Wednesday, December 25, 2013

REPOST - Is there's an English definition for the Malay word 'amboi'??

Adakah anda semua pernah mendengar perkataan 'amboi'?. Pernahkah anda kamu terfikir dari mana asal-usulnya perkataan yang mempunyai konotasi yang berbunyi agak lucu, sinis dan menyindir ini. Suku-kaum mana di Alam Nusantara ini yang biasa menuturkan ayat dua kerat/baris secara kebiasaannya dalam kehidupan mereka dan sejak bila pula mereka mempraktikkannya?

Satu kebarangkalian wujud di mana ayat ini kemungkinan mula dicipta oleh para joker di istana Kerajaan Melayu Langkasuka dan kemudian penggunaannya tersebar ke mulut rakyat kebanyakan Empayar Melayu Srivijaya. Setelah lebih lima ratus tahun, perkataan amboi ini telah menjadi buah mulut secara common oleh rakyat jelata Kesultanan Melayu Melaka. Jadi sebab itulah perkataan amboi menjadi popular di kalangan orang Melayu khasnya di Semenanjung. Akan tetapi, perkataan amboi ini tidak pula dijumpai dalam kosa kata Bahasa Indonesia seperti di Betawi dan Pulau Jawa keseluruhannya. Sedangkan ramai orang tahu Azwan yang biasa menggunakan perkataan 'Amboi' untuk program Chit-Chat dan Jangan Tidur Lagi berketurunan Jawa. Tapi bagi saya, semua ini adalah satu kebetulan kerana ramai keturunan Jawa di Malaysia tidak lagi memiliki 'telor' lidah yang sama dengan kindred mereka di Indonesia seperti saya  jugayang berketurunan Banjar dan tinggal di Kuala Lumpur. Samalah dengan kes orang 'mat salih' keturunan Irish dan Scottish di Amerika. Semua dok speaking American/Yankee Accent!!!

Okey, tinggalkan semua bab-bab darah keturunan semua ini. Kita berbalik kepada topik asal kita tadi, bagaimana pula kita nak mencari perkataan Inggeris yang punya persamaan dengan perkataan 'amboi' kita.
Tentu anda semua akan mempunyai kesulitan untuk menterjemahkan ayat 'Amboi, banyak cantik muka kau!..'
ke dalam bahasa Inggeris.

FROM THE OLD KERAMBIT ASSASSINS BLOG IN 2009

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget