Showing posts with label hal melayu. Show all posts
Showing posts with label hal melayu. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

MENGAPA INDUSTRI PERFILEMAN/HIBURAN NEGARA MENUJU KE ARAH KEHANCURAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

i - SEBELUM meneruskan bacaan, ingin DITEGASKAN di sini bahawa ini adalah PENDAPAT PERIBADI semata-mata, berdasarkan PENGALAMAN di dalam industri kita.
ii - TIDAK langsung MEMAKSA sesiapa untuk BERSETUJU dengan artikel ini.
iii - Tidak semua begini namun MALANGNYA, golongan ini adalah golongan MAJORITI.
iv - Andai TIDAK dapat MEMBACA dengan minda TERBUKA dan menerima TEGURAN maka kalian BELUM sedia BERUBAH.
v - Andai kalian belum sedia berubah, maka makin HANCUR lah industri ini.

[ MENGAPA INDUSTRI PERFILEMAN/HIBURAN NEGARA MENUJU KE ARAH KEHANCURAN ]

1 - Penerbit & pengarah terlalu EGO untuk menerima pendapat orang lain kerana merasa sudah HEBAT.
2 - IDEA dari yang muda TIDAK akan DIAMBIL KIRA dengan alasan tiada PENGALAMAN dan masih MENTAH.
3 - Padahal drama dan filem DIBIKIN antaranya untuk TONTONAN yang MUDA juga.
4 - MALAS untuk membuat kajian.
5 - Langsung TIADA INISIATIF untuk menjadi kreatif.
6 - AMBIL saja dari novel, atau TIRU saja idea dari filem luar.
7 - Apabila ditanya, akan keluar pelbagai ALASAN seperti "persamaan adalah kebetulan, saya pun tak sangka", "saya langsung tidak tahu, saya tak pernah tonton pun filem tu".
8 - Masih MENGHARAP, menagih dana kerajaan.
9 - Kalau TIADA DUIT, usah bikin drama dan filem. Berniaga saja CUCUR UDANG atau PISANG GORENG.
10 - Bila modal KECIL, bayaran pada pengarah, penulis skrip dan kru menjadi RENDAH. Pelakon juga terpaksa ambil yang kayu, janji kos MURAH. Lokasi jadi "ASAL BOLEH" kerana PERCUMA.
11 - Hasilnya drama dan filem menjadi lebih TERUK dari sampah!
12 - Kerana penerbit yang KELUAR MODAL, maka ada di antara pengarah yang hilang hak untuk MEMILIH penulis skrip dan pelakon yang berwibawa.
13 - Penerbit akan memilih penulis skrip yang mengikut SELERA mereka, walaupun ada yang menulis ENTAH APA-APA.
14 - Penerbit juga akan memilih pelakon yang mereka gemari, pelakon wanita yang boleh di"KEPIT" dan di "HIMPIT" walaupun langsung keras depan kamera.
15 - Andai penerbit tidak berbuat demikian, KEISTIMEWAAN tersebut akan jatuh kepada pengarah.
16 - Antara DOSA BESAR drama dan filem kita adalah kerana MENGIKUT selera penerbit dan pengarah, bukan mengikut selera PENONTON.

17 - Terdengar AYAT yang keluar dari PENERBIT dan pengarah tersohor tanah air "Kita buat filem ni, tak tahu lagi ada orang mahu tengok atau tak. Jadi kena la ikut trend semasa"
18 - Ayat yang paling DANGKAL pernah saya dengar.
19 - Semua PERNIAGAAN ada RISIKOnya.
20 - Andaiannya begini, jika sebuah LORONG dijadikan tempat berniaga. Dari awal lorong sampai habis lorong, SEMUA berniaga char kuey tiao. Apa anda FIKIR anda AKAN lebih UNTUNG? Akan lebih MAJU?
21 - Apa yang dikatakan sebagai "trend" ini sebenarnya TIDAK wujud.
22 - Penonton TERPAKSA menonton kerana TIADA PILIHAN genre lain, tiada filem antarabangsa yang MENARIK waktu itu atau kerana MINAT sangat dengan pelakon.
23 - Jalan cerita SAMPAH pun tak mengapa, janji pelakon yang diminati tu ada.
24 - Ya, Hollywood sekarang sibuk dengan filem-filem ADAPTASI komik superhero. Tetapi tahukah kalian yang GENRE LAIN juga dihasilkan dengan sama BANYAK?
25 - Malah filem SUPERHERO mereka juga punya VARIASI.
26 - Cuba ceritakan di MANA variasi, katakan lah, filem SERAM kita?
27 - Kalau sudah KELUAR satu filem pontianak, yang LAIN pun SIBUK dengan pontianak. Baik drama, baik filem.
28 - Kalau gangster, dah SEMUA pun sibuk bergangster.

29 - Bergaji KECIL tapi terpaksa bekerja MELEBIHI 14 jam sehari. JADI?
30 - Ketika MEMASUKI industri ini, perkara ini memang DIKETAHUI umum.
31 - Waktu penggambaran memang SUNTUK kerana ingin CEPAT siap, untuk KURANGKAN kos dan sebagainya.
32 - Salah SIAPA? Baca semula dari atas.
33 - PEKERJAAN ini (kru penggambaran) adalah PILIHAN HATI kalian SENDIRI.
34 - Andai TIDAK SUKA dengan gaji yang KECIL atau waktu kerja yang PANJANG, banyak lagi PILIHAN pekerjaan yang LAIN.
35- Menggunakan ALASAN gaji kecil dan TERPAKSA ambil 2-3 job sekaligus lalu terpaksa mengambil DADAH untuk ketahanan badan ketika bekerja adalah KARUT!
36 - Sekali lagi, BANYAK pilihan kerja yang ADA di luar sana.
37 - Minat? Jiwa memang dah JIWA SENI? Jadi JANGAN jadikan pekerjaan sebagai ALASAN anda mengambil DADAH!
38 - TERTEKAN dan penat? Banyak lagi industri yang lebih TERUK dari industri ini.
39 - Kalau dah TAHU gaji kecil, mengapa perlu BUANG duit beli dadah? Banyak INISIATIF yang lebih POSITIF untuk mendapat pendapatan LEBIH.

40 - Filem mengenai SEJARAH tanah air atau seni SILAT tidak dibikin BUKANLAH kerana "tak ada orang nak tengok lah cerita macam ini, bro".
41 - KURANGnya filem begini adalah KERANA penerbit, pengarah dan penulis skrip MALAS untuk membuat KAJIAN. Diulangi, MALAS! Bikin filem CINTA lebih MUDAH dan MURAH.
42 - Berapa BANYAK fakulti-fakulti sejarah di UNIVERSITI negara kita?
43 - Berapa banyak PERSATUAN seni silat yang terdapat di negara kita?
44 - Jawapannya LEBIH DARI BANYAK!
45 - Semua penuntut adalah orang MUDA. Dalam 20 orang, boleh dikatakan 18 ORANG mempunyai hobi MENONTON filem!
46 - Ini BELUM termasuk dekan, pensyarah dan Mahaguru.
47 - Jadi DIMANA letaknya alasan TIADA PASARAN?
48 - Ini adalah satu PEMBOHONGAN!
49 - MENYALAHKAN pasaran atas KEMALASAN, KEEGOAN & KESOMBONGAN diri sendiri!
50 - Antara filem yang DIADAPTASI dari fakta SEJARAH adalah Queens of Langkasuka.
51 - Mendapat BANYAK pujian yang JUJUR dan IKHLAS diperingkat ANTARABANGSA.
52 - Fikir lah sendiri MENGAPA ada perkataan "jujur" dan "ikhlas" di situ.
53 - Antara filem yang MENAIKKAN martabat SENI mempertahankan diri sesebuah negara adalah Ong Bak, Tom Yum Goong [Muay Thai] dan Merantau [Silat Minang, Silek Harimau]
54 - Ong Bak dan Tom Yum Goong telah BERJAYA menembusi PASARAN Amerika Syarikat dan mendapat kutipan PECAH PANGGUNG.
55 - Merantau pula telah MEMENANGI anugerah AUDIENCE AWARD, HONORABLE MENTION di Fantastic Fest 2009 yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat dan anugerah FILEM TERBAIK di Action Fest 2010 yang berlangsung di Carolina Utara, Amerika Syarikat.
56 - Itu KEJAYAAN mereka di peringkat ANTARABANGSA. Belum lagi di TANAH AIR MEREKA sendiri.
57 - Ini BELUM lagi cerita industri PERFILEMAN/hiburan Hong Kong & Bollywood.
58 - JANGANLAH hendak membuat ALASAN bahawa scene mereka TIDAK SAMA dengan scene di sini.
59 - Mereka juga BIKIN filem cinta, komedi, seram dan lain-lain genre lagi. Namun semua akan DISELITKAN dengan unsur-unsur BUDAYA dan KENEGARAAN.
60 - Filem kita wajah kita, PERNAH kedengaran slogan ini.
61 - Namun APAKAH wajah kita? BOHSIA? REMPIT? GANGSTER? ZOMBI? KAKI DRIFT? ROMEO?
62 - Adakah ini BUDAYA kita?
63 - SEDARKAH kalian, anak-anak kecil mudah MENGAJUK, mudah TERIKUT dengan IDEOLOGI yang sedang kalian SEMAIKAN ini?
64 - CUKUP-CUKUP lah buat drama dan filem yang sibuk MENUNJUK syarikat besar, rumah besar, kahwinkan anak masing-masing DEMI gabungan perniagaan, hero perasan ROMEO yang entah di mana MACHOnya dan lain-lain.
65 - Cukup-cukuplah dengan lawak BODOH, SLAPSTIK yang nampak sangat TIADA IDEA, yang LEBIH kepada MENGHINA.
66 - Cukup-cukup lah dengan skrip KURANG AJAR yang menjadi IKUTAN anak-anak kecil. Bahasa JIWA BANGSA, bukan?

67 - Selalu TERDENGAR salakan yang BERBUNYI "Hentikan kemasukan drama & filem negara seberang!" & "Hentikan kemasukan artis & band dari negara ini, negara itu!"
68 - Ini adalah PERMINTAAN, andai tiada permintaan maka TIDAK akan ada PASARAN.
69 - Kenapa kita DIBANJIRI dengan PRODUK-PRODUK [drama, filem dan muzik] LUAR?
70 - HAKIKAT yang PERLU kita AKUI adalah PRODUK MEREKA LEBIH BAGUS!
71 - Andai TIDAK BAGUS, mustahil promoter BERANI membawa MASUK produk tersebut?
72 - TIADA promoter dan pengedar yang berani hendak bawa masuk PRODUK yang TIDAK BAWA KEUNTUNGAN!
73 - MENYEKAT kemasukan drama, filem dan artis serta kumpulan muzik dari luar negara TIDAK akan membawa apa-apa KEUNTUNGAN langsung.
74 - Ini hanya AKAN membuatkan industri semakin MERUDUM kerana TIADA PERSAINGAN YANG BAGUS.
75 - Dalam satu KELAS, andai SEMUA murid pun MALAS dan sama TAHAP maka TIADA langsung murid AKAN MAHU belajar BERSUNGGUH-SUNGGUH!
76 - Maka akan JADI lah keluaran yang "Alah, BOLEH LAH, orang akan TENGOK/DENGAR punya. Mereka TIADA PILIHAN."
77 - ADAKAH dengan MENGHALAU peniaga cucur udang lain akan MEMBUATKAN cucur udang anda LEBIH sedap? TIDAK!
78 - Untuk MAJU, persaingan adalah PERLU!
79 - Andai kalian HENDAK kekal di zon selesa SESAMA kalian, maka produk kalian akan berada DI TAHAP itu sajalah.
80 - Dengan itu, JANGAN sibuk hendak MENYALAHKAN orang lain dengan KEGAGALAN kalian.
81 - Sila beli CERMIN yang besar dan berdirilah DI HADAPAN cermin tersebut.
82 - PENGALAMAN yang bertahun-tahun TIDAK BERERTI kalian seorang yang HEBAT dan berjaya andai TAHUN-TAHUN tersebut kalian habiskan dengan MENGULANGI perkara-perkara sama yang TIDAK BETUL.
83 - Yang ADA di hadapan cermin itu lah yang menentukan sama ada kalian GAGAL atau BERJAYA.

84 - Soal ROYALTI juga dibangkitkan SEOLAH-OLAH kalian DITINDAS.
85 - Pernah DENGAR mengenai KONTRAK jualbeli/sewa? Ya, KERTAS yang kalian TANDATANGANI ketika MENJUAL/menyewakan drama, filem atau muzik kalian kepada PENGEDAR atau STESEN TELEVISYEN.
86 - BAGAIMANA hendak DAPAT royalti andai TIADA dalam perjanjian/kontrak jualbeli/sewa yang kalian tandatangan?
87 - Tidak BACA habis kah? Atau HANYA NAMPAK bahagian yang tertera RM sahaja?
88 - HENDAK kan royalti, SERTAKAN lah dalam perjanjian/kontrak jualbeli/sewa! Baru lah DAPAT!
89 - Ini tidak. BACA perjanjian/kontrak jualbeli/sewa pun TIDAK, sudah TANDATANGAN. Kemudian MENYALAK sana-sini.
90 - Ini lah PUNCA mengapa KERAJAAN perlu membayar ROYALTI YANG BANYAK kepada SHAW BROTHERS.
91 - Ini lah punca MENGAPA keturunan Seniman Negara, Allahyarham P.Ramlee TIDAK mendapat satu sen pun royalti dari PENAYANGAN filem-filem beliau.
92 - Ini JUGA lah punca mengapa kita TIDAK dapat MEMBAWA pulang walau SATU gulungan filem pun yang diarahkan/dilakonkan oleh Allahyarham P.Ramlee.
93 - KERANA perjanjian/kontrak yang beliau tandatangani MENGATAKAN setiap gulungan FILEM yang diterbitkan adalah HAKMILIK MUTLAK Shaw Brothers.

94 - Untuk MENGUBATI penyakit KRONIK yang melanda industri kita MEMERLUKAN satu sahaja UBAT.
95 - UBAH lah MENTALITI dan gaya PEMIKIRAN kalian supaya lebih TERBUKA dalam menerima PENDAPAT dan teguran PIHAK yang lain.
96 - Kurangkan KEPENTINGAN DIRI sendiri.
97 - LEBIHKAN kepentingan PEMBANGUNAN industri.
98 - AKUI dan baiki KEKURANGAN diri sendiri.
99 - BUANG jauh-jauh sifat EGO, BONGKAK dan bodoh SOMBONG yang bersarang di dalam HATI,
100 - INSYAALLAH, akan SEMBUH penyakit kronik ini dengan sendirinya. AAMIIN.

- CR -


Sumber

Wednesday, July 9, 2014

Melayu Pasca DEB dan Mee Siam

Serious gila bapak lama gua dah tak update blog gua ni bai. Entah malaikat mana yang menghalang jari-jemariku dari menghamburkan kata-kata yang amat menyenggama minda umat manusia yang membacanya. Aku tak nafikan, ada masanya aku baik. Ada masanya perangai aku memang macam haramjadah. Standardlah beb, aku kan manusia biasa hamba Allah Taalah. Takkanlah aku bajet nak perfect sangat sepanjang masa bagai malaikat turun dari langit, lagipun apa ertinya kebaikan tanpa kejahatan, integriti tanpa korupsi, kejujuran tanpa kecurangan, iman tanpa nafsu dan yang paling penting sekali apalah ertinya PAHALA tanpa DOSA.

Oleh itu bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala keceluparan yang dilemparkan oleh jari-jemariku menerusi blog aku yang tak seberapa nak laku ni. Ialah mungkin sebab pandangan aku ini terlalu kasar dan keras dihadam oleh usus pemikiran manusia lebih-lebih lagi umum Melayu, Bumiputra termasuk Malaysian Non Bumi yang umum mengetahui memang cepat terasa atau bahasa paling kasar sekali BUTTHURT!

Aku bukanlah suka-suka nak menegur sikap manusia atas dasar mengumpat akan tetapi aku cuba menyampaikan kesedaran supaya orang kita berubah mindset mereka kepada tahap yang lebih baik. To be honest, aku dah naik muak tengok kebobrokan sikap orang kita masa zaman sekarang ini yang cuba nak bajet bagus tapi perangai macam entah apa-apa. Apa ketahian semua ni beb? Kalau aku nak ceritakan satu per satu ketahian tu sampai besok pun belum tentu habis.

Biar aku ceritakan kepada korang pasal apa terjadi pada aku semalam, mungkin benda ni sudah berlaku pada korang jugak cuma korang tak berapa sedar akan signifikansinya. Apa yang korang tahu pasal Melayu zaman sekarang? Adakah semuanya sama saja? Of course not. Setiap individu atau kelompok ada perbezaannya. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya. Jadi begitulah sikap azali manusia.

Aku ingin menceritakan pengalamanku bertemu dengan seorang makcik ketika berbuka puasa di Food Junction, Mid Valley bersama rakanku yang baru pulang dari Mesir. Sewaktu menunggu ketibaan waktu berbuka puasa, aku mengorderlah pepper lunch meal Jepun. Usai memesan juadah berbuka puasa, aku perasan ada sorang makcik duduk di meja kami sambil berbual-bual dengan dua orang member aku tu. Yelah beb, masa tu food court packed gila bagai nak mampus

Dalam pemerhatianku dari segi penampilan dan perwatakan, makcik berbadan gempal yang ku kira berusia dalam lingkungan lewat 40an adalah seorang yang plump dan bubbly. Beliau amat mesra berbual dengan member aku siap bergurau senda lagi. That's typical to most women of her age. Tapi bukan semua makcik-makcik kota ku lihat begitu.

Tidak aku nafikanlah perilaku dia amat jarang aku temui pada wanita-wanita Melayu kelas menengah yang biasanya melata di Kuala Lumpur ini. Aku bertanya pada dia, "apa makcik order untuk bukak puasa?". Aku biasa sebut bukak puasa, bukan 'iftar'. Why would I be Arabising myself on such simple words?. Dengan konfidennya dia menjawab 'Mee Siam'.

'Mee Siam'. Suatu makanan yang jarang sekali aku dengari, selalunya makanan yang dikaitkan dengan 'Siam' adalah Tom Yam. Mee Siam yang dimaksudkan beliau bukanlah Mee dari Thailand seperti pemahaman umum namun mee tersebut adalah makanan kaum Baba & Nyonya yang amat popular dikalangan masyarakat Malaya dan Singapura. Secara asasnya 'Mee Siam' adalah bihun yang diadun dan digoreng dengan rempah-ratus, asam jawa dan tauchu, ianya amat enak dihidangkan bersama telur rebus, omelette, bawang, taugeh, daun bawang dan perahan limau nipis potong . Mee Siam tiada kaitan dengan Thailand kerana beehun adalah makanan ruji warga Asia Tenggara. Bahkan secara hakikinya Mee Siam itu lebih dekat dengan masyarakat Melayu dan Cina dari bangsa Thai.

Aku nak tanya apakah korang tau akan maksud perkataan 'Siam'?. Ramai yang menyangka perkataan Siam merujuk kepada negara Thai namun hakikatnya tidak seperti yang disangka. Kalau korang nak tau, Siam sebenarnya merujuk kepada sebuah kaum yang tinggal di wilayah Nagara Seri Dharmaraja yang kini dikenali menerusi lidah Thai sebagai Nakhon Si Thammarat. Secara genetik dan linguistik, suku kaum Siam lebih dekat dengan orang Melayu di utara dan pantai timur Semenanjung. Orang Moken atau dalam bahasa mereka sendiri Urak Lawoi (Orang Laut) adalah sebahagian dari komuniti Siam Asli ini, sementara
bangsa Thai pula hanya pendatang dari Yunnan yang baru hadir ke Asia Tenggara pada kurun-10 Masihi. Justeru, aku menegaskan bahawasanya Siam bukan Thai.

Makcik tu juga bercerita akan lelakinya yang dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun dia sifatkan sebagai seorang 'kaki ayam' bukan sebab kuat mencakar lantai tapi suka makan ayam dan tak makan ikan dan daging. Boleh dikatakan pergi makan kat mana ajer mesti ada ayam sebagai juadah sampingan. Muka anak lelakinya yang duduk di hadapannya dan di sebelahku kelat. Barangkali malas nak ambil pot gelagat ibunya. Aku tak nafikanlah sesetengah orang bukan semua berselera nak makan semua benda, senang cerita perut manusia ada macam-macam ragam. Macam aku tak berapa suka makan ikan kembung dan ikan sungai. Tapi ikan laut yang besar-besar dengan udang galah semua gua telan beb. Cuma ketam jer aku tak suka sebab jari aku selalu terluka bila nak makannya.

Tinggal lagi 10 minit sebelum waktu berbuka maka aku pun meminta diri seketika untuk mengambil hidangan aku yang telah dipesan sebentar tadi. Aku lihat que sudah lintang pukang, manusia-manusia tanpa mengira agama berbondong-berbondong mengerumuni kaunter macam semut mengelilingi lolipop jatuh di atas lantai. Yang non-muslim pun satu haramjadah, bukan nak considerate orang muslim nak berbuka. Orang muslim terkejar-kejar dorang pun terhegeh-hegeh nak potong line. Pleaselah, tolong faham. Inilah akibatnya kalau sekolah, suratkabar, segalanya disegregasikan untuk menurut kehendak parti politik, NGO dan cauvinis kaum yang melata di bumi bertuah ini, dorang mana nak paham.

Aku pun ambiklah hidanganku, Cheesy pepper chicken rice setelah menunggu hampir lima minit. Paling ngokngeknya aku dijanjikan makanan tersebut siap pada jam 7.20 minit, tepat pada masanya aku sampai di kaunter satu habuk pun tak buat lagi. Inilah akibatnya kalau bergantung harap pada foreign workers dari Bangladesh dan Nepal. Mujur sorang akak kaunter local kita lebih mengutamakan customer yang ingin berbuka puasa. Kalau tak lintang pukanglah jadinya. Aku tabur kicap madu ke dalam kap plastik kecil pastu terus cabut ke meja aku untuk makan. Aku hanya berbuka puasa dengan air kosong jer sebab member gua ajak kitorang semua minum Each A Cup lepas tu (ehh, ada ke Each A Cup kat Mid Valley weh).

Sesampai jer di meja aku pun teruslah meletakkan cheesy pepper chicken di meja. Makcik tadi dengan muka curious memandang hidangan yang aku beli tu. Pergh, mak aku pun tak macam ni bai. Dia pun bertanya dengan dahi berkerut kepadaku, "Apa yang kamu order tu nak?". Ringkas aku jawab "Nasi ayam berlada Jepun makcik". Dia pun bertanya lagi "Ohh, ayam ke tu? Mak cik ingat apa tadi.", aku hanya mengiakan sambil tersenyum sambil membalas "baru first time try". Tiba-tiba saja dia berkata "kamu dengan anak makcik memang kaki ayam". Ehh, apasal pulak? Aku sebenarnya tadi nak berbuka dengan nasi vegetarian tapi sebab ikan vegetarian habis maka terpaksalah aku order ni jer sebab dah muak dengan nasik ayam yang cliche. Paham-paham jelah kalau nak order western kat situ mahal bagai nak mampus beb. Anak dia di sebelah aku tersenyum kelat seperti tadi, mungkin dalam hati nak cakap "sabar jelah brader".

Aku nampak di depan makcik tu terhidang "Mee Siam", yang hakikatnya bihun goreng. Aku dah agak ni mesti air tangan Bangla. Pandai betul owner gerai Nyonya tu buat marketing menipu customer, dipromonya Mee Siam padahal yang dimasak dan dijualnya bihun goreng. Lagipun bukan ke mee Siam sepatutnya basah?. Kebetulan aku nampak member kepada member lama aku yang belajar di oversea makan ikan bakar dalam tinfoil dengan nasi panas. Aku tanya dia, "weihh, ko makan apa?", jawab member aku tu "aku makan ikan pari". Balas aku "itu bukan pari dowh, itu ikan truka". Tiba-tiba pulak makcik tu bertanya "ikan apa?". Adoih, bukan aku nak mengata. Sabar jelah beb. Maka makcik tu pun berceritalah tentang ikan truka di kampungnya di Penang. Bermula dengan pengalamannya memancing ikan tuka sewaktu kecil sehinggalah kisah anaknya yang suka makan ayam. Ayam lagi.

Aku pun habis makan cheesy pepper chicken rice aku tu, dan makcik tu siap promo lagi iklan jualan kereta second hand yang kebetulan anaknya bekerja di situ. Dipendekkan cerita, kemesraan makcik tu lebih terserlah sebab dia siap offer kitorang makan mee siam dia lagi. "Nah, rasalah" dia offer kepada kami. Sebab untuk meyakinkan bahawa mee siam tu tak sedap mana rasanya. Biasalah air tangan Bangla bukanlah sedap mana pun. 

Sesudah makan, makcik dan anak pun terus meninggalkan kami dengan mee siam yang lebih dari separuh tak dihabiskan. Alangkah ruginya bila makanan tak dihabiskan. Air tangan Bangla sekalipun kalau dah namanya rezeki tetap kena habiskan jugak. Warung kat depan apartment aku tuh, walau char koay teow-nya dimasak oleh Bangla rasa tak sedap mana pun aku tetap habiskan jugak.

Belum pulih isu chicken soup melanda negara masih ada di kalangan rakyat yang acuh tak acuh endah tak endah membazir makanan. Tak pikir ke dengan nasib negara lain yang tak cukup makan. Itulah dalam kita sibuk isu barang naik hakikatnya rakyat Malaysia terlebih makan sampai makanan pun sanggup membazir!.


No offense kepada mak cik tuh tapi dia adalah sebahagian dari apa yang kita sebut sebagai Melayu Pasca DEB. Ditengah himpitan kehidupan di kota dan harga rumah semakin naik. Golongan Melayu Pasca DEB kini sudah jarang kelihatan. Kalau Melayu Middle Class pun terseksa dek kenaikan harga perumahan. Aku tak tahu bagaimana kedua golongan Melayu ni mampu survive di kota penuh fatamorgana ni di masa hadapan.

Nak tahu apa tu Melayu Pasca DEB? Melayu Pasca DEB adalah golongan Melayu berpindah dari desa ke bandar sesudah peristiwa 13 Mei. Berbeda dengan Melayu asal Kuala Lumpur, mereka masih mengekalkan mindset dan mentaliti yang sama seperti kindred-kindred mereka yang masih tinggal di desa. Manakala, orang Melayu pekan asli pula lebih cosmopolitan dan lebih bersikap terbuka dan mind their own business.

Namun bukan bermaksud aku nak membezakan kedua-duanya serta mana satu lagi better, cuma sekadar menerangkan golongan Melayu yang tinggal di kota.

Tuesday, November 26, 2013

Kisah Tentang Bumiputra Abad 21 bahagian 1

Aku dilahirkan beragama Islam, berbangsa Melayu keturunan Banjar dan berwarganegara Malaysia. Menurut takrif perlembagaan Malaysia, orang Melayu adalah asas kepada kaum Bumiputra di Malaysia ini. Ini kerana orang Melayu adalah kaum terbesar di antara kaum-kaum pribumi di Malaysia.

Untuk mengenalpasti siapakah pribumi-pribumi di Malaysia. Kita tak seharusnya memandang sesempit dari sempadan Perlis hingga Sabah sahaja. Ini kerana alam Nusantara itu luas sekali merangkumi Indochina, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan kepulauan Filipina. Yes my friend, these are the core realm of Austronesia. Sempadan politikal yang ada hari ni hanyalah sisa-sisa tinggalan penjajah. Sesiapa yang melintasi sempadan ini prior to 1957 dan 1963 tidak harus diklasikasikan sebagai pendatang.

Kita semua serumpun, lautan mahupun sempadan ciptaan penjajah bukanlah penghalang kepada keragaman kita. Ramai tidak mengetahui bahawa bahasa Suku Kubu di Sumatera memiliki banyak persamaan dengan bahasa Jakun dan Temuan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga bahasa Rejang di Bengkulu Sumatera amat mirip dengan bahasa Bidayuh di Sarawak. Selain itu rumpun bahasa suku Sungai  Sabah juga dipertuturkan oleh suku Yakan di kepulauan Sulu. Begitu bahasa Molbog pulau Palawan yang banyak persamaan dengan bahasa Dusun Bonggi di Pulau Banggi Sabah.

Alkisah tentang aku pulak. Menurut kata ibuku, aku ni berketurunan Banjar melalui nasab bapak aku. Dari sebelah ibuku pulak, jurai keturunan aku berasal dari Minangkabau Negeri Sembilan. Ini bermakna aku berkromosom Y kan Banjar dan berkromosom X kan Minangkabau. Jadi aku ni Banjar campur Minangkabau lah.

Mengikut perspektif antropologi, orang Banjar dan Minangkabau tergolong dalam kelompok Melayu Deutero yakni Melayu yang secara ketamadunan dan teknologinya lebih advance dari kelompok Melayu Proto.

Berikut adalah senarai suku-suku Nusantara yang tergolong dalam kelompok Melayu Deutero.
-Aceh
-Bugis
-Banjar
-Brunei
-Champa
-Patani/Kelantan
-Kedah/Ligor
-Deli
-Palembang
-Jambi
-Siak/Rokan
-Kampar
-Riau/Melayu Jati Johor
-Terengganu
-Melayu Kalimantan Barat (aku tak sure sama Melayu kat Sarawak tu sama dgn dorang)
-Bengkulu
-Lampung
-Sunda
-Jawa
-Bali
-Sasak (aku pun tak berapa pasti dgn orang Lombok ni sbb byk persamaan dari segi bahasa dgn orang Bali)
-Suluk
-Irranun
-Maguindanao

Antara elemen penting yang menyatupadukan Suku-suku ini sistem pemerintahan beraja dan agama Islam. Meskipun kelompok Melayu Deutero amat teguh kepercayaan mereka terhadap agama Islam, masih tersisa warisan tinggalan agama Hindu dan Buddha dalam kebudayaan mereka.

They are the noble race of Nusantara, sebab itulah mengikut sejarah hanya mereka sahaja yang berhak memegang kuasa di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo (Kalimantan) dan beberapa lagi pulau-pulau di Nusantara. It is fortunate that their sultans were given the mandate of heaven to rule over the realm since the times of Funan Empire.

Bukan hendak memperlekehkan keturunan Melayu Proto, namun inilah hakikatnya. Raja2 Melayu adalah penaung kepada Melayu Deutero dan juga Melayu Proto. Like what the feudalist always cried, Daulat Tuanku!

Sebenarnya, tanpa Melayu Proto takkan wujud Melayu Deutero. Teori first wave and the second wave out of Yunnan migration tidak lagi boleh dipakai kerana the brown race Austronesian of Nusantara ini adalah pribumi rantau Asia Tenggara.

Menurut sejarah suku Banjar. Orang Banjar yang bermastautin di selatan Kalimantan (Borneo) dikatakan berasal dari keturunan orang Dayak dari suku Maanyan, Ngaju dan lain-lain suku Dayak yang berdiam di sepanjang sungai Barito. Disana mereka membentuk kebudayaan perdagangan maritim dengan membekalkan hasil hutan seperti lada hitam, kayu belian dan pelbagai lagi keluaran asli rimba Borneo yang lain.

Mereka berdagang dengan kerajaan Nusantara lain seperti Funan,Langkasuka, Srivijaya dan malahan sehingga tanah Arab dan China. Lantaran dari gaya hidup mereka yang berasaskan maritim telah menyebabkan mereka juga turut menerima tempias arus Malayisasi yang dijalankan sama ada melalui proses akulturasi kebudayaan dan mahupun ekspedisi penaklukan oleh kuasa Melayu Deutero yang lain seperti Srivijaya dan Majapahit.

Proses ini mengambil masa hampir 1000 tahun untuk menjadikan orang Banjar itu sebagai salah satu rumpun Melayu Deutero dan sekaligus melenyapkan sisa-sisa unsur Dayak dalam kehidupan mereka. Namun begitu, budaya mungkin terhapus tetapi tidak DNA. Justeru, boleh diperkatakan bahawa orang Banjar itu adalah orang Dayak yang telah dimelayukan.

Aku merasakan agaknya orang Brunei juga lahir dari proses akulturasi yang sama seperti orang Banjar. Cuma bezanya, genetically mereka lebih dekat dengan kaum pribumi Sabah dan utara Sarawak. Tiada yang mustahil sekiranya pribumi Borneo ini berdiam di pesisiran pantai ketika era kegemilangan kerajaan Srivijaya.

Ingatlah, walau kita berbeda agama tapi kita tetap bersaudara. Janganlah memandang lekeh saudara serumpun kita yang berlainan kepercayaan. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU & BHINNEKA TUNGGAL IKA. Kata keramat buat penyatu kita bersama. Kerana kita anak pribumi nusantara. We were brothers and sisters.

Monday, October 10, 2011

Melayu Buta Sejarah (3) Mind Game - Demotivate



SEKITAR tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an, orang Melayu di kampung-kampung telah diasuh minda mereka supaya berbangga menjadi petani dan tidak lebih daripada itu. Kisah-kisah silam yang dikutip melalui pertemuan dengan orang-orang lama banyak menceritakan mengenai cara bagaimana minda mereka diasuh oleh British supaya cenderung ke arah itu, berbangga dengan hanya menjadi petani.

Kebanyakan kisah itu dikutip daripada bekas-bekas guru, bekas-bekas profesional Melayu yang telah berumur dan juga daripada orang-orang kebanyakan yang pernah melalui tempoh selama lebih 20 tahun itu. Mereka menjadi saksi kepada kerakusan British merombak pemikiran Melayu supaya berfikiran mundur dan rendah ‘self-esteem’ dalam masyarakat majmuk Malaya ketika itu.

Seorang bekas guru pernah bercerita kepada saya mengenai baris-baris lirik dalam lagu-lagu yang disifatkan sebagai patriotik oleh British telah meresap jauh ke dalam jiwa sebilangan besar orang Melayu ketika dia masih bersekolah pada waktu itu.

Sebahagian lirik itu berbunyi:

“Kami Melayu,
Bangga jadi petani,
Hidup di kampung tempat kami,
Tempat kami hidup kami mati,
Kami Melayu,
Bangga jadi petani,
Hanya ini kerja kami.”

Dalam pertemuan dengan golongan profesional Melayu yang telah berumur juga diceritakan mengenai lirik lagu yang sama meskipun mereka telah lupa mengenai tajuk lagu yang dimaksudkan.
Keterangan itu selari dan bersambung-sambung menandakan keadaan itu memang wujud antara tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an sebelum British menukar kepada lagu lain yang dinyanyikan di sekolah-sekolah kampung di beberapa negeri yang menerima Residen Inggeris.

Ia kemudian disokong ketika pertemuan dengan seorang bekas profesional Melayu yang sudah berumur lanjut. Dia memberitahu, semasa dia mahu meminta biasiswa pelajaran daripada kerajaan British untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan bertemu dengan seorang pegawai British dalam satu temuduga.

Anak Melayu itu menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perundangan di London selepas Jepun menyerah kalah, namun pegawai British dengan angkuh menempelak anak Melayu pintar itu dengan berkata:
“Kamu tak perlu jadi peguam. Jadi petani adalah yang terbaik buat bangsa kamu.”
Mendengar kata-kata itu, anak Melayu itu kemudian beredar meninggalkan pejabat pegawai British itu dengan berkata:
“Kamu Orang Putih (British) akan lihat satu hari nanti, orang Melayu yang kamu hina selama ini akan bangkit dan bangga jadi apa saja yang mereka mahu, jadi lebih baik daripada kamu.” Kata-kata itu dilafazkan begitu sahaja tanpa ada unsur ugutan.

Lagu-lagu ‘mind-set’ yang dinyanyikan di sekolah-sekolah Melayu pada sekitar tempoh itu berlegar selama 25 tahun sebelum British berundur ke Eropah akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Ia adalah satu tempoh yang agak lama dalam ‘mengasuh’ minda orang Melayu supaya hanya berbangga menjadi petani tanpa sebarang cita-cita untuk menjadi lebih baik daripada pekerjaan petani itu.
Melayu pada masa itu ditempatkan di kampung-kampung dengan hanya menjadi pesawah dan penanam buah serta sayur-sayur, mengutip ulam, menangkap ikan, menjahit jala dan lain-lain pekerjaan tradisional.

Melayu dibiarkan terperap di kampung-kampung tanpa diberi perhatian sewajarnya oleh British dalam aspek pelajaran dan juga kesihatan. Melayu dibiarkan melarat, miskin tanpa harta dan miskin tanpa ilmu melainkan kaya dengan sikap bangga sekadar menjadi petani. Semua itu berlaku ketika British mengaut kekayaan Tanah Melayu pada masa Melayu dibodohkan oleh sikap naif dan sikap lurus bendul mereka sendiri.

Akibatnya, sebilangan Melayu (bukan semua) menjadi manja mengharapkan bantuan daripada orang putih walaupun British tidak serius memberi perhatian sewajarnya kepada mereka di kampung-kampung. Bangsa yang sejak beratus tahun lalu terkenal dengan kehebatan perdagangan telah mundur akibat menjadi manja mengharapkan perhatian daripada British.

Semua itu berlaku selepas minda mereka berjaya diubah dengan hanya menggunakan beberapa buah lagu ‘puaka’ untuk dinyanyikan oleh orang Melayu sendiri yang naif dan lurus bendul di negeri-negeri tertentu. Jika sangsi dengan kebenaran kisah ini, sila rujuk kepada orang tua yang berumur dan pernah melalui zaman kanak-kanak ketika 1920-an hingga pertengahan 1940-an.

Kisah silam perjalanan bangsa yang dititipkan itu hanya sebagai pembukaan bagi artikel ini supaya kita dapat belajar daripada sejarah itu. Sejarah tidak mampu diubah, namun masa depan boleh dijamin berubah andai kita belajar untuk tidak mengulangi sejarah kesilapan silam.

Kita belajar sejarah sebagai salah satunya adalah untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Namun, sejarah itu sedang diulangi oleh sebilangan daripada kita yang bodoh sombong dan terlalu dungu untuk belajar daripada sejarah, malah terlalu bebal untuk mengenal fakta sejarah.Melakukan kembali apa yang pernah dilakukan oleh British terhadap orang Melayu ialah satu kesilapan besar. Perlakuan itu dilakukan semula oleh sebilangan orang Melayu sendiri pada masa kini dan kesilapan itu ialah:
‘meranapkan self-esteem bangsa sendiri’.

--

Mind Game: Demotivate

BRITISH telah berjaya meranapkan self-esteem orang Melayu pada tempoh 25 tahun itu. Kita hanya mengambil tempoh 25 tahun itu sahaja dalam konteks artikel ini (bagi mengecilkan skop) walaupun British sebenarnya telah lama meranapkan self-esteem orang Melayu selama beratus tahun sebelum itu melalui pelbagai cara selain lagu-lagu ‘puaka’ seumpama itu.

Hari ini dan sejak kebelakangan ini (mungkin sudah lebih 20 tahun juga sejak kebelakangan ini), sebilangan orang Melayu sendiri melakukan apa yang pernah dilakukan British kepada bangsa Melayu dengan meranapkanself-esteem bangsa sendiri. Ia dilakukan oleh sebilangan Melayu yang diangkat oleh orang Melayu sendiri sebagai pemimpin pada masa kini.

Pemimpin sewajarnya mengukuhkan self-esteem para pengikutnya supaya bersemangat tulen dalam berjuang (semangat tulen), bukan meruntuhkanself-esteem itu. Perkara yang sebaliknya sedang berlaku pada masa ini apabila self-esteem orang Melayu diruntuhkan oleh pemimpin yang sama bangsa dengan mereka sendiri.
Self-esteem ­dalam bahasa mudah disebut maruah. Namun, self-esteemmengandungi maksud yang lebih besar dan lebih luas daripada itu. Ia berkaitan rasa bangga (bukan bermaksud riak atau takbur) dan keyakinan diri dalam melakukan pekerjaan atau ketekunan usaha untuk mencapai sesuatu tanpa dipengaruhi sebarang unsur luar yang boleh melemahkan semangat itu.

Senjata untuk meruntuhkan self-esteem pula antara salah satunya ialahdemotivate. Ia adalah perang psikologi yang banyak digunakan dalam peperangan untuk meruntuhkan semangat tentera pihak musuh di medan peperangan atau sebelum bermulanya peperangan. Ia adalah salah satu antara banyak kaedah propaganda. Demotivate pula terkandung dalam ruang lingkup propaganda.

Demotivate berperanan dalam melemahkan semangat seseorang melalui propaganda, menjauhkan seseorang daripada self-esteem dan menggelapkan alter yang berada dalam diri seseorang. Akibatnya, seseorang yang menjadi mangsa demotivate akan mula menelan setiap yang dicanangkan dan akhirnya semangat menjadi lemah.

Dalam konteks perang psikologi, ia adalah suatu perlakuan kejam yang dilakukan dalam mood yang halus dan lembut. Ia kejam kerana melibatkan pencerobohan terhadap akal, minda dan kewarasan musuh daripada berfikir secara yang sewajarnya. Ketidakwajaran diperlihatkan sebagai suatu kewajaran. Ia berlaku apabila minda menjadi keliru untuk mempertahankan self-esteem. Apabila self-esteem diranapkan, kewarasan akan digelapkan dengan mudah dan mangsa akan menjadi lupa jati diri.

Dalam konteks Malaysia hari ini, muncul beberapa orang dungu yang diangkat menjadi pemimpin. Dengan nada yang sumbang, pemimpin-pemimpin dari kalangan orang Melayu itu melakukan perkara yang sama dengan apa yang pernah dilakukan British satu masa lampau.

Pemimpin-pemimpin itu menerapkan self-esteem yang rendah kepada para pengikut mereka sehingga ada pengikut dungu yang tanpa rasa bermaruah mengaku “MALU MENJADI MELAYU”. Samalah seperti British mengajar orang Melayu supaya berbangga dengan hanya menjadi petani dan tidak boleh menjadi lebih baik daripada petani. Perkara yang sama, tetapi berlaku dalam bentuk ‘reversal mind-set’.

Dikatakan oleh pemimpin-pemimpin politik jenis itu lagi, tidak perlu bangga menjadi Melayu sebaliknya motif bangsa tidak dipandang oleh Allah kerana Allah hanya memandang kepada ketakwaan manusia. Itu benar, tetapi ada kecacatan dalam kewarasan semasa pertimbangan itu dibuat apabila menolak perjuangan bangsa sebulat-bulatnya.

Kesannya, wujud sebilangan manusia dungu yang berperasaan malu menjadi Melayu akibat menerima bulat-bulat kerendahan ‘nilai’ self-esteemyang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin yang mereka tabal sedangkan pada masa yang sama bangsa-bangsa lain berbangga dengan bangsa mereka dan sentiasa memperjuangkan bangsa mereka sendiri tidak kira walau di bumi mana pun mereka berpijak.

Perlu berfikir dengan waras. Apabila musuh berperang menggunakan parang, kita juga mesti ada parang atau yang lebih hebat daripada parang. Bilamana musuh menggunakan senapang, kita juga perlu menggunakan senapang atau senjata lain yang lebih hebat daripada senapang. Bukan hanya berharap kepada tulang empat kerat semata-mata untuk memerangi musuh.

Apabila bangsa lain berlumba-lumba dan berbangga untuk memperjuangkan bangsa mereka, kita juga harus melakukan perkara yang sama dan bukan hanya tunduk malu kerana dijadikan sebagai Melayu tanpa sedikit pun rasa bangga. Itulah maksudnya kepada perlambangan erti mereka ada senapang, kita pun ada senapang.
Seseorang pemimpin sewajarnya berperanan membangkitkan semangat para pengikut, bukan meruntuhkan semangat dan self-esteem para pengikut termasuklah ‘mengajar’ pengikut supaya MALU MENJADI MELAYU.Jangan dibuat perkara yang sama seperti British pernah buat kepada kita.

Semasa Perang Scotland-Britain pada sekitar tahun 1296-1328, bangsa Scotland bangga menjadi orang Scotland dan berjuang dengan self-esteemyang tinggi untuk tidak membenarkan Britain bertampuk kuasa di Scotland. Britain pula terdiri daripada bangsa Inggeris yang bangga menjadi orang Inggeris, malah bangga kerana melebarkan empayar luas sehingga kurun ke-20.

Bangsa Arab juga berbangga menjadi orang Arab, orang Iran juga berbangga menjadi bangsa Parsi, orang Cina juga berbangga dilahirkan Cina, begitu juga dengan Yahudi yang berbangga dilahirkan Yahudi. Mengapa mesti ada sebilangan orang Melayu yang MALU MENJADI MELAYU hanya kerana pemimpin mereka berkata SUNGGUH MALU MENJADI MELAYU?

Memang benar, Allah hanya memandang tingkat ketakwaan manusia dan bukan dari darah mana-mana keturunan yang diwarisinya. Dalam konteks negara merdeka, ‘pride’ sesebuah bangsa juga ada peranannya dalam mengemudi semangat para pejuangnya untuk memastikan negara terus merdeka. Pride lebih mudah ditiup dengan semangat bangsa. Melayu di Malaysia adalah Islam majoritinya.

Apabila disebut sebagai orang Islam di Malaysia, kita akan hanya terus fokus kepada satu bangsa iaitu MELAYU. Ia kerana bangsa Melayu itu Islam agamanya. Apabila orang Melayu berdiri kuat, Islam juga berdiri kuat. Apabila self-esteem orang Melayu jatuh melukut, self-esteem orang Islam di Malaysia juga jatuh melukut. Namun, Islam itu bukan Melayu, tetapi Melayu itu beragama Islam.

Fahami perenggan ini dengan tingkat kewarasan yang tajam dan cuba jawab dengan ikhlas kepada diri sendiri. Apabila ada yang tidak bermaruah berasa MALU MENJADI MELAYU, timbul teka-teki iaitu siapakah orang Melayu yang akan berjuang demi agama yang dianuti oleh bangsanya? Berasa malu untuk berjuang demi agama yang dianuti bangsa sendiri kerana dilahirkan menjadi bangsa Melayu?

Juga berfikir tajam mengenai perenggan ini. Siapakah yang akan waras berfikir sekiranya bangsanya di negara ini teguh maka agamanya di negara ini juga akan teguh? Oh tidak, mereka itu MALU MENJADI MELAYU dan tidak akan berjuang demi bangsa yang menganuti agama mereka. Mereka kata mereka berjuang demi agama, bukan bangsa sedangkan bangsa mereka itu menganut agama yang sama dengan agama mereka.

Ketepikan orang Melayu yang murtad. Orang Melayu itu orang Islam majoritinya. Jika tercetus perang akidah tanpa disangka-sangka, orang Islam akan bersatu atas nama Melayu. Semangat jihad akan ditiup berbekalkan semangat bangsa yang berjuang demi agama mereka, Islam. Sila faham betul-betul dengan maksud ‘berbekalkan semangat bangsa’ hanya bekal, bukan berakidahkan semangat bangsa. Disatukan dalam erti kata bangsa Melayu beragama Islam.

Cuba jejakkan kaki ke bumi Palestin. Lihat, orang Islam di Palestin bersatu menentang Zionis dengan berbekalkan semangat bangsa Arab. Bukan kerana orang Arab itu majoriti beragama Islam di dunia, tetapi orang Arab itu majoriti beragama Islam di Palestin. Semangat mereka disatukan dengan erti kata semangat bangsa yang berjuang untuk agama mereka.

Semangat yang mahu mengembalikan maruah orang Arab beragama Islam di rantau tebing. Lihat bagaimana semangat bangsa memainkan peranan untuk jihad mengembalikan maruah sebuah bangsa yang beragama Islam.Mereka bangga menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan Islam. Namun, sebilangan orang Melayu tidak bangga menjadi sebuah bangsa yang mempertahankan Islam, tidak bangga menjadi bangsa yang dipilih oleh Allah untuk menganut agama-Nya.

Tanah Melayu, Malaya, Malaysia.. telah ditetapkan rencana kejadian oleh Allah iaitu semua Melayu di tanah ini hidup dalam agama-Nya, menjadi sebuah bangsa yang menganut agama-Nya dan memperjuangkan agama-Nya. Melayu hari ini adalah sebuah bangsa yang dilahirkan dalam agama-Nya andai ibu bapa seseorang Melayu itu beragama Islam. Melayu tidak wajar malu kerana mereka menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan agama-Nya. Majoriti Melayu itu Islam dan teguhnya Melayu itu juga bermaksud teguhlah Islam di Tanah Malaya ini. MALUKAH MENJADI MELAYU wahai segelintir Melayu yang sudah menjadi dungu oleh kedunguan perkataan-perkataan pemimpin yang tidak faham dengan maksud sebuah bangsa yang memperjuangkan agama mereka.

Jika dibuat satu lirik yang merendahkan self-esteem Melayu pada hari ini sepertimana yang pernah dibuat oleh British, lirik itu mungkin berbunyi:

“Kami Melayu,
Kami malu menjadi Melayu,
Malu menjadi bangsa yang ditakdirkan memperjuangkan Islam di Asia Tenggara.”

Mungkin akan berbunyi sumbang seperti itu, lebih sumbang daripada lirik yang diperkenalkan British pada sekitar 1920-an hingga pertengahan 1940-an. Lebih teruk daripada mind-set yang diperkenalkan British. Perkataan-perkataan yang keluar daripada orang yang MALU MENJADI MELAYU adalah jauh lebih busuk daripada mulut British yang mahu meragut self-esteem orang Melayu ketika itu.

Pemimpin-pemimpin Melayu yang mengajar orang Melayu supaya MALU MENJADI MELAYU itu adalah dari kalangan orang politik berotak dungu dan otak udang. Tidak tahu mencari titik yang menemukan antara Islam dengan Melayu. Mereka dengan hidung kembang selalu berkata, perbezaan itu adalah rahmat.
Memang Melayu dan Islam itu berbeza kerana Melayu itu bangsa dan Islam itu agama, Allah juga tidak memandang bangsa. Kenapa tidak mencari titik perbezaan yang menemukan Islam dengan Melayu dan disifatkan sebagai rahmat Allah? Melayu adalah bangsa yang beragama Islam, sebuah bangsa yang ditakdirkan berjuang untuk agama-Nya. Malukah menjadi bangsa yang ditakdirkan untuk lahir dalam agama-Nya?

Oh, semua itu akan di-twist. Mereka berkata pula, MALU MENJADI MELAYU kerana ada sebilangan Melayu yang makan rasuah. Apakah Melayu sahaja yang makan rasuah? Bangsa Cina juga ada yang makan rasuah, bangsa India pun ada, bangsa Inggeris pun ada yang makan rasuah dan pecah amanah, bangsa Yahudi berhati Zionis pun lebih teruk lagi sampai bunuh orang Islam. Tetapi, bangsa-bangsa itu tetap bangga dengan bangsa mereka walaupun ada segelintir daripada kalangan mereka yang terlibat perlakuan tidak baik. Mereka kenal dengan kenyataan bahawa akan mana-mana bangsa sekalipun tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun, adakah disebabkan hal itu ada orang Melayu yang malu menjadi Melayu sedangkan bangsa lain masih kekal bangga dengan bangsa mereka? Malangnya ada Melayu yang sudah membuang bangsa hanya kerana perkara seperti itu.

--

Banyak boleh ditemui dalam blog-blog politik yang mana ada komen daripada orang Melayu sendiri yang mengaku MALU MENJADI MELAYU. Ia satu realiti iaitu ada orang Melayu yang mula rasa malu menjadi Melayu. Malu dilahirkan sebagai bangsa yang ditakdirkan untuk menganut agama Allah.


Jangan hanya kerana membenci UMNO yang ultra-Melayu, lalu semangat bangsa dibuang ke dalam bakul sampah. Jangan hanya kerana membenci PAS, lalu semangat Islam disudutkan ke tepi. Bangsa Melayu dan agama Islam tidak dapat dipisahkan. Kuatnya Islam di Malaysia uga bermaksud kuatlah Melayu. Kuatnya Melayu juga bermakna kuatlah Islam. Bina kekuatan Melayu di Malaysia selari maksud dengan membina kekuatan Islam kerana Melayu itu beragama Islam.

Jangan lagi menjadi seperti kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu yang diajar menyanyikan lagu yang memaksa mereka berbangga dengan hanya menjadi petani pada sekitar tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an. Di kalangan kanak-kanak itu juga ada yang membantah keras kerana Melayu dipaksa berbangga menjadi petani sedangkan Melayu sebenarnya boleh menjadi lebih baik daripada sekadar petani kampung.

Jika ada yang masih malu menjadi Melayu... lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya begitu berbangga dengan bangsa mereka sejak sebelum mereka berjaya. Mereka bersemangat memperjuangkan maruah bangsa mereka untuk berjaya, sedangkan sebilangan Melayu begitu malu menjadi Melayu hanya kerana pemimpin mereka juga berasa malu.

Pemimpin yang baik adalah yang mampu meningkatkan semangat pengikut, semangat yang tulen, tulen bererti mengenal segala kenyataan selepas menemui persamaan dalam titik-titik yang berbeza. Pemimpin yang baik adalah yang mampu menaikkan semangat pengikut di ‘medan perang’ dan bukan yang ‘menjadikan pengikut berasa malu’ untuk berhadapan dengan musuh. Masih tertunduk malu ketika kepala mahu dipancung oleh musuh. Malu, malu dan malu tidak bertempat. Malu, malu dan malu untuk melihat diri sendiri.
Melayu semua, bangsa kamu adalah bangsa yang hebat, dicemburui Portugis dan Sepanyol serta bangsa-bangsa Eropah yang lain sehingga bermain kotor menjatuhkan empayar-empayar Melayu.

Melayu itu bangsa yang banyak rahsia sejak zaman berzaman, rahsia yang mahu diketahui oleh orang Eropah dan ditutup segala rahsia itu sehingga Melayu lupa asal usul apabila Tanah Melayu sudah terjajah.
Apabila sudah lupa asal usul kegemilangan bangsa, maka wujudlah sebilangan Melayu yang malu menjadi Melayu. Malu selepas pemimpin mereka juga berasa malu. Dungu dan malu yang tidak bertempat. Malu menjadi Melayu sehingga sejarah kegemilangan dan kehebatan bangsa mahu ditempatkan kepada bangsa lain. Malu dan dungu sehingga tanpa usul periksa berkata Tanah Melayu ini bukan milik bangsa Melayu sejak asalnya.

Orang bodoh itu makanan paling lazat bagi orang yang bijak memanipulasi. Daging orang gopoh yang tidak pandai usul periksa pula adalah jauh lebih lazat daripada daging orang bodoh kerana orang gopoh itu jauh lebih bodoh daripada orang yang sedia bodoh. Sama ada orang bodoh atau orang gopoh, kedua-duanya itu adalah makanan yang lazat kepada orang bijak.

Demotivated Malays.. lets get re-motivated starts from now, bangunlah dengan minda yang waras, yang menemui titik persamaan daripada dua titik yang berbeza.

Atau

Teruskan menyanyi dengan ‘lagu-lagu puaka’ yang meruntuhkan jati diri tanpa sedikitpun rasa bangga.

DEMOTIVATE

sumber : abatasa2

Thursday, May 5, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume II



BAB 2 : Bagaimana Sikap Suka Berpolitik Boleh Menjadi Sebab Melayu Buta Sejarah?
Akibat dari kesibukan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar menyebabkan saya hampir tidak dapat mengotakan janji saya untuk menyambung artikel saya yang terdahulu pada Mac lalu. Lebih sebulan sudah tergendala akibat bebanan tugasan di kuliah yang menyebabkan artikel Bab 2 ini tergantung begitu saja tanpa sebarang sambungan jilid yang kedua dari Mac lalu. Kini sudah masuk bulan Mei, banyak peristiwa penting telah berlaku ketika Mac dan April lalu. Yang tak dapat saya lupakan adalah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh saya anggap sebagai satu anjakan revolusi kepada industri perfileman tempatan. Tidak pernah saya lihat sokongan yang begitu jitu oleh kerajaan untuk menghasilkan filem bertemakan sejarah ini. Meskipun, ada yang ditonjolkan dalam filem ini tidak begitu tepat seperti lokasi Goa (tempat sebenar Merong Mahawangsa bertemu dengan angkatan Rom adalah di Ghumroon, Parsi), jong Cina belum wujud ketika itu (rekaan tersebut hanya wujud pada kurun ke-10 Masihi sedangkan filem itu berlatarkan kurun 1-Masihi) dan juga rekaan perahu layar Melayu bukan seperti tersebut sebaliknya harus berpandukan rekabentuk kapal Borobudur. Meskipun begitu, segala kesilapan yang dilakukan KRU Production tersebut tidak seharusnya dikesali kerana menjadi adat sesuatu hasil tangan yang dicipta tersebut tidak semestinya perfect 100%. Mesti ada cacat celanya. Lagipun mereka masih baru dalam industri sebegini tidak sampai sedekad. 


Bulan April pula kini telah menjelma dan sudahpun menutup tirai . Mesti ramai yang sudah terkena jerat April Fool sama di sekolah, kuliah, pejabat atau dikalangan sanak saudara bukan?. Adakah anda tahu asal usul April Fool?. Apa kata anda lawati laman akak Rynn dekat SINI untuk seketika, dan anda akan tahu apakah sebab utama kita umat Islam diharamkan untuk menyambut 'April Fool' sebagaimana hari Valentine. Kepada yang ligat berpolitik bulan April ini telah menyaksikan PRK Sarawak yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menewaskan pakatan pembangkang yang kecundang di kerusi kawasan Bumiputera. Sentimen tentang bahayanya pakatan pimpin puak Ultra-Kiasu dari Semenanjung tersebut mungkin telah disedari lebih awal lagi oleh warga pribumi Sarawak dan ada eloknya sentimen berkenaan merebak ke Semenanjung supaya kaum Bumiputera khasnya orang Melayu bangkit untuk menguasai semula ekonomi yang telah musnah akibat penjajahan kuasa Barat pada kurun ke-19 dahulu. Dengan adanya kekuatan ekonomi ini, maka dengan situlah hadirnya kuasa politik yang total dan dinamik. Selama ini orang Melayu sudah banyak berkorban dengan memberikan bermacam kemudahan kepada puak Ultra-Kiasu, tetapi adalah yang dibalas adalah tuba, tipu helah, janji yang tidak kesampaian dan paling teruk maki hamun di ruang maya. Mereka selama ini tersilap sangka bahawa orang Melayu tidak boleh survive tanpa mereka. Therefore, we must shall prove to them that we can!.


Saya ingin kembali kepada topik yang kita harus bincangkan bagaimana sikap terlampau galak dan ligat berpolitik boleh menyebabkan seseorang itu buta sejarah?. Saya akan mengupas isu ini berdasarkan apa yang saya lihat sepanjang berjinak dengan dunia politik Melayu mengikut dua perspektif yakni dua golongan Melayu. Seperti kita sedia maklum terdapat dua parti politik besar yang dipimpin orang Melayu untuk memperjuangkan nasib Melayu Islam dibumi bertuah ini. Dua parti besar keramat ini telah lama mencorakkan sosio-politik Melayu selama berdekad lamanya semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Tanpa dua parti politik ini, mungkin orang Melayu takde chance nak memangkah kertas  undi setiap 4 hingga 5 tahun. Bukan apa, kita sebagai manusia Melayu Islam berhak menentukan parti mana yang harus memerintah berdasarkan KETEGUHAN, KEMANTAPAN, DAN KEPEJALAN JIHAD PERJUANGAN sesuatu parti dalam memperjuangkan nasib umat Melayu Islam di hari ini. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara sesuatu isu, kita lihat contoh. UMNO menganggap bahawa merekalah yang memperjuangkan survival Melayu di arena politik manakala PAS pula mendabik dada menyatakan merekalah yang memperjuangkan Islam di bumi yang nyata ini. Benarkah begitu? Mari ikut saya kupaskan kebenaran ini.



UMNO lahir pada tahun 1946 atas dasar protes orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union yang menggugat kedudukan Agama Islam dan Raja-raja selepas Perang Dunia Kedua, manakala PAS pula serpihan UMNO melalui cawangan Ulamak dan ahli agama yang merasakan bahawa mereka diketepikan dari arus politik UMNO yang ketika itu dikuasai golongan pembesar elit Melayu ditambah pula dengan Perikatan dengan parti bukan Melayu Islam. Ada pendapat menyatakan bahawa PAS adalah asalnya dari PKMM dan Hizbul Muslimin yang kemudian diserap masuk ke dalam UMNO ketika pengharaman parti-parti berhaluan kiri yang menyokong insurgensi komunis ketika tahun 1948. Apa yang pasti, mengikut pandangan sesetengah ahli sejarah. PKMM berpecah kepada dua, yang mana golongan yang cenderung kepada ideologi sosialisme ala parti Baath di negara Arab menyertai Parti Rakyat Malaya (PRM). Manakala yang cenderung kepada falsafah perjuangan Islam pula menyertai PAS. Golongan ulama dan ustaz yang menubuhkan PAS ketika itu menyertai UMNO terlebih dahulu sebelum keluar beramai-ramai akibat tidak bersetuju akan kerjasama UMNO dengan parti-parti yang dianggotai golongan bukan Melayu yang tidak beragama Islam kerana asalnya mereka ketika bersama PKMM dahulu menolak untuk bekerjasama dengan komunis kafir laknatullah  untuk bersama dalam jihad palsu menentang penjajah tapi akhirnya membunuh saudara seagama sendiri. 


Sungguhpun begitu, mereka tidak mengambil sikap membenci bekas rakas seperjuangan yang bermandi darah dengan komunis kafir laknatullah meskipun gara golongan cerdik pandai agama ini telah menyertai UMNO yang mengambil sikap berlembut dengan penjajah British. Ini amat bertentangan dengan pewaris mereka ketika ini yang mengambil sikap membenci sampai mati UMNO. Setidaknya, ketika terbit rasa ukhwah persaudaraan sesama saudara seagama dan sebangsa. Khuatir akan tergadai akidah sebab bersekongkol dengan  parti-parti bukan Melayu Islam, maka mereka menubuhkan PAS pada 1951 yang dipimpin oleh para ulama dan cerdik pandai agama. Selama lebih berpuluh tahun PAS dengan ideologi teguh menolak akan berpakatan bersama parti yang bukan milik kaum Melayu Islam cuma mula berpaling tadah dari ideologi semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebelum Pilihan Raya Umum ke-11. Tidak seperti UMNO, demi memperjuangkan Islam PAS sanggup bergerak seorang diri tanpa sebarang allies. Tapi apa sudah jadi hari ini?. PAS sudah bacul seperti dipotong testikel dengan menjadi anjing suruhan DAP. Itupun dengan dungu-dungu tahap lembu mereka masih lagi menyatakan bahawa kerjasama tersebut adalah berdasarkan tahaluf siyasi!. Tahaluf siyasi la sangat sampai sanggup bergolek di atas jalanan kerana diperlembukan DAP ketika di Perak dahulu. 


Bukan niat saya nak menyerang PAS secara total, kerana PAS ketika dahulu merupakan parti yang amat saya respek sebab memperjuang Islam sekalipun tanpa sekutu rapat. Tapi kini apa sudah jadi, PAS kini tidak ubah seperti UMNO yang bacul untuk memperjuangkan Islam akibat berkawan dengan parti kafir. PAS tidak berani memperkenal undang-undang Islam di negeri seperti Selangor dan Perak kerana takut akan DAP. Dimanakah perginya telur mereka, kalau UMNO tu usah cakaplah. Jika PAS menuduh UMNO main rasuah ibarat paku dulang, paku serpih. Apakah masing-masing itu sempurna sangat?. Akibat terlalu kemaruk berperang sesama sendiri nampak gayanya politik Melayu memang tidak akan kemana-mana. Masing-masing mencari salah sendiri untuk dipertikaikan sampai agenda memperkasakan agama dan bangsa telah dilupakan sebab sibuk mencari isu politik yang tidak akan habis sampai bila-bila. Jiran sebelah rumah yang bersaudara sibuk bergaduh sampai APEK suratkabar recycle towkay CURI CEMPEDAK di luar pagar pun masih TAK SEDAR LAGI!!. 


Isu salahlaku moral dan politik wang amat meruncing dalam UMNO dan PAS dan ini amat memburukkan nama ahli politikus Melayu Islam dikalangan bangsa lain. Lihatlah sebagai contoh, kalau hendak menyerang pemimpin UMNO, segalanya akan dijadikan isu oleh PAS sampaikan HAL DALAM KAIN ATAS KATIL SUAMI ISTERI pun dijadikan modal oleh PAS. Perkara yang sama juga dipergunakan UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mensensasikan cerita salahlaku seks dan rasuah pemimpin PAS terutamanya sekali Kelantan (ingat kes balak dan 'main' dalam koc). Senang ajelah, dulu masa Anwar dalam UMNO puak-puak PAS mencanangkan isu liwat oleh pemimpin tersebut dan UMNO pula sibuk mempertahankan bekas aktivis ABIM tersebut. Dan kini lain pula ceritanya, semenjak Anwar dipecat, dipenjarakan dan lompat masuk puak satu lagi, UMNO pula yang mainkan isu liwat dan PAS pulak yang mempertahankan Anwar. Habis tu dimanakah kebenarannya?. 


Tak dinafikan lah bagi saya, Anwar tu bukanlah seseorang yang kita boleh percayai sangat pun. Malahan tidak boleh dipercayai langsung. Apa tidaknya, orang tua seperti Tun Dr Mahathir yang boleh dianggap sebagai father figure membentuknya dari menjadi Ketua Pemuda sehingga menjadi Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri tak sampai 15 tahun pun diderhakainya. Belum campur lagi bekas teman-teman seperjuangan beliau. Kemasukan Tok Wan dari Permatang Pauh ni dalam arena politik Melayu.  tak membawa apa kebaikan langsung melainkan isu-isu yang diputar belit, konspirasi dan ketaksuban melampau tahap dewa oleh pengikutnya. Almaklumlah dah jadi 'anugerah Tuhan' la katakan. Bak kata anaknya Nurul Izzah 'Papa Hebat!!'. Papa memang hebat sebab sepanjang karier politiknya berjaya memperbodohkan UMNO dan PAS sehingga jentera Pemuda-nya yang begitu digeruni oleh para anak muda dan mahasiswa di universiti suatu ketika dahulu menjadi tak ubah seperti babun-babun liar yang terlepas dari zoo yang hanya layak bertempur di jalanan saja. Bagi golongan muda Melayu atas pagar, dengar saja nama pemuda UMNO dan PAS pun dah meluat sebab jadi jentera pengampu profesyional pembodek utama negara. 


Medan pertempuran UMNO dan PAS banyak berubah dari jalanan, ke kedai kopi sehinggalah di ruang maya. Meskipun berbeza lokasi tapi 'senjatanya' tetap saja. Tangan tidak berkeris tapi berparang di lidah dengan isu-isu tidak membina langsung. Akibat dari berpolitiklah Melayu makin lupa sejarah bagaimana mereka pernah jatuh tersungkur berabad dahulu. Machiavellisma mula dianuti tanpa disedari.


Sekian,


Shacklesmith : Berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikirkannya



Saturday, March 12, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume I

 

BAB 2 : Suka berpolitik punca Melayu buta sejarah?
Pada minggu lalu saya telah menyentuh permasalahan sikap buta sejarah dikalangan anak muda Melayu dari perspektif sosial dan pendidikan. Kini, seperti yang telah dijanjikan. Saya akan menyentuh pula dari aspek politik. Baiklah wahai pembaca sekalian, saya mulakan bicara ini. Jika dilihat semenjak dari sebelum merdeka lagi, bangsa Melayu dan politik itu tidak dapat dipisahkan bagai aur dan tebing. Ini kerana politiklah yang menjana perkembangan modenisme Melayu itu sendiri. Politik memainkan peranan penting membentuk jatidiri  dan masa depan insan Melayu itu sendiri. Mana taknya, Melayu amat berpegang teguh kepada apa yang diperjuangkannya. Ada yang taksub, ada yang suam-suam kuku perjuangannya. Namun, kuasa politik adalah matlamat utama perjuangan mereka. Kuasa itu tidak sama ada maruah, pangkat, darjat, atau harta semata-mata. Ada yang tidak terlibat ke dalam kancah sedemikian walaupun hanya sebagai penyokong tegar. Mereka yang dari peringkat akar umbi inilah yang bersusah payah berjuang untuk ketua mereka yang bersenang-lenang di peringkat atasan. Mereka bersengkang mata menampal poster, menulis blog dan berkempen habis-habisan sehingga habis penuh ruang di rumah dan keretanya dihiasi risalah politik sampai habis anak beranak dan saudara maranya menjadi taksub parti dan tokoh politik menggila bagai nak rak seperti mereka. Setidaknya, politiklah yang mempengaruhi kehidupan seharian orang Melayu khasnya di zaman moden.

Perkembangan siasah Melayu di zaman moden ini telah bermula semenjak awal kurun ke-20 lagi. Ianya telah dibawa oleh golongan pelajar yang pulang dari Timur Tengah.  Walaupun belum menubuhkan sebarang parti politik (bukan PKM yang didalangi kaum Cina), tujuan utama mereka adalah menjalankan reformasi sosial dikalangan orang Melayu yang dibelenggu penjajahan imperialis barat. Gerakan reformis yang dikenali sebagai Kaum Muda ini membawa pulang bersama apa yang mereka telah pelajari di Timur Tengah dahulu. Antara usaha mereka adalah membawa dan menggalakkan usaha penerapan nilai-nilai Islam yang lebih syumul dan berfikiran lebih moden sesuai untuk membentuk jatidiri yang lebih tinggi demi emansipasi anak bangsa itu sendiri. Kurun ke-19 merupakan bermula titik hitam dalam sejarah perkembangan Melayu di Nusantara sehingga hampir membawa kepada Zaman Gelap bangsa itu sendiri ini kerana mereka tidak mampu mengalahkan kuasa Imperialis Barat yang lebih maju akibat Revolusi Perindustrian dan kesilapan pemimpin mereka sendiri tersilap mencaturkan survival mereka sendiri. Justeru, pelajar-pelajar atau mahasiswa Melayu yang pulang menuntut dari Timur Tengah inilah menjadi harapan mereka. Pelbagai surat khabar dan majalah diterbitkan sehingga mencetuskan Revolusi Intelektual dikalangan orang Melayu. Sebelum itu di tanah jajahan Belanda yang kita kenali sebagai Indonesia kini pula terdapat dikalangan golongan bangsawan dan terpelajar. Sehingga tahun 1930an, muncul pula tokoh gerakan nasionalis Islam di Mesir iaitu As-syahid Hassan Al-Banna yang memimpin gerakan pembebasan Mesir dari cengkaman dan pengaruh British selepas ianya ditakluk dari Khalifah Bani Uthmaniah. Gerakan ini melahirkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang kita kenali hari ini. Api perjuangan ini kemudian menyemarak sehingga ke Nusantara sehingga tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 di Maktab Perguruan Sultan Idris Perak. Ini hanya merupakan titik tolak perkembangan politik Melayu zaman moden pra Perang Dunia Kedua.

Perkembangan politik awal Melayu telah bermula sejak zaman feudal lagi. Iaitu dari zaman Funan, Javaka dan Srivijaya lagi. Malahan kemungkinan besar lebih awal dari itu. Ianya lebih berorientasikan kepada pemerintahan beraja dan segalanya tertakluk pada kuasa dan budi bicara Raja itu sendiri. Tidak seperti zaman sekarang yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Segala jawatan seperti pembesar, laksamana, mahupun hulubalang dilantik oleh Raja dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali. Jika tidak, ianya dianggap sebagai menderhaka kepada Raja. Raja dianggap sebagai titisan dewa. Selepas kedatangan Islam, kepercayaan tersebut diubah dan Raja tidak lagi dianggap sebagai demi-god ruler tetapi sebagai ketua agama dan pentadbiran negara. Gelaran juga telah diubah kepada Sultan. Meskipun begitu, Sultan tetap merupakan absolute ruler di negara yang diperintah tersebut. Sementara diperingkat bawahan juga tidak kurang hebatnya. Barisan kepimpinan yang dilantik Raja sendiri bertujuan untuk membantu baginda Raja melicinkan pentadbiran sekaligus memudahkan pembahagian kerja seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan sebagainya yang sama dengan tugas-tugas Menteri dan Ahli Parlimen di zaman moden walaupun politik kepartian tiada dalam kamus orang Melayu ketika itu. Persaingan antara pemimpin-pemimpin ini tetap ada dan kadangkalanya, it get's bloody for a reason. Itu baru krisis dalaman antara pemimpin, belom campur lagi hubungan diplomatik di antara kerajaan-kerajaan Melayu.

Sejarah mencatatkan peperangan di antara kerajaan Melayu pra-Islam seperti Sailendra, Srivijaya, Langkasuka dan Champa. Salah satu peperangan yang terbesar sehingga memiliki pengaruh sehingga kini adalah penaklukan Langkasuka oleh Srivijaya. Walaubagaimanapun ada sejarawan mencatatkan penaklukan tersebut adalah mungkin campurtangan diplomasi penguasa Srivijaya. Akan tetapi kemungkinan besar peperangan tersebut tidak mungkin boleh dielakkan kerana kita faham sikap orang Melayu yang mudah memberontak. Saya pernah terbaca peristiwa peperangan kerajaan Sailendra menyerang Kota Kauthara milik kerajaan Champa pada tahun 787 Masihi untuk merebut mukhalinga dari sebuah kuilnya.  Kesan penaklukan itu kita boleh lihat dari segi bahasa pertuturan orang Melayu di kawasan utara dan pantai timur semenanjung. Ini kerana jika tidak berlaku penaklukan tersebut, bahasa yang dipetuturkan oleh orang Melayu dikawasan tersebut tidak boleh difahami oleh orang Melayu yang bukan dari kawasan yang sama. Jika tidak pasti bahasa yang mereka pertuturkan adalah bahasa Aceh-Chamik dan bukannya bahasa Malayik yang dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ada fitnah yang mengatakan bahawa mereka asalnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer tetapi itu tidak benar sama sekali dan telah dipatahkan hujahnya. Oleh itu, tak payahlah sang totok ultra-kiasu nak berteriak bahawa orang Melayu Kedah dan Kelantan ini adalah pseudo-Malay kerana hujah anda tidak laku lagi. Hanya si bodoh seperti Michael Chick dan John Doe sahaja yang buta-buta percaya fitnah dajal ini. Kita tinggalkan persoalan bahasa dan asal-usul Melayu Langkasuka. Mari kita kembali kepada topik politik Melayu zaman silam. Apakah selepas penaklukan tersebut tiada lagi bibit-bibit konflik di antara Melayu Langkasuka dan Melayu Srivijaya?.  Pernah saya dengar kebangkitan kerajaan Kedah pada kurun ke-11 menentang Srivijaya. Apa yang pasti, kesan perbezaan dan ketidaksefahaman antara Melayu yang di atas dan di bawah itu boleh kita lihat pada senario politik zaman sekarang iaitu di abad ke-21. Anda semua tahu kan pasal parti politik tersebut.

Senario peperangan di antara kerajaan-kerajaan Melayu tidak terhenti setakat zaman pra-Islam sahaja. Penguasaan oleh Majapahit yang berpusat di Jawa dan kebangkitan Melaka sebagai pewaris Srivijaya telah sedikit sebanyak merubah suasana geo-politik pada zaman medieval tersebut. Constant warfare adalah lumrah kerajaan-kerajaan di dunia Melayu seperti di Eropah dan negara Asia lain misalnya. Pernah berlaku konflik di antara Kerajaan Chermin yang merupakan perikatan Pasai, Kedah, Kelantan dan Champa dengan Kesultanan Melaka yang berakhir dengan perkahwinan diraja di antara kedua putera dan puteri kerajaan Melayu tersebut. Perang ini mungkin kesinambungan kepada peperangan Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Peperangan terus mewarnai senario politik Melayu dahulukala selepas kejatuhan Kesultanan Melaka seperti peperangan antara Kesultanan Aceh dan Johor-Riau. Begitu juga antara kerajaan lain di Nusantara. Selepas kurun ke-17 Masihi, berlaku satu penghijrahan besar-besaran kaum Bugis/Makasar dari Sulawesi ke seluruh kepulauan Melayu sehingga menyebabkan beberapa kerajaan di Alam Melayu lain turut bergoncang dan terasa tempiasnya. Ianya dikenali sebagai 'Bugis Invasion', seperti Norman Invasion di Eropah pada kurun ke-10 Masihi. Mereka memainkan peranan dalam membantu pemberontakan Trunajaya di Pulau Jawa dan krisis pewaris Sultan Mahmud mangkat dijulang. Kekuasaan mereka mampu menggoncang dan menggugat Belanda yang merupakan kuasa besar angkatan laut dunia ketika itu. Krisis Bugis dan Minangkabau sejurus selepas peristiwa krisis pewaris Sultan Mahmud itu merupakan turning-point dalam senario politik Melayu di Nusantara. Ini kerana peperangan di antara mereka lebih bersifat antara warlord's diraja suku Bugis dan Minangkabau dalam membentuk pengaruh perdagangan dan kuasa politik. Selain Minangkabau yang berpusat di Negeri Sembilan. Beberapa kerajaan Melayu lain seperti Kedah dan Terengganu turut tergugat dengan pengaruh yang dimiliki oleh warlord's Bugis. Kedah misalnya, pada tahun 1780an pernah meminta bantuan British di India untuk membantu mereka menentang Siam Thai dan menyingkirkan mercenary Bugis dari Kedah. Kesempatan juga diambil selepas kekalahan teruk Bugis ke atas Belanda dalam usaha penaklukan Melaka yang dipimpin As-syahid Almarhum Raja Haji Fisabillillah untuk berpakat dengan Terengganu untuk menyerang Selangor dan Johor-Riau sekaligus menghalau orang Bugis dari sana. Walaubagaimanapun, ianya menemui kegagalan kerana Sultan Kedah telah dikhianati oleh Francis Light yang mengingkari perjanjian mereka itu. Walaupun pernah berlaku peperangan di antara kuasa-kuasa Melayu pada kurun ke-18, pernah tercatat perikatan atau alliance di antara warlord's Bugis dan Minangkabau dalam usaha mereka menentang Belanda kafir laknatullah. Gabungan di antara mereka sedikit sebanyak mencetuskan kegusaran kepada Belanda sehingga membawa kepada bankrupsi secara total VOC pada tahun 1790an akibat peperangan menentang mereka itu.

Kini, jika dilihat kembali. Sejarah perkembangan politik Melayu itu telah berjalan dalam jangkamasa yang begitu lama sekali. Ianya tidak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan sahaja. Malahan sejak zaman feudal lagi. Apa yang saya perkatakan sebagai Bugis Invasion itu juga memiliki profound effect ke dalam kancah politik Nusantara dan Malaysia secara amnya dalam politik moden. Selain Melayu suku Bugis, kaum Melayu yang tinggal di utara semenanjung dan Minangkabau bersama suku-suku Melayu yang lain turut mewarnai senario politik Melayu di zaman moden walaupun pengaruh mereka tidak seberapa menyerlah. Kaum Melayu di pantai timur juga tidak kurang hebatnya dalam bidang politik. Walaupun era peperangan antara warlord's Melayu di zaman feudal dahulukala sudah berakhir dan dunia politik sudah memasuki era demokrasi berparlimen. Sememangnya, Melayu dan politik tidak boleh dipisahkan. Bangsa mana yang tak boleh hidup dengan berpolitik?. Politik itu simbolisme ketamadunan sesuatu bangsa.

Sekian,

Shacklesmith : Sabar ya, belum habis Bab 2 lagi. Itu baru aku sentuh politik Melayu zaman dulu. Dalam volume 2 aku akan sentuh pasal politik Melayu zaman moden dan bagaimana politik menyebabkan Melayu buta Sejarah.

Saturday, March 5, 2011

Regnum Minancabonum



Petikan dari blog Ujang Kutik
"Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. "


Assalamualaikum kepada pembaca laman Shacklesmith sekalian. Entry aku pada hari ini adalah berkisar dengan bab mengenai darah keturunan. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu sebenarnya?. Aku tak merujuk kepada Melayu yang dijustifikasikan mengikut perlembagaan persekutuan tetapi point adalah lebih kepada darah Melayu itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Melayu di Malaysia ini terbahagi dari pelbagai suku dan keturunan. Melayu itu bukanlah terhad kepada sesiapa yang bertutur dalam bahasa Melayu yang standard sahaja sebaliknya memiliki kepelbagaian dialek dan bahasa yang tersendiri. Meskipun adakalanya dialek sesuatu suku rumpun Melayu itu boleh difahami oleh suku rumpun Melayu yang lain. Kadangkalanya, ianya tidak difahami langsung. Contoh terbaik adalah dialek Melayu Pantai Timur yang agak sukar difahami oleh mereka yang jarang mendengarnya. Senang nak cakaplah, Melayu yang berlainan negeri agak berbeza di antara satu sama lain. Adakah Melayu di Pantai Timur itu sama dengan Melayu di Pantai Barat. Tidak sama sekali.

Baiklah, kali ini aku nak lebih spesifik sikit mengenai suku kaum. Sebab dalam artikel ini berdasarkan tajuk dan petikan yang berwarna merah di atas tu. Kenapa apa aku bagi title tu dalam bahasa Latin?. Nanti aku perjelaskan. Okay, kita teruskan cerita kita mengenai salah sebuah suku kaum dalam rumpun Melayu yang paling terkenal di Malaysia iaitu suku Minangkabau. Umum mendapati, negeri yang paling dikaitkan dengan suku ini adalah Negeri Sembilan. Ini kerana pengaruh Adat Perpatih yang diamalkan dan seni kebudayaan yang dipraktikkan di negeri tersebut. Boleh dikatakan, majoriti orang Melayu di negeri itu adalah berketurunan Minangkabau termasuklah aku sendiri dari belah emak aku. Kalau nak diikutkan dalam suku Minangkabau ini terdapat banyak clan yang mana kesemuanya ahli kerabatnya berkongsi induk yang sama. Perlu diingatkan bahawa suku ini memang kuat pegangannya terhadap sistem matrilinialisme yang mana mementingkan pegangan kekerabatan di antara ahli saudara yang seibu, se-nenek dan se-moyangnya. Namun begitu, mengikut nasab nama tetap dibinkan dengan nama bapa juga. Antara salah satu signifikansi pentingnya kekerabatan matrilinialisme ini adalah saudara lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara perempuan dari clan yang sama. Itu adalah satu pesan mak aku kalau nak cari bini, jangan cari yang sama suku. Sememangnya dari segi genetik pun manusia tidak digalakkan memilih pasangan yang berkongsi kromosom X dengan kita kerana dikhuatiri akan menimbulkan komplikasi terhadap anak yang bakal dilahirkan nanti. Selain itu, harta juga diwariskan kepada anak perempuan. Sementara urusan agama dan politik pula dijalankan oleh kaum lelaki. 


Meskipun suku Minangkabau kuat berpegang kepada adat, namun begitu pengaruh agama Islam tetap kuat dalam jiwa mereka. Ini boleh dikenali melalui pepatah mereka yang berbunyi "Adat basandi Syara', Syara' basandi Kitabullah" yang bermaksud adat Minangkabau bersendikan hukum Islam dan hukum Islam bersendikan Al-Quran. Suku Minangkabau tidak hanya terhad di Negeri Sembilan saja. Malahan juga terdapat di negeri lain di Semenanjung Malaysia khasnya di kawasan pantai barat. Sejak dari kemerdekaan dan pembangunan di negeri lain. Kebanyakan mereka telah berhijrah dan menetap di kawasan itu. Ada juga kaum Minangkabau di Malaysia yang tidak mempunyai perkaitan dengan Negeri Sembilan. Sebagai contoh bagi mereka yang tinggal di kawasan Semenyih, Kajang dan beberapa tempat lain di negeri Selangor walaupun daerah tersebut pernah dikuasai oleh orang Minangkabau sebelum kebangkitan Bugis pada kurun ke-18. Ini kerana kebanyakan dari mereka berhijrah dari Ranah Minang selepas Perang Padri dan ada juga di antara mereka datang sebagai pedagang kemudiannya. Sementara itu, orang Minangkabau di Negeri Sembilan telah ada di sana sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka tertubuh lagi. Disamping itu, terdapat perbezaan di antara Minangkabau Nogori dengan Minangkabau yang datang kemudian. Perbezaannya adalah dari segi bahasa, loghat dan darah. Untuk melihat perbezaannya, kali ini aku nak mengajak anda semua berfikir di luar kotak pemikiran. Nah, sama-sama jom kita lihat dua gambar yang saya masukkan ini. Marilah berfikir sejenak.






















Cuba perhatikan kedua gambar di atas dan perhatikan perbezaannya. Kalau rajin buka laman web lain dan semak menu masakkan yang dijual oleh kedua restoran berkenaan. Lebih rajin lagi kaji asal usulnya sekali. Okeylah, nak diringkaskan cerita keduanya memiliki asal usul yang sama iaitu suku French yang berasal dari Perancis. Ini boleh dilihat dengan lebih jelas pada restoran Delifrance yang terang-terang sekali memaparkan bendera Perancis sebagai logo utamanya. Tapi bagaimana pula dengan restoran TGI Friday's?, adakah ianya berasal dari Perancis juga sebagaimana Delifrance. Panjang ceritanya untuk diperjelaskan secara lebih mendalam. Untuk makluman anda, restoran TGI Friday's menyajikan menu makanan dari kawasan selatan Amerika Syarikat khasnya dari negeri Louisiana ( Ingat New Orlean, bandar yang dilanda Taufan Katrina suatu ketika dahulu?). Restoran ini menyajikan masakan khas dari suku Acadien (Cajun) yang berasal dari keturunan Perancis dahulu. Sungguhpun berketurunan Perancis, suku Cajun telah mengalami evolusi budaya yang tersendiri sehingga mengalami banyak perbezaan dengan keturunan Perancis khasnya French-American yang tinggal di utara khasnya bersempadan dengan Canada. Akan tetapi, jika dilihat dari segi nama keluarga iaitu surname. Mereka masih lagi memiliki nama yang sama dengan orang Perancis walaupun dialek bahasanya sudah berbeza antara satu sama lain. Mereka memiliki budaya tersendiri yang unik.


Hal yang sama berlaku di kalangan kaum Minangkabau di Negeri Sembilan yang terpisah dengan saudara mereka  di Ranah Minang, Sumatera Barat selama ratusan tahun lebih lama dari kaum Perancis dan suku Cajun sendiri. Pemisahan geografi inilah menyebabkan suku Minang di Negeri Sembilan mewujudkan ciri-ciri distinctive yang tersendiri. Loghat Negeri Sembilan adalah berbeza dari 'bahaso Minang' meskipun berakar dari bahasa Melayu Kuno zaman kerajaan Sriwijaya. Justeru, Sumatera Barat dan Negeri Sembilan memiliki keunikan dan sejarah yang tersendiri. Walau berbeza sekalipun masih berlegar di Alam Nusantara yang sama. Tidak timbul persoalan 'maling' yang dibisingkan oleh bapak Jawa Indonan kerana mereka adalah serumpun dan dari induk yang sama iaitu Minangkabau. Tidak timbul juga soal mereka ini adalah pendatang oleh apek ultra kiasu perkauman anti Melayu yang buta sejarah kerana sempadan politik Malaysia dan Indonesia hanya dilukis penjajah British dan Belanda hanya pada kurun ke-19 dan tidak sebelumnya. Bukannya mereka yang datang dari luar nusantara. Ingatlah pesan aku, jangan lupa sejarah. Sila entry sebelum ini.


Pavilion Malaysia yang bercirikan Rumah Gadang di Shanghai, China

المملكة Ø§Ù„مينانجكاباو


Shacklesmith : Terdetik nak buat entry ini selepas dengar lagu Biso Bonar oleh Hattan dan tengok drama Keris Hitam Bersepuh Emas lakonan Ebby Yus. Bukan sambungan kepada 'Melayu Buta Sejarah'.





Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget