Tuesday, November 26, 2013

Kisah Tentang Bumiputra Abad 21 bahagian 1

Aku dilahirkan beragama Islam, berbangsa Melayu keturunan Banjar dan berwarganegara Malaysia. Menurut takrif perlembagaan Malaysia, orang Melayu adalah asas kepada kaum Bumiputra di Malaysia ini. Ini kerana orang Melayu adalah kaum terbesar di antara kaum-kaum pribumi di Malaysia.

Untuk mengenalpasti siapakah pribumi-pribumi di Malaysia. Kita tak seharusnya memandang sesempit dari sempadan Perlis hingga Sabah sahaja. Ini kerana alam Nusantara itu luas sekali merangkumi Indochina, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan kepulauan Filipina. Yes my friend, these are the core realm of Austronesia. Sempadan politikal yang ada hari ni hanyalah sisa-sisa tinggalan penjajah. Sesiapa yang melintasi sempadan ini prior to 1957 dan 1963 tidak harus diklasikasikan sebagai pendatang.

Kita semua serumpun, lautan mahupun sempadan ciptaan penjajah bukanlah penghalang kepada keragaman kita. Ramai tidak mengetahui bahawa bahasa Suku Kubu di Sumatera memiliki banyak persamaan dengan bahasa Jakun dan Temuan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga bahasa Rejang di Bengkulu Sumatera amat mirip dengan bahasa Bidayuh di Sarawak. Selain itu rumpun bahasa suku Sungai  Sabah juga dipertuturkan oleh suku Yakan di kepulauan Sulu. Begitu bahasa Molbog pulau Palawan yang banyak persamaan dengan bahasa Dusun Bonggi di Pulau Banggi Sabah.

Alkisah tentang aku pulak. Menurut kata ibuku, aku ni berketurunan Banjar melalui nasab bapak aku. Dari sebelah ibuku pulak, jurai keturunan aku berasal dari Minangkabau Negeri Sembilan. Ini bermakna aku berkromosom Y kan Banjar dan berkromosom X kan Minangkabau. Jadi aku ni Banjar campur Minangkabau lah.

Mengikut perspektif antropologi, orang Banjar dan Minangkabau tergolong dalam kelompok Melayu Deutero yakni Melayu yang secara ketamadunan dan teknologinya lebih advance dari kelompok Melayu Proto.

Berikut adalah senarai suku-suku Nusantara yang tergolong dalam kelompok Melayu Deutero.
-Aceh
-Bugis
-Banjar
-Brunei
-Champa
-Patani/Kelantan
-Kedah/Ligor
-Deli
-Palembang
-Jambi
-Siak/Rokan
-Kampar
-Riau/Melayu Jati Johor
-Terengganu
-Melayu Kalimantan Barat (aku tak sure sama Melayu kat Sarawak tu sama dgn dorang)
-Bengkulu
-Lampung
-Sunda
-Jawa
-Bali
-Sasak (aku pun tak berapa pasti dgn orang Lombok ni sbb byk persamaan dari segi bahasa dgn orang Bali)
-Suluk
-Irranun
-Maguindanao

Antara elemen penting yang menyatupadukan Suku-suku ini sistem pemerintahan beraja dan agama Islam. Meskipun kelompok Melayu Deutero amat teguh kepercayaan mereka terhadap agama Islam, masih tersisa warisan tinggalan agama Hindu dan Buddha dalam kebudayaan mereka.

They are the noble race of Nusantara, sebab itulah mengikut sejarah hanya mereka sahaja yang berhak memegang kuasa di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo (Kalimantan) dan beberapa lagi pulau-pulau di Nusantara. It is fortunate that their sultans were given the mandate of heaven to rule over the realm since the times of Funan Empire.

Bukan hendak memperlekehkan keturunan Melayu Proto, namun inilah hakikatnya. Raja2 Melayu adalah penaung kepada Melayu Deutero dan juga Melayu Proto. Like what the feudalist always cried, Daulat Tuanku!

Sebenarnya, tanpa Melayu Proto takkan wujud Melayu Deutero. Teori first wave and the second wave out of Yunnan migration tidak lagi boleh dipakai kerana the brown race Austronesian of Nusantara ini adalah pribumi rantau Asia Tenggara.

Menurut sejarah suku Banjar. Orang Banjar yang bermastautin di selatan Kalimantan (Borneo) dikatakan berasal dari keturunan orang Dayak dari suku Maanyan, Ngaju dan lain-lain suku Dayak yang berdiam di sepanjang sungai Barito. Disana mereka membentuk kebudayaan perdagangan maritim dengan membekalkan hasil hutan seperti lada hitam, kayu belian dan pelbagai lagi keluaran asli rimba Borneo yang lain.

Mereka berdagang dengan kerajaan Nusantara lain seperti Funan,Langkasuka, Srivijaya dan malahan sehingga tanah Arab dan China. Lantaran dari gaya hidup mereka yang berasaskan maritim telah menyebabkan mereka juga turut menerima tempias arus Malayisasi yang dijalankan sama ada melalui proses akulturasi kebudayaan dan mahupun ekspedisi penaklukan oleh kuasa Melayu Deutero yang lain seperti Srivijaya dan Majapahit.

Proses ini mengambil masa hampir 1000 tahun untuk menjadikan orang Banjar itu sebagai salah satu rumpun Melayu Deutero dan sekaligus melenyapkan sisa-sisa unsur Dayak dalam kehidupan mereka. Namun begitu, budaya mungkin terhapus tetapi tidak DNA. Justeru, boleh diperkatakan bahawa orang Banjar itu adalah orang Dayak yang telah dimelayukan.

Aku merasakan agaknya orang Brunei juga lahir dari proses akulturasi yang sama seperti orang Banjar. Cuma bezanya, genetically mereka lebih dekat dengan kaum pribumi Sabah dan utara Sarawak. Tiada yang mustahil sekiranya pribumi Borneo ini berdiam di pesisiran pantai ketika era kegemilangan kerajaan Srivijaya.

Ingatlah, walau kita berbeda agama tapi kita tetap bersaudara. Janganlah memandang lekeh saudara serumpun kita yang berlainan kepercayaan. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU & BHINNEKA TUNGGAL IKA. Kata keramat buat penyatu kita bersama. Kerana kita anak pribumi nusantara. We were brothers and sisters.

Tuesday, November 12, 2013

Tamadun Islam Atau Tamadun Manusia?


Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk, sains, perubatan, parti, tamadun dan sebagainya, adalah fenomena pemikiran ramai para sarjana agama terutamanya di Malaysia, lantaran itu ramai segolongan sarjana agama mahu mengkonsumsikan Bank Islam, Insuran Islam, Ekonomi Islam, Universiti Islam, Taman Tamadun Islam, Parti Islam, Pajak-Gadai Islam, dan pelbagai lagi yang dijenamakan dengan istilah Islam untuk mengeksklusifkan.

Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk itu memang menarik perhatian ramai masyarakat Melayu di Malaysia pada masa kini. Saya pun tidak tahu kenapa mereka mengaitkan Islam yang berkaitan dengan persoalan ketuhanan itu dengan produk-produk yang dihasilkan manusia. Saya tidak tahu niat mereka berbuat begitu, samada mereka hendak menunjukkan diri mereka lebeh Islam dari kapal selam - tidaklah saya ketahui.

Namun saya berbaik sangka mungkin para sarjana agama itu hendak mengembalikan kegemilangan "Tamadun Islam" yang disangka boleh menunjukkan kesyumulan Islam. Namun kalau ikut cara itu, tentu sekarang ini kita dapati ada para penganut agama lain yang hendak menunjukkan kesyumulan agama mereka juga, tetapi kita tidak nampak pula penganut agama lain membuat "Bank Yahudi" atau "Bank Kristian" atau "Bank Buddha" atau "Bank Hindu".

Jika kita perhatikan ciptaan-ciptaan teknologi yang diguna pakai oleh orang yang mengaku Islam itu sendiri seperti kapal terbang, kereta, komputer, software, satelit, kapal selam, roket dan sebagainya itu, kebanyakannya adalah ciptaan ataupun rekaan yang dihasilkan oleh orang yang mereka anggap kafir (infidel), tetapi adakah mereka yang mencipta semua itu pernah menjenamakan produk atau ciptaan-ciptaan mereka dengan nama agama mereka??

Jadi sebelum kita berfikir soal tamadun Islam atau seperti laungan segolongan sarjana agama, "Hendak memertabatkan syiar Islam dengan membina Taman Tamadun Islam" atau produk-produk dijenamakan dengan perkataan Islam, maka sebaiknya difikirkan dahulu soal tamadun itu. Dimana sebelum perkembangan tamadun di tanah Arab dahulu terdapat para sainstis dan ahli falsafah Arab yang mempelajari ilmu-ilmu dari orang-orang Greek.

Orang-orang Greek lebih dahulu berkecimpungan dengan ilmu-ilmu samada ilmu falsafah, ekonomi, politik, sastera, sains dan dan berbanding dengan orang-orang Arab. Kemudian buku-buku yang ditulis oleh orang-orang Greek itu telah diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh para sarjana Arab kerana mereka mahu mempelajarinya. Para sarjana Arab pada masa itu telah menaiktarafkan lagi (upgrade) ilmu-ilmu dari orang-orang Greek itu.



Nama-nama seperti Ibn Sina, Jaber ibn Hayan, al-Khwarizmi, al-Farabi, Ibn Rusyd dan sebagainya itu adalah mereka-mereka yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Greek itu. Kemudian mereka telah berjaya meningkatkannya lagi. Mereka adalah para sainstis dan para ahli falsafah. Diantara mereka ada yang dikafirkan oleh para sarjana agama, mereka adalah para pemikir. Mereka bukanlah seperti ramai golongan ustaz zaman sekarang ini.

Pada zaman-zaman mereka itulah yang telah dianggap sebagai Tamadun Islam kerana mereka telah membuat penemuan ilmiah yang menyumbang kepada kemajuan sainstifik. Kemudian para sainstis dan ahli falsafah dari Arab itu semakin berkurangan kerana ramai diantara mereka yang telah dikafirkan oleh para sarjana agama. Ini telah memerosotkan budaya berfikir, mengkaji dan sainstifik dikalangan ramai orang yang mengaku Islam.

Setelah kemerosotan masyarakat Arab, maka Barat pula meneruskan ilmu-ilmu itu untuk dikembangkan lagi sehingga membawa kepada kemajuan moden seperti yang kita lihat pada hari ini. Di Eropah Revolusi Industri bermula, dimana kereta api, kereta, kapal terbang, basikal, telefon dan lain-lain lagi telah dicipta. Setelah Revolusi Industri, kemudian Revolusi Teknologi. Dengan ini manusia telah melintasi zaman batu, zaman besi dan zaman moden.

Saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan pendapat seorang sarjana agama Arab ketika basikal mula-mula diciptakan pada zaman Revolusi Industri dahulu. Menurutnya pergerakan basikal itu melibatkan kuasa jin. Seolah-olah menggambarkan menaiki basikal itu adalah pengaruh Barat yang tidak Islamik. Namun pendapatnya itu amat berkesan kepada ramai orang yang mengaku Islam pada masa itu, sehingga boleh dikatakan ramai orang yang mengaku Islam pada masa itu telah mempercayainya.

Namun apa yang terjadi sekarang ini bukan setakat basikal, malah kapal terbang yang dicipta oleh orang yang mereka anggap kafir itu jugalah yang mereka gunakan untuk memudahkan perjalanan jauh dan menunaikan Haji. Jika ini difahami mungkin ramai diantara kita boleh faham mengapa ramai orang yang mengaku Islam itu lambat berkembang maju walaupun pada satu ketika dahulu para saintis dan ahli falsafah pernah berada dikalangan mereka.

Mengapa ramai para sarjana agama dahulu telah mengkafirkan para saintis dan ahli falsafah dikalangan mereka sendiri tidak diketahui. Namun seperti ramai para sarjana agama dan ramai orang yang mengaku Islam sekarang ini yang sentiasa prejudis terhadap ilmu-ilmu yang ditulis oleh para orientalis berkemungkinan mereka juga berprejudis terhadap ilmu-ilmu dari Greek itu, dimana ia dianggap boleh membawa kesesatan dalam beragama.

Padahal para sainstis dan ahli falsafah Arab dahulu mempelajari ilmu-ilmu dari Greek dan ia berjaya dinaik tarafkan (upgrade), maka memang benar mereka telah memberikan sumbangan untuk kemajuan dunia. Namun kalau menurut turutannya bermula dari ilmu-ilmu yang dikembangkan oleh orang-orang Greek, selepas itu disambung pula oleh para sainstis dan ahli falsafah Arab, kemudian diteruskan oleh orang di Eropah atau Barat, maka nyatalah ini perkembangan yang saling berkaitan.

Ini menunjukkan semua tamadun yang dilalui manusia telah memberikan sumbangan, dimana manusia pinjam meminjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa dan kepercayaan telah bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan kepercayaan mereka sahaja. Manusia telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Begitu juga manusia tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah hak cipta Tuhan.

Agama atau apa-apa kepercayaan sekalipun tidak dapat menjustifikasikan kebaikan dan kebenaran boleh dimonopoli. Mereka yang ingin memonopoli itu hanya kerana mereka hendak mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka, maka jadilah ia label-label kepercayaan yang berbentuk eksklusif. Maka diakhir catatan ini kita boleh bertanya tamadun Islam atau tamadun manusia??

SUMBER - MAT ROJAK

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget