan mahasiswa-mahasiswa “malas berfikir” ini. Mungkin mereka tidak sedar bahawa Pro-M kalah teruk pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini..kan?

Wednesday, April 18, 2012

Demo Anti-PTPTN, Apa Pendapat Aku? BHG 2



Orait, seperti yang dijanjikan kelmarin. Aku akan menyambung semula entry aku mengenai pendapat aku pasal Demo Anti PTPTN yang berlaku Sabtu lalu. Aku bukannya nak mengulas 100% mengenai demo jauh sekali nak sentuh lebih-lebih pasal apa yang dorang buat sepanjang berada di dataran selama beberapa tempoh hari. Aku nak MENCERITAKAN PERKARA SEBENAR MENGENAI KEWAJARAN PTPTN DAN KELEMAHANNYA YANG HARUS DIPERBAIKI supaya tidak membebankan kita para siswa dan siswazah sekalian.


Seperti kita sedia maklum, demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan radikal left-wing Pro-Mahasiswa ADALAH GAGAL (EPIC FAIL! TERIMALAH HAKIKATNYA) kerana tidak berjaya mengumpulkan sebanyak 5000 student sebaliknya yang hadir hanya 200 orang sahaja termasuk para pemimpin penyokong pembangkang. Pada aku, jumlah yang hadir pada demonstrasi tu tidak penting asalkan ada jugak orang datang termasuk sorang pak cik yang entah agaknya pernah pinjam duit PTPTN kot tapi tak sempat bayar duit simpanan hangus masa peristiwa 13 Mei.


Orang yang paling lama meminjam PTPTN sejak dari tahun 1960an


Tidak dilupakan dengan memperlekehkan dan mempermainkan adat penganut Hindu iaitu dengan mengalungkan bunga malai kepada gambar PM dan Menteri Pengajian Tinggi siap dengan memanggil mereka mendiang lagi padahal mereka pemimpin ini beragama ISLAM. Turut menyedihkan, kerja bodoh ini turut didalangi oleh SERBANISTA KULTUS PEMUJA  DEAR "HOLIER THAN THOU" TOK GURU AL-MAKSUMI yang konon-kononnyelah Islam Tulen dan suka kafir-mengkafirkan orang tapi berkawan jugak dengan kafir harbi. Kemana perginya Panglima Ludah?, tak nak datang meludah di Dataran ke?. Awat, berani setakat Petaling Jaya Utara jer ker bro?. Hahaha.


Salah satu upacara penganut fahaman Serbanista Al-Hipsteria

Seperti yang dijangkakan, jikalau ada saja demonstrasi anjuran golongan pro-opposition. Konfem sangat majoriti hadirin demonstrator ni terdiri dari anak-anak bangsa Melayu yang beragama Islam dan akan disertai sekali dengan seciput sajer demonstrator bangsa lain. Sebab apa, majoriti pelajar Cina khususnya berjaya dapat markah four flat oleh itu pinjaman mereka secara automatiknya bertukar kepada biasiswa yang tak perlu dibayar. Berbeza dengan budak Melayu yang hanya reti pinjam lepas tu duit dibuat joli ke sana ke mari, belajar pun tak serius lepas tu grad pun CGPA cukup-cukup makan maksimum 2.5 jer boleh capai. Bagi yang jenis kaki tak suka enjoy pun tercicir jugak sebab diperguna golongan subversif macam yang kat bawah ni hah. Sebab itulah kepala otak mereka mudah menyerap pahaman Syiah, Wahabi dan Sosialisme dari pelajaran di kampus.




Sebenarnya bukan takde langsung budak bangsa lain yang dok enter frame berdemo dengan budak-budak Melayu kat atas ni hah. Ader sebenarnya beb, siap bersolat sama lagi dengan bebudak Melayu ni bila masuk waktu.



Dan seperti biasa jika kita lihat di ruangan komen video ini, puak-puak serbanista cap bulan mengambang dipagari langit hijau akan berkokok menghalalkan mengampu tindakan anak Cina tersebut bajet seolah-olah macamlah depa kenal sangat dengan anak Cina. Agak pelik jugak bagi aku, apa kelayakan dorang mengeluarkan dalil membenarkan kelakuan anak  Cina tersebut?, lulusan first degree Al-Azhar kah?. Aku bajet belajar Diploma kat KUIS pun tak graduate lagi.




Ni aku bubuh sebijik, budak-budak serbanistas aka hijabster ni memang PANTANG DENGAN ISU TUDUNG. Korang boleh tengok sendiri bagaimana isteri PM dan Puteri UMNO free hair dimaki dengan kata-kata nista hanya mereka tidak bertudung. Secara tidak langsung, serbanista inilah yang boleh kita katakan sebagai JUARA TUDUNG KEBANGSAAN dan selayaknya menjadi jurucakap kedai Muaz Tekstile. Bagus jugak usaha dorang beb, jadi juara tuntutan agama disamping memajukan ekonomi industri bumiputra. Aku sokong 500%!. Ni nak habaq mai nih, aku nak tanya awek sapelah nie dressing kemain lagi, bakal menantu Najib ngan Rosmah ke? Hahaha, para serbanista sekalian sila kalau boleh tolong tarbiahkan mengikut bahasa korang yang paling 'sopan' sekali.



Aku ingat ye.. rupenyer awek idola budak-budak kaki demo ni rupanya. Tidak lain tidak bukan, Fahmi Reza ler..


Shacklesmith : Untuk pengetahuan korang, puak-puak student pendemo ni terbahagi kepada dua. Korang boleh kenalpasti sendiri melalui style dressing, percakapan dengan pemikiran kepala otak dorang. Puak yang paling senang sekali kita identified adalah golongan student yang berlagak bajet 'Islamik', mereka ini kebanyakannya pelajar Syariah dan Usuluddin IPTA dan menganggotai pertubuhan seperti GAMIS, PMIUM dan pertubuhan 'Islam' pelajar yang lain. Aspek berpakaian kebiasaanya, bagi lelaki berketayap dan perempuan pula bertudung litup ataupun berpurdah. Mereka lebih cenderung kepada PAS dan korang boleh tengok kat blog dan facebook dorang penuh dengan gambar Tok Guru Holier Than Thou parti tersebut yang pujaan mereka sepanjang masa (paling common, Tok Guru Nik Aziz lah). Istilah paling tepat digunakan untuk merujuk pada mereka adalah SERBANISTA.

Sementara golongan kedua pulak, pelajar yang cenderung kepada fahaman liberal dan sosialis yang didokong oleh Hishammudin Rais or to the lesser extend Fahmi Reza. Education background dorang adalah dari pelbagai aliran tidak kira Science stream mahupun Art Stream. Cara dressing mereka agak urban sikit ala-ala hipster dan terkenal dengan sikap anti-establishment. Dorang ni boleh dikatakan amat menggemari apa-apa sajer yang 'independant' termasuk mendengar lagu indie dan buat apa sajer yang menyalahi undang-undang seperti vandalisme dan kadangkalanya melanggar hukum agama (cakap ala freethinker). Biasanya mereka buat bodoh ajer dengan teguran SERBANISTA dan selalunya jugak atas dasar perjuangan yang satu bebudak SERBANISTA ni buat bodoh ajer dengan perlakuan tak munasabah dorang tu meskipun menyalahi hukum agama. Perkara yang paling pantang dorang dengar kat telinga adalah RAJA-RAJA,  KEDUDUKAN AGAMA ISLAM dan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU . AS A LIBERALS, THEY JUST DONT GIVE A FUCK ABOUT IT OR WHETHER REALLY CARES FOR IT. Bagi dorang semua tu menindas hak asasi manusia sama sekali!. TO THEM, HOMOSEXUALITY IS A HUMAN RIGHT AS WELL. Istilah paling tepat digunakan untuk merujuk pada mereka adalah HIPSTER LIBERAL SOSIALIS.

Akan tetapi, titik pertemuan bagi dua golongan ini adalah 'Anti Establishment', ANWAR IBRAHIM sebagai IDOLA dan semestinya ASALKAN BUKAN UMNO. Mereka amat kritikal terhadap semua dasar kerajaan, boleh dikatakan APA SAJER KERAJAAN BUAT SEMUA TAK BETUL. Sikap radikalisme dan memberontak sajerlah titik persamaan yang ada di antara dua golongan ini. 

Masa kerajaan sekarang memerintah bolehlah dorang bersatu, cuba bila Pakatan Rabak pujaan dorang memerintah nanti agak-agak boleh sampai kata sepakat tak?. SERBANISTA NAK PEMERINTAHAN IKUT ACUAN TEOKRASI, HIPSTER LIBERAL SOSIALIS NAK PEMERINTAHAN IKUT ACUAN SEKULARISME, SO MANA SATU MELAYU SEMUA NAK TUJU?. PERCAYALAH, BILA MEREKA MEMERINTAH NANTI LAGILAH KUCAR-KACIR SEBAB MASING-MASING TAKDE PENDIRIAN DAN MATLAMAT ASAS DAN HANYA TIDUR SEBANTAL TAPI MIMPI LAIN-LAIN.

So, PRO-ASPIRASI, AMAN KAMPUS, SOLIDARITI KEAMANAN MAHASISWA, KAUKUS SISWA MELAYU dan GENG KAPAK. Korang sedar ke tak situasi nie?


BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 3


Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget