Monday, January 14, 2013

Lady Godiva

Sekali disebut, mungkin ramai tidak mengenali siapakah sosok empunya nama Lady Godiva. Bahkan juga penulis yakin dan tak kurang juga syak lagi, ramai lebih mengetahui akan keenakan minuman hot chocolate berjenama 'Godiva' buatan Belgium daripada sejarah sebenar tokoh yang bernama Lady Godiva ini. Tidak sekali penyanyi baru seperti Lady Gaga.

Hendak saja saya ingin bertanya kepada kalian semua, siapakah sebenarnya cik tuan empunya nama ini dan apakah jasa, legasi dan legenda yang ditinggalkannya dan diwarisi oleh generasi-generasi khasnya kita yang tinggal di abad ke-21 ini?.


Lady Godiva, sebuah nama yang diberi kepada seorang srikandi  bangsawan Inggeris kurun ke-11 Masihi. Beliau merupakan isteri kepada seorang pembesar di Mercia (salah sebuah daerah) di England yang menurut suatu babad (hikayat) kurun-13 iaitu Flores Historarium, dimana beliau sanggup menunggang kuda tanpa seurat benang demi menentang cukai-cukai mencekik lagi memeritkan yang dikenakan suaminya terhadap rakyat miskin.


Menurut hikayat tersebut, Lady Godiva amat mengasihani penduduk kota Coventry yang menderita lantaran penindasan suaminya terhadap mereka. Setelah puas merayu suaminya itu untuk menghentikan kezaliman dan menarik balik cukai-cukai yang dikenakan terhadap rakyat jelata. Rentetan keengganan suaminya yang masih berkeras untuk menzalimi rakyat, akhirnya suaminya mengenakan syarat kepada beliau mengambil keputusan untuk berbogel menunggang kuda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong sekitar bandar Coventry dengan satu syarat dimana rakyat jelata penghuni kota Coventry harus berdiam di rumah dan menutup pintu-pintu dan tingkap-tingkap sepanjang beliau menunggang menyusuri kota tersebut.

Namun disebalik larangan keras yang dikenakan oleh suaminya Leofric, kepada rakyatnya. Hanya satu orang yang berdegil untuk mengingkari larangan tersebut iaitu seorang tukang jahit bernama Tom. Diceritakan kononnya Tom telah menggerudi lubang pada penutup tingkapnya untuk melihat Lady Godiva berlalu di hadapannya. Akibatnya beliau menjadi buta. Nama beliau kini dikenang sebagai Peeping Tom kerana tabiatnya yang suka mengintai sebagaimana Qarun menurunkan namanya pada harta-harta purba yang tak ternilai harganya. Akhirnya, Leofric mengotakan janjinya dan menghapuskan cukai berat yang membelenggu kehidupan rakyat jelata di bawah tadbirnya. 


Maka dengan berakhirnya kekejaman Leofric terhadap rakyatnya secara tidak langsung perjuangan Lady Godiva pun tamat. Sungguhpun peristiwa itu telah berlaku hampir 1000 tahun dahulu, nama beliau masih dikenang sehingga kini. Malahan, arcanya berdiri megah di kota Coventry sebagai simbolik perjuangan seorang wanita menentang kezaliman dan keegoan pemerintah lelaki apatahlagi yang ditentang itu bergelar suami. Di kepulauan Britannia, beliau mengukir nama sebagai serikandi setanding dengan Queen Boudicca.


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget