Tuesday, November 26, 2013

Kisah Tentang Bumiputra Abad 21 bahagian 1

Aku dilahirkan beragama Islam, berbangsa Melayu keturunan Banjar dan berwarganegara Malaysia. Menurut takrif perlembagaan Malaysia, orang Melayu adalah asas kepada kaum Bumiputra di Malaysia ini. Ini kerana orang Melayu adalah kaum terbesar di antara kaum-kaum pribumi di Malaysia.

Untuk mengenalpasti siapakah pribumi-pribumi di Malaysia. Kita tak seharusnya memandang sesempit dari sempadan Perlis hingga Sabah sahaja. Ini kerana alam Nusantara itu luas sekali merangkumi Indochina, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan kepulauan Filipina. Yes my friend, these are the core realm of Austronesia. Sempadan politikal yang ada hari ni hanyalah sisa-sisa tinggalan penjajah. Sesiapa yang melintasi sempadan ini prior to 1957 dan 1963 tidak harus diklasikasikan sebagai pendatang.

Kita semua serumpun, lautan mahupun sempadan ciptaan penjajah bukanlah penghalang kepada keragaman kita. Ramai tidak mengetahui bahawa bahasa Suku Kubu di Sumatera memiliki banyak persamaan dengan bahasa Jakun dan Temuan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga bahasa Rejang di Bengkulu Sumatera amat mirip dengan bahasa Bidayuh di Sarawak. Selain itu rumpun bahasa suku Sungai  Sabah juga dipertuturkan oleh suku Yakan di kepulauan Sulu. Begitu bahasa Molbog pulau Palawan yang banyak persamaan dengan bahasa Dusun Bonggi di Pulau Banggi Sabah.

Alkisah tentang aku pulak. Menurut kata ibuku, aku ni berketurunan Banjar melalui nasab bapak aku. Dari sebelah ibuku pulak, jurai keturunan aku berasal dari Minangkabau Negeri Sembilan. Ini bermakna aku berkromosom Y kan Banjar dan berkromosom X kan Minangkabau. Jadi aku ni Banjar campur Minangkabau lah.

Mengikut perspektif antropologi, orang Banjar dan Minangkabau tergolong dalam kelompok Melayu Deutero yakni Melayu yang secara ketamadunan dan teknologinya lebih advance dari kelompok Melayu Proto.

Berikut adalah senarai suku-suku Nusantara yang tergolong dalam kelompok Melayu Deutero.
-Aceh
-Bugis
-Banjar
-Brunei
-Champa
-Patani/Kelantan
-Kedah/Ligor
-Deli
-Palembang
-Jambi
-Siak/Rokan
-Kampar
-Riau/Melayu Jati Johor
-Terengganu
-Melayu Kalimantan Barat (aku tak sure sama Melayu kat Sarawak tu sama dgn dorang)
-Bengkulu
-Lampung
-Sunda
-Jawa
-Bali
-Sasak (aku pun tak berapa pasti dgn orang Lombok ni sbb byk persamaan dari segi bahasa dgn orang Bali)
-Suluk
-Irranun
-Maguindanao

Antara elemen penting yang menyatupadukan Suku-suku ini sistem pemerintahan beraja dan agama Islam. Meskipun kelompok Melayu Deutero amat teguh kepercayaan mereka terhadap agama Islam, masih tersisa warisan tinggalan agama Hindu dan Buddha dalam kebudayaan mereka.

They are the noble race of Nusantara, sebab itulah mengikut sejarah hanya mereka sahaja yang berhak memegang kuasa di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo (Kalimantan) dan beberapa lagi pulau-pulau di Nusantara. It is fortunate that their sultans were given the mandate of heaven to rule over the realm since the times of Funan Empire.

Bukan hendak memperlekehkan keturunan Melayu Proto, namun inilah hakikatnya. Raja2 Melayu adalah penaung kepada Melayu Deutero dan juga Melayu Proto. Like what the feudalist always cried, Daulat Tuanku!

Sebenarnya, tanpa Melayu Proto takkan wujud Melayu Deutero. Teori first wave and the second wave out of Yunnan migration tidak lagi boleh dipakai kerana the brown race Austronesian of Nusantara ini adalah pribumi rantau Asia Tenggara.

Menurut sejarah suku Banjar. Orang Banjar yang bermastautin di selatan Kalimantan (Borneo) dikatakan berasal dari keturunan orang Dayak dari suku Maanyan, Ngaju dan lain-lain suku Dayak yang berdiam di sepanjang sungai Barito. Disana mereka membentuk kebudayaan perdagangan maritim dengan membekalkan hasil hutan seperti lada hitam, kayu belian dan pelbagai lagi keluaran asli rimba Borneo yang lain.

Mereka berdagang dengan kerajaan Nusantara lain seperti Funan,Langkasuka, Srivijaya dan malahan sehingga tanah Arab dan China. Lantaran dari gaya hidup mereka yang berasaskan maritim telah menyebabkan mereka juga turut menerima tempias arus Malayisasi yang dijalankan sama ada melalui proses akulturasi kebudayaan dan mahupun ekspedisi penaklukan oleh kuasa Melayu Deutero yang lain seperti Srivijaya dan Majapahit.

Proses ini mengambil masa hampir 1000 tahun untuk menjadikan orang Banjar itu sebagai salah satu rumpun Melayu Deutero dan sekaligus melenyapkan sisa-sisa unsur Dayak dalam kehidupan mereka. Namun begitu, budaya mungkin terhapus tetapi tidak DNA. Justeru, boleh diperkatakan bahawa orang Banjar itu adalah orang Dayak yang telah dimelayukan.

Aku merasakan agaknya orang Brunei juga lahir dari proses akulturasi yang sama seperti orang Banjar. Cuma bezanya, genetically mereka lebih dekat dengan kaum pribumi Sabah dan utara Sarawak. Tiada yang mustahil sekiranya pribumi Borneo ini berdiam di pesisiran pantai ketika era kegemilangan kerajaan Srivijaya.

Ingatlah, walau kita berbeda agama tapi kita tetap bersaudara. Janganlah memandang lekeh saudara serumpun kita yang berlainan kepercayaan. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU & BHINNEKA TUNGGAL IKA. Kata keramat buat penyatu kita bersama. Kerana kita anak pribumi nusantara. We were brothers and sisters.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget